Anda di halaman 1dari 43

SKAG 2063

HIDROGEOMORFOLOGI

PENGENALAN
Hidrogeomorfologi adalah sub bidang geomorfologi yang
menjurus terhadap hal-hal yang berkaitan dengan sumber
air, proses air dan morfologi yang berkaitan dengannya.
Walaubagaimanapun kursus ini memberi fokus terhadap
perkara berikut sahaja:

Bahagian 1
(I) Keperluan mengkaji hidrogeomorfologi
(II) Isu-isu utama yang berkaitan dengan sub bidang ini
(III) Konsep sustainability / mampan

Bahagian 2 Proses Hidrogeomorfologi


(I)

Kerpasan Tropika
Punca kerpasan

: frekuensi hujan

Jumlah hujan

: intensiti hujan

Taburan hujan
: hujan ribut
(II) Kitaran Hidrologi, Imbangan Air dan Budget Air
(III) Perubahan antropogenik terhadap perseimbangan air
(IV) Aliran rendah

Bahagian 3 Lembangan Saliran dan Morfologi Sungai


(I) Konsep lembangan saliran
(II) Konsep morfologi sungai
(III) Lembangan saliran dan plum luar pantai litoral
(IV) Pengelasan sungai
(V) Hidrologi lembangan

Bahagian 4 Hidrologi Sungai


(I)

Analisis morfometri sungai


- Konsep stabiliti sungai
- Kajian mengenai bentuk-bentuk sungai dari pandangan geometri dan
pelan sungai
- Analisis pelan sungai-meander, sinuositi dan analisis index likuan
- Analisis geometri sungai-keratan rentas sungai, nisbah lebar-kedalaman

(II)

Hidrologi sungai
- Aliran air sungai, sifat, tenaga dihasil, aras dan isipadu air
- Luahan sungai-kaedah dan pengiraan, pembinaan stesen luahan sungai
dan penghasilan rating curve dan hidrograf
- Hubungan perilaku luahan terhadap hujan dan air larian

(III)

Anggaran luahan menggunakan kaedah cerun-kawasan


- Kaedah pemisahan hidrograf-aliran dasar ( baseflow), aliran
permukaan dan masa lambatan
- Kaedah menganggar Q menggunakan rumus Manning
- Prosedur Manning

(IV)

Sungai dan luahan banjir


- Jenis-jenis banjir
- Kaedah kebarangkalian banjir dan penalaan banjir
- Kawalan banjir

Bahagian 5 Plum dan Luar Pantai Litoral

KEPERLUAN MENGKAJI HIDROGEOMORFOLOGI


Food Agriculture Organisation, FAO (1993) menganggarkan bahawa pengurangan
hutan tropika sejagat pada dekad yang lepas adalah pada kadar 154,000 km 2 thn 1.
Kadar pengurangan hutan mengikut kawasan adalah sebanyak 41,000 km 2 thn 1 di
Afrika, 39,000 km2 thn 1 di Asia dan 74, 000 km2 thn 1 di Amerika dan Caribbean.
FAO (1993) juga melaporkan bahawa kawasan hutan di Asia Tenggara pada tahun
1990 adalah berjumlah 18,825,000 km2, setelah mengalami pengurangan hutan
antara 1981-1990 sebanyak 169,000 km2 atau 0.9%. Indonesia merakamkan
pengurangan hutan yang tertinggi pada kadar 12,120 km2 thn 1 , diikuti Thailand
5,150 km2 thn 1 , Myanmar 4,010 km2 thn 1 , Malaysia 3,960 km2 thn 1 dan
Filipina 3,160 km2 thn 1.

Pada tahun 1990, Malaysia mempunyai jumlah kawasan yang diliputi hutan
sebanyak 216,610 km2. Pada tahun 2000 jumlah ini telah menurun kepada 192,920
km2 sahaja. Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 23,690 km2 atau pada kadar
1.2% setahun. Memfokus kepada lembangan Klang-Langat, pada tahun 1989,
kawasan hutan meliputi keluasan sejumlah 846.9 km2. Keluasan hutan di
lembangan tersebut telah menurun kepada 758.5 km2 pada tahun 1999 iaitu
mencatatkan penurunan sebanyak 10.4%.

Pemusnahan dan pengurangan guna tanah tropika telah dikenal


pasti sebagai suatu ancaman yang besar dari segi kesan negatif
terhadap persekitaran global. Antaranya ialah pengurangan
biodiversiti yang membawa kepada kehilangan habitat, spesies
tumbuhan dan hidupan liar. Perubahan guna tanah kepada
kegunaan lain memberi kesan negatif kepada kitaran karbon di
atmosfera. Pengukuran kandungan karbon secara sistematik di
atmosfera telah dibuat sejak tahun 1950 lagi dan didapati
kepekatan kandungannya semakin bertambah. Didapati punca
utamanya ialah pengurangan hutan dan pertambahan penggunaan
bahan bakar. Pembebasan karbon di atmosfera yang berlebihan
dalam jangka panjang akan meningkatkan suhu ambien udara
global. Seterusnya peningkatan suhu global boleh membawa
kepada pelbagai bencana seperti kemarau, desertifikasi,
kegagalan tanaman dan banjir pesisir pantai.

Dalam kajian ini, impak yang akan dititikberatkan adalah


pertamanya kesan perubahan guna tanah terhadap hakisan
percepat (accelerated erosion) yang akan meningkatkan
kandungan sedimen secara berlebihan ke dalam sungai. Laporanlaporan status sekitaran diukur sebagai pepejal terampai
merupakan salah satu punca utama pencemaran badan air di
Malaysia. Ini secara langsung menjejas kegunaan-kegunaan
manfaat badan air tersebut seperti rekreasi, sumber air minum dan
perikanan. Di samping itu aliran sedimen yang halus ke muara
boleh menyebabkan fenomena serakan plum. Kesan besar kedua
perubahan guna tanah yang pesat daripada hutan semulajadi
kepada kegunaan-kegunuaan lain adalah perubahan kepada ciriciri litupan permukaan tanah. Perubahan guna tanah daripada
hutan ke pertanian dan seterusnya kepada perbandaran akan
merubah status ketelapan permukaan tanah yang akan
meningkatkan aliran permukaan di samping menjejaskan secara
negatif kepada imbuhan air tanah (groundwater recharge). Ini
tentunya akan mempengaruhi aliran dasar sungai dan mengancam
sumber air minum dan pertanian.

ISU-ISU UTAMA

Perubahan guna tanah yang pesat


(i) Pengurangan hutan yang berterusan
(ii) Perkembangan Pembandaran
(iii) Pengubahan sistem saliran
(iv) Pengorekan dan penambakan sungai dan
luar pantai
(v) Aktiviti manusia luar pantai litoral

Kawasan Kajian

Lui

Kajang

Semenyih

Dengkil

Gauging Stn

Lui

Imej Satelit Lembanagn Sg. Langat


Landsat ETM+ 2001
Band (4,5,3)
Spatial resolution 30 m
Kajang

Semenyih
Dengkil

Sub Lembangan Sg Langat


atas Gauging Station Dengkil
Landsat ETM+ 2001
Band (4,5,3)

Gauging Stn Dengkil.

Palm Oil Plantation

Tropical Rainforest
Kuala Lumpur City Centre

Lembangan Klang-Langat

Mixed Horticulture

Mines Resort City

Wetland (Mangrove)

Federal Government Administrative


Centre, Putrajaya

Banting Town

Land Clearing in progress

Cash-cropFarming

Kuala Lumpur

Sepang Formula I Circuit

Construction of Express Rail


Link KL-KLIA in progress

Lokasi Pengambilan Air Di Lembangan Sg. Langat

Sg Serai
Sg Langat @
Cheras

Sg Langat
@ Bt 9

Sg Semenyih
Sg Langat
@ Bkt
Tampoi

K e rp a s a n

P e m in ta s a n

S e ja tp e lu h a n

S e ja tp e lu h a n
P e m in ta s a n

A lir a n
B a ta n g

P e m in ta s a n
S e ja tp e lu h a n
C u ra h a n T e ru s

P e m in ta s a n
A lir a n
D a ra ta n

Zon
P e n g u d a ra a n

A lir a n T e r u s
P e n e lu s a n
Z o n Tep u

A lir a n T e r u s
Sungai

P e n e lu s a n

KITARAN HIDROLOGI

Kitaran air yang berterusan antara lautan, daratan dan atmosfera

5 proses utama dalam kitaran hidrologi

1.

