Anda di halaman 1dari 79

BAB 1

ALAM DAN MANUSIA


NOORMUTHAAH BINTI MOHAMAD ALI ADAHA

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA


PENDAHULUAN

HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN BAB


1.1 Kejadian alam dari
❖ Menerangkan kejadian perspektif agama dan sains
alam dan manusia dari
1.2 Kejadian manusia dari
pelbagai perspektif.
perspektif agama dan sains
❖ Menghuraikan keperluan
1.3 Alam dan manusia dari
agama menurut
perspektif Islam
kepercayaan dan amalan.
❖ Menjelaskan peranan
akhlak dalam kehidupan.
BAGAIMANA ALAM INI
BERMULA???
 BENARKAH ALAM INI ADA PERMULAAN?
 KALAU ‘YA’, BAGAIMANA?
 TERJADI DENGAN SENDIRI?
 TERJADI SECARA KEBETULAN?
 DICIPTAKAN DARI TIADA?
PENDAHULUAN
Pada umumnya semua manusia percaya
bahawa alam ini ada permulaan, dahulunya
tidak ada kemudian ia diadakan.
Persoalannya bilakah ia bermula dan
siapakah yang menciptakannya? Persoalan
inilah yang sering berlegar di pemikiran hampir
setiap manusia sejak zaman berzaman. Bagi
mereka yang hanya bergantung kepada
kemampuan akal, maka lahirlah pelbagai
hipotesis dan teori tentang penciptaan alam
dan manusia. Pada hakikatnya manusia tidak
akan mampu mencari kebenaran yang hakiki
4
dengan hanya berpandukan akal yang ada
pada mereka.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
Permulaan Alam Menurut Sains Barat
 Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman
Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat
pembelajaran, seni dan kesusasteraan di Eropah, ahli-ahli sains
Barat mula memikirkan tentang kejadian alam dan melahirkan
beberapa teori tentangnya.
Teori Letusan Besar atau ‘Big Bang’
 Bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang ada
sekarang ini dahulunya tidak ada. Kira-kira 15- 20 billion tahun
yang lalu satu letusan besar telah berlaku akibat daripada
pemampatan jisim atom di ruang alam.
 Pemampatan jisim-jisim atom ini telah menghasilkan suhu yang
tersangat amat panas.
 Apabila bahan atom yang padat itu meletus, ia berpecah dan5
berkecai dalam bentuk awan hidrogen yang kemudiannya
menjadi awan galaksi.
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
 Pada peringkat awal, alam semesta ini telah
dipenuhi dengan gas panas dan bahan radiasi. Gas
panas dan padat itu tersebar luas memenuhi ruang dan
akhirnya menyejuk lalu membentuk ketulan yang
terapung-apung di alam semesta. Ketulan gas-gas inilah
yang membentuk bintang-bintang di sistem cakrawala di
alam ini. Bumi dan planet yang lain dikatakan berasal
daripada bahagian matahari yang memisahkan diri pada
masa matahari masih berupa kabut yang tebal. Bahagian
yang terpisah itu menjadi sejuk dan terjadilah planet-
planet seperti sekarang. Proses pembentukan itu berjalan
terus-menerus mengikut hukum alam yang memakan
masa berbillion tahun. 6
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
 Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum
padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (cosmix
explotion) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang
dinamakan 'big bang'.
 Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan
(expending and cooling) sehingga akhirnya lahirlah bintang-
bintang, galaksi dan seumpamanya.
 Link video kejadian alam menurut perspektif Al-quran dan
sains https://youtu.be/MfkY4Lamzzw

7
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

8
1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General


Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert
Einstein pada tahun 1915.
 Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia,
Alexandar Friedmann mengembang dan
mengukuhkan lagi teori ini.
 Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti
kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan
menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati
alam ini sedang mengembang.
 Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang
mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya
diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang
menyebabkan pengembangan ini. 9
1) TEORI
KEJADIAN
ALAM

6) ALAM
2) ALAM
TUNDUK
DARIPADA
PADA SATU
ASAP?
SISTEM
PENCIPTAAN
ALAM
MENURUT
ISLAM
3) ALAM
5) ALAM MENGEMBA
BERGERAK NG &
MENGECUT

4) ALAM
DICIPTA
DALAM 6
HARI
CIRI-CIRI YANG PERLU ADA
PADA PENCIPTA
KEESAAN
HIDUP
ILMU
KEMAHUAN
KEKUASAAN
KEBIJAKSANAAN / KEADILAN
KASIH SAYANG
PANDANGAN ISLAM MENGENAI
PENCIPTAAN ALAM
DICIPTAKAN DARI TIADA
TUHAN YANG MAHA ESA
MEMILIKI SEGALA SIFAT
KESEMPURNAAN
SETIAP CIPTAAN ADA
TUJUAN/HIKMAH
ALAM INI TIDAK KEKAL
Firman Allah S.W.T. bermaksud: “dan
1) TEORI tidakkah orang-orang kafir itu memikir
kan dan mempercayai bahawa RATQ (MELEKAT)
PENCIPTAAN
sesungguhnya langit dan bumi itu
ALAM dahulu adalah suatu yang padu
Alam semesta (langit & bumi) pada (ratqa) lalu Kami pisahkan antara
asalnya bercampur padu (satu unit) FATAQ
keduanya (fataq), dan daripada air (TERUNGKAI)
Kami jadikan segala sesuatu yang
hidup”. (Al-Anbiya’ (21): 30).

Kenyataaan ini selari dengan penemuan sains


pada hari ini berhubung kejadian alam semesta
iaitu:

Firman Allah bermaksud: “Kemudian Dia menuju 2) ALAM


kepada penciptaan langit dan langit itu masih
Alam semesta tidak terus wujud tetapi BERBENTUK
merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya mengalami beberapa proses. ASAP?
dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya Antaranya adalah kelahiran gas-gas
menurut perintahKu dengan suka hati atau hidrogen dan helium yang bercantum
terpaksa”, kedua-duanya menjawab, “Kami datang sehingga menjadi gumpalan asap
dengan suka hati”. (Fussilat: 11) raksasa.
14

 TEORI BIG BANG DI DALAM AL-QURAN

 Perkara ini sudah lama diceritakan dalam al-Quran:

Allah berfirman: “Apakah orang-orang kafir tidak


melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada
asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian
kami pisahkan keduanya…”
(Surah al-Anbiya ayat 21:30)
15

 Ayat ini mengandungi pengertian:


 Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan
satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.
 Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah
tercantum dalam satu unit.
 Pemisahan berlaku secara sistematik untuk
menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan
jirim (ordering matter)
 Proses pembentukan alam ini berlaku secara
bertahap-tahap selepas dari pemisahan itu.
16

 Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap


(nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang
menjadi asal kejadian alam semesta.
 Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap
(nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang
menjadi asal kejadian alam semesta.
 Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap
yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia
dicahayakan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas
yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
17

 Ilmu pengetahuan moden, ilmu


astronomi, pengamatan dan
teori, dengan jelas menunjukkan
bahawa pada suatu ketika
seluruh alam semesta masih
berupa 'gumpalan asap' .
 Para ilmuwan sekarang dapat
melihat pembentukan bintang-
bintang baru dari peninggalan
'gumpalan asap' semacam itu.
Rujuk http://lisanul-
hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-
menurut-al-quran.html untuk maklumat lanjut.
18

 Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit


dan langit itu masih merupakan asap,... “
(Surah Al-Fussilat, 41: 11)

 matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain


terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka
dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi
dahulu merupakan satu kesatuan.
Alam Mengembang – Firman Allah
3) ALAM bermaksud: “Dan langit itu Kami bangun
MENGEMBANG dengan kekuasaan Kami dan Kami benar-
& MENGECUT benar meluaskannya”. (Al-Dzariyat:
47).
Alam Mengecut – Firman Allah
bermaksud: “(Iaitu) pada hari Kami
Alam semesta mengembang dari semasa ke semasa gulung langit sebagai menggulung
– kelajuan antara 57-80 km sesaat semegapersaat lembaran-lembaran kertas…”. (Al-Anbiya
(km/sec/Mpc) dan akan mengecut pada hari kiamat. (21): 108).

4) ALAM
DICIPTA
Alam diciptakan berperingkat.
1) Sentiasa SISTEMATIK dalam Tempoh penciptaan alam adalah
DALAM 6 HARI
melakukan sesuatu
dalam enam hari (masa).
HIKMAH PEN-
2) Membentuk sifat BERDISIPLIN & CIPTAAN ALAM Firman Allah bermaksud: “Tuhan yang menciptakan
BERHIKMAH DALAM 6 HARI: langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya dalam masa enam hari, kemudian ia
3) Supaya lebih TEPAT, KEMAS & bersemayam di atas arasy….”. (Al-Furqan (25): 59)
TERATUR
Hari (dalam ayat ini) adalah hari
4) Tidak TERGESA-GESA &
TERBURU-BURU dalam tindakan Allah, Tuhan sekalian alam. Ia adalah hari
meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang
5) Supaya manusia BERFIKIR & dikira menurut peredaran bumi mengelilingi
MERENUNG keajaiban ciptaanNya matahari yang hanya memakan masa 24 jam.
Maka hari sebelum bumi tercipta sudah pasti
berbeza dengan hari sekarang ini.
ALAM
BERGERAK &
TUNDUK PADA
SATU SISTEM

Kesemua unsur yang ada di


alam ini tunduk kepada satu
sistem dengan berada dalam
falak masing-masing

Firman Allah bermaksud: “(dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat
edaran masing-masing”. (Yasin (36): 40)
KONSEP KEJADIAN MANUSIA

21
PENGENALAN
Manusia merupakan makhluk teristimewa.
Manusia dan ad-din tidak dapat dipisahkan.

SIAPAKAH MANUSIA?
BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA DAN KENAPA?
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU BIOLOGI


 Manusia diklasifikasikan sebagai Homo
sapiens (Bahasa Latin untuk manusia),
sebuah spesis primate dari golongan
mamalia yang dilengkapi otak
berkemampuan tinggi. Spesis primate ini
terdiri dari seluruh lemur, monyet dan
manusia. Primate berasal dari kata Latin
Primates, yang bererti ‘salah satu yang
pertama, terbaik, noble’.

23
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU LOGIK


Manusia adalah binatang. Kelebihan
manusia berbanding binatang-
binatang lain adalah kebolehannya
berkata-kata dan berfikir.

24
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU JIWA


Manusia adalah sama sifat hidupnya
dengan haiwan. Dalam erti kata sama
keinginan mahu makan, berketurunan,
merasai sakit, sihat, merasai tua dan mati
dan sebagainya.

25
Marah Beranak Makan Sakit Seronok Ngantuk
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 KEJADIAN MANUSIA
BERDASARKAN SARJANA BARAT –
TEORI EVOLUSI

26
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Pernyataan Charles Darwin - manusia moden berevolusi dari


sejenis makhluk yang mirip kera. Selama proses evolusi tanpa
bukti ini, yang diduga telah dimulai dari 5 atau 6 juta tahun
yang lalu, dinyatakan bahawa terdapat beberapa bentuk
peralihan antara manusia moden dan nenek moyangnya.
Menurut senario yang sungguh dibuat-buat ini, ditetapkanlah
empat kelompok dasar sebagai berikut:

 Australophithecines (2 juta tahun)


 Homo habilis (2.33 to 1.4 juta tahun)
 Homo erectus (300,000 tahun)
 Homo sapiens (200,000 tahun)
27
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Australophithecines

 Homo erectus

Semua gambar adalah


 Homo habilis gambaran oleh manusia
28
kini sahaja berdasarkan
fosil tengkorak yang
ditemui.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

Tiada fosil (tulang)


ditemui
Terdapat fosil
Terdapat fosil (tulang) ditemui dan
(tulang) ditemui manusia kini29
Pernyataan Charles Darwin adalah bercanggah
dengan fakta.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

Penipuan Ahli Sains Mengenai Teori Evolusi


 Plitdown Man
Setelah dijalankan ‘ujian florin’ ke atas Plitdown Man oleh Kenneth Oakley, dari
Jabatan Paleontologi Muzium British pada 1949, didapati gigi-gigi pada rahang
Plitdown Man adalah kepunyaan seekor Orang Utan yang dipasangkan (pada
rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan-bahan
tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi. Dalam ujian lain,
didapati tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan
tulang rahang pula kepunyaan seekor orang utan yang telah mati. Gigi-giginya
ditokok tambah agar mirip seperti manusia.
 Nebraska Man
Senario kaum Nebraska hidup bersama-sama keluarganya sebenarnya hanyalah
berasaskan dari sebatang gigi khinzir. Lukisan-lukisan dijadikan asas mengukuhkan
teori yang tidak berasas dan melanggar etika-etika saintifik yang sepatutnya dipatuhi.
 Ota Benga
Ota Benga sebenarnya adalah orang asli Afrika yang dianiaya. Dia ditangkap dan
dimasukkan ke dalam zoo dan dipamerkan bersama-sama binatang yang lain. Ota
30
Benga telah dilayan seperti haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini,
Ota Benga telah membunuh diri.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 KEJADIANMANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA


BARAT – MATERIALIS
Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat,
sistem saraf, kelenjar dan tisu-tisu. Manusia hanyalah
adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah
peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala
sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat,
keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada
adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada
percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah
pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil
kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya
sebelum mati. Sesungguhnya dunia ini untuk makan,
minum dan tidur. Dengan masa, lama kelamaan manusia
akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu. 31
KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA BUDDHA

32
(Rujuk http://naspazi.multiply.com/journal/item/6 untuk melihat huraian lanjut
mengenai kejadian manusia mengikut agama Buddha.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Kelahiran makhluk melalui empat cara:


 Pertama, Jalabuja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari
kandungan, seperti manusia, kuda dan kerbau.
 Kedua, Andaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari telur, seperti
burung.
 Ketiga, Sansedaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari
kelembapan, seperti nyamuk dan ikan.
 Keempat, Opapatika Yoni - iaitu makhluk yang lahir secara
mendadak dan dalam keadaan dewasa. Seperti dewa dan
syaitan.

33
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Sebarang kelahiran makhluk atau makhluk yang bakal lahir


mestilah melalui salah satu dari cara kelahiran di atas yang
disebabkan oleh adanya Kamma - perbuatan yang
menyebabkan timbulnya syarat untuk kelahiran semula
makhluk berkenaan. Sansedaja Yoni tidak sama dengan
abiogenesis kerana aspek kamma tidak terdapat dalam teori
abiogenesis. Opapatika Yoni bukan bermakna wujud dengan
sendirinya tanpa sebab.
 Opapatika Yoni wujud kerana disebabkan oleh kekuatan
Atita Kamma, dan tidak melalui fasa embryo. Maknanya
setiap makhluk berasal dari makhluk yang sentiasa silih
berganti dari satu alam kepada alam yang lain sebelum
mencapai Nibbana atau Nirvana.
34
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA
1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua,
penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan,
tidak memperoleh yang dikehendaki dan lain-lain.

2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia

3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan


perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan,
melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita.

4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh


perbuatan-perbuatannya di masa kehidupan yang lalu.

5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai


nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada
lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah
tercapai nirwana. 35
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA HINDU

36
Rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Mitos_penciptaan untuk maklumat lanjut
mengenai kejadian manusia berdasarkan agama Hindu.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta


dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada
mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan,
sering disebut sebagai zaman: “ketika itu belum ada
apa-apa dan semuanya belum menentu.”
 Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama
yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang
menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk
yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad
maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa –
angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah - zat cair
dan pretiwi - zat padat .
37
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
➢ Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk
Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah
menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu
segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam
semesta. Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur
ciptaan Brahman.
➢ Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta
isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Proses
penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta,
iaitu enam jenis rasa, seperti manis, pahit, masin, masam,
pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu dengan
unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria, panca
tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian semua unsur ini
telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla
38 -
benih lelaki dan swanita - benih perempuan. Yang demikian,
maka terciptalah manusia.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS
 AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA
1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai
malapetaka dan penderitaan.
2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini
apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari
Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi
dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.
3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila
insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-
cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari
benda (material).
4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan
Syudra). (Ada yang mengatakan tambahan – Paria).
5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran
Semula. 39
KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN
AGAMA YAHUDI

40
Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-
menurut-yahudi-dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan


segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia
dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta
dan beristirehat serta disucikannya hari itu.
 Manusia pertama, Adam dijadikan-Nya dari tanah dan
ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam
diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu
Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini
mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya
dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh
kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi
nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.
41
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

AJARAN AGAMA YAHUDI MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad
2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.
4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila
melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah
mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak maka si
ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan
jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.
5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi
42
Yaaqub adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan
Tuhan berbanding bangsa-bangsa lain.
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA
MENURUT AGAMA KRISTIAN

43
Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-
menurut-yahudi-dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Penciptaanalam dan manusia (Adam dan Hawa)


pada perspektif agama Kristian sama dengan
agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk
kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama.
 Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu
Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA
disebutkan sebagai berikut:
 “Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari
debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke
dalam hidungnya; demikianlah manusia itu
menjadi mahluk yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak
dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah
manusia pertama. “seperti ada tertulis: manusia
pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup.”44(1
korintus 15:45)
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM


KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus
dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan
hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang
maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari
perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar
dapat dikorbankan dengan sempurna.

 Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan
yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa
seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang
sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha
pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan
sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa
Adam.
45
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad
2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.
3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.
4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali
sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.
5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk
melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.
6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh
diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang
itu membuat pengakuan di hadapannya.
46
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA
MENURUT ISLAM

47
Rujuk http://076115asas.blogspot.com/2008/04/proses-kejadian-manusia-
menurut-al.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia
menurut Islam.
KONSEP MANUSIA
MENURUT ISLAM
Diertikan dengan anak
Adam (manusia) yang
memiliki tabiat semula
jadi seperti makan,
berjalan dsb

AL-BASYAR – terdapat di
Dalil – Yasin (36): 15
36 tempat dalam al-Quran

KONSEP MANUSIA
MENURUT ISLAM
Menunjukkan nama jenis
keturunan Adam

AL-NAS – terdapat lebih


daripada 240 tempat Dalil – Hujurat (49): 13
dalam al-Quran

KONSEP MANUSIA
MENURUT ISLAM
Bererti jinak

AL-INS – terdapat pada 18


Dalil – Al-Jin (72): 5
ayat di dalam al-Quran

KONSEP MANUSIA
MENURUT ISLAM
MANUSIA DARI SUDUT PERSPEKTIF ISLAM

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Nabi Adam Hawa Zuriat Adam


1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan


bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam
Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah
berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.
 Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses
penciptaan Adam a.s. iaitu:
 - Dari air
 - Dari tanah (at-turab)
 - Dari pati tanah (at-tin)
 - Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib)
 - Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun)
 - Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar)
 - Meniupkan roh 53
PENCIPTAAN HAWA
• Hawa ialah wanita pertama yang diciptakan
oleh Allah.

• Diciptakan dari tulang rusuk Adam -


sebagai pasangannya.

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah


kepada Tuhanmu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam),
dan yang menjadikan daripada Adam itu
pasangannya (Hawa) – (Surah an-Nisa’:1)

• Hadis: “Hendaklah kamu menasihati wanita


itu dengan baik. Sesungguhnya wanita itu
dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.

• Daripada Adam dan Hawa ini kemudiannya


berkembang biaklah manusia.
PROSES
KEJADIAN ZURIAT
NABI ADAM
Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh Allah
melalui proses berikut:
- Nutfah
- ‘Alaqah
- Mudghah
- Tulang
- Membalut tulang dengan daging
- Menjadikan rupa bentuk manusia
- Meniupkan roh

56
NUTFAH
• Peringkat pertama

• Nutf dari segi bahasa bermaksud air


yang sangat sedikit yang terdapat
dalam sesuatu bekas selepas
dibuang airnya.

• Nutfah adalah setitik air mani yang


telah bercampur, iaitu dari sperma
lelaki dan ovum perempuan.

• Nutfah itu akan berada di dalam


rahim perempuan.
• Menurut sains hanya 1 daripada 3 juta sperma yang akan bersenyawa dengan
ovum.
• Ini menunjukkan istilah nutfah amat bertepatan dengan apa dinyatakan
menurut sains.

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur,
supaya Kami mengujinya,lalu Kami jadikan dia mendengar lagi melihat” (76:2).
SAS/SMA
PROSES PERSENYAWAAN
SPERMA + OVUM DI TIUB FALLOPIAN ZAIGOT
(PROSES PERSENYAWAAN)

Hanya satu daripada 300 juta sperma berjaya mempersenyawakan ovum.


Semasa proses percantuman berlaku, kepala sperma akan tercerai dari ekornya
dan terus menuju ke arah nukleus ovum.
Terbentuklah zaigot.
Ovum berusia 2 hari selepas tersenyawa.
‘ALAQAH
• Alaqah mempunyai beberapa maksud iaitu:
i) Lintah atau pacat
ii) Benda yang melekat atau tergantung
iii) Gumpalan darah.

• Peringkat ‘Alaqah adalah peringkat di mana embrio


berkembang secara beransur-ansur dan kelihatan
seperti lintah, tergantung pada dinding uterus
melalui tali pusat.

• Bermula pada hujung minggu pertama / hari ketujuh


hingga minggu ketiga

• Benih yang telah disenyawakan akan tertanam di


dinding rahim (qarar makin).

• Surah al-Mukminun: 14 & surah al-’Alaq: 2).


Jaringan salur darah yang
menyebabkan embrio kelihatan seperti
segumpal darah

Embrio tergantung pada dinding


uterus melalui tali pusat
MUDGHAH
• Mudghah bermaksud daging yang dikunyah
oleh gigi.

• Ini memberikan definisi yang tepat tentang


peringkat embrio sebagai bentuk embrio yang
kelihatan seperti benda yang dikunyah yang
sentiasa berubah, dengan kemunculan bonjol
“somites”.

• Perbezaan dalam “somites” adalah ia kelihatan


seperti “tekapan gigi” ke atas roti.

• Embrio kemudiannya memusing dan berguling


di dalam rongga uterus seperti secebis benda
yang dikunyah di dalam mulut.

• Al-Quran (al-Mukminun:14)
▪ Peringkat ini bermula dengan kemunculan “somites” di atas skapula
embrio, dan kemudian muncul pinggul embrio itu.
▪ Kemudian embrio membentuk beberapa bonjol, dengan beberapa alur di
tengah, dan menjadikan embrio kelihatan seperti gula-gula getah.

• Pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain, sistem


pernafasan berfungsi, saluran darah dan jantung mula berdegup.
IZAM (TULANG RANGKA)
▪ Pada peringkat ini, tulang rawan mulai tersebar di seluruh badan. Tetapi, kita
tidak melihat imej manusia kecuali ketika bentuk embrio mengikut bentuk
tulang.

▪ Pertukaran dari bentuk mudghah ke permulaan bentuk tulang berlaku dalam


masa yang singkat. Pada peringkat ini embrio menggambarkan ciri-ciri tulang
yang memberinya bentuk manusia.
KHALQAN AKHAR
▪ Berlaku pada akhir minggu ke lapan.
▪ Sudah berbentuk janin.
▪ Bulan ke tiga - tulang janin terbentuk dan kuku mula tumbuh.
▪ Bulan ke empat - uri sempurna
▪ Bulan seterusnya, perubahan berlaku dalam bentuk ukuran bayi
▪ Al-Quran (al-Mukminun:14)

CTU101- ISLAM SEBAGAI AD-DIN


NAFKH AL-RUH (PENIUPAN RUH )
• Ulama’ bersepakat perniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuk organ tubuh termasuk organ seks.
• Roh ialah nyawa yang menghidupkan manusia.
• Merupakan urusan Allah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Quran melalui
firman-Nya yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh. Katakanlah:
“Roh itu dari urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja.”(Al-Israa’: 85)
PROSES
KEJADIAN
MANUSIA
MENURUT
SAINS
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SAINS

Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam


kandungan akan mengharungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik
dan Fetus.

1) Tahap Pre-embrionik (ZIGOT)


Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel,
dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri
pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar,
sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk
tiga lapisan.
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SAINS
2) Tahap Embrionik (EMBRIO)
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa
ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh
bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

3) Tahap FETUS
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini
dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa
kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai
manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada
awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap
ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan
berlanjutan hingga minggu kelahiran.
PROSES PENCIPTAAN MANUSIA
ISLAM SAINS BARAT

Nutfah Fertized ovum (al-masyij)

‘Alaqah Implantation (al-’alaq)

Mudghah Somites (mudghah)

‘Izam dan lahm Organogenesis (takwin al-adha)

Khalqan akhar Fetus (janin)

Nafkh al-ruh ???


???
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

 Manakala Dr. Maurice Bucaille


menghuraikan dengan merujuk kepada
Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan
manusia juga berasal daripada air iaitu
saripati sperma atau yang dipanggil
secara saintifik sebagai spermatozoon.
Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang
dikemukakan di atas hendaklah dirujuk
bersama pelbagai kompenen lain yang
merangkumi saripati tanah dan saripati air
yang menjadi elemen terpenting dalam 72
penciptaan manusia.
1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN SAINS

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA


1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad
2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati.
3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas
setiap perbuatan manusia.
4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah).
5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan
hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

73
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA
DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

 Alam semesta yang dicipta tuhan adalah untuk keperluan


manusia membina kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga
untuk menghayati kewujudan Allah swt dengan sifat kudrat,
iradat, ilmu dan hayatNya.
 Kejadian alam semesta bermula dengan penciptaan langit
dan bumi yang mengedari bulan dan matahari. Maka siang
dan malam pun silih berganti untuk membina kehidupan
jasmani yang menghayati kehidupan rohani.

74
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA
DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
 Bumi
adalah alam nyata atau raga yang
mengandungi unsur tanah dalam bentuk
pepejal yang bersifat dingin.
 Langitpula adalah alam ghaib atau jiwa
yang mengandungi air dalam bentuk cecair
bersifat lembap.
 Anginadalah alam nyawa yang memenuhi
ruang di antara langit dan bumi dalam
bentuk wap yang bersifat kering.
 Api
pula adalah tenaga meliputi langit dan
75
bumi dalam bentuk haba yang bersifat
panas.
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA
DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

 Apabilalangit menghujani
bumi dengan unsur air bumi
menjadi basah untuk
membina tenaga jiwa dan
raga. Unsur angin pula
memberi nyawa kepada
alam jiwa dan raga di bumi
untuk membina alam
kehidupan jasmani. Alam
kehidupan di bumi
memerlukan unsur api untuk
meransang tenaga
jasmaninya yang membina
kehidupan rohani. 76
1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA
DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

 Kehidupan manusia memerlukan unsur tanah, air


angin dan api yang membina bahan makanan,
minuman, udara dan haba untuk membina tenaga
raga manusia dalam bentuk darah, daging, nafas
dan haba. Tenaga raga manusia pula membina
tenaga jiwa dalam bentuk perasaan kesedaran,
pemikiran dan kefahaman. Tenaga jiwa manusia
dinyatakan oleh tenaga jasmani dalam bentuk
paras rupa, gerak geri, tingkah laku dan budi
bahasa. Kehidupan jasmani menghayati
kehidupan rohani iaitu kudrat, iradat, ilmu dan
hayat Allah swt.
77
KESIMPULAN

 Meskipun terdapat pelbagai teori tentang kejadian


alam dan manusia, ia hendaklah berdasarkan logik akal
dan panduan daripada kitab.
 Kejadian alam dan manusia berdasarkan Islam
hendaklah berpandukan kepada Al-Quran serta
gabungan kajian sains yang boleh dibuktikan dengan
kajian saintifik.

78
Terima kasih atas
perhatian semua ☺

79

Anda mungkin juga menyukai