Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM KHIDMAT SISWA UUM KE

PROJEK BERKELOMPOK PADI


KAMPUNG KUBANG PASU

PKOK Online: Seramai 23 orang mahasiswa/i pelajar Kokurikulum Memanah Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Encik Shuban Suhaimi, Jurulatih Sub Unit Kokurikulum
Memanah (III) B telah menyertai program University Community Engagement (UCE) ke
Projek Mahasiswa UUM bersama Komuniti Mukim Sungai Laka. Program ini dijayakan
dengan kerjasama daripada Pegawai ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato Ahmad Zaini Japar
dan penduduk kampung yang telah diadakan di Kampung Lembah Palas, Bukit Kayu Hitam.
Menurut Encik Shuban, program seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan antara
mahasiswa/i dengan komuniti serta agensi luar di samping dapat memupuk semangat
kekitaan. Di samping itu, mendedahkan kepada para mahasiswa/i kepentingan bekerjasama
dan saling membantu. Para penduduk begitu berpuas hati dan berterima kasih kepada
mahasiswa/i UUM kerana sudi membantu mereka dalam mengadakan gotong-royong
membersihkan dewan Kampung Lembah Palas.
Program yang dijalankan selama sehari itu juga adalah sebagai memenuhi kehendak
Kegiatan Luar Kampus (KLK), Pusat Kokurikulum UUM yang memerlukan mahasiswa/i
melakukan aktiviti luar yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai