Anda di halaman 1dari 209

Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu

tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa


Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi
dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa
Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

BAB 1 Taman Yang DiBerkati


Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah
taman yang amat terkenal kerana keindahan bungabungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya,
berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu
dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada
suatu petang yang damai di salah satu sudut taman
itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda
yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka
sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama
yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah
hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang
pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang
kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis
kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai
Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan
beberapa orang kawannya di sebalik serumpun
tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki
muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan
kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam
semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar
Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan
wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu
digambarkan
oleh
pemuda-pemuda
yang
mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.
Orang-orang bangsawan termasuk para paderi
banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin
mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup
mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan
mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang
mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu
Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat,
mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak
bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi
sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga

Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam


berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan
keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di
dalam perbincangan-perbincangan yang mengenai
ilmu ketuhanan.
Dalam masa dia bergurau senda dengan kawankawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik
rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia
tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata
padahal paderi-paderi Kristian. Dia lalu dengan
berhati-hati memasang telinganya.
Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana
terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama
Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka
sedang didengar oleh beberapa orang gadis
Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, Saint
Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya
bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu
kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk
menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut.
Apakah makna kata-katanya itu? Terdengar ketawa
kecil kawannya. Umar, sahabatku. Engkau mahu aku
menerangkan
kepadamu
padahal
paderi-paderi
Kristian sendiri .
Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan
itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya,
Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang
memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar
apa yang sedang mereka kata. Salah seorang
kawannya menyampuk dengan nada sinis, Sejak
orang-orang Islam datang ke mari, agama kita
diancam bahaya. Diamlah! herdik Isabella. Nanti

mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa


yang sedang mereka kata.
Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri.
Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah
mereka itu menganut agama Kristian hanya secara
membuta tuli saja? tanya orang yang bernama Umar.
Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang
terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan
agama.
Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang
terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi
sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah
yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan katakata St. Paul itu! ujar Maaz, demikian nama seorang
lagi.
Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi
berkata, Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya
mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyak
bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian.
Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab
mereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan
daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukumhukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi
Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut
agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian,
penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya
dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun
barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya
tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu.
Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata
sahabatnya itu. Bagaimana boleh pencurian dan
penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama

menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham


dengan maksud tuan.
Apa yang aku maksudkan, jawab Umar Lahmi,
ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum
agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh
mencuri,
tidak
boleh
berzina,
tidak
boleh
menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh
derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila
seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu
kutukan, maka mematuhi perintah-perintahnya juga
merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu
adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah
intisarinya yang sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh
St Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh
mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosadosa lain. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum
agama ini maka mereka termasuk orang yang
dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang
pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak
mematuhi peraturan-peraturan agama.
Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai
menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu.
Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata,
Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara
yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada
orang-orang Kristian.
Apa? Umar Lahmi agak terperanjat mendengar
kata-kata Maaz itu. Tuan juga telah bertanya kepada
mereka? Jadi, apa jawaban mereka?
Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu
membingungkan. jawab Maaz.

Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara


masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran
suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang
merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat
itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah
tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke
masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan
saudara-saudara Muslimin yang lain.
Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar
perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat
terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara
tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar
percakapan kedua orang itu dengan penuh minat
apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soalsoal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat
pula membuat penilaian terhadap penentangan yang
dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba
mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada
pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata
tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusan
akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya.
Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak
kawan-kawannya pulang.
Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu
persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu
gerbang sebelah timur Cordova.
BAB 2 Masalah Yang Kacau
Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kota
itu, Isabella, anak gadis yang masih muda dan cantik
itu mengambil jalan yang membawanya lurus ke
Qasrus Syuhada. Kerajaan Islam pada masa itu telah
mengeluarkan
biaya
yang
banyak
bagi
memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya

di kota Cordova diperluas dan dibina dengan binaan


yang baik, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik
pada jarak yang dekat, sehingga menyilaukan mata
memandang. Seperti yang pernah dikatakan orang,
kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di
bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupa
itu. Isabella berjalan perlahan-lahan dengan penuh
keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan
bermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus
Syuhada ke arah rumah kediamannya dengan kepala
yang berat berisi pertanyaan. Namun hayunan
langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.
Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah
teman-teman yang dekat apabila dia pulang dari
bersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali ini
dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti
tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan.
Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai di
pintu gerbang rumah yang juga seperti sebuah
istana. Orang gaji sedang menunggu di muka pintu
untuk menyambut ketibaannya. Sambil menjawab
dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akan
sebab-musabab dia lambat pulang, Isabella terus
masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan diri ke
atas sebuah kerusi malas. Dia mencapai sebuah kitab
lalu membaca.
Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke
dapur menyediakan makan malam. Meja makan
dikemas dan hidangan diletakkan di atas. Setelah itu,
dia memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahut
karena terlalu asyik dengan kitab yang dibaca. Kitab
yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan
perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St

Paul yang menuduh hukum-hukum agama sebagai


satu kutukan. Dia membaca surat-surat itu berulangulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada
kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali dia
membaca. Apabila otaknya terasa penat, dia
meletakkan kitab sambil membuat keputusan akan
bertanya kepada bapanya saja. Sudah tentu bapanya
dapat memberikan penjelasan yg sangat memuaskan.
Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar
sehingga tidak dapat dihuraikan. Andaikata dia
menemui jalan buntu, bapanya tentu dapat menolong
karena bapanya ialah seorang terpelajar agama yang
tidak ada dua di negara Sepanyol.
Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang
makan dan makan seorang diri sambil dilayan dengan
penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembali
mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. Dia
membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pula
amat nyenyak hingga ke pagi.
Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke
gereja. Pagi itu pagi Minggu. Waktu pulang dari
gereja dia dipanggil bapanya dan bertanyakan Kitab
Injil yang dibacanya tadi malam. Isabella sedang
terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman
makna hakiki metafizika.
Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar
yang dipenuhi dengan berbagai-bagai buku. Dicapai
tangan kanan bapanya lalu dicium.
Sila duduk anakku. kata bapanya sambil memberi
isyarat dengan tangan. Isabella mengambil sebuah
kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya.
Sampai ke mana sudah pelajaranmu? tanya bapa

Isabella
sambil
merenung
muka
anaknya.
Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapa
memberi izin, saya ingin bertanya karena saya belum
lagi
dapat
mencari
jawaban.
Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan
menjawab. ujar bapa Isabella dengan perasaan
gembira
melihat
kecerdasan
anaknya.
Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan
kepada kita di dalam Perjanjian Lama melalui Nabi
Musa, apakah itu ada mengenai dengan hukumhukum
agama?
Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum
agama. jawab bapa Isabella dengan perasaan agak
hairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.
Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
Kemudian
dia
bertanya
lagi.
St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya
bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu
kutukan,
betulkah
begitu,
bapa?
Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah
satu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada
itu, Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib.
Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama
itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan itu maka
Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya
dan kemudian dia disalib. Isabella mengulangi.
Kemudian dia menyambung, Kalau begitu bererti
mematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan
jugalah,
bapa?
Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang
Kristian sekarang sepatutnya daripada mengikut
hukum-hukum agama, adalah lebih baik mengimani
Jesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah
berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib.
Jadi
bolehlah
kita
mencuri?

Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama?


Anakku, sebelum kau membuat pertanyaan, fikirlah
dulu masak-masak kerana kalau ada orang lain
mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anak
yang
bodoh.
Maafkan
saya,
bapa.
ujar
Isabella
sambil
merendahkan suara. Barangkali pertanyaan yang
saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa yang saya
maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang
baru bapa katakan, adalah bahagian daripada hukumhukum agama. Salah satu daripadanya ialah kita
tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak
boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita
tidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua
perintah ini masih menjadi bahagian daripada
hukum-hukum agama yang menurut St Paul
merupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi FirmanFirman Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidak
berzina ialah sesuatu yang dibenci sementara tidak
mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satu
kutukan.
Anakku, kata bapa Isabella, kau sebenarnya belum
begitu faham betul tentang kedudukan hukum-huum
agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa gerangan
yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu
ke dalam kepalamu. Syaitan manakah pula yang
menyebabkan kau ragu-ragu begini?
Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan
kepada bapanya tentang perbincangan dua orang
Muslim yang dapat didengarnya di taman petang
kelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang
disayangi itu, bapa Isabella pun berkata dengan suara
rendah
membujuk.
Anakku, katanya kau telah tahu benar bahwa
orang-orang Muslim itu ialah orang-orang kafir dan

sentiasa menentang agama suci kita. Mereka


mengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka
telah
dihasut
syaitan.
Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya
untuk melihat reaksi dari keterangannya. Kemudian
dia
menyambung.
Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan
mendengar percakapan mereka itu lagi. Mereka
orang-orang Muslim tidak beriman dan selalu
menuduh agama yang benar orang lain. Tahukah kau,
anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan
darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agama
mereka. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita,
Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang
tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pula
agama mereka kepada kita. Aku tahu tentang
kecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orangorang Muslim itu. Kalau kecaman itu daripada
fikiranmu
sendiri
maka
dapatlah
aku
membersihkannya tetapi bagaimana aku akan
menjawab kepada mereka?
Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang
orang-orang Muslim itu. Kalau tidak, masalahnya
telah dapat diselesaikan. Satu idea tiba-tiba melintasi
di
fikiran.
Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Aku
selalu bertanya kepadanya apabila menghadapi
sesuatu masalah dalam pelajaran, kata hatinya.
Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang
bernama Michael lalu mengemukakan pertanyaan
yang sama. Gurunya dengan penuh keyakinan
merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang
dihadapi oleh muridnya. Jawabannya pasti dapat
menghilangkan semua keraguan Isabella.

Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin


tahu Isabella. Dia mulai sedar bahwa keraguan itu
timbul bukan kerana daya pemahamannya yang
kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalah
berat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga
untuk cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula timbul
rasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah dalam
ajaran Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat di
dalam fikiran.
BAB 3

Surat Menyurat

Pada suatu petang, selang beberapa hari kemudian,


Isabella pergi lagi ke taman yang sama tempat dia
mendengar perbincangan dua orang Muslim yang
hebat itu. Tidak lama setelah dia mengambil
tempatnya yang biasa, Umar Lahmi dan Maaz pun
tiba. Mereka duduk di tempat yang dulu juga. Aku
telah mendengar satu laporan yang aneh dan menarik
hari
ini.
kata
Umar
Lahmi.
Apa dia? tanya Maaz dengan agak terkejut.
Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satu
ayat di dalam surat St Paul tempoh hari, kata Umar
Lahmi, rupanya telah sampai ke telinga ketua paderi.
Akibatnya, satu keributan telah terjadi di kalangan
para paderi. Sehingga ada orang yang berfikiran sihat
telah
menjadi
ragu-ragu.
Mendengar cerita sahabatnya itu, Maaz dengan
tenang menjawab, Ya, itu hanyalah khabar angin
saja atau gunjingan belaka. Siapa gerangan yang ada
mendengar
perbincangan
kita?
Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maaz
yang dingin terhadap berita penting yang telah
disampaikannya.
Siapa yang mendengar perbincangan kita, kata
tuan? Takkanlah tak ada angin pokok boleh

bergoyang? Paderi-paderi itu menjadi begitu heboh.


Jadi, apa yang menyebabkan mereka itu heboh
begitu sekali? tanya Maaz apabila melihat kegusaran
sahabatnya. Apakah ini kali pertama paderi-paderi
itu
mendengar
keraguan
kita?
Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapi
apa yang aku dengar ialah para paderi itu sudah mula
gelisah
kerana
keberatan-keberatan
kita
itu.
Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan untuk
mencari jawaban. Berita itu sampai kepadaku melalui
sumber-sumber Kristian. kata Umar Lahmi.
Mendengar penjelasan sahabatnya, Maaz tersenyum
kecil.
Hatinya
merasa
geli.
Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itu
sudah heboh demikian rupa. Bagaimana pula
kepercayaan-kepercayaan Kristian yang lain yang
menggelikan itu? Dosa yang dilakukan Adam
hukuman dikenakan kepada semua anak cucunya.
Seluruh umat manusia dicalit dengan noda dosa itu.
Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasar
kebenaran? Sebagai pembalasan terhadap dosa
semua pembuat dosa, orang yang tidak berdosa
dikenakan hukuman dan disuruh pikul beban semua
dosa. Putera Tuhan turun ke bumi lalu disalibkan.
Tidakkah hal ini sudah melampaui batas, menjadikan
Tuhan seorang yang lemah dan tidak berdaya? Kalau
benar orang-orang Kristian itu ada mempunyai
jawaban terhadap semua soalan ini, sila maju ke
depan dan jelaskan kepadaku.
Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kata
Maaz. Sambil mengesat air mata, dia berkata,Kalau
bukan orang Kristian yang sanggup mengada-adakan
hal yang bukan-bukan serupa itu, siapa lain lagi yang
boleh mengadakannya? Semua orang boleh bercakap

secara wajar tetapi mesti pula ada orang yang


bercakap
kosong.
Setelah diam sejenak, Maaz lalu berkata perlahan
seolah-olah
seperti
kepada
dirinya
sendiri.
Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi
keributan
yang
timbul
sekarang
ini.
Itu satu cadangan yang baik. sahut Umar Lahmi
dengan cepat. Kita mesti keluarkan poster yang
berisi dengan segala macam kepercayaan Kristian
yang
bukan-bukan
itu.
Bagus. Maaz menyampuk. Akan menimbulkan
keributan di kalangan orang-orang Kristian di seluruh
negeri Sepanyol.
Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnya
yang duduk di salah satu sudut taman yang
berhampiran dengan tempat kedua orang Muslim itu,
mendengar semua percakapan tersebut. Wajah
mereka yang putih bersih menjadi kemerah-merahan
kerana menahan geram. Akhirnya, dia tidak dapat
lagi menahan perasaan hatinya lalu dia berkata
kepada
kedua
orang
sahabatnya.
Ini tidak boleh jadi. Kita mesti menyangkal semua
tuduhan mereka dan kita mesti melakukan apa saja
untuk menyakinkan mereka. Mudah-mudahan Tuhan
Kristus akan menarik mereka ke sebelah kita.
Andaikata orang-orang Muslim ini dapat dikristiankan,
alangkah besarnya kemenangan bagi dunia Kristian.
Dengan itu, sekaligus orang-orang Muslim yang lain
tidak dapat menegakkan kepala mereka lagi di negara
ini.
Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu, Isabella
mengangkat muka dengan bersungguh-sungguh
memanjatkan doa meminta Tuhan membawa orangorang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke

dalam pelukan agama Kristian. Dengan demikian,


semakin nyatalah keagunganNya.
Isabella, ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik
saja Isabella menundukkan muka semula. Orangorang kafir ini sangat keras kepala. Bagaimana
mereka boleh meninggalkan syaitan dan menyambut
tangan Tuhan Kristus? Tambahan pula, yang sulit
adalah paderi-paderi kita sendiri. Mereka takut
kepada orang-orang Muslim. Macam kelmarin saja,
setelah aku melihat kegusaran kau tentang keraguan
mereka terhadap hukum-hukum agama kita dan
tentang kutukan yang mereka perkatakan, aku tanya
kepada paderi gereja kita. Mereka buat acuh tak acuh
saja sambil berkata tak usah hiraukan sangat apa
yang dikatakan oleh orang-orang Muslim itu. Jawaban
mereka bukan pembahasan tetapi hunusan pedang.
Bila sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlah
kalau orang-orang Muslim semakin angkuh.
Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu
berbincang dengan orang-orang yang tidak beriman
itu atau sengaja mendiamkan diri. kata Isabella
menjawab komen sahabatnya. Diam mereka
bukanlah bererti mereka tidak dapat menghuraikan
masalah tetapi mereka mahu jaminan kalau nanti
sesudah diberi keyakinan, semua orang-orang Muslim
itu bersedia memeluk agama Kristian. Maka paderipaderi kita dengan senang hati mahu berhadapan
dengan mereka.
Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata
Isabella. Dalam kepalanya terlintas satu idea.
Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis
daripada orang-orang Muslim itu bahwa mereka
bersedia bersemuka dengan paderi-paderi kita.

Dengan surat itu pula kita boleh mendesak


cendekiawan Kristian untuk bercakap dengan orangorang Muslim itu dan memaksa mereka memeluk
agama
kita.
Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang
Muslim itu bersedia menerima? tanya Isabella sedikit
ragu.
Mengapa pula tidak? Bukankah kau juga baru
mendengar
dari
mulut
mereka
sendiri?
Kalau begitu kenapa mesti kita tunggu lagi? Di sini
juga kita beritahu mereka agar bersedia berbincang
dengan paderi-paderi kita. Aku akan tuliskan secarik
surat yang akan aku sampaikan kepada mereka dan
lihat apa jawabannya. kata Isabella dengan perasaan
gembira.
Tetapi
!
Tetapi apa lagi? Isabella yang baru mahu
mengeluarkan pena dan kertas dari begnya terhenti
sebentar lalu memandang wajah sahabatnya dengan
ragu-ragu.
Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan
daripada paderi-paderi kita lebih dulu? Nanti apa akan
jadi kalau orang-orang kafir itu bersedia dan paderipaderi
kita
menolak?
Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian
dengan bertulis bahwa mereka akan memeluk agama
Kristian apabila sudah diyakinkan kebenarannya, ujar
Isabella, maka cendekiawan kita sudah pasti mahu
berdialog
dengan
mereka.
Mendengar penjelasan itu, sahabatnya pun diam.
Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu
menulis:
Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh
perhatian
perbincangan
rahsia
tuan-tuan
itu.

Bersebab kami juga berminat dalam masalahmasalah yang berkaitan dengan agama, saya percaya
tuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini.
Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan
ada berkata kepada temannya bahwa jika kami
penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang
memuaskan tentang perhubungan antara hukumhukum agama dengan kutukan, tuan bersedia
memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar
kami, orang-orang Kristian, tentang hukum-hukum
agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan
Jesus Kristus, kami dengan sangat senang hati
menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan
membuat pengakuan bertulis.
Hamba hina agama Kristian
Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella
kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar
kerana tiba-tiba saja seorang anak gadis datang
menyerahkan surat serupa itu kepadannya. Gadis itu
pula tidak dikenali sebelumnya. Maaz memandang
sahabatnya
dengan
pandangan
yang
berisi
pertanyaan.
Surat apa ini? tanya Umar Lahmi kepada sahabat
Isabella.
Dari teman saya. Dia sedang menunggu jawaban
tuan. jawab gadis itu.
Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang
berdebar-debar. Dia membuka lipatan surat sambil
dahinya berkerut-kerut. Setelah membaca isinya,
wajah Umar kembali berseri-seri. Dengan senyum
kecil, dia menunjukkan surat itu kepada Maaz. Maaz
mengangguk-anggukkan kepala dan memberi isyarat
kepada Umar Lahmi supaya menjawab segera.

Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalu


menulis:
Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah
nona. Kami bersetuju sekiranya anggota-anggota
gereja dapat memberi penjelasan kepada kami
tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan
dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan
sahabat saya akan memeluk agama Kristian. Sila
nyatakan tempat dan tarikh perbahasan akan
diadakan.
Hamba
(Umar Lahmi)

hina

agama

Islam

Setelah selesai ditulis dan ditandatangani, surat itu


pun diserahkan kepada sahabat Isabella yang segera
pula kembali ke tempatnya semula. Isabella sangat
gembira menerima balasan surat tersebut, lebih-lebih
lagi apabila dia mengetahui bahwa rancangannya
dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu. Dia
segera membalasnya.
Tentang masa dan tempat, saya sendiri akan datang
memberitahunya esok.
Hamba yang hina
Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikan
kepada Umar Lahmi, mereka pun beredar dari tempat
itu dengan satu masalah baru pula. Siapa gerangan
orang yang akan berhadapan dengan orang-orang
Muslim itu. Sebaik saja keluar dari taman Cordova
itu, Isabella terus saja ke tempat gurunya yang baik
hati. Diceritakan kesemua yang berlaku tadi
kepadanya. Guru itu yang juga seorang paderi adalah
seorang yang benar-benar mengetahui semua

masalah agama. Ketika dia melihat Isabella dalam


keadaan resah gelisah, dia pun memarahinya dan
memberitahu itu bukan suatu masalah besar yang
boleh sampai merunsingkan fikiran. Isabella lalu
menunjukkan surat Umar Lahmi.
Apabila guru itu membaca surat tersebut, dia pun
bersetuju mahu membahas perkara itu dan merasa
seseorang yang berpengalaman dan terkemuka patut
ikut mengambil bahagian. Kesediaan gurunya
membuat hati dan perasaan Isabella yang gundah
menjadi tenteram dan membolehkannya pulang ke
rumah dalam keadaan selesa. Guru itu berjanji akan
menetapkan tempat dan tarikh sebelum tengah hari
esok.
Malam itu, Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Berbagai-bagai macam persoalan terus menerus
menghantui fikiran. Apa akan terjadi sesudah esok
hari? Andaikata cerdikpandai Kristian tidak dapat
memberi penjelasan yang memuaskan kepada orangorang Muslim, maka orang Kristian akan dipertakuti
sepanjang zaman. Akhirnya, pagi pun tiba. Setelah
selesai membersihkan dirinya, Isabella mengambil
Kitab Injil dan mentelaahnya. Menjelang tengah hari
barulah dia keluar dan mengajak kedua orang
sahabatnya yang akrab pergi ke rumah guru. Di sana
mereka melihat sudah ramai paderi yang berkumpul
seolah-olah mereka sedang menunggu seseorang
yang penting. Apabila orang yang ditunggu itu tiba
maka dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi
yang khas.
Guru Isabella, sesudah mengucapkan puji-pujian
kepada
Jesus
Kristus,
menerangkan
tujuan
perhimpunan diadakan dan dengan bersungguh-

sungguh meminta semua cendekiawan yang hadir


supaya berani dan bersedia untuk berdialog dengan
orang-orang Muslim dan mencuba untuk menarik
mereka masuk Kristian.
Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar
sehingga kami semua disuruh berkumpul di sini. kata
seorang paderi yang berbadan kurus dan bermuka
cengkung, nada suara seperti mengejek. Tetapi bila
sampai kemari, aku dapati hanyalah satu perkara
remeh saja yang mahu dibincangkan. Panggil saja
orang-orang Muslim itu ke mari sekarang juga dan
sesiapa saja di antara kita dengan mudah boleh
menyakinkan mereka.
Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk dan
berkepala
bulat
dan
licin
menyampuk.
Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat,
kita pun selalu mengadakan perbincangan dengan
orang-orang Muslim. Tapi setelah ada berita tersebar
yang mengatakan orang-orang Kristian tidak dapat
menjawab keraguan orang-orang Muslim maka
perkara ini sekarang dapat dianggap sebagai perkara
besar dan penting. Kita patut tetapkan masa untuk
perbincangan itu.
Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan
berkumpul di gereja besar. Ada baiknya kita
memanggil mereka esok pagi. Mudah-mudahan Tuhan
Jesus memberi petunjuk kepada mereka. ujar
seorang paderi lain yang kelihatan lebih muda
daripada yang lain.
Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderi
tua
yang
duduk
di
sebelah
Michael.
Itu satu cadangan yang baik. Dia memandang muka
Isabella yang sedang duduk berhadapan dengan

Michael.
Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang di
gereja itu mesti ikut hadir sebab ada kemungkinan
kami
memerlukan
bantuannya
sewaktu-waktu.
Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan
dalam perbincangan antara kita dengan orang-orang
Muslim.
Seorang paderi yang perawakannya gemuk dan
pendek menambah, Bapamu ialah ketua semua
paderi di Sepanyol ini. Tidak ada orang lain yang lebih
alim daripadanya tentang hukum-hukum agama
Kristian. Sebab itu kehadiran bapamu amat
diharapkan.
Pada waktu itu, Michael,
menjawab, Susah tentu!

guru

Isabella,

segera

Setelah berlaku perbincangan yang agak serius,


akhirnya dicapai kata sepakat, cadangan mengadakan
dialog dengan orang-orang Muslim itu diterima
dengan sebulat suara dan hari Minggu telah
ditetapkan sebagai hari dialog itu diadakan. Atas
permintaan Isabella, Michael telah menulis surat
memberi kebenaran kepada Umar Lahmi untuk masuk
ke dalam gereja besar pada hari tersebut.
Waktu perbincangan itu selesai. Matahari sudah
condong ke barat. Isabella dan kedua sahabatnya
meminta diri diikuti Mirano, anak Michael. Mereka
berjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat
Umar Lahmi dan Maaz menunggu. Mereka dapati
selain daripada Umar Lahmi dan Maaz ada orang lain
pula bersama-sama mereka. Baru pada petang itulah
Umar Lahmi dan Maaz melihat wajah Isabella dari
dekat. Mereka terpegun sejurus lamanya kerana
terpesona dengan wajahnya yang jelita itu. Kedua-

duanya mengucapkan Subhanallah! di dalam hati,


memuji kebesaran Allah.
Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael,
gurunya, kepada Maaz. Surat itu segera dibuka dan
dibaca untuk didengar oleh semua yang hadir.
Kami semua sangat berterima kasih di atas segala
susah payah nona. kata Maaz. Andaikata pihak
mana saja yang nanti mendapat petunjuk, maka
pahalanya
pertama
sekali
nonalah
yang
menerimanya.
Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan
dalam ilmu falsafah Kristian di samping seorang ahli
teologi yang terpelajar. Sesungguhnya pujian yang
tinggi patut kita berikan kepadanya kerana usaha
mahu melepaskan kita daripada kemungkaran. kata
Umar
Lahmi
kepada
teman-temannya.
Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar pujipujian
Umar
Lahmi
itu.
Dengan lemah-lembut dia menjawab, Saya hanyalah
seorang hamba hina Tuhan Jesus Kristus. Terima
kasih banyak kerana sudi menerima jemputan kami.
Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk dengan
agak keras, Astagfirullah. Tengok betapa orangorang Kristian itu menyekutukan Allah dan memuja
Nabi Isa. Memang benar mereka ini gila. Kalau tidak
masakan
manusia
yang
hidup

Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk


tidak menimbulkan kegusaran kepada Isabella.
Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah
memulai perdebatan. Perkara itu akan kita putuskan
esok
di
gereja
besar.
Kemudian dia memandang Isabella. Nona boleh
memberi jaminan kepada para paderi itu bagi pihak

kami bahwa insyaAllah kami akan sampai di gereja


esok sesudah sarapan.
Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri
meninggalkan tempat itu. Mereka tidak lagi tunggu
sampai matahari terbenam seperti yang seringkali
mereka lakukan.
BAB 4

Pertemuan Pertama

Tidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempat


itu, Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawan mereka
yang lain berpisah untuk pulang ke rumah masingmasing. Sesampai di rumah, mereka mentelaah Kitab
Suci Al Quran dan Kitab Injil serta membuat catatancatatan perkara yang penting untuk dijadikan bahan
yang akan dibahaskan di dalam pertemuan esok hari.
Pada pagi berikutnya iaitu pagi Ahad, berita tentang
pertemuan itu telah tersebar dengan luas di seluruh
kota. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati
membuat persiapan yang teliti terutama di dalam
menghadapi orangramai yang ingin ikut mendengar
perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam
saja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja
sedangkan yang lain-lain terpaksa pulang dengan
perasaan kecewa. Umar Lahmi, Maaz dan beberapa
orang cendekiawan Islam dibenarkan masuk sesuai
dengan persetujuan yang telah dibuat lebih awal.
Ketika mereka masuk, didapati hampir semua paderi
yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan
sedang sibuk mengerjakan sembahyang.
Tidak lama kemudian upacara sembahyang itu pun
selesai. Paderi-paderi lalu mengambil tempat duduk
di suatu meja panjang yang tersedia, berhadapan
dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Isabella dengan semua kawan-kawannya pun ikut


serta duduk bersama-sama.
Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima
kasih kerana telah menyahut pelawaan mereka,
Michael, guru Isabella membuka pertermuan dengan
memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di
meja persidangan itu. Salah seorang daripada mereka
bernama Peter yang terkenal sebagai seorang ahli
pengajian Arab dan kitab-kitab Islam.
Kami diberitahu bahwa tuan-tuan mempunyai sedikit
keraguan tentang agama Kristian dan telah bersetuju
datang kemari untuk meminta penjelasan daripada
kami. Tuan-tuan juga telah berjanji kalau penjelasan
yang kami berikan itu boleh meyakinkan maka tuantuan akan meninggalkan agama Islam dan memeluk
agama Kristian. kata Michael.
Kami sedikit pun tidak merasa ragu tentang
kepercayaan dan ajaran-ajaran Kristian tetapi kami
cukup yakin kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak
beralasan. Dalam pada itu pun jikalau tuan dapat
memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan
tentang agama tuan yang boleh meyakinkan maka
kami bersedia masuk agama Kristian.
Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Michael lalu
berpaling kepada Peter yang kelihatan lebih tua
daripada yang lain. Peter yang sudah menulis banyak
buku menentang agama Islam, dianggap orang yang
paling berkebolehan untuk berdebat dengan orang
Islam.
Peter dengan nada suara orang yang menguasai
keadaan berkata, Saya diberitahu bahwa bantahan
tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang

mengapa St Paul telah mengatakan hukum-hukum


agama itu satu kutukan. Tetapi ini adalah satu
perkara remeh dan tida lebih daripada satu isu
sampingan saja. Tuan-tuan orang Muslim dan
berimankan Quran dengan sendirinya pendapat tuantuan mengenai Tuhan Jesus Kristus dan agama
Kristian mengikuti lunas-lunas Quran.
Umar Lahmi tersenyum kecil sebelum menjawab,
Saya sudah membuat definisi yang jelas di dalam
surat saya tentang persoalan yang akan kita
bincangkan seperti yang tuan sendiri sudah akui
tetapi mengapa pula tuan bawa kepada perkaraperkara lain? Saya sudah menulis perbincangan ini
akan berisar di sekitar hukum-hukum agama dan
kutukan, jadi apa ada bantahan tuan tentang hal itu?
Peter masih dengan nada suara yang agak kuat
berkata,Kami akan menjawab pertanyaan tuan tetapi
lebih dulu biarlah kita bincangkan isu-isu yang dasar
yang juga dari Quran tuan-tuan. Bukankah dalam
Quran ada mengatakan tentang Tuhan Jesus Kristus
kami sebagai Rohullah, Kalimatullah. Tidakkah ada
tersebut
di
dalamnya
bahwa
dia
pernah
menghidupkan orang yang sudah mati? Jadi, apabila
tuan percayakan Quran bagaimana pula boleh tuantuan meragui Tuhan Jesus sebagai Putera Tuhan?
Tuan telah memulai dengan perbincang yang agak
menyimpang yang sedikit pun tidak ada kenamengena dengan keraguan yang kami timbulkan.
kata Umar Lahmi. Apa yang saya inginkan ialah
untuk memahami signifikan hukum-hukum agama
dan kutukan. Andaikata tuan bersedia mahu
membincangkannya, silakan. Kalau tidak, kami akan
meninggalkan tempat ini. Umar Lahmi memandang

muka sahabat-sahabatnya dan mereka semua


menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan
keputusan itu.
Saya mengemukakan Quran kepada tuan ialah
supaya isu-isu dasar itu dibincangkan lebih dulu.
Jikalau tuan mahu mengelakkan diri daripada
persoalan dasar ini dan mahu membincangkan isu-isu
sampingan,
itu
bererti
tuan
tidak
dapat
menjawabnya. kata Peter dengan sikap angkuh.
Umar Lahmi segera menjawab, Baiklah, tuan mahu
membincangkan isu-isu dasar, terlepas daripada
persoalan agama tuan dan mahu berselindung di balik
AlQuran. Jikalau tuan mahu membincangkan isu-isu
dasar, mari kita selesai ini dulu. Apakah Adam benarbenar ada melakukan satu dosa dan bila kita
putuskan dia benar-benar ada berbuat dosa, maka
patutlah kita bincangkan pula apakah dosa itu
diperturunkan dari generasi ke generasi sampai
meliputi seluruh umat manusia. Yakni, kerana dosa
Adam itu, semua manusia dengan sendirinya ikut
dibebani dosa? Jika keadaannya benar begitu, kita
akan bincangkan bagaimana noda dosa itu dapat
dihapuskan? Kemudian kita bincangkan pula tentang
kesucian Nabi Isa, tentunya menurut Kitab Injil.
Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami bahwa
Jesus itu Tuhan dan hanya dia saja dapat
memerdekakan manusia daripada dosa. Apabila
semua ini dapat dijelaskan maka tuan mesti buktikan
pula bahwa Jesus benar disalib dan kerana semua
dosa manusia dia telah tinggal selama tiga hari di
dalam neraka. Inilah yang patut dibahaskan dan
bukan apa yang tersebut di dalam AlQuran tentang
Nabi Isa.

Semua itu tidak relevan. Tidak ada perhubungannya


dengan persoalan. Peter menampik. Apa yang saya
maksudkan ialah untuk membuktikan dari Quran
sendiri bahwa Jesus Roh Allah dan Kalam Allah dan
telah menghidupkan orang yang sudah mati.
Olehkerana itu, agama Kristian itu benar.
Umar Lahmi menjadi tidak senang dengan putar belit
paderi tua itu. Masa sudah berjalan beberapa minit,
pokok perbincangan belum juga diperolehi. Dia lalu
memandang kepada Isabella yang sejak perbincangan
itu dimulai tidak pernah melepaskan matanya dari
wajah
itu.
Sambil menunjuk kepada Isabella, dia berkata,
Sekarang saya tunjuk nona ini sebagai hakim dan
memintanya memberitahu mengapa kami diundang
kemari? Nah! Saudari mesti katakan apa yang telah
saya tulis di dalam surat saya dan kenapa saudari
membawa kami kemari?
Isabella
yang
sedang
tenggelam
di
dalam
lamunannya itu agak tersentak apabila ditunjuki Umar
Lahmi serupa itu. Pipinya tiba-tiba menjadi merah.
Dengan suara yang rendah tetapi berwibawa, dia
menjawab, Sebenarnya, perbincangan ini ialah untuk
menentukan apakah hukum-hukum agama itu satu
kutukan ataupun tidak. Tetapi keberatan yang
dikemukakan oleh bapa suci kami juga ada
kebenarannya. Menurut pendapat saya, mula-mula
kita bahaskan dulu keberatan-keberatan tuan
kemudian barulah bapa suci memajukan pula soalansoalan tentang Quran.
Umar Lahmi mengangguk-anggukkan kepala tanda
bersetuju
dengan
pendapat
Isabella.
Nah, saya bersetuju dengan pendapat nona.

Sekarang saya buka gelanggang ini kepada tuan.


Saya berjanji bahwa apbila tuan dapat menyelesaikan
keberatan-keberatan kami dengan penjelasan yang
meyakinkan, kami dengan tidak melewatkan waktu
membenarkan tuan memajukan soalan-soalan secara
umum. Tapi apabila saya berjanji mahu menganut
agama Kristian, saya fikir tidak perlu lagi kita
berbahas
panjang-panjang.
Umar Lahmi menutup kata-katanya itu dengan
senyum kecil dan memandang Isabella dengan ekor
matanya. Isabella yang dapat melihat jelingan Umar
Lahmi itu merasa tersindir.
Baiklah, ujar Peter, sebutlah soalan-soalan tuan
dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan
mengenainya.
Tuan boleh menjawab soalan saya satu persatu,
persoalan demi persoalan. Ini akan menjadi lebih
jelas.: kata Umar Lahmi. Mula-mula, cuba beritahu
saya apakah jangan mencuri, jangan membunuh,
jangan menimbulkan kesukaran kepada tentangga
dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan
dan apakah ada kaitannya pula dengan hukumhukum agama?
Sudah tentu. Semua itu ada kaitan dengan undangundang agama. jawab Peter dengan cepat.
Apakah pula dikri St Paul tentang hukum-hukum
agama?
tanya
Umar
Lahmi
lagi.
Dikri bagaimana? Saya tidak faham. jawab Peter,
mengangkat muka memandang Umar Lahmi seperti
hairan.
Tuan faham benar-benar perkara itu. kata Umar
Lahmi dengan suara agak keras sedikit. Cuma tuan
mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja

bahwa St Paul telah menganggap hukum-hukum


agama itu sebagai satu kutukan.
St Paul menganggap hukum-hukum agama itu
sebagai kutukan dari sudut bahwa inti hukum agama
itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan
betapa bodoh apabila inti ditinggalkan sedangkan
kulitnya
dikejar-kejar.
Begitulah pula yang saya maksudkan. jawab Umar
Lahmi. St Paul yang menganggap Jesus sebagai jiwa
dan hukum-hukum agama sebagai tubuh telah
mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu
kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman
Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum
agama maka menahan diri dari membunuh dan
berzina juga adalah satu kutukan.
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter, paderi tua,
kelihatan resah sedikit tetapi dia menjawab dengan
satu
dalih.
Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara
ghaib dan tuan tidak dapat memahaminya tanpa
bantuan dari Roh Kudus dan tidak semestinya pula
bahwa sesuatu problem yang tidak dapat difahami itu
merupakan perkara salah. St Paul telah menganggap
hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu
kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk
hukum
agama.
Benar. Memang betul St Paul mengatakan hukumhukum agama pada lahiriahnya satu kutukan.
Sekarang cuba terangkan kepada saya. Jikalau tidak
mencuri, tidak berzina, tidak menganggu keluarga
dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama
yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?
tanya
Umar
Lahmi.
Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang

sama. Peter membantah. Cuba dengar. Apa yang


dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik
daripada yang dikatakan oleh St Paul. Tuhan kami
menyuruh kami mengikut Firman-Firman Perjanjian
Lama.*
( *sila lihat Injil, Matius
Bab 5:19 sampai Bab 10:25 )Iaitu memperoleh
keselamatan maka perlu mengikuti Perjanjian Lama
juga. kata Umar Lahmi. Kalau sudah memang
demikian
keadaannya,
mengapa
pula
tuan
menimbulkan perkara penebusan dosa dengan
menyalibkan
Putera
Tuhan?
Iaitu,
mengapa
Penebusan Dosa Momok ini apabila Perjanjian Lama
perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-Firman
Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus
dosa?
Kami tidak tahu apa-apa. jawab Peter dengan suara
perlahan. Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan
kami mengikut Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan
tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti
Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa.
Jadi, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi
Yusuf, Nabi Nuh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah
keselamatan mereka kerana jalan keselamatan
mereka satu-satunya hanya dengan mengikuti
hukum-hukum agama? tanya Umar Lahmi. Begitu
juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka
dicabut.
sambungnya
lagi.
Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan
satu-satunya ialah dengan mengikuti hukum-hukum
agama tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah
mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah
penebusan dosa. jawab Peter.Umar Lahmi tersenyum
mendengar jawaban Peter yang berbelit-belit itu. Dia
memandang muka Isabella dan muka itu walaupun
kelihatan tenang tetapi sedang tenggelam dalam satu

fikiran
yang
membingungkan.
Umar
Lahmi
memandang
muka
Peter,
ditenung
matanya.
Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan
oleh St Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satu
kutukan kemudian tuan menolak hukum-hukum
agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan
mengemukakan kata-kata wali yang lain untuk
membuktikan bahwa ucapan St Paul hukum-hukum
agama itu satu kutukan tidak benar?
Tiba-tiba paderi kurus yang bermuka cengkung dari
sudut sebelah kiri menyampuk dengan suara yang
lantang.
Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah
perbuatan
murtad
dan
kufur.
Semua
yang
dibincangkan berkaitan dengan perkara-perkara
ghaib. St Paul memang mengatakan hukum-hukum
agama satu kutukan dan kata-kata itu benar tetapi
tuan-tuan tidak dapat memahami perkara-perkara
ghaib serupa ini. Jalan keselamatan kami ialah
ketuhanan Kristus dan penebusan dosa kerana Jesus
bebas daripada dosa dan ia penjelmaan Tuhan, yang
kerana kesayangan dan perbuatan baiknya menderita
di atas salib sebagai ganti kita semua dan memberi
kita keselamatan.
Jangan
itku
rasa
hati
dalam
perselisihan
persahabatan. ujar paderi yang bertubuh gemuk dan
berkepala bulat dan licin. Dia duduk di sebelah kanan
Peter. Tuan sudah mulai menyangkal St Paul.
Inilah hasil perbincangan yang tidak benar dan tidak
beralasan. Tuan kini telah mula membicarakan soal
ketuhanan dan penebusan dosa. kata Umar Lahmi.
Eloklah kita selesaikan lebih dulu perbahasan
mengenai hukum-hukum agama dan kutukan.
Kami telah memberikan jawaban yang meyakinkan

kepada tuan. Jadi, sekarang kami berikan masa


selama delapan hari untuk tuan beristirehat.
Andaikata keraguan tuan-tuan masih belum dapat
dipecahkan pada masa itu, tuan-tuan boleh datang
lagi kemari. kata Peter.
Umar Lahmi tidak menghiraukan kata-kata paderi tua
itu.
Sebaliknya, dia bertanya, Tuan tidak menganggap
hukum-hukum agama sebagai satu kutukan dan
kolega tuan pula mengatakan ia itu satu kutukan dan
St Paul berada di pihat yang benar. Jadi, mana satu di
antara
tuan-tuan
ini
yang
benar?
Orang yang mengatakan hal ini tidak ada kaitannya
dengan misteri agama Kristian. Jangan tuan
pedulikan kata-kata mereka itu. jawab Peter.
Umar
memandang
kepada
Isabella.
Nah, cuba terangkan kepada saya yang mana benar
di antara mereka ini dan apakah St Paul itu silap
kerana mengatakan hukum-hukum agama satu
kutukan?
Sekali lagi, Isabella tersentak apabila Umar Lahmi
memajukan
pertanyaan
kepadanya.
Saya datang kemari untuk mendengar perbahasan
dan bukan untuk ikut campur. Tapi saya akan
meminta kepada guru saya, Bapa Michael, untuk
menyelesaikan masalah ini kerana beliau seorang
ilmuwan yang agung dan cendekiawan pula, kerana
sebagai sebahagian daripada tamu-tamu terhormat
yang lain saya sendiri pun belum begitu faham
tentang
hal
ini.
Kata-kata Isabella itu bagai petir di tengah hari.
Semua orang yang hadir di dalam gereja amat
terperanjat mendengarnya, lebih-lebih lagi para
paderi yang duduk di meja persidangan. Mereka

memandang muka Isabella dengan pandangan tajam


yang berisi kehairanan. Di tempat para penonton
telah timbul keributan kecil.
Melihat keadaan yang mula kacau, Michael bangun
dan
berkata,
Saudara-saudara,
kita
semua
berhimpun di sini untuk mencari kebenaran dan
sesungguhnya ini adalah satu tugas yang berfaedah.
Tetapi untuk tujuan ini, maka perlulah kita
mempunyai hati yang tulus ikhlas dan satu keinginan
untuk menerima kebenaran. Masalah keimanan yang
sedemikian itu tidak akan dapat dicapai oleh
seseorang
dengan
usahanya
sendiri
tanpa
pertolongan Tuhan. Oleh sebab itu, kita harus berdoa
kepada Tuhan dengan setulus hati agar Dia
menunjukkan kebenarn kepada kita melalui bantuan
Roh Kudus dan menampakkan kepada kita segala
misteri
agama
Kristian.
Michael terpaksa berhenti sejenak kerana dari para
hadirin Kristian terdengar ucapan Amen sedarun.
Kemudian
dia
menyambung
semua.
Saudara-saudara. Apakah hukum-hukum agama itu
satu kutukan atau tidak adalah satu soalan titikbengik, tidak penting. Persoalan yang sebenarnya
ialah
saudara-saudara
Muslim
kita
ini
tidak
mengetahui tentang kepercayaan Kristian dan dasardasar pokoknya, sebab itulah mereka gemar
berpolemik. Intisari agama kita hanya terletak pada
dua kalimat, iaitu ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Seseorang yang memahami erti kedua kalimat
ini maka fahamlah dia semua rahsia agama Kristian.
Betapa sayangnya Tuhan kepada kita sehingga Dia
mengirim putera tunggalnya bagi keselamatan kita
untuk memikul semua derita manusia di dunia ini dan
akhir sekali Dia telah dibunuh di atas salib sebagai
penebus semua dosa kita. Oleh sebab itu saya ingin

memohon kepada sahabat saya, Umar Lahmi, dan


kawan-kawannya
supaya
membatalkan
saja
perbahasan yang sia-sia mengenai hukum-hukum
agama dan kutukan dan memikirkan tentang
keperibadian suci Tuhan Jesus kita dan penebusan
dosanya yang tidak ada tolok bandingan. Marilah
masuk agama Kristian.
Umar Lahmi merasa gusar dengan ucapan Michael
yang sama sekali tidak diduganya itu lalu dengan
segera dia menjawab, Kami datang kemari bukanlah
kerana mahu bercakap perkara-perkara yang kosong.
Kami
semua
ada
prinsip
dan
kami
mahu
membahaskan masalah-masalah dasar. Kami telah
pun menjelaskan pokok perbincangan kita di dalam
surat kami dan saudari Isabella ini yang menjadi
saksinya. Jadi, kalau tuan mahu membatalkan pokok
persoalan awal kita itu dan mahu membincangkan
entang ketuhanan Kristus dan penebusan dosanya,
saya juga bersedia asal saja tuan tuliskan bahwa kita
batalkan masalah hukum-hukum agama itu dan kita
patut bincangkan tentang ketuhanan Kristus dan
penebusan
dosanya
pula.
Kami tidak bermaksud bahwa tuan tidak boleh
bincangkan
masalah-masalah
itu,
kata
Peter
berdalih, cuma kita patut tinggalkan isu-isu
sampingan dan bincangkan masalah-masalah dasar.
Umar Lahmi mulai jengkel. Jadi, kenapa tuan-tuan
undang kami kemari? Gereja dan masjid tidak perlu
diperbahaskan.
Kalau
tuan-tuan
tidak
mahu
berbincang, katakanlah dengan berterus terang
supaya masa kami terbuang tidak sia-sia begini.
Tuan sudah salah faham tentang kata-kata Peter
Suci. Dia tidak bermaksud kita tutup terus
perbincangan ini. Dia cuma mahu menekankan bahwa
pertanyaan-pertanyaan mengenai masalah dasar

yang
dapat
tuan
fikirkan,
tuan
kemukakan
kepadanya. Tapi sekarang sudah tengah hari dan
tuan-tuan mungkin akan pergi makan. Bila waktu
yang sebaik-baiknya tuan-tuan dapat kemari lagi?
Michael cuba membujuk.
Sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya. ujar Umar
Lahmi. Tidak sesiapa yang boleh menentukan
apakah kita akan mendapat kesempatan yang
berfaedah
seperi
ini
lagi.
Tapi tuan-tuan akan menunaikan solat? kata
Michael
lagi.
Kami boleh bersolat di gereja ini. jawab Umar
Lahmi.
Peter lalu mencelah. Saya fikir lebih baik kita
berbincang
lagi
hari
Ahad
depan.
Saya berpendapat perbincangan ini tidak boleh
ditangguhkan terlalu lama. Mungkin kita mendapat
petunjuk
dari
Allah.
kata
Umar
Lahmi.
Baiklah. Kita sambung perbincangan ini esok pada
masa
yang
sama
sampai
tengah
hari.
Jika perbincangan ini mahu ditangguhkan sampai
esok, Isabella tiba-tiba ikut campur, tidak usah
diberhentikan sampai tengah hari tetapi dilanjutkan
sehingga petang. Barangkali kita boleh sampai
kepada
sesuatu
keputusan.
Michael segera menjawab, Sama sekali tidak.
Tidakkah kita ada membuat kerja-kerja lain juga?
Saya fikir tidak ada kerja lain yang lebih penting
daripada perbincangan ini. jawab Isabella, tidak
mahu kalah.
Orangramai mulai bising. Akhirnya, diadakan satu
perbincangan kecil di antara para paderi dan Umar
Lahmi serta sahabat-sahabatnya. Mereka membuat
keputusan akan menghentikan perbincangan hari itu

sampai di situ saja dan akan disambung semula esok


dari pagi sampai ke tengah hari. Pertemuan yang
pertama itu pun berakhir. Setelah mengucapkan
terima kasih kepada semua orang-orang Kristian,
Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya meninggalkan
gereja besar.
Isabella dan para paderi lain masih tinggal sehingga
semua hadirin keluar meninggalkan tempat itu,
pulang
ke
rumah
masing-masing.
Setelah orang-orang lain habis keluar, paderi yang
berbadan kurus bermuka cengkung bangun lalu
berjalan
mendekati
Isabella.
Amat mendukacitakan yang kamu telah memberi
kesempatan kepada orang-orang kafir itu untuk
mengemukakan keraguan mereka dan mengejek
agama
Kristian.
Belum sempat Isabella menjawab, paderi itu berjalan
ke
tempat
Michael.
Satu-satunya cara mahu melayani orang-orang
murtad itu ialah meletakkan Quran di hadapan
mereka. Peter Suci telah berbuat serupa itu pada
mulanya tetapi malang, mereka menggelecek keluar
dan membahaskan tentang hukum-hukum agama.
Kalau esok terjadi lagi yang serupa, alamat kita akan
dikecewakan dengan teruk kerana mereka tanyakan
ialah tentang rahsia ketuhanan yang tidak siapa pun
tahu
kecuali
wali-wali
saja.
Sebetulnya perbincangan itu sejak awal lagi telah
menyimpang ke saluran salah kalau tidak mereka
telah tunduk oleh Quran mereka sendiri. kata Michael
menyampuk paderi kurus itu. Bukankah Quran ada
mengatakan yang Tuhan Jesus kita itu pembawa
hidup dan menghidupkan semula yang sudah mati?
Bukankah Quran menyebutnya Roh Allah dan
Kalimat
Allah?

Peter kemudian berkata, Pokok perbincangan esok


hari sudah ditetapkan. Iaitu mengenai ketuhanan
Kristus dan penebusan dosa. Aku dengan licik telah
memesongkan mereka ke pokok persoalan lain tetapi
kau, Michael, telah membawa mereka kembali ke
persoalan
itu.
Tuan jangan salahkan saya. Itu semua perbuatan
tuan sendiri. jawab Michael menangkis tuduhan
paderi
tua
itu.
Buat apa lagi kita memuaskan nafsu dengan
perbahalan sesama sendiri. kata seorang paderi lain.
Kita tunggu esok dalam perbahasan tentang
ketuhanan Jesus. Agama Kristian kita bukan seperti
bubur lembutnya boleh ditelan dengan sekali teguk
saja.
Dia bangun dan meminta diri. Semua paderi pun ikut
meminta diri dan meninggalkan gereja. Mereka
pulang ke tempat masing-masing dengan membawa
berbagai-bagai mcam fikiran.
Isabella dan ketiga orang sahabatnya berjalan di
belakan paderi-paderi itu. Dalam masa berjalan itu,
dia
berkata
kepada
sahabat-sahabatnya.
Cuba kalian lihat. Di belakang orang-orang Muslim,
mereka bercakap besar bahwa orang-orang Muslim
tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tetapi
bila duduk berhadapan, tembelang mereka terdedah
semuanya. Aku sangat menyesal bapaku terpaksa
meninggalkan gereja sebaik saja selesai dia
memimpin sembahyang kerana dia terlalu percaya
dengan kebolehan dan ilmu Bapa Michael dan Bapa
Peter. Kalau tidak, dia tentu boleh tutup mulut orangorang
Muslim
itu.
Sebenarnya, masalah itu terlalu berat, apakah
bapamu sanggup menghadapinya? Salah seorang
sahabatnya
menyahut.

Seorang lagi mencelah, Sebenarnya, kepercayaan


dan dogma kita terlalu kabur. Kalau tidak masakan
paderi-paderi kita itu terpukul begitu teruk?
Minta dijauhkan Tuhan! Baru saja sekali berbahas
kamu berdua sudah mula berputus asa. Kepercayaan
kita cukup teguh asasnya tetapi mesti ada seseorang
yang boleh menjelaskannya. Lihat saja esok nanti.
Bila ketuhanan Kristus dibahaskan betapa teruk
mereka akan dihentam.
Mereka lalu berpisah di persimpangan jalan. Masingmasing pulang ke rumahnya.
BAB 5

Pertemuan Kedua

Pada pagi Isnin, para paderi mula datang ke gereja


besar. Pada hari itu juga, bersama-sama Isabella, ikut
hadir perempuan-perempuan Kristian yang ingin
mendengar perbincangan. Ruang sembahyang gereja
sudah penuh dengan penonton lelaki dan perempuan,
tua dan muda. Di meja panjang yang berhampiran
dengan podium tempat paderi besar membaca
khutbah sudah duduk para paderi yang ikut di dalam
perbincangan hari kelmarin, diketuai oleh paderi tua
Peter dan pembantu kanannya, Michael. Isabella ikut
bersama-sama mereka. Tepat jam delapan, Umar
Lahmi dan sahabat-sahabatnya muncul di pintu depan
gereja. Selain daripada Maaz dan penyokongpenyokong yang ikut dalam perbincangan pada hari
kelmarin yang memang sudah dikenali, ada beberapa
orang muka baru. Ini membuat para paderi bercakap
berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka kelihatan agak
gusar tetapi tidak dihiraukan oleh Umar Lahmi. Dia
segera mengambil tempat duduknya berhadapan
dengan paderi-paderi itu.

Sebaik saja selesa duduknya, Umar Lahmi pun


berkata, Kelmarin kita telah membuat keputusan
akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan
Kristus dan penebusan dosa. Oleh sebab agak sukar
mahu membincangkan kedua-dua masalah ini
sekaligus maka ada baiknya kita bincangkan secara
berasingan.
Peter segera menjawab, Kedua-dua masalah ini
sebenarnya satu dan saling berkait. Jadi, tuan boleh
pilih
mana
satu
yang
tuan
suka.
Terima
Kasih.
kata
Umar
Lahmi.
Dia lalu membaca beberapa ayat dari Surat AlFurqan. Wajah Isabella tiba-tiba berubah. Kulit
mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti
bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar Lahmi
terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh
tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang
berpejam segera membuka mata dan dilihat sahabat
Isabella sedang menolong mengangkat Isabella
duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri
melihat ke depan.
Maaz
membisikkan
ke
telinga
Umar
Lahmi
memberitahu bahwa anak gadis itu terlalu terpesona
dengan ayat-ayat AlQuran yang dibacanya. Peter dan
Michael bukan main lagi terkejut melihat keadaan
Isabella itu. Mereka serentak bertanya sebab
musabab terjadi serupa itu tetapi Isabella tidak
menjawab. Hanya beberapa titik airmata jatuh
meleleh di atas pipinya yang masih merah. Isabella
cuba menenangkan dirinya dengan keadaan yg agak
payah. Dia memberitahu sahabatnya bahwa sejak
bulan yang lalu dia mendapat serangan tiba-tiba
serupa itu. Dia memberi isyarat supaya mereka
jangan menghiraukan keadaannya. Mereka boleh

meneruskan perbincangan. Sebahagian


paderi yang duduk di meja mencurigainya.

daripada

Dia tidak apa-apa, kata sahabat Isabella, dia selalu


mendapat
serangan
tiba-tiba
serupa
itu.
Keterangan sahabat Isabella telah dapat mengikis
sangkaan para paderi bahwa Isabella sudah mula
terpengaruh dengan Islam. Setelah berhenti sejenak,
Umar
Lahmi
menyambung
bacaannya.
Dia berdiri lalu berkata, Tuan-tuan, kami telah
diberitahu bahwa asas prinsip agama Kristen ialah
ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Jadi saya
ingin
majukan
satu
pertanyaan
yang
boleh
menghuraikan
masalah
ketuhanan
Kristus.
Pertanyaan itu ialah: apa keperluannya yang khusus
maka Putera Tuhan membuat pengorbanan bagi
penebusan dosa? Kalau untuk tujuan itu saja, orang
alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan
jiwanya sebagai penebusan dosa semua orang yang
berdosa. Apa sebab secara istimewa Putera Tuhan
telah disalib?
Para paderi telah berbisik sesama sendiri, berbincang
perlahan-lahan. Sejurus kemudian, mereka memilih
Peter untuk menjawab tetapi dia berada dalam
keadaan bingung. Namun sebagai sikap kebapaan,
dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang
terketar-ketar.
Untuk penebusan dosa, Putera Tuhan diperlukan
kerana orang lain baik dia nabi atau rasul penuh
dengan dosa. Orang yang ada dosa tidak dapat
menebus dosa orang lain. Kerana Tuhan Jesus Kristus
satu-satunya Putera Tuhan dan bebas dari dosa
maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua oang
yang
berdosa.
Baiklah, kata Umar Lahmi, cuba terangkan apa

yang disalib. Apakah ketuhanan yang disalibkan untuk


penebusan dosa ataupun kemanusiaan yang ada pada
Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus yang disalibkan
maka bererti bahwa Tuhan yang tunggal dan tanpa
sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban
dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni
Tuhan sudah mati. Tetapi kalau kemanusiaan di dalam
Kristus yang disalib, jawaban tuan sudah hilang
semua kekuatannya kerana kalau begitu caranya
maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan
bukan Tuhan kerana kedua-duanya menunjukkan
akan
kemanusiaan
di
dalam
Kristus
bukan
ketuhanannya yang dikorbankan.
Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan
yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna.
Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik di dalam
dirinya. Tetapi kemanusiaannya seperti juga dengan
ketuhanannya bebas daripada dosa dan sebab itu
pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain
semuanya bergelimang dosa. Dengan demikian
mereka tidak sesuai untuk penebusan dosa. kata
Peter.
Itulah, jawab Umar Lahmi, kerana tidak ada
manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa
maka Tuhan sendiri terpaksa turun ke dunia dan
ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya.
Andaikata seorang manusia yang bebas daripada dosa
diperlukan untuk menebus dosa, mengapa Tuhan
tidak cipta seorang manusia yg bersih sehingga tidak
payah Tuhan sendiri mati di atas tiang salib kerena
penebusan
dosa.
Peter menjawab, Tuhan saja yang mengetahui
perkara yang ghaib. Kita tidak boleh kata kenapa Dia
tidak berbuat serupa itu dan kenapa Dia sendiri
datang ke duni untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal

ini, kami tahu bahwa Tuhan datang ke dunia untuk


menebus dosa untuk menunjukkan kasihsayangNya
yang
agung
terhadap
kemanusiaan.
Bahwa sayangnya Tuhan kepada makhluNya sampai
ke tingkatan mengutus putera tunggalNya untuk
menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusiamanusia lain. Tujuan ini tentu tidak akan tercapai
kalau
hanya
dengan
mengutus
orang
lain.
Jikalau kasih sayang Tuhan sudah sedemikian besar
kepada makhlukNya, kenapa Dia tidak mengutus
puteranya itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah
tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut
dipedulikan oleh Tuhan? Apa sebab Dia baru
menunjukkan kasihsayangNya itu setelah beribu-ribu
tahun berlalu? Umar Lahmi memajukan pertanyaan
tanpa melepaskan peluang.
Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan
dirinya dengan menjawab, Kita tidak tahu tentang
keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui Tuhan
saja.
Pertanyaan saya masih belum berjawab. Rujukan
kepada keghaiban berulang-ulang tidak akan dapat
menyelesaikan masalah. Nah, cuba katakan saja,
kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu
dilakukan maka kedatangan Tuhan ke dunia adalah
sia-sia belaka. Orang lain pun boleh dikorbankan
juga.
Saya sudah menjawab, ujar Peter, manusia tidak
dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri
bergelumang dengan dosa. Kemanusiaan Kristus
sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah
penjelmaan
kemurnian
dan
tidak
berdosa.
Kerana kemanusiaan Kristus murni dan tidak berdosa
maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa
seluruh manusia ke atas pundaknya. Umar Lahmi

berhujah. Tuan paderi yang mulia, logika tuan itu


sedikit pun tidak meyakinkan malah kepada tuan
sendiri juga. Sekarang cuba terangkan, apa salahnya
jikalau Putera Tuhan ini berbuat sesuatu yang lebih
baik yang boleh menebus dosa semua orang daripada
dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan jalan
itu, tidaklah payah Kristus yang tidak berdosa
memikul beban dosa orang lain, tidak perlu dia disalib
dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhanan
dan kemanusiaan. Penawar bagi dosa ialah kebajikan,
kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat
kebajikan-kebajikan sebagai penebus semua dosa
dan bukan membunuh dirinya untuk penebusan
dosa.
Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Dia berbuat apa
yang disukaiNya. Satu kekurangan ajar kalau mahu
mencapai
darjat
Tuhan.
Peter
menjawab.
Umar Lahmi tidak menghiraukan jawaban Peter yang
kasar. Sebaliknya dia berkata, Tuan tahu bahwa
Kristus dilahirkan dari rahim Maryam Perawan. Nah,
apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan
manusia dan Tuhan yakni apakah yang dilahirkan itu
Tuhan
atau
manusia?
Tuhan bebas daripada cacat kelahiran. Kemanusiaan
di dalam Kristus itulah yang dilahirkan. jawab Peter
dengan
nada
gugup.
Siapa yang mati di atas salib? Tuhan atau manusia?
Tuhan itu bebas dari cacat kematian. Manusialah
yang mati di atas salib. Iaitu kemanusiaan Kristus.
jawab
Peter
lagi.
Kalau begitu, kata Umar Lahmi, kelahiran dan
kematian ada pertalian dengan kemanusiaan Kristus
dan
bukan
dengan
ketuhanannya.
Benar. Memang benar. jawab Peter dengan cepat
dan
bersungguh-sungguh.

Umar Lahmi lalu mencapa Kitab Injil yang terletak di


hadapan Michael. Maafkan saya. Saya minta pinjam
sebentar.
Michael tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah
ada di dalam tangan Umar Lahmi dan sedang
membuka halamannya. Para paderi memandang
kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa
berkata bertukar-tukar pandangan antara satu
dengan yang lain. Isabella semakin tertarik dengan
perjalanan perbincangan itu dan dengan diam-diam
dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar
Lahmi.
Umar Lahmi membuka pada Injil Ayub bab 15:14.
Cuba lihat, di sini ada tertulis Masakan manusia
bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?
dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan
tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub,
kemanusiaan Kristus juga bergelimang dosa. Umar
Lahmi
membuka
halaman
lain
pula.
Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23
bahwa upah dosa ialah maut yakni kematian ialah
bukti bahwa yang mati itu penuh dengan dosa. Oleh
sebab itu timbul lagi pertanyaan: apakah sebab Tuhan
tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya
ketuhanannya dapat diselamatkan? Selanjutnya,
menurut tuan seseorang yang berdosa tidak boleh
menebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak
sesuai
untuk
penebusan
dosa.
Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik
memancut
keluar
dari
dahi
dan
pipinya.
Saya telah katakan bahwa semua ini adalah perkaraperkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang
disukaiNya. Bagaimana tuan atau saya boleh
mengkritikNya?
Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat

didengar oleh semua yang hadir berkata, Jikalau


agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban
ketuhanan saja, kenapa tuan jemput kami kemari,
menghabiskan masa tuan dan juga masa kami
dengan sia-sia saja?
Ucapan Umar Lahmi yang lantang itu telah
menimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella
yang memang menaruh minat kepada soal-soal
teologi, mendengar dengan penuh perhatian tiap-tiap
patah perkataan yang keluar dari mulut Umar Lahmi.
Terguris di dalam hatinya rasa hairan pada Peter Suci
yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidak
dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan
oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabir
misteri ketuhanan. Keributan di tempat penonton
semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu
jawaban dari paderinya tentang kata-kata Umar
Lahmi yang agak pedas itu.
Tiba-tiba Michael bangun sambil memberi isyarat
dengan tangannya supaya penonton berdiam diri.
Dia berkata, Saudara-saudara. Hari ini ialah hari
konfrontasi antara agama Kristian dengan agama
Islam. Saudara-saudara tentu telah tahu apa itu
agama Islam? Agama itu mewajibkan kahwin empat
isteri. Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa
memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan
sebelas
perempuan
dan

Umar Lahmi melompat bangun dan menentang


Michael dengan kata-kata, Kalau tuan-tuan tidak
dapat menjawab hujah saya katakan dengan
berterus-terang dan kemudian apa saja kritikan tuantuan terhadap Islam boleh kemukakan, saya akan
menjawab
satu
persatu.
Dia kemudian membalikkan badan memandang

kepada
hadirin.
Di mana letaknya moral tuan-tuan ini. Kami
dipanggil kemari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan
kami tidak dijawab sebaliknya mengeluarkan katakata yang menghina. Dia berpaling kepada Isabella,
Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari
ini wajar?
Isabella dengan segera bangun dan dengan perkataan
yang terpatah-patah berkata, Saya telah mengikuti
perbincangan ini dari awal sampai ke akhir. Saya
merasa dukacita bahwa Bapa Suci Peter mahupun
Bapa Michael tida pernah dapat memberi jawaban
kepada hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan
saudara Umar Lahmi adalah adil Sama ada
pertanyaan-pertanyaan itu diberi jawaban yang
meyakinkan ataupun mengaku kalah saja. Tetapi saya
berpendapat tuan-tuan tidak dapat melakukannya.
Jadi lebih baik perbahasan ini diselesaikan sekrang
dengan ketentuan bahwa agama Kristian tidak boleh
dipersenda-sendakan
dan
betapapun
juga
pengetahuan atau ilmu tuan-tuan tidak dapat
menghuraikannya. Saya merasa agak aneh bahwa
Isabella tidak sempat meneruskan kata-katanya
kerana ditegur oleh Peter, Kau ini sudah gila,
bercakap
merepek
serupa
itu.
Peter kemudian berucap kepada para hadirin.
Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan
dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia
sudah
hilang
ingatannya.
Mendengar kata-kata Peter, timbul kemarahan di
dalam hati Isabella. Dia tanpa segan silu lagi
menjawab
agak
keras.
Daripada bapa meluahkan perasaan bapa kepada
saya yang hina ini bukankah lebih baik bapa

menjawab pertanyaan orang-orang Muslim itu


ataupun membatalkan saja perbahasan ini. Saya
tidak berhajat menjawab tuduhan yang ditimpakan
kepada saya di sini tetapi kalau ini rupa hadiah di atas
keikhlasan saya maka saya lebih rela dituduh sebagai
orang gila.
Michael yang merasa tersinggung dengan kata-kata
Isabella segera menyampuk dengan suara yang
keras.
Tak bolehkah kau diam? Bercakap, bercakap dan
bercakap tak berhenti. Kami telah menjawab semua
hujah-hujah orang Muslim. Kalau kau berani cubalah
maju
ke
depan
dan
jawab.
Paderi gemuk pula bersuara, Nampaknya anak
perempuan ini secara diam-diam sudah murtad.
Bagaimana dia mahu menjawab hujah-hujah orangorang Muslim? Kelancangannya patut diberitahukan
kepada bapanya yang dihormati dan dia patut
dihukum
dengan
hukuman
yang
setimpal.
Catherine, sahabat Isabella, segera menjawab,
Malang sekali tuan-tuan semua sedikit pun tidak
berlaku adil dan di atas pundak Isabella yang tidak
berdosa ini tuan-tuan timpakan kesalahan. Ada yang
mengatakannya gila dan yang lain pula membuat
ancaman tetapi tidak seorang pun yang menumpukan
perhatiannya kepada pokok persoalan. Isabella benar,
apabila dia mengatakan tuan-tuan tidak dapat
menjawab pertanyaan Umar Lahmi tetapi itu bukan
bererti
agama
Kristian
tidak
benar.
Lalu dengan suara yang agak keras, dia melepaskan
paku
buah
kerasnya.
Tuan-tuan semua tidak berguna dan cuba menodai
agama Kristian dengan kebahlulan tuan-tuan.

Peter dengan tubuh tuanya melonjak bangun dan


dengan suara yang marah berkata, Usir perempuanperempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan
perempuan-perempuan bedebah ini ikut campur
dalam
perbincangan
kita?
Umar
Lahmi
bangun
cuba
menyabari.
Kalau tuan benarkan saya bercakap, saya akan
menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Nona
Isabella.
Michael memandang tajam kepada Umar Lahmi.
Jangan tuan ikut campur percakapan kami. Ini soal
rumahtangga
kami
sendiri.
Paderi yang berbadan kurus bermuka cengkung
mencelah, Bagaimana kalau Isabella dan Catherine
ini
sudah
murtad?
Michael berpaling kepadanya dengan mata yang raguragu.
Kita tidak dapat menentukan sekarang ini. Budakbudak
perempuan
ini
tolol.
Mereka
mahu
mempercepatkan perjalanan perbincangan meskipun
masalahnya memakan masa berbulan atau bertahun
hendak diselesaikan.
Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika
lamanya. Para paderi sedang sibuk berurusan
mengenai
masalah
Isabella
dan
sahabatnya.
Berbagai-bagai pendapat dan komen diluahkan
kepada anak-anak perempuan yang malang itu.
Mereka merancang tuduhan dan menghubungkannya
dengan berbagai-bagai tohmah. Melihat keadaan
yang ribut itu, Umar Lahmi dengan suayanya yang
nyaring merdu membaca beberapa ayat AlQuran
Surat Maryam. Seluruh hadirin diam terpaku dan
suasana yang tadinya kacau itu menjadi senyap
sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar
bacaan yang ganjil daripada biasa di perdengarkan di

dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutup


telinga mereka, khuatir ayat-ayat AlQuran itu
menembus masuk ke dalam hati dan perasaan
mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang
Kristian di dalam gereja termasuk Isabella yang
faham sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujianpujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan
bantahan-bantahan terhadap tohmah orang-orang
Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka
Isabella menjadi berseri-seri tetapi dia menguasai
dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak.
Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat itu,
barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun katakata
dengan
teratur
dan
tenang.
Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua
untuk menjadi saksi bahwa saya adalah orang
Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak
mahu agama Kristian diperhinakan. Saya tidak
maksudkan bahwa kita tidak ada jawaban bagi semua
pertanyaan mereka tetapi masalahnya ialah paderipaderi kita tidak memusatkan perhatian kepada
persoalan-persoalan itu. Mereka berpendapat bantuan
daripada Roh Kudus diperlukan untuk memahami
kepercayaan Kristian dan hal ini dianggap sebagai
satu kelemahan kita oleh orang-orang Muslim. Saya
harap sesudah ini tidak ada lagi salah faham terhadap
saya. Permintaan saya sekarang ialah kita teruskan
perbincangan ini.
Paderi yang berbadan kurus membuat komen seolaholah
kepada
dirinya
sendiri.
Kita sama sekali tidak perlu berbincang dengan
orang-orang kafir itu. Perbincangan yang lepas telah
pun
menggugat
kepercayaan
kita.
Teman
yang
disebelahnya
menyampuk,
Apa
maksudmu?

Saya maksudkan orang-orang kafir ini sepatutnya


kita usir dengan segera keluar dari gereja ini.
jawabnya
sambil
membuat
muka.
Temannya itu berkata, Jangan berkata mengikut
emosi. Masalah ini harus diputuskan sesudah
ditimbang dengan saksama. Saya juga berpendapat
perbincangan ini harus dihentikan saja. Nampaknya,
tidak ada manfaat apa-apa.
Umar
Lahmi
mendengar
apa
yang
sedang
dibincangkan oleh paderi-paderi yang ada di
sekitarnya.
Tuan-tuan, saya tahu tuan-tuan amat bangga
dengan ajaran Nabi Isa sehingga kalau ada orang
menampar pipi tuan-tuan, pipi yang sebelah lagi
tuan-tuan berikan. Tetapi apa yang kami saksikan di
sini sekarang? Apakah kami masuk kemari secara
paksa? Apakah bukan tuan-tuan yang mengundang
kami? Sekarang pun kalau tuan-tuan berterus-terang
bahwa tuan-tuan tidak mahu berbincang lagi, kami
akan meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapi
saya ingin ingatkan kepada tuan-tuan bahwa kami
sudah sampaikan seruan kami dan Allah tidak akan
membiarkan usaha kami itu berlalu begitu saja. Jadi,
katakanlah apakah kami harus tinggalkan tempat ini
ataupun tuan-tuan masih mahu berbincang?
Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah
tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan
agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan kemari pun
bukan itu tujuannya. jawab Peter. Andaikata tuan
mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti
menjawab
pertanyaan
saya
dulu.
Baiklah! ujar Umar Lahmi. Saya beri kebebasan
kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa
saja
dan
saya
dengan
rendah
hati
akan

menjawabnya.
Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan
percaya
dengan
Kitab
Injil?
tanya
Peter.
Sudah tentu AlQuran memuji Kitab Injil dan kami
orang Muslim percaya Kitab Injil, Taurat dan Mazmur
dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi.
ujar
Umar
Lahmi.
Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil
kami?
kata
Peter
lagi.
Kerana ia bukan Kitab Injil. jawab Umar Lahmi.
Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi dan
menamainya Injil maka kami tidak terikat untuk
mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi
hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh
letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di
dalam
AlQuran.
Jadi, Injil yang disebut di dalam Quran itu berlainan
dari Kitab Injil kami? Buktinya? Peter dengan ghairah
memajukan pertanyaan untuk memerangkap Umar
Lahmi.
Umar Lahmi menghadapi pertanyaan itu dengan
tenang.
Benar, walaupun AlQuran menyebut-nyebut tentang
Kitab Inji yang tulen, telah menyebut juga kepalsuan
Injil ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan
yang
salah.
Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil
kami
ini?
tanya
Peter
lagi.
Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab
Injil yang ada di hadapannya lalu membuka.
Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46-53 Jesus
telah menolak mengakui ibunya, Maryam dan
saudara-saudaranya
kerana
tidak
melakukan
kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalah
sebagai menuduh ibunya itu murtad. Padahal AlQuran

kami menyebutnya siddiqa yang bererti dia bukan


murtad tetapi seorang yang beriman dan warak.
Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12: 4650 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan
ketidaksopanannya terhadap ibunya. Meskipun di
dalam Taurat melarang keras menghormati dan
memuja ibu tetapi AlQuran menyebutnya bahwa itu
salah dan mengatakan Jesus telah berkata bahwa dia
patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik
kepada ibunya itu. Ataupun juga seperti yang
disebutkan dalam Injil bahwa Jesus telah dikutuk dan
kerana
kutukan
tersebut
maka
dia
telah
disalibkan.*
( * sbg bukti bahwa
Kristus telah dikutuk, lihat Galatia 3 : 12-13 )
Tetapi Kitab Suci AlQuran menyebutnya Roh Kudus
dan Kalimat Allah dan bahwasanya Al-Masih ibn
Maryam seorang yang mempunyai kemegahan dan
kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang
yang
diperdekatkan
kepada
Allah.*

( *AlQuran 3:45 )Satu suara sumbang kedengaran


dari
khayalak
ramai.
Itu salah! Injil mengatakan dia itu Tuhan.
Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga
boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus di
samping
mengakuinya
sebagai
Tuhan
tanpa
memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang
Menjadi Sumber semua kebaikan dan kesempurnaan
itu pantas dikutuki. kata Umar Lahmi menjawabnya.
Yang patut dikutuki ialah syaitan bukan Tuhan.
Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa
tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan
pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari
dosa dan diakui kesuciannya. Nah, cuba pilih apakah
Tuhan yang terkutuk itu baik dan suci ataupun
seorang manusia yang bebas dari dosa?Peter

menyampuk,
Pokoknya
mengapa
tuan
tidak
percayakan Injil tetapi tuan telah melemparkan ke
dalamnya persoalan kutukan. Kalau tuan ada
mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah
bawa
kemari
kepada
kami.
Tuan tidak berhak memintanya dari kami. Kalau tuan
telah mengakui lebih dulu bahwa Injil tuan itu
karangan dan dipalsukan, pada waktu itu baru boleh
tuan datang kepada kami meminta Injil yang
sebenarnya. Saya sudah buktikan bahwa Kitab Suci
AlQuran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada
sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya
dan secara terang-terangan menceritakan kesalahankesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah
Injil ini yang memuja Kristus dan kemudian terbunuh
di atas salib menjadi Injil yang diakui AlQuran? Dalam
AlQuran dirakamkan kata-kata Kristus. Inni Abdallah
- aku hamba Allah dan padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak mensalibnya * Apakah
AlQuran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan
kepalsuannya? * AlQuran 4:157
Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai
Roh Kudus dan Kalimat Tuhan? Bukankah ini satu
bukti bahwa dia mengatasi manusia? Peter bertanya.
Benar. Kitab Suci AlQuran ada menyebut Nabi Isa
sebagai Kalimat Allah tetapi ia juga ada menyebut
bahwa Kalimat Allah itu tidak terkira banyaknya dan
jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok
di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan
sanggup menceritakan semua Kalimat Allah kerana
kalimatNya tidak terpermenai banyaknya. Jadi,
Kristus juga salah satu dari Kalimat Allah. Mengenai
Kristus menjadi Roh Kudus maka hal ini juga tidak
akan melebihkannya daripada manusia lain sebab
kalimat yang sama pula digunakan untuk Adam. Di

dalam AlQuran ada disebutkan Maka apabila Aku


telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup
padanya rohKu, maka tiaraplah kamu kepadanya
dalam keadaan bersujud. * Jadi, dengan kalimat
yang sama maka Kristus juga serupa Adam. Jikalau
Kristus menjadi Tuhan maka Adam juga demikian
dan semua anak-cucunya juga Tuhan.
*
AlQuran 15:29Peter segera menyampuk, Sekiranya
Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus
maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada Roh
Kudus
yang
lain
selain
daripada
Kristus.
Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan
paderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang.
Tuan fikir seluruh AlQuran itu salah tetapi tuanlah
yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan
oleh AlQuran. Jadi, saya telah membuktikannya
bahwa dia bukan Tuhan. Andaikata dia boleh menjadi
Tuhan kerana Roh Kudus, maka Adam alaihissalam
juga Tuhan. Tuan telah mengatakan AlQuran itu
salah dalam soal ini jadi mengapa pula tuan
membawa AlQuran ke mari?Mendengar jawaban
Umar Lahmi itu, Peter menjadi agak gugup. Dia
seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya.
Isabella yang diam mendengar dengan penuh minat
tiba-tiba
bersuara.
Tuan percaya akan ketuhanan Nabi Muhammad
meskipun dia memprakarsai pertumpahan darah di
dalam dunia ini dan menyuruh membunuh orangorang
yang
ingkar
akan
agamanya.
Barang dijauhkan Allah! Saya berlindung dengan
nama Allah dari kepercayaan jahat serupa itu. jawab
Umar Lahmi. Kami anggap Nabi Suci kami hanya
sebagai manusia biasa, hanya dia itu Penghulu Segala
Rasul dan Mahkota Segala Kebaikan. Inti daripada
keimanan kami ialah La ilaha illallahu, Muhammad-ur

Rasulullah ertinya tidak ada Tuhan yang patut


disembah melainkan Allah dan Muhammad itu
rasulNya. Sesiapa menganggap Muhammad sebagai
Tuhan maka dia menjadi kafir dan terkeluar dari
islam. Tentang Nabi memprakarsai pertumpahan
darah di dunia , itu sama sekali tidak benar. Baginda
memang ada melakukan peperangan terhadap kaum
musyrikin yang bercita-cita mahu menghapuskan
baginda dan agama yang dibawanya tetapi baginda
tidak pernah mengganggu orang-orang yang tidak
memusuhinya.
AlQuran
memerintahkan
kami
berperang melawan orang-orang yang memerangi
kami.
Kemudian Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya dapat
memahami mengapa Isabella memajukan pertanyaan
serupa itu. Para paderi Kristian sejak lama dulu telah
menyebarkan
fitnah
terhadap
Islam
sambil
mempertalikan segala macam keburukan kepadanya.
Para paderi inilah yang mencemarkan nama baik
Islam dengan mengatakan bahwa orang-orang
Muslim menganggap Rasulnya sebagai Tuhan.
Tuan telah berkata berulang-ulang kali bahwa Injil
kami tidak tulen meskipun Injil telah disusun oleh
murid-murid Kristus dengan bantuan Roh Kudus.
Quran memuliakan mereka itu dan menganggapnya
sebagai orang-orang beriman. Injil telah dianggap sah
oleh penganut-penganut Kristian sedunia. kata
Michael cuba mengetengahkan hujah baru.
Persoalannya, jawab Umar Lahmi dengan tenang,
ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid
Kristus yang khusus bertugas untuk tujuan itu
ataupun oleh beberapa orang yang menggunakan
nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang
Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahwa

murid-murid Kristus yang menyusun Injil. Kemudian


ada masalah lain pula, samaada murid-murid Kristus
yang menyusun Injil ataupun oleh pesuruh-pesuruh
lain, AlQuran tetap tidak mengakui Injil yang disusun
itu. AlQuran hanya mengakui Injil yang disampaikan
kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang
termaktub di dalam ayat 27 surat Al-Hadid yang kirakira maksudnya, Kami berikan kepadanya Injil dan di
dalam surat Maryam ayat 30 pula ada disebutkan
begini Putera Maryam berkata: Sesungguhnya aku
adalah seorang hamba Allah. Dia pasti akan
memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia pasti akan
jadikan aku seorang nabi. Nah, tuan-tuan mengakui
bahwa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus
sedangkan AlQuran dengan tegas mengatakan bahwa
Injil diwahyukan kepada Kristus.
Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata keadaan
dalam gereja terganggu sebentar apabila bapa
Isabella yang menjadi ketua paderi tiba-tiba muncul.
Dia
terus
menempelak
paderi-paderi
itu.
Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan
di sini? Kamu telah bercakap dengan orang-orang
yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan
perbuatan kamu itu telah mengganggu kepercayaan
orang-orang Kristian. Orang-orang Kristian telah
datang kepadaku mengadu tentang ketidakupayaan
kamu berhujah dengan orang-orang ini. Sudah
banyak orang-orang Kristian yang goncang imannya
dan mereka mengatakan malah anakku, Isabella,
juga
sudah
tidak
terkendalikan
lagi.
Dia memandang Isabella dengan mata yang tajam.
Kau, siapa yang menyuruh kau datang kemari? Apa
ada hubunganmu dengan perbahasan ini? Kau telah
mempelajari Quran secara sembunyi-sembunyi, ya?
Aku tahu apa yang kau buat. Kau anak perempuan

bodoh. Apa yang kamu semua lakukan ini ialah


memutar-belitkan lidah dengan orang-orang kafir ini
dan perbuatan kamu itu menimbulkan kegusaran
kepada Tuhan Yesus. Jikalau aku dapati kamu semua
mengulangi perbuatan ini lagi, aku akan pecat kamu
semua.
Tempelakan ketua paderi itu membuat paderi-paderi
yang ada di dalam majlis tergamam dan terkejut.
Kulit muka Isabella yang tadinya merah mendadak
berubah menjadi pucat lesi. Sejurus lamanya tidak
ada seorang pun di antara paderi-paderi yang berani
membuka mulut memberi penerangan kepada ketua
paderi. Tetapi ada seorang paderi muda, kurus tinggi
dengan jambang yang jarang, yang duduk agak jauh
di tepi sebelah kiri, memberanikan diri bangun
bercakap.
Bapa yang suci. Apa yang telah bapa katakan itu
benar sekali. Benar, tidak ada manfaat apa-apa
kecuali kerugian kita berbincang dengan orang-orang
yang tidak beriman ini. Tetapi wahai bapa yang suci!
Apakah bapa ingin kita diperhina dan dipermalukan di
seluruh Sepanyol ini? Apakah bapa mahu agama
Kristian hapus dari bumi Sepanyol? Demi Tuhan
Jesus, kalau kita tidak dapat mengganyang mereka
ini, kita tidak akan dapat mengangkat kepala lagi di
negeri ini. Saya juga dapat mengatakan bahwa tidak
ada seorang pun di antara kita yang boleh menjawab
bantahan-bantahan
orang-orang
Muslim
ini.
Andaikata bapa sudi menerima permohonan kami,
saya dengan rendah hati mengatakan bahwa soalansoalan yang dikemukakan oleh orang-orang Muslim
ini tidak dapat kami jawab tanpa bantuan bapa yang
dihormati. Di seluruh Sepanyol tidak ada abdi agama
Kristian yang dapat menandingi yang mulia, yang
boleh menyelesaikan tugas berat ini dan dengan

jawaban yang pendek dan tepat dari yang mulia,


maka mulut orang-orang yang tidak beriman ini dapat
kita tutup untuk selama-lamanya. Andaikata yang
mulia tidak tampil ke muka untuk menyelamatkan
agama Kristian sekrangan ini maka bapa yang sangat
mulia, akibatnya bagi kita dan agama Kristian adalah
sangat membahayakan dan dakwahan kita dipermalu
dan dihinakan. Bolehkah saya meletakkan harapan
bahwa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah
yang ditimbulkan oleh orang-orang Muslim ini?
Bapa Isabella, ketua paderi, terdiam sebentar demi
mendengar kata-kata paderi muda itu. Air mukanya
kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi
berkurangan.
Setelah difikirkan sejenak, dia lalu memandang
Michael.
Kamu sendiri yang membuat perkara ini begitu
penting dengan mengundang orang-orang Muslim
kemari. Amat malang, kamu tidak dapat menjawab
pertanyaan-pertanyaan
mereka
walaupun
pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu
dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari
masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang
Muslim ini dibawa ke jalan yang benar sesudah
mendapat
jawaban
yang
memuaskan?
Michael segera menjawab, Ya, mereka telah berjanji
kalau mereka mendapat jawaban yang memuaskan,
mereka akan keluar dari agama Islam dan masuk
agama Kristian. Mereka telah membuat janji dengan
bertulis.
Mendengar jawaban Micahel, ketua paderi lalu
mengambil tempat duduk yang disediakan khas
untuknya, diapit oleh Peter dan Michael. Dia terus
memandang ke wajah Umar Lahmi dan berkata,
Nah, kemukakan pertanyaanmu!

