Anda di halaman 1dari 34

ISI KANDUNGAN

1 | Page

PENGHARGAAN
02
PENGENALAN
03
SEJARAH PEMBENTIKAN RUKUN
NEGARA..05
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
KEBANGSAAN.07
OBJEKTIF RUKUN
NEGARA.09
5 PRINSIP RUKUN
NEGARA15
KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN16
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA17
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN...18
KEDAULATAN UNDANGUNDANG.19
KESOPANAN DAN
KESUSILAAN20

KESIMPULAN
21
RUJUKAN
.24

2 | Page

LAMPIRAN
..26

PENGHARGAAN
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad
s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat
baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekalian
hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas
segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio kemahiran diamika
ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah
dianugerahkan oleh-Nya.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Pn. Anita selaku penyelia kemahiran dinamik yang terlalu banyak
membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan
padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu
kerja kursus yang baik.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping
idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea seperti Ezrie
,Amir ,Suhairi ,Shahiran dan juga mana-mana nama lagi yang mungkin
terlibat. Terima kasih sekalung budi.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar
kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam
menegakkan agama-Nya. Amin.

3 | Page

PENGENALAN
Malaysia hari ini telah meniti usia 55 tahun kemerdekaan dan
merupakan salah sebuah negara sedang membangun, yang paling pesat
membangun. Kesemua usaha ini datangnya dari segenap lapisan rakyat
sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata yang menyumbang keringat
dalam usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai sebuah negara
yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama
iaitu 446 tahun.

4 | Page

Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka lagi Tanah Melayu sudah


menjadi wilayah yang ramai datang berdiaspora. Namun, Tanah Melayu
dan kemudiannya pada 16 September 1965 Malaysia menjadi negara
berbilang kaum kesan daripada kedatangan penjajah British. Penjajah
British dalam usaha eksploitasi ekonominya bukan sahaja membawa
kaum-kaum Cina dan India masuk ke negara ini, namun, membawa
sumber-sumber ekonomi seperti getah, kelapa sawit dan lain-lainnya,
sehingga Tanah Melayu dikenali sebagai pengeluar timah terbesar,
pengeluar getah terbesar, dan pengeluar sawit terbesar. Takdir sejarah ini
perlu dilihat dalam perspektif yang lebih besar, kerana bibit-bibit diaspora
telah menambahkan lagi kemakmuran di negara bertuah ini.
Namun, kaedah pengurusan kaum yang diamalkan oleh British
adalah untuk menjaga kedamaian mengikut cara mereka ketika itu. Bagi
British, setiap kaum perlu hidup dalam lingkungan kaumnya. Mereka
menyedari bahawa manusia dan kaumnya dan kebudayaannya sukar
dipisahkan. Lantaran, semua ini berlaku tidak kerana pilihan, malah, ianya
kurniaan Allah SWT. Langkah yang diambil oleh British adalah
menempatkan kaum-kaum mengikut kegiatan ekonomi dan mata
pencarian hidup yang serasi dengan cara hidup mereka. Justeru,
kemudiannya tindakan British ini dikatakan sebagai dasar pecah dan
perintah sehingga menyebabkan hubungan di antara kaum terbatal.

Orang Melayu yang selesa tinggal di luar bandar atau di kampung


dibiarkan oleh British untuk berbuat demikian. Orang Cina yang datang
membuka lombong-lombong bijih timah, telah secara tidak langsung
membuka pekan-pekan dan bandar-bandar sebagai tempat pengumpulan
hasil bumi, sebelum ianya diperdagangkan. Hasil daripada penglibatan
corak ekonomi yang berbeza, maka terjadilah orang Melayu mendiami
5 | Page

kampung di luar bandar, orang Cina di lombong bijih yang kemudiannya


membina bandar-bandar, dan, orang India tinggal di kawasan estet-estet
selaku penoreh getah. Dalam kegiatan ekonomi pula, kaum Melayu dan
India lebih kepada ekonomi sara diri. Keadaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi orang Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Konsep penglibatan kegiatan ekonomi berteraskan kaum ini menjadikan
kedudukan sosioekonomi masyarakat Malaysia tidak seimbang.

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN


NEGARA
Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul
Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi kesukaran
6 | Page

untuk menguruskan sistem sosioekonomi yang diwarisi oleh penjajah


British. Sikap liberal Tunku dan ditambah pula oleh kelembutan beliau
untuk melayan permintaan masyarakat berbilang kaum telah
menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka diabaikan.
Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan
pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan
campur tangan telah menyebabkan jurang di antara golongan berada
dengan golongan tidak berada semakin melebar. Titik-titik jurang antara
kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan
Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu, dan berbagai-bagai lagi
adalah punca- punca yang mencetuskan keresahan kaum dan
manifestasinya Peristiwa13 Mei 1969 (Abdul Rahman Abdul Aziz &
Muhamed Nor AzmanNordin, 2009).
Peristiwa 13 Mei berlaku selepas beberapa hari berlalunya pilihan raya
ketiga yang melihat Parti Perikatan gagal mendapat undi majoriti dan
telah kehilangan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan
raya itu, Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi 25 kerusi manakala
PAS memenangi 12 kerusi Parlimen.1 Kemenangan ini menyebabkan
para penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan
kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini
menimbulkan ketegangan di antara orang Melayu dan juga orang Cina.
Pada 13 Mei, UMNO telah mengadakan perarakan balas dan
mengakibatkan tercetusnya rusuhan di antara kedua-dua pihak. Isu
pilihan raya ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada
ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia pada ketika, walhal perasaan
ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia sebenarnya telah pun wujud
semenjak pemerintah British dan Jepun di Tanah Melayu berdasarkan
kepada layanan terhadap kaum-kaum tertentu.

7 | Page

Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan Yang di-Pertuan Agong


mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969, lantas menyebabkan
fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MEGERAN)
ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara, dan Tun Abdul
Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah
Darurat selama 22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan.
Parlimen kembali dipulihkan semula pada 22 September 1970. Melalui
MAGERAN telah ditubuhkan Majlis Perundingan Negara yang
bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan
iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan
baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Rukun
Negara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang
di-Pertuan Agong.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969:


13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat
kita semua lupakan buat selama-lamanya, kerana kejadian itu dapat
menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh
timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kata-kata yang diungkapkan ini merupakan satu peringatan
kepada semua rakyat Malaysia, supaya peristiwa pahit ini menjadi
pengajaran yang penting buat rakyat. Oleh itu tragedi 13 Mei ini telah
membuktikan bahawa penekanan pembangunan semata-mata dari
perspektif ekonomi adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya
masalah sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat
Malaysia. Ini adalah isyarat penting kepada pemimpin dan warga Malaysia
betapa rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya,
berbilang bahasa memerlukan satu pegangan untuk boleh hidup secara
rukun dan damai iaitu prinsip rukun negara.

8 | Page

RUKUN NEGARA SEBAGAI


IDEOLOGI KEBANGSAAN
Sekitar tahun 1970 terutama semasa negara ditadbir oleh
MAGERAN, langkah-langkah untuk menformulasikan dasar-dasar
kerajaan telah dilakukan dengan serius. Tujuannya adalah untuk
mengawal supaya masyarakat di negara ini tidak lagi terjebak dengan
konflik perkauman sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Pada
tahun 1970 kerajaan telah memberikan commissioned research and
consultancy mengenai tema-tema tertentu kepada pakar-pakar luar
negara. Satu daripada commissioned research and consultancy ini
diberikan kepada Harvard University Development Advisory Service2
untuk melakukan Social Science Research for National Unity (1970).
Dapatan kumpulan penyelidik ini menasihatkan kerajaan supaya
memperkenalkan disiplin- disiplin ilmu sains sosial di Universiti Malaya,
Universiti Sains, dan Universiti Kebangsaan (ketika itu Malaysia hanya
memiliki tiga buah universiti). Memberi latihan kepada tenaga manusia
dalam bidang sains sosial, supaya dapat menyumbangkan usaha-usaha
murni untuk mewujudkan perpaduan kaum (Abdul Rahman Embong,
2010:20). Langkah ini dilakukan oleh kerajaan adalah untuk
menggelakkan daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.
Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang
kaum seperti di Malaysia ini adalah tanggungjawab yang berat. Teras
utama untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk menyedari
bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa, berkaumkaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah
sebenar- benarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling
mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur. Namun,
manusia akan menggunakan perbezaan untuk mencetuskan konflik. Oleh
itu, Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk
mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang
kaum di negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun
9 | Page

Negara tidak menampakkan hak milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum


dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas,sehingga pada titik
akhirnya dapat mengatur tata kelakuan, mengendalikan, dan memberi
arah kepada kelakuan dan perbuatan yang sebenarnya bercirikan
Malaysia.

Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk


berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga
agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi memperkukuhkan
perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul Razak,
Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa
amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak
mempunyai makna.

.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap
rakyat, tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmathikmat yang terkandung di sebalik tiap-taip perkataan dan kalimat Rukun
Negara itu benar-benar menjadi darah daging.

10 | P a g e

OBJEKTIF PEMBETUKAN RUKUN


NEGARA
Mencapai
perpaduan
yang lebih
erat dalam
kalangan
seluruh
masyarakatn
ya

Membina sebuah
masyarakat
progresif yang
akan
menggunakan
sains dan
teknologi moden

Membentuk
satu sikap
yang liberal
terhadap
tradisi
kebudayaan
yang kaya
dan berbagai
bagai corak

11 | P a g e

Memelihara
satu cara
hidup
demokratik

OBJEKT
IF

Mencipta satu
masyarakat yang
adil di mana
kemakmuran
negara dapat
dinikmati
bersama secara
adil dan saksama

MENCAPAI PERPDUAN YANG LEBIH ERAT


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu
bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri
mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai
kaum dengan berbagai bagai persoalan yang wujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini,
melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu
padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat
kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undangundang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak
boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan
perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.
Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan
bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah
diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu
pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

12 | P a g e

MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL


Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara
ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi
mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka
mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang
lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada
penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu
golongan terhadap yang lain.

MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL


Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan
masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia
mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan
satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa
dan negara .

MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF


Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang
mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan
perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era
globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat
dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang
bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan
membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat
Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan
rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai
keagamaan.

13 | P a g e

MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL MELALUI


RUKUN NEGARA
Bagi mencapai objektif Rukun Negara agar diterima oleh rakyat pihak
kerajaan bertanggungjawab telah menubuhkan antaranya Majlis
Perpaduan Negara dan juga memasukkan unsur-unsur Rukun Negara di
dalam agensi kerajaan dan juga badan-badan pertubuhan bukan kerajaan.
Selain itu unsur-unsur Rukun Negara ini juga telah dimasukkan di dalam
kurikulum sekolah. Perkara ini adalah bagi mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
Namun begitu pada pandangan Tun Abdul Razak orang yang
bertanggungjawab dalam membina Rukun Negara menjelaskan
bahawa;
.... tanggungjawab untuk mengamalkan Rukun Negara itu bukan
sahaja terletak pada para pelajar dan murid-murid sekolah. Anggotaanggota dewasa, ibu bapa, pemimpin kaum, guru-guru dan seterusnya
orang ramai, mempunyai tanggungjawab yang sama untuk memahami
dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara
Seterusnya harapan yang dinginkan oleh beliau dalam memperkukuhkan
perpaduan rakyat dijelaskan di dalam ucapan yang disampaikan pada
Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan Pemuda UMNO pada 22 Januari
1971;
kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan menjunjung
tinggi Perlembagaan negara kita dan juga menjunjung tinggi dan
mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. Saya yakin dan percaya
dengan izin tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat negara ini
akan damai dan kita terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta
makmur.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau menggambarkan apa
yang dinginkan beliau untuk negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu
perpaduan amat dititik beratkan oleh setiap kepimpinan negara. Bagi Tun
Hussien Onn;
Kekuatan sesebuah negara bukanlah dinilai dari kekuatan tentera dan
Polis sahaja, tetapi bergantung pada semangat dan jiwa rakyat.

14 | P a g e

Namun begitu semangat yang terkandung melalui kelima-lima


prinsip Rukun Negara seolah-olah semakin dilupakan oleh generasi muda
pada masa kini. Agak tidak keterlaluan sekiranya boleh dikatakan ramai
yang tidak mengingati kesemua prinsip Rukun Negara sekiranya ditanya
kepada mereka. Mereka tidak begitu menghayati roh sebenarnya
kewujudan Rukun Negara ini sepertimana yang dinginkan oleh kepimpinan
negara. Keadaan sebegini amat berbahaya kepada negara yang dihuni
oleh penduduk pelbagai kaum. Beberapa peristiwa yang berlaku
memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah
dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini.

15 | P a g e

Antara isu-isunya seperti penghinaan terhadap sultan Johor menerusi


blog. Di mana Seorang penulis blog menggunakan nama Aduka Teruna
telah menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar menerusi
blognya www.adukataruna.blog.spot.com.3 Ini merupakan perbuatan
yang memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab generasi muda
yang sudah melupakan penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya
penghayatan Rukun Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah
semestinya perkara sebegini tidak akan berlaku kerana prinsip yang
kedua menyatakan dengan jelas bahawa rakyat perlu menumpukan
sepenuh kesetiaan kepada Raja dan negara.
Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di Majlis
Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988
mengingatkan bahawa;
Pergolakan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di sebilangan negara
lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum, bahkan
juga kerana pertelingkahan antara rakyat daripada kaum yang sama.
Oleh itu keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia merupakan tunjang kepada kestabilan
dan kekuatan negara. Keharmonian ini hanya tercapai dengan
wujudnya sifat saling faham memahami antara satu sama yang lain di
kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dengan tradisi, kebudayaan
dan agama yang berbeza. Ia merupakan satu keunikan kepada negara
Malaysia. Namun begitu keunikan ini boleh membawa kepada
persengketaan sekiranya tidak dijaga dengan betul. Perdana Menteri
Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, pernah menekankan kepada empat
faktor penting yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu politik,
ekonomi, perpaduan, dan keselamatan yang menjadi tunjang kepada
kestabilan dan kemakmuran kepada negara ini (Abdul Rahman Abdul Aziz
& Muhamed Nor Azman Nordin, 2008).
Justeru rakyat Malaysia pada masa kini harus menghidupkan
kembali semangat yang digaris oleh prinsip Rukun Negara bagi
memperkukuhkan lagi keharmonian yang terbina di antara kaum agar
tidak tergelincir kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh kerana
bila-bila masa sahaja peristiwa seumpama 13 Mei 1969 akan berulang
kembali. Antara langkah yang telah diambil oleh pihak Jabatan
Perpaduan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri dengan menubuhkan
kelab Rukun Negara bagi peringkat persekolahan dan Sekretariat Rukun
Negara adalah bagi peringkat mahasiswa yang bertujuan untuk
menghidupkan penghayatan Rukun Negara di kalangan generasi muda.

16 | P a g e

Selain itu di dalam pentadbiran Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak kini telah memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada
memperkukuhkan ketahanan negara melalui perpaduan iaitu konsep Satu
Malaysia yang membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan
kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang
lebih erat sebagaimana kehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh itu,
semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia
di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah
negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan
dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada
kerajaan.

Kita juga seharusnya bersyukur dengan keamanan dan perpaduan


yang kita kecapi selama ini. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang
hiup dalam keadaan aman dan damai berbanding dengan negaranegara lain betapa sengsaranya mereka di negara sendiri terpaksa hidup
dalam kelaparan, ketakutan, kesengsaraan dan kehinaan. Mengapa
perkara sebegini berlaku - disebabkan perpaduan, kesetiaan, hormat
menghormati dan sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka.
Janganlah kita lupa sejarah bangsa dan peristiwa yang menjadikan negara
kita kekal aman.

17 | P a g e

PRINSIP RUKUN NEGARA

Kesetiaan
Kepada
Raja dan
Negara

Kepercayaa
n Kepada
Tuhan

18 | P a g e

Keluhuran
Perlembag
aan

PRINSI
P
RUKUN
NEGAR
A

Kedaulatan
UndangUndang

Kesopanan
dan
Kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh
diamalkan bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membezabezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing
,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

19 | P a g e

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
adalah Ketua Negara . Selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di
setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak
beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah
lambang perpaduan rakyat.
Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di Pertuan Agong .
Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh
menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi
memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah
bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh
menyatukan rakyat Malaysia.
Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan
rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada
Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang bertentangan sama sekali
dengang prinsip Rukun Negara.

20 | P a g e

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang
menjadi sumber dan tunjang perundangan yang tertinggi negara.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak
sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini.
Ini adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan perundangan, kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat.
Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip
ini ialah berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama
Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan
bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf warganegaraan
Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di dalam
Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi,
perkembangan bahasa bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam
bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut
kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh
Perlembagaan Malaysia.

21 | P a g e

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang
sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi
terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang
negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu
diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan
negara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang
mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan
undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak
dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk
hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan
cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat
dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu
diwujudkan dan kekalkan dalam pemikiran rakyat.

22 | P a g e

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk
membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun
dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai
kaum di negara ini.
Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan
bersusila adalah asas didikan membentuk peribadi yang mulia dan
disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau
sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur
kata seseorang . Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah
laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan
bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia
yang harmoni dan bersatu padu .

23 | P a g e

24 | P a g e

KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa
perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun
dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum
yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan
menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup
dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu
sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling
menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan
akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan
pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
Ketuanan Melayu
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab
kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu
dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai
Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi
kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan
ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga
biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan
biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Kamus Dewan mentakrifkan istilah ketuanan sebagai membawa
maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri,
daerah dan sebagainya.
Istilah ketuanan juga dirujuk sebagai kedaulatan. Ketuanan
berbeza dengan perkataan tuan yang membawa maksud orang tempat
menghambakan diri. Contohnya, dahulu orang kulit putih di Amerika
banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa
Negro.
Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu
kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga
boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat
dan mesti diperbetulkan.

25 | P a g e

Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh


orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas
siapa sebenarnya yang menjadi hamba kepada siapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya
menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu
mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.

Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap


istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu
secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang
paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan
Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu
adalah hamba.
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini
pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan
kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat
melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan
mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah
simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negaranegara barat lain yang mempunyai Raja.
Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan
Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan
Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu
ketika dulu bernama Tanah Melayu.
Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu
tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa
sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil
kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaumkaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin
dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga
hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.
Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah
bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu,
dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsabangsa lain juga bebas memperjuangkan ketuanan mereka masingmasing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas
untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam
meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan
sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan
mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya.
Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah
satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan,
sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.
26 | P a g e

Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah


orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang
dikunjunginya.

Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi
politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi
sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud
menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita
tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian.
Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud
rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah
digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.
Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluasluasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya
rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.
Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka
tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh
sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.

27 | P a g e

Rujukan
Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2009).
Pemikiran Pembangunan Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Regional Seminar on Humanities 2009 Managing
Aseans Future. Anjuran Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. 1819 Februari 2009.
Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2008).
Nilai-Budaya Ikatan-Sosial Masyarakat Malaysia Anjuran Lima
Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Serantau Nilai dan Profesionalisme. Anjuran Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 1213 November 2008.
Abdul Razak Hussien, Dato (1971). Ucapan Perhimpunan Pergerakan
Kaum Ibu dan Pemuda UMNO. Kuala Lumpur.
Abdul Razak Hussien, Dato (1971). Ucapan Perdana Menteri Semasa
Melancarkan Minggu Muhibah dan Perpaduan di Sekolah-sekolah melalui
Radio dan Televisyen. Kuala Lumpur

Blogger Menghina Sultan ditangkap. http://berita-harian-online.com/


blogger-menghina-sultan-di-tangkap/ [Diakses pada 4 Julai
2010].
Hussien Onn, (1977). Ucapan Pemangku Presiden UMNO Perhimpunan
28 | P a g e

Agung UMNO ke-28. Kuala Lumpur


Ismail Hussein, Wan Hasdim Wan Teh dan Ghazali Shafie. (2001)
Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu Edisi Kedua.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Lee Lam !ye, Tan Sri (2008). Rukun Negara Asas Perpaduan. http://
blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome.do [Diakses pada 4 Julai
2010]
Mahathir Mohamad, Dato Seri Dr. (2002). Perutusan Sempena Perayaan
Hari Deepavali. Pejabat Perdana Menteri.
Mahathir Mohamad, Dato Seri Dr. (1988). Majlis Pelancaran Rancangan
Pemasyarakatan Perpaduan. Kuala Lumpur.

Nor Afzan Mohamad Yusof . (2003). Kembali Hayati Rukun Negara.


http://blis.bernama.com.eser v.uum.edu.my/mainHome.dom [Diakses
pada 4 Julai 2010]
Penulis Blong Hina Sultan Iskandar. http://pmr.penerangan.gov.my/index.
php?option=com_content&view=artic le&id=5579:25-jan- penulis-bloghina-sultan-iskandar-disiasat&catid=376:201001&Itemid=27 [Diakses pada 4 Julai 2010]
Peristiwa 13 Mei. http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/
knowledgebase/kb_view.asp?kbid=43 [Diakses pada 4 Julai
2010]
Rohani Hj Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh. (2009). Malaysia
Pembinaan Negara Bangsa. Pulau Pinang: Zammas Xpress Niaga.
Sarjit Singh, Dr. (2008). Rukun Negara Berkesan Perkukuhkan Perpaduan
Kaum. http://blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome. do [Diakses
pada 4 Julai 2010]

Suziyana Sukri. (2006). Rukun Negara Kekal Perpaduan, Keharmonian


Cara Malaysia. http://blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/ mainHome.do
[Diakses pada 4 Julai 2010]
Tunku Abdul Rahman, (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zulzaidi Mohamad
(2008). Rakyat Wajib Hayati Rukun Negara. http://
blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome.do
29 | P a g e

[Diakses

pada 4 Julai 2010]

LAMPIRAN

30 | P a g e

31 | P a g e

32 | P a g e

33 | P a g e

34 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai