Anda di halaman 1dari 26

KURSUS KEPIMPINAN

PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
INDRA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

PENGENALAN

SIAPA PENGAWAS?
Pengawas sekolah adalah kumpulan
murid yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam
hal meningkatkan pencapaian
disiplin murid ke tahap yang lebih
baik.
Pengawas dianggap mata dan telinga

SIAPA PENGAWAS?
Pengawas juga adalah pelajar ,
mereka memerlukan keyakinan diri
untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketrampilan.
Ringkasnya, pengawas adalah
pemimpin pelajar di peringkat
sekolah.

PEMIMPIN MESTILAH
Beriman dan bertaqwa kepada Allah
Memiliki sahsiah yang cemerlang
seperti amanah, adil, thiqah
(dipercayai), sabar, ikhlas dan
bertanggungjawab.
Berilmu dan beramal dengan ilmu
yang dimiliki.

PEMIMPIN ITU
Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada
Nabi SAW sabdanya: Wahai Abd ar-Rahman!
Jangan engkau meminta jawatan pemimpin.
Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan
permintaan maka engkau dibebankan (tidak
ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa
permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah).
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi,
Nasaie dan Ahmad)

PEMIMPIN ITU
Ia (iaitu kepimpinan)
adalah amanah dan di
akhirat ia menjadi kehinaan
dan penyesalan kecuali
mereka yang
mengambilnya dengan hak
dan melaksanakan
tanggungjawab yang
diamanahkan di
dalamnya.
( Riwayat Muslim )

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

BIDANG TUGAS
PENGAWAS

PENGAWAS ITU
Bangga dengan tugasnya.
Sentiasa tahu dan mahu bertugas.
Bekerja tanpa disuruh, berusaha
bersungguh-sungguh.
Petah tuturkatanya, bijak
tegurannya.
Bijak dalam tindakan, cantik dalam
penampilan.

TANGGUNGJAWAB ANDA
Melaksanakan segala tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan
oleh pihak sekolah.
Mewujudkan persekitaran yang
kondusif dan selamat menerusi
penguatkuasaan peraturan-peraturan
sekolah.
Menjadi pemimpin dan contoh
teladan kepada murid-murid yang
lain.

BIDANG TUGAS UMUM


Melaksanakan segala arahan
daripada Ketua Pengawas sekolah.
Membantu pihak sekolah dalam
menguatkuasakan peraturan dan
disiplin di sekolah.
Mencatat kesalahan murid dan
melaporkan sebarang salahlaku
disiplin murid kepada guru.

BIDANG TUGAS UMUM


Mengawasi kelas ketika ketiadaan
guru.
Mengendalikan kemasukan murid di
pintu pagar/ laluan masuk sekolah.
Mengendalikan perhimpunan rasmi,
bacaan doa pagi dan majlis-majlis yang
ditentukan pihak sekolah.
Membantu mewujudkan persekitaran
sekolah yang selamat dan bersih.

BIDANG TUGAS UMUM


Melaksanakan tugas mengawal murid
pada waktu rehat di kantin.
Menguruskan dan menceriakan bilik
gerakan pengawas.
Menjadi model / contoh teladan
kepada murid yang lain.
Melaksanakan tugas seperti yang telah
dientukan di dalam jadual tugasan.

BIDANG TUGAS UMUM


Berucap dan mengendalikan program
yang ditentukan oleh pihak sekolah.
Mewujudkan papan kenyataan
pengawas yang informatif.
Mengenalpasti masalah murid / murid
yang bermasalah dan memaklumkan
kepada guru.
Membantu guru melaksanakan spot
check ke atas murid.

IKUTANKAH BILA
Tidak berpakaian
kemas
Tidak mematuhi
peraturan sekolah
Membuat bising dan
bermain di dalam
kelas
Malas menyiapkan
tugasan / kerja sekolah

IKUTANKAH BILA
Sentiasa datang
lewat
Ponteng sekolah
Berlagak dan
sombong
Tidak menghormati
guru
Gagal dalam
peperiksaan

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

TATACARA
BERTUGAS

TATACARA BERTUGAS
Perhimpunan rasmi dan
perhimpunan pagi
Bacaan doa pagi
Pintu masuk sekolah
Waktu rehat / kantin sekolah

PERHIMPUNAN RASMI
Pengacara majlis
Hadir awal, mendapatkan teks ucapan
daripada guru bertugas dan bersedia
untuk memulakan majlis.
Membaca teks ucapan pengacara majlis
seperti yang ditentukan oleh guru.
Memastikan perhimpunan berjalan
dengan lancar dan teratur.

PERHIMPUNAN RASMI
Pengawas Kelas
Hadir awal dan bergerak ke kelas yang
ditugaskan.
Mengiringi murid ke dewan
perhimpunan sebelum perhimpunan
dimulakan.
Memastikan kehadiran penuh murid ke
majlis perhimpunan rasmi.
Meluruskan barisan murid.

PERHIMPUNAN RASMI
Pengawas Kelas
Berdiri tegak di sisi dewan dalam
keadaan teratur dan tertib.
Memastikan murid tidak membuat
bising dan mengambil tindakan
terhadap murid yang bising.
Membawa pulang murid ke kelas dalam
keadaan senyap dan tertib.
Mengawal kelas ketika ketiadaan guru.

BACAAN DOA PAGI


Hadir awal ke sekolah.
Bergerak ke pejabat sekolah dan
menyempurnakan bacaan doa pagi.
Pengawas lain memastikan murid
berbaris di luar kelas dan membaca
doa pagi.

PINTU MASUK SEKOLAH


Hadir awal ke sekolah
Membawa buku nota kecil, bergerak
ke pintu masuk sekolah dan tunggu
di pintu masuk sehingga loceng
dibunyikan.
Memanggil dengan sopan dan
mencatat nama murid yang datang
lewat.
Murid yang telah memasuki kawasan
sekolah tidak boleh keluar kembali.

WAKTU REHAT / KANTIN


Pengawas yang bertugas hendaklah
makan terlebih dahulu sebelum
melaksanakan tugas.
Memastikan murid beratur ketika
membeli / mengambil makanan di
kaunter.
Mencatat nama murid yang
melakukan kesalahan / tidak
memberikan kerjasama dan
melaporkannya kepada guru.

PENUTUP
Diharapkan menerusi kursus ini, para
pengawas SKSI menyedari dan
mengetahui akan bidang tugas dan
tanggungjawab anda.
Tugas ini merupakan amanah yang
wajib dan mesti anda laksanakan
selagi anda menyarung blazer dan
uniform pengawas.
Bagi pengawas, tiada istilah tidak
boleh dan tidak tahu.

RENUNGAN
Jika anda gagal merancang, bererti
anda merancang untuk gagal.
Try your best, then let your God do
the rest.

Anda mungkin juga menyukai