Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Program Kem Cuti Sekolah Kelab Sahabat Ana Muslim adalah satu
program yang dianjurkan untuk ahli Kelab Sahabat Ana Muslim bersama
sekolah-sekolah jemputan.

Objektif program ini ialah bertujuan untuk mengadakan aktiviti atau


program bersama ahli Kelab Sahabat Ana Muslim, peminat, pembaca
dan untuk semua golongan umumnya. Selain itu mereka juga dapat
mengisi masa cuti persekolahan mereka dengan aktiviti riadah yang lebih
sihat.

Pelbagai pengisian program dan aktiviti disediakan untuk setiap peserta


yang mengikuti program ini antaranya permainan, sukan, latihan dalam
kumpulan, motivasi dan bermacam-macam lagi.

Setiap peserta juga akan diberi pendedahan dan pelbagai bentuk


pengisian program yang berbentuk kepimpinan dan kerohanian.
Semoga dengan adanya penganjuran Program Kem Cuti Sekolah Kelab
Sahabat Ana Muslim ini akan menjadi sebahagian daripada
tanggungjawab sosial korporat syarikat Blue-T selain merapatkan lagi
silatrurrahim di kalangan ahli Kelab Sahabat Ana Muslim, peminat,
pembaca dan untuk golongan umumnya.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Mengadakan aktiviti atau program bersama ahli Kelab Sahabat Ana


Muslim, peminat, pembaca dan untuk golongan umumnya.
2. Sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat Blue-T.
3. Merupakan salah satu cabang mempromosi produk Blue-T.
4. Jalinan kerjasama di antara sekolah-sekolah yang terlibat.
5. Membentuk peserta yang mempunyai ciri kepimpinan diri yang
tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai peribadi yang
mulia.
TENTATIF PENGISIAN PROGRAM

HARI PERTAMA AGENDA

8.30 pagi : Pendaftaran Peserta

9.00 pagi : Taklimat / Pasang khemah

10.00 pagi : Ice-Breaking / LDK 1

11.30 pagi : Rehat dan Tea-Break

11.45 pagi : Slot 1: Ceramah 1


RAHSIA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1.00 petang : Rehat / Makan tengahari dan solat zuhur

2.30 petang : Slot 2: Ceramah 2


PENGORBANAN SEORANG ANAK DAN
REMAJA

4.00 petang : Rehat / solat asar

5.00 petang : Slot 3: Kembara


EXPLORACE

6.40 petang : Rehat / Makan Malam

7.15 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah

8.15 malam : LDK 2 (Bersama Fasilitator)

8.45 malam : Solat Isyak

9.00 malam : Slot 4: Kembara


KEMBARA MINDA
10.30 malam : Rehat / Minum malam

10.45 malam : LDK 3 ( Bersama Ketua Fasilitator)


MUHASABAH DIRI

11.45 malam : Program Bersurai

HARI KEDUA AGENDA

5.30 pagi : Bangun Dan Kendiri

6.00 pagi : Solat Subuh

6.30 pagi : Senaman Pagi

8.00 pagi : Sarapan

9.00 pagi : Bersiap diri dan kemas khemah

10.00 pagi : LDK 4 (Latihan Persembahan)

11.00 petang : Slot 6: Persembahan Kumpulan

1.00 petang : Makan tengahari/ solat zuhur dan majlis


penutup

3.00 petang : Program Tamat

Anda mungkin juga menyukai