Anda di halaman 1dari 35

SAINS FIZIKAL

MPU33012 ILMU WAHYU DAN SAINS


KANDUNGAN

i. Pengenalan
ii. Penciptaan Alam Semesta
iii. Penciptaan Langit dan Bumi
iv. Fenomena Alam di Bumi
v. Fenomena Alam di Langit
vi. Kesimpulan

14/10/2022 2
Pengenalan

 Sains atau ilmu (knowledge) bermaksud ‘mendapat atau mengetahui


sesuatu ilmu yang merangkumi ilmu tentang Tuhan, manusia dan
alam’. Ilmu ini dikenali sains ketuhanan, sains kemanusiaan dan sains
tulen atau tabi’i. Sains Islam pula adalah berpandukan sumber paling
berautoriti dalam Islam iaitu wahyu yang terdiri daripada al-Quran dan
Hadith Nabi ‫ﷺ‬
 Dua topik berkaitan sains fizikal, iaitu penciptaan alam di bumi dan
juga di langit akan dibicarakan.

3
PERBINCANGAN
Penciptaan Alam
Semesta
Penciptaan Alam Semesta

Para saintis pada hari ini menggunakan teori Big bang sebagai
penghubung permulaan kejadian alam semesta. Pada abad ke-
20 yang lalu, para saintis seperti Einstein, Freidmen dan juga
Lemaitre berpendapat bahawa planet-planet yang bertaburan di
angkasa ini asalnya adalah awan hitam yang sangat besar terdiri
daripada gas yang tebal di angkasa raya yang tinggi. Selepas itu,
atas sebab tekanan cecair nuklear, maka kumpulan gas ini
meletup, maka berlakulah letupan yang kuat. Teori letupan itu
dikenali sebagai teori Big bang.

5
Penciptaan Langit dan Bumi
Jika proses Big bang yang diperkatakan oleh para saintis barat itu adalah realiti, ia juga
merupakan ciptaan Allah SWT. Setiap sesuatu pasti mempunyai bumi dan alam
semesta. la sebagaimana yang pisahkan antara keduanya. Firman Allah SWT:
• .

‫ض َكا َن َتا َر ْت ًقا َف َف َت ْق ٰن ُه َم ۗا َو َج َع ْل َنا ِم َن ْال َم ۤا ِء ُك َّل َشيْ ٍء َح ۗيٍّ اَ َفاَل يُْؤ ِم ُن ْو َن‬
َ ْ‫ت َوااْل َر‬
ِ ‫اَ َولَ ْم َي َر الَّ ِذي َْن َك َفر ُْٓوا اَنَّ الس َّٰم ٰو‬
Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya
dahulunya menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman? (Al-
Anbiya': 30)

6
Teori yang dibawa para saintis Barat tentang Big bang dilihat hampir
sama dengan apa yang Allah SWT terangkan dalam surah al-Anbiya’
ayat 30. Langit dan bumi dipisahkan kerana ia berlaku sebelum
manusia wujud di dunia ini. Sehubungan dengan persoalan masa
apabila alam ini dipisahkan oleh Allah SWT, maka biarlah ia menjadi
rahsia Allah SWT. (Salleh Ismail Yusuf Al-Muti'e, 2010)

Berdasarkan kepada ayat surah Al-Anbiya' di atas juga, Allah SWT


telah menjelaskan dua makna terkandung di dalamnya iaitu permulaan
keadaan bumi dengan langit adalah bersama dan tidak terpisah. Al-
Quran merupakan kalam Allah SWT yang mulia dan la juga merupakan
anugerah yang teragung. Sehubungan dengan itu, Allah SWT
menggesa manusia agar menyelidiki tentang kejadian alam semesta
secara lebih mendalam Iagi perkara dikhabarkan oleh al-Quran.

7
Fenomena Alam di Bumi

Dengan kebijaksanaan Allah SWT, bumi yang sebegini besar dan cantik ini disediakan dengan perisai yang
sangat kuat. la berkesan untuk melindungi dan menjamin keselamatan penghuninya daripada bencana
rempuhan batu dan besi serta Iain-Iain. Objek-objek yang sangat besar dan berat berterbangan dengan
banyaknya di angkasa raya. la berada di paras yang sangat tinggi dari permukaan bumi hingga ke ribuan
kilometer ke atas untuk melindungi bumi.

Lapisan atmosfera diciptakan oleh Allah SWT ini ialah untuk melindungi bumi makhluk-makhluk yang ada
di atas permukaannya dari ditimpa oleh batu-batan yang besar-besar berterbangan dengan banyaknya di
angkasa. Planet bumi ini pula berbeza dengan planet-planet yang lain, yang tergolong di dałam "planet
keluarga matahari” seperti Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Zuhrah dan Neptun.

