Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN DAN ULANGKAJI KOMSAS TINGKATAN 4

CERPEN ISRAK
BACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN
JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA
SENDIRI.
Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang
jadi ahli korporat nanti, kata Mikraj.
Tak perlu! Israk menghayun kata-kata.
Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian
cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini? Sura Mikraj
semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, Mengapa kau terlalu
menjaga tepi kain orang?
Saya kesihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah.
Paha kanan dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak,
Wah lebih tua daripada abang!
Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!
Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu
abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari
lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk atuk bawa
abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu
abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang
wanita. Wah orangnya, butir bicara Mikraj diringi mutiara mata.
(Dipetik daripada Israk
oleh Erda Roslan Khairi)
1. Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah?
(3 markah)
2. Pada pendapat anda wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada
orang yang lebih tua daripadanya?
(3
markah)
3. Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua
pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut.
(3
markah)

CERPEN ISRAK
BACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN
JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT ANDA
SENDIRI.
Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang? rungut Israk
bagaikan tuan besar.
Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan
sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan
sedikit demi sedikit.
Buang masa sahaja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk memanaskan
lagi telinga Mikraj.
Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar.
Lagak Israk menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar
daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia sedar.
Sudah terhantuk baru tengadah.
Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin.
Kaca tv hitam sahaja. Israk mencebik.
Tv pun rosak! Sengaja ditinggikan suaraya seperti injak yang naik
merosakkan jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang
tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang
mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia
tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayung.
(Dipetik daripada Israk oleh
Erda Roslan Khairi)
1.

Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk.


(2 markah)

2. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk


untuk menjaga hati Wah? Cadangkan empat cara yang wajar dilakukan
oleh Israk.
(4
markah)
3. Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan dua
perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen.

( 3 markah)

Anda mungkin juga menyukai