Anda di halaman 1dari 9

SUBJEK: DUA2012(SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM)

PENSYARAH: PUAN ZAINUN BINTI SALLEH


TAJUK: PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT
AL QURAN
NAMA: 1) 12DEP15F1009:MUHAMMAD SHAFIQ BIN ABDULLAH
2)12DEP15F1039:ABDUL HADI BIN DIN

PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT


PANDANGAN AL QURAN

PROSES KEJADIAN MATAHARI DAN ORBIT DARI SUDUT


PANDANGAN AL QURAN
Matahari adalah sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion tahun
selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses nuklear yang
berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan
seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini
memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung


kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui
proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian
dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya
terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi
tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core) menguncup ( contracts)
dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian
luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari
dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran
yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi
gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian
dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup
matahari.

JANGKA HAYAT MATAHARI

Matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang ahli fizik Jerman,


Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan
matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m.
Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan
penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk
waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari
mengalami penyusutan.
Teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya
digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat
ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun.
Selepas itu ia akan terkubur

JANGKA HAYAT MATAHARI

Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir ayat 1





Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan."

Perkataan penting di sini ialah perkataan 'kuwwirat'. Sahabat Abdulullah


bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'zahabat' yang bermaksud 'pergi ' atau
'menghilang' manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang
cahayanya'. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolaholah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung
hayatnya akan kehilanagn cahayanya.

PROSES PEREDARAN MATAHARI MELALUI ORBIT

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap
mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya;
33)
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah
ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah
Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Quran ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari
bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke
bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti
matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran.
Tambahan pula,terdapat sembilan planet yang lain mengelilingi matahari.Planet
bumi berada di orbit ketiga mengelilingi matahari.

PROSES MATAHARI MENGELILINGI GALAKSI

Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar).


Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha
mengetahui."
penting dalam ayat ini ialahtajri dan mustaqar.Tajribermaksud berlari
dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap
Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak
dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke
tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai
putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai
putaran (orbit) yang berbeza.

MATAHARI MENGELILINGI GALAKSI

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping


bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi
melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi
galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis
mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian
tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140
mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta
bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian
nukleus galaksi ini.
Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit
(termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar
mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang
berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam
supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan
putaran dan peredaran objek-objek di langit

KESIMPULAN

Suatu yang pasti, ketika Al-Quran di turunkan manusia tidak


mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi
pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer
ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau
astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang
mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa
ruang langit dipenuhi dengan lintasan dan orbit seperti yang
dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hal ini secara
jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Quran yang
diwahyukan ketika itu -kerana Al-Quran sebenarnya adalah
kalam Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai