Anda di halaman 1dari 6

KARANGAN BERPANDU 1

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN
CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI
1.0

Pendahuluan
- Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.
2.0
Isi/fakta
2.1
Melawat pusat-pusat kebudayaan
- Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik.
- Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India.
- Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri.
- Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum.
- Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya.
2.2
Mengembara
- Sama ada ke luar bandar atau hutan.
- Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan.
- Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar.
- Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi.
- Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang.
2.3
Melawat pusat-pusat membeli-belah
- Pada musim perayaan atau hujung minggu.
- Ekonomi negara meningkat.
- Membeli barangan buatan tempatan.
- Menyahut seruan kerajaaan.
- Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.
3.0
Penutup
- Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia.
- Merealisasikan harat murni kerajaan.
CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana
kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa
percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan
silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah
pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa
cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman.
Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan.
Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal
ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain
yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan
sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan
kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan
identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan,
tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan
atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi
antara satu sama lain.
Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke
pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus
mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai
Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi
alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan
pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau
Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh
pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara
agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini
mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran
seseorang.
Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia
untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim
perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa
Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini
demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf
antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula,
rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah
Barangan Buatan Malaysia.. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat
penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.
Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara
kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga
bahagia menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah kita bersamsama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu
banyak dan menarik.

Rumusan
Pendahuluan :
Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memajukan sukan bola sepak negara.
Isi Tersurat :
1. Pihak bertanggungjawab mengadakan perancangan jangka panjang yang tersusun
dan berterusan.Memilih pemain-pemain berbakat sejak usia 7 tahun.
2. Pemilihan pemain mengambil kira saiz fizikal.
3. Pemain-pemain diberi latihan ala ketenteraan untuk menguatkan fizikal.
4. Menguatkan aspek mental pemain.
5. Jurulatih luar yang berwibawa perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas bola
sepak.
6. Pemain-pemain berpotensi dihantar ke luar negara untuk menimba pengalaman.
7. Penambahan bilangan pemain yang dihantar ke luar negara dan merangkumi
pelbagai posisi.
8. Pemain-pemain yang dihantar ke luar negara dapat membantu memantapkan
pasukan negara.
Isi Tersirat :
1. Mengembalikan semula era kegemilangan pasukan bola sepak negara.
2. Memajukan sukan bola sepak negara.
3. Menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita.
4. Menaikkan imej negara dalam bidang bola sepak.
5. Membentuk masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha memartabatkan bola sepak negara
agar sukan ini dapat menaikan imej negara di persada antarabangsa.
Soalan 2 (a) Petikan Umum
i.

Maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan


memiliki pencapaian yang baik/ membanggakan
[ 2 markah ]
Bantuan yang diberikan dengan cara
- sentiasa melakukan Penyelidikan dan Pembangunan dalam menyediakan
pemain berkualiti.
- Melakukan penyelidikan dalam bidang pemakanan.
- Pengambilan pakar-pakar dalam bidang tertentu.
[3 markah ]
-

ii.

ii.

Mengapa mutu sukan bola sepak merosot


Pemain-pemain bola sepak yang sedia ada tidak mempunyai kemahiran yang
tinggi.
- Kekurangan jurulatih yang berkelayakan.
- Pemain tidak mempunyai motivasi diri.
- Pemain tidak mempunyai disiplin diri.
-

Pemain tidak bermain bersungguh-sungguh ketika mewakili negara kerana


tiada ganjaran wang.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3 (a)Bina ayat
(i)
bengkak
benjol pada tubuh
Mukanya bengkak akibat di sengat lebah semalam

(b)

( ii )

bongkok
melengkung di bahagian belakang
Badannya yang bongkok menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dengan pantas.

( iii )

keras
kuat dan padu serta tidak mudah pecah atau berubah bentuknya
Batang pokok itu sungguh keras permukaannya

( iv )

deras
cepat (laju) sekali
Mangsa lemas itu tidak dapat diselamatkan kerana arus sungai yang sangat deras itu
menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

(v)

helai
benda yang tipis dan lebar
Guru tuisyen kami memberi beberapa helai kertas untuk aktiviti pengajarannya.

( vi )

helah
akal, muslihat, tipu daya
Arif sering mencari helah untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh gurunya
akibat tidak membuat kerja sekolah.
[ 6 markah ]

Tulis semula cakap pindah di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk dengan mengekalkan
maksud asalnya.
4 6 markah
Calon dapat membina ayat dalam bentuk cakap
pindah sepenuhnya dengan gramatis. Kesalahan ejaan
minimum. Semua isi dipindahkan dalam bentuk cakap
2 3 markah

pindah sepenuhnya. Pengolahan sangat menarik.


Calon dapat membina ayat dalam bentuk cakap
pindah. Terdapat kesalahan bahasa dan ejaan yang ketara.
Sebahagian isi dipindahkan dalam bentuk cakap pindah

1 markah

sebahagiannya tidak. Pengolahan kurang menarik.


Calon tidak dapat menukarkan ayat dalam bentuk
cakap pindah sepenuhnya.. Kesalahan bahasa sangat ketara.
Pengolahan tidak menarik.

Gigi aku sakit sejak semalam, terang Amir kepada Hazmi


Baik kamu cepat ke klinik gigi, beritahu Hazmi
Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut, balas Amir
Alah kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut, jelas Hazmi
Selain kena cabut, ada tak cara lain? tanya Amir

Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu
sahaja, beritahu Hazmi.
Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang, jawab Amir
[ 6 markah ]
(c)

Kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.


Salah ejaan
Salah imbuhan
(i)
Kesah - Kisah
memikirkan - berfikiran
( ii )
Ramadhan - Ramadan
menjalankan - menjalani.
( iii ) Cendikiawan - cendekiawan
bincang
- berbincang
[ 6 markah ]

(d)

Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.


Salah kata/ istilah
(i) pandangan pemandangan
(ii) berleluasa meluas
(iii) aktiviti
amalan
Salah tatabahasa
(i)
Rimbunan pokok-pokok buluh - rimbunan pokok buluh
(ii)
lain-lain urusan - urusan urusan lain
(iii)
saling tolong-menolong - saling menolong/tolong-menolong
[ 6 markah ]

(e)

Peribahasa
1. Sediakan payung sebelum hujan
2. bagai menatang minyak yang penuh
3. seperti kacang lupakan kulit
[ 6 markah ]

Novel
(a) Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah ialah;
1. Masyarakat yang tolong- menolong antara satu sama lain.
- Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat tolong- menolong antara satu
sama lain seperti Fuad membantu menghantar anak Borhan yang demam ke
Klinik Ihsan dan membayar kos perubatan anak Borhan.
- Dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapat masyarakat tolong- menolong antara
satu sama lain seperti Zain yang membantu Anne semasa kereta Anne rosak di
tepi jalan.
2. Masyarakat yang mengamalkan ajaran / cara hidup Islam.
- Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang
berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
- Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman.
Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin
akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajut.
(b) Nilai kerajinan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan
novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
Dalam novel Melunas Rindu
- Fuad rajin mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar dengan menanam
jagung bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah.
Dalam novel Kabus Di Perbukitan,
- Azrul dan Rahayu merupakan mahasiswa yang rajin kerana sering ke
perpustakaan untuk mengulangkali pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai