Anda di halaman 1dari 9

HUBUNGAN

AQIDAH
DENGAN SAINS
DAN TEKNOLOGI
PENGERTIAN
 AQIDAH:

-Berpegang dan membenarkan didalam hati dan meyakini dengan pasti


tanpa ada sebarang keraguan atau syak wasangka
-BERSUMBERKAN WAHYU

 SAINS DAN TEKNOLOGI:


-Hasil usaha pemahaman manusia yang disusun dalam suatu sistem
mengenai kenyataan. Ia diselidik oleh pemikiran manusia dengan
dibantu oleh pancaindera yang kebenarannya diperolehi menerusi ujikaji
-BERSUMBERKAN AKAL MANUSIA
CIRI-CIRI SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
 Berteraskan prinsip tauhid
Seluruh alam semesta termasuk makhluk manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Kewujudan alam
semesta termasuk proses sebab-musabab dan segala fenomena yang berlaku ditentukan oleh
Allah s.w.t. sebagai tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

 Integrasi antara ilmu akal dan ilmu naqal (Wahyu)


Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum al-aqliyyah (ilmu
akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan dengan ulum al-naqliyyah
(ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan alam semesta dengan sains dan
teknologi, namun tujuannya adalah untuk mengenali kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

 Sains dan teknologi mengukuhkan keimanan


Sains Islam penuh nilai keberkatan ilmu, kebijaksanaan, ketajaman daya faham dan kebenaran.
Pencapaian sains dan teknologi adalah anugerah ilmu yang mempunyai
pelbagai maklumat untuk menyakinkan manusia dengan bukti bahawa Allah s.w.t.
adalah Pencipta,Pendidik dan Pemelihara alam semesta ini.
KAITAN ANTARA 1. KEJADIAN MANUSIA
AQIDAH DAN 2. KEJADIAN LANGIT DAN BUMI
3. KEJADIAN SIANG DAN MALAM
SAINS 4. KEJADIAN PASANG SURUT AIR LAUT
TEKNOLOGI
KEJADIAN MANUSIA
SAINS AL-QURAN
1) Tahap Pre-embrionik 1) NUTFAH
2) Tahap Embrionik 2) ALAQAH
3) Tahap fetus 3) MUDGHAH
4) IZAM DAN LAHM
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu 5) NASY'AH KHALQAN AKHAR
yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, 6) NAFKHUR (RUH)
darah dan lain-lain yang membentuk jasad.
Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin
dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi.
Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi.

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri


manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi
pun mengakuinya.
KEJADIAN LANGIT DAN BUMI
 SAINS:
-Konsep terciptanya alam yang diterangkan oleh para saintis (astrofizik), dinamakan sebagai fenomena “Big Bang”.
ini pula disokong oleh hasil-hasil pemerhatian yang logik dan eksperimen-eksperimen tertentu yang telah
dilakukan.
Menurut fenomena tersebut (Big Bang), seluruh alam ini dulunya berasal dari satu kumpulan jisim (Primary
Nebula). Kemudian terjadi pecahan padanya (Secondary Separation) yang menyebabkan kejadian seluruh galaksi
ini.
Kejadian ini menyebabkan terbentuknya bintang-bintang, planet-planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal
kejadian alam ini sangatlah unik dan kemungkinan alam ini terjadi dengan sendirinya adalah ternafi (dengan
sendirinya).

 AL-QURAN:
- “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya”
(Surah Al-Anbiyaa ‘ : 30)
“Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya
agar kamu mengetahui bahwasanya Allah maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya
Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu”.
(Q. S At Thalaq: 12).
KEJADIAN SIANG DAN MALAM
 SAINS:
-Kejadian siang dan malam, tidak dapat dipisahkan dari adanya putaran bumi pada paksinya dan mengorbit
matahari.
Bumi memerlukan satu tahun atau 365 hari dan enam jam untuk membuat satu orbit suria. Sebaliknya, cahaya
matahari tidak dapat menerangi seluruh bumi pada masa yang sama.
Pergantian siang dan malam, terkait pula dengan pergantian musim. Pergantian siang dan malam di seluruh
negara selalu tetap dengan rata-rata perputaran 24 jam sehari.

 AL-QURAN:
-malam dan siang merupakan salah satu dari sekian banyak tanda-tanda yang membuktikan bahawa alam ini
pasti diatur oleh suatu zat yang amat luar bisa (Allah). Di dalam al-Qur’an malam dan siang sering disebut
dan diulang-ulang di beberapa ayat-ayat. Dan beberapa diantaranya iaitu:

“Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan
menjadikan siang terang benderang…” (QS. Al Mu’minun:61)

‘’Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari
dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.” (QS. Ar-Ruum:23)
KEJADIAN PASANG SURUT AIR LAUT
 Pasang surut laut adalah hasil tarikan graviti dan kesan sentrifugal. Kesan sentrifugal adalah dorongan ke
luar pusat putaran. Graviti berbeza secara langsung dengan jisim tetapi berkadar sebaliknya dengan jarak.
Walaupun ukuran bulan lebih kecil daripada matahari, tarikan graviti bulan dua kali lebih besar daripada
tarikan matahari dalam menghasilkan gelombang laut kerana bulan lebih dekat daripada matahari ke bumi.
Daya tarikan graviti menarik air laut ke arah bulan dan matahari dan menghasilkan dua gelombang pasang
surut graviti di lautan Lintang lonjakan pasang surut ditentukan oleh deklinasi, sudut antara
paksi putaran bumi dan satah orbit bulan dan matahari.

Graviti bulan boleh menarik permukaan bumi. Kesan tarikan graviti bulan di kawasan daratan adalah sedikit
tetapi di kawasan berair, tarikan graviti bulan adalah tinggi menyebabkan air ditarik ke arah bulan.
Kejadian ini dinamakan sebagai kejadian pasang surut yang berlaku di laut dan lautan. Peristiwa naiknya
permukaan air laut disebut dengan pasang, sedangkan peristiwa turunnya air laut disebut surut.
Dalam sehari, rata-rata akan terjadi dua kali pasang dan dua kali surut.
Bulan menyebabkan lautan membonjol di kedua-dua bahagian bumi pada masa yang sama.
Bonjolan terbentuk di arah bertentangan dengan arah bumi kerana bumi turut ditarik ke arah bulan
dan menjauhi air pada bahagian yang lain.
RUMUSAN
 Kita hidup sebagai hamba Allah wajib mengikut suruhannya dan
meniggalkan segala larangan-Nya. Allah maha berkuasa
di bumi kita, semua yang dikehendakinya akan berlaku.
Kita sebagai hamba Allah perlu bersyukur kerana mendapat nikmat
hidup di dunia.
Sains dan teknologi amat penting dalam dunia sekarang kerana dunia
semakin moden dan semakin maju kehadapan.
Sains dan teknologi mempunyai kaitan antaranya ialah kejadian
manusia, kejadian siang dan malam, kejadian langit dan
bumi, kejadian pasang surut air laut dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai