Anda di halaman 1dari 2

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada

petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang


daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari
beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza
menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.
Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya
yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat
kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya
kelihatan
kemas
dan
bersih. Dia
sentiasa
menjaga kebersihan diri.
Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan
pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis
pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi
keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan
cantik.

Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan


baik, nilai murni , faedah atau pengajaran
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan)
barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku
kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut
buku-buku ini.(berdikari)
Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan
ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya
(tolong-menolong) mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya
kelihatan
kemas
dan
bersih. Dia
sentiasa
menjaga kebersihan diri.
(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong
(berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah (bekerjasama)
dan menanam pokok-pokok bunga.
Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa kelihatan bersih dan cantik
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat
yang terdapat di dalam petikan.

Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan


Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong
ahli
keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak
mengharapkan
bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang
melakukannya. Banyak
kerja
rumah
yang
telah dilakukannya tanpa
suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak
teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya
dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya
yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari
minggu, Liza dan
keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah
mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai
mereka sekeluarga.

Anda mungkin juga menyukai