Anda di halaman 1dari 13

AROWANA (RAJA SUNGAI)

1. Dikenali sebagai ikan kelisa atau dragon fish.


2. Spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan
oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium.
3. Dibahagikan kepada kategori emas, merah dan hijau.

JENISJENIS
AROWAN
A

1. Arowana Perak

Arowana ini boleh ditemui di Asia Tenggara,


Afrika, Amerika Selatan dan Australia.
Spesies ini merupakan ikan untuk dimakan
dan kurang sesuai dijadikan ikan hiasan
kerana warnanya yang tidak menarik.

2. Arowana Mutiara

Arowana jenis ini pula boleh ditemui di


Australia dan Papua New Guinea. Ikan ini
dipelihara sebagai ikan hiasan di Malaysia.
Di negara asalnya ikan ini merupakan ikan
untuk dimakan dan spesies ikan pancing
yang terkenal.

Arowana Emas

Arowana emas sangat popular dipasaran dan


mempunyai harga paling mahal. Hal ini kerana bentuk
badan arowana emas yang menarik dan sisiknya yang
kelihatan keemas-emasan begitu cantik sekali.
Arowana ini mendapat permintaan yang tinggi dan
sentiasa dicari-cari oleh peminat arowana walaupun
harganya mencecah ribuan ringgit namun ramai
peminat yang teruja untuk memilikinya.

Arowana Merah

Arowana merah ini berasal dari Kalimantan,


Indonesia. Ia mempunyai ciri yang serupa
dengan ciri arowana emas tetapi warna sisik
pada keseluruhan badannya berwarna merah.
Bahagian hujung posterior sisik pada seluruh
badannya berwarna merah berkilat dan sangat
menarik. Harga pasaran arowana ini bergantung
pada kualiti dan warna sisiknya.

Arowana Hijau

Arowana hijau ini boleh ditemui di beberapa


sungai di negara kita seperti Sungai
Terengganu, Pahang dan Johor. Jenis ini
mempunyai bentuk badan yang paling
pendek. Kesemua siripnya berwarna hijau.
Jenis arowana hijau kurang popular dalam
kalangan peminat arowana kerana warnanya
tidak begitu menarik. Harga pasarannya juga
rendah.

MAKANAN
Arowana adalah ikan karnivor.
Makananya adalah serangga, ikan-ikan kecil, pelet,
cengkerik, ulat gandum, udang-udang kecil, cacing dan
amfibia kecil.
Makanan hidup harus dikuarantinkan beberapa hari
sebelum diberikan kepada arowana.

PEMBIAKAN
Di alam liar arowana berpasangan berdasarkan pilihan semulajadi.
Apabila kedua-duanya telah bersedia, arowana betina mulai bertelur di dasar
sungai berarus tenang, manakala arowana jantan serta-merta akan
mengeluarkan spermanya bagi mensenyawakan kesemua telur-telur arowana
betina.
Telur-telur yang telah disenyawakan, kemudiannya akan disodok oleh
arowana jantan dan seterusnya akan menetas di dalam mulut dalam tempoh 2
bulan.
Buat pertamakalinya untuk sementara waktu, anak-anak arowana mulai
keluar dari mulut bapanya secara beransur-ansur.

Bapa arowana akan berisyarat kepada anak-anaknya jika


terdapat sebarang petanda bahaya, jesteru anak-anak
arowana akan kembali semula ke dalam mulut sebagai
perlindungan.
Anak-anak arowana pasti meninggalkan bapanya apabila
telah berupaya berenang bebas.

SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai