Anda di halaman 1dari 27

SMK DATO SRI AMAR DI RAJA (INTEG)

KERJA RUMAH TERANCANG EKONOMI ASAS TINGKATAN 4


Kertas 1
Nama:
Kelas :

Markah :

Kertas soalan ini mengandungi 80 soalan. Jawab semua soalan.


1.

Pasangan yang manakah benar?

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Sutera Sendirian Berhad.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?


I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Berapa hendak dikeluarkan
1

IV Untuk siapa dikeluarkan


A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
3.

Apakah tujuan individu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?


A Mengutamakan barang kehendak
B Memaksimumkan perbelanjaan
C Memaksimumkan kepuasan
D Mengutamakan keselesaan

4.

Berikut adalah maklumat tentang Syarikat Kasturi.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Kasturi?
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Untuk siapa hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
5.

Gambar di bawah menunjukkan dua contoh barang dalam ekonomi.

Gambar
Apakah persamaan ciri kedua-dua barang tersebut?
I Penawaran terhad
II Melibatkan kos lepas
III Disediakan oleh kerajaan
IV Ada pengecualian penggunaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
2

D I dan IV
6.

Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang


A terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
B tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
C terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad

7.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada 'untuk siapa hendak dikeluarkan' dalam penyelesaian
masalah asas ekonomi?
I Agihan pendapatan
II Penentuan kualiti
III Agihan barangan
IV Jenis barangan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8.

Antara yang berikut, ciri yang manakah membezakan barang ekonomi dengan barang awam?
I Bayaran
II Kos lepas
III Kuantiti penawaran
IV Pihak yang mengeluarkan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9.

Antara yang berikut, yang manakah ciri sistem ekonomi kapitalis?


I Individu, swasta dan kerajaan memiliki faktor pengeluaran
II Individu dan swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran
III Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang
IV Motif firma adalah memaksimumkan keuntungan di samping menjaga kebajikan
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

10. Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dan Sistem Ekonomi
Islam.

Apakah ciri tersebut?


A Memaksimumkan keuntungan
B Wujud persaingan antara firma
3

C Harga ditentukan oleh kerajaan


D Mengutamakan kebajikan rakyat
11. Apakah persamaan ciri sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan pusat?
A Wujud persaingan antara firma
B Mengutamakan kebajikan masyarakat
C Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
D Harga ditentukan oleh mekanisme harga
12. Apakah kebaikan sistem ekonomi kapitalis?
A Kebajikan rakyat terjamin
B Wujud persaingan yang adil
C Individu bebas membuat pilihan
D Harga barang keperluan terkawal
13. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis barang yang
dikeluarkan?
I Sistem Ekonomi Kapitalis
II Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
III Sistem Ekonomi Campuran
IV Sistem Ekonomi Islam
A I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II dan IV
D II, III dan IV
14. Berikut adalah ciri satu jenis barang.
Apakah contoh barang itu?

A
B
C
D

Air terjun
Air mineral
Lampu jalan
Lampu meja

15. En. Zahari menanam 300 batang pokok rambutan di atas tanah seluas 10 hektar dengan menggunakan teknik
pertanian moden.
Dalam situasi di atas beliau dapat menyelesaikan masalah
I apa yang hendak dikeluarkan
II berapa yang hendak dikeluarkan
III bagaimana hendak dikeluarkan
IV untuk siapa hendak dikeluarkan
A I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II dan IV
D II, III dan IV
16. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.
4

I Kehendak individu sukar dipenuhi kerana barang dan perkhidmatan adalah terhad.
II Kehendak membolehkan individu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan pendapatan boleh guna?
I Menjelaskan cukai pendapatan
II Membayar zakat
III Memberi derma
IV Melunaskan hutang
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
18. Gambar manakah yang menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor kedua?

19. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan belanjawan peribadi?


I Meningkatkan pendapatan individu
II Membantu mengurangkan bayaran cukai pendapatan
III Menyelaraskan perbelanjaan dengan pendapatan
IV Menggalakkan individu menabung
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
20. Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecuali
A sewa rumah
B ansuran kereta
C premium insurans nyawa
D caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
6

21. Jawab soalan berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.


I Upah benar merupakan jumlah wang yang diterima oleh pekerja dalam tempoh masa tertentu.
II Semakin tinggi upah benar, semakin tinggi kuasa beli pengguna.

22. Encik Majid mempunyai wang RM 3 000 dan bercadang untuk melakukan tabungan.
Di manakah beliau boleh berbuat demikian?
I Bank perdagangan
II Lembaga Tabung Haji
III Majlis Amanah Rakyat
IV Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
23. Pengurus Bank, Pengurus Ladang dan Pengurus Kilang adalah contoh pekerjaan yang terdapat dalam sektor
ekonomi.
Tentukan sektor ekonomi yang betul bagi contoh pekerjaan tersebut.

24. Mengapakah individu perlu menyediakan belanjawan peribadi?


A Dapat membuat pelaburan
B Memperoleh keuntungan maksimum
C Berbelanja berdasarkan pendapatan
D Dapat mengutamakan barang kehendak
25. Antara yang berikut, tindakan yang manakah meningkatkan pendapatan boleh guna individu?
I Penurunan kadar caruman KWSP
II Kenaikan jumlah pelepasan cukai pendapatan individu
III Penurunan kadar caruman PERKESO
IV Kenaikan kadar cukai pendapatan individu
A I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II dan IV
D II, III dan IV

26. Rumus di bawah berkaitan dengan pendapatan boleh guna.

Apakah X dan Z dalam rumus di atas?

27. Antara berikut, yang manakah upah benar?


A Upah yang diterima dalam bentuk wang
B Upah yang diterima pada suatu tempoh tertentu
C Kemampuan menghasilkan barang dan perkhidmatan
D Kemampuan upah wang untuk membeli barang dan perkhidmatan
28. Tindakan manakah yang akan meningkatkan pendapatan boleh guna individu?
A Kadar caruman KWSP meningkat
B Kadar faedah atas pinjaman bertambah
C Jumlah pelepasan cukai pendapatan meningkat
D Kadar cukai pendapatan bertambah

29. Gambar yang manakah menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor ketiga?

30. Butiran yang manakah merupakan pelepasan cukai pendapatan perseorangan?


A Zakat
B Perubatan ibu bapa
C Premium insurans kenderaan
D Faedah atas pinjaman
31. Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 10%.
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan kopi?
A 0.5
C 5.0
B 2.0
D 15

32. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan barang X.

Rajah
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar?
I Apabila harga naik daripada RM80 kepada RM100, kuantiti diminta meningkat sebanyak satu unit
Apabila harga turun daripada RM60 kepada RM40, kuantiti diminta bertambah daripada 3 unit kepada 4
II
unit
III Keluk DD mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
IV Keluk DD menunjukkan hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti diminta
A I dan II
C III dan IV
B II dan III
D I dan IV
33. Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis
barang.

Jadual
Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y?

10

34. Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh daripada


A purata penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan
B tambahan penggunaan barang dan perkhidmatan
C penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan
D gabungan barang dan perkhidmatan
35. Pilih jawapan berdasarkan jadual berikut.
I Objektif penggunaan isi rumah ialah mencapai utiliti yang maksimum.
II Utiliti ialah kepuasan yang diterima daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.

36. Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan suatu barang.

Rajah
Apakah faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?
I Kenaikan harga barang pengganti
II Penurunan pendapatan pengguna
III Jangkaan harga akan turun pada masa depan
IV Penurunan kadar cukai pendapatan perseorangan
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
37. Apakah peranan isi rumah?
A Membekalkan input pengeluaran
B Menawarkan barang dan perkhidmatan
C Menerima pendapatan dalam bentuk sewa dan faedah
D Mendapat untung dari aktiviti menjual barang dan perkhidmatan

11

38. Maklumat berikut merujuk kepada pekali keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi setiap barangan
berikut?

39. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.

Jadual
Berapakah keanjalan harga permintaan jika harga berubah daripada RM10 kepada RM20?
A 0.20
C 0.40
B 0.25
D 0.50
40. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keluk permintaan barang R.

Rajah
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan keluk permintaan berubah dari D0D0 ke D1D1?
I Peningkatan dalam cita rasa pengguna
II Peningkatan cukai ke atas barang R
12

III
IV
A
B
C
D

Pertambahan pendapatan pengguna


Kenaikan harga barang penggenap
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

41. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Rajah
Pernyataan manakah yang benar tentang keluk di atas?
A Peratus perubahan harga kurang daripada peratus perubahan kuantiti diminta
B Apabila harga jatuh RM10, kuantiti diminta berkurang sebanyak 2 unit
C Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positif
D Penurunan harga 50% akan meningkatkan kuantiti permintaan 20%
42. Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan ke atas suatu barang.

Rajah manakah yang menunjukkan kesan permintaan pada masa sekarang?

13

43. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Jadual
Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada RM3 000 kepada RM3
14

200.
A 3.13
B 3.75

C 5.30
D 6.67

44. Maklumat berikut merujuk kepada suatu unit ekonomi.

Unit ekonomi itu ialah


A buruh
B individu
C isi rumah
D pengguna
45. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.

Apakah titik baru bagi U jika kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan perseorangan?
A R
C Q
B T
D S
46. Berikut adalah iklan promosi telefon kamera Syarikat RC Tel Sdn. Bhd. bagi bulan Februari.

Setelah tamat tempoh promosi, Syarikat RC Tel Sdn. Bhd. mendapati jualan telefon kamera bagi bulan
15

Februari telah meningkat sebanyak 30%.


Ini menunjukkan
A permintaan telefon kamera itu anjal
B penawaran telefon kamera itu anjal
C permintaan telefon kamera itu tidak anjal
D penawaran telefon kamera itu tidak anjal
47. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti durian diminta.

Jika harga meningkat dari RM6 ke RM12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan?
A 0.50
C 1.33
B 0.67
D 1.50
48. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan permintaan terhadap motosikal tempatan berjenama
Ammo bagi bulan Mac dan Julai 2004.

Jadual
Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan motosikal itu pada bulan Julai 2004 berbanding
bulan Mac 2004?
I Harga petrol telah meningkat
II Cukai motosikal import dinaikkan
III Pendapatan boleh guna individu merosot
IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
49. Pekali keanjalan harga permintaan ialah 1.8.
Takrifkan pekali itu.
A Harga turun 1.8%, kuantiti diminta meningkat 1%
B Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun lebih daripada 1.8%
C Harga turun 1.8%, kuantiti diminta meningkat lebih daripada 1%
D Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun 1.8%

16

50. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan peranan isi rumah?
I Membekalkan buruh, tanah dan modal kepada firma
II Menerima ganjaran daripada firma dalam bentuk pendapatan faktor
III Menguruskan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
IV Menggunakan barang dan perkhidmatan daripada firma untuk memenuhi keperluan dan kehendak
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
51. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang firma?
I Matlamat utama memaksimumkan keuntungan
II Berbeza dari segi saiz dan modal
III Membekalkan faktor pengeluaran
IV Menggunakan barang dan perkhidmatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
52. Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran getah.

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan tersebut kepada penawaran getah?

17

53. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara pengeluaran jangka pendek dengan pengeluaran jangka
panjang?

54. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti penanaman padi.

18

Gambar
Apakah input tetap yang terlibat dalam aktiviti tersebut?
55. Antara berikut, yang manakah kos tetap firma?
A Bil telefon
B Sewa kilang
C Upah pekerja
D Kos bahan mentah
56. Contoh manakah yang merupakan kos tetap dalam fungsi pengeluaran jangka pendek?
A Bayaran bil elektrik
B Harga bahan mentah
C Upah kepada buruh
D Sewa tanah
57. Maklumat berikut berkaitan dengan rumus kos purata.

Apakah X dan Y?

58. Berikut ialah kos yang ditanggung oleh seorang pengusaha dalam pengeluaran jangka pendek.

Tentukan jenis kos tersebut.


19

A Kos sut
B Kos tetap

C Kos purata
D Kos berubah

59. Apakah yang menyebabkan peningkatan penawaran bagi barangan elektronik di pasaran?
A Kenaikan cukai barang elektronik
B Kenaikan upah buruh
C Peningkatan cita rasa
D Peningkatan teknologi
60. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jumlah kos pengeluaran jangka pendek?
I Jumlah kos meningkat apabila input berubah bertambah
II Jumlah kos ialah kos per unit bagi pelbagai tingkat keluaran
III Jumlah kos ialah kos tetap tambah kos berubah
IV Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
61. Jadual di bawah menunjukkan input dan output sebuah firma

Berapakah keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-10?


A 3.0
B 4.0
C 5.2
D 8.0
62. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos.

Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 3 unit?


A RM60.00
20

B RM53.33
C RM40.00
D RM33.33
63. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.
I Keanjalan harga penawaran tidak anjal apabila pekali keanjalan lebih daripada satu.
II Penawaran komoditi kelapa sawit adalah tidak anjal.

64. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek?


A Input tetap berubah secara langsung dengan peningkatan output
B Input tetap tidak berubah walaupun output meningkat
C Input tetap dan input berubah tidak digunakan pada output sifar
D Input tetap dan input berubah ditambah untuk meningkatkan output
65. Firma ialah organisasi yang
A merancang untuk meminimumkan kos pengeluaran
B merancang untuk mendapat keuntungan yang maksimum
C menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
D menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
66. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.
I Penawaran pasaran merujuk kepada jumlah kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh semua firma di
pasaran tersebut pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
II Keluk penawaran pasaran diperoleh dengan mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh firma secara
menegak pada suatu tingkat harga.

67. Rajah di bawah menunjukkan aliran wang dalam ekonomi dua sektor.

21

Rajah
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Aliran I?
A Pembayaran ganjaran faktor
B Permintaan faktor pengeluaran
C Penawaran barang dan perkhidmatan
D Penerimaan hasil jualan barangan
68. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran baju sukan.

Rajah
Apakah yang akan berlaku pada tingkat harga P1?
A Lebihan permintaan, harga akan naik
B Lebihan permintaan, harga akan jatuh
C Lebihan penawaran, harga akan naik
D Lebihan penawaran, harga akan jatuh

69. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A(DA) dan keluk permintaan Pasaran (DP) bagi
suatu barang.

22

Andaikan pasaran hanya terdiri daripada individu A dan individu B, berapakah kuantiti diminta oleh individu
B pada setiap tingkat harga?

70. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang X.

Apakah kesannya jika harga turun dari P0 ke P1?


I Ketidakseimbangan pasaran berlaku
II Keseimbangan pasaran berlaku di P1
III Berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1 Q2
IV Berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1 Q2
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
71. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dua individu terhadap barang P di pasaran.

Jadual

23

Rajah manakah yang menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi barang P?

72. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.

Jadual
Berapakah harga keseimbangan?
A RM2
C RM6
B RM4
D RM8
73. Antara yang berikut, yang manakah sumber ekonomi yang diurusniagakan di pasaran faktor?
I Tanah
II Buruh
III Modal
IV Usahawan
A I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II dan IV
D II, III dan IV
74. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.

24

Apakah yang akan berlaku apabila harga naik lebih tinggi daripada PO?
A Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran
B Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran
C Tingkat harga akan cenderung naik lagi
D Berlaku lebihan permintaan pasaran

75. Jadual di bawah menunjukkan penawaran dan permintaan buruh dalam pasaran.

Jadual
Pernyataan yang manakah benar tentang pasaran buruh di atas?
A Pada tingkat harga RM2, wujud lebihan permintaan sebanyak 120 orang
B Pada tingkat harga RM4, wujud kurangan penawaran sebanyak 60 orang
C Pada tingkat harga RM6, wujud lebihan penawaran sebanyak 50 orang
D Pada tingkat harga RM8, wujud kurangan permintaan sebanyak 40 orang
76. Rajah di bawah menunjukkan aliran pusingan pendapatan.

25

Rajah
Aliran yang manakah menunjukkan pembayaran faedah dan sewa?
A 1
C 3
B 2
D 4

77. Jadual di bawah menunjukkan pasaran suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Jadual
Pilih pernyataan yang benar.
A Lebihan penawaran sebanyak 20 unit pada tingkat harga RM10
B Lebihan penawaran sebanyak 20 unit pada tingkat harga RM20
C Lebihan permintaan sebanyak 40 unit pada tingkat harga RM15
D Lebihan permintaan sebanyak 40 unit pada tingkat harga RM25
78. Soalan berikut berdasarkan jadual berikut.
I Permintaan pasaran ialah kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam sesuatu pasaran pada
suatu tingkat harga dalam satu tempoh masa tertentu.
II Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

79. Dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah menerima ganjaran daripada firma kerana
A membeli barang-barang daripada firma
26

B membekalkan barang akhir kepada firma


C membeli faktor-faktor pengeluaran daripada firma
D membekalkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma
80. Antara yang berikut, yang manakah aliran fizikal dalam ekonomi dua sektor?
I Isi rumah menawarkan tanah kepada firma
II Isi rumah membuat perbelanjaan penggunaan
III Firma menghasilkan barang dan perkhidmatan
IV Firma memberi ganjaran faktor kepada isi rumah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
KERTAS SOALAN TAMAT
Pastikan anda buat dengan usaha sendiri.
Meniru hanyalah memperbodohkan diri anda sendiri.
Usaha tangga kejayaan.

27

Anda mungkin juga menyukai