Pemeluwapan perubahan wap kepada air melalui pembentukan


awan.

2.

Penyejatan Perpindahan air daripada laut dan darat ke udara


melalui wap air

3.

Kerpasan Semua bentuk kelembapan yang turun daripada


atmosfera seperti hujan, embun dan salji.

4.

Perpeluhan Perpindahan air daripada tumbuhan ke udara sebagai


wap air.

5.

Aliran permukaan Aliran air di permukaan bumi seperti sungai.

Dalam kitaran hidrologi, air boleh di simpan sebagai salji dan air,
dalam tasik, air bawah tanah dan di dalam lautan

KONSEP AIR BAWAH TANAH


Air bawah tanah sangat penting dalam kitaran hidrologi. Ia

berada melepasi paras zon akar tumbuhan.


Air bawah tanah adalah potensi sumber air yang besar untuk
kitaran hidrologi.
Simpanan air ini kadang kala dimasuki bahan pencemar yang
boleh diatasi atau diganti.
Peranan air ini penting untuk menyediakan keperluan aktiviti
manusia melalui penggunaan aquifer, perigi dan mata air.

KONSEP ALIRAN AIR PERMUKAAN


Aliran permukaan dilihat pada sungai dan aliran alur air permukaan

yang menjadi punca utama sumber air dunia.


Di Malaysia semua sungai utama digunakan untuk pengambilan air
yang kemudiannya di proses untuk kegunaan harian.

KONSEP PINTASAN
Komponen Pintasan Dalam Kitaran Hidrologi

Peratus Penerimaan Oleh Limpahan Terus, Aliran Batang Dan


Sejatan Daripada Jumlah Keseluruhan Kerpasan

Jenis
Tumbuhan

Lokasi

Limpahan Aliran Sejatan


Terus
Batang

1. Sederhana
Dunia (spruce)

Dataran
Tinggi
Scotland

2. Sederhana
Dunia
campuran kayu
keras

Ontario
Kanada

3. Sub-tropika
Eucalyptus

SE
Australia

85

11

4. Sub-tropika
malar hijau

Indonesia

87

11

69

77

28

19

Rujukan

Johnson
1990
CarlyleMoses &
Price 1999
Lloren et
al. 1997
Asdak et
al. 1998a

KONSEP PINTASAN
Pengaruh Tumbuhan Terhadap Pintasan
Pelbagai tumbuhan mempunyai pelbagai keupayaan untuk
memintas jumlah air hujan yang diterimanya.

Pintasan dalam tumbuhan boleh dilakukan oleh daun-daun,


dahan dan ranting-rantingnya.
Kajian Lin (1998) mendapati hanya 15% keupayaan
simpanan yang boleh dilakukan oleh daun-daun manakala
85% disimpan oleh batang dan ranting-ranting tumbuhan.
Anggaran keupayaan simpanan air oleh kanopi tumbuhan
diberikan seperti berikut:

Kedalam Air Merentasi Keluasan Kanopi Pada


Tumbuhan
Jenis Tumbuhan

Keupayaan daya simpanan


(mm)

Oak

0.8- 1.0

Eucalyptus

0.2-0.6

Douglas Fir

2.4

Pine

0.38-0.5

Tropika Tanah Rendah

0.74-1.15

A lir a n P e r m u k a a n

Penyusupan

A lira n T e r u s

P e n e lu s a n B a w a h T a n a h

A lir a n S u n g a i

LEMBANGAN SALIRAN

Lembangan saliran adalah kawasan permukaan


daratan yang disaliri oleh sungai dan anak-anak
sungai.

Ciri lembangan saliran:

i.

Legeh sungai : kawasan tanah tinggi yang membina


hujung kepada lembangan sungai

ii.

Cawangan sungai : anak sungai kecil yang mengalir ke


dalam sungai utama

iii. Pertemuan sungai/ kuala : titik pertemuan dua sungai


iv. Punca : titik permulaan aliran sungai
v.

Muara : bahagian sungai memasuki laut/tasik

Model Sistem Hidrologi

BUDGET AIR BUMI

Sumber: Peixoto and Kettani (1973)

KITARAN HIDROLOGI

KITARAN HIDROLOGI (UMUM)


Terma terpenting dalam kajian Hidrogeomorfologi adalah
kitaran hidrologi. Lebih daripada 97% daripada air bumi berada
di lautan dan disinilah berlakunya proses utama kerpasan dan
sejatan
Hujan yang turun kepermukaan bumi melalui 2 cara:
- Pertama ia mengalir sebagai aliran permukaan
- Kedua ia menembusi bumi
Di antara kedua laluan ini terdapat pintasan yang berlaku
apabila hujan diserapi oleh tumbuhan atau litupan bumi lain.
Air yang dipintas oleh tumbuhan melalui daun dan batangnya
dan laluan ini dipanggil laluan tumbuhan (stem flow).

Laluan ini juga memasuki kepermukaan bumi melalui akarakar tumbuhan dan proses ini dipanggil through flow.
Air juga meresapi bumi melalui proses penyusupan bumi
(infiltrasi).
Laluan air ke dalam bumi seterusnya berlaku melalui
resapan batu batan yang dipanggil proses penelusan
(perkolasi).
Kitaran hidrologi menyediakan rangka konsep untuk
kajian hidrogeomorfologi. Kitaran ini memberi rangka yang
sesuai untuk pengukuran, analisis dan pemodelan dalam
hidrogeomorfologi.
Juga berguna untuk mengenalpasti impak aktiviti manusia
terhadap kuantiti, kualiti, laluan air dan penyimpanan/
pembekalan air.

BUDGET AIR
Kajian sumber air menggunakan pendekatan budget air di mana
sumber air diperjelas mengikut penerimaan, permintaan dan
penggunaan air pada suatu lokasi yang spesifik.

Hujan/kerpasan merupakan penerimaan utama air manakala


sejatan-peluhan merupakan pengeluaran/penggunaan.
Air yang tersimpan adalah pada kelembapan tanah dan air dalam
tanah.
Contoh
Anggap hujan sebagai dapatan/penerimaan yang perlu diseimbang
dengan permintaan/penggunaan
(1)

(2)

(3)

Dapatan

Penggunaan

Simpanan

Kerpasan

Sejatan,
perpeluhan,aliran

Air dalam tanih


dan tanah/bawah
tanah

(hujan, salji, embun


dll)

(1) Semua keperluan air dapat dijelaskan oleh


dapatan hujan dan lebihan disimpan sebagai
surplus
(2) Keperluan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya
kerana dapatan tidak mencukupi untuk kehendak
keperluan maka berlaku defisit dan pengurangan
air
(3) Dapatan dan keperluan air ini diperjelas dalam
rumus perseimbangan tanah-air neh thornthwaite.

Rumus perseimbangan air =

KITARAN HIDROLOGI LEMBANGAN SALIRAN

Rajah berikut menjelaskan kitaran hidrologi lembangan


saliran atau laluan alir air di dalam suatu sistem
lembangan.

Ia menjelaskan kadar alir saliran dan sejat peluhan di


peringkat air mengalir dan keluar dari simpanan,
kemampuan dan isipadu penyimpanan dalam sesuatu
masa yang tertentu.
Kesemua faktor ini mempengaruhi tindak balik kadar alir
lembangan saliran bagi setiap peristiwa hujan.

Jumlah Sejat
Peluhan

ATMOSFERA

FASA ATMOSFERA

Kerpasan
Pp

PERMUKAAN BUMI
(Simpanan permukaan)

Sejatan

Aliran Permukaan
Qo

Aliran Terus
Qt

Penelusan

Sejat Peluhan

Zon Pengudaraan
(Simpanan zon pengudaraan)

Aliran Antara
Qi

Penelusan

Sejat Peluhan

Zon Tepu
(Simpanan dalam tanah)

FASA DARATAN
PERPINDAHAN DALAM AIR MERENTAS LEGEH

Aliran Dasar
Qb

AI R LAR I AN

Tanih
(Simpanan air tanih)

A L U R

Sejat Peluhan

S U N G A I

Penyusupa
n

LEMBANGAN SALIRAN MAMPAN

Adalah suatu lembangan yang mana pembangunan yang


dimuatkan didalamnya mengambilkira keperluan masa kini
dengan tidak menjejaskan kebolehupayaan lembangan ini
untuk memenuhi keperluan generasi masa depan.

Pembangunan mampan suatu lembangan itu :

1)

Boleh meningkatkan kualiti persekitaran semulajadi

2)

Tidak mengurangkan secara kritikal sumber-sumber yang boleh


diperbaharui

3)

Mengambil kira sumber-sumber yang boleh dan yang tdak


boleh dinilaikan

4)

Tidak menggadai kebolehupayaan lembangan ini untuk faedah


generasi masa depan

KERPASAN TROPIKA

Kebanyakan daripada kerpasan tropika datangnya daripada


hujan

3 jenis hujan dikenalpasti iaitu hujan orografik, siklon dan


perolakan

Beberapa ciri penting hujan tropika perlu difahami. Antaranya


adalah :

i.

Jumlah hujan

Biasa dikira mengikut min tahunan berdasar rekod 30 tahun


hujan.

Penggunaan data min hujan tahunan paling kerap digunakan

Walaupun kerap juga digunakan percentiles dan penggunaan


mengikut masa.

ii.

Taburan hujan mengikut musim atau regim juga ciri yang


penting dalam kajian air dan saliran.

iii. Frekuensi hujan pula menunjukkan jumlah hari yang


bahagian yang ditentukan dalam tempoh masa 24 jam.
iv. Intensiti hujan pula melihat jumlah hujan mengikut
jangkamasa.

Intensiti hujan dipersembah dalam unit mmh-1 atau mmday-1.

Intensiti hujan mengawal probabiliti dan keseriusan hakisan dan


banjir.

Oleh itu indeks ini sangat penting untuk pembinaan empangan


dan saliran

v.

Peristiwa hujan ribut pula memberi impak ekstrem dan


menjana hakisan percepat, banjir kilat dan perubahan
mendadak aliran sungai.

KONSEP SIMPANAN
Simpanan
Laut
Atmosfera
Daratan
Ais dan glasier
Air bawah tanah
Tasik air tawar
Laut air masin daratan
Air tanah
Air simpanan dalam
permafrost
Sungai
Paya
Air biologikal
Jumlah daratan

Volume ( ribu km3)


1 320 000 - 1 370 000
13-14
24 000-29 000
8000-9000
91-125
85-104
16.5-85
300
1.2-2.1
11.5
0.6-1.1
36 000- 84 400

Pengaruh Antropogenik Terhadap Perseimbangan


Lembangan Saliran
I.

Pertambahan Penduduk

II.

Pertambahan Pertanian

III.

Pertambahan Pengemisian Karbon Dioksida

IV.

Pengeksploitasian Sumber Air

Kesan Pada Lembangan Saliran Hasil Daripada Aktiviti Manusia


Perubahan Hidrologi

Potensi Impak

Pertambahan kekuatan dan perulangan


banjir

Gangguan dan kemusnahan banjir


Hakisan alur
Pemendapan di hilir
Pertambahan risiko pencemaran
Pertambahan penyakit

Pengurangan aliran rendah

Pertambahan risiko pengurangan air


(kemarau)
Pengurangan pencairan effluen
Pengurangan habitat hidupan liar
Pengurangan kawasan tanah lembap
Pemendapan dasar sungai yang
memberi implikasi kepada ekosistem air.

Degradasi kualiti air

Impak ekosistem air


Pencemaran punca sumber air
Pertambahan kos baikpulih sumber air
Penyakit dan kesihatan

Pertambahan kepekatan nutrien

Eutropikasi

Penurunan paras air bawah tanah

Pengurangan tanah lembap


Pengurangan aliran intrusi air masin
pada aquifer pantai

Anda mungkin juga menyukai