Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI SUKAN

,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami
: dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia

.






Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu Allah.
Pada pagi ini juga, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas
kurniaan dan rahmat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami
untuk berhimpun bagi melaksanakan _______________.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya Faarijal Ham wa Ya Kaashifal Gham ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
Sekolah Kebangsaan Kampung Emplam akan menjadi sekolah yang cemerlang,
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta
berjaya di dunia mahupun di akhirat .

Anda mungkin juga menyukai