Anda di halaman 1dari 1

DESKRIPTIF TUGASAN KOH 3401

KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL


PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
SEMESTER 1 2015 2016

TUGASAN (40%)
Arahan:
Pilih salah seorang rakan sekerja anda (atau orang lain yang bekerja sepenuh
masa). Buat satu temubual (interview) dengannya mengenai proses membuat
keputusan dalam kumpulan (yang disertainya).
Sebelum temubual itu, buat satu set (senarai) soalan yang akan ditanyakan kepada
individu tersebut (sebagai panduan). Contohnya soalan yang boleh dikemukakan:
1. Adakah anda pernah terlibat dalam proses membuat keputusan dalam
kumpulan?
2. Berapa kali anda telah terlibat membuat keputusan dalam kumpulan?
3. Apakah peranan anda dan tanggungjawab anda dalam kumpulan tersebut?
4. Bagaimanakah anda menilai sesuatu proses pembuatan keputusan itu dalam
kumpulan itu sebagai berkesan?
5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu pembuatan keputusan
dalam kumpulan itu Berjaya atau gagal?
6. Jika anda diberikan peluang untuk menukar cara (proses) membuat
keputusan dalam kumpulan anda, apakah yang anda lakukan?
7. Bolehkan anda jelaskan apakah bezanya membuat keputusan dalam keluarga
(Family group) dengan membuat keputusan dalam kumpulan kerja (work
group)
Anda boleh mengemukakan soalan lain (tambahan) yang relevan dengan
pembuatan keputusan dalam kumpulan kecil.
Berdasarkan jawapan informan (individu) yang ditemubual itu, buat catatan dan
analisis jawapan yang diperoleh. Jawapan informan dan analisis anda hendaklah
ditaip sekitar 5-10 muka surat sahaja, taip jarak dua langkau, huruf Times New
Roman 12 point, sebagai laporan untuk tugasan ini. Tiada format khusus untuk
menulis laporan tugasan.

Tarikh hantar tugasan ini pada 12 OKTOBER 2015.

Anda mungkin juga menyukai