Planet-planet tersebut tidak sesuai untuk didiami oleh manusia kerana tidak mempunyai kandungan udara
yang sesuai dan mencukupi seperti yang ada di bumi dengan hikmat Allah SWT dan kebijaksanaan-Nya
juga, Dia telah menjadikan lapisan ‘kulit udara’ yang berada di sekeliling bumi ini yang disebut dałam al-
Quran dengan ‘al-Saqf al-Mahfuz’ iaitu "bumbung yang terpelihara” sebagai perisai mengawal bumi. Ini
dinyatakan oleh Allah SWT di dałam ayat 32 surah al-Anbiya' yang berbunyi:

‫ض ْو َن‬ َ ‫س َم ۤا َء‬
ُ ‫س@@ ْق ًفا َّم ْح ُف ْو ًظا َو ُه ْم@ َعْن ٰا@ ٰيتِ َه@ا ُم ْع@ ِر‬ َّ ‫َو َج َع ْل َنا ا@@ل‬
Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-
tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

8
Fenomena Alam di Langit (Astronomi)

Terdapat beberapa fenomena alam yang boleh dibuktikan melalui pemahaman terhadap ayat-
ayat al-Quran. Antaranya ialah:

i. Penciptaan Alam Semesta daripada Asap


Firman Allah SWT:

‫ا@@لتٓا اَ@ َت ْي َنا َط ۤاىِٕ ِع ْي َن‬


َ َ @@‫س َم ۤا ِء َوه َِيد َُخ ٌان َف@@@ َقا@ َ@ل َل@ َه@ا َولِاْل َ ْر ِضا ا@ْئ ِت َيا َط ْو ًعا اَ ْو َك@ ْره ًۗا َق‬ ْ ‫ُث@@ َّم@ ا‬
َ ِ ‫@س َت ٰو ٓى‬
َّ ‫ا@@لىا@@ل‬
Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman
kepadanya dan kepada bumi, “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh
atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan patuh.” (Fussilat: 11)

Berdasarkan ayat 11 daripada surah Fussilat, langit dan bumi ini dahulunya kosong daripada
sebarang objek. Satu-satunya objek yang wujud ialah asap. Kelahiran bintang-bintang, galaksi,
sistem suria dan bumi sebenarnya berasal daripada asap yang sangat besar saiznya. Asap ini
bersifat panas dan bergerak. Perkataan yang digunakan dalam al-Quran ialah ‘dukhan’. Dalam
bahasa Inggeris, ‘dukhan’ bermaksud ‘smoke’ atau asap. Hal ini selari dengan penemuan
semasa kerana asap sememangnya lahir daripada suatu suasana yang panas.

9
Selepas dilancarkan kapal angkasa dan satelit ke angkasa, manusia dapat melihat asap
tersebut. Fenomena langit ini dapat disaksikan dengan jelas melalui teknologi kamera yang
merakamkan proses bintang sedang bercantum membentuk dirinya. Pada peringkat awal
pembentukan bintang-bintang tersebut, kelihatan cahaya yang terang datang dari tengah-
tengah gumpalan asap. Manakala bahagian tepi asap itu pula terdapat cahaya kemerah-
merahan yang menandakan ia dikelilingi oleh haba yang sangat tinggi darjah
kepanasannya.

Menurut kajian, gumpalan asap raksasa ini tercantum hasil daripada gabungan gas-gas
hidrogen dan helium selepas 300,000 tahun berlakunya big bang. Selepas itu, lahirlah pula
bintang-bintang, galaksi-galaksi dan planet-planet. Pada peringkat awal kejadian alam,
angkasa lepas dipenuhi dengan molekul-molekul gas dan daripadanya terhasillah bintang-
bintang (Danial Zainal Abidin, 2014). Kelahiran bintang-bintang seperti matahari dan planet
seperti bumi sebenarnya datang dari gumpalan asap yang di dalamnya mengandungi
habuk kosmik dan gas. Menerusi kecanggihan teknologi sains, asap di angkasa lepas
dapat dikesan. Apabila dikaji, dapatlah diketahui bahawa sesungguhnya kejadian alam
semesta ini bermula daripada gumpalan asap tersebut.

10
Alam Semesta Mengembang

Selepas wujudnya alam ini melalui teori Big bang, ia masih terus berkembang sehingga ke
hari ini. Berhubung dengan fenomena alam semesta mengembang ini, ayat al-Quran
menjelaskan menerusi firman Allah SWT:

‫ ْو َن‬i‫م ُْو ِس ُع‬ii‫ َّنا َل‬i‫اَيْى ٍد وَّ ِا‬iii‫ا ِب‬i‫ َني ْٰن َه‬iii‫ل َّس َم ۤا َء َب‬ii‫َوا‬
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-
benar meluaskannya. (Al-Zariyat: 47)

Ayat ini menjelaskan bahawa alam sedang berkembang dengan menggunakan kalimah
bahasa Arab, ‘musi' itu bermaksud ‘mengembangkannya’ (Mat Rofa Ismail 2014). Said
Hawa dalam al-Asas al-Tafsir mengatakan bahawa maksud ayat ini adalah ‘langit’. Allah
SWT menjadikannya dalam keadaan mengembang secara berterusan atau ‘luas’. Ayat ini
adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. la juga menujukkan ilmu al-Quran itu jauh
ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih
enggan beramal dengan al-Quran kerana angkuh dengan teori sains yang dimiliki,
sebaiknya dia menilai semula pegangan dirinya sebelum terlambat.

Sample Footer Text 2/8/20XX 11


Black Holes dan Kejadian Bintang

Sebelum ini, telah diceritakan bahawa asal kelahiran bintang-bintang adalah daripada
gumpalan asap yang tebal sebagaimana Allah SWT sebutkan dalam surah Fussilat.
Terdapat kandungan gas-gas seperti hidrogen dan helium di dalam asap tersebut
yang menyebabkan kelahiran galaksi dan bintang-bintang selepas jutaan tahun
lamanya (selepas Big bang). Di alam kosmos, saiz bintang-bintang ini amatiah besar
dan terlalu banyak jumlahnya.

Bintang-bintang ini mempunyai kelahiran dan sampai satu ketika, ia juga akan mati.
Bintang-bintang ini akan meletup dan meledak di angkasa raya dan letupan itu
dinamakan sebagai supernova. Saki baki peninggalan daripada bintang yang meledak
itu akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang
mempunyai tarikan graviti yang tinggi. Apa-apa sahaja yang memasuki kawasan ini
(termasuk cahaya) tidak dapat keluar daripadanya (Danial Zainal Abidin, 2014). Oleh
itu, para saintis menamakannya sebagai black holes atau lohong hitam.

Sample Footer Text 2/8/20XX 12


Allah SWT bersumpah dengan bintang-bintang paling kurang dua kali dalam al-
Quran. Ayat-ayat Allah SWT dalam surah al-Waqiah ayat 75 menjadi sandaran dalam
membicarakan tentang black holes dan kelahiran bintang-bintang ini. Firman-Nya:

i‫لُّنج ُْو ِم‬ii‫ ا‬i‫ َم ٰو ِق ِع‬iii‫ ِب‬i‫ُ ْقسِ ُم‬i‫ٓاَل ا‬iii‫َف‬


Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. (Al-Waqiah: 75)

Ayat ini mempunyai dua perkataan yang menjadi topik perbincangan utama.
Pertamanya merupakan kalimah Mauqi’. Mengikut buku yang diterjemahkan oleh
Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan ini bermaksud jatuh,
tersungkur dan merudum yang menunjukkan tempat di mana sesuatu itu jatuh.
Manakala perkataan yang kedua pula iaitu al-Nujum yang membawa maksud tempat
jatuh merudumnya bintang-bintang.

Sample Footer Text 2/8/20XX 13


Persoalannya, adakah perkataan-perkataan ini mempunyai kaitan dengan black
holes? Perkara ini disahkan oleh para saintis dari Universiti Johns Hopkins melalui
penemuan semasa yang menemui kebenaran tentang black holes atau lohong hitam
yang menelan dan menghancurkan bintang-bintang. Selain itu, penemuan terbaru
juga mengatakan bahawa black holes bukan sahaja merupakan tempat
penghancuran bintang-bintang bahkan tempat bagi kelahiran semula bintang-bintang
baru. Hal ini disahkan dengan menggunakan teknologi terkini yang canggih bagi
mengesan penemuan ini. (Danial Zainal Abidin, 2014).

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah kita ketahui bahawa perkataan


mempunyai kaitan dengan black holes yang mana merupakan tempat jatuhnya
bintang-bintang dan kelahiran semula bintang-bintang baru. Adakah benar sumpah
Allah SWT yang disebut dalam surah al-Waqiah tentang hal ini? Jawapannya mungkin
ya atau tidak. Hanya Allah yang Mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Namun yang penting ialah ayat ini menjadi satu batu loncatan bagi umat Islam supaya
terus mengkaji rahsia di angkasa raya bagi menambahkan Iagi keimanan kepada
Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Sample Footer Text 2/8/20XX 14


Komet dan Blazar

Alam kosmos merupakan satu kewujudan yang serba indah yang menunjukkan
Penciptanya Yang Maha Agung. Sesungguhnya pemerhatian alam kosmos akan
menyentuh hati dan perasaan bagi mereka yang berfikir. Dalam surah al-Thariq, Allah SWT
ada menyatakan tentang salah satu jenis bintang yang wujud di alam kosmos. Ayat 1
hingga 3 daripada surah Al-Thariq menjelaskan tentang bintang tersebut. Firman Allah
SWT:
‫ارۙ ِق‬ َّ ۤ
ِ ‫لط‬ii‫ل َّس َما ِء َوا‬ii‫َوا‬
‫ار ۙ ُق‬ َّ
ِ ‫لط‬ii‫ىك َما ا‬ َ ‫َو َمٓا اَ ْد ٰر‬
‫ َّلثا ِقۙ ُب‬ii‫ ا‬i‫ َّلنجْ ُم‬ii‫ا‬
Demi langit dan yang datang pada malam hari. Tahukah kamu apakah yang datang pada
malam hari itu? (iaitu) bintang yang cahayanya menembus. (Al-Thariq: 1-3)

Dalam ayat ini ‘al-Najm’ bermaksud bintang dan ‘al-Thaqib’ bermaksud menembusi. Imam
al-Nasafi menafsirkan perkataan ‘al-Thaqib’ sebagai sesuatu yang bercahaya. Oleh itu
dapat ditafsirkan bahawa ‘al-Najm al-Thaqib’ sebagai bintang bercahaya yang menembusi
langit. Salah satu bintang bercahaya menembusi langit yang disebut dalam al-Quran itu
ialah komet.

Sample Footer Text 2/8/20XX 15


Komet sebenarnya adalah entiti langit yang berupa objek ais beku. Komposisinya terdiri
daripada gas-gas metan, ammonia, karbon dioksida, hidrogen dan air. Apabila komet
menghampiri matahari, gas dan debu angkasa yang dikandungnya akan menyejat
akibat pemanasan matahari. Keadaan ini akan membentuk komanya yang terang dan
ekornya yang resap. Koma merupakan bahagian kepala komet yang mengandungi
nukleus, manakala ekomya adalah gas bercas yang terdiri daripada Plasma dan debu
angkasa.

Komet mempunyai orbit tertentu yang berbentuk lebih elips daripada orbit planet. Saiz
orbit menentukan tempoh perkelilingnya dengan matahari. Menjelang tahun 1980-an,
ahli astronomi telah mengesan lebih daripada 600 komet yang mengorbit matahari
dengan 100 daripadanya mempunyai orbit kurang daripada 100 tahun.

Menurut kajian astronomi, komet berasal daripada satu kawasan berhampiran sistem
suria yang dinamakan Awan Oort. Kesan tarikan graviti planet atau bintang-bintang
akan mengganggu kedudukan komet ini lantas menariknya keluar dari kawasannya dan
mengorbit matahari (Baharuddin Zainal, 2002). Oleh kerana itulah, para ulama
mengaitkan bintang bercahaya yang menembusi ruang angkasa iaitu komet dengan
kalimah ‘al-Najm al-Thaqib’.

Sample Footer Text 2/8/20XX 16


Terdapat satu lagi objek bintang bercahaya yang menembusi langit. la dikesan
berdasarkan penemuan semasa oleh para saintis menggunakan alatan yang canggih.
la bergerak dengan lajunya sehingga hampir dengan kelaiuan cahaya dan bergerak
menembusi ruang angkasa. Bintang tersebut dinamakan sebagai blazar. Blazar ini
dikatakan merupakan keluaran daripada black holes kerana ia adalah satu pancaran
radiasi berkuasa tinggi yang keluar daripada black holes. la terhasil apabila elektron
dalam lohong hitam bertembung dengan unsur yang dinamakan sebagai foton
(photons). (Danial Zainal Abidin, 2014).

Maklumat terbaru tentang bintang al-Thariq menguatkan lagi kebenaran al-Quran


yang dibawa oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Penemuan bunyi mengetuk pintu telah ditemui
oleh angka‫ﷺ‬an China yang bernama Yang Liwei. Beliau mengatakan menemui
bintang yang disebut Pulsar iaitu bintang al-Thariq yang disebut dalam al-Quran. Jika
betul rakaman bunyi orang mengetuk pintu itu dirakamkan semasa di angkasa adalah
jelas membuktikan kebenaran apa yang disebut dalam surah al-Tariq. Rakaman audio
dan video boleh merujuk kepada link utube (https://youtu.be/4mWjD-r8MoY).

Sample Footer Text 2/8/20XX 17


Jangka Hayat Planet di Angkasa

Antara keajaiban alam yang baru diketahui oleh manusia ialah alam di angkasa dan
kehidupannya sama seperti kehidupan makhluk manusia di dunia. Ia juga tertakluk
kepada hidup dan mati. Ia juga melalui proses kelahiran, membesar, matang, tua dan
kematian. Kemunculan bintang-bintang baru adalah hasil himpunan cebisan-cebisan
dari letupan bintang yang sering kali didapati ia secara tiba-tiba meletup apabila ia
menempuhi saat-sat kemusnahannya. Cebisan-cebiasan yang bertaburan inilah
berkumpul semula bersama dengan gas-gas yang lain dan seterusnya membentuk
bintang-bintang yang baru.

Salah satu bintang tersebut ialah matahari. Matahari adalah sumber tenaga kepada
kehidupan di bumi. Kewujudannya merupakan anugerah daripada Allah SWT untuk
melengkapkan bumi bagi menampung kehidupan manusia. Matahari merupakan satu
jisim yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. Penghasilan tenaga
ini berlaku akibat pelanggaran nukleus hidrogen antara satu sama lain.

Sample Footer Text 2/8/20XX 18


Kestabilan matahari dan sinarnya adalah bergantung kepada tenaga yang mampu
dihasilkan olehnya. Selepas berbillion tahun berlalu, proses reaksi nuklear akan terhenti
disebabkan kehabisan hidrogen dan menyebabkannya tidak stabil. Maka, akan pudarlah
cahaya matahari kerana bahagian luarnya akan bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk
asap dan terpisah daripada dalamnya. Matahari akan menggulung ke atas dirinya sehingga
menjadi padat dan mengecut sehingga menjadi sebesar bumi. Ketika itu, tamatlah riwayat
hidup sebuah bintang yang dikenali sebagai matahari. (Danial Zainal Abidin, 2014).

Demikianlah keajaiban alam angkasa yang baru diketahui oleh manusia tetapi peristiwa
‘hidup dan mati’ bintang-bintang ini telah pun diceritakan oleh Allah SWT dalam surah al-
Mursalat ayat 8 yang berbunyi:
ۙ َ ‫ط ِم‬
‫س ْت‬ ُ i‫جُو ُم‬
ْ ‫ ُّلن‬ii‫ ِا َذا ا‬iii‫َف‬
Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan. (Al-Mursalat: 8)

Ayat lapan ini memberitahu kita bahawa bintang-bintang di langit akan binasa dan hilang.
Hal ini memberi erti bahawa makhluk-makhluk besar ini seperti juga manusia di bumi yang
terhad umurnya.

Sample Footer Text 2/8/20XX 19


Begitu juga apabila kita membaca ayat 1 dari surah al-Najm yang menyebut:

‫ َذا َ ٰهوى‬i‫ ِا‬i‫لَّنجْ ِم‬ii‫َوا‬


Demi bintang ketika terbenam. (Al-Najm: 1)

Ayat surah al-Najm ini juga menggambarkan bintang-bintang terdedah kepada


kerosakan dan kematian apabila dikehendaki oleh Sang Penciptanya. Dari sini
dapatlah kita fahami bahawa betapa hebat pun hamba atau makhluk itu, ia tetap
tertakluk kepada kekuasaan dan kehendak Tuhannya Yang Maha Agung.

Ayat berikutnya dari surah al-Zumar juga memberitahu kita dengan jelas bahawa
tempoh hayat bintang-bintang di angkasa akan tiba ia telah sampai ke akhimya.

Sample Footer Text 2/8/20XX 20


Perkara ini telah diberitahu seperti firman-Nya dalam surah al-Zumar ayat 5 yang
berbunyi:
ۚ ‫ل‬ii‫ا‬
َ ‫جْ ِر ْياِل َ َج ٍل‬ii‫ ٌّل َّي‬i‫لَق َم ۗ َر ُك‬ii‫ا‬
‫اَل‬ii‫مُّس ًّمۗى َا‬ ْ ‫ل َّشم َْس َو‬ii‫لي ِْل َو َس َّخ َر ا‬ii‫ا‬
َّ ‫ار َعلَى‬
َ i‫لَّن َه‬ii‫ار َو ُي َكوِّ ُر ا‬
ِ i‫ه‬
َ َّ
‫ن‬ ‫ل‬ii‫ا‬‫ى‬ َ ‫ل‬‫ع‬َ ‫ْل‬
َ ‫ي‬َّ
‫ل‬ii‫ا‬ ‫ر‬
ُ ِّ‫و‬‫ك‬َ ii‫ي‬
ُ ‫ق‬ِّ ‫ح‬َ ْ iii‫ض ِب‬
َ ْ‫اْلَر‬ii‫لس َّٰم ٰو ِت َوا‬ii‫َخل َقا‬
ْ ‫ ِز ْي ُز‬i‫ل َع‬ii‫ا‬
‫ل َغ َّفا ُر‬ii‫ا‬ ْ ‫ه َُو‬
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam
atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan,
masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Zumar: 5)

Ayat dari Surah al-Zumar ini memberi gambaran kepada kita bahawa setiap sesuatu
di dalam alam akan berakhir juga hayatnya termasuk bintang-bintang dan Iain-Iain.
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila ia akan berlaku dan hanya Allah sahaja yang
tidak ada akhir bagiNya (Salleh Ismail Yusuf Al-Muti'e, 2010).

Sample Footer Text 2/8/20XX 21


Orbit dan Galaksi

Allah SWT berfirman dalam surah Yasin ayat 38:

ْ ‫ ْق ِد ْي ُر‬iii‫ا ٰۗذل َِك َت‬i‫ َه‬i َّ‫مُسْ َت َقرٍّ ل‬i ِ‫جْ ِر ْيل‬iii‫ل َّش ْم ُس َت‬ii‫َوا‬
ْ ‫ ِزي ِْز‬i‫ل َع‬ii‫ا‬
i‫ل َع َعلِ ْي ِۗم‬ii‫ا‬
Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang
ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (Yasin:
38)

Perkataan yang amat penting ialah ‘tajri dan mustaqar’. Terdapat dua pendapat dalam perkataan
dalam mentafsirkan perkataan ‘mustaqar’. Pendapat pertama mengatakan bahawa matahari
beredar di tempatnya iaitu di bawah 'Arasy di mana bumi mengelilingi matahari. Pendapat kedua
pula menyatakan matahari akan terus beredar ke tempatnya hingga tiba hari kiamat (Wahbah
Az-Zuhaili, 2009).

Tajri pula bermaksud ‘berlari’. Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa
antara tanda kekuasaan Allah ialah ‘matahari bergerak menuju ke tempat baginya’. Menerusi
ayat ini, matahari tidak mengelilingi bumi sebaliknya berputar mengelilingi paksi dan beredar
pada orbitnya sendiri di samping mengelilingi pusat atau nukleus galaksi Bimasakti.

Sample Footer Text 2/8/20XX 22


Hal ini menunjukkan matahari bergerak dan tidak berada dalam
keadaan yang pegun. Selain itu, ayat ini membuktikan matahari dan
bulan sujud pada Allah Yang Satu. Malahan, ayat ini juga menjelaskan
tentang kekuasaan Allah SWT dalam menetapkan peredaran matahari
di atas orbitnya sendiri menurut ketentuan yang ditetapkan oleh Allah
SWT. Sekiranya Allah SWT tidak menetapkan sebegini rupa, nescaya
semua planet di angkasa akan saling bertembung dan berlanggaran
antara satu sama lain. Perkara ini menunjukkan kehebatan Allah S WT
dalam menyusun atur alam ini.

Sample Footer Text 2/8/20XX 23


Fenomena Matahari dan Bulan

Peredaran matahari dan bulan boleh diperhatikan menerusi firman Allah


SWT:

‫جْ ِر ْي‬ii‫ ٌّل َّي‬i‫لَق َم ۗ َر ُك‬ii‫ا‬ ْ ‫مْس َو‬ َ ‫ل َّش‬ii‫رْ ِش َو َس َّخ َر ا‬i‫ل َع‬ii‫ا‬ َّ ُ ‫هّٰللَا‬
ْ ‫سْ َت ٰوى َع َلى‬i‫ ا‬i‫ َّم‬iii‫ا ُث‬i‫ َر ْو َن َه‬iii‫ َغي ِْر َع َم ٍد َت‬iii‫لس َّٰم ٰو ِت ِب‬ii‫ ا‬i‫ل ِذ ْي َر َف َع‬ii‫ا‬
‫ ْو ِق ُن ْو َن‬iii‫ ُت‬i‫لِ َق ۤا ِء َر ِّب ُك ْم‬iii‫ ِب‬i‫ َعلَّ ُك ْم‬i ‫ ٰاْل ٰي ِتَل‬ii‫ َفص ُِّلا‬ii‫اْلَم َْر ُي‬ii‫دَ ِّب ُر ا‬ii‫اِل َ َج ٍلمُّ َس ًّمۗى ُي‬
Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu
lihat, kemudian Dia beristiwa di atas ‘Arsy. Dia menundukkan matahari
dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah
ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan
tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan
Tuhanmu. (Al-Ra'd: 2)

Sample Footer Text 2/8/20XX 24


Terdapat kalimah al-Syams dan al-Qamar iaitu ayat 2 pada surah al-Ra'd yang merujuk kepada matahari
dan bulan. Berhubung dengan peredaran matahari dan bulan seperti disebut di dalam surah ar-Ra'd ayat 2
ini, Allah SWT telah menegaskan yang membawa maksud, Dia menundukkan matahari dan bulan, serta
menjadikan kedua-duanya taat kepada kehendak-Nya untuk memberi manfaat kepada makhluk-Nya.
Masing-masing dari kedua-duanya berjalan pada orbitnya untuk waktu yang tertentu, matahari membelah
orbitnya selama satu tahun dan bulan melintasi garis edarnya selama satu bulan. Peredaran masing-masing
tidak pernah menyimpang dari ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT" (Ahmad Mushthafa Al-
Maraghi, 2002).

AI-Quran telah menerangkan bahawa bulan dan matahari bergerak mengikut orbit masing-masing yang
telah ditetapkan oleh Allah. Semua objek langit bergerak mengikut orbit secara teratur dan sempurna tanpa
ada pertembungan dengan objek lain dengan kelajuan yang telah ditetapkan (Salleh Ismail Yusuf Al-Muti'e,
2010). Namun begitu, pada tahun 1512, ahli astronomi Nicholas Copernicus telah mengemukakan teori
bahawa matahari tidak bergerak di tengah-tengah sistem solar dan bahawa planet berputar di sekelilingnya.

Kepercayaan bahawa matahari itu tetap adalah meluas di kalangan ahli astronomi sehingga abad ke-20,
fakta ini sangat bertentangan dengan al-Quran. Fakta tersebut akhirnya telah ditolak setelah kajian yang
seterusnya dilakukan membuktikan bahawa matahari bergerak dan tidak pegun. Sehubungan dengan itu,
terbuktilah bahawa al-Quran adalah mukjizat daripada Allah bukan rekaan dari Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

Sample Footer Text 2/8/20XX 25


Kedudukan Matahari

Dari sudut sains juga, matahari adalah sebuah bintang dan sinaran yang keluar daripadanya bergantung
kepada tenaga yang mampu dihasilkannya dan tenaga itu pula terhasil melalui proses reaksi nuklear yang
melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalamnya. Matahari juga adalah satu objek yang
amat penting bagi kehidupan manusia, hal ini kerana matahari menghasilkan cahaya yang dapat memberi
kemudahan untuk manusia menjalani kehidupan seharian kerana, cahayanya diumpakan seperti nadi
dalam kehidupan di bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi memerlukannya dan
memanfaatkannya melalui proses fotosintesis. (Danial Zainal Abidin, 2014).

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 17:

ْ ‫ َُو‬i‫ه‬iii‫ْه ِد هّٰللا ُ َف‬i ii‫ ٰي ِتهّٰللا ِ َ ْۗمن َّي‬i‫ُه ٰذل َِك ْمِن ٰا‬i ۗ ‫جْ َو ٍة مِّ ْن‬iii‫ ْي َف‬iii‫ ِف‬i‫لوهُ ْم‬ii‫ا‬
‫ل ُم ْه َت ِد َو َم ْن‬ii‫ا‬ َ ِ ‫ل ِّش َم‬ii‫تا‬iَ ‫ َذا‬i‫ض ُه ْم‬
ُ ‫ ْق ِر‬iii‫ َر َب ْتَّت‬i‫لي ِمي ِْن َوا َِذا َغ‬ii‫ا‬ ْ َ ‫ ٰز َو ُر‬iii‫مْس ِا َذا َط َل َع ْتَّت‬
َ ْ ‫ت‬iَ ‫ َذا‬i‫ ْهف ِِه ْم‬i‫عن َك‬ َ ‫ل َّش‬ii‫َو َت َرىا‬
‫ َولِ ًّيا مُّرْ شِ ًدا‬i‫ه‬i ‫ ِجدَ َل‬iii‫ َل ْن َت‬iii‫ضْ ل ِْل َف‬ii‫ࣖ ي‬
ُّ
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila
matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas
dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk
oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak
akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. (Kahfi: 17)

Sample Footer Text 2/8/20XX 26


Kedudukan matahari dalam surah al-Kahfi ayat 17 ini menerangkan kepada kita, bahawasanya
pintu gua itu teletak di sebelah arah utara, ayat ini juga menerangkan kepada kita tentang
pemandangan di mana mereka itu sedang berbaring di kawasan lapang di tengah-tengah gua itu
dengan keadaan tenang dan yakin terhadap Allah SWT (dan pertolongan-Nya) dengan udara
yang mencukupi.

Allah SWT menceritakan keadaan mereka sesudah mereka berada dalam gua itu, dan keadaan
letaknya gua mereka sehingga mereka terselamat dari panas matahari sepanjang masa. Dengan
itu terpeliharalah mereka dalam keadaan yang sebaik-baiknya dengan kuasa Allah SWT
disebabkan keimanan dan keikhlasan mereka kepada Allah SWT (Abdullah bin Muhammad
Basmeih, 1998).

Allah SWT memberikan penerangan tentang perjalanan matahari di tempat itu. Seperti Allah SWT
ingin kita merasai keadaan di sana dan kita dapat membayangkannya. Perkataan ‘tazawar’
bermaksud ‘lengkongan’ atau ‘tidak Iurus’. la bermakna laluan matahari itu tidak tepat teriknya
kepada tempat gua mereka tetapi amat cukup untuk cahaya matahari masuk. Gua itu
memerlukan cahaya supaya tidak gelap gelita dan tidak sesat di dalamnya dan juga memberikan
sedikit kehangatan yang diperlukan oleh mereka di dalamnya.

Sample Footer Text 2/8/20XX 27


Dari perspektif sains, ayat dari surah al-Kahfi ini menerangkan kepada kita bahawa pintu gua itu
terletak di sebelah gua bukannya di sebelah timur. Sekiranya ia terletak di sebelah timur, dan
jika matahari tenggelam, mustahil cahaya akan menerangi gua dan semestinya gua akan gelap
tanpa bantuan dari cahaya matahari dan pintu itu sama sekali tidak terletak di sebelah selatan.
(Hamka, 1984).

Garis lintang di Ephesus, 38 darjah utara, cukup jauh dari kadar cenderung matahari di utara.
Maka dengan itu, sebuah gua yang terbuka pintunya di sebelah utara tidak akan terdapat panas
matahari di dalamnya dan kawasan yang mendapat cahaya matahari itu ialah kawasan yang
bahagian selatannya kalau orang-orang muda itu 13 berbaring dengan wajah mereka
menghadap ke utara iaitu mengadap ke pintu gua itu, maka matahari akan naik dari pihak
kanan mereka dan terbenam pada pihak kiri mereka dengan itu meninggalkan mereka dalam
keadaan sejuk dan selesa (Abu Salah Muhammad 'El-Muhammady, 1993).

Sample Footer Text 2/8/20XX 28


Sumber Cahaya Matahari Dan Bulan

Firman Allah SWT dalam surah Yunus: ayat 5:


ۗ ‫ل‬ii‫ا‬ ‫هّٰللا‬
‫عْ َلم ُْو َن‬ii‫ َّي‬i‫ َق ْو ٍم‬ii‫ ٰاْل ٰي ِتِل‬ii‫ َفص ُِّلا‬ii‫ح ِّق ُي‬َ ْ iii‫اَّل ِب‬ii‫لح َِس ۗ َاب َما َخ َل َق ُ ٰذل َِك ِا‬ii‫ا‬
ْ ‫ل ِّس ِني َْن َو‬ii‫ َد َد ا‬i‫ َتعْ َلم ُْوا َع‬i ِ‫از َلل‬ ْ ‫ َي ۤا ًء َّو‬i ‫ض‬
ِ ‫ َم َن‬i‫ ْورً ا َّو َق َّد َر ٗه‬i ‫لَق َم َر ُن‬ii‫ا‬ َّ ‫ه َُو‬
ِ ‫ل َّش ْم َس‬ii‫لذ ِْي َج َع َلا‬ii‫ا‬
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan
tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah
tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda
(kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus: 5)

Perkataan Dhiya’ dari sudut bahasa di dalam ayat di atas sama ertinya dengan perkataan al-Nur
iaitu sinar. Tetapi Dhiya’ atau al-Dhau' ini bersifat lebih kuat. Ada yang mengatakan al-Dhau '
adalah sinar yang datang daripada matahari itu sendiri. Dan sinar matahari mempunyai
bermacam-macam sinar. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi. Dialah
yang telah menjadikan matahari bersinar pada waktu siang dan rembulan pada waktu malam.

Sample Footer Text 2/8/20XX 29


Allah SWT jualah yang mengatur seluruh kehidupan makhluk di dunia ini. Allah SWT
menciptakan matahari bersinar dengan cahayanya yang menyinari planet-planet yang
menjadi pengikutnya sehingga timbul sinar untuk semua makhluk yang hidup. Dengan
cahaya itulah maka manusia pun dapat mengetahui apa-apa sahaja yang dia lihat,
dan dapat mengerjakan segala urusan penghidupan mereka (Ahmad Mushthafa Al-
Maraghi, 2002).

Dari sudut sains sinar cahaya matahari terbahagi kepada beberapa peringkat.
Antaranya ialah sinar kosmos, gamma, x dan ultra lembayung. Pada peringkat ini
sinar cahaya tidak dapat dilihat secara langsung dengan mata kasar. Namun, terdapat
lapan sinar yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu sinar ungu, indigo, jingga,
kuning, 14 merah, biru dan hijau. Hasil daripada sinar tersebut, maka terhasillah
warna-warna pelangi yang dapat kita lihat pada hari ini. Dialah yang telah menjadikan
matahari bersinar pada waktu siang dan bulan bercahaya di waktu malam.

Sample Footer Text 2/8/20XX 30


Perhitungan Waktu

ْ ‫ ْق ِد ْي ُر‬iii‫ل َق َم َر حُسْ َبا ًنا ٰۗذل َِك َت‬ii‫ا‬


ْ ‫ ِزي ِْز‬i‫ل َع‬ii‫ا‬ ْ ‫ل َّشمْ َس َو‬ii‫ َك ًنا وَّ ا‬i ‫لي َْل َس‬ii‫ا‬
َّ ‫اح َو َج َع َل‬ ‫ ُ اْل‬iii‫َف‬
i‫ل َعلِ ْي ِم‬ii‫ا‬ ِ ۚ ‫ ِصْ َب‬ii‫لِقا‬ii‫ا‬
Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari
dan bulan untuk perhitungan. ltulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
(Al-An'am: 96)

Perhitungan waktu surah al- An'am ayat 96 menceritakan tentang pertukaran siang dan malam
iaitu Allah SWT menyuruh kita melihat dan meneroka alam ini. Ayat ini iaitu Allah SWT yang
membelah cahaya subuh (yang menyinsingkan fajar). dan menjadikan malam untuk tinggal
berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (mengikut peredarannya).
Yang demikian adalah kuasa penentuan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Allah SWT
menjadikan malam untuk istirehat kepada diri kita, tetapi dalam masa yang sama, untuk beribadat
juga kepada Allah.

Bayangkan kalau matahari bersinar sepanjang siang dan malam, tentu susah untuk manusia
berehat dan tidur. Maka lihatlah bagaimana Allah SWT gelapkan malam untuk memudahkan kita
berehat di malam hari (Mat Rofa, 2010).

Sample Footer Text 2/8/20XX 31


Perkataan “husban” dan‫ حسب‬yang bermaksud "kira". Allah SWT jadikan matahari dan bulan
untuk memudahkan kita mengira waktu. Untuk mengira bila masuknya waktu solat dan juga
untuk mengira apabila telah masuk bulan baru dan apabila telah habis bulan itu. Bulan dijadikan
sebagai tanda untuk mengira waktu ibadah dalam islam.

Sebagai contoh, memastikan anak bulan apabila telah masuk bulan Ramadan dan Syawal.
Bulan jenis ini dinamakan kalendar Qamariah. Allah SWT juga menyebut matahari sebagai
pengiraan. la adalah Bulan Syamsiah atau Lunar Calendar, Tidakkah kita lihat bagaimana kita
memerlukan matahari untuk menentukan waktu solat? Keluar matahari, masuk waktu subuh,
matahari tergelincir dari tegak menandakan masuk waktu zuhur dan sebagainya (Mat Rofa,
2010).

Dari segi sains, matahari dan bulan menjadi panduan dalam menentukan sesuatu tarikh
kalendar dan takwim. Antara nama kalendar bagi matahari ialah Kalendar Suria yang mengikut
perubahan musim, manakala bagi bulan pula ialah Kalendar Qamari atau Lunar yang mengikut
fasa bulan (Raihana Abdul Wahab; Ishak Sulaiman & Mohd Zambri Zainuddin, 2015).

Sample Footer Text 2/8/20XX 32


Kesimpulan

Begitulah hebatnya Allah SWT selaku Pencipta sekalian alam. Pada setiap ciptaan itu
ada hikmah atau kelebihan yang tersendiri. Kuasa Allah SWT begitu hebat, tiada
kuasa lain yang mampu menandingi Tuhan pencipta alam ini. Allah SWT yang
menentukan pergerakan alam ini, bukan terjadi dengan sendirinya. Pemahaman kita
terhadap rahsia kejadian ala mini secara tidak langsung akan meningkatkan
keimanan seorang Muslim kepada Allah serta membuka mata golongan bukan Islam
terhadap kebenaran al-Quran serta kekuasaan Allah SWT.

َ ‫ َت َب‬iii‫خ ۚ َر َف‬i
‫ار َك‬ َ ‫ُه َخ ۡل ًقا َءا‬i ‫ َأن َش ۡأ ٰ َن‬i‫ َّم‬iii‫ ۡحما ُث‬ii‫ َل‬i‫ل ِع ٰ َظ َم‬ii‫ َك َس ۡو َنا ۡٱ‬iii‫ َة عِ ٰ َظما َف‬i‫ُض َغ‬ ۡ ‫ل َعلَ َق َة‬ii‫ َخلَ ۡق َنا ۡٱ‬iii‫لُّن ۡط َف َة َعلَ َقة َف‬ii‫ َخلَ ۡق َنا ٱ‬i‫ َّم‬iii‫ُث‬
ۡ ‫لم‬ii‫ َخلَ ۡق َنا ۡٱ‬iii‫ة َف‬i‫مُض َغ‬
‫ون‬َ ‫ َم ِّي ُت‬ii‫دَ ٰ َذلِ َك َل‬i‫ ۡع‬iii‫ َب‬i‫ ِإ َّن ُكم‬i‫ َّم‬iii‫ل ٰ َخلِ ِق َين ُث‬ii‫هَّلل ُ َأ ۡح َس ُن ۡٱ‬ii‫ٱ‬
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat
itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami
menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling
baik. (Al-Mukminun: 14)

Sample Footer Text 2/8/20XX 33


wAllahu a’lam

34
“Angin subuh mempunyai rahsia
yang ingin disampaikan kepada
kita, janganlah kembali tidur,
berikanlah diri kita penghargaan
untuk melintasi ambang pintu”.

Jalaluddin al-Rumi

2/8/20XX 35

Anda mungkin juga menyukai