Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bohor telah
berlangsung pada 31 Oktober 2013, bersamaan hari khamis bertempat di
Dewan Sinaran, Sekolah Kebangsaan Bohor. Majlis tersebut bermula pada
pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang. Ketibaan para tetamu
jemputan dan ibu bapa serta tetamu kehormat bermula pada pukul 2.00
petang. Para penerima anugerah telah mendaftarkan kehadiran mereka di
meja pendaftaran dan

mereka berkumpul di Dewan Sinaran sementara

menunggu tetamu kehormat tiba. Sesi pendaftaran kehadiran para jemputan


dapat dilaksanakan dengan lancar.
Hari Anugerah Kecemerlangan menjadi wahana penting untuk menjayakan
misi disamping melengkapkan pakej akedemik yang dihadapi oleh murid
setiap tahun.

2.0 OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai melalui program ini iaitu :
i.

Memberi penghargaan kepada murid di atas usaha yang telah mereka


lakukan disepanjang tahun 2013 di dalam bidang akademik.

ii.

Memberi peluang kepada murid untuk menampilkan bakat masingmasing.

iii.

Memupuk sikap positif dan berdaya saing di kalangan murid di dalam


mencapai kejayaan di dalam pelajaran masing-masing.

iv.

Memberi gambaran kepada ibu bapa hasil yang diperolehi oleh anak
mereka di dalam bidang pelajaran sekiranya mereka mempunyai
usaha untuk meningkatkan diri.

3.0 RASIONAL
Program ini amat perlu dilaksanakan dalam usaha memberikan penghargaan
kepada murid di atas usaha mereka selama ini di dalam pelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, program ini memberi pendedahan
dan peluang kepada murid lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar
dapat memperolehi ganjaran seperti rakan mereka yang berjaya.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh

31 Oktober 2013

Hari

Khamis

Masa
Tempat

:
:

2.00 Petang

Dewan Sinaran Sekolah Kebangsaan Bohor

Anda mungkin juga menyukai