Jika tuan dapat mendengar dengan tenang maka


saya akan kemuakan pertanyaan saya. kata Umar
Lahmi.
Sikap tuan terhadap orang-orang yang malang dan
sikap tuan terhadap etika Kristian menunjukkan
kemauan tuan bahwa saya seharusnya menolak
bercakap dengan tuan. Tetapi kerana saya seorang
yang mencari kebenaran, maka saya mahu mencari
cahaya petunjuk melalui tuan dan saya ingin
bercakap
dengan
tuan
dengan
syarat
tuan
mendengarnya dengan tenang apa yang akan saya
ucapkan.
Tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang
kasar tadi. ujar ketua paderi. Dan sekiranya
perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya
minta maaf bagi pihak semua yang hadir. Saya
percaya tuan seorang yang mencintai kebenaran dan
sudah tentu Tuhan Kristus kami akan menolong dan
menunjuk jalan kepada tuan. Olehsebab itu, saya
persilakan tuan datang ke rumah saya esok supaya
semua keraguan dan salah pengertian tuan akan
diselesaikan
secara
bijaksana.
Ketua paderi itu kemudian berpaling kepada para
paderi
yang
duduk
di
kiri
dan
kanannya.
Tuan-tuan juga dijemput datang supaya tahu
jawaban dari pertanyaan-pertanyaan orang-orang
Muslim ini dan pada masa hadapan tuan-tuan boleh
berurusan
langsung
dengan
mereka.
Kemudian, paderi besar melihat wajah Umar Lahmi
sekali lagi seraya berkata, Saya persilakan tuan
datang ke rumah saya pagi esok. Pintu rumah saya
sentiasa terbuka untuk tuan.
BAB 6 Pertemuan Ketiga

Isabella menjadi salah seorang peserta yang cukup


besar minatnya di dalam perbincangan teologi itu.
Selama perbincangan itu berlangsung, fikirannya
menjadi
penuh
dengan
perkara-perkara
yang
dibincangkan. Dia sudah tidak menghiraukan lagi
segala aktiviti yang lain. Semua janji dibatalkannya,
masalah-masalah sosial yang mengusutkan ditolak ke
tepi. Setiap kali para paderi itu tidak dapat menjawab
pertanyaan
Umar
Lahmi,
Isabella
membuat
kesimpulan sendiri bahwa mereka memang tidak
mempunyai jawaban dan kepercayaannya terhadap
agama Kristian pun mulai goyah sedikit demi sedikit.
Dalam ingatannya, terbayang dengan jelas peristiwa
yang
berlaku
di
rumahnya
ketika
bapanya
berhadapan dengan Umar Lahmi. Umar Lahmi
bersama dengan beberapa orang sahabatnya telah
datang ke rumah ketua paderi sesuai dengan
perjanjian mereka waktu pertemuan di gereja besar.
Paderi-paderi yang lain dan beberapa orang
kenamaan dalam kalangan penganut Kristian juga
ikut diundang. Ketibaan Umar Lahmi dan sahabatsahabatnya pada pagi itu telah disambut dengan
penuh hormat. Mereka ditempatkan di sebuah bilik
yang berasingan dan dijamu dengan minuman serta
kuih-muih yang lazat citarasanya.
Sebuah ruang telah disiapkan untuk perbincangan
yang penting itu. Umar Lahmi dengan beberapa orang
pengiringnya duduk berhadapan dengan empat puluh
orang cendekiawan Kristian yang hebat-hebat.
Isabella dengan teman-temannya serta beberapa
orang
wanita
lain
duduk
di
bilik
sebelah.
Setelah semua duduk dengan selesa, ketua paderi
berkata kepada Umar Lahmi, Saya sudah tahu akan
pertanyaan yang tuan mahu kemukakan teapi saya
tidak
mahu
berbicara
secara
terperinci
dan

memanjangkan perbincangan ini. Saya cuma akan


bercakap sepatah dua saja yang boleh mencapai
tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya
maksudkan ialah Islam dan Kristian akan diuji
tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang
dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik,
itulah agama yang benar. Bukankah begitu?
Saya tidak ada bantahan apa-apa dan saya bersedia
untuk membincangkan tiap-tiap garis yang tuan pilih,
kata Umar Lahmi, memang benar hanya melalui
ajaran sajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui
benar
atau
palsunya.
Bagus, bagus! ujar ketua paderi dengan suara
gembira. Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada
di pihak tuan dan tuan segera akan dipimpin keluar
dari lorong yang salah masuk ke lorong yang benar.
Nah, sekarang tuan telah bersetuju dengan garis
yang saya cadangkan, saya ingin menyatakan bahwa
dalam tiap-tiap agama ada dasar-dasar prinsip dan
perkara-perkara
yang
terperinci.
Saya
mahu
meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian
yang tidak lebih dari sepatah perkataan dan sebagai
balasannya tuan juga mesti memberikan inti dasar
agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan
bersetuju?
Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan.
jawab Umar Lahmi.
Ketua paderi itu berpaling kepada paderi-paderi lain
dan berkata, Cuba lihat! Beginilah caranya
berbincang cuma dengan sepatah perkataan saja isu
dapat diputuskan. Kemudian dia menoleh semula
kepada Umar Lahmi, Nah, sekarang dengar baikbaik. Inti dasar agama Kristian ialah kasih. Dengan
sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah

disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan


inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan
juga.
Saya merasa bangga untuk menyatakan bahwa
Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya
dengan satu perkataan saja yang meliputi semua
dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.
Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah Tauhid. kata
Umar
Lahmi.
Kalau inti dasar Islam itu tauhid maka kasih tidak
termasuk ke dalamnya. Selain daripada itu, kami juga
mengatakan tauhid* sebagai inti agama kami. ujar
ketua paderi itu.
* dalam terjemahan Tauhid
disebut unity. Erti tauhid ialah kesaksian akan
keesaan Allah.
Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan
harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan
katakan kasih sebagai dasar agama tuan? Dan amat
salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai
inti dasar agama kasih terkeluar daripadanya.
Sebaliknya menurut kenyataan bahwa kasih itu
datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan
segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang
tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti
dasar agama bererti penolakan total terhadap tauhid
atau menidakkannya sebagai inti dasar agama.
jawab Umar Lahmi.
Ketua paderi itu menyambut jawaban Umar Lahmi itu
dengan mengatakan, Pokoknya ialah tauhid itu
datang dari kasih dan bukan kasih dari tauhid.
Itu suatu logika yang salah. Kalau tauhid datang dari
kasih maka kasih menjadi perkataan yang tidak
bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan
keesaan. Allah akan menidakkan kasih akan Allah

yang sebenarnya kerana kasihkan Allah bergantung


kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan
merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah.
Dengan hanya kasih saja belum lagi menjadi bukti
kasihkan
Allah.
Umar Lahmi menghujah kata-kata paderi tua itu.
Tuan telah memulakan perbincangan panjang. Apa
yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat
dalam
Islam.
ujar
ketua
paderi
itu.
Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam, sahut
Umar Lahmi dengan cepat, maka bererti bahwa
kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini.
Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu
tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam
agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak
ada ukuran dan tidak ada bukti.
Ketua paderi itu mula meradang. Air mukanya
berubah.
Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di
dalam kitab kami bahwa Tuhan ialah kasih. Bukankah
ini
bukti
tentang
kasih
itu?
Cuma pengakuan mulut saja, kata Umar Lahmi,
kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang
dikatakan
itu
tidak
dapat
diterima.
Kini tuan membuat definisi tentang kasih pula.
Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan
bapa? Bukankah bapa itu mengasihi anak-anaknya?
Umar Lahmi juga sudah mula gusar. Lalu dijawabnya,
Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut
perkataan kasih saja kita tidak akan sampai ke manamana kecuali semua syaratnya dipenuhi. Jikalau
seseorang itu mengasihi seseorang lain maka dia
harus membuktikan dengan pengorbanan diri dan
hartabendanya dan barulah dapat dikatakan kasih

yang sejati. Oleh sebab itulah Islam telah


menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria
kasih
yang
dengan
lain
perkataan
disebut
pengorbanan diri dan hartabenda. Dalam AlQuran
Allah berfirman kepada Nabi Muhammad Katakanlah
jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah akan daku
agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampuni dosadosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa
mencurahkan rahmatNya. Katakanlah! Taatlah akan
Allah dan RasulNya. Jika mereka tetap berpaling
maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang kafir*.
Ayat ini telah memberikan
ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan
antara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di
dalam agama tuan tidak ada kriteria kasih ini.
Sesiapa saja yang munafik boleh bangun berdiri dan
berkata
dia
kasihkan
Allah.
* AlQuran, surat Al-Imran : 32-32
Tuan mulai lagi perbahasan yang panjang. Saya
mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya
keputusan dapat dicapai segera. Bagaimanapun,
jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan bapa
maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?
ketua
paderi
bertanya.
Kalau AlQuran menggunakan perkataan bapa untuk
Tuhan maka itulah bukti yang paling besar akan
ketidaksempurnaannya.
Islam
tidak
pernah
menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk
Tuhan tetapi sebaliknya ia ada menggunakan
perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya
dibandingkan dengan perkataan bapa. jawab Umar
Lahmi.
Mulut tuan terlalu lancang mengatakan perkataan
bapa
itu
mengelirukan.
Nada suara ketua paderi agak meninggi kerana

dipengaruhi
oleh
perasaan
marah.
Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang
digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih
baik daripada perkataan bapa?
Melihat kemarahan ketua paderi itu, Umar Lahmi
dengan tenang berkata, Tidak ada sebab untuk naik
darah. Saya mengatakan perkataan bapa itu
mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu
Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus.
Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti
perkataan bapa kami orang Muslim menggunakan
perkataan
Rab
yang
secara
tidak
langsung
menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal
sampai akhir dan pemeliharaanNya tidak pernah
terhenti. Jadi dengan menggunakan perkataan Rab,
Islam telah mengajarkan bahwa pemeliharaan kasih
Allah terus menerus ada. Tetapi konsep bapa
membawa makna bahwa bapa itu akan mengasuh
anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu
saja setelah itu dia tidak ambil peduli lagi. Selain
daripada itu seorang bapa hanya dapat memelihara
anak-anaknya dalam perkara-perkara opsional saja
tidak
dalam
perkara-perkara
di
luar
dari
keupayaannya. Sebagai contoh kalau anak itu jatuh
sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu
sementara orang di dalam pemeliharaan Allah adalah
sebaliknya kerana Dia mempunyai kuasa atas segala
sesuatu dan Maha Berkuasa. PemeliharaanNya kekal
abadi.
Ini
membuktikan
bahwa
perkataan
pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat
Allah daripada perkataan bapa. Lagi pula perkataan
pemeliharaan
menunjukkan
Keesaan
Allah
sementara perkataan bapa pula menjadi punca
menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di
dalam dunia.

Ketua paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah


Umar Lahmi tetapi dia cuba juga untuk menjawabnya
dengan berkata, Pengaruh pemeliharaan yang tuan
katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan
tidak boleh menutup mata terhadap kasih bapa. Jadi,
bagaimana orang dapat menerima perkataan yang
tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan
tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa.
Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan
dosa telah menutupi pemandangan tuan, kalau tidak
tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu. kata
Umar
Lahmi.
Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara
dalam rahim ibunya. Kanak-kanak, orang remaja,
orang
dewasa
terus
menerus
dipelihara.
Pemerliharaan itu berterusan dari awal sampai akhir.
Bukankah itu pekerjaan Rab yang kita saksikan setiap
hari?
Kitab
Suci
Injil
mengatakan
bahwa
Tuhan
mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap
manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan
putera satu-satunya untuk menyelamatkan manusia.
Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa
yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya
kerana
kasih?
kata
ketua
paderi.
Keterangan dari Injil itu sendiri telah membantah
dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahwa bapa itulah
yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi
manusia yang kotor dan penuh dosa, kata Umar
Lahmi,
itulah
pernyataan
kasih
bapa
yang
ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak
bersalah? Tetapi Rab tetap berlaku adil kepada
sesiapa saja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang
zalim. AlQuran dalam surat Al-Anam ayat 164
mengatakan Dan tiada seseorang yang berdosa

memikul dosa orang lain. Tetapi bapa tuan


membunuh anak sendiri. Jikalau menyalib dan
membunuh anak sendiri yang tidak berslaah dan
tidak berdosa dikatakan kasih, maka kita tidak akan
menyebutnya lagi sebagai kasih.
Ketua paderi berpaling kepada paderi-paderi lain
sambil berkata, Saya fikir orang ini cenderung
kepada Jesus Kristus tetapi rupanya dia seorang
pemungkar yang gigih. Semua yang telah saya
katakan
ialah
perkara-perkara
tinggi
tetapi
bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?
Kemudian dia memandang Umar Lahmi, Hati tuan
sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima
tuan. Sekarang baiklah tuan pergi jauh dari sini. saya
tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari
hanya
menggusarkan
saya
saja.
Kemudian dia berkata kepada paderi-paderi yang lain.
Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orangorang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat
keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga.
Tapi tuan Umar Lahmi mahu membantah.
Tutup mulut tuan. Ketua paderi membentak. Saya
sudah tahu akan tujuan tuan datang ke mari dan
tentang apa yang tuan mahu berbincang dengan
kami.
Sambil mengucapkan kata-kata itu, ketua paderi
memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun
dan meninggalkan tamu-tamunya lalu naik ke bilik di
tingkat atas. Melihat keangkuhan ketua paderi itu,
Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya lalu bangun dan
dengan suara kuat berkata, Nasrum-min-a-Allahi wa
fat-hunqarib*
* pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah
dekat - surat Ash-Shaf :13

Mereka semua lalu keluar meninggalkan rumah ketua


paderi sambil terus mengucapkan kata-kata itu
berulang-ulang disaksikan oleh paderi-paderi dan
hadirin yang lain yang masih belum hilang perasaan
terkejut kerana sikap ketua suci mereka yang tibatiba saja meninggalkan perbincangan itu. Umar Lahmi
dan sahabat-sahabatnya lalu berpisah, menuju ke
rumah masing-masing.
Pada petang itu, Isabella bertemu semula dengan
sahabat-sahabatnya di taman yang selalu mereka
kunjungi. Mereka tidak duduk di tempat biasa, khuatir
bertemu dengan Umar Lahmi dan sahabatsahabatnya. Mereka berasa malu dengan sikap bapa
Isabella yang sangat-sangat mereka hormati. Dalam
pertemuan itu mereka bercakap tentang perbahasan
yang telah berlaku pada pagi itu. Berbagai-bagai
macam komen, pro dan kontra mereka keluarkan.
Isabella lebih banyak mendengar. Perasaan dan
fikirannya sarat dengan berbagai-bagai macam
persoalan. Kepercayaannya kepada agama Kristian
mulai mendapat godaan. Daripada hujah-hujah yang
dikemukakan oleh Umar Lahmi, dia dapat melihat
walaupun belum begitu yakin bahwa agama Kristian
hampir menyerupai satu kepura-puraan yang tidak
mempunyai dasar atau prinsip.
Waktu perbincangan awal dulu, Isabella berpendapat
Peter dan Michael serta paderi-paderi yang lain itu
tidak begitu dalam ilmunya sehingga mereka tidak
dapat mematahkan hujah-hujah Umar Lahmi. Pada
masa itu dia yakin dengan sepenuh hati akan
bapanya, ketua paderi, dapat dengan mudah
mengalahkan orang-orang Muslim itu kerana bapanya
terkenal sebagai seorang yang alim dalam selok-belok
agama Kristian. Kalau orang-orang seperti Michael

dan Peter tidak dapat menundukkan Umar Lahmi,


bapanya sudah tentu dalam waktu yang singkat dapat
menutup mulutnya. Tetapi setelah mendengar
perbincangan pada pagi itu maka dia sungguh amat
kecewa terhadap bapanya. Kekecewaannya itu
menjadi makin pedih apabila bapanya mengusir
orang-orang Muslim itu pulang dan dengan angkuh
meninggalkan majlis dan para tamu. Daripada
kejadian itu terfikir olehnya bahwa dasar agama
Kristian tidak lebih daripada semacam sarang labahlabah.
Sahabat-sahabat Isabella merasa gundah dengan
sikapnya yang tidak banyak bercakap dan ketawa
seperti biasa. Dia lebih banyak tenggelam dalam
fikirannya sendiri tetapi mereka tidak berani
bertanya. Mereka membiarkan dia terus dalam
keadaan begitu dengan sangkaan akan berubah
apabila peristiwa pagi itu dapat dilupakan.
Sedikit demi sedikit, Isabella mulai renggang daripada
sahabat-sahabatnya. Dia kini lebih banyak menyendiri
dan menumpukan perhatiannya kepada mempelajari
isi Kitab Inji dan AlQuran. Dia membuat perbandingan
untuk mencari yang mana satu di antara kedua
agama itu mempunyai unsur-unsur kebenaran yang
banyak dan yang mana pula berisi dengan khurafat.
Dia mengukur perbandingan itu dengan menumpukan
fikirannya
kepada
masalah-masalah
tauhid,
kerasulan, Kitab Suci AlQuran, salam, penebusan
dosa, pengantaraan, erti dosa, tindakan manusia dan
akibatnya.
Sudah sebulan masa berlalu dari tarikh pertemuan
antara bapa Isabella dengan Umar Lahmi. Dalam
masa itu Isabella secara bersembunyi telah beberapa

kali menemui Umar Lahmi untuk mendapat


penerangan yang lebih lanjut tentang masalahmasalah yang dihadapinya ketika membuat kajian
perbandingan antara Islam dan Kristian. Isabella
sudah mulai menundukkan kepalanya kepada Islam
dan dia bukan lagi penganut Kristian yang taat. Tetapi
untuk menukar agama merupakan satu masalah
besar baginya. Fikirannya terganggu apabila datang
keinginan untuk meninggalkan agama yang telah
dianutinya sejak dia lahir ke dunia ini. Betapa besar
cubaan dan godaan yang harus dihadapinya jika dia
menyeberang ke agama Islam. Bapa, ibu, saudarasaudara perempuan dan kaum kerabat terpaksa
ditinggalkannya dan betapa pula keadaan hidupnya di
hari depan. Pada masa itu terlintas fikiran lain di
kepalanya, cubaan dan godaan harus dihadapi di
dalam mencapai jalan kebenaran dan setelah
mengenali kebenaran, tentulah dia akan hina di
hadapan Allah kalau dia tidak berterus-terang
mengakuiNya.
BAB 7

Cendekiawan Islam

Kisah ini berlaku ketika pemerintah Islam di Sepanyol


mulai membina masjid dan sekolah di seluruh negeri.
Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang
termuka telah datang ke negeri itu dari berbagaibagai tempat. Di ibu negeri, Cordova, sistem
pendidikan dan amalan telah pun diperkenalkan
kepada penduduk. Ziad bin Umar merupakan salah
seorang ahli falsafah, pentafsir Hadis dan Al-Quran
yang ulung. Kealimannya tidak ada bandingan dan
kerana
ketulusan
hatinya,
kesucian
serta
kesahihannya maka dia dihormati dan dimuliakan di
seluruh
Sepanyol.
Pada
waktu
siang,
dia
menghabiskan masa di universiti dengan mengajar

dan pada waktu malam dia menghadiri perhimpunan


para cendekiawan dan pegawai-pegawai kerajaan.
Tempat kediamannya terletak tidak berapa jauh dari
kampus Universiti Cordova. Biasanya sesudah selesai
solat isyak, orang-orang yang hauskan ilmu agama
akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari ketika
satu pertemuak waktu petang sedang berlangsung di
rumahnya, yang dihadiri oleh para cendekiawan dan
ilmuwan yang terkenal, Ziad bin Umar turun dari
tempat ibadatnya. Semua yang hadir berdiri penuh
hormat. Setelah duduk, Ziad pun bertanya akan
keadaan kesihatan masing-masing dan kemudian dia
berkata kepada Umar Lahmi.
Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan
hidayatNya kepada usaha-usaha anda yang mulia.
Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke
dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan
pula mereka. Anda telah menyampaikan seruan
Allah.
Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,
Semuanya itu adalah berkat dari doa dan perhatian
anda juga. Kalau tidak saya ini hanyalah seorang
Islam yang lemah tidak berdaya dan berkat doa anda
pula maka Isabella telah menerima agama Islam di
dalam hatinya. Oleh sebab itu dia ingin sekali
bertemu dengan anda, maka dia telah ada di sini
sekarang.
Isabella ada di sini? tanya Ziad dengan nada
gembira.
Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau
diizinkan, dia akan dibawa menghadap. jawab Umar
Lahmi.
Sudah tentu. Kalau dia datang mahu menemui saya,
benarkan
dia
masuk.
Asad, salah seorang yang hadir di pertemuan itu

mencelah, Demi Allah, tuan. Ini sungguh-sungguh


suatu peristiwa penting. Sekarang ini terjadi
kehebohan besar di kalangan orang-orang Kristian di
Cordova. Tetapi apakah Isabella seorang saja yang
tertarik kepada Islam ataupun ada orang lain lagi
bersama-sama
dengannya?
Umar Lahmi memandang Asad. Tentang hal itu, anda
akan
dapat
mendengar
sendiri
daripadanya.
Satu suara lain terdengar di antara para hadirin.
Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh
Isabella.
Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkahlangkah
melindungi
dirinya.
Dia
merahsiakan
keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui
bahwa dia sudah memeluk agama Islam ataupun
bermaksud akan melakukannya. Jadi, berita angin
tentang orang mahu membunuhnya itu agak terlalu
awal.
jawab
Umar
Lahmi.
Sekarang bawa Isabella ke mari. kata Ziad setelah
mendengar percakapan Umar Lahmi dengan hadirin
itu. Kita akan mendengar cerita yang menarik dari
mulutnya sendiri.
Isabella dijemput masuk ke majlis. Waktu melihat
Ziad bin Umar duduk di tempat khas dikelilingi oleh
para hadirin, Isabella dengan takzim menundukkan
kepalanya memberi hormat lalu mengambil tempat di
suatu sudut. Semua yang hadir mengucapkan
selamat kepadanya dan memuji-muji keberanian dan
ketegasannya membuat keputusan.
Anakku, Isabella. ujar Ziad. Saya bersyukur dan
mengucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan
kebenaran. Bahwa Allah telah mengeluarkan kamu
daripada kegelapan dan telah menganugerahkan
kepadamu nikmat Islam. Melepaskan kamu daripada

cengkaman trinitas yang membingungkan. Allah telah


membawa kamu ke jalan yang benar. Bagi mereka
yang sudah kukuh kepercayaannya kepada Islam
tidak akan takut dan gentar dengan segala macam
kesukaran dunia ini biar betapa pun besarnya kerana
Allah
akan
memimpinnya
mengatasi
semua
kesukaran
itu.
Bapa yang mulia . Isabella mahu berkata.
Tetapi Ziad mengangkat tangannya, menyuruh dia
bersabar.
Anakku, kata Ziad, panggilan serupa itu jangan kau
gunakan lagi. Di dalam Islam, tidak ada kepausan
seperti yang dilakukan oleh penganut-penganut
agama Kristian terhadap paderi-paderinya. Dalam
Islam ada persamaan hak yang sempurna. Tugas suci
orang-orang alim ialah membimbing orang-orang
Islam menurut Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Menjadi
tugas tiap-tiap Muslim untuk mengikut bimbingan itu
dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun
menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua
urusan kehidupannya.
Isabella merasa malu. Cahaya kemerahan naik ke
pipinya.
Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil
tuan dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain.
Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya
dengan panggilan saudara atau kalau mahu
ditambah, tambahlah dengan perkataan tuan. kata
Ziad.
Baiklah tuan. Saya akan mematuhi kata-kata tuan.
ujar
Isabella.
Setelah diam sejenak, dia lalu menyambung, Tuan.
Dengan petunjuk dan pertolongan Tuhan maka Dia
telah menunjukkan kepada hamba yang hina ini jalan
kebenaran dan keadilan dan membawa saya keluar

dari jalan trinitas dan penyembahan salib. Yang


menjadi pembuka jalan kepada saya ialah dari
bimbingan guru rohaniah yang dermawan, Umar
Lahmi, yang telah mendakwah kepada paderi-paderi
Cordova samapi ke dalam rumah mereka sendiri.
Melalui beliaulah, seruan kepada kebenaran ini
sampai ke telinga saya. Saya dengan tulus ikhlas
berdoa kepada Tuhan, mudah-mudahan kepadanya
dianugerahkan segala kebajikan di dunia ini dan juga
di akhirat. dan dengan doa tuan pula hidup dan mati
saya
di
dalam
Islam.
Amin! semua hadirin serentak mengucapkannya.
Anakku, kata Ziad, Allah menghendaki khidmat
yang amat besar daripadamu. Sudah pasti seluruh
orang Islam akan mendapat faedah yang besar
melalui khidmat itu. Tetapi, apakah ada wanita-wanita
lain
yang
telah
ikut
kau
Islamkan?
Ya tuan. Empat sahabat saya yang sudah hilang
kepercayaannya kepada agama Kristian sudah tertarik
kepada Islam. ujar Isabella. Dengan izin Tuhan,
esok atau lusa saya akan bawa mereka kemari
supaya mereka mendapat doa dari tuan dan
pembersihan segala sisa syak wasangka tentang
Islam kalau masih ada di dalam diri mereka.
Saudara Isabella, Umar Lahmi menyampuk,
siapakah gerangan sahabat-sahabatmu itu? Demi
Allah, kami belum lagi kenal dengan mereka dan kau
pun tidak pernah memberitahu kami sebelumnya.
Salah seorang daripadanya ialah anak guru teologi
saya, Michael dan ada tiga orang lain lagi. Semua
mereka ikut mendengar perbahasan tuan. ujar
Isabella.
Apakah benar-benar mereka itu sudah Islam dan
kesemuanya telah melihat akan kelemahan agama
Kristian? Apakah mereka telah pasti dengan

kebenaran Islam? Ataupun mereka belum begitu


berani untuk melepaskan agama nenek moyangnya
dan berterus-terang memeluk Islam? kata Umar
Lahmi dengan agak ghairah.
Ziad tersenyum mendengar kata-kata Umar lalu dia
menjawab
dengan
kata-kata
yang
bijaksana.
Insya-Allah, Allah akan memberikan kepada mereka
keberanian yang anda inginkan itu. Mari kita semua
berdoa
untuk
mereka.
Bawalah juga anak perempuan Michael pada suatu
hari nanti supaya kita dapat menghilangkan
keraguannya.
kata
Umar
Lahmi
kemudian.
Esok atau lusa saya akan membawanya ke mari.
ujar Isabella. Jikalau keempat-empat mereka itu
tidak dapat datang sekaligus sudah pasti seorang
daripadanya, anak Michael akan saya bawa.
Anakku, kata Ziad kepada Isabella, dengar baikbaik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah
membersihkan semua keraguan yang ada di dalam
dirimu. Jangan sekali-kali kerana kecurangan atau
muslihat. Allah menghendaki keikhlasan hati dan AlQuran menyebut bahwa hidup dan mati seorang
Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur
dan berjalan, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana
Allah semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah
menjadi
tujuan
hidupnya.
Saya mengaku bahwa Allah menjadi saksi, tuan.
Saya menjejaki ambang Islam ini bukan kerana nafsu
dan muslihat juga bukan kerana tujuan inginkan
kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang
kehormatan yang diberikan kepada bapa saya di
Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol. kata
Isabella.
Allah akan melimpahkan rahmatNya kepadamu dan
memberikan keteguhan serta nikmatNya yang tidak

terhingga.
ujar
Ziad.
Umar Lahmi menyampuk, Hanya agama Islam saja,
dengan menerimanya, Allah akan melimpahkan
rahmatNya yang banyak ke atas pemeluknya dan
semua dosa diampunkan.
Mendengar kata-kata Umar Lahmi menyebabkan
Isabella tersenyum. Dia teringat pada pengampunan
dosa
yang
dilakukan
oleh
para
paderi.
Semua dosa saya sudah diampunkan setiap minggu
oleh paderi Cordova, yang bertanggungjawab
terhadap
jabatan
penyiasatan.
Menundukkan kepalanya lalu menyambung, Saya
sekarang sudah bebas dari dosa dan suci bersih.
Apakah maknanya jabatan penyiasatan itu dan apa
maksudnya paderi memberi pengampunan dosa?
Bolehkah manusia mengampunkan dosa? tanya Ziad.
Mendengar pertanyaan itu, Isabella merasa malu
sejurus.
Tuan, cerita ini amat menarik, boleh jadi agak aneh
pada pendengaran tuah kerana tuan tidak begitu
mengetahui perkara-perkara yang terjadi di dalam
agama
Kristian.
Ziad menjadi tertarik dengan kata-kata Isabella.
Sudilah anakku menceritakan hal ini kepada kami.
Perkara-perkara yang menarik serupa itu tentu amat
baik menjadi pengetahuan kami dan apatah pula
tidak
ada
orang
yang
lebih
tepat
untuk
menceritakannya
selain
daripada
anakku.
Tuan yang mulia. Penganut agama Kristian
mempunyai suatu adat iaitu tiap-tiap orang duduk di
depan altar Kristus menghadap ketua paderi pada
tiap-tiap minggu dan mengakui dosanya yang akan
diampuni oleh ketua paderi menurut kepercayaan
agama Kristian. Ketua paderi mempunyai kekuasaan
untuk melakukannya kerana dia dianggap sebagai

wakil
St.
Petrus.
kata
Isabella.
La haula wala quwwata illa billa. kata Ziad.
Bolehkah manusia mengampunkan dosa selain
daripada Allah. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran
menuduh Kristian menjadikan paderi dan anggota
tertua gereja mereka sebagai Rab selain Allah.
Apakah ada hak paderi-paderi itu mengampunkan
dosa?
suaranya
mengandungi
kehairanan.
Ya, jawab Isabella, asalkan yang berdosa itu
mengakui dosanya yang terang dan yang tersembunyi
di depan paderi. Kalau dia masih menyembunyikan
juga maka dosanya tidak dapat diampunkan.
Umar Lahmi mencelah, Jadi untuk mendapat
pengampunan dosa segala macam perbuatan kotor
mestilah didedahkan? Bagaimana cara kita mahu
mendapatkan
pengampunan
itu?
Isabella menundukkan mukanya. Tiap-tiap orang
hendaklah pergi ke gereja besar menurut waktu yang
telah dijanjikan. Kalau di sini perjanjian itu dibuat
dengan Michael atau Peter dan kemudian
Wanita-wanita juga ikut hadir? tanya Umar Lahmi
lagi.
Ya, tiap-tiap gadis dan pemuda yang dewasa hadir di
situ. Paderi akan bertanya tentang dosa yang telah
mereka lakukan pada minggu berikutnya. Setelah
dosa-dosa itu didedahkan dan pengakuan dibuat,
paderi lalu meletakkan tangannya di atas kepala yang
berdosa dan berkata, Kini kamu boleh pergi. Dengan
restu
Jesus
Kristus
semua
dosamu
telah
diampunkan.
Apakah paderi itu bertanya kepada seseorang itu
secara bersembunyi ataupun di depan orangramai
secara terbuka? tanya Umar Lahmi dengan penuh
minat.
Isabella dengan cepat menjawab. Tidaklah begitu

memalukan kalau tiap-tiap orang disuruh mengaku


secara sulit. Tetapi yang berlaku ialah diminta
mengaku di depan semua yang hadir. Sijil
pengampunan
juga
dikeluarkan.
Astagfirullah! Walaupun di depan pemuda-pemudi
yang
belum
kahwin?
tanya
Umar
Lahmi,
Ya. ujar Isabella sambil menundukkan mukanya
dengan rasa malu. Malah pemuda dan pemudi yang
belum kahwin terpaksa mengakui dosanya di depan
umum dan dapat didengar oleh semua orang.
Astagfirullah. Umar Lahmi beristigfar panjang.
Dalam membuat pengakuan dosa mereka serupa itu
banyak perkara yang memalukan akan terdedah.
Andaikata seseorang itu telah mencuri, dia terpaksa
mengaku
di
depan

Bukan saja mencuri, ujar Isabella perbuatan yang


paling hina dan keji pun terpaksa diakui di depan
umum.
Kalau
dia
tidak
mengaku
atau
menyembunyikan sesuatu maka pengampunan tidak
diberikan dan yang berdosa itu akan masuk neraka.
Tentulah amat buruk kesannya kepada moral
pemuda-pemudi yang belum kahwin? kata Umar
Lahmi.
Sudah tentu. Tetapi di kalangan penganut Roman
Katolik, dosa itu tidak begitu penting dibandingkan
dengan usaha mendapatkan pengampunan dosa yang
terlalu mudah. Orang-orang dengan senang boleh
melakukan
dosa.
kata
Isabella.
Salah seorang yang hadir mencelah, Dosa orang
biasa juga diampunkan oleh paderi sendiri?
Setelah sekian lama berdiam diri kerana mendengar
soal jawab Umar Lahmi dan Isabella, Ziad sambil
tersenyum berkata perlahan seolah-olah kepada
dirinya
sendiri.
Barangkali paderi-paderi itu tidak ada melakukan

dosa. Sesudah berkata serupa itu, dia lalu meminta


diri naik ke atas untuk menunaikan solat dan
berwirid.
Isabella
menundukkan
kepalanya
cuba
menyembunyikan
perasaan
malu.
Tuan tidak dapat membayangkan betapa pemimpinpemimpin agama kami melakukan dosa. Lebih-lebih
lagi para rahib yang kebanyakan hidup penuh
bergelimang
dosa.
Apa? Umar Lahmi terperanjat mendengar kata-kata
Isabella.
Apakah kehidupan pemimpin-pemimpin agama itu
lebih buruk daripada orang-orang biasa? Apa yang
saudara katakan ini? Jangan kerana saudara menjadi
Islam, saudara membuat tuduhan palsu terhadap
orang lain. Menurut Al-Quran, hukuman terhadap
tuduhan
palsu
amat
berat.
Memang benar. Tuan boleh berkata serupa itu kerana
tuan tidak tahu terutama tentang catatan hitam
kehidupan para rahib dan kerana tuan tidak dapat
membayangkan perbuatan-perbuatan keji mereka,
tuan tidak bersalah kalau menuduh saya berbohong
ataupun tidak percaya dengan keterangan saya. kata
Isabella.
Benarkah ini satu kenyataan? ujar Umar Lahmi lagi
dengan suara rendah, seolah-olah merasa menyesal
dengan ucapannya tadi. Kalau begitu cubalah
ceritakan
kepada
kami
secara
terperinci.
Semua
yang
hadir
ikut
mendesak
Isabella
memberikan sedikit penerangan tentang cara-cara
amalan yang dilakukan oleh penganut-penganut
agama Kristian supaya mereka mendapat sedikit idea
untuk membandingkannya dengan agama Islam.
Saudara-saudara tentu tahu, kata Isabella setelah
diam sejurus mempertimbangkan permintaan hadirin

itu, bahwa mengabaikan dunia dan pengorbanan diri


oleh para rahib sangatlah dituntut di dalam agama
Kristian. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada paderi
terdiri daripada rahib-rahib atau orang yang telah
membuang dunia. Untuk mencapai keselamatan,
mereka mesti menderita kesusahan dan menyeksa
dirinya. Dengan cara yang serupa bila kaum wanita
menjadi rahib perempuan yakni mereka mengikuti
jejak Maryam dan hidup tanpa kahwin. Tetapi dalam
wakut yang sama rahib lelaki dan rahib perempuan
tidak dapat mempertahankan kesuciannya. Rahib dan
pemimpin-pemimpin agama juga berlaku curang dan
rahib perempuan seringkali hilang kesuciannya.
Kerana ada sistem pengakuan dosa, para rahib itu
mendapat satu kesempatan baik untuk memuaskan
nafsu
bejatnya.
Rahib
perempuanlah
yang
kebanyakannya terlibat di dalam kebejatan moral itu.
Sementara rahib lelaki ada yang tidak memilih bulu
sampai-sampai
kepada
ibu
dan
saudara
perempuannya jua. Isabella mengucapkan kata-kata
yang terakhir itu dengan penuh rasa malu dan tanpa
disedari peluh menyucur keluar dari dahinya.
Semua
yang
hadir
serentak
mengucapkan
Astagfirullah! Astagfirullah!
Setelah diam sejurus lamanya, Umar Lahmi lalu
berkata Keadaan yang serupa ini berlaku kerana
agama Kristian memuliakan kehidupan tanpa kahwin
dan sistem pembujangan yang bertentangan dengan
tabii manusia dan undang-undang Tuhan. Suatu
hujah yang kuat tentang kepalsuan agama Kristian
ialah ia memaksakan undang-undang serupa ini ke
atas manusia yang berlawanan dengan sifat
semulajadi dan sudah pasti manusia tidak dapat
mematuhinya. Kerana itu, Nabi kita menyatakan:
Tidak ada pembujangan di dalam Islam yakni tidak

ada pembujangan atau membuang dunia di dalam


Islam. Nabi juga bersabda Nikah itu adalah
sunnahku maka sesiapa yang tidak suka beramal
dengan sunnahku maka tidaklah dia daripada
golonganku. Kitab Suci Al-Quran* juga ada
menyebut
Kemudian
mereka
mengadakan
rabbaniyah* yang kami tidak memfardhukan ke atas
mereka. Mereka orang-orang Kristian tidak dapat
mengawal pembujangan. Betapa mereka dapat
mengawali
sesuatu
yang
tidak
wajar
dan
bertentangan dengan undang-undang tabii.
*
AlQuran
S57:27
*
terlalu
menekunkan diri dalam beribadat, menjauhkan diri
dari masyarakat dan tidak mahu beristeri.
Apakah
Islam
melarang
pembujangan
dan
membuang
dunia?
tanya
Isabella.
Sudah tentu. Apa yang saudara dengar tadi ialah
hukum di dalam Al-Quran dan dari Hadiths. jawab
Umar
Lahmi.
Isabella sangat terharu mendengar keterangan itu
dan kemuliaan Islam semakin dalam membekas di
dalam hatinya. Tiba-tiba salah seorang daripada
hadirin
bersuara.
Jadi para rahib itu tidak dapat membezakan antara
yang hak dengan yang batal dan yang benar dengan
yang
salah?
Banyak sekali perkara yang memalukan, ujar
Isabella kita dapat menilainya sendiri apabila
kehormatan ibu dan saudara perempuan tidak dapat
dipercayakan kepada mereka maka apalagi yang tak
dapat
mereka
lakukan?
Seorang lain yang hadir bertanya Apakah rahib
perempuan
juga
berbuat
kecurangan?
Allah melindungi kita semua. Keadaan mereka

adalah lebih buruk lagi daripada rahib lelaki. ujar


Isabella. Kebanyakan mereka hidup penuh kehinaan.
Sejarawan Eropa pernah menulis tentang tengkorak
bayi yang dijumpai di dalam tangki sekolah rahib
perempuan bila tangki itu dicuci. Bayi-bayi itu
dicampakkan
ke
dalam
tangki
untuk
menyembunyikan
perbuatan
di
luar
nikah.
Semua perkara ini berlaku kerana kepercayaan
kepada penebusan dosa itulah. kata Umar Lahmi
lagi. Kepercayaan itu seperti semacam keizinan
kepada penganut Kristian untuk berbuat dosa.
Memang benar. kata Isabella. Tuan pun telah
mengetahuinya.
Dengan
kepercayaan
kepada
penebusan dosa maka ketakutan kepada dosa
menjadi hilang dan tiap-tiap orang yakin bahwa
dengan membuat pengakuan di hadapan paderi
semua dosa akan diampunkan.
Allahu Akbar! Umar Lahmi mengeluh panjang.
Keagungan dan kebesaran Islam jelas dari kenyataan
bahwa di samping menolak kepercayaan penebusan
dosa, ia menekankan pekerti yang baik sebagai dasar
keselamatan dan kebahagiaan dan pada waktu yang
sama menganjurkan prinsip barangsiapa yang
berbuat kebajikan walaupun sebesar zahra akan
diberi pahala dan barangsiapa yang berbuat jahat
walaupun sebesar zahra akan menerima balasan.
Satu suara dari antara hadirin menyampuk.
Saudara Isabella, saudara tentu tahu bahwa
kepercayaan kepada penebusan dosa itu telah
menyebabkan penganut-penganut Kristian melakukan
dosa tetapi ada sebab lain lagi iaitu orang-orang
Kristian menganggap semua nabi itu berdosa belaka
dan berpendapat mereka itu telah melakukan
berbagai
dosa
dalam
hidup
mereka.
Pendapat itu tidak benar. Jikalau semua nabi suci

dianggap berdosa maka siapa lagi yang akan tinggal


untuk membenci dosa? Dan apa pula hak mereka
untuk mencegah orang lain dari berbuat dosa?
Saudara benar, kata Umar Lahmi tetapi bagaimana
pula pendapat saudara terhadap anggapan penganutpenganut Kristian bahwa, dijauhkan Allah, nabi-nabi
suci
itu
penyembah
berhala,
penzina
dan
pembohong?
Oh tuan! Benarkah itu kepercayaan Kristian dan
mereka menganggap nabi-nabi sebagai penyembah
berhala dan pembohong? Kalau benar, manakah satu
kitab Kristian yang menyebutnya? tanya Isabella
agak
terperanjat.
Saudaraku. Saudara belum tahu lagi tentang ideaidea Kristian dan untuk membenarkan dosa mereka
maka mereka membuat tuduhan yang serius kepada
nabi-nabi. Kerana saudara belum mengkaji secara
menyeluruh kitab-kitab suci agama Kristian maka
saudara terperanjat mendengar kata-kata saya.
jawab Umar Lahmi. Saya berani menjamin bahwa
kalau Islam tidak ada dan Penghulu segala Rasul yang
menjadi jagoh dari semua kebajikan tidak membuka
keduk tentang kepalsuan Kristian dan Yahudi, maka
tidak seorang pun akan menemui kebenaran tentang
kesucian nabi-nabi.
Apakah orang-orang Kristian itu begitu tidak malu,
masih juga percaya kepada nabi-nabi sedangkan
nabi-nabi itu mereka anggap orang yang berdosa?
Barangkali tuan salah mengerti. Saya belum pernah
mendengar dari sesiapa pun bahwa nabi-nabi
menyembah berhala atau bercakap bohong. Bolehkah
tuan membuktikan dakwaan tuan itu melalui kitabkitab
agama
Kristian?
kata
Isabella.
Sudah tentu dari kitab-kitab suci agama saudari.
jawab
Umar
Lahmi.

Kitab-kitab suci agama saya? Isabella hairan dan


terperanjat. Kitab suci agama saya ialah Al-Quran.
Umar Lahmi tersenyum dan cuba membetulkan
kesilapannya. Maksud saya kitab-kitab yang saudara
anggap sebagai kitab-kitab agama Kristian. Kitabkitab itu ada mengandungi hal-hal serupa itu.
Agak aneh, ujar Isabella cuba perjelaskan sedikit.
Maksud saya, jawab Umar Lahmi dalam kitab-kitab
suci agama Kristian ada dijelaskan nabi-nabi itu
sebagai penzina dan penyembah berhala. Ada
disebutkan bahwa Nabi Lot telah membuntingkan
kedua anak perempuannya. Umar Lahmi lalu
mencapai
Kitab
Perjanjian
Lama.
Lihat Injil Kejadian bab 19 ayat 36. Tentang Nabi
Daud dikatakan telah tidur dengan Batsyeba binti
Eliam isteri Uria orang Het. Lihat 2 Samuel bab 11
ayat 4. Kemudian ada dikatakan pula tentang Nabi
Simson yang juga telah tidur dengan seorang
perempuan sundal waktu dia sampai di Gaza
kemudian jatuh cinta kepada seorang perempuan di
Lembah Sorek yang namanya Delila, lihat Injil HakimHakim
bab
16:14.
Astagfirullah, sahut orang-orang yang hadir. Mugamuga Allah mengutuki orang-orang Yahudi dan
Kristian. Astagfirullah! Astagfirullah!
Isabella merasa amat malu. Peluh dingin memercik
dari tubuhnya. Lama dia tidak dapat berkata-kata.
Cuba dengar ini pula, kata Umar Lahmi
menyambung dalam kitab suci Kristian nabi-nabi
juga dikatakan sebagai pendusta. Yakni meskipun
mereka itu menjadi nabi tapi mereka tetap bercakap
bohong. Mula-mula tentang Nabi Simson. Dia telah
berbohong kepada Delila tentang rahsia kekuatannya.
Delila cuba mencungkil rahsia kekuatan Nabi Simson
itu kerana dia mendapat upah daripada orang-orang

Filistin yang mahu menangkap Nabi Simson. Lihat


Injil Hakim-Hakim bab 16:6-15. Kemudian tentang
seorang nabi lain yang tidak disebut namanya di
dalam Injil telah berbohong kepada seorang abdi
Tuhan yang tidak mahu pergi ke rumahnya sehingga
akhirnya
abdi
itu
percaya
kepadanya
dan
mengikutnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 13:18.
Seorang nabi lain membuat cerita palsu kepada raja
dengan membalut kepalanya yang luka bukan kerana
pertempuran di dalam perang tetapi dia sengaja
menyuruh orang memukulnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja
bab 20:37-39. Dalam Injil 2 Raja-Raja pula pada bab
22:13-15 Nabi Mikha bin Yimla disuruh berbohong
kepada raja Israel. Nabi Yeremia pula banyak sekali
bercakap dusta. Lihat Injil Yeremia bab 38.
Kemudian Umar Lahmi berkata kepada Isabella.
Saudari cukup kenal dengan St Petrus, bukan? Apa
kata
orang-orang
Kristian
terhadapnya?
Orang-orang Kristian percaya St Petrus sebagai nabi
wali dan semua paderi besar dianggap sebagai
pengganti St Petrus dan kerana itu pula maka mereka
diberi kuasa untuk mengampunkan dosa. jawab
Isabella.
Memang benar. kata Umar Lahmi. Tetapi tidakkah
ada dikatakan dalam kesemua empat-empat Injil
bahwa ketika musuh menangkap Jesus Kristus dan
kemudian mereka mahu menangkapnya sama, dia
lalu menyangkal ada mengenali Jesus Kristus. Dia
mengutuk dan menyumpah-nyumpah sampai tiga kali
bahwa dia tidak mengenali Jesus Kristus dan Jesus
pun pernah berkata kepadanya: Sebelum ayam
berkoko engkau telah menyangkal aku tiga kali.*
*lihat Injil Matius bab 26:69-75, Injil Markus bab
14:66-72, Injil Lukas bab 22:56-62 dan Injil Yohanes
bab 18:19-24

Memang benar ada ditulis begitu. jawab Isabella.


Saya belajar Injil setiap hari dari guru saya, Michael.
Sekarang lihat pula bukti perkara yang ketiga.
Menurut
orang-orang
Kristian,
nabi-nabi
itu
penyembah berhala. Ini ada tertulis dalam Injil
Keluaran yang menjadi bahagian keempat Kitab
Taurat. Pada bab 32 ayat 4-6 ada dikatakan bahwa
Nabi Harun telah menerima barang-barang emas
orang-orang Israel lalu dibuatnya anak lembu dan
disuruh mereka menyembahnya. Pada bab 11 dari
Kitab Raja-Raja di bawah tajuk Salomo Jatuh ke
Dalam Penyembahan Berhala ada disebutkan bahwa
Nabi Sulaiman mencintai banyak perempuan asing
dan atas desakan isteri-isterinya ikut menyembah
berhala pada ketika usianya sudah lanjut dan dengan
demikian telah menyekutukan Allah. Astagfirullah.
kata
Umar
Lahmi.
Mudah-mudahan Allah melindungi kita. jawab
Isabella.
Cuba lihat ini, sambung Umar Lahmi di dalam Injil
ini saya telah meletakkan tanda pada lembaranlembaran penting. Saudara boleh melihatnya sendiri,.
Saya
tidak
berbohong.
Injil itu diserahkan kepada Isabella untuk dilihatnya.
Isabella menyambut dan terus membuka halamannya
untuk melihat.
Tujuan saya memperlihatkan perkara ini, kata Umar
Lahmi ialah kerana orang-orang Kristian itu terlalu
lancang dan berani membuat berbagai macam dosa
kerana menurut mereka nabi-nabi juga ada membuat
dosa dan mereka berpendapat apabila nabi-nabi itu
tidak dilucutkan kenabiannya maka mengapa pula
orang-orang biasa mesti dihukum atas dosa yang
sama.
Apakah Al-Quran ada mengatakan nabi-nabi itu

orang
yang
suci?
tanya
Isabella.
Itulah kelebihan Al-Quran yang paling agung. AlQuran dengan tegas menyangkal semua idea dan
tuduhan yang dibuat oleh orang-orang Yahudi dan
Kristian. Al-Quran menyatakan bahwa nabi-nabi tidak
pernah berfikir untuk melakukan dosa apatah lagi
untuk benar-benar melakukannya. kata Umar Lahmi.
Lihat Al-Quran Surat Hud yang mengatakan antara
lain bahwa apa yang dilarang oleh nabi-nabi itu
mereka
tidak
pun
pernah
berfikir
akan
melakukannya* dan menurut Al-Quran nabi-nabi
tergolong dalam golongan insan yang suci.
* dan tiada aku berkehendak akan mengerjakan
sesuatu yang aku larang kamu mengerjakannya
AlQuran S11:88
Tidakkah Al-Quran ada menyebut bahwa Adam ada
memakan buah yang dilarang? Bukankah melanggar
perintah Tuhan itu satu dosa? tanya Isabella.
:Definisi dosa ialah sesuatu perbuatan yang terlarang
dilakukan dengan sengaja, jawab Umar Lahmi
sesuatu yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar
tidak dianggap berdosa. Misalnya seseorang yang
sedang berpuasa dilarang minum atau makan tetapi
jikalau dia makan dan minu dalam keadaan terlupa,
puasanya itu sah dan dia tidak berdosa. Nabi Adam
memakan buah yang terlarang dalam keadaan terlupa
seperti yang disebutkan Al-Quran dalam Surat Taha
iaitu Allah telah menerima pengakuan Adam kerana
dia telah terlupa dan Allah tidak melihat ada
kesengajaan dengan perbuatannya itu. *
* Sesungguhnya telah kami janjikan kepada Adam
sebelumnya, lalu dia lupa dan tidak mempunyai cara
berfikir yang kuat, Al-Quran S20:115

Maha Suci Allah. Tahulah saya sekarang bahwa Adam


tidak melakukan dosa. Kalau tidak, pada paderi
Kristian selalu mendakwa Al-Quran ada mengatakan
Adam itu orang berdosa. ujar Isabella. Dia kemudian
melihat jam. Oh, saya sudah terlalu lewat dan mesti
pulang ke rumah segera. Bapa saya dan ibu tentu
sedang menunggu saya pulang dan saya pun belum
lagi
makan.
Kalau saudari mahu makan di sini bersama kami
juga boleh. Dapat kami sediakan menurut makanan
biasa guru kami, Ziad. Sudikah saudari makan di
sini?
tanya
Umar
Lahmi.
Terima kasih banyak. Tetapi saya lebih suka makan
di rumah, kadang-kadang ibu saya tidak akan makan
sampai saya pulang. Dia biasa menunggu saya untuk
makan
bersama-sama.
jawab
Isabella.
Umar Lahmi tersenyum kecil mendengar jawaban
Isabella. Berapa lama dia dapat menunggu makan
bersama-sama saudari agaknya kerana pada suatu
hari
nanti
rahsianya
akan
bocor
juga?
Itu kita serahkan kepada keadaan tetapi buat masa
ini,
izinkanlah
saya
pulang
dulu.
Jadi bila saudari akan membawa sahabat-sahabat
saudari
ke
mari?
tanya
Umar
Lahmi.
Esok kalau tidak ada halangan. Paling lambat lusa.
Saya mohon doa tuan-tuan agar mereka diberi
petunjuk ke jalan yang benar seperti saya. kata
Isabella.
Amin! Para hadirin menyahut serentak.
Isabella lalu bangun. Umar Lahmi dan para hadirin
ikut
bangun
menghormatinya.
Sampaikan salam saya kepada Tuan Ziad. kata
Isabella
kepada
Umar
Lahmi
sebelum
dia
meninggalkan majlis itu.

BAB 8

Isabella Di Rumah

Setelah meninggalkan majlis yang penuh bererti dan


banyak memberikan harapan, Isabella pulang melalui
jalan yang terus menuju ke rumahnya; melewati
Qasrus Syuhada dan terus ke Suqul Asafir. Pertemuan
dgn Ziad bin Umar telah meninggalkan kesan yang
cukup mendalam di hati sanubarinya. Perasaannya
riang gembira sehingga dia tidak menghiraukan
keadaan sekeliling. Dia menhayunkan kaki perlahanlahan dengan teratur. Matanya tunduk ke bawah.
Kira-kira setengah jam kemudian dia pun sampai ke
rumahnya.
Dilihat
ibu
sedang
menunggu
kepulangannya di pintu rumah dalam keadaan
gelisah. Kemana kau pergi sehingga pulang lewat
serupa ini? tanya ibu sebaik-baik saja dia mengucup
tangannya.
Saya di rumah kawan, mama. jawab Isabella. Tetapi
dia tidak menyebut nama kawannya walaupun
didesak
ibunya.
Ibunya
segera
menyuruh
pembantu
rumah
menyediakan makanan. Mereka lalu makan bersamasama. Kemudian bapa Isabella pula datang dan ikut
makan. Mereka tidak banyak berbicara di meja
makan. Setelah selesai, masing-masing masuk ke
dalam bilik. Malam itu, Isabella tidak ke mana-mana.
Dia terbenam di dalam biliknya sambil mentelaah
tafsir Al-Quran yang diberikan oleh Umar Lahmi.
Di waktu pagi, dia terbangun apabila mendengar
suara muazzin yang mengumandangkan azan subuh
dari menara Masjid Cordova. Betapa merdu laungan
itu sampai ke telinga di pagi yang bening,
membangunkan orang-orang yang sedang tidur
supaya mengerjakan solat subuh, rukuk dan sujud
kepada
Allah
Yang
Maha
Besar.
Betapa

mempesonakan kata-kata Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Berbeza daripada bunyi loceng gereja yang juga mulai
memecah keheningan pagi dengan keriuhan yg tidak
ada erti. Suara muazzin yang beralun-alun menusuk
sukma secara mendalam sementara bunyi ding-dong,
ding-dong loceng hanya menggegarkan perasaan
secara tidak menentu. Dua macam cara yang
membezakan dua macam agama. Tidak lama
kemudian pemeluk-pemeluk agama Islam yang taat
mulai
keluar
meninggalkan
masjid
sesudah
menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Kaum
buruh, peniaga dan petani masing-masing menuju ke
tempat kerja, pasar dan ladang mulai ramai. Kicauan
burung mulai tenggelam oleh suasana siang.
Mendengar panggilan beribadat itu, Isabella pun
bangun dari tempat tidurnya. Setelah membersihkan
diri, dia pun masuk ke dalam bilik bacaan di
rumahnya, duduk di suatu sudut mentelaah sebuah
kitab. Sedang asyik dia dengan kitabnya, pintu bilik
diketuk orang. Isabella agak hairan. Siapa gerangan
yang mengetuk pintu bilik di waktu pagi begini. Dia
tahu bapa dan ibunya masih bersembahyang di gereja
besar. Mereka akan pulang ketika hampir waktu
sarapan.
Siapa?
tanya
Isabella.
Kami!
sahut
suara
di
luar.
Isabella kenal suara itu. Suara gurunya, Michael.
Dengan segera, dia bangun membuka pintu. Isabella
sangat terperanjat melihat Michael dan Peter berdiri
di depan pintu. Dia dengan segera menundukkan
kepalanya memberi hormat dan mempersilakan
mereka masuk. Ketika dia hendak menutup pintu,
bapanya pula muncul. Perasaan Isabella menjadi
gempar melihat kehadiran bapanya, Michael dan Peter

secara serentak. Dia lalu meminta diri kerana


sangkanya mereka hendak membincangkan sesuatu
perkara yang penting. Boleh jadi masalah yang
berhubungan dengan orang-orang Islam.
Kau tunggu!: Bapanya memberi isyarat dengan
tangan. Perasaan Isabella menjadi semakin gempar
dan kecut apabila mendengar arahan bapanya yang
aneh. Tentu kedatangan gurunya dan Peter secara
tiba-tiba itu ada hubungan dengan dirinya. Barangkali
pertemuannya dengan orang-orang Islam telah
sampai
ke
pengetahuan
mereka.
Duduk!
Bapanya
memberi
arahan.
Isabella pun duduk di sebuah kerusi yang agak jauh
sedikit tetapi berhadapan dengan bapanya. Dia
melihat urat-urat timbul di wajah bapanya. Air
mukanya yang selalu lembut itu agak tegang, sekalisekala
dia
menggigit-gigit
bibirnya
menahan
perasaan. Ibu Isabella juga dipanggil masuk. Bapa
Isabella pun membuka mulutnya. Mula-mula dia
tujukan kepada ibu Isabella. Kemudian kepada
Michael
dan
Peter.
Tahukah kamu akan keadaan anak ini sekarang?
Betapa dia memalukan dan menghina kita. Kerana
memikirkan hal itulah maka saya memanggil anda
berdua ke mari.
Peter kelihatan terperanjat. Dia memandang Isabella
dan
berkata,
Oh,
ada
apa?
Perkaranya amat serius, ujar ketua paderi sudah
agak lama saya mendengar berita anak ini telah
meninggalkan agama Kristian dan secara sembunyisembunyi memeluk
agama
Islam.
Apa? Apa? Helena, ibu Isabella, hampir memekik
mendengar kata-kata suaminya. Apa anda katakan
ini? Jesus Kristus tidak akan mengizinkan. Tetapi

kenapa anda begitu meradang pagi ini sehingga tanpa


sebab
menuduh
anakku
masuk
Islam?
Apa yang aku katakan ini adalah benar. jawab ketua
paderi. Kalau tidak hari ini, beberapa hari lagi kau
akan
mengetahuinya
juga.
Bapa yang suci, sampuk Peter kata-kata bapa agak
aneh. Isabella seorang anak yang baik. Dia telah
belajar teologi. Dia tidaklah begitu bodoh untuk
menerima agama Islam yang
terkutuk itu.
Saya tidak tahu kenapa anda berprasangka begitu.
ujar Helena seraya bangun mendekati Isabella yang
sedang duduk dalam ketakutan di sudut bilik.
Helena memegang bahunya dan berkata Kau dengar
apa yang dikatakan oleh bapamu?
Isabella diam dan tunduk. Waktu itu bapanya
memberi isyarat kepada Michael supaya bertanya.
Anakku, kata Michael benarkah kau telah
memberontak terhadap agama Kristian? Benarkah
begitu? Kalau ada orang yang menuduh kau serupa
itu,
kau
mesti
membantahnya.
Isabella mengangkat muka memandang Michael.
Kemudian segera tunduk kembali dan mendiamkan
diri.
Air
matanya
berlinang.
Nah, tengoklah, kata Helena bukankah telah aku
katakan ada orang yang membuat dakwaan palsu
terhadap anakku. Apa bantahan yang dapat dia buat?
Airmatanya itulah saja yang dapat menjawab tuduhan
dia memberontak terhadap agama Kristian. Tuduhan
itu
palsu.
Cuba anda diam dulu. Biar Isabella menjawab
sendiri. ujar ketua paderi dengan perasaan gusar
melihat ibu Isabella ikut campur. Nah, anakku. Cuba
ceritakan benar atau tidak laporan mengenai dirimu
itu?
Saya belum menerima Islam dan masih tetap

menjadi
penganut
Kristian.
jawab
Isabella.
Kalau kau belum lagi terima Islam apakah kau akan
menerimanya nanti? Michael segera bertanya.
Kenapa bapa tanya saya tentang hari depan?
Isabella
memandang
Michael
dan
menentang
matanya. Saya juga boleh bertanya serupa itu
kepada
bapa.
Nah, kalau begitu cuba terangkan pendapatmu
tentang agama Islam. kata Michael membalas
tenungan Isabella.
Isabella tidak menjawab segera. Dia memandang
muka bapanya yang masih tegang menggigit bibir.
Dari muka bapanya dia beralih ke muka ibunya yang
sudah kembali ke tempat duduknya. Mukanya
membayangkan kesan-kesan kegelisahan. Kemudian
melihat muka Peter. Paderi tua itu tenang tetapi ada
tanda-tanda kegoncangan perasaan di dalam.
Saya tidak pernah menghina Islam. katanya sambil
melihat wajah Michael. Kerana di dalam Kitab Suci
Islam, Jesus diberi kemuliaan sebagai nabi yang suci
dan
orang-orang
Islam
memuliakannya.
Kalau begitu kamu cintakan Islam dan orang-orang
Islam? Michael mengajukan pertanyaan dengan
cepat.
Bapa boleh mengatakan serupa itu ataupun dengan
perkataan lain yang bapa suka. jawab Isabella.
Bagaimanapun saya bukanlah orang yang tidak
berbudi. Jikalau orang-orang Islam memuliakan
Kristus kita maka saya pun memuliakan nabi dan
kitab
suci
mereka.
Jadi sudah jelas sekarang ini bahwa di dalam hati
kamu, kamu telah menjadi seorang Islam, kalau tidak
masakan kamu memuji Islam dan penganutnya
begitu. kata Peter cuba memerangkap Isabella. Nah,

beritahu kami apa fikiranmu terhadap agama ygn


kamu anuti sekarang yakni agama Kristian?
Isabella dapat menangkap arah tuju pertanyaan
paderi
tua
itu.
Saya beriman dengan Kitab Injil dan semua kitab
yang diwahyukan tetapi saya tidak mahu terima
segala cacat-cela yang telah dimasukkan ke dalam
agama oleh penganut-penganut Kristian sekarang
ini.
Mendengar jawaban itu, bapa Isabella lalu berkata ke
arah
Michael,
Peter
dan
ibu
Isabella.
Kita sekarang sudah tahu fikirannya. Sudah tidak
ada lagi jalan untuk mengubatinya melainkan dengan
mata
pedang.
Ibu Isabella terperanjat mendengar keputusan
suaminya yang nekad itu. Lidahnya kelu tidak dapat
berkata-kata. Peter segera membuat isyarat dengan
tangannya.
Berilah saya masa. Saya pasti akan dapat mengubah
fikirannya. Saya akan mengikis semua salah
fahamnya, apatah lagi Isabella pun ada belajar ilmu
ketuhanan.
Baiklah! Anda boleh cuba dan kita akan lihat
hasilnya. Kalau gagal saya akan fikirkan satu cara lain
mengubatinya.
Setelah berkata begitu ketua paderi pun bangun dan
mengajak Michael dan Peter mengikutinya. Mereka
berangkat ke gereja besar kerana menghadiri satu
perhimpunan
penganut-penganut
Kristian
yang
datang dari seluruh negara Sepanyol untuk
menyaksikan tanda peninggalan nabi-nabi dan ketua
paderi yang terdahulu yang merupakan tulang-tulang
dan lain-lain. Pada hari itu orang-orang Kristian telah
datang dari tempat-tempat yang jauh untuk ikut

ambil bahagian di dalam upacara tersebut yang akan


dirahmati oleh ketua paderi.
Setelah ketua paderi, Michael dan Peter meninggalkan
bilik, ibu Isabella yang masih kebingungan bangun
mendekati
anaknya
sekali
lagi.
Dia memeluk leher Isabella sambil berkata Benarkah
apa yang dikatakan oleh bapamu itu, nak?
Isabella tidak menjawab. Dia memegang tangan ibu
dan menepuk-nepuk dengan lembut sambil bangun
melepaskan
diri.
Saya mahu masuk ke bilik saya, mama. katanya lalu
terus berjalan menuju ke bilik sambil diperhatikan
oleh ibunya dengan perasaan sedih bercampur hiba.
Isabella mengunci pintu bilik. Dia merebahkan diri di
atas katil dan mula memikirkan nasibnya. Dia yakin
akan menerima hukuman daripada bapanya dan
paderi-paderi lain. Hukuman dan seksaan yang kejam
bukan sesuatu perkara asing bagi penganut-penganut
agama Kristian yang murtad ataupun mengeluarkan
sesuatu pendapat agama yang bertentangan dengan
ketua-ketua agama. Dia akan menghadapi hukuman
yang berat. Namun dia sedikit pun tidak gentar
dengan segala macam kekejaman dan seksaan yang
akan ditimpakan ke atasnya. Hatinya telah bulat dan
tekadnya telah tetap, dia akan menghadapi semua
percubaan itu dengan hati yang tabah dan tidak
berganjak.
Isabella kemudian mengambil kertas dan pena lalu
menulis surat kepada Mirano, anak Michael, yang
menjadi sahabat akrabnya.
Saudaraku
yang
dikasihi.
Tadi malam kira-kira jam sembilan, aku telah
menghadiri satu pertemuan para cendekiawan Islam.

Umar Lahmi dan ahli-ahli agama juga ikut hadir.


Bagaimana aku akan menerangkan kepadamu
suasana pertemuan itu! Suatu pertemuan yang
sungguh
menakjubkan.
Kehadiranku
di
situ
sesungguhnya semakin menebalkan lagi keyakinanku
terhadap Islam. Aku sangat berharap kau juga ikut
bersama-sama aku pada waktu itu. Tetapi aku telah
berjanji dengan ketua mereka, Ziad bin Umar, akan
membawa kau bersama-sama untuk ikut serta dalam
pertemuan yang akan diadakan malam esok atau
malam lusa. Satu perkara penting telah terjadi ke
atas diriku hari ini. Nampaknya, aku akan dihadapkan
ke inquisisi. Doakanlah agar aku tetap di jalan yang
benar. Bapaku rupanya telah mendapat berita
tentang diriku bahwa aku telah memeluk agama
Islam. Dia telah memanggil bapamu dan Peter ke
rumah kami. Berbagai macam pertanyaan telah
diajukan kepadaku. Cuba kau bayangkan betapa
tersepitnya keadaanku waktu itu. Tetapi aku telah
memberikan jawaban yang tegas kepada mereka.
Peter telah memberikan janji kepada bapaku bahwa
dia akan membawa aku kembali kepada agama
Kristian. Kalau keadaan yang serupa berlaku, aku
harap kau dan ketiga orang kawan kita yang lain
akan ikut hadir sama.
Perkara-perkara lain akan aku sampaikan secara lisan
kepadamu nanti.
Saudaramu,
Isabella
Setelah siap surat itu ditulis, Isabella memanggil
pengasuhnya dan menyuruh mengembalikan sebuah
buku kepada Mirano serta mengambil buku lain
daripadanya.

Surat ini yang telah lama terletak di sini juga dibawa


bersama-sama
dan
diberikan
kepadanya.
Pengasuh pun segera melakukan apa yg disuruh. Dia
pergi ke rumah Michael dan menyerahkan buku dan
surat kepada Mirano. Mirano segera membaca surat
tersebut lalu memberitahu pengasuh Isabella bahwa
dia sendiri akan menghantar buku itu kepada Isabella
nanti.
Pada petang itu, Isabella dan keempat orang
sahabatnya bertemu di taman tempat mereka
pertama kali mendengar perbualan Umar Lahmi. Dia
menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang
kejadian pagi tadi di rumahnya seraya meminta
pendapat mereka. Sahabat-sahabatnya sangat ingin
berjumpa Ziad bin Umar. Mereka juga mencadangkan
agar Isabella memberitahu kejadian pagi itu
kepadanya.
Mereka membuat keputusan akan ke rumah Ziad bin
Umar pada petang berikutnya. Setelah itu mereka
pun bersiar-siar di taman itu sampai waktu
perpisahan lalu pulang ke rumah masing-masing.
BAB 9 Ujian Keimanan
Pagi berikutnya, Isabella menerima surat dari Michael
yang dibawa oleh seorang pesuruh. Surat itu berbunyi
: Anakku Isabella. Harap kamu dapat datang segera
ke tempatku kerana ada perkara yang penting yang
akan
kubincang
denganmu.
Tinggalkan
dulu
urusanmu yang lain. Aku menunggu kedatanganmu.
Sepintas lalu, Isabella sudah dapat menanggapi
maksud surat itu, tentu ada hubungan dengan
peristiwa yang berlaku kelmarin pagi di rumahnya.
Isabella lalu memberitahu ibunya. Dia pun segera
bertolak ke rumah Michael.

Di sana, selain daripada Michael dan Peter, ikut plua


seorang rahib yang cukup terkenal, cukup popular
dan mashyur di seluruh Sepanyol kerana kehidupan
pertapaannya. Mirano di lain pihak telah memanggil
kawan-kawannya supaya datang berkumpul di
rumahnya untuk mendengar pemeriksaan ke atas
Isabella.
Setelah Isabella dipersilakan duduk di tempat yang
disediakan khas untuknya, Michael pun memulai
pertanyaan seperti berikut, Kelmarin kamu telah
menangkis pertanyaan-pertanyaan kami dengan
jawaban yang bersifat kabur. Hari ini kami akan
bercakap kepadamu secara berterus-terang. Nah,
mahukah kamu menjawab soalan saya dengan
jawaban
yang
benar?
Saya tidaklah begitu pintar untuk menjawab semua
pertanyaan bapa dan yang kedua saya fikir tidak ada
perkara sehingga interogasi serupa ini dilakukan ke
atas
saya.
Apakah kamu sudah menjadi seorang penganut
Islam?
Saya sudah menjawabnya kelmarin dan saya tidak
mahu berkata apa-apa lagi tentang hal itu.
Baiklah, kata Michael, apakah kamu percaya
dengan Ketuhanan Suci dan Jesus Kristus sebagai
Tuhan dengan segala keperluan kewujudannya?
Saya percaya kepada Tuhan sebagai Tuhan dan
bukan manusia sebagai Tuhan. jawab Isabella.
Jadi jelaslah bahwa kamu tidak percaya kepada
Ketuhanan Tuhan Jesus Kristus. Jadi, apa lagi bukti
yang ada kalau kau bukan seorang Muslim? tanya
Michael.
Maksud saya tidak ada bukti di mana-mana pun juga
di dalam Injil bahwa Jesus itu Tuhan. jawab Isabella.
Demi Tuhan! kata Michael dengan nada yang agak

meninggi. Jangan memfitnahkan Injil Suci. Tidakkah


kau baca di dalam Injil itu bahwa dia adalah putera
Tuhan?
Isabella lalu mengambil Injil dan dipegangnya.
Nah, kalau begitu tolong jelaskan kepada saya
makna ayat berikut. Lalu dibukanya Kitab Jonah, bab
1 ayat 31-36 dan dibacanya: Orang-orang Yahudi
lalu mengangkat batu untuk melempari Kristus, yang
berkata kepada mereka. Aku telah menunjukkan
kepada kalian banyak perkara yang baik dari bapa,
apakah kerana itu kalian merajami aku? Orang-orang
Yahudi menjawab: Kami bkan merajami kamu kerana
perbuatan-perbuatan
baik
tetapi
kerana
kecuranganmu sebagai manusia mengaku dirimu
sebagai Tuhan. Kristus berkata: Tidakkah agamamu
ada berkata bahwa kamu juga Tuhan? Waktu
dipanggil Tuhan itu kepada mereka yang diberi wahyu
maka orang yang telah dikirim Tuhan ke dunia
sesudah dimuliakannya, maka betapa kalian berkata
dia bercakap curang. Itulah sebabnya aku berkata
aku ini putera Tuhan. Ini serupa dengan panggilan
terhadap lain-lain nabi di dalam Kitab Taurat dan lainlainnya. Maka serupa itulah pula aku dipanggil putera
Tuhan. Jadi, kata Isabella, saya ingin bertanya nabi
yang manakah sebelum Jesus yang dipanggil Tuhan?
Orang-orang Kristian percaya bahwa nabi-nabi yang
terdahulu itu dipanggil Tuhan sebagai kiasan dan
kerana kasih dan saya berkata dalam bentuk kiasan
yang sama pula dan kerana kasihkan Jesus Kristus
maka dia dipanggil Tuhan dan bukan kerana dia
benar-benar Tuhan seperti yang didakwakan.
Gadis terkutuk! Michael sudah tidak dapat
membendung kemarahan lagi. Kamu sudah suka
bercakap. Daripadaku kamu belajar, sekarang kamu
berani bertanyakan erti ayat-ayat itu kepadaku

seolah-olah aku terlalu bodoh dan kamu seorang


terpelajar. Tetapi dengan ini nabi-nabi dulu tidak
dapat jadi Tuhan dalam erti sebenarnya kerana
mereka itu tidak suci, sedangkan Tuhan Jesus Kristus
bersih dari dosa dan suci maka sebab itulah dia
menjadi Tuhan.
Kita tidak bercakap tentang dosa atau suci. Soalnya
ialah Jesus Kristus menamakan dirinya Tuhan serupa
dengan nabi-nabi lain yang menamakan diri mereka
Tuhan. Jikalau Jesus Kristus benar-benar Tuhan maka
kita pun juga mesti mengakui bahwa nabi-nabi lain
itu pun Tuhan. jawab Isabella. Lagi pula dalam ayat
itu Jesus Kristus menjawab tuduhan orang-orang
Yahudi. Kalau benar dia putera Tuhan maka ia patut
menerima
tuduhan
Yahudi
itu.
Oh betapa hebatnya! Kamu kini telah menjadi
ilmuwan besar sehingga kamu mau meremehkan
kami. kata Michael. Sudah jelas kini kamu telah
dipengaruhi. Jikalau Jesus Kristis itu bukan Tuhan
tetapi manusia biasa bagaimana dia boleh melakukan
penebusan dosa bagi dosa kita semua. Apakah ada
manusia
yg
bebas
dari
dosa?
Saya tidak begitu faham bagaimana bapa membuat
peraturan ini bahwa tidak ada manusia yang suci
meskipun dalam Injil Lukas bab 1 ayat 6 ada kisah
tentang Zakaria dan isterinya. Dalam Injil itu mereka
berdua ada disebutkan bahwa Zakaria dan isterinya
Elizabet adalah benar di hadapan Tuhan dan hidup
menurut segala perintah dan ketetapan Tuhan dengan
tidak bercacat. Jadi, jelaslah bahwa Zakaria dan
isterinya orang-orang suci jikalau tidak perkataan
tidak bercacat itu tentu tidak ada makna. Jadi,
kesucian Kristus bukanlah satu perkara unik. Dia suci
seperti sucinya orang lain juga. Tentang masalah
penebusan dosa ini juga tidak terdapat bukti di dalam

Injil, kerana tidak ada orang yang memikul beban


dosa orang lain apatah lagi memikul beban dosa
seluruh manusia lalu mati menderita di atas salib.
Pada kenyataannya Jesus ada menyebut di dalam Injil
bahwa keselamatan diperoleh berdasarkan amalan
bukan dengan penebusan dosa, seperti yang tertulis
di dalam Injil Matius bab 16 ayat 27: Anak manusia
(Adam) akan datang dalam kemuliaan bapanya,
diiringi malaikat-malaikatnya, pada waktu itu dia akan
membalas setiap orang menurut perbuatannya.
Dalam Injil Matius juga bab 19 ayat 16-20, Injil
Markus bab10 ayat 17-27, Injil Lukas bab 18 ayat 1827 ada kisah tentang seorang lelaki datang kepada
Jesus dan bertanya: Guru, perbuatan baik apakah
yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang
kekal?
Jesus menjawab, Apakah sebabnya engkau bertanya
kepadaku tentang apa yang baik? Hanya satu yang
baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk syurga
turutlah segala perintah Tuhan. Kata orang itu lagi,
Perintah yang mana? Jesus menjawab Jangan
membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan
mengucapkan saksi dusta, hormatilah ayahmu dan
ibumu dan kasihlah sesama manusia seperti dirimu
sendiri. Maka terbukti sekarang daripada ayat-ayat
itu bahwa jalan keselamatan hanyalah melalui
amalan. Kristus tidak berkata begini sebagai jawaban
kepada pertanyaan orang lelaki itu. Kamu tidak
payah lakukan apa-apa kerana aku akan melakukan
penebusan dosa untukmu.
Perempuan! Kau nampaknya seperti mahu mengajar
aku, kata Michael menahan kemarahan, apakah kau
tidak percayakan aku lagi. Aku ialah gurumu. Kamu
mesti percaya semua kata-kataku. Kalau hanya
dengan kebijaksanaanmu saja kamu tidak dapat

memahami masalah-masalah agama yang sulit. Nah,


perkara penebusan dosa akan kita bicarakan
kemudian.
Sekarang
kita
selesaikan
masalah
ketuhanan Jesus Kristus dulu. Orang-orang Islam
juga percaya bahwa Kristus telah diangkat ke langit
hidup-hidup. Apakah ini bukan bukti tentang
ketuhanannya? Jesus telah memperlihatkan mukjizatmukjizat yang agung. Dia menghidupkan orang mati,
memberi celek kepada orang yang buta. Bukankah
perkara-perkara ini membuktikan ketuhanannya?
Perkara yang utama ialah kamu mesti lebih dulu
menerima atau menolak ketuhanan Jesus kemudian
baru
kita
bercakap
perkara
lain.
Soal penebusan dosa tuan dulu yang memulakannya
dan saya ikut membincangkan saja. Kalau Jesus
Kristus boleh menjadi Tuhan kerana dibawa ke syurga
hidup-hidup maka Elia juga patut menjadi Tuhan.
Sebab menurut Injil dia juga dibawa hidup-hidup ke
syurga.* Tentang Jesus menghidupkan orang mati
dan memberi celek kepada orang yang buta, maka itu
pun belum boleh dijadikan bukti yang dia adalah
Tuhan sebab nabi-nabi lain juga ada memperlihatkan
mukjizat mereka seperti yang sudah jelas disebutkan
di dalam Injil. Kalau mukjizat serupa itu boleh
menjadikan dia Tuhan, maka nabi-nabi lain juga
Tuhan, tentunya. kata Isabella.
*lihat 11 Raja-Raja bab 2:1-8 Elia Naik ke Syurga
Lihat! Betapa pandainya budak perempuan ini
menipu. kata Peter. Hai perempuan bodoh! Mukjizat
yang ditunjukkan oleh nabi-nabi lain itu bukanlah
kekuasaan mereka sendiri tetapi kekuasaan yang
diberikan Tuhan. Mukjizat Kristus adalah dari
kekuasaannya sendiri, yang menunjukkan bahwa dia
adalah
Tuhan.

Mukjizat bukan bukti kenabian apalagi mahu disebut


sebagai ketuhanan, jawab Isabella, menurut agama
Kristian bukan satu kemestian seseorang yang
melakukan mukjizat itu nabi. Jadi, kalau nabi saja
masih belum boleh dipanggil bagaimana pula dia
mahu menjadi Tuhan. Jesus pernah berkata: Saya
dengan
berterus-terang
memberitahu
kamu,
barangsiapa beriman dengan saya, juga akan ikut
membuat amalan seperti saya beramal, malah lebih
hebat lagi*. Tentang dakwaan tuan bahwa mukjizat
Kristus adalah kekuasaannya sendiri, sementara yang
lain didapati dengan paksaan, ini juga dakwaan yang
salah. Kitab Injil telah membuktikan bahwa tidak saja
dalam melakukan mukjizat, dalam semua perkara
yang lain pula pun Jesus tidak berdaya seperti nabinabi yang lain juga. Kerana apabila Jesus mahu
melakukan mukjizat dia lebih dulu memohon bantuan
daripada Tuhan. Dalam mukjizat roti dan ikan, dia
menengadah ke langit dan mengucap berkat*,
meminta pertolongan Tuhan dan ditempat lain pula
dia berkata, Jenis ini tidak dapat diusir kecuali
dengan berdoa. Jesus menyembuhkan orang tuli. Dia
masukkan jarinya ke telinga orang itu lalu dia
meludah dan meraba lidah orang itu kemudian
menengadah ke langit Jesus menarik nafas. Jadi, dia
berdoa juga kepada Tuhan*. Jadi dari Injil sendiri ada
bukti bahwa Kristus serupa juga dengan orang lain,
tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu. Kalau dia
benar-benar Tuhan tentulah dia tidak terlalu lemah
untuk berbuat sesuatu dan meminta bantuan daripa
orang lain. Sebagai Tuhan maka dia bebas melakukan
apa saja seperti Tuhan yang Maha Berkuasa.
* Injil Jonah, bab 14:12
*Injil Matius, bab
14:13-21; Markus 6:30-44; Lukas 9:10-17; Yoh 6:1-

13
35

* Injil Markus 9:29

*Injil Markus 7:31-

Isabella lalu mengambil Injil dan membuka.


Jesus Kristus berkata: Kerana bapanya telah
bersenyawa di dalam dirinya dan bapanya juga
memberikan kepadanya kekuasaan untuk melakukan
keadilan kerana dia dilahirkan sebagai manusia*.
Malah nyawa Jesus Kristus juga bukan haknya sendiri
tetapi diberikan oleh Tuhan dan Tuhan pula yang
memberikan kekuasaan kepadanya untuk melakukan
keadilan. Tanpa rahmat Tuhan, keadilan apapun tidak
dapat dilakukan olehnya. Hujah saya, Jesus adalah
manusia dan manusia tidak akan dapat berbuat
sesuatu tanpa pertolongan Tuhan. Di tempat lain
Jesus pernah berkata: Saya tidak dapat berbuat apaapa sendirian, saya berbuat keadilan seperti yang
saya dengar dan pengadilan saya adalah adil*.
Selanjutnya dia berkata: Saya datang dari syurga
bukan mahu berbuat menurut sesuka hati saya tetapi
berbuat menurut arahan orang yang mengirim saya
ke mari. Nah, itulah bukti-bukti bahwa Kristus
seorang yang tidak berdaya seperti juga manusia
yang lain dan bergantung kepada orang lain tidak
boleh menjadi Tuhan, maka Jesus juga bukan
Tuhan*.
*lihat Injil Jonah 5:26-27
* lihat Injil Jonah
5:30
*lihat Injil Jonah 16:38
Tidak saja Peter dan Michael yang terperanjat
mendengar hujah-hujah Isabella yang lancar itu
tetapi rahib yang seorang lagi pun seperti kelu
lidahnya, tidak dapat mencelah sedikitpun. Hanya
sesudah Isabella berhenti barulah mereka itu
tersentak sedar dari pesona. Peter dengan cepat

berkata
sambil
memandang
kepada
Michael.
Nah, anda lihat betapa keras sudah anak ini. Orangorang Islam telah mengajarnya untuk petah berkatakata. Apakah anda masih berharap dia akan kembali
ke jalan yang lempang? Saya fikir tidak ada gunanya
lagi kita berhujah dengannya kerana imannya sudah
hilang
dan
dia
sudah
menjadi
ingkar.
Saya yakin dia telah berada di bawah kekuasaan
syaitan.
jawab
Michael.
Dia lalu berpaling kepada Isabella. Semua hujah
yang kamu katakan itu telah ada jawaban yang jelas
dan kamu telah pun membacanya di dalam pelajaran
teologi. Ada juga jawaban yang kamu tidak akan
faham sama sekali. Dan sekarang, saya tidak mahu
menjawab semua pertanyaanmu itu sebaliknya saya
mahu tahu apa pendapatmu yang sebenarnya
mengenai agama Kristian supaya mudah kami
membuat keputusan tentang dirimu. Kamu telah
menerangkan dengan jelas tentang pendapatmu
mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.
Nah, ada apa-apa lagi yang akan kamu tambah.
Saya tidak pernah menafikan Kitab Injil dan Jesus
Kristus. Tetapi apa yang saya katakan ialah menurut
ajaran Injil tidak ada bukti bahwa Jesus itu Tuhan dan
tidak ada alasan yang munasabah tentang penebusan
dosa. Semua itu hanyalah rekaan orang-orang
Kristian
saja.
jawab
Isabella.
Jadi maksudmu semua penganut Kristian penipu dan
semua penganut Kristian telah bersatu menentang
Kitab Suci Injil? Michael mengherdik. Gadis terkutuk
isi neraka! Kalau au tidak dapat memahaminya,
terima saja keputusan yang telah dibuat oleh ketuaketua agama. Bapamu yang menjadi ketua paderi
mempunyai kuasa penuh untuk mengampunkan dosa,
apakah dia juga menganggap semua ini salah?

Apakah semua paus, rahib, alim ulama Kristian dan


hamba abdi agama Kristian berjalan di jalan yang
salah?
Isabella
sedikitpun
tidak terpengaruh
dengan
herdikan Michael, malah dia dengan tenang
menjawab,
Seperti
Kitab
Injil
yang
tidak
membuktikan ketuhanan Kristus dan penebusan dosa
maka serupa itulah pula agama Kristian dari orangorang yang mengaku Kristian hari ini tidak wujud
menurut Injil. Oleh sebab itu pendapat mereka tidak
dapat
saya
terima
sebagai
bimbingan.
Hebat sekali! kata Michael. Kami sekarang
semuanya penganut-penganut Kristian yang palsu
dan tidak wujud sedangkan kamu adalah penganut
Kristian tulen dan sejati. Gadis malang! Ke manakah
sudah pergi fikiranmu yang waras? Kamu telah
membuang orangtuamu. Tunjukkan bukti bahwa kami
ini
bukan
Kristian
sejati?
Tidak ada sebab bapa mesti naik darah. ujar
Isabella. Perkara ini sudah cukup jelas. Andaikata
bapa dapat membuktikan dari Injil bahwa penganutpenganut Kristian zaman moden ini benar-benar
Kristian maka saya dengan seluruh jiwa raga akan
menerima
keputusan
itu
dan
tidak
akan
mengemukakan hujah apa pun jua terhadap mereka
menurut Injil. Jadi, bapa buktikanlah menurut Kitab
Injil bahwa orang-orang Kristian sekarang adalah
Kristian
tulen.
Di seluruh dunia ada orang Kristian dan kamu berani
mengatakan bahwa mereka itu bukan Kristian
menurut Kitab Injil. Apakah ada bukti lain lagi?
Bukankah ini sudah bukti yang cukup bahwa kami
beriman Injil, berimankan ketuhanan Jesus dan
penyalibannya?
kata
Michael.
Tidakkah orang-orang Islam itu percaya Kitab Injil?

tanya Isabella. Bolehkah bapa mengatakan bahwa


mereka itu juga penganut Kristian? Tentang
kepercayaan
kepada
ketuhanan
Kristus
dan
penebusan dosa maka itu bukanlah hujah-hujah akan
keagamaan Kristiannya. Sebaliknya ia membuktikan
bahwa orang itu bukanlah penganut Kristian sama
sekali kerana tidak ada garis-garis kepercayaan
serupa
itu
di
dalam
Injil.
Kau gadis tak berguna! sampuk Peter. Kenapa
kamu menimbulkan keraguan kepada agama Kristian
kami? Kalau kami ini bukan Kristian cuba kamu
tunjukkan Kristian yang sebenarnya. Katakan saja di
mana di dunia ini orang-orang Kristian sejati dan
tulen
itu
ada.
Bapa boleh marah sebanyak mana yang bapa suka,
kata Isabella, tetapi yang benar itu tidak dapat bapa
sembunyikan. Kalau bapa mahu buktinya dari saya
maka saya dengan tulus ikhlas mengatakan bahwa
orang-orang Kristian sekarang ini bukanlah penganut
Kristus sama sekali dan tentang siapa yang boleh
menjadi penganut Kristian tulen saya bersedia
membuktikannya menurut Kitab Injil sendiri.
Gadis terkutuk! Michael menjerti. Kenapa kau
membebel-bebl saja? Kenapa tidak tunjukkan buktibuktinya?
Isabella tersenyum kecil yang menyebabkan paderipaderi itu menjadi bertambah jengkel dan sakit hati
melihatnya.
Dengan tenang dia mengambil Injil sambil berkata,
Cuba
dengar
baik-baik
tentang
tandatanda penganut
Kristian
yang
sebenarnya.
Isabella lalu membaca Injil Markus pada bab 6 ayat
17 dan 18: Dan di antara manusia yang beriman
maka mukjizat-mukjizat ini akan berlaku: Mereka
akan mengusir roh jahat dengan menyebut namaku,

mereka akan bercakap dengan bahasa baru, mereka


akan memegang ular, mereka tidak akan terkena bisa
kalau meminum benda-benda yang boleh membawa
maut, mereka akan meletakkan tangan ke atas orang
sakit
dan
menyembuhkan
penyakitnya.
Isabella kemudian membuka pula Injil Matius pada
bab 16. Ini tanda-tanda penganut Kristian yang
beriman.
Dia lalu membaca ayat 16 hingga 20. Pengikutpengikut mendekati Jesus dan berkata: Kenapa kami
tidak dapat mengusir roh-roh jahat itu? Dia
menjawab kerana kecacatan dalam imanmu kerana
terus terang aku katakan kalau padamu ada iman
walaupun sebesar atom dan kamu menyuruh gunung
itu pindah dari tempatnya, dia akan pindah dan tidak
ada yang mustahil bagimu. Nah, kata Isabella,
Daripada kedua-dua kutipan Injil ini, ada enam
tanda
Kristian
yang
sudah
dipastikan:
1. Mengusir keluar roh jahat. 2. Bercakap dengan
bahasa baru tanpa mempelajarinya. 3. Memegang
ular yang berbisa. 4. Meminum racun tanpa
memudaratkan diri. 5. Menyembuhkan penyakit
dengan sentuhan tangan dan 6. Mengubah gunung
dari tempatnya. Jadi, barangsiapa yang mengaju
menjadi Kristian mestilah dapat membuktikan bahwa
keenam-enam tanda ini ada di dalam dirinya.
Sekarang, bapa adalah seorang Kristian, kita tolak
sebelah dulu keenam-enam tanda itu dan sembuhkan
seorang sakit dengan sentuhan tangan bapa, gunung
tentu tak mungkin bapa pindahkan tetapi ini ada
seketul batu. Cuba gerakkan saja kira-kira 10 atau 20
meter, maka kekristianan bapa telah dibuktikan oleh
Injil.
Memang benar semuanya itu ada disebutkan di
dalam Injil tetapi tunjukkan pula tempat yang

mengatakan sesiapa yang tidak melakukan mukjizat


itu bukan Kristian? Selain daripada itu, tanda-tanda
tersebut hanya khas kepada pengikut-pengikut
Kristus yang dua belas itu saja bukan kepada semua
orang.
Kedua-dua keterangan bapa itu salah. kata Isabella.
Dalam Injil sudah jelas dinyatakan bahwa setiap
orang Kristian walaupun imannya sebesar atom, boleh
dapat memindahan gunung kalau dikehendakinya,
diikuti dengan sesiapa yang tidak ada iman walaupun
sebesar atom tidak akan dapat memindahkan
gunung. Dan juga salah mengatakan bahwa tandatanda ini hanya khas untuk pengikut-pengikut Kristus
yang dua belas itu kerana di dalam Injil ada
disebutkan dengan jelas bahwa mukjizat ini diberikan
kepada semua orang yang beriman. Kalau tandatanda ini hanya dikhususkan kepada pengikutpengikut Kristus saja, maka keimanan pun hanyalah
kepada pengikut-pengikut itu saja yang bererti tidak
ada Kristian tulen yang dilahirkan sesudah pengikutpengikut itu.
Kau gadis malang! ujar Peter. Itulah sebabnya telah
kukatakan bahwa kamu tidak dapat memahami
misteri dan inti erti Injil. Gadis bodoh! Mukjizat itu
ada kaitannya dengan masalah-masalah rohani iaitu
dengan sebutan penyakit ertinya penyakit rohani,
racun bererti kufur yang dimaksudkan kepada orangorang Kristian walaupun mereka diserang oleh orangorang kafir, mereka tidak akan berganjak dari
keimanannya
dan
begitulah
seterusnya.
Fikir dulu masak-masak sebelum bapa menjawab,
kata Isabella, bapa kata saya bodoh tetapi topik itu
mungkin tidak padan dengan bapa. Dengar kata
Jesus Kristus seperti tertulis dalam Injil Jonah 14:12
ini. Barangsiapa beriman dengan aku akan melakukan

kerja yang aku lakukan. Jadi, Kalau mukjizat itu


ditafsirkan sebagai masalah rohaniah semata-mata
maka
kesimpulannya
ialah
Kristus
tidak
menghidupkan yang mati, juga tidak mencelekkan
mata yang buta, juga tidak menyembuhkan yang
sakit tetapi dia cuma menyembuhkan rohaniah yang
mati, roh jahat dan mebina di dalamnya cahaya
keimanan. Tetapi bapa-bapa tidak mahu mengaku
interpretasi tentang Kristus serupa ini, jadi mengapa
pula bapa-bapa reka tugas baru untuk orang lain?
Kristus berkata kerja yang aku lakukan, jadi apa
yang dilakukan olehnya dalam bentuk bagaimanapun
juga,
penganut-penganut
Kristian
mesti
ikut
melakukannya dan dalam bentuk yang sama pula,
kalau
tidak
mereka
itu
tidak
beriman.
Memang susah mahu membuat gadis yang ingkar ini
mengerti. kata Peter. Ubatnya bukan lagi dengan
desakan tetapi seksaan yang sama yang dilakukan
oleh
inquisisi*.
Kemudian Peter berkata kepada Michael Anda usir
dia dari rumah ini dan beritahu bapanya yang suci
bahwa dia sudah tidak dapat diubati lagi. Cara lain
mesti
dilakukan.
Dengan mengucapkan kata-kata itu, Michael dan
Peter bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam bilik
sebelah untuk berbincang.
Setelah bapanya dan Peter masuk ke bilik sebelah,
Mirano
pun
segera
menemui
Isabella
dan
menasihatinya supaya meninggalkan rumah itu
seberapa cepat yang boleh, kalau tidak dia pasti akan
mendapat kesusahan besar. Sebelum Isabella keluar
mereka lebih dulu berjanji akan berjumpa di Taman
Cordova pada petang itu untuk memikirkan tindakan
selanjutnya yang akan mereka lakukan. Setelah
berteguh-teguhan janji, Isabella pun segera keluar

dari rumah Michael, lalu terus pulang ke rumahnya.


Dalam masa dia menghayun langka, fikirannya
melayang ke rumahnya. Apa gerangan yang akan
menunggunya di sana? Bagaimanapun ketika dia
sampai, ibunya menyambut dengan muka manis dan
memaksanya makan sedikit. Setelah makan, Isabella
meminta izin kepada ibunya untuk masuk ke dalam
bilik. Fikirannya agak runsing sedikit, sehingga dia
tidak dapat berfikir apa yang patut dilakukan pada
waktu itu. Jadi, sementara menunggu hari petang, dia
berlengah-lengah di tempat tidurnya. Dia melihat
perpustakaannya yang penuh dengan berbagai-bagai
buku dan barang-barang miliknya dengan perasaan
sayu. Dia kemudian melayangkan pemandangan ke
setiap sudut bilik itu. Fikiran berkelana jauh. Apakah
dia akan ditakdirkan tinggal di situ lagi atau ada
orang lain yang akan menempati dan menggunakan
semua buku dan barang-barangnya? Kemudian
bawahsedarnya
berkata:
Biarlah
sesiapa
pun
membaca bukunya dan menggunakan barang-barang
miliknya, tinggal di bilik itu, dia akan pergi mencari
kebenaran yang kini sudah dapat dicapai puncanya.
Allah akan membimbingnya. Rasa syukur tidak terkira
banyaknya kepada Dia yang telah menganugerahkan
kepadanya nikmat kebenaran yang begitu besar dan
tidak ada yang lebih besar daripada itu. Beribu-ribu
buah rumah serupa itu boleh dikorbankan demi untuk
memperoleh rahmat Islam. Sambil berkata-kata,
Isabella lalu duduk bertelut di lantai. Kemudian, dia
melakukan sujud syukur kepada Allah Yang Maha
Berkuasa.Petang pun menjelang tiba setelah ditunggu
dengan penuh harapan oleh Isabella. Memang
nasibnya baik, pada masa itu ibunya sedang sibuk
membuat sesuatu urusan di dalam biliknya. Isabella
pun keluar perlahan-lahan menuju ke rumah gurunya,

Michael. Dia mendapati Mirano sudah siap menunggu.


Mereka lalu berjalan bersama-sama menuju Taman
Cordova. Di dalam perjalanan, Mirano dalam diamdiam
memperhatikan
perubahan
pada
diri
sahabatnya. Wajahnya murung tidak seperti biasa.
Isabella, ujar Mirano, aku lihat anda di dalam
kesusahan besar. Kenapa? Karena anda mau berpisah
dengan
keluarga?
Aku di dalam keadaan yang sulit setelah pulang dari
rumah anda tadi. jawab Isabella. Waktu aku hendak
keluar kalau tidak karena ibuku sibuk di biliknya, aku
tentu tidak dapat memenuhi janji kita ini. Tuhan saja
yang mengetahui apa yang akan dilakukan olehnya.
Tetapi sekarang dengan rahmat Allah, aku tidak
khuatir lagi. Aku sudah bersedia menghadapi apa jua
percubaan
demi
kebenaran.
Isabella, kata Mirano, aku sangat kagum dengan
anda. Anda telah memberikan pukulan yang hebat
waktu menjawab hujah-hujah bapaku dan Peter.
Mereka semua tercengang-cengang, tidak dapat
menjawab. Hairannya, hujah-hujah anda semuanya
berdasarkan Kitab Injil.Mereka sudah sampai di
taman dan di sana sahabat mereka, Catherine dan
Martha,
sedang
menunggu.
Dari jauh kami melihat anda berdua sangat asyik
bercakap. tegur Martha. Bolehkah kami ikut tahu
sama?
Kami bercakap tentang perbahasan Isabella dengan
bapaku dan Peter pagi tadi. jawab Mirano.
Bapamu dan paderi tua itu seperti tidak dapat
berhujah dengan Isabella. kata Martha. Rahib yang
seorang lagi itu siapa agaknya? Dia diam saja.
Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. kata
Isabella.
Pada waktu itu barulah mula terfikir olehnya tujuan

rahib itu ikut serta mendengar perbahasan. Air


mukanya
pun
berubah.
Kenapa muka kau pucat tiba-tiba? tanya Mirano.
Oh, tidak ada apa-apa. jawab Isabella cuba
menyembunyikan kebimbangannya. Apa yang kau
mau
katakan
tadi,
Martha?
Aku hairan, ujar Martha yang tidak sedar akan
perubahan pada wajah Isabella. walaupun mereka
itu telah terpukul begitu hebat, mereka masih tetap
tidak
mahu
mengaku.
Mereka mungkin tidak mengaku dengan lidah tetapi
aku percaya hati kecil mereka membenarkannya.
jawab
Mirano. Sesudah kalian meninggalkan
rumahku tadi, aku mendengar bapaku berkata
kepada Peter bahwa memang benar tidak ada bukti
tentang ketuhanan Kristus di dalam Injil. Tetapi biar
bagaimanapun kita terpaksa patuh kepada keputusan
gereja, kata bapaku. Aku nampak Peter terpengaruh
dengan ketegasan hujah-hujah anda karena dia
berkata semua hujah-hujah anda itu cukup kuat.
Dalam perbahasan pagi tadi, Islam terbukti agama
yang benar, sementara agama Kristian tidak ada apaapa kecuali kesesatan saja. kata Martha seperti
mengeluh.Setelah mereka duduk di suatu tempat
yang agak terpencil dari orangramai, Mirano lalu
bertanya
kepada
Isabella.
Apakah anda sudah membuat keputusan mahu
meninggalkan bapa, mama, adik-adik dan abangabang dan kaum keluarga serta kehidupan selesa
serba mewah? Dan apakah tindakan anda kalau bapa
anda berkeras mau menyerahkan anda kepada
inquisisi?
Mendengar pertanyaan Mirano itu, Martha dan
Catherine
memandang
muka
Isabella
sambil
menunggu jawaban dengan hati yang berdebar-debar

walaupun jawabannya itu telah mereka duga dari


awal. Isabella memegang bahu Mirano sambil
memandang
muka
Martha
dan
Catherine.
Dia berkata dengan suara yang tetap dan perlahan,
Aku kini telah membebaskan diriku daripada semua
fikiran
yang
bukan-bukan.
Allah
telah
menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia
juga akan membimbing aku menjalani hari depanku
serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku
menemui ketenangan yang luarbiasa daripada ayatayat Al-Quran yang maksudnya begini: Barangsiapa
yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan
kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan
kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak
disangka-sangkanya.
Ketiga-tiga sahabatnya diam terpegun mendengar
kata-katanya. Sejurus lamanya, apabila tidak ada
yang berkata-kata, Mirano memecah kesepian dengan
bertanya, Anda berjanji akan membawa kami
menemui Ziad bin Umar dan kawan-kawannya. Bila?
Isabella seperti tersentak. Kalau kita mahu pergi ke
sana, kita mesti pergi lebih awal sedikit. Jadi, lebih
banyak ilmu yang kita dapat dan tidak akan terlalu
lewat
pulang
ke
rumah.
Anda mahu memberitahu kepada Ziad tentang
perbahasan
anda
pagi
tadi?
tanya
Mirano.
Ya. Kenapa pula tidak? balas Isabella. Nah, mari
kita bertolak sekarang dan sampai di sana waktu
solat isyak. Kita duduk kira-kira satu jam sebelum
kita pulang.
Isabella dan sahabat-sahabatnya keluar dari Taman
Cordova. Mereka mengambil jalan yang menuju ke
masjid besar Cordova. Dalam perjalanan, Isabella
memberitahu sahabat-sahabatnya bahwa walaupun

pada batinnya dia sudah menjadi Islam tetapi dia


belum lagi secar rasmi menganutinya. Dia akan
memeluk agama itu melalui Ziad bin Umar. Dengan
demikian, Allah akan lebih menguatkan lagi imannya,
memberi dia keberanian dan seluruh jiwaraganya
akan diserahkan kepada Allah. Semua sahabatsahabatnya sangat gembira dan mengucapkan
tahniah di atas niatnya yang baik. Mereka lebih dulu
singgah di rumah Umar Lahmi yang bersambung
dengan tempat kediaman Ziad bin Umar. Kedatangan
mereka telah diberitahu kepada Ziad oleh Umar
Lahmi.
Selesai solat isyak, maka berhimpunlah cerdikpandai,
alim ulama, para pengikut , ahli Hadis, penyair,
penulis, ahli akademik dan para cendekiawan. Setelah
bertukar-tukar
khabar,
Umar
Lahmi
meminta
kebenaran Ziad untuk menjemput anak-anak gadis
yang sedang menunggu di rumahnya. Ziad dengan
segera memberi persetujuan. Anak-anak gadis itu pun
dibawa ke hadapannya. Mereka masuk dengan penuh
hormat dan tertib. Masing-masing mengambil tempat
duduk di atas hamparan agak jauh sedikit di hadapan
Ziad bin Umar. Setelah bertanyakan khabar tentang
keadaan mereka, Isabella pun menceritakan kisah
perbincangan dengan bapanya, ketua paderi dan lainlain paderi serta kisah perbahasan dengan gurunya,
Michael dan Peter tentang masalah lain dan hujahhujah yang dikeluarkan olehnya. Para hadirin
menyambut keterangannya itu dengan perasaan
gembira dan mereka mengucapkan tahniah di atas
keberanian Isabella. Mereka turut mengagumi
ilmunya
yang
luas.
Tuan yang dihormati, kata Isabella kepada Ziad
sesudah itu, perkara ini sudah pun berlaku dan
akibatnya akan kita lihat kemudian tetapi sekarang

saya mohon tuan Islamkan saya secara rasmi supaya


saya dapat ikut dalam persaudaraan Islam sedunia,
yang mengimankan Allah yang Esa.
Mendengar permohonan Isabella itu, Ziad pun
memanggil Isabella supaya dekat dengannya. Disuruh
Isabella membaca kalimah syahadat yang memang
sudah lancar dihafal oleh Isabella. Seluruh hadirin
menadah tangan sambil berdoa dengan penuh
keikhlasan agar Isabella diteguhkan iman dan
menjadi hamba yang berbakti.
Anakku, ujar Ziad setelah selesai doa diaminkan,
kini kamu telah rasmi menjadi umat Muhammad,
penganut Islam. Maka sebagai wanita Islam, tutuplah
kepalamu. Menurut ajaran Islam, wanita-wanitanya
mesti selalu melindungi wajah dan mengerjakan solat
lima kali sehari yang diwajibkan ke atasmu. Kamu
tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam
keadaan yang bagaimana juga kerana ia adalah pintu
kebahagian.
Kemudian Ziad memandang kepada sahabat-sahabat
Isabella.
Jadi,
inilah
kawan-kawanmu?
Ya, tuan. jawab Isabella berpaling memandang
sahabat-sahabatnya yang sedang duduk dan takjub
dengan perhimpunan yang dirasakan amat berlainan
dengan
perhimpunan
alim
ulama
agamanya.
Itu Mirano, anak guru saya, Michael. Yang satu lagi
Martha dan Catherine. Hanana tidak datang.
Apakah mereka masih ragu terhadap Islam? tanya
Ziad.
Mereka tidak sedikit pun meragui akan kebenaran
Islam
dan
seperti
saya,
mereka
telah
mempercayainya. Bila dikehendaki Allah, mereka
dengan rasmi akan menyatakan keislaman masingmasing. Mirano barangkali ada yang mahu ditanyakan

dan
semuga
saudara
Umar
Lahmi
dapat
menolongnya. Dia akan datang ke mari selalu untuk
belajar.
Nampaknya sikap bapa saudara akan semakin keras
terhadap saudara. Tidak menghairankan kalau satu
masa nanti saudara diserahkan kepada inquisisi. kata
Umar Lahmi. Michael dan Peter tentu telah
melaporkan kepada bapa saudara. Bapa saudara
tentu sudah bersikap antagonis sekarang ini. Apa
yang telah saudara fikirkan tentang hal ini?
Saya fikir pun begitu. Waktu perbahasan pagi tadi,
ada seorang rahib tua yang ikut serta. Saya fikir dia
dari panel inquisisi. Allah lebih mengetahui apa yang
akan terjadi. Saya telah menyerahkan masalah saya
kepada Allah. Namun kalau bapa saya terlalu
menekan, ada kemungkinan saya pindah ke rumah
tuan.
jawab
Isabella.
Saudara boleh pindah ke mari bila-bila masa saja.
jawab Umar Lahmi. Bagaimanapun saudara terpaksa
melakukannya pada suatu hari nanti kerana orangorang Kristian itu agak kolot sikapnya, mereka akan
menekan saudara dan tidak akan membiarkan bebas
begitu saja apabila mereka mengetahui saudara telah
memeluk
Islam.
Isabella berkata kepada Ziad bin Umar, Tuan yang
mulia. Doakan saya agar Allah memberikan
ketabahan dan kesabaran. Sekarang saya minta izin
pulang
dulu.
Ziad bin Umar dan semua hadirin mengucapkan
selamat jalan kepada Isabella dan sahabatsahabatnya sambil memanjatkan doa agar mereka
sentiasa di dalam perlindungan Allah.
Setelah meninggalkan rumah itu, Isabella dan
sahabat-sahabatnya pulang ke rumah masing-masing

sambil berteguh-teguh janji akan bertemu lagi.


Apabila sampai di rumah, ibunya menunggu seperti
biasa dan tidak banyak bertanya. Mereka lalu makan
bersama-sama. Setelah selesai, Isabella meminta izin
masuk
ke
biliknya.
Isabella tidur di dalam biliknya yang terletak di salah
satu sudut rumah. Lama sebelum fajar menyingsing,
dia telah terbangun. Dia tidak keluar dari bilik. Waktu
sedang berbaring-baring, kedengaran suara azan
sayup-sayup dari menara masjid besar Cordova.
Mendengar
laungan
Allahu
Akhbar!
Allahu
Akhbar! membuat
hatinya
menjadi
terharu.
Kebesaran dan kehebatan Allah, kekuasaanNya
menyelinap masuk ke dalam hati, menimbulkan rasa
takut sehingga tanpa disedari airmatanya meleleh
jatuh. Dia lalu turun berlutut di lantai dan
mencecahkan dahi ke lantai, bersujud kepada Maha
Pencipta
bumi
dan
langit.
Oh Allah. Berikanlah kepadaku kasihMu dan juga
kepada orang-orang yang mendapat rahmatMu. Oh
Allah. Limpahkanlah cahaya Islam dan tauhid ke
dalam hatiku dan jadikanlah ketaatanku kepada
RasulMu sebagai jalan hidupku. Oh Allah. Aku
bersyukur kepadamu kerena telah menjadikan aku
salah seorang pengikut Rahmat Dunia. Oh Allah.
Cucurilah hidayat kepada ibubapaku, keluargaku dan
semua orang-orang Kristian dan mereka yang sesat
dari rahmat Islam. Berilah kami semua hidup dan
mati dalam agama Islam. Oh Allah. Makbulkanlah doa
hambamu yang tertekan ini kerana Engkau Maha
Mengetahui dan Maha Melihat.
Setelah mengucapkan doa itu, Isabella merasa
dadanya menjadi ringan seolah-olah suatu beban
yang berat sudah terangkat dan hatinya menjadi
terhibur. Dia menemukan suatu perasaan yang penuh

dengan kesabaran, kegigihan dan rasa gembira yang


amat sangat. Dia terlalu gembira kerana telah dapat
memiliki kekayaan Islam dan dengan itu dia tidak lagi
merasa takut kerana tauhid telah mengikis semua
rasa takut yang ada dalam dirinya kecuali takutkan
Allah saja.
Ibu Isabella tidak begitu peramah pada pagi itu. Dia
tidak bersarapan bersama-sama anaknya seperti
biasa. Isabella sudah menduga bahwa perbahasan
antaranya dengan Peter dan Michael telah pun sampai
ke pengetahuan bapanya. Mereka tentu telah
menyakinkan bapanya bahwa dia sudah murtad dan
semua pintu untuk membujuknya kembali dalam
pelukan agama Kristian telah tertutup rapat. Dalam
keadaan gelisah, Isabella menunggu kepulangan
bapanya dari gereja; menunggu hukuman yang akan
dikenakan ke atasnya.
BAB 10

Satu Komplotan

Setelah keluar sebentar untuk sarapan, Isabella


kembali semula ke biliknya. Ibunya tidak kelihatan
dan menurut pembantu rumah, ibunya telah
bersarapan awal dari biasa. Isabella tidak mengesyaki
apa-apa
cuma
terasa
sudah
ada
bibit-bibit
kerenggangan sudah mula ada. Bagaimanapun
tekadnya sudah bulat. Dia sanggup menghadapi apa
saja demi untuk mempertahankan keislamannya. Dia
tidak akan melepaskan lagi jalan kebenaran yang
telah diperolehinya itu. Dalam masa dia berfikir, pintu
biliknya diketuk orang. Ketika dibuka, pembantu
rumah memberi sepucuk surat yang bersampul.
Ini dari pembantu rumah Nona Mirano, katanya,
dia
sedang
menunggu
di
luar.
Isabella segera membuka surat. Dia merasa hairan

melihat tulisan surat itu bukan tulisan Mirano. Tentu


ada sesuatu perkara yang telah terjadi ke atas
dirinya, fikir Isabella.
Saudara
Isabella.
Aku mesti berjumpa dengan anda segera kerana ada
perkara penting yang hendak kusampaikan. Harap
anda datang pada waktu ini juga. Jangan lengahlengahkan lagi, terlalu penting. Aku sedang
menunggu di sebuah rumah lain. Datanglah bersamasama
dengan
pembantu
rumahku
ini.
Saudaramu, Mirano
Tanpa mengesyaki sesuatu, Isabella mengikuti
pembantu itu. Mereka berjalan melewati Qasrul
Syuhada lalu berjalan lurus menuju ke Rabat Ramani.
Isabella merasa hairan kerana selama dia berkawan
dengan Mirano, mereka belum pernah sampai ke
tempat itu. Mirano pun tidak pernah menceritakan
kepadanya tentang sesiapa di antara keluarga atau
kenalannya yang tinggal di daerah tersebut. Tentu
Mirano dalam kesusahan, fikirnya lagi. Tidak jauh dari
Rabat Ramani, mereka membelok ke sebuah lorong
dan pembantu rumah itu membawa dia masuk ke
dalam sebuah rumah yang cukup besar. Sebaik saja
Isabella masuk, pintu halaman ditutup. Begitu juga
dengan pintu depan. Isabella dibawa ke sebuah bilik.
Apabila pintu bilik ditutup, barulah Isabella sedar
bahwa dia telah ditipu dan dijadikan tawanan.
Kesedaran itu telah terlambat. Tiga orang rahib
masuk ke dalam bilik menerusi pintu lain. Mereka
menolak Isabella dengan menggesanya menuruni
anak tangga yg membawa mereka ke bawah tanah.
Isabella berpaling untuk berkata sesuatu kepada
pembantu rumah Mirano tetapi pembantu itu sudah
tiada lagi. Hilang sekelip mata.

Perasaan Isabella menjadi gempar dan sedarlah dia


sekarang bahwa dirinya telah berada di dalam
cengkaman inquisisi. Kakinya agak berat mahu
melangkah turun. Ketika itu juga, salah seorang rahib
menumbuk belakangnya dengan kuat. Sebagai
seorang gadis yang perwatakannya lemah-lembut,
terasa pukulan itu seperti satu batu besar yang jatuh
menimpa belakangnya. Dia hampir jatuh tersungkur
ke depan.
Perempuan terkutuk! sumpah rahib yang memukul
tadi. Jalan cepat! Tengok itu api Tuhan Jesus Kristus
sudah
tidak
sabar
lagi
menunggu
untuk
membakarmu, perempuan sial! Kau telah menghina
agama Kristian dan menyeret kehormatan bapamu,
ketua
paderi,
masuk
ke
dalam
lumpur.
Isabella yang malang tidak menjawab. Tubuhnya
menggigil dan belakangnya terasa terlalu sakit. Dia
melangkah turun ke dalam ruang di bawah tanah itu,
yang kelihatan kelam dan suram. Dari samar-samar
kelam, dia terpandang kerangka manusia berselerak
di semua sudut. Ada tengkorak bergantungan di
dinding. Salah seorang rahib menyalakan sebuah
andang.
Setelah
itu,
dia
merapati
Isabella.
Nah, di sinilah tempat tinggalmu supaya kamu tahu
akibat permusuhan dengan Tuhan Jesus Kristus,
perempuan
malang!
Dia lalu menunjukkan kepada Isabella kerangka
manusia.
Inilah wakil kami yang akan mendera dan menyiksa
kamu
di
sini.
Isabella masih berdiam diri dan merasakan dirinya
seperti sedang di dalam satu mimpi ngeri. Rahib-rahib
lalu meninggalkan ruang lalu memasang kunci pada
pintunya. Mereka beredar ke bilik lain untuk
beribadat. Sejurus kemudian, barulah Isabella sedar

bahwa dia dipenjarakan sebagai satu seksaan kerana


sudah tidak beriman.
Isabella tidak tahu apakah hari masih siang ataupun
sudah malam kerana dia merasa sudah begitu lama
sekali dikurung di ruang bawah tanah itu. Kemudia
dia dibawa keluar untuk diberikan semangkuk kacang
tanah yang sudah digoreng dan dikisar lumat dengan
segelas air minum. Rahib-rahib masih menghina dan
mencacinya. Setelah itu, Isabella dibawa ke sebuah
bilik lain. Di dalamnya, Isabella melihat ada beberapa
orang rahib sedang dalam keadaan yang amat
khusyuk. Tujuan mereka membawa Isabella ke situ
agar dapat menyedarkan Isabella tentang keluhuran
agama Kristian apabila dia melihat kekhusyukan para
rahib.
Isabella memerhatikan dengan penuh minat. Seorang
rahib terbaring tidur. Kaki dan tangannya diikat
dengan
rantai.
Seorang
lagi
memukul-mukul
tubuhnya dengan cemeti. Agak ngeri juga dia
melihatnya. Terlintas di dalam fikiran mungkin orang
itu dianggap ada membuat kesalahan seperti yang
dilakukannya tetapi kemudian dia mendapat tahu
bahwa semua penyeksaan diri yang dilakukan oleh
rahib-rahib ialah suatu cara untuk menundukkan diri
sendiri dan penyeksaan diri serupa itu dilakukan atas
kemauan rahib itu sendiri. Di dalam sebuah bilik
besar yang lain, terdapat patung Mariam Perawan. Di
sekelilingnya duduk rahib lelaki dan perempuan,
tenggelam di dalam tafakkur. Ada rahib yang tidur
menelungkup di atas lantai dan ada yang menangis
teresak-esak di sudut-sudut di sekitar dinding bilik.
Sebagai usaha untuk menaklukkan diri mereka,
mereka berpuasa selama 20 atau 21 hari. Isabella

telah mengetahui keadaan itu tetapi inilah pertama


kali dia melihat sendiri.
Seorang rahib tua berkata kepada Isabella, Wahai
gadis jahanam! Jikalau kau mahu mendapat
keselamatan, amalkan cara hidup sederhana serupa
itu dan kamu akan disenangi oleh Tuhan Jesus
Kristus.
Isabella tertawa mendengarnya. Kenapa Tuhan
menyuruh hidup serupa itu? Tujuan agama ialah
memberikan tugas kepada manusia untuk membuat
kebajikan kepada sesama manusia bukan disuruh
menggantung diri sendiri di sudut bilik seperti
kelawar. Lagi pula menurut anda, Jesus sudah
menebus dosa semua orang-orang Kristian maka
perbuatan menyeksa diri serupa itu sudah tidak ada
gunanya
lagi.
Mendengar kata-kata Isabella, mata rahib itu menjadi
merah kerana terlalu marah. Dia menumbuk dada
Isabella
dengan
sekuat-kuatnya
.
Dia memekik, Perempuan isi neraka! Kau sudah
tidak boleh dipujuk lagi. Pergi duduk di tempatmu. Di
sana nanti akan kami ajar!
Kembali Isabella ke ruang bawah tanah yang dipeuhi
dengan tulang-tulang dan tengkorak manusia. Pada
mulanya, perasaan Isabella terganggu sedikit dengan
keadaan sekitar yang mengerikan. Lama kelamaan
dia sedar akan kedudukannya dan mulai dapat
menenangkan diri. Dia pasrah dengan apa yang akan
dihadapinya
di
hari
depan.
Dikuasainya diri sendiri dan berdoa kepada Allah.
Dalam keadaan yang sunyi sepi begitu, sedikit bunyi
saja dapat kedengaran dan Isabella akan memasang
telinga. Ruang yang gelap gelita mulai mendapat

sedikit cahaya apabila bilah-bilah sinar matahari


menembusi masuk dari lubang-lubang kecil yang ada
di dinding bilik. Isabella sedar malam sudah berlalu.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka orang dan
seorang rahib membawanya naik ke sebuah bilik yang
lebih besar. Dalam bilik itu terdapat patung dua belas
orang Pengikut Kristus dan lain-lain patung para
martir. Dua orang paderi duduk menghadap ke
sebuah meja. Isabella disuruh duduk berdepan
dengan paderi-paderi itu. Isabella tahu mereka
adalah paderi-paderi termahsyhur di Sepanyol. Dia
pernah melihat mereka di rumah bapanya.
Mula-mula, paderi-paderi itu menyumpah-seranah
Isabella dengan berbagai-bagai kutukan yang
diucapkan dalam keadaan marah. Kemudian mereka
menuduhnya
murtad,
memberi
malu
kepada
bapanya,
seorang
paderi
yang
dihormati,
mencemarkan agama Kristian dan sebagainya.
Setelah itu, baru mereka berlembut dan berdakwah.
Sudahkah
kau
masuk
Islam?
Syukur kepada Allah yang telah memberikan kepada
saya
nikmat
Islam.
jawab
Isabella.
Sudah! ujar salah seorang paderi. Hentikan pujipujian kepada Islam. Beritahu kami apakah kau mahu
mati dengan kematian yang memalukan ataupun kau
mahu
kembali
menjadi
hamba
Tuhan
yang
dirahmati?
Setelah menjadi Islam tiap-tiap orang sudah menjadi
hamba Tuhan yang dirahmati dan tidak ada orang
yang lebih beruntung daripada mereka yang diberi
peluang untuk menerima Islam kerana hanya inilah
saja
agama
yang
diredhai
Allah.
Jangan memuji-muji agama terkutuk seperti Islam di
hadapan kami. Kami cuma mahu mendengar dua
perkataan saja, apakah kau mahu mati atau mahu

hidup di dalam agama Kristian? Jawab segera kerana


nasibmu akan diputuskan pada hari ini juga.
Betapa penderitaan dan seksaan yang telah dialami
oleh martir-martir Kristian pada zaman permulaan
dulu, tetapi mereka tidak membuang agamanya.
jawab
Isabella.
Mereka telah dibakar hidup-hidup, dicampak ke
dalam kandang harimau dan singa dan dipotong dua
tetapi
mereka
tetap
berpegang
teguh
pada
kepercayaannya.
Andaikata
kerana
keimanan
seseorang itu mesti menghadapi kematian maka itu
bermakna dia telah mendapat kerelaan Tuhan dan
mendapat kepuasan batinnya sendiri. Saya sekarang
sudah berada di jalan yang benar, tidak ada satupun
di dunia bahkan kematian juga, dapat memesongkan
pendirian saya. Kitab Suci Al-Quran telah mengajar
saya bahwa sembahyang saya, pengorbanan saya,
hidup dan mati saya semata-mata untuk Allah yang
tiada sekutu bagiNya. Saya sudah bertekad untuk
tetap mempertahankannya dan saya ternasuk orangorang
yang
bertaqwa.
Jadi bererti kau tidak mahu meninggalkan Islam dan
kembali ke dalam kasih Tuhan Jesus Kristus. kata
salah
seorang
paderi
itu.
:Nasibmu
akan
diputuskan
hari
ini!
Apa saja keputusan yang tuan buat, buatlah tanpa
takut dan menurut kata hati tuan yang sebenarnya.
kata Isabella. Paling banyak pun, tuan hanya boleh
mengambil nyawa saya saja tetapi tuan tidak tahu
bahwa saya sebagai hamba Allah, Allah hidup abadi.
Bila kematian sudah berada di hadapanmu, jawab
salah seorang paderi, barulah kau akan lupa semua
ayat-ayat Quran dan Allah serta lain-lainnya. Kami
baru boleh mengerti kalau Quran atau Muhammad
boleh menyelamatkan kau dari kematian.

Isabella
tersenyum
kecil.
Masalah serupa itulah yang telah dikemukakan oleh
orang-orang Yahudi kepada Jesus Kristus dulu iaitu
kalau dia di jalan yang benar maka dia mesti turun
dari salib itu dan menyelamatkan nyawanya. Kini,
adakah Kristus di pihak yang salah menurut tuan
kerana dia tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari
kematian ataupun tuan semua telah mengikut jejak
langkah
orang-orang
Yahudi
itu.
Syaitan! Isi neraka! Otak iblis! Tak berguna! Sial!
Paderi itu melenting lalu bangun dan membeliakkan
matanya kepada Isabella. Kau panggil aku Yahudi!
Kau
diam!
Tunggulah
kematianmu!
Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan
biarkan saya sendirian. Tuan boleh buat apa yang
tuan
suka.
kata
Isabella.
Paderi yang sedang marah memanggil rahib-rahib
yang
sedang
berdiri
mengawal
Isabella.
Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu.
Jangan diberi dia makan atau minum. Bapanya telah
mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi
dan
nasibnya
akan
ditentukan
esok.
Mendengar perintah itu, rahib-rahib pun menangkap
Isabella dan menolaknya secara kasar. Sambil
menyorong-nyorongnya
ke
hadapan,
mereka
memukul dan membawanya keluar dari bilik itu.
Ketika di luar bilik, mereka lebih berleluasa memukul
Isabella hingga dia jatuh tersepuk di atas lantai. Dia
ditarik bangun dan didorong sehingga sampai ke
ruang bawah tanah. Kemudian, Isabella ditolak
masuk hingga jatuh ke lantai lalu pintu ruang itu pun
dikunci.
Sudah tiga hari Isabella di dalam kurungan dan tidak
sekali pun dibawa keluar lagi. Isabella tetap cekalkan
hati dan memberanikan diri. Walaupun pada waktu

malam, ketika suasana menjadi hening sepi,


tengkorak dan tulang-tulang kerangka manusia
menjadikan suasana menakutkan, ketenangan hati
yang diperolehnya membuat dia tidak merasa takut.
Sayup-sayup sampai ke telinganya, suara ngauman
para rahib sedang melakukan ibadat dan adakala
kedengaran ucapan, esakan dan raungan rahib-rahib
perempuan yang sedang menyeksakan diri mereka.
..
Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano
daripada pembantu rumah yang telah digunakan oleh
komplotan paderi-paderi untuk menculik Isabella.
Mirano segera menghubungi Martha, Hanana dan
Catherine. Dari penyelidikan mereka, ternyata
Isabella telah dikurung dan diseksa di bawah kolong
sebuah rumah yang dijadikan sebagai sebuah
biara yang letaknya tidak jauh dari Rabat Ramani.
Keempat orang gadis itu pun membuat keputusan
untuk memberitahu hal itu kepada Umar Lahmi dan
Ziad bin Umar.
Pada suatu malam, secara sembunyi-sembunyi,
mereka telah ikut hadir dalam satu perhimpunan di
rumah Ziad bin Umar. Semua yang hadir terperanjat
mendengar berita sedih itu, lebih-lebih lagi Umar
Lahmi. Dia tidak memperlihatkan kegemparan hatinya
kerana Ziad bin Umar sendiri menerima berita itu
dengan
tenang
dan
sabar.
Demi Allah, kata satu suara di antara para hadirin,
jikalau kita terus bersikap toleran serupa ini, orangorang Kristian itu akan menjadi penghalang besar
kepada dakwah Islam. Isabella yang sudah menjadi
saudara kita kini dalam tawanan mereka. Menjadi
tanggungjawab tiap-tiap kita untuk membebaskannya

walau
betapapun
juga
korbannya.
Seorang hadirin berdiri dan bersuara dengan lantang
sekali.
Dengan izin tuan, saya akan pergi membebaskannya
sekarang juga. Malang sekali, saudara kita sedang
menghadapi seksaan dan kita duduk berpeluk tubuh.
Memang
satu
kezaliman!
Umar Lahmi memandang Ziad bin Umar sebelum dia
berkata.
Saudara-saudara, kegemparan dan jerit-pekik tidak
dapat menolong kita. Perkara ini sekarang ada di
dalam tangan guru kita, Ziad bin Umar. Kita semua
akan
mengikut
apa
jua
arahannya.
Tuan Ziad, kata hadirin, kami menuruti apa saja
perintah
tuan.
Arahan saya kepada tuan-tuan semua, ujar Ziad bin
Umar, ialah jangan melakukan tindakan yang
terburu-buru yang akan mengakibatkan kematian
Isabella. Jika kita mahu, kita boleh mengirim
sepasukan tentera tetapi adalah lebih manfaat kalau
kita melakukan tindakan yang strategis. Andaikata
Isabella di dalam kesukaran maka insyaAllah itu akan
mempertebalkan imannya. Iman itu ialah nilai Islam
yang hanya dapat dicapai melalui percubaan.
Umar Lahmi lalu memandang kepada Mirano dan
sahabat-sahabatnya.
Nah, bagaimana pula pendapat saudara-saudara
sekalian? Sampai setakat mana saudara-saudara
boleh
menolong
Isabella?
Sekiranya kami dibenarkan menolong, kata Mirano,
kami dengan mudah dapat melepaskan saudara kami
itu
dari
kesukaran.
Terima
kasih
banyak.
ujar
Umar
Lahmi.
Saudara-saudara, kami beri kebenaran untuk
melakukan apa saja bagi membebaskan Isabella.

kata
Ziad
bin
Umar.
Setelah mendapat kebenaran dari Ziad bin Umar,
keempat-empat anak gadis itu pun meminta diri.
Dalam perjalanan pulang, mereka membuat satu
rancangan
dan
berteguh-teguhan
janji
akan
merahsiakan rancangan itu.
BAB 11

Isabella Dalam Kurungan

Pada suatu hari, iaitu hari keempat Isabella di dalam


tawanan para paderi, Mirano bersama-sama Martha,
Hanana dan Catherine telah pergi menemui ketua
paderi. Mereka memberitahu ketua paderi tentang
keakraban persahabatan mereka selama ini. Mereka
sangat menyesali dengan perbuatan Isabella yang
telah menukar agama nenekmoyangnya. Andaikata
mereka diberi kesempatan untuk membujuk Isabella,
mereka yakin Isabella dapat menerima kembali
agama Kristian. Walaupun ketua paderi, bapa
Isabella, telah berputus asa dan sudah menyerahkan
nasib anaknya itu kepada inquisisi sebagai satusatunya
jalan
untuk
memperkuat
kedudukan
jabatannya sebagai ketua paderi yang dihormati oleh
penganut-penganut agama Kristian, dia terpengaruh
juga dengan permohonan anak-anak gadis itu. Apatah
lagi kesempatan seperti itu adalah kesempatan
terakhir padanya untuk mendapat kembali anak yang
sangat dikasihinya. Mirano dan sahabat-sahabatnya
telah dapat menyakinkan ketua paderi bahwa mereka
pasti dapat menarik kembali Isabella dalam pelukan
agama Kristian dengan pujukan mereka karena
mereka sudah berkawan sejak kecil.
Bapa suci! Isabella adalah belahan hati kami semua.
Kami sanggup berbuat apa saja demi untuk
membawa dia kembali ke pangkuan kita. Izinkanlah

kami
pergi
ke
biara
untuk
bercakap
dan
menasehatinya.
Biarkan anak sial itu masuk neraka. kata ketua
paderi. Dia sudah berkepala batu. Tuhan Jesus
Kristus telah memutuskan hubungan dengannya. Aku
khuatir
kalian
pula
akan
disesatkannya.
Tapi tidak rugi kalau kami mencuba. Inilah usaha
terakhir kami untuk kebaikan Isabella. kata Mirano.
Kalau tidak berhasil juga, kami minta bapa suci
seksa dia biar dia rasa. Biarkan ia menjadi teladan
kepada
orang
lain.
Mendengar kata-kata Mirano yang menyakinkan itu,
ketua paderi pun memberi kebenaran kepada mereka
untuk menemui Isabella di biara tempat dia ditahan.
Dengan syarat kalian bercakap dengan Isabella di
depan dua orang rahib supaya kalian tidak
diselewengnya.
Jangan
dipengaruhi
oleh
kemurtadannya. Nah, kalian boleh pulang sekarang.
Esok petang, bolehlah kalian pergi ke sana. Aku akan
menulis surat kepada rahib yang mengawal di sana.
Setelah mendapat persetujuan ketua paderi, Mirano
dan sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dengan
perasaan yang amat gembira. Dalam perjalanan
pulang, mereka membuat keputusan akan keluar dari
rumah mereka besok petang dan terus minggat
bersama-sama Isabella ke pihak orang-orang Islam.
Mereka membuat persediaan dengan penuh berhatihati agar tidak memberi tanda-tanda yang boleh
menimbulkan kecurigaan kepada keluarga masingmasing. Sebelum bertolak ke biara, mereka telah
memberitahu usaha mereka kepada Umar Lahmi dan
Ziad bin Umar dan meminta disediakan keperluan
yang
dibutuhkan
dalam
menjayakan
usaha
pembebasan Isabella.

Seperti yang sudah dijanjikan, keempat-empat anak


gadis itu telah keluar dari rumahnya tanpa membawa
bekalan apa-apa. Bapa Mirano, Michael yang telah
diberitahu oleh ketua paderi tentang tujuan anaknya,
telah memberi nasehat-nasehat yang perlu kepada
anaknya agar dia berhati-hati dalam menghadapi
Isabella. Dia sangat gembira di atas usaha anaknya
kerana dia tahu benar hubungan Mirano dan Isabella
yang kuat kerana telah terjalin ketika mereka masih
kecil lagi. Dalam hatinya, melonjak rasa bangga
kerana anaknya masih kuat berpegang pada agama
Kristian dan tidak mudah terpengaruh seperti
Isabella, anak ketua paderi, walaupun anaknya itu
ikut mendengar perbahasan dengan orang-orang
Islam.
Mudah-mudahan kamu semua dalam perlindungan
Tuhan Jesus Kristus. katanya sambil melepaskan
anaknya pergi. Pujuklah dia. Mudah-mudahan dia
kembali kepada kita.
Mirano dan sahabat-sahabatnya telah bertemu di
suatu tempat. Tepat pada waktu yang dijanjikan
ketua paderi, mereka bertolak ke biara. Ketua paderi
telah pun menulis kepada pengawas biara supaya
membenarkan mereka dan memberikan segala
macam kemudahan dan bantuan agar anak-anak
gadis itu dapat mengubah pendirian Isabella dan
dapat melihat kembali cahaya kebenaran semula.
Apabila Mirano dan sahabat-sahabatnya tiba di biara,
mereka telah diberi sambutan oleh rahib lelaki dan
rahib perempuan dengan penuh hormat dan mesra.
Mereka berfikir bahwa untuk membimbing Isabella
kembali ke dalam agama Kristian, Jesus Kristus telah
mengirim ibunya, Mariam Perawan, dengan menjelma
ke dalam gadis-gadis ini dan pertolongan dari semua
wali-wali ada bersama-sama mereka. Apabila sampai

ke dalam rumah, mereka dibawa masuk ke bilik yang


ditempatkan patung Mariam Perawan. Mereka lalu
duduk menghadapinya dengan dikelilingi sekumpulan
rahib lelaki dan rahib perempuan.
Seorang rahib perempuan berkata kepda Mirano
Rahmat Tuhan Jesus Kristus kepada anda dan mugamuga Tuhan memberi kejayaan ke atas usaha anda.
Anda tahu, syaitan telah memesongkan Isabella yang
malang itu dari jalan yang benar. Betapa bagusnya
dan terpelajarnya gadis itu! Mudah-mudahan Tuhan
menghancurkan syaitan itu. Betapa alimnya orang
yang
telah
disesatkan!
Mudah-mudahan anda dilindungi oleh bayangbayang Mariam Perawan. Dengan pertolongan
penyelamat, anda tentu berjaya. ujar seorang rahib
perempuan
lain.
Wajah anda yang cantik menjamin kejayaan itu.
Andainya ada bantuan restu dari Tuhan Jesus Kristus
maka usaha yang sukar ini akan dapat dijalankan
dengan baik. Berita telah tersebar di seluruh Cordova
dan semua orang-orang Kristian merasa terpukul.
Demi Tuhan, sampuk pula rahib perempuan yang
ketiga, baru tadi malam aku melihat gadis-gadis
yang berwajah seperti anda di dalam mimpiku.
Mereka duduk di atas pangkuan Mariam Perawan dan
disebelahnya Tuhan Jesus Kristus sedang memberi
isyarat bahwa kehormatan gereja akan dipulihkan
melalui
keempat
orang
gadis
itu
Apabila rahib lelaki mendengarnya, mereka berteriak
Sudah pastilah orang-orang dalam mimpimu itu
adalah gadis-gadis ini!
Ketua rahib yang menjadi pengawas biara mencelah
Isabella sedang dikurung di dalam ruang bawah
tanah. Kaki dan tangannya dirantai. Gadis terkutuk

itu terlalu keras hati, lagi kuat seksaan dikenakan ke


atasnya lagi kuat dia mengagung-agungkan Islam.
Malah dalam keadaan serupa itu pula, dia cuba
berdakwah kepada kami. Jadi, bila anda bercadang
mahu
menjumpainya?
Cadangan kami ialah untuk berbicara dengannya
dalam keadaan tenang. jawab Mirano. Kami akan
menerangkan kepadanya tentang kebenaran agama
Kristian tetapi dengan syarat satu atau dua orang
rahib saja ikut serta. Kini matahari sudah hampir
terbenam, bolehlah tuan bawanya ke mari supaya
dapat kami membujuknya sembahyang dan beramal.
Mungkin
sesudah
itu
tidak
perlu
lagi
kita
membujuknya. Dengan berkat Mariam Perawan,
Mirano menunjuk ke arah patung Mariam Perawan,
hatinya akan terbuka untuk Tuhan yang disalib.
Ketua rahib menundukkan kepala tanda bersetuju.
Apa saja arahan anda kami akan mematuhi. Aku
akan
mengarahkan
semua
rahib
agar
tidak
mengganggu anda sembahyang dan melakukan
amalan dan menjauhkan diri mereka dari anda
semua.
Terima kasih. kata Mirano. Biarlah kami bertemu
Isabella dulu di ruang bawah tanah itu. Setelah kami
berbicara dengannya tentang hal-hal biasa seperti
persahabatan kami, barulah bawa dia ke mari.
Sambil menunjuk kepada patung Mariam Perawan,
Mirano menyambung Cuba tengok, ibu Tuhan kita
sudah siap menunggu untuk mengambil Isabella ke
dalam pelukannya. Kita berharap Isabella juga tidak
enggan
menerima
pelukan
yang
diberi.
Baiklah. kata ketua rahib. Dia pun mempelawa
Mirano dan sahabat-sahabatnya mengikutinya turun
ke ruang bawah tanah.

Apabila pintu bilik dibuka, mereka semua diselubungi


kegelapan.
Oh,
gelap!
seru
Hanana.
Nanti saya pasangkan andang. ujar ketua rahib.
Berjalanlah perlahan ke depan tetapi awas jangan
terlanggar
tulang-tulang
tengkorak
yang
berselerakan.
Ketua rahib lalu menyalakan andang. Mirano yang
belum biasa dengan keadaan di dalam bilik itu belum
lagi dapat melihat Isabella yang sedang duduk di satu
sudut yang tidak tercapai cahaya andang. Mereka
cuma dapat melihat tengkorak bergantungan dan
tulang-tulang manusia di sanasini. Martha lebih dulu
melihat kelibat Isabella. Rasa ngeri yang menyelinap
ke dalam diri terus hilang kerana kegembiraan.
Isabella!
serunya.
Semua sahabat-sahabatnya seperti dikejutkan oleh
seruan itu lalu memandang berkeliling. Mereka
terlupa sebentar pada tulang dan tengkorak manusia.
Isabella!
Isabella terperanjat mendengar suara sahabatsahabatnya.
Dia
lalu
memanggung
kepala.
Nampaklah keempat sahabatnya yang sedang berdiri
di
dalam
sinar
andang.
Assalamualaikum.
ujarnya.
Perempuan malang lagi terkutuk! sumpah ketua
rahib. Baru kelmarin kau dipukul kerana menyebut
kata-kata itu tetapi kau masih belum serik lagi dan
masih belum berubah.
Semua sahabat-sahabat Isabella menyambut salam
itu dengan ketawa berdekah-dekah dan pura-pura
tidak mendengar. Mereka mendekatinya. Hati mereka
hancur luluh kerana kesedihan melihat keadaan
Isabella. Mata mereka digenangi air. Kasihan, tangan
dan
kaki
Isabella
diikat
dengan
rantai.

Isabella, alangkah sedihnya keadaan anda di sini.


kata Mirano. Belumkah lagi anda sedar betapa
hukuman yang dikenakan ke atas anda kerana
menolak
kebenaran?
Anda memang benar, saudara. jawab Isabella
tersenyum. Kerana kebenaran orang sanggup ke
tiang
gantung.
Kami datang ke mari, kata Mirano bukan untuk
berbahas
tentang
kepercayaan
anda.
Mirano lalu ketawa dan diikuti sahabat-sahabatnya
sehingga kedua orang rahib yang ada juga ikut
ketawa
bersama-sama.
Isabella, berapa lama lagi anda mahu duduk dalam
cengkaman syaitan serupa ini? Cuba lihat betapa
orang-orang Kristian di seluruh Cordova terganggu
oleh
kemurtadan
anda.
Tidak ada jalan lain untuk berlindung dari syaitan
melainkan dengan menerima Islam. jawab Isabella.
Satu anggapan kosong bahwa dengan menjadi
Kristian seseorang dapat melepaskan diri dari
cengkaman syaitan. Anda telah baca Injil dan
seharusnya sudah tahu bahwa pengikut-pengikut suci
juga tidak dapat terlepas dari genggaman syaitan.
Malah Jesus Kristus memanggil setengah daripada
pengikutnya sebagai syaitan. Apabila pengikutpengikut ini, yang menurut kata anda, dilatih
langsung di bawah pengawasan Jesus Kristus tidak
dapat melepaskan diri daripada cengkaman syaitan
maka bagaimana orang-orang Kristian hari ini mahu
menyelamatkan diri mereka dari syaitan? Tetapi AlQuran mengatakan bahwa syaitan tidak boleh
menyentuh hamba-hamba Allah yang taqwa.
Nah, anda sudah memulai lagi perbincangan yang
menyebabkan anda dikalahkan oleh paderi-paderi
kita. kata Mirano sambik ketawa. Dan dengan

rahmat Tuhan kita telah keluar dengan kejayaan.


Jadi, lebih baik anda berhentikan perbahasan ini dan
tengok kepada seksaan yang anda terima. Oh,
Isabella! Ini hukuman Tuhan ke atas anda, sebagai
anak ketua paderi Cordova, anda tidur di atas tilam
duri dan kaki serta tangan anda dirantai, demi Tuhan.
Kasihanilah
diri
anda.
Jikalau kebenaran boleh dibuang kerana mengelak
diri dari kesusahan, maka orang-orang Kristian yang
menjadi martir pada awal Kristian dulu tidaklah dapat
merasa ujian kemartiran mereka. Jikalau kesusahan
hanya datang melalui perkara-perkara yang batal
maka kebanyakan orang Kristian yang menjadi
kebanggaan gereja dapat digolongkan sebagai orangorang yang berada di pihak yang salah. Pada
hakikatnya, percakapan anda itu lebih banyak
menyeksa aku melebihi daripada yang kurasai di atas
tilam berduri ini dan kaki dan tanganku terbelenggu.
Apakah anda datang untuk menambahkan lagi
seksaan ke atas diriku?
Mirano lalu berpaling kepada rahib, ketua pengawas,
sambil berbisik Isabella tidak dapat ditundukkan
dengan perbahasan. Satu-satunya cara ialah pada
malam ini kita sertakan dia di dalam sembahyang dan
pembaktian di depan patung Mariam Perawan. Tuan
akan lihat, malam ini juga dia akan berubah dan
hatinya akan berpaling lalu kembali kepada Kristus
yang
disalib.
Sudah menjadi aturan seseorang yang hatinya
terlalu keras akan
kembali beriman apabila
berhadapan dengan kenyataan. Lihat saja, betapa
degilnya St Paul, musuh Tuhan. Apa bentuk seksaan
yang tidak diterima oleh orang-orang beriman di
tangannya? Tetapi St Paul itulah sekarang menjadi
turus agama Kristian. Dialah yang paling banyak

menerima rahmat dari Tuhan. kata Mirano.


Anda benar. ujar ketua rahib. Mudah-mudahan
Tuhan Kristus akan berbuat serupa pada Isabella dan
kembali
ke
dalam
golongannya.
Baiklah, sekarang kita beredar dulu dari sini dan
siapkan upacara sembahyang di bilik besar. kata
Mirano
kepada
ketua
rahib.
Lepas tiga jam malam berlalu, tuan bawa Isabella ke
bilik kami bersama seorang rahib perempuan untuk
menjaganya.
sambung
Mirano.
Baiklah. Isabella akan kami bawa kepada anda pada
waktu yang ditetapkan. Ketua rahib berjanji.
Oh ya, ujar Mirano, bolehkah tuan atau sesiapa
saja menemani kami sepanjang malam ini?
Dengan segala senang hati. Tapi, kata ketua rahib
anda tahu kami semua sembahyang sepanjang
malam
dan
memuja-mua
Tuhan.
Mirano diam sejurus seperti sedang berfikir.
Kalau begitu, baiklah. Buat apa yang biasa tuan-tuan
lakukan. Saya pun fikir tidak berapa perlu sangat.
Cuma pada waktu pagi saja iaitu pada masa
perbincangan itu, tuan mesti hadir sama seperti yang
sudah
kita
aturkan.
Ya, waktu pagi nanti tidak saja saya tetapi rahibrahib lain pun akan ikut mendengar perbincangan
anda.
kata
ketua
rahib.
Martha menyampuk Kalau dengan izin Jesus Kristus
hasilnya akan tercapa pada malam nanti. Perlukah
lagi
perbincangan
itu?
Ucapan Martha itu diberikan dengan semacam nada
yang dapat ditangkap maksudnya oleh sahabatsahabatnya saja.
Setelah mereka meninggalkan ruang bawah tanah itu,
ketua rahib mengunci pintunya. Mereka masuk ke
bilik besar. Selesai makan malam dan membersihkan

diri, empat sekawan itu berjalan-jalan di sekitar biara.


Mereka bercakap-cakap dengan rahib lelaki dan rahib
perempuan yang membuat persiapan-persiapan
untuk beribadat di sepanjang malam itu. Kemudian,
mereka kembali ke bilik. Tujuan mereka berbuat
begitu
adalah
untuk
mencari
seroang
rahib
perempuan yang paling kuat pembaktiannya yakni
yang paling warak. Mereka dapat bertemu rahib itu
dan ketika itu dia sedang tenggelam dalam
sembahyangnya.
Malam berjalan dengan lambat tetapi waktu tiga jam
yang dijanjikan semakin mendekat. Anak-anak gadis
itu berbincang sesama sendiri dengan suara perlahan.
Tepat pada waktunya, pintu bilik dibuka dan ketua
rahib masuk. Keempat-empat gadis itu bangun berdiri
sambil
memberi
hormat.
Isabella sedang diambil dari kurungan dan akan
dibawa ke mari dengan segera. kata ketua rahib.
Terima
kasih.
jawab
Mirano.
Bersama-sama dengannya ialah seorang rahib
perempuan seperti yang diminta. kata ketua rahib
lagi.
Bolehkah tuan hantarkan kepada kami seorang rahib
yang paling warak, seseorang yang tidak berhenti
beribadat sepanjang malam? tanya Mirano. Adakah
rahib
serupa
itu
di
sini?
Ketua
rahib
termenung
seketika.
Semua rahib perempuan di sini warak orangnya.
Mereka membuat berbagai-bagai amalan demi Tuhan
Jesus. Tapi .. katanya sambil berfikir ada seorang
yang bernama Arkia. Dia paling warak, pembakti,
penerima wahyu suci dan telah melakukan berbagai
macam mukjizat. Tentang keturunannya, cukuplah
kalau dikatakan dia itu ialah Puteri Perancis. Dia telah
meninggalkan kekayaan dan takhtanya demi untuk

Mariam
Perawan.
Kalau begitu, cita-cita kami sudah berhasil. kata
Mirano. Kami perlukan rahib perempuan seperti itu
supaya dapat mempengaruhi Isabella dengan
kekuatan batinnya. Apakah dia juga boleh melakukan
mukjizat?
Kebolehannya melakukan mukjizat terkenal di manamana. jawab ketua rahib. Apakah anda tidak pernah
mendengar tentang dirinya? Anda dengar ini saja, dia
boleh minum racun tetapi tak berkesan sedikit pun
padanya. Pada suatu masa dulu, seekor ular yang
berbisa masuk ke biara dan jatuh tergolek di kaki
Arkia. Ini saya lihat dengan matakepala saya sendiri.
Maha suci Tuhan. ujar Mirano. Kerja kita sudah
berhasil. Sekarang tolong bawakan Isabella dan Arkia
kemari.
BAB 12

Puteri Perancis

Tidak lama kemudian, Isabella pun dibawa masuk ke


dalam bilik di mana sahabat-sahabatnya sedang
menunggu. Keadaan tubuhnya amat lemah. Mirano
dan sahabat-sahabatnya terlalu hiba melihatnya.
Kalau tidak khuatirkan tembelang mereka akan
terbuka, pada waktu itu juga mereka mahu
memeluknya dan menangis dengan sekuat-kuat hati.
Mereka hanya menahan sebak di dada walaupun
melahirkan raut wajah yg biasa seperti orang yang
hanya datang sekadar mahu memujuk agar Isabella
kembali kepada jalan yang benar. Puteri Arkia akan
datang sebentar lagi sesudah dia selesai mengerjakan
ibadatnya. kata rahib yang membawa Isabella.
Dia
kemudian
meninggalkan
bilik
itu.
Pada
kesempatan itu, Mirano, Hanana, Martha dan
Catherine segera membincangkan dengan Isabella
tentang rancangan rahsia yang akan mereka lakukan

bagi membebaskannya. Mereka meminta Isabella


bekerjasama dengan berpura-pura kembali kepada
agama Kristian agar rancangan itu berjaya. Isabella
menempelak sahabat-sahabatnya. Dia dengan tegas
menolak cadangan mereka.
Apa saja penderitaan demi agama Islam maka
insyaAllah, ia akan menjadi sebagai penebusan dosa
dan memperkuat lagi keimananku. Andaikata Allah
mahu membebaskan aku daripada cengkaman
tawanan ini, maka pasti Dia akan menunjukkan
jalannya kepadaku. kata Isabella dengan penuh
taqwa.
Setelah terjadi berbagai macam pertukaran pendapat,
mereka akhirnya mencapai kata sepakat akan
melakukan cara yang paling baik tanpa menyinggung
keimanan Isabella yang sudah kukuh. Mereka lalu
berdoa bersama-sama. Isabella membaca doa yang
diajarkan oleh Umar Lahmi dari AlQuran, surat AlIsra ayat 80: Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa
akhrijni mukhraja sidqin.*
*Wahai Tuhanku, masukkanlah daku secara yang
baik lagi diredhai dan keluarkanlah daku secara yang
baik dan diredhai.
Mirano mula membaca salawat kepada Rasulullah dan
sahabat-sahabat mereka yang lain mengucapkan doa
yang sesuai dengan keadaan pada waktu itu. Sebaik
saja mereka selesai berdoa, pintu bilik terbuka dan
melangkah masuk Arkia, Puteri Perancis. Mereka
terpegun sejurus melihat perawakan wanita itu.
Orangnya tinggi lampai dan walaupun dalam
berpakaian rahib begitu pun masih dapat dilihat garisgaris kecantikannya yang asal. Hidungnya mancung
seperti paruh elang dan pada raut muka tergambar

keangkuhan bangsawan. Bibirnya yang tipis dan rapat


membayangkan kekerasan hati.
Mereka yang ada di dalam bilik bangun dan memberi
hormat
kepadanya.
Saya sangat dukacita bahwa Isabella telah
melepaskan dirinya daripada pelukan Tuhan kita dan
telah menyekutukan dirinya dengan orang-orang yang
murtad.
Saya
hairan
kenapa
syaitan
boleh
menguasainya. Baru tadi malam, saya melihat dalam
mimpi saya seorang ulama Islam dibakar di dalam
neraka
dan
gadis
malang
ini
juga
mahu
mengikutinya? Kalau dia kembali memikul salib Tuhan
dan tinggal dengan saya beberapa hari, saya akan
memberi
dia
melihat
Tuhan.
kata
Arkia.
Memang benar, ujar Mirano sangat memalukan
apabila seorang anak pemimpin kerohanian menjadi
murtad. Itulah sebabnya pada hari ini kami
membawanya
kepada
anda.
Anda
boleh
mempengaruhinya dengan kekuatan ilmu batin anda
dan membawa dia kembali ke kaki Tuhan. Dia tidak
dapat kita kalahkan dengan hujah-hujah tetapi kita
dapat membawanya kembali ke agama asal dengan
pengaruh
kerohanian.
Baiklah, jawab Arkia hari ini kita membawa balik
Isabella kepada Mariam Perawan melalui sembahyang
dan ibadat. Saya yakin menjelang pagi nanti, dia
akan pulih. Saya dapat melihat Tuhan sedang
menunggu Isabella dengan tangan terbuka dan
Isabella pun sudah bersedia untuk masuk ke dalam
pelukannya. Anda semua tidak usah khuatir. Tunggu
saja sampai pagi.
Ketika itu, Isabella mahu menjawab kata-kata Arkia
tetapi Martha dengan segera memberi isyarat supaya
dia mendiamkan diri. Arkia menceritakan tentang

beberapa mukjizat yang pernah dilakukannya. Sedang


dia bercakap-cakap, pintu bilik dibuka orang. Di muka
pintu,
berdiri
ketua
rahib.
Apakah anda masih memerlukan beberapa orang
rahib perempuan lagi? tanya ketua rahib. Kalau
mahu,
saya
akan
arahkan.
Terima kasih banyak. jawab Mirano. Buat masa ini
saya fikir belum perlu lagi. Tetapi saya berterima
kasih kalau tuan dapat datang menjenguk kami sekali
atau beberapa kali sepanjang malan ini dan memberi
nasihat
apa-apa
yang
perlu.
Baiklah. kata ketua rahib. Saya akan datang setiap
dua
jam
sekali.
Dia lalu menutup pintu bilik dan meninggalkan
mereka.
Ada kira-kira setengah jam lagi akan menjelang
tengahmalam. Anak-anak gadis itu pun duduk untuk
melakukan sembahyang bersama Arkia di depan
patung Mariam Perawan. Mereka duduk dalam jarak
beberapa meter antara satu dengan yang lain. Mirano
duduk berhampiran dengan Isabella supaya dia dapat
menyampaikan sesuatu yang penting dengan mudah
tanpa
diketahui
orang
lain.
Setelah satu jam bersembahyang, Mirano lalu
membisikkan kepada Isabella Dengar baik-baik.
Anda jangan sekali-kali mencelah apa saja yang aku
cakapkan. Anda dengar saja dan terima seadanya.
Arkia dengan semangat kesalihan yang tinggi telah
melakukan beberapa perkara yang aneh-aneh.
Kadang-kala dia menghulurkan tangannya seolaholah mahu mencapai sesuatu ke dalam pelukannya.
Kadang-kala dia menangis dan ada masa dia meraung
seperti orang kesakitan. Dia mengulang-ulangi
perbuatannya berkali-kali dan berkata Ya, ya. Tuhan

akan memberi hidayah kepadamu. Roh Kudus akan


menolong kita.
Kira-kira jam satu malam, Mirano telah menjerit
dengan sekuat hati dan kemudian pengsan. Isabella
duduk tanpa bergerak di sampingnya. Arkia, Martha,
Hanana dan Catherine menerpa ke Mirano. Mereka
mahu menyedarkannya dengan memercikkan air ke
muka. Arkia melarang sambil berkata bahwa Mirano
telah melihat Tuhan dan sembahyang mereka pada
malam
itu
mencapai
kejayaan
besar.
Jangan susah. Ini satu tuah kita bahwa Tuhan telah
datang
ke
biara
ini.
Arkia mendekati Isabella. Nah, Isabella! Masih
enggankah kau mengangkat salib Tuhan kita?
Isabella diam. Dia tidak menjawab dan hanya
mendengar saja. Arkia semakin yakin bahwa Tuhan
benar-benar telah turun di biara itu dan memandang
Isabella dengan mata rahmatnya. Mirano masih terus
dengan pengsannya waktu ketua rahib tiba.
Ketua rahib amat terperanjat melihat keadaan Mirano
lalu berteriak Apa sudah terjadi?
Arkia terus menceritakan dengan penuh keyakinan
bahwa Tuhan telah turun ke dalam diri Isabella, yang
segera pula dibenarkan oleh ketua rahib itu yang
memang sudah sangat percaya kepada kesalihan
Arkia. Akhirnya, setelah dilakukan berbagai-bagai
usaha,
Mirano
pun
mulai
sedar.
Ketua rahib segera bertanya Mirano, bagaimana
keadaanmu? Cuba beritahu kami sedikit khabar baik.
Mirano menunjukkan jarinya ke arah Arkia.
Ini semua adalah manifestasi kesalihan dan
keberkatan
dari
perhatiannya
yang
warak
menyebabkan saya melihat Tuhan. kata Mirano
bersungguh-sungguh.

Maha Suci Tuhan, ujar Arkia rahmat atas nama


Kristus
yang
disalib.
Bagus, bagus. Apa yang telah anda lihat? tanya
ketua
rahib
lagi
seakan
tidak
sabar.
Saya sedang khusyuk bersembahyang apabila saya
melihat suatu lembaga lelaki yang segak dan anggun
menerpa saya. Kemudian, dia melihat dengan mata
imannya pada Isabella sambil tersenyum. Mirano
bercerita.
Tahniah!
Tahniah!
kata
ketua
rahib
itu.
Saya sedang memerhatikan lembaga itu dengan
penuh perhatian bila dia tiba-tiba berpaling kepada
saya. Saya melihat ada suatu tanda di dahinya yang
tertulis Roh Kudus dengan huruf yang bercahayacahaya.
Isabella menahan ketawanya hingga membuat dia
terbatuk-batuk.
Oh Tuhan! Maha Suci namamu. kata Arkia.
Kemudian dia mengeluarkan sebiji botol kecil dan
menuang beberapa titik isinya ke atas kepala
Isabella.
sambung
Mirano.
Sudah tentu itu titisan air keimanan, Isabella, kata
ketua rahib nasibmu sudah kembali bersinar.
Kemudian Roh Kudus memberitahu saya dua perkara
Mirano tidak meneruskan ucapannya. Dia seperti
tenggelam
dalam
fikiran
secara
tiba-tiba.
Apa dia, Mirano? Ketua rahib tidak sabar sambil
memanjangkan lehernya mendekati Mirano. Apa dia
dua
perkara
itu?
Katanya, ujar Mirano ada sebuah gereja suci di
daerah selatan Cordova yang sekarang sudah
ditinggalkan orang. Di sana tulang-tulang Wali Suci
yang disimpan untuk penziarah-penziarah yang
mencari berkat. Saya mahu ke sana dan cuba lihat,
Tuhan sedang menunggu kita dengan tangan terbuka

untuk
diberi
hidayat.
Arkia terus berseru Tuhan yang disalib! Namamu
penuh
pujian.
Demi
Mariam
Suci!
Betapa
beruntungnya wahyu ini. Dan saya telah melihat
Tuhan sebaik saja saya sampai ke mari. Dapatkah
tuan lihat betapa wahyu Mirano telah membenarkan
perkataan
saya?
Apa dia yang lagi satu, yang dikatakan Roh Kudus?
tanya ketua rahib lagi memotong kata-kata Arkia.
Perkara yang lagi satu? Mirano berpura-pura
kehairanan.
Ya!
Mirano menggeleng-gelengkan kepala dengan lembut.
Perkara yang lagi satu saya tidak boleh beritahu di
sini.
Begitu
saya
diperintah.
Apakah
Roh
Kudus
tidak
benarkan
anda
memberitahu perkara itu di sini? Ketua rahib seperti
kecewa.
Ya! Dia tidak membenarkan saya memberitahunya di
depan
orangramai.
Sekurang-kurangnya anda memberitahu saya kalau
hal itu ada kena mengena dengan orang atau tentang
suatu usaha. kata ketua rahib tanpa berputus asa.
Setelah diam sejurus. Mirano lalu berkata Hanya
sekadar ini saja saya boleh memberitahu tuan. Saya
tidak begitu banyak mengetahui tentang tuan. Bapa
Suci, bagaimana saya akan mengetahui kedudukan
tuan
begitu
tinggi
di
hadapan
Tuhan?
Oleh sebab para rahib dan orang-orang Kristian
Roman Katolik sangat percaya pada ketahyulan dan
amat mudah mempercayainya maka rahib itu pun
begitu juga. Dia melompat-lompat kegembiraan dan
mengulang-ulangi
ucapan
Mirano.
Bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan
begitu
tinggi
di
hadapan
Tuhan.

Arkia, Puteri Perancis, bersujud di kaki ketua rahib


dan menggosok-gosok dahinya di atas kaki itu. Ketua
rahib membiarkan sambil berdiri tegak kerana terlalu
gembira.
Dia hanya berkata kepada Arkia Anakku, sabarlah!
Engkau juga akan ikut bersama-samaku di dalam
syurga.
Hampir dua jam lamanya suasana riang gembira itu
berlangsung. Akhirnya, Arkia berkata kepada ketua
rahib
itu.
Apa
yang
harus
kita
buat
sekarang?
Untuk menemui Tuhan, kita harus pergi ke tempat
yang
diberitahu
Mirano.
kata
ketua
rahib.
Kemudian dia berpaling kepada Isabella. Lihat, wahai
gadis yang baik! Kerana engkaulah maka Roh Kudus
telah turun ke atas kami hari ini. Sudah tentu
pertemuanmu dengan Tuhan nanti akan menjadikan
engkau seorang wali. Raja-raja akan datang meminta
berkat
dari
kakimu.
Apakah kita perlu pergi ke gereja buruk seperti yang
diarahkan oleh Roh Kudus itu? tanya Mirano.
Sudah tentu! kata ketua rahib. Apakah anda masih
ragu-ragu apabila Roh Kudus sudah arahkan kita ke
sana? Kita mesti sampai di situ sebelum menjelang
pagi.
Baiklah. Kurungkan Isabella di dalam ruang bawah
tanah itu dan bersiaplah untuk bertolak. kata Mirano.
Kenapa? tanya ketua rahib kehairanan. Anda mahu
tinggalkan orang yang kerananya Roh Kudus turun ke
mari dan memberi penghormatan kepada kita untuk
bertemu dengan Tuhan? Dengar! Isabella telah
menerima hidayat istimewa dari Tuhan. Seperti juga
dengan Paulus Suci meskipun menjadi musuh ketat
Tuhan telah menerima berkat yang istimewa. Jadi,
bangun semua. Bawa Isabella bersama-sama anda.

Mari
kita
pergi
ke
gereja
itu.
Bagaimana kalau Isabella melarikan diri dalam
perjalanan
kita
nanti?
tanya
Hanana.
Ketua rahib tertawa besar. Hairan! Adakah Tuhan
panggil kita ke hadapannya kerana sesuatu yang
tidak berfaedah. Seolah-olah dia tidak tahu orang
yang
dipanggilnya
akan
melarikan
diri.
Saya fikir kita tidak boleh berlengah-lengah lagi.
kata Arkia. Kerana Roh Kudus telah mengarahkan
kita sampai ke sana segera. Arkia memandang ke
angkasa.
Saya sudah mulai nampak Roh Kudus. Oh Tuhan!
Puji-pujian
untuk
namamu!
Puji-pujian untuk namamu, Tuhan! Semua ikut
mengucapkan
serentak.
Baiklah, ujar ketua rahib saya akan mengarahkan
mereka membawa keluar keldai-keldai dan kalian
berkemaslah. Keldai-keldai larinya cepat, sekejap saja
kita boleh sampai ke sana.
Ketua rahib keluar dan memanggil pekerja-pekerja
biara lalu menyuruh mereka mengeluarkan keldaikeldai.
Waktu
berangkat
dirahsiakan
dari
pengetahuan rahib-rahib lain. Ketua rahib sangat
gembira kerana Isabella akan melihat Tuhan di gereja
buruk dan akan memikul Salib Suci Kristus. Bapanya,
ketua paderi, tentu akan terperanjat besar melihat
mukjizat itu.
Mereka sekarang sudah siap untuk bertolak. Isabella,
Hanana, Catherine, Mirano, Martha, Arkia dan ketua
rahib menunggang keldai seorang seekor. Atas arahan
Mirano, Isabella diletakkan di tengah-tengah sebagai
satu tindakan keselamatan. Dalam masa empat puluh
lima minit, mereka sampai ke Gereja Saint Peter. Di
dalam gereja itu, terdapat tulang-tulang para martir

yang terkenal di dalam agama Kristian dan


perempuan-perempuan Kristian dari tempat-tempat
yang jauh datang ke gereja ini berziarah untuk
mendapat berkat.
Masa masih ada lagi sebelum menjelang fajar dan
keadaan gereja yang mengerikan itu menimbulkan
semacam perasaan takut di dalam hati. Sebaik saja
mereka masuk ke dalam gereja, Arkia dan ketua
rahib terus bertelut di hadapan satu rangka manusia
yang besar. Kedua-duanya mula menangis dengan
kuat kerana mengharapkan dapat melihat Tuhan
sebelum pagi dan Roh Kudus akan memeluk mereka.
Ketika
ini,
Isabella
dan
sahabat-sahabatnya
membincang satu rancangan sulit yang sudah mereka
atur sebelum bertolak ke tempat itu. Tiba-tiba dengan
suatu gerakan yang cepat, kelima-lima orang kawan
itu menyerang ketua rahib yang sedang meniarap dan
menangis. Dua orang memegang kuat tangannya
sementara dua orang lagi menangkap kaki. Seorang
mengeluarkan
tali
dan
kain
buruk
yang
disembunyikan di dalam kocek baju. Mereka
menyumbat kain buruk itu ke mulut ketua rahib dan
mengikat tangan serta kakinya. Ketua rahib malang
itu amat terkejut dan tidak sempat menjerit meminta
tolong.
Arkia meniarap di hadapan satu rangka manusia yang
lain yang mengharap dapat melihat Tuhan telah
dibisikkan
di
telinganya
oleh
Isabella.
Marilah
saudaraku
yang
salih!
Saya
mahu
menunjukkan
Tuhan
kepada
anda.
Dengan penuh bersemangat, Arkia bangun segera
dan apabila dia menghampiri ketua rahib yang terikat
tangan dan kaki dan dalam keadaan tidak terdaya,
dia
lalu
memekik
Apa
ini?

Inilah Tuhan yang anda datang untuk melihatnya di


sini.
jawab
Isabella.
Anak-anak gadis itu lalu memberi amaran kepada
Arkia tentang hari depannya. Mereka mendakwah
agama
Islam
kepadanya.
Kalau anda mahu melihat sinar kebenaran dan
menjadi manusia yang sempurna, mengucaplah La
ilaha illallah, Muhammad-ur Rasulullah. Kalau tidak
anda tidak akan dapat melihat Tuhan khayalan anda
itu sampai ke hari kiamat.
Setelah berpesan, kelima-lima gadis itu pun
menunggang keldai seorang seekor serta membawa
bersama dua ekor keldai lagi lalu meninggalkan
gereja tua segera. Arkia diam tegak seperti patung
kerana terkejut. Akhirnya, dalam cahaya lilin yang
suram, dia melihat ketua rahib terkial-kial mahu
melepaskan diri sambil memberi isyarat memerlukan
bantuan untuk melepaskan dirinya. Arkia baru
tersedar akan keadaan yang telah berlaku. Dia segera
menarik keluar kain yang tersumbat di dalam mulut
ketua rahib. Kemudia dibuka ikatan tangan dan
kakinya. Setelah itu, ketua rahib memekik sekuat
hatinya. Mendengar pekikan yang kuat di pagi hari di
dalam gereja yang sedang riuh dengan tangisan para
ziarah itu, barulah orang-orang yang ada di situ sedar
apa yang telah berlaku. Isabella dan sahabatsahabatnya sudah tidak kelihatan lagi. Mereka telah
jauh meninggalkan gereja tersebut.
Tidak lama kemudian, kelima-lima gadis itu tiba di
rumah Umar Lahmi. Umar Lahmi dan orang-orang
Islam yang lain baru saja selesai menunaikan solat
Subuh ketika itu. Mereka mendengar peristiwa yang
baru dialami kelima anak gadis itu. Berita itu
disampaikan kepada Ziad bin Umar dengan segera.

Semua
orang
Islam
merasa
gembira
dan
mengucapkan syukur ke hadhirat Allah Subhanahu
Wa Taala dan mengucapkan tahniah serta pujian
kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya yang telah
berjaya membebaskan Isabella. Setelah itu mereka
semua berkumpul di satu perkumpulan sesudah
Subuh. Semua alim ulama, ahli filsafah, doktor,
penulis, penyair, penafsir Al-Quran dan Hadis, serta
ahli sejarah hadir bersama. Hampir semua orang di
situ tahu tentang peristiwa Isabella ditawan dan
diserahkan kepada inquisisi. Selama Isabella di dalam
tawanan, Umar Lahmi kerap menerima laporan
tentang keadaan diri Isabella yang disampaikan oleh
para pengintip rahsia. Berita-berita itu disampaikan
oleh Umar Lahmi kepada hadirin di setiap
perkumpulan yang diadakan di rumah Ziad bin Umar.
BAB 13

Pertemuan Sulit

Di gereja Saint Peter, sepeninggalan Isabella dan


sahabat-sahabatnya, telah timbul kekecohan besar.
Walaupun telah ditolong oleh Arkia melepaskan diri
dari ikatan, ketua rahib yang tadinya memekik
meminta tolong tiba-tiba terdiam. Sejurus lamanya
dia terdiam tanpa berkata-kata seperti seorang yang
dalam kebingungan dengan apa yang telah menimpa
dirinya. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan ramai
orang yang datang mengerumuninya. Penziarahpenziarah lain yang berada di dalam bilik yang
berasingan seolah-olah tidak menghiraukan teriakan
meminta tolong dari ketua rahib. Mereka sebaliknya
semakin khusyuk dengan doa dan sembahyang di
hadapan tulang-tulang kerangka orang yang dianggap
wali. Mereka semakin kuat menggenggam jari-jemari
tangan masing-masing sambil menangis sementara

menunggu dengan penuh sabar kedatangan Tuhan


yang dijanjikan.
Setelah keadaan kembali reda, ketua rahib dan Arkia
terburu-buru keluar dari gereja kerana mahu
mengejar Isabella dan sahabat-sahabatnya yang
sudah terlepas dari tawanan. Sekali lagi, mereka
termanggu dalam keadaan bingung kerana keldaikeldai mereka telah tiada lagi di situ. Mereka lalu
meminjam keldai penziarah lain untuk pulang ke
biara. Waktu sampai kembali di biara, mereka
disambut dengan perasaan terperanjat oleh rahib
lelaki dan perempuan kerana Isabella dan sahabatsahabatnya tidak kelihatan. Walaupun pemergian ke
gereja buruk di Selatan Cordova dirahsiakan namun
semua rahib biara telah mengetahuinya. Mereka telah
mendengar kisah Mirano pengsan dan Tuhan
mengarahkan mereka pergi ke gereja tua itu.
Mana Isabella? tanya seorang rahib lelaki.
Sudahkah dia memikul kembali salib Tuhan kita?
tanya seorang rahib perempuan kepada Arkia.
Ketua rahib terlalu susah hati sehingga dia tidak
dapat mengangkat muka. Di wajahnya terbayang
kehinaan, penyesalan dan kekalahan. Kemudian salah
seorang daripada rahib-rahib memberanikan diri
untuk
tampil
ke
depan.
Tuan yang dihormati, kata rahib lelaki itu bapa
suci, ketua paderi, telah mengirim surat ini waktu
tuan tiada. Tuan disuruhnya menjawab segera.
Ketua rahib memandang muka rahib yang sedang
menghulurkan
surat
dengan
mata
terbelalak.
Tangannya
sedikit
menggeletar.
Oh, bagaimana aku mahu menunjukkan mukaku
kepada bapa suci itu? katanya membisik. Oh,
syaitan terkutuk itu telah menipu aku. Syaitan yang

tidak pernah melepaskan peluang untuk mencuba


walaupun kepada Tuhan Jesus Kristus. Celaka
Isabella! Oh, perempuan sial! Aku benci kepadamu oh
anak syaitan! Kau yang murtad, kami pula yang
mendapat malu. Oh, Tuhan! Lihatlah betapa aku yang
taat
kepadaMu
diperlakukan.
Walaupun ucapannya amat perlahan tetapi para rahib
yang sedang mengelilinginya dapat mendengar
dengan jelas dan mereka sangat terperanjat. Lalu
masing-masing bertukar pandangan antara satu
dengan yang lain dengan diselubungi suatu perasaan
yang cukup aneh. Ketua rahib lalu membuka surat
dari ketua paderi dengan tangan yang terketar-ketar.
Dengan tujuan untuk memujuk Isabella, kawankawannya yang empat orang itu telah datang ke mari
seperti yang telah anda maklum. Saya fikir
memasukkan kembali Isabella ke dalam agama
Kristian tidak semudah seperti yang kita fikirkan.
Andainya keadaan Isabella masih tidak berubah, saya
minta diserahkan saja kepada inquisisi. Saya akan
mengirim beberapa orang untuk mengambil Isabella
pada petang nanti. Sekarang, suruh anak-anak gadis
itu kembali dan berjumpa saya. Jangan sampai
syaitan dapat menyeleweng mereka pula dan masuk
ke dalam perangkap Isabella.
Selesai saja dia membaca surat itu, dia pun menangis
dengan suara kuat hingga memeranjatkan orangorang yang berada di situ. Sejurus lamanya dan
ketika tangisannya mula reda, dia berkata dalam
keadaan masih teresak-esak Bagaimana aku akan
menjawab surat ini? Aku akan pergi sendiri berjumpa
bapa suci dan menceritakan kepadanya betapa orangorang salih dapat juga diperdaya oleh syaitan.
Setelah berkata begitu, ketua rahib pun bangun dari

duduk dan mengajak Arkia pergi bersama-sama


menghadap ketua paderi di rumahnya.
Dalam perjalanan, mereka tidak banyak berkata-kata.
Ketua rahib terlalu runsing memikirkan hukuman
yang akan diterima di atas ketelidurannya. Arkia,
Puteri Perancis, pula merasa kesalihannya telah
terpukul dengan kejadian itu. Dia yang mengaku
selalu mendapat wahyu dan boleh melakukan
mukjizat telah dapat dikalahkan oleh Isabella yang
dituduh murtad. Perkara yang paling mengganggu
fikirannya ialah nasehat Isabella yang menyuruhnya
membaca kalimah syahadat dan masuk Islam jikalau
dia benar-benar mahu berjumpa dengan Tuhan yang
dikhayalkannya selama ini.
Ketua paderi sangat terperanjat apabila melihat ketua
rahib datang bersama Arkia. Dalam keadaan tenang,
dia mempersilakan mereka duduk. Dengan perasaan
terhina dan rasa rendah diri, ketua rahib pun
menceritakan tipu muslihat sahabat-sahabat Isabella
yang berjaya menipu dia dan Arkia. Ketua paderi
terdiam kaku mendengarnya. Kemudian dia berkata
Saya telah memerintah anda menjaga dengan
berhati-hati, kenapa masih boleh ditipu oleh anakanak gadis itu? Kenapa wahyu palsu itu boleh
membuat anda meninggalkan biara? Kenapa tidak
diberitahu
kepada
saya
terlebih
dulu?
Bagaimana saya menjawab lagi? Saya mengaku
bersalah dan saya telah jatuh ke dalam perangkap
syaitan.
kata
ketua
rahib.
Apakah ada rahib-rahib lain yang bersengkokol
dengan
anak-anak
gadis
itu?
Tidak ada. Sebagai menjaga keselamatan, saya tidak
memberitahu kepada sesiapapun kecuali rahib
perempuan ini yang memang sudah terkenal dengan

kesalihannya.
Ketua paderi lalu memanggil seorang pesuruh dan
menyuruhnya pergi ke rumah Michael dan Peter.
Panggil mereka ke mari sekarang juga. Kalau
mereka ada urusan lain, suruh ditinggalkan dulu.
Mereka mesti datang ke sini kerana ada urusan
penting.
Tidak lama kemudian, Michael dan Peter hadir
bersama tiga orang paderi lain. Mereka meletakkan
tangan kanannya di dada tanda memberi hormat
kepada
ketua
paderi.
Silakan duduk. kata ketua paderi. Anak anda,
Mirano, telah minggat bersama-sama anak saya,
Isabella.
Apa? Apa yang anda telah katakan? Michael
bertanya
dalam
keadaan
terperanjat.
Bukan saja Mirano, Hanana, Martha dan Catherine
juga telah meloloskan diri dari pengawalan di biara.
ujar
ketua
paderi
lagi.
Bapa suci! Cuba ceritakan bagaimana hal itu boleh
terjadi?
desak
Michael.
Bertanyalah kepada ketua rahib ini. kata ketua
paderi. Nah, ceritakan kepada mereka dari mula.
Ketua rahib pun menceritakan kisah kejadian itu dari
awal hingga akhir dengan linangan airmata kerana
merasa malu dan kesal yang amat sangat. Michael
dan
Peter
turut
menangis
sama.
Kenapa menangis? kata ketua paderi. Kutuklah
roh-roh yang kotor itu. Sesalan kalau pun ada ialah
kerana Isabella telah terlepas dari genggaman
inquisisi.
Bapa suci! Ini bukan perkara kecil. ujar Michael.
Orang-orang Kristian seluruh Cordova seakan terhina
dengan
kejadian
ini.
Ketua paderi tidak mengacuhkan ucapan Michael itu.

Sebaliknya, dia berkata Bagaimanapun, usahakan


mencari anak-anak gadis itu sekarang. Kita akan
mencari ikhtiar menghadapi masalah ini.
Tiga hari telah berlalu dan pada suatu malam ketika
menjelang dinihari, semua paderi di Cordova telah
datang berkumpul di dalam gereja besar Cordova.
Mereka telah diarahkan secara sulit datang berkumpul
di situ. Pada lahirnya, tidak kelihatan tanda-tanda
dipasang lampu yang terang-benderang, tidak ada
hamparan permaidani dan tidak pula ada perarakan
salib dan sebagainya. Orang-orang datang secara
berasingan dan dengan tenang masuk lalu mengambil
tempat duduk di dalam ruang gereja berhadapan
dengan altar suci. Perhimpunan istimewa ini dihadiri
oleh orang-orang yang dijemput secara rahsia saja.
Sebuah salib besar terpasang di atas altar bertepatan
dengan patung Kristus tergantung. Di bawahnya,
terdapat Mariam Perawan duduk bertelut di atas lutut,
memperlihatkan
pembaktiannya
kepada
Jesus
Kristus. Semua dinding gereja besar itu dilukis
dengan figura wali-wali dan pengikut-pengikut Jesus,
kelihatan seperti gambar di dalam mitologi Roman
dan Mesir. Semua yang datang duduk dikelilingi
dinding-dinding itu. Rahib wanita, perawan yang
menjadi penghibur paderi-paderi juga kelihatan di
dalam kumpulan para paderi. Ketua pader, bapa
Isabella, menyambut kedatangan semua dengan
penuh kemesraan. Mereka berjalan masuk dalam
keadaan senyap dan khusyuk sehingga orang-orang
yang lewat di luar gereja tidak tahu apa yang sedang
berlaku di dalamnya. Tetapi orang-orang Islam telah
pun mengetahui tentang perhimpunan rahsia itu.

Ketua paderi dan Michael berdiri di muka pintu


memberi arahan dengan isyarat tangan kepada
orang-orang Kristian yang datang berbondongbondong penuh bersemangat itu supaya jangan
membuat bising. Beberapa ribu orang sudah berada
di dalam gereja besar namun ketua paderi dan
Michael masih berdiri di muka pintu di bawah patung
Kristus yang disalib. Tidak jauh di hadapan gereja,
seorang lelaki yang di dalam kumpulan orang yang
sedang berbaris hendak masuk memegang bahu
seorang lelaki lain di depannya seraya berkata
Saudara, puji-pujian kepada nama Tuhan. Ini ada
satu envelop yang mesti saya sampaikan kepada
bapa suci, ketua paderi, tetapi saya telah terlupa
pesanan Bapa Michael yang telah memerintah saya
mengambil satu barang penting di rumahnya untuk
ketua paderi. Saya terpaksa pergi sekarang sebelum
pertemuan ini bermula. Bolehkan saudara tolong
sampaikan kepadanya sesudah sampai di dalam
nanti?
Envelop diserahkan sebelum orang itu sempat
menjawab. Setelah menerimanya, dia berkata
Dengan segala senang hati. Saya akan sampaikan
envelop ini kepada bapa suci. Tuan jangan bersusah
hati.
Terima kasih. jawab orang lelaki itu lalu
meninggalkan
barisan.
Orang yang menerima itu memegang surat itu
dengan kuat. Dia gembira kerana menerima amanah
yang begitu besar.
Ruang gereja telah penuh dengan orang-orang
Kristian dan para paderi duduk di tempat yang
disediakan untuk mereka. Ada beberapa paderi pula
berjalan berkeliling, memerhati setiap orang untuk
memastikan tidak ada orang Islam yang dapat

menyusup masuk. Setelah mereka yakin orang-orang


yang tidak diingini tidak ada di dalam gereja, pintu
besar pun ditutup. Beberapa orang disuruh berjaga di
luar supaya tidak ada orang yang cuba mencuri
mendengar. Sebagai langkah menjaga keselamatan,
ketua paderi dan Michael serta dua belas orang paderi
pilihan duduk di atas suatu tempat yang agak tinggi
letaknya di bahagian hadapan. Suasana di dalam
gereja tidak terlalu bising walaupun beribu-ribu orang
menempatinya. Ia juga adalah arahan keras dari
ketua paderi.
Tiba-tiba, ketika perhimpunan akan dimula, seorang
lelaki yang duduk di bahagian hadapan bangun
berjalan mendapatkan ketua paderi lalu menyerahkan
surat yang diamanahkan kepadanya. Surat itu, dalam
suatu envelop besar, diterima Michael. Ketika itu,
ketua paderi sedang berada di atas podium mahu
memberi ucapan. Ketua paderi bercakap dengan
suara
yang
agak
gementar.
Anak-anakku, lelaki dan perempuan! Malam ini kalian
disusahkan dengan arahan supaya datang berkumpul
di dalam gereja besar ini. Perhimpunan ini amat
penting yang nanti akan disampaikan oleh Bapa
Michael. Kalian mesti mendengar baik-baik ucapan
yang bakal diberikan beliau. Dengar dengan tenang
dan
sabar.
Waktu
ketua
paderi
mahu
duduk,
Michael
menyerahkan envelop besar kepadanya. Setelah itu,
dia menuju ke podium untuk menyampaikan ucapan.
Ketua paderi membuka envelop itu lalu mengeluarkan
sepucuk surat dari dalamnya. Dia membaca dengan
cepat beberapa baris ayat lalu memekik dengan kuat
sehingga mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi
Michael yang baru saja mahu berucap. Tubuh ketua
paderi terketar-ketar kerana menahan marah. Semua

orang yang memandang ke arahnya kehairanan.


Michael
segera
mendekatinya.
Ada
apa
bapa
suci?
Setelah ketua paderi tenang kembali, dia pun berkata
Ini surat dari Isabella. Dia menjemput kita semua
memeluk agama Islam. Siapa yang memberikan surat
ini
tadi?
Saya yang memberinya, bapa suci. ujar seorang
lelaki
dengan
jujur.
Belum sempat dia menyambung kata-katanya,
beberapa orang yang duduk berhampiran telah
memukul dan menumbuknya dengan kuat. Lelaki itu
masih juga berusaha mahu menjelaskan perkara
sebenar
tetapi
tidak
seorang
pun
yang
mengendahkannya. Dia terus dipukul dan ditumbuk
hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Tubuhnya
diheret dan dicampakkan ke dalam bilik kecil di sudut
gereja.
Kekacauan telah berlaku. Agak lama baru keadaan
kembali reda. Dalam keadaan payah, ketua paderi
maju
ke
hadapan
untuk
bercakap.
Orang yang membawa surat ini ialah seorang Islam
yang menyamar sebagai salah satu dari kita dengan
memakai pakaian suci kita. Dia berhenti sejenak.
Bagaimanapun, besok kita akan periksa orang ini.
Sekarang,
anak-anak
perempuan
itu
telah
mendakwah kepada kita tentang agama Islam yang
biadab dan terkutuk itu. Sekarang, mari kita fikirkan
cara
untuk
mendapatkan
kembali
anak-anak
perempuan itu. Apa yang patut kita buat?
sambungnya
lagi.
Michael
lalu
tampil
di
atas
podium.
Saudara-saudara!
Nampaknya
tujuan
kita
mengadakan perhimpunan rahsia ini menjadi sia-sia
dengan kehadiran surat Isabella. Apa yang dapat kita

lakukan sekarang? Kita baca dan dengar isi surat itu


dan kita semua mesti mendengarnya dengan sabar.
Berdoalah kepada Tuhan agar dia dapat dikembalikan
ke dalam pelukanNya ataupun dimasukkan ke dalam
neraka
segera.
Ketua paderi lalu berkata Bawalah orang itu ke mari.
Kita boleh memaksanya bercerita tentang perkaraperkara lain yang perlu kita ketahui walaupun kita
tahu orang-orang Islam itu keras kepala dan tidak
mudah membuka rahsia. Dia sekarang dalam
genggaman kita. Dengan mengancamnya, kita pasti
berhasil mendapatkan sesuatu.
Orang lelaki yang malang itu pun dibawa keluar dari
bilik dan diletakkan di atas pentas di hadapan
orangramai. Keadaannya amat parah. Badannya lukaluka
dan
pakaiannya
koyak-rabak.
Apabila ketua paderi melihatnya dengan teliti dari
dekat, dia lalu menjerit dengan kuat Oh, ini paderi
dari gereja sebelah utara. Dia anak saudaraku
sendiri!
Sekali lagi, orangramai terperanjat. Michael segera
mendekati
orang
itu.
Dia
masih
bernafas.
Semua orang merasa amat dukacita. Mereka seperti
sudah jatuh ditimpa tangga.
Esoknya, apabila paderi yang malang sudah sedarkan
diri, dia pun menceritakan kisah sebenar bagaimana
dia mendapat surat itu. Setelah mendengarnya,
semua yang ada sependapat mengatakan itu adalah
perbuatan khianat daripada orang-orang Islam.
Harapan mereka kepada Isabella dan sahabatsahabatnya pun lenyap begitu saja. Perhimpunan
rahsia
mereka
telah
gagal
malahan
telah
menimbulkan kekecohan besar sehingga tidak dapat

dikawal lagi. Surat Isabella yang ditulis kepada


bapanya berbunyi:Semua puji-pujian kepada Allah,
Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan
langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya
dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di
samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun
sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan
salawat serta salam kepada Junjungan yang telah
datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan
kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya
keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar
yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu
dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan
kedamaian dan keselamatan abadi. Bapaku yang
dihormati.
Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam
yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya
agama yang bebas daripada kemungkaran dan
kebatilan,
yang
membimbing
kita
ke
jalan
keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian
kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran
dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara
ringkas maka di bawah ini saya perturunkan
perbandingan-perbandingan
untuk
menunjukkan
kebenaran Islam kepada bapaku : 1. Dalam Islam,
Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa pun
juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan
kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut Allah itu
tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama
denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak
mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan
kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau
kita
akan
menyebut
satu
persatu
semua
kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari

Kitab Suci Al-Quran.


2. Sebaliknya, agama Kristian percaya bahwa Tuhan
itu bukan satu tetapi tiga: bapa, anak dan Roh
Kudus. Jesus Kristus satu-satunya Putera Tuhan dan
dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga
meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan
minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada
air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh
manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua
keinginan
duniawi.
Seandainya
Tuhan
juga
bergantung kepada semua perkara seperti manusia
maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan
apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan
manusia? Kitab Suci Al-Quran dengan tegas
mengatakan bahwa sesiapa yang mengatakan Kristus
itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah
menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang
Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera
Tuhan telah memfitnah Tuhan. Al-Quran telah
mengajar bahwa Kristus serupa Musa, Daud,
Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi.
Sebagai utusan dan nabi, mereka juga adalah
manusia, makhluk dan bukan pencipta. Nah, cuba
bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah
ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama
Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal.
3. Menurut Islam, tiap-tiap manusia dilahirkan dalam
keadaan suci dan bebas dari dosa. Apabila dia
beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah
menyesatkannya. Allah telah memberikan akal
kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya
dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran
mengatakan bahwa Adam tidak melakukan dosa.
Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa. Masalah

dosa yang diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama


Kristian mengatakan tiap-tiap orang berdosa sejak
dilahirkan sehingga dengan demikian, nabi-nabi juga
melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab
manusia menjadi berdosa. Nyata sekali betapa
kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah
dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni
kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya
tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia
menderita seksaan. Jadi, dalam masalah ini juga
Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan
ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah
nabi-nabi.
4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas
akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan
tingginya moral itu, hal yang serupa tidak diketemui
di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan
bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain
dari apa yang diusahakannya dan usahanya itu kelak
pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya
balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya*
dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi.
Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain
tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab di atas
perbuatannya. Maka dengan ajaran suci serupa inilah
yang memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan
dan menggesanya berbuat kebajikan. Tetapi agama
Kristian sebaliknya mengajarkan bahwa Jesus Kristus
telah memikul beban dosa semua orang lalu
disalibkan dan menjadi penebus semua orang yang
berdosa. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu
bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah
dikenakan ke atas seorang manusia suci, satusatunya Putera Tuhan. Ajaran ini di satu pihak
membuat manusia tidak berguna dan memalukan

sementara di pihak lain menjadikan seseorang hilang


kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan
demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya
sendiri selain daripada itu kepercayaan ini merupakan
satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan.
5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia,
ia telah menerangkan semua kebenaran. Kebenaran
yang telah lama dilupakan dan punca-punca
kebenaran yang telah dicemarkan. Islam meletakkan
semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah
semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada
mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan
palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab
wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang
sebenarnya
melalui
pendedahan
itu.
Islam
membantah tuduhan palsu dan tidak berasas
terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh sebahagian
musuh-musuhnya
dan
juga
kawan-kawannya.
Islamlah dengan usaha baiknya telah meletakkan
Nabi Isa pada tempatnya yang sebenar dan telah
membersihkannya daripada segala tohmahan orangorang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai
diri mereka Kristian. Orang-orang Kristian pula telah
menuduh semua nabi dengan tuduhan-tuduhan
palsu,
perzinaan
dan
pembunuhan
dan
mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang
tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana
kedatangan Islam yang mendedahkan kebenaran
maka tidak seorangpun yang mahu menganggapnya
sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu
obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh
Kristian.
Orang-orang
Kristian
tidak
saja
memanipulasi kitab-kitab Injil, juga telah menyusun
beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang, InjilInjil palsu dan gelap yang disusun telah diletakkan di

hadapan kita yang sedikitpun tidak ada kenamengena dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran
terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab
yang diwahyukan. Olehsebab itu saya menjemput
semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran
ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan
yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua
nabi sepanjang zaman.
6. Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak
kaum wanita dan memerintahkan pembebasan
semua hamba-abdi, meniupkan semangat persamaan
dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan
menetapkan perhubungan antara manusia dengan
Tuhan.
Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda
pun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang
lelaki diberitahu bahwa mereka boleh menceraikan
isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak
menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh
dilakukan oleh si isteri ke atas ketidak-setiaan
suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam
agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.
7. Islam
menyuburkan
moral
manusia
dan
menyediakan
tatasusila
yang
tetap
bagi
kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu
manusia boleh mengawal nafsu secara sederhana. Di
dalam Al-Quran ada disebutkan Barangsiapa
mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya
melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa
beramal salih baik lelaki ataupun perempuan, sedang
dia seorang yang beriman maka orang-orang itu
masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di
dalamnya
dengan
tidak
ada
hingganya.*
Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu

aspek saja iaitu melakukan kesalahan tidak boleh


dihukum dan kalau dia menampar pipi kiri mesti
menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari.
Betapa pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di
dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia
dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu?
Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan
baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia
menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan
kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu
menjadi
kering?
Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi
tentang
pengertian
yang
menyebabkan
saya
menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu
jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa
mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh
dan menyatakan taubat segera di atas keragaman
ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar
bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan lalu menjadi
penghalang
kepada
jalan
manusia
mencapai
kemajuan.
Mudah-mudahan
Tuhan
menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk
menerima iman. Saya juga mendoakan bapa ke jalan
benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya.
Amin!
Anak
Isabella

bapa,

* Al-Quran S 5:39-41
40:40
BAB 14

**Al-Quran S

Tugas-Tugas Kerajaan Islam

Orang-orang islam telah mengetahui secara terperinci


perhimpunan sulit yang telah diadakan oleh orangorang Kristian dan peri surat Isabella yang telah

menyebabkan cita-cita mereka jadi terbantut. Setelah


lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan
cendekiawan Islam, Isabella dan sahabat-sahabatnya
semakin dalam pengetahuan mereka tentang agama
Islam. Dalam salah satu pertemuan, salah seorang
yang
hadir
telah
memberi
pandangan.
Tuan yang dihormati. Orang-orang Kristian secara
sulit cuba menipu Isabella supaya kembali kepada
agama Kristian tetapi nampaknya Kerajaan Islam
sedikitpun tidak berbuat apa-apa dalam hal ini.
Apabila Isabella telah menjadi orang Islam maka
menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan Islam
untuk melindunginya dari ancaman orang-orang
Kristian dan membebaskannya dari bahaya yang
mungkin
menimpanya.
Ziad bin Umar tersenyum kecil mendengar kata-kata
orang
itu.
Dengan tenang dia menjawab Sebegitu jauh semua
usaha-usaha orang-orang Kristian itu dalam keadaan
sulit, jadi bagaimana kerajaan akan mengambil
tindakan dari segi undang-undang? Selain daripada
itu, memang benar iaitu apabila seseorang telah
menjadi
Islam
maka
menjadi
tanggungjawab
kerajaanlah
memberi
perlindungan
kepadanya
daripada tindasan orang-orang bukan Islam dan
berdiri teguh di belakang orang yang telah menganut
agama Islam. Tetapi kita sengaja mencegah kerajaan
Islam mengambil tindakan serupa itu kerana kami
berpendapat pengajaran yang dialami Isabella dan
kawan-kawannya akan memperkukuh moral mereka.
Kalau tidak, kita memang boleh campurtangan dan
mengambil tindakan-tindakan tegas ke atas mereka.
Orang itu masih belum berpuas hati dengan jawaban
Ziad
bin
Umar.
Tetapi bagi orang-orang Kristian yang akan datang

harus diberi peringatan supaya jangan terlalu lancang


mengikut perasaan dalam perkara-perkara serupa
ini?
katanya.
Tuan tidak usah khuatir, jawab Ziad bin Umar pada
masa akan datang kerajaan akan lebih aktif
menyokong kebebasan beragama. Dalam soal ini kita
sudah memberitahu paderi-paderi Kristian secara
terperinci tentang keadaan Isabella dan di mana dia
berada dan sebagainya. Juga, telah diberitahu bahwa
kerajaan
cukup
mengambil
berat
tentang
keselamatan Isabella dan kawan-kawannya dan jika
sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri
mereka maka kerajaan tidak akan berdiam diri.
Tuan yang dihormati, Umar Lahmi mencelah
kawan-kawan Isabella meminta agar mereka
diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum
Islam.
Baiklah! Lakukan dengan nama Allah. Islamkan
mereka
segera.
kata
Ziad.
Umar Lahmi lalu mendekati sahabat-sahabat Isabella
sambil berkata Mirano, Martha, Hanana dan
Catherine, apakah kalian masih ragu-ragu tentang
dasar
kepercayaan
Islam?
Mirano mengangkat telunjuk kanannya lalu berkata
Saya ingin mendapat penjelasan tentang beberapa
perkara.
Baiklah, kata Ziad kami tidak keberatan memberi
penjelasan. Memang benar begitulah caranya setelah
mendapat penjelasan yang memuaskan hati barulah
baik menerima agama ini. Nah, ajukan pertanyaan
dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya.
Mirano
tersenyum
lebar.
Dia kemudian berkata Tuan yang saya hormati.
Mula-mula sekali kami ini diislamkan dulu. Setelah itu
barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah.

Meskipun saya boleh menutup mulut orang-orang


Kristian dengan hujah saya tetapi dijauhkan Tuhan!
Saya
sedikitpun
tidak
ragu
tentang
Islam.
Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara
rasmi,
mengucapkan
dua
kalimah
syahadat,
mengakui dengan setulus hati akan keEsaan Allah
dan kerasulan Nabi Muhammad sallallah alaihisalam.
Semua yang hadir menadah tangan memanjat doa
kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka
lalu menutup kepala masing-masing dengan kain
selendang yang memang sudah dibawa dari awal.
Mirano mengemukakan pertanyaan. Menurut orangorang Kristian, Kitab Taurat itu ialah hukum dan Injil
merupakan
penyempurnaan
hukum-hukum
itu.
Nyatalah
apabila
telah
ada
hukum
dan
penyempurnaan maka tidak perlu lagi ada perkaraperkara lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. AlQuran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan
Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi
semakin
beralasan.
Andaikata penganut-penganut Kristian menyifatkan
sesuatu kebaikan di dalam kitab-kitab mereka, ujar
Umar Lahmi maka itu bukan satu kemestian bagi
kita mempercayainya. Dakwaan itu mesti dibuktikan
dengan
hujah-hujah.
Tetapi
dengan
hanya
menganggap sebagai satu kemestian bahwa Taurat
itu hukum dan Injil penyempurnaannya, maka
sebagai lawannya Kitab Suci Al-Quran ialah
pembenaran. Pembenaran yang mencakupi keduaduanya
sekali,
hukum
dan
kesempurnaan.
Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al-Quran di
dalam Surat Al-Maidah ayat 48 yang maksudnya kirakira
begini
:
Dan Kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau
dengan benar bahwa ia daripada Allah sedangkan ia

pula membenarkan Kitab-Kitab Ketuhanan - yang


terdahulu
daripadanya
serta
menguasainya.
Tetapi, Umar Lahmi berkata lagi Injil itu sendiri
tidak pernah menggunakan perkataan kesempurnaan.
Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti
mencakupi
kedua-duanya,
hukum
dan
kesempurnaan.
Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran
dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam
untuk menerimanya. kata Mirano. :Kenapa orangorang
Islam
tidak
mempercayainya?
Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat
dan Injil yang tulen. jawab Umar Lahmi.
Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud kenapa pula AlQuran
mengakuinya?
tanya
Mirano
lagi.
Al-Quran mengakui Taurat dan Injil asli bukan yang
dipalsukan dan dibuat-buat. jawab Umar Lahmi.
Kata orang-orang Kristian Taurat dan Injil mereka
yang ada sekarang itulah yang diakui Al-Quran. kata
Mirano.
Baiklah, kata Umar Lahmi saya akan bertanya
kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia mengakui
Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun
menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut
Surat Al-Ahqaf ayat 33 : Bahwasanya Allah telah
menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah
merasa lemah. Tetapi di dalam Kitab Taurat Kejadian
2:2-3 ada dikatakan bahwa menjelang hari ketujuh
Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang
dilakukannya dan berhenti bekerja. Dia memberkati
hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai
hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah
menyempurnakan
penciptaannya
dan
berhenti
bekerja.
Berhenti bekerja, sambung Umar Lahmi bererti

berehat dan bila seseorang itu berehat dari bekerja


bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh
Taurat itu ternyatalah bahwa Tuhan itu merasa penat.
Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat.
Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak
kenyataan
itu?
Taurat
mengatakan
Sulaiman
menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal
dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan
perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah Al-Quran
menyetujui atau menolat Taurat? Sekarang, ambil
Kitab Injil. Keempat-empat kitab itu ada mengatakan
tentang Jesus Kristus mati sambil menangis di atas
salib, bahwa dia benar-benar telah disalibkan tetapi
Kitab Suci Al-Quran menafikan bahwa Jesus dibunuh
oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan.
Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus mengaku
menjadi Tuhan tetapi Al-Quran dalam Surat AlMaidah ayat 72 berkata: Demi Allah telah kafir
segala mereka yang berkata :Sesungguhnya Allah
itulah Al-Masih anak Mariam, sedang Al-Masih
berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan
Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa
yang mensyariatkan sesuatu dengan Allah, maka
sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya
syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan
sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat
penolong. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja
paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan
adil, apakah Kitab Suci Al-Quran mengakui atau
menolak Injil?
Mirano dengan gembira terus menjawab Tidak syak
lagi bahwa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran
tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang
tetapi
telah
menolaknya.
Sekarang jelaslah, kata Umar Lahmi bahwa Kitab

Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil tetapi


menolak dengan keras dan menuduh semua
keterangan, fakta dan kepercayaan di dalamnya
sebagai mensyarikatkan Allah dan murtad. Sekarang
saya akan memberikan satu prinsip umum daripada
Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa
saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran
seperti batu ujian yang dengannya kita boleh menguji
semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Suran AnNisa ayat 82 ada disebutkan: Maka mengapakah
mereka tidak memperhatikan dan memikirkan
tujuan-tujuan
dan
maksud-maksud
Al-Quran?
Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain Allah seperti
yang mereka katakan tentulah mereka dapati
padanya perselisihan yang banyak. Ayat Kitab Suci
Al-Quran ini menegaskan bahwa kecuali Kitab Allah
maka tidak ada kitab lain yang bebas dari
pertentangan (contradiction), kerana manusia tidak
kalis dari kesilapan dan kekeliruan dan bagaimanapun
kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah
buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak
dapat dielak. Dan buku yang ada kesalahan bukanlah
dari Allah karena Allah tidak pelupa dan tidak
berbohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip
ini?
Prinsip ini cukup wajar dan adil. jawab Mirano
setuju. Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di
dalamnya tidak boleh datang dari Tuhan Yang
Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam
Taurat
dan
Injil?
Banyak sekali, jawab Umar Lahmi kerana terlalu
banyak sangat pertentangannya maka pembacapembaca menjadi bingung. Sekarang mari saya
cubakan dengan prinsip-prinsip tadi. Saudara akan
melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudara

Mirano,
cuba
beritahu
saya.
Mirano teragak-agak sebentar. Antara 21 atau 22,
katakanlah saja 22. jawab Mirano kemudian.
Bagus. Kalau saudara katakan umur saudara 22 dan
satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan
itu
betul?
Bagaimana boleh kedua-duanya itu betul? Kalau
saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu
salah. Bolehkan kedua-dua itu dikatakan benar?
MIrano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata
Umar
Lahmi.
Nah, sekarang cuba lihat di dalam kitab 2 Tawarikh
22:2-3 di mana disebutkan bahwa ketika Ahaziah
ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia
berumur 42 tahun. Tetapi di dalam kitab 2 Raja-Raja
8:25 ada disebutkan bahwa waktu Ahaziah menjadi
raja, umurnya sudah 22 tahun.* Bolehkah kedua-dua
keterangan
ini
diterima
sebagai
benar?
Tidak! jawab Mirano. Satu saja daripada kedua-dua
keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu
salah.
Masalahnya, kata Umar Lahmi mana satu di antara
kedua keterangan itu yang benar tidak dapat
dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari
Inji itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah
dibubuhkan ke atas keduanya.
* pada 2 Tawarikh 22:2-3 disebut 42 tahun dan pada
2 Raja-Raja 8:26 Ahaziah berumur 22 tahun. Dalam
Good News Bible kedua-dua Injil itu menyebut 22
tahun.
Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab
Samuel
24:9
ada
dituliskan
bahwa
Yoab
memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran
rakyat, Israel ada delapan ratus ribu daripadanya

orang-orang Yahudi yang memikul senjata tetapi di


dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orangorang Israel ialah sejuta seratus ribu yang dapat
memegang pedang dan orang Yahudi ada empat ratus
tujuh puluh ribu yang dapat memegang pedang. Nah,
apakah kedua-dua keterangan ini benar?* kata Umar
Lahmi
lagi.
Tentulah salah satu daripadanya benar. jawab
Mirano.
Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah
serupa itu tidak mungkin dari Tuhan. sambung Umar
Lahmi.
Tidak mungkin. ulang Mirano. Allah melindungi
namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih
baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah.
Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah
orang menyebut Taurat dan Mazmur itu wahyu
Tuhan? Bolehkah kesalahan-kesalahan serupa ini
dikatakan
dari
Allah?
tanya
Umar
Lahmi.
Subhanallah! keluh Mirano. Ini adalah hujah-hujah
yang terang tentang betapa lemahnya Kitab-Kitab
Kristian.
* dalam Good News Bible ditulis pada Injil 2 Samuel
24:9 Mereka melaporkan kepada raja jumlah orang
yang layak berkhidmat sebagai askar: 800,000 di
Israel dan 500,000 di Judah. Dalam Injil 1 Tawarikh
21:5 pula disebutkan: Dia melaporkan kepada Raja
Daud jumlah orang yang layak berkhidmat dalam
tentera: 1,100,000 di Israel dan 470,000 di Judah.
(Penterjemah)
Di dalam Kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan
tentang tiga orang perajurit Nabi Daud yang gagah
berani. Seorang daripadanya bernama Josheb
Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan

bersenjatakan tombak saja telah dapat membunuh


delapan ratus orang musuh. Tetapi di dalam Kitab 1
Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang
peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb
Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan
dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang saja
dengan
tombaknya.*
Oh, terlalu jauh perbedaannya. kata orang-orang
yang
hadir.
Agak aneh, bersungut Mirano orang-orang Kristian
tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok.
* dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8 nama
perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada
Injil 1 Tawarikh 11:11 namanya ialah Yasobam bin
Hakhmoni.
Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika
mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka
boleh menolak keterangan-keterangan yang tidak
betul dan membuat penentuan mana yang betul.
kata Umar Lahmi. Tetapi mereka terus berpegang
kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang
tertalu patuh kepada kebenaran. Cuba lihat di dalam
Kitab 1 Raja-Raja 4 ayat 46. Di dalamnya tertulis
Sulaiman memiliki empat puluh ribu kandang untuk
kuda-kuda keretanya serta dua belas kuda tentera
tetapi di dalam Kitab 2 Tawarikh 9:25 ditulis cuma
empat ribu kandang untuk kereta dan kuda dan dan
dua belas kuda tunggangan yang dipunyai oleh
Sulaiman. Lihat, betapa jauh perbedaannya antara
empat ribu dengan empat puluh ribu. Sebuah kitab
mengatakan empat puluh ribu sementara kitab yang
satu lagi mengurangkan tiga puluh enam ribu
daripadanya dan merasa puas hati dengan empat ribu
saja. Yang ajaibnya, kedua-dua kitab ini didakwa

sebagai wahyu daripada Tuhan. Nah, salahkan kalau


Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di
dalam
kitab
Allah?
Subhanallah! sahut Isabella betapa agungnya AlQuran. Andaikata Al-Quran tidak diturunkan tentulah
tembelang kitab-kitab agama Kristian tidak akan
diketahui.
Sekarang cuba kita lihat satu perkara lain yang juga
cukup menarik. kata Umar Lahmi. Di dalam Kitab 2
Samuel 10 ayat 18 ada dikatakan bahwa Daud telah
membunuh tujuh ratus orang pemandu kereta kuda
dan empat puluh ribu penunggang kuda. Ingat baikbaik, tujuh ratus dan empat puluh ribu penunggang
kuda. Dalam Kitab 1 Tawarikh 19 ayat 18, Daud telah
membunuh tujuh ribu orang pemandu kereta kuda
dan empat puluh ribu orang tentera berjalan kaki.
Kedua-dua kitab ini dikatakan dari wahyu Tuhan dan
kedua-dua kitab ini dikira adalah hasil daripada
manipulasi manusia dan ada campur tangan syaitan.
Sebuah kitab mengatakan pemandu tujuh ratus
kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda
sementara dalam kitab lain pula berkata bukan
begitu. Tujuh ribu orang pemandu kereta dan empat
pulu ribu bukan penunggang kuda tetapi tentera
berjalan kaki. Kitab-kitab ini dikatakan sebagai wahyu
dan kitab-kitab inilah yang disuruh orang-orang
mempercayainya. Betulkah kitab-kitab ini telah
diwahyukan
Tuhan
kepada
nabi-nabi?
Hah! kata Mirano. Terlalu banyak pertentangan di
dalamnya. Bagaimana dapat diterima oleh Islam?
Yang nyatanya ialah tabir yang dilabuhkan untuk
melindungi hikmah, kata batin dan kasih orang-orang
yang tak beriman itu terlalu tebal sehingga mereka
ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak
mendengar, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk

kepada mereka.
Setelah mendengar kata-kata Mirano, Umar Lahmi
lalu
menyambung
Setelah
begitu
banyak
pertentangan di dalam Taurat dan Kitab Perjanjian
Lama yang tidak pernah mahu berkompromi,
sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil.
Nampaknya, setelah kita membuat penelitian yang
saksama maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud
sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil
telah disusun dan ditulis dalam berbagai-bagai
bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dulu dianggap
sebagai wahyu Tuhan maka sekarang ini tidak lebih
daripada satu apocyphal atau sumber yang
diragukan. Di samping Injil-Injil itu ada Injil lain pula
yang digunakan seolah-olah Injil itu tidak lebih
daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukartukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan
telah sering diadakan untuk memilih Injil-Injil yang
berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah
bergantung
kepada
ketetapan
gereja.
Ya, ujar Mirano pernah sekali saya mendengar dari
bapa saya bahwa di salah satu persidangan itu,
setengah daripada kitab-kitab disingkirkan dari daftar
kitab-kitab yang diwahyukan.
Sekarang mari kita cuba uji Injil dengan Kitab Suci
Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan
demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang
betapa goyahnya dan betapa palsunya Injil-Injil itu.
kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan
sahabat-sahabat mereka yang diam tidak bergerak,
terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan
tentang pengetahuannya mengenai kitab Injil yang
selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.
Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang

pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah


menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang
perak. Yudas meraka sangat menyesal kerana telah
menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan untuk
dibunuh di atas salib. Lalu dia pergi kepada imamimam kepala dan tua-tua dan berkata Aku telah
berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tak
bersalah. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang
ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di
dalam Kitab Kisah Para Rasul bab1 ayat 18, ada
disebutkan bahwa Yudas dengan wang yang diperoleh
dari perbuatan khianatnya telah membeli sebidang
tanah dan di sana dia jatuh tertelungkup, perutnya
terbelah sehingga semua isiperutnya terburai keluar.
Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah
memulangkan balik wang rasuahnya kepada imamimam ketua dan kemudian menggantungkan dirinya
sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula
dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan
mati terjatuh sehingga isiperutnya terkeluar. Inilah
dua keterangan yang berbeda dari dua buah Kitab
Injil yang berbeda pula yang kedua-duanya didakwa
sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau
Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut
wahyu yang disampaikan. Jadi bererti ketika Roh
Kudus pergi kepada penulis Kitab Matius, dia
mengatakan begini kemudian apabila dia pergi
kepada penulis Kitab Para Rasul, dia mengatakan
yang lain pula. Sekarang, samaada kita membuat
anggapan Roh Kudus sebagai pembohong dan penipu
ataupun kita menolaknya secara total. Adalah lebih
bijaksana kita menyatakan bahwa semua Kitab Injil
itu palsu dan salah daripada kita meletakkan tuduhan
kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus
juga ikut berbuat dosa.

