Anda di halaman 1dari 1

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN

2.0
Latar Belakang Tamadun
1. Peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan menggunakan pemikiran mereka
untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar membentuk kehidupan yang lebih maju.
2. Latar belakang tamadun Yunani, Rom, India dan China:
Tamadun Yunani
1. Lokasi Kemunculan: Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitar Laut Aegean dan Laut Mediterranean
2. Negara Kota Utama: Athens, Sparta dan Corinth
3. Ciri Penting lain:
i. Negara kota dikenali sebagai polis yang terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung
ii. Masyarakat dalam setiap negara kota bersatu padu
iii. Peperangan sering berlaku antara negara kota
iv. Ciri setiap negara kota:
a. Memiliki corak pemerintahan tersendiri
b. Memiliki sistem perundangan sendiri
c. Memiliki beberapa tuhan
d. Dikelilingi oleh kawasan pertanian
e. Kota memiliki pasar, kubu, kuil dan istana
Tamadun Rom
1. Lokasi Kemunculan: Kawasan Bukit Palatine yang berhampiran dengan Lembah Latium
2. Bandar Utama: Rom, Pompei, Syracuse
3. Ciri Penting lain:
i. Majlis perbandaran diwujudkan di setiap bandar
ii. Majlis perbandaran menjalankan pentadbiran tanpa campurtangan pusat (Rom)
iii. Pembinaan bandar yang terancang dengan pelbagai kemudahan
iv. Kewujudan majlis perbandaran membawa kemajuan dan keselesaan
Tamadun India
1. Lokasi Kemunculan: Lembah Sungai Ganges selepas kejatuhan tamadun Indus
2. Jenis Kerajaan Beraja Utama: Janapada dan Mahajanapada
3. Ciri Penting lain:
i. Chandragupta Maurya telah berjaya menyatukan janapada (kerajaan kecil) dan mengasakan Dinasti Maurya
ii. Dinasti Maurya adalah berjaya menyatukan seluruh utara India
iii. Asoka adalah pemerintah Dinasti Maurya yang paling terkenal
Tamadun China
1. Lokasi Kemunculan: Lembah Hwang Ho di Utara sehingga ke bahagian Selatan
2. Ciri Penting lain:
i. Dinasti Chin berjaya mewujudkan sebuah empayar
ii. Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin
iii. Zaman empayar adalah zaman yang berlaku banyak peperangan dan perluasan kuasa

Latihan Pengukuhan 2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Acropolis di Yunani? (1m)
2. Apakah fungsi utama Agora dalam sesebuah polis di Yunani? (1m)
3. Nyatakan 3 kesan penubuhan majlis perbandaran di Pompei? (3m)
4. Apakah tujuan pembinaan saliran air bawah tanah di Pompei oleh Majlis perbandaran? (1m)
5. Nyatakan peranan penting Chandragupta Maurya dalam tamadun India. (1m)
6. Sekiranya anda adalah Shih Huang Ti, berikan 3 cadangan penting untuk mengukuhkan tamadun China selepas
berjaya membentuk sebuah empayar. (3m)

Anda mungkin juga menyukai