Anda di halaman 1dari 22

GABUNGAN TEGASAN TERUS &

TEGASAN LENTUR

UNIT 10

C 2007 / UNIT10 / 1

PRINSIP GABUNGAN

OBJEKTIF AM :
Mempelajari dan memahami prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur,
perkaitannya dengan beban sipi, seterusnya mengira dan melakar taburan tegasan
pada keratan akibat gabungan tegasan tersebut.

OBJEKTIF KHUSUS:
Menerangkan prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur.
Menunjukkan perkaitan antara beban sipi, tegasan terus dan tegasan lentur.
Mengira dan melakarkan taburan tegasan pada keratan akibat daya paksi, daya
sisi dan daya sipi.

INPUT 10

10.0

PRINSIP GABUNGAN

PENGENALAN
Topik 3 dan topik 4 masing-masing membincangkan berhubung dua bentuk
tegasan yang utama; tegasan terus (d) dan tegasan lentur (b). Sekiranya sesuatu
jasad ditindakkan dengan daya paksi, akan wujud tegasan terus ( tegangan atau
mampatan) yang diagihkan secara rata pada keseluruhan keratan rentas jasad, i.e
tegasan terus = d = P/A. Secara berasingan, topik 4 pula menyentuh berhubung
tegasan lentur yang wujud sekiranya sesuatu jasad ditindakkan dengan momen
lentur. Dalam kes ini, nilai tegasan berubah dengan jarak filamen keratan dari
paksi neutral, i.e tegasan lentur = b = M/Z.
Namun demikian, terdapat kes di mana kedua-dua tegasan ini wujud serentak.
Sekiranya jasad ditindakkan dengan beban paksi bersama-sama dengan lenturan
melintang, kedua-dua tegasan terus dan tegasan lentur akan bergabung menentang
tindakan daya berkenaan .

Rajah 10.1 : Rumah Api

Rumah api dan cerobong asap yang tinggi yang ditindakkan dengan beban angin;
tembok penahan yang menentang tekanan tanah sisi adalah antara contoh struktur
yang mengalami tindakan gabungan tegasan terus dan tegasan lentur. Gabungan
kedua tegasan ini lazimnya menyebabkan beban paksi teranjak dan terjadi beban
sipi. Bahagian seterusnya akan membincangkan beban sipi dengan lebih lanjut.

10.1

BEBAN SIPI
Pertimbangkan rajah 10.2, di mana sekumpulan ahli sukan air, menjunjung kayak
beramai-ramai.
Cuba fikirkan bentuk pengagihan beban yang diterima.
Bayangkan pula sekiranya kumpulan tersebut memegang kayak pada sisi tepi
dengan sebelah tangan menggunakan gelang pemegang.
Fikirkan bentuk
pengagihan beban yang diterima.

Gelang
pemegang

Rajah 10.2 : Menjunjung kayak

Kayak yang dipegang pada sebelah tangan adalah contoh yang baik bagi
menggambarkan pembebanan sipi. Jika dipertimbangkan, didapati ahli sukan
tersebut akan merasa lebih mudah membawa beban dengan menjunjung di atas
kepala dari memegang pada sebelah tangan. Ini memandangkan, sekiranya
mereka membawa kayak dengan memegang pada sebelah tangan,
mereka
terdorong melenturkan badan ke arah kayak tersebut.
Ringkasnya, individu tersebut ditindakkan dengan dua beban iaitu;
(i)
Beban paksi, disebabkan berat kayak.
(ii)
Momen disebabkan kesipian kayak.

10.1.1 Tiang Dengan Pembebanan Sipi Terhadap Satu Paksi


Pertimbangkan satu tiang pendek yang dibebankan dengan beban paksi , P
yang selari dengan paksi memanjang tiang tersebut dan merentas paksi
simetri pada jarak e dari sentroid .(Rajah 10.3a)
P
e

(a)

P P

e
P

(b)

(c)

(d)

(e)

Rajah 10.3 : Pembebanan Sipi Tiang Pendek

Beban P bertindak sipi, e .(Rajah 10.3b)

Dua beban yang sama nilai, P bertindak melalui paksi tiang. (Rajah 10.3c)

Satu dari beban tersebut akan bertindak sebagai beban paksi dan
mengakibatkan tegasan terus. (Rajah 10.3d)

Dua beban tersebut akan menyebabkan berlaku momen (P x e) dan seterus


menyebabkan berlaku tegasan lentur. (Rajah 10.3e)

Pertimbangkan rajah 10.4;


P
e

b
Rajah 10.4 : Pandangan Pembebanan Sipi

P = Beban yang bertindak pada tiang


e = Kesipian beban

Momen,

M = P.e
d=
b=

Tebal tiang
Lebar tiang

Luas keratan tiang = b.d

Momen luas kedua keratan tiang sekitar paksi sentroid dan selari
dengan paksi sipian beban (paksi y);

db 3
12
Dan modulus keratan;
3
db
b
Z=

12 2
I=

db 2
6

Diketahui tegasan terus pada tiang;


d =

P
A

Tegasan lentur pada mana-mana titik di keratan tiang pada jarak y dari
paksi yy;
I
( Z = )
b = M .y = M
y
I
Z
Untuk mendapatkan tegasan lentur maksimum, y =

b =

M.

b
2

M.
b
=

b
;
2
3

( I = db )
12

db
12

6M
= 6 P.2e
db 2
db

( M = P.e)

6 P.e
A.b

(masukkan b.d = A)

Diketahui beban sipi menyebabkan gabungan tegasan terus dan tegasan


lentur;
Tegasan pada filamen yang paling jauh,
mak/min = d b

mak/min =

P
A

6P.e

Ab

Di mana;
P = Beban sipi
A = Luas keratan rentas
e = Jarak kesipian
b = Lebar keratan
M= Momen beban sipi (P.e)
Z= Modulus keratan

mak/min =

Nota : +ve dan ve bergantung


kepada kedudukan
beban sipi
dengan permukaan tepi tiang.
Permukaan tepi yang berhampiran
dengan beban sipi akan mengalami
tegasan yang lebih besar.

10.1.2 Tiang Dengan Pembebanan Sipi Terhadap Dua Paksi


Terdapat juga kes di mana beban sipi tidak terletak pada kedua-dua paksi ;
pembebanan sipi terhadap dua paksi x dan y. Pertimbangkan satu keratan
tiang ABCD yang ditindakkan dengan beban sipi terhadap dua paksi.
(Rajah 10.5)

y ey
A

B
P

ex

C
y

Rajah 10.5 : Beban Sipi Terhadap Dua Paksi

Di mana;

P = Beban
A = Luas keratan rentas
ex = Kesipian terhadap paksi x-x

Momen beban, P terhadap paksi x,


Mx = P.ex

Ixx = Momen luas kedua keratan terhadap paksi x-x

ey, My, Iyy = Nilai yang berkaitan terhadap paksi y-y

sambungan......

Tegasan bagi pembebanan sipi terhadap dua paksi:-

(i) Tegasan terus, d =

P
A

(ii) Tegasan lentur disebabkan ex, bx =

(iii) Tegasan lentur disebabkan ey, by =

P.e x .
M x.
y = y
I xx
I xx
M y .x
I yy

P.e y
.x
=
I yy

(iv) Tegasan pada filamen yang paling jauh;

mak/min = d bx by
P.ex . y
P
mak/min =
I
A
xx

P.e y .x
I yy

mak/min

P
M xx M yy
=

A
Z xx
Z yy

Nota:
+ve atau ve bergantung pada kedudukan filamen
dengan beban, P.
Tegasan maksimum di B, i.e Mx & My,,+ve
Tegasan minimum di D, i.e M x & My, ve
Tegasan di A, i.e Mx ,+ve & My, -ve
Tegasan di C, i.e My, +ve & Mx, -ve

10.2

GABUNGAN TEGASAN TERUS, TEGASAN LENTUR DAN BEBAN SIPI


Pertimbangkan keratan