Nyatalah bahwa semua Kitab Injil yang wujud


sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah
musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya
untuk mencapai sesuatu maksud. sampuk Mirano.
Itu pertentangan daripada dua buah Injil yang
berlainan, kata Umar Lahmi mari kita tengok pula
pertentangan yang terdapat di dalam sebuah Injil
yang sama. Saint Paulus yang telah menyusun
syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut
Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan telah
diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian.
Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang
menyebutnya dan ketiga-tiganya berbeda, tidak
sama. Betapa aneh bahwa Roh Kudus telah
berbohong di tiga tempat di dalam kitab yang sama
tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat
3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahwa Paulus
sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan
sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota,
tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi
dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara
yang berkata: Kenapa menganiayai aku? Sementara
sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka
ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang
jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama
menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di
langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam bab
26 ayat 13 mengatakan Saint Paulus dan sahabatsahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua
terjatuh ke tanah. Nah, cuba fikirkan dalam sebuah
Injil, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga
versi
di
tiga
tempat.
Bolehkah
kita
membenarkannya?
tanya
Umar
Lahmi.
Tidak mungkin, jawab Mirano cepat ketiga-tiganya

palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak


sukar mahu dipastikan.
Nah,
saudara
sudah
mendengar
tentang
pertentangan antara dua buah Kitab Injil yang
berbeda dan pertentangan di dalam sebuah Injil yang
sama. kata Umar Lahmi. Sekarang cuba perhatikan
keanehan pertentangan yang terjadi di dalam satu
ayat yang sama pula. Di dalam Kitab Injil Lukas bab
21 ayat 16-18 ada disebutkan tentang peringatan
Jesus kepada pengikut-pengikutnya: Dan kamu akan
diserahkan
juga
oleh
orangtuamu,
saudarasaudaramu,
kaum
keluargamu
dan
sahabatsahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan
dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh
kerana namaku. Tetapi tidak sehelai pun dari rambut
kepalamu akan hilang. Ini bererti bahwa musuh akan
membunuh pengikut-pengikut Jesus tetapi tidak
sehelai rambut pun akan hilang yakni tidak terjadi
apa-apa seolah-olah pembunuhan itu tidak ada
kaitannya dengan kecederaan. Kena bunuh tetapi
pengikut-pengikutnya tidak kena bunuh. Kita akan
merasa hairan betapa tidak berakalnya penyusun Injil
itu sehingga dalam ayat yang sama ada pertentangan
yang
boleh
menimbulkan
ketawa.
Isabella yang sejak lama diam mendengar lalu
menyampuk
Bagaimana
agaknya
orang-orang
Kristian yang malang itu mahu menjelaskannya?
Apa penjelasan yang boleh mereka berikan? tanya
Umar Lahmi. Mereka selalu mengelak dengan
percakapan yang tidak relevan dan menimpakan
kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil
berat. Meskipun jawaban mereka kita terima sebagai
satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum
berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang
mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh umur

seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada


yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan
mana satu pula yang benar? Tidak ada orang-orang
Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahwa ayat
sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis
begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani
maka penerangan dan jawaban apa pun juga
hanyalah nonsense semata-mata. Jadi, hal ini
membuktikan bahwa menurut orang-orang Kristian
sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat
lain kesalahan jurutulis pula diakui maka dengan
sendirinya
kitab-kitab
itu
telah
kehilangan
kewibawaannya dari sudut mana pun jua.
Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki
dengan membuat bandingan dengan yang asli? tanya
Isabella.
Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita
bersusah-susah mahu membuat perbandingan lagi.
kata Umar Lahmi. Masalahnya kitab yang tulen tidak
wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi
terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang
ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat
dibuat kepastian tentang Injil-Injil ini bila ditulis,
dalam bahasa apa atau siapa penulisnya. Setengah
pula mengatakan ditulis serentak pada satu waktu di
dalam dua bahasa iaitu bahasa Greek dan bahasa
Yahudi. Tetapi dalam bahasa apapun yang ditulis, Injil
asli tentu dapat diperoleh. Malangnya, tidak pernah
diketemui di mana-mana pun jua. Hanya terjemahan
dari terjemahan yang ada yang tidak dapat
dipercayai. Kemudian timbul pula berbagai-bagai
pendapat tentang zaman Kitab-Kitab Injil ditulis dan
tentang
penulisnya
tidak
sesiapa
pun
yang
mengetahuinya. Setengah mengatakan pengikut
Jesus, Jonah telah menulis Injilnya sendiri dan ada

yang mengatakan ia ditulis oleh orang lain yang juga


bernama Jonah. Yang paling menyedihkan ialah tidak
ada keterangan di dalam kitab-kitab itu tentang
penulisnya, di dalam Kitab Injil Matius namanya juga
tidak
ada.
Orang-orang Kristian berkata apa saja kitab yang
telah disahkan oleh gereja maka itulah saja kitab
Tuhan dan kitab yang diwahyukan. jawab Mirano.
Jadi untuk dapat dianggp sebagai diwahyukan kita
mesti bergantung kepada gereja sementara kitabkitab itu sendiri pekak dan bisu dalam soal ini. kata
Umar
Lahmi.
Isabella
lalu
mencelah
Orang-orang
Kristian
mempertahankan bahwa keputusan gereja adalah
bebas
daripada
kesilapan.
Dengan
demikian,
keputusan
itu
pun
sebagai
wahyu
pula.
Jikalau keputusan gereja itu bebas dari kesilapan
maka mengapa pula ada berbagai-bagai keputusan
dari gereja-gereja yang berbeda? Dalam Sidang
Synodes di Nicia 325 Masihi dan sidang yang
diadakan di Konstantinopel 381 Masehi kitab-kitab
yang dianggap wahyu ole persidangan itu telah
ditolak setengahnya oleh Sidang Niqawiy. Malah
diperintah membakr sekalian kitab yang isinya
berlawanan dengan keputusan dalam Sidang Synodes
di Nicia. Sementara sebahagian daripada kitab yang
dikeluarkan daripada daftar-daftar wahyu kembali
diterima sebagai kitab-kitab wahyu di dalam sidang
yang lain. Seolah-olah kitab-kitab wahyu itu seperti
hidung patung lilin yang boleh diubah-ubah ke kiri
atau ke kanan.
Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar
Lahmi tentang berbagai-bagai perkara yang bermula
daripada masalah yang ditimbulkan oleh Mirano,
maka pertemuan itu pun berakhir sudah agak larut

malam. Semua peserta kembali ke rumah masingmasing.


Isabella
dan
sahabat-sahabatnya
ditempatkan di sebuah rumah tidak jauh dari rumah
Ziad bin Umar dan dikawal dengan ketat oleh
pengawal-pengawal Islam yang gagah berani.
Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur supaya
Isabella dan sahabat-sahabatnya mendapat latihan
dan pendidikan agama secara intensif tidak saja dari
Umar lahmi dan alim ulama yang lain tetapi juga dari
Ziad bin Umar sendiri.
Masa berjalan begitu cepat, sudah empat tahun
berlalu. Dalam masa itu, Isabella dan sahabatsahabatnya telah dapat menguasai bahasa Arab
dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama
Islam juga cukup mendalam. Isabella kini telah
menjadi tempat tumpuan kaum wanita di Cordova.
Setelah mendalami ilmu agama maka dia telah
menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi
dan diberi gelaran sebagai muhaddisa salah seorang
ahli Hadis yang ulung di Cordova. Seorang yang salih
yang telah menyerah seluruh hidupnya ke jalan Allah.
BAB 15 Islam Agama Kesejahteraan
Cahaya petunjuk dari Islam merupakan rahmat yang
paling agung dari Allah Subhanahu wa taala, yang
telah menganugerahkan perbendaharaan ghaibNya
kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Isabella
ialah anak perempuan seorang paderi Kristian yang
terkemuka, yang telah dibesarkan oleh bapanya
menurut peraturan-peraturan agama Kristian yang
ketat. Isabella sendiri seorang puteri Kristian yang
fanatik, seorang ilmuwan dalam teologi tetapi kini
telah menjadi seorang Islam, seorang muslimat,
seorang yang alim dan warak, ahli pentafsir Hadis dan

seorang wanita Islam yang sempurna displinnya.


Isabella telah termahsyur di seluruh Sepanyol kerana
ilmu dan kesalihannya. Dalam masa yang singkat, dia
dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit
yang ada kaitan dengan hukum-hukum Islam.
Isabella sudah sepuluh tahun menjadi penganut Islam
dan dalam masa itu serangan-serangan terhadap
Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian sudah
mulai reda. Beratus-ratus orang Kristian, lelaki dan
perempuan, telah menerima cahaya Islam melaluinya
dan dengan rahmat Allah. Dia telah keluar sebagai
lambang
kemenangan
dalam
berbagai-bagai
perbincangan agama.
Tepat pada masa itu berita-berita telah tersebar di
seluruh Sepanyol bahwa ada seorang perempuan
Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam
pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan
juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai
hujah-hujah yang banyak dan meyakinkan tentang
kebenaran agama Kristian sehingga alim ulama Islam
yang terkenal pun agak susah mahu menolaknya.
Selain daripada itu, khabarnya dia juga memiliki
mukjizat yang menyebabkan mendapat kedudukan
istimewa di dalam hati penganut-penganut agama
Kristian
sehingga
kepopularannya
tidak
menyenangkan Paus. Orang-orang Kristian dari jauh
dan dekat telah datang ke Toledo semata-mata
kerana hendak mengambil berkat dengan menyentuh
pakaiannya saja. Juga diberitahu bahwa dia boleh
menyembuhkan penyakit yang paling berbahaya
hanya dengan sekali tenungan. Wanita Kristian itu
telah mengetahui tentang Isabella yang telah
meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam
sepuluh tahun lalu. Dia lalu mengumumkan kepada
pengikut-pengikutnya bahwa jikalau Isabella datang

menemuinya, dia akan membawanya kembali ke


dalam agama Kristian dengan mukjizat yang ada
padanya dan dengan kekuatan hujah-hujahnya.
Katanya lagi Isabella tidak akan berani datang ke
hadapannya kerana selama sepuluh tahun sesudah
dia keluar dari agama Kristian, dia telah merasa kesal
kerana meninggalkan agama itu.
Oleh
sebab
pengumuman
yang
dibuat
oleh
perempuan Kristian itu maka timbullah kehebohan di
seluruh negara Sepanyol dan orang-orang Kristian
pula menjadi keras kepala dan mula melakukan
perbuatan-perbuatan nakal. Akhirnya, pada suatu
hari dalam salah satu perhimpunan agama, salah
seorang
terpelajar
yang
sedang
mengikuti
perhimpunan itu telah berkata kepada Isabella.
Sudahkah anda mendengar satu pengumuman
baru?
Tentang
apa,
saudara?
tanya
Isabella.
Seorang wanita Kristian telah mencabar anda untuk
berdebat. jawab lelaki itu. Katanya anda tidak akan
berani datang berdebat dengannya dan kalau anda
datang juga dia tidak akan melepaskan anda balik
sebelum anda kembali ke agama Kristian baik melalui
mukjizatnya mahupun melalui hujah-hujahnya.
La haula wala quwata illa billa, ujar Isabella.
Seorang wanita Kristian mencabar saya dan dengan
hujah-hujahnya
mahu
memasukkan
seorang
muslimat sejati ke dalam agama Kristian! Saya
sebenarnya sudah tidak berminat lagi dalam
persoalan itu. Semua orang yang diberi petunjuk oleh
Alah akan datang kepada saya. Tetapi wanita Kristian
ini
nampaknya
inginkan
nama.
Dia sudah lama terkenal, jawab lelaki terpelajar itu
tetapi sekali ini, dia berhajat mau berkonfrontasi
dengan anda pula. Perkara ini sudah heboh

dipercakapkan orang di seluruh negeri terutama


dalam
kalangan
orang-orang
Kristian.
Saya telah juga mendengarnya, jawab Isabella
bahwa dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan
kita silalah datang ke mari dengan segala penyokongpenyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.
Kira-kira enam hari sesudah perbincangan antara
Isabella dengan lelaki terpelajar itu, Isabella telah
menerima surat dari perempuan Kristian tersebut
yang meminta berbincang dengannya mengenai Islam
dan
agama
Kristian.
Andaikata anda bersetuju, saya dengan segala
senang hati akan datang ke tempat anda, mencuba
membersihkan
semua
keraguan
anda.
Isabella
terus
menjawab
Saya
hanya
suka
berbincang dengan tujuan mencari kebenaran dan
bukan kerana sekadar mahu bercakap kosong yang
akan membuang masa saja. Anda dipersilakan datang
ke rumah saya bila-bila masa anda suka.
Sebaik saja menerima surat Isabella itu, perempuan
Kristian itu pun tidak berlengah-lengah lagi lalu
mengumumkan kepada orangramai bahwa dia akan
berdebat dengan Isabella dan akan membawanya
kembali ke dalam agama Kristian. Esoknya, dengan
diiringi oleh kira-kira seratus orang perempuan
Kristian dia bertolak dari Toledo menuju ke kediaman
Isabella di Institut Pengajian Al-Quran di Cordova.
Isabella
dengan
penuh
mesra
menyambut
kedatangan semua tetamunya. Setelah berehat
sebentar maka perdebatan itu pun dimulai atas
inisiatif wanita Kristian itu.
Khabarnya anda meninggalkan Tuhan Jesus dan
semua wali lalu menerima agama palsu seperti
Islam. kata perempuan Kristian itu. Lebih baiklah

setelah sudah mengalami pengalaman pahit itu, anda


kembali
kepada
agama
Kristian.
Isabella tersenyum mendengar kata-kata perempuan
Kristian
itu.
Biarpun saya dibakar hidup-hidup saya tidak akan
meninggalkan Islam dan menerima ketuhanan yang
berbagai-bagai serta kepercayaan Kristian yang
memalukan itu. Namun demikian kerana anda datang
ke mari maka saya ada hak untuk bertanya di mana
di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang
mengajak orang masuk Kristian. Di dalam Injil, Jesus
itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia
telah diutus untuk mendakwah kepada mereka
khusus.
jawab
Isabella
tegas.
Apakah ada tertulis di dalam Injil bahwa pintu agama
Kristian tertutup kepada semua manusia? Apakah ini
hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda
membuang agama Kristian? tanya perempuan
Kristian
itu.
Ya, ada ditulis di dalam Injil dan juga disahkan oleh
Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan :wa rasulan ila
Bani Israel yakni Jesus Kristus itu diutus sebagan
nabi orang Israel (Yahudi) dan di tempat lain ada
disebutkan : waja alnahu mislan Bani Israel yakni
kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada
orang-orang Israel dan ini bererti bukan untuk
seluruh
dunia.
Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga
anda menyebutnya di hadapan saya? tanya
perempuan
Kristian
itu
lagi.
Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda
mungkin tahu bahwa dalam soal ini Kitab Suci AlQuran dan Injil itu sama. Dalam Kitab Matius bab 10
ayat 5 ada dikatakan : kedua belas orang murid itu
telah diutus oleh Jesus dan dia berpesan kepada

mereka : Janganlah kamu menyimpang ke jalan


bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang
Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba
yang hilang dari umat Israel! Di dalam Kitab Matius
juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan : Lalu Jesus
pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan
Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan
dari daerah itu dan berkata Kasihanilah aku, wahai
anak Daud kerana anakku perempuan telah dirasuk
syaitan dan sangat menderita. Tetapi Jesus sama
sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang
dan meminta kepadanya. Suruhlah dia pergi,dia
mengekori kita dengan berteriak-teriak. Jawab Jesus
Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang
dari umat Israel. Nah, itu buktinya daripada Kitab
Injil anda sendiri bahwa Jesus Kristus tidak diutus
sebagai nabi kita semua tetapi hanya untuk orangorang Israel saja, bukankah lebih baik anda ikut
perintah Tuhan anda? Mengajak orang lain masuk
Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan
perintah
Tuhan
anda
dan
anda
telah
menderhakainya. kata Isabella.
Apa yang anda tahu tentang Injil? kata perempuan
Kristian itu. Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat
itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahwa Injil tidak
boleh
diajar
di
mana-mana.
Tidak ada? tanya Isabella seperti mengejek.
Jangan
berbuat
bohong
Isabella.
Sekurangkurangnya di hadapan khayalak ini anda patut
menahan diri dari berbohong. kata perempuan
Kristian itu. Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat
15 ada ditulis : Dia berkata kepada mereka, pergilah
ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua
makhluk. Barangsiapa yang percaya dan dibaptiskan
maka dia akan selamat dan barangsiapa yang tidak

percaya maka dia akan diseksa. Lihat betapa


jelasnya perintah untuk mengkristiankan seluruh
umat
dunia.
Anda barangkali tidak tahu, kata Isabella ada 12
ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil
yang awal hanya sampai kepada ayat 8 saja. Anda
jangan cuba kemukan hujah dari Injil yang sudah
dimanipulasi.
Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah
kemudian? tanya wanita Kristian itu terperanjat.
Dari penyelidikan orang-orang Kristian sendiri.
Setelah dibandingkan dengan nashkah-nashkah lama,
ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu
tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu*.
* di dalam edisi bahasa Urdu Kitab Injil yang
digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah
dimanipulasi ini dibuat sebagai catatan pinggir.
Karena kami tidak mempunyai Kitab Injil yang
original maka saya tidak dapat berkata apa-apa
sebagai jawabannya. ujar perempuan Kristian itu.
Saya akan menjawab apabila saya mendapat Injil
original nanti. Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran
yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda
sampai
menerima
Islam?
Mengenai hal itu saya telah pun berbincang secara
terperinci dengan para paderi anda. Tanyalah kepada
mereka.
kata
Isabella.
Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab
kepada paderi-paderi itu. Sekarang cuba terangkan
kepada saya apa dia kelebihan-kelebihan Islam yang
telah anda pelajari? tanya perempuan Kristian.
Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata
tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang
membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan

saya
mencintai
Islam.
kata
Isabella.
Kenapa anda enggan menyebut kelebihan-kelebihan
Islam? Perempuan Kristian itu terus mendesak.
Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun
juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada
sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol
dalam ilmu pengetahuan. Jangan anda cuba fikir
bahwa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun
saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan saja.
Anda boleh menjelaskan yang hak dan yang batal biar
seterang hari siang. Beritahu saya kualiti yang mana
satu lebih tinggi: peradilan lebih tinggi daripada
hukum rahmat ataupun hukum rahmat itu lebih tinggi
daripada
syahadat
peradilan?
Kedua-duanya tinggi dan utama pada tempatnya
masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau
bukan
pada
tempatnya.
jawab
Isabella.
Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?
Perempuan Kristian itu bertanya kepada Isabella.
Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di
dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap
orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil ialah
hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus
saja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah,
cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum
rahmat?
Saya telah katakan bahwa kedua-duanya betul pada
tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang
berbuat salah diampunkan dengan andaian bahwa dia
akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan
rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau
dikhuatiri bahwa yang berbuat salah itu semakin
berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga
maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidakadilan
kepada
yang
berbuat
salah.

Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peradilan


ataupun
hukum-hukum
rahmat?
tanya
lagi
perempuan Kristian itu.
Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum
peradilan
dan
bukan
hukum-hukum
rahmat
sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan
peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada
tempatnya masing-masing. Kitab Suci Al-Quran
sebaliknya merangkumi kedua-duanya, peradilan dan
kerahmatan dan telah menunjukkan jalan yang benar
bagi penggunaan kedua-duanya itu. Dalam Al-Quran,
surat 42 ayat 40 ada disebutkan : Balasan kejahatan
adalah kejahatan yang seumpamanya. Inilah hukumhukum peradilan dan selajutnya ayat itu diakhiri
dengan:
Barangsiapa
memberi
maaf
serta
memperbaiki keadaan dirinya maka pahala akan
diberikan Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang berlaku zalim. Ini ialah hukum-hukum
rahmat. kata Isabella. Di tempat lain Al-Quran iaitu
di surat An Nahl ayat 126 ada disebutkan: Dan jika
kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka
seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang
ditimpakan atas kamu. Ini ialah peradilan dan Demi
Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu
lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar. Ini
rahmat. Di tempat ketiga pula iaitu di surat AlBaqarah ayat 280 ada disebutkan begini: Dan jika
didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang
yang berhutang maka hendaklah kamu beri waktu
hingga dia sanggup membayarnya. Ini peradilan lagi.
Tetapi kamu bersedekah kepada orang yang papa itu
dengan jalan membebaskan mereka dari hutang,
adalah lebih baik bagi kamu dari menunggu mereka
sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui. Itu
rahmat lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi

peringatan
tentang
peradilan
dan
rahmat. Perempuan Kristian itu lalu menyampuk
Quran menyuruh mengambil tindakan membalas
tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya
disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil
bukankah
telah
terbukti
dengan
jelas.
Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi kekurangan.
jawab Isabella dengan segera. Andaikata orang
melakukan kejahatan dan jenayah lalu diberi
kemaafan kepada tiap-tiap kali kejahatan dan
jenayah dilakukan, maka kejahatan dan jenayah akan
merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta
ketenteraman akan terganggu. Kitab Suci Al-Quran
membenarkan penggunaan kedua-duanya sekali:
pemaafan dan pembalasan menurut keadaannya.
Selain daripada itu, Injil juga telah memanusiakan
Tuhan tentang mengapa Dia memberikan sifat marah
dan nafsu kepada manusia. Apakah sifat marah itu
diberikan tanpa bersebab? Tidak. Tuhan tidak pernah
mencipta sesuatu sifat manusia tanpa ada gunanya.
Oleh sebab itu Kitab Suci Al-Quran telah mengajar
bagaimana
mahu
menggunakan
sifat-sifat
pengampun dan pemarah, pemaafan dan pembalasan
menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak
dibenarkan
sifat-sifat
itu
menghanyutkan
manusia.Ah, betapa tidak adilnya anda menolak
semua perkara-perkara baik dari kami, kata
perempuan Kristian Tuhan kami tidak pernah
berperang
dengan
sesiapa
pun
juga
tetapi
memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar
menahan penindasan mereka sedangkan nabimu
membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta
tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun
juga. Sekali lagi membuktikan bahwa contoh dari Injil
dan Tuhan kami saja yang boleh membawa kepada

keselamatan.
Kesabaran,
kemaafan,
ketegasan,
keberanian,
keadilan dan lain-lain lagi adalah perbuatan yang
diketahui oleh tiap-tiap orang tetapi sangat sedikit
pula daripada mereka itu yang tahu akan
signifikannya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik
dan
buruk
moral
terletak
kepada
tempat
penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka
kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali.
Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan
tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai
kuasa untuk membalas. Jikalau seorang yang lemah
dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas
maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan
dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai
satu kebaculan saja. Nabi kami memiliki kekuasaan
moral ini sebab itu kemaafan dan pengampunan
adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau
menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam
telah dibawa ke hadapan baginda tetapi baginda
membebaskannya semua dengan berkata: Pergilah
kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas! Kalau
baginda mahu, baginda dapat mencencang-cencang
mereka kerana baginda ada kuasa dan sahabatsahabat baginda sedang menunggu perintahnya saja.
Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana
kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuhmusuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat
tertekan
dan
tidak
ada
siapa
yang
mahu
menolongnya, dia pula tidak ada kuasa untuk
membalas dendam. Tidak ada lain yang dapat
dilakukan olehnya kecuali memberi maaf. Kalau dia
berkuasa dan memaafkan musuh-musuh maka
sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda
banggakan. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya

maka
ia
bukanlah
kemaafan.
Pooh, Isabella! perempuan Kristian itu mendesit.
Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai
orang-orang yang bermoral? Dan jangan cuba
memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang
tidak pernah menumpahkan darah barang setitik
pun.
Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari
sudut yang keliru. Nah, saya mau mengemukakan
kepada anda tentang keberanian dan tentang
anggapan anda terhadap baik atau buruk peradilan.
Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh
membantahnya? jawab perempuan Kristian itu.
Bagus! Nah, cuba beritahu saya apakah keberanian
dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan
dan
peradilan
dapat
diwujudkan
tanpa
ada
pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua
kesempatan ini telah menganugerahkan oleh Allah
kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan
terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai
kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia
telah memperlihatkan keberanian dan dengan
membentuk
pemerintahan
dia
memperlihatkan
peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua
kelebihan ini pada Tuhan anda?Anda fikir berperang
itu satu kelebihan yang besar? Tuhan kami membawa
seruan perdamaian dan keamanan dan bukan
peperangan.
jawab
perempuan
Kristian
itu.
Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di
satu pihak dia adalah rahmat kepada dunia, baik hati
dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang pejuang
dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi
contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai
aspek
hidup.
kata
Isabella.
Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella. ujar

perempuan Kristian itu. Bolehkah anda membuat


bandingan antara seorang yang suka berperang
dengan seorang yang membawa kedamaian?
Kalau memerangi musuh dan menindas perbuatan
jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula
pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh
kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuhmusuhnya yang disaksikan di dalam Kitab Perjanjian
Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang perdamaian
dan keamanan dan dia selama hidup tidak pernah
berperang? Nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan
Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak
berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa,
maka di piha lain serupa Kristus, baginda membawa
perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka
baginda merupakan contoh yang paling sempurna
dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus. kata Isabella.
Nampak anda kini sudah terlalu bijak. Saya tidak
akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan. ujar
perempuan Kristian itu. Saya akan bercakap kepada
anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita
yang hadir di sini dapat mengikutnya dengan
saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan
sedalam-dalamnya
sesudah
anda
membuat
bandingan Quran dengan Injil nanti barulah
kebenaran
menjadi
nyata
kepada
anda.
Saya akan menjawab soalan anda sejelas mungkin.
Nah,
sila
kemukakan.
kata
Isabella.
Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau
kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan. Perempuan
Kristian itu mencabar Isabella. Pertama buktikan
kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah
perbahasan ini kita teruskan.
Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu
menurut
ukuran
anda?
tanya
Isabella.

Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang


Muhammad, maka Islam benar, kalau tidak ia adalah
palsu. kata perempuan Kristian itu. Kerana tiap-tiap
nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabinabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal
tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan
mukjizat.
Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat
anda?
tanya
Isabella.
Mengapa pula tidak? jawab perempuan Kristian itu.
Apakah ada nabi-nabi terdahulu yang telah
memberitahu
tentang
kedatangannya?
tanya
Isabella.
Sebelum dia, mana ada nabi, jadi bagaimana orang
akan
memberitahu
tentang
kedatangannya?
Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya
seseorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. Kalau
seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi
yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa
dikeluarkan dari kenabian menurut kriteria anda itu.
Tentang kemukjizatan pula itu bukanlah suatu
perkara yang penting bagi kenabian. Di dalam Injil
anda sendiri ada tertulis bahwa nabi palsu juga boleh
melakukan mukjizat melebihi Jesus sendiri. kata
Isabella.
Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja
pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda membuktikan
kerasulan
nabi
anda?
Soalan serupa pula hendak saya kemukakan kepada
anda. Atas dasar apa seorang Kristian itu percaya
kepada Nabi Musa, Daud, Sulaiman, Yaakub, Yusuf,
Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba biar saya dengar hujahhujahnya dan atas dasar yang sama pula insyaAllah
kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan
dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi

bagi anda untuk menolaknya. ujar Isabella.


Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang
mereka lakukan. jawab perempuan Kristian itu
ringkas.
Peranan apa? tanya Isabella cepat. Cubalah
perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar
perbahasan
kita
ini.
Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum
menjawab, seolah-olah berfikir. Dia menundukkan
kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada
penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir
kalau-kalau
dia
tidak
dapat
menjawab
dan
perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta
kehilangan maruah kepada orang-orang Kristian
seluruhnya.
Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan
memandang Isabella dengan pandangan kosong.
Kami tidak tahu tentang nabi-nabi lain. Kami hanya
menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami
saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain
itu.
Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak.
Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan
anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi
Muhammad
sallallah
alaihi
wassalam
akan
dibuktikan.
Bkti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia
telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi
celik kepada orang yang buta, menyembuhkan
penyakit kusta dan menyelamat orang yang dirasuk
syaitan.
kata
perempuan
Kristian
itu.
Apakah bukti bahwa Tuhanmu telah melakukan
semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan
Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah

dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan


daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada
anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad
sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih
kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan
akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah mukjizat
Kitab Suci Al-Quran yang mencabar seluruh dunia.
Andaikata iaitu rekaan dari Nabi kami, maka cuba
buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kirakira sepuluh ayat atau beberapa ayat saja atau satu
ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang
pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah
berhala atau tukang sihir atau Saebiin yang berani
menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup
yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke
Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau
dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang
bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti
asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang
didongengkan.
Anda telah mula bercakap tentang perkara-perkara
yang tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang
serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan
berkahwin empat? Dengar ini! Tuhan kami telah
mengatakan bahwa ia adalah jalan kebenaran dan
kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang
boleh
sampai
kepada
Tuhan
Bapa.
Kitab Suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan
kahwin sampai empat. Ia memberi kelulusan untuk
melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi
jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu
jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi
Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian
Lama mereka mempunyai beratus isteri. Tentang
pengakuan Tuhan anda bahwa iaitu jalan kebenaran

dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi


satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi
yang diutus ke dunia ini membawa jalan kebenaran
dan kehidupan. Tuhan anda mengatakan dia adalah
jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran
mengatakan tentang Nabi kami bahwa dia itu bukan
saja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan
jalan kebenaran kepada orang-orang lain. Dalam
Kitab Suci Al-Quran Surat Asy-Syura ayat 52 ada
disebutkan kira-kira begini: Dan sesungguhnya,
engkau benar-benar memberi petunjuk kepada jalan
yang
lurus.
Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahwa Nabi kami
bukan saja dia itu menjadi kehidupan tetapi juga dia
datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini.
Dalam surat Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang
maksudnya ialah: wahai segala mereka yang telah
beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya
apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu
yang menghidupkan kamu. Dan ketahuilah olehmu
bahawasanya Allah menjadi pendinding antara
seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya
kepada
Allah
kamu
dikembalikan.
Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad
sallallah alaihi wassalam telah mengislamkan orangorang biadab, yang keji, penindas, bodoh, pencuri,
pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi
mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus
ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya.
Baginda telah memberikan kehidupan kepada orangorang Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai
bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk
dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya
dan malah kepada mereka itu juga dia tidak
memberikan seluruh kepercayaannyaa kerana seperti

yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka,


sebahagian daripadanya tidak jujur.
Anda bercakap terlalu banyak, kata perempuan
Kristian itu tetapi sebegitu jauh anda belum dapat
membuktikan mukjizat yang telah dilakukan oleh Nabi
anda.
Nasihat saya kepada anda, kata Isabella pula ialah
supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan
logik anda itu tetapi cuba menyakinkan saya dengan
mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah
terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang
meminta restu dari anda. Anda tidak layak bercakap
perkara-perkara
yang
logik.
Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat
saya.
jawab
perempuan
Kristian
itu.
Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah
mendengar jawaban itu dan semua yang hadir
menjadi
terperanjat
yang
amat
sangat
mendengarnya.
Perempuan-perempuan
Kristian
menundukkan kepala mereka dengan rasa malu
sementara orang-orang Islam mengucapkan syukur
kepada Allah dengan hati yang gembira.
Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa
yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang
memerhatikan keadaannya lalu berkata Barangkali
anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu
perbahasan ini sampai besok pula. Nah, sekarang
beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.
Saya tidak akan bangun, jawab perempuan Kristian
itu selagi kita tidak dapat memutuskan tentang
kebenaran dan kebatalan. Barangkali juga anda yang
letih.
Bagi
saya
anda
bebas
untuk
meneruskan
perbincangan ini tanpa jeda sehingga yang benar dan

yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang


saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak
lain.
jawab
Isabella.
Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan
perbincangan ini sampai selesai. kata perempuan
Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. Nah,
sekarang cuba katakan apa perlu lagi Islam setelah
agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?
Jikalau Islam tidak datang, jawab Isabella
kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini.
Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran
nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajarkan
manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan
huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab
tentang mengapa Islam diperlukan.
1. Islam
dengan
kedatangannya
telah
menyempurnakan agama yang terdahulu, kerana
pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan
sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan
tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab
Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.2. Ajaran
yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah
diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan AlQuran
membersihkan
penyelewengan
tersebut.
Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah
menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan
membina struktur yang bobrok dengan mengadakan
sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali
diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar
ketauhidan Allah dan menyembahkan zat kebesaran
Allah dan kekuasaanNya yang tulen kepada
dunia.3. Ahlul Kitab telah mengadakan berbagai
macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi,
mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta,
penipu dan penzina dan dengan demikian mencap

nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras


menolak, membantah, menafikan tuduhan-tuduhan
tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan
kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.
4. Ahlul Kitab dengan membuat interpretasi kitabkitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu
sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahwa kitabkitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran
mendedahkan perbuatan jahat mereka, penipuan
mereka dan mengemukakan semua ajaran yang
sebenar dan tulen dari kitab-kitab terdahulu itu
sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi
kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab
yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi terdahulu.
5. Olehsebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitabkitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa
yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu
saja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang
meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia
di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman
maka Kitab Suci Al-Quran telah mengisi kekosongan
jurang itu dan setelah menyempurnakan tatasusila
agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat
manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi
kegunaan seluruh kemanusiaan sehingga Hari
Kiamat.
Nah, sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan
ke dunia ini?
Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona
dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella,
perempuan Kristian itu lalu menjawab Semua itu
hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang
sahih. Anda tidak sedikitpun menyebut tentang

mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian


kenabiannya. Kerana persoalan ajarannya itu datang
sesudah masalah ini dihuraikan.
Anda menanyakan kepada saya apa perlunya
kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebut
keperluan-keperluan itu, jawab Isabella sekarang
terserah kepada anda pula untuk membantah hujahhujah itu. Saya telah berikan kepada anda bukti
mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia ini,
iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya.
Jikalau ada orang yang mengatakan bahwa Kitab Suci
Al-Quran itu bukan wahyu dari Allah, dia haruslah
bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan
dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada
sesiapa pun yang telah melakukannya untuk
menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu
maka jelaslah tanpa ada cabaran apapun juga bahwa
Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi
dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi
sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah
sesudah mencapai darjat kenabian, Nabi sallallah
alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai
dengan instruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa
hayatnya seluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam.
Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari
nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang
boleh dibuat untuk menunjukkan bahwa seseorang
yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkaraperkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad
sallallah alaihi wassalam itu.
Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak
layak untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang
telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan
kahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi

seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami


bahwa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya.
kata
perempuan
Kristian
itu.
Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan
Anak maka dia tidak perlu kahwin, jawab Isabella
tetapi sebaliknya Nabi kami, Muhammad sallallah
alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia
lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada
perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat
menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan
anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.
Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat
dibezakan daripada yang lain. kata perempuan
Kristian
itu.
Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia
sempurna, puan? Anda telah mengakui bahwa Tuhan
anda
itu
Tuhan
Anak!
Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan
sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia.
jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari
perangkap
yang
disediakan
Isabella.
Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda
itu? Dan bagaimana pula definisi manusia yang
sempuna?
Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk
mengikutinya tidak ada terdapat apa-apa kesukaran.
jawab
perempuan
Kristian
itu.
Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda.
Saya fikir anda kini telah sampai kepada satu kriteria
yang boleh diterima. kata Isabella. Anda telah
mengatakan bahwa manusia yang sempurna ialah
orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek
kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahwa
orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang
biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga.

Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak.


Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut
Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana
Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata
apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama
timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib
ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan
Kristian, kriteria mana pula yang anda ikuti dalam
kehidupan Tuhan anda itu?
Tuhan
kami
tida
pernah
berperang
dalam
peperangan apa pun juga dan tidak kahwin. Jadi
persoalan ini tidak timbul. jawab perempuan Kristian
itu
agak
gugup.
Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang
dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikutpengikutnya
iaitu
orang-orang
Kristian
telah
melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan
berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut
ukuran anda itu tidak menepati contoh yang standard
bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek
keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam
kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan
yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam
amali kehidupan orang-orang Kristian? tanya
Isabella.
Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian
itu lalu berkata Tuhan kami ialah contoh kehidupan
rohaniah. Apa ada hubungannya dengan kehidupan
fizikal?
Saya bersetuju bahwa Jesus Kristus itu diambil
sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi.
Tetapi jangan anda lupa bahwa aspek rohani dan
jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan
manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi
bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut

oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang


Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai
model. Ini diikuti dengan logik bahwa Tuhan anda
juga berkehendak kepada masalah yang utama ini.
Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi Musa
ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan
Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tetapi
kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad
sallallah
alaihi
wassalam
ialah
kehidupan
kesempurnaan.
Kehidupannya
dipenuhi
dengan
ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia
menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang
dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir
zaman
Muhammad
sallallah
alaihi
wassalam
menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak
dewasa sedikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan
beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria,
kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu
berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di
Mekah, lalu ke Taif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz
dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan
para penentangnya, menyantuni orang-orang yang
sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan jandajanda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari
Mekah
ke
Madinah,
mengadakan
perjanjian
antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah,
membina masjid, menyelesaikan perselisihan antara
suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di
berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur
siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud
dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan
telah memperlihatkan kebolehannya di dalam siasat
peperangan. Baginda mengerjakan solat yang lama
pada waktu malam sehingga kakinya bengkakbengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara,

jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan


dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi
Muhammad sallallah alaihi wassalam, sebagai
penggembala
kambing
juga
sebagai
seorang
pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan
contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan
penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya. Bagi
seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari
tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan
menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam
kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan
satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan
internasional
juga
bagi
penduduk
rimba.
Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan
siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan
baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam
kehidupan di masa damai. Pendekkata tidak ada
contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang
sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi
wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah,
perniagaan, kepemimpinan, memberi nasihat dan
mengimani solat, dalam hidup bersara, mengatur
peperangan, menyusun undang-undang, memerintah
sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun
dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian,
hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak
dan apa saja tugas yang dihadapi oleh manusia di
dalam kehidupan beradab. Begitulah di dalam
kehidupan yang sempurna dan juga di dalam
keperluan kehidupan yang menggundahkan terdapat
di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi
Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan dan
kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam
diri Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi

wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan


jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan
anggun. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin
mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada
jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan
di bawah bayang-bayangan nabi Muhammad sallallah
alaihi wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan
budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia.
Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak
bergerak, terpesona dengan hujah-hujah yang
dikeluarkan oleh Isabella secara lancar dan teratur.
Malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku
boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang
yang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati
perempuan Kristian itu telah terpukul dengan penuh
kehinaan dan dalam keadaan dukacita yang amat
sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat
tinggal lalu meninggalkan tempat itu.
Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Hafiz, anak
muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan
itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan
oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian
yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati
telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian
perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan
keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri.
Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil
masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu
dipimpin untuk datang ke bawah bayangan Allah yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sepanjang hayatnya, Isabella terus menyembahkan
baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia
menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak lain

pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam


dunia pembelajaran, Ilmu Hadis dan pentafsiran Kitab
Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah
mendapat manfaat daripada ilmunya. Isabella telah
hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah
menutup mata dalam keadaan tenang dan damai,
diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol. Berjuta-juta
orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat
persemadian yang terakhir. Orang-orang di tempat
yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk
arwahnya dan memanjatkan doa ke hadirat Allah
subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan
bersama orang-orang yang salih.
Sebagai penutup kisah ini kita juga dengan
menundukkan kepala memberi hormat dan membaca
Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini
dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala
menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya
bersama orang-orang yang dikasihiNya. Amin.

Anda mungkin juga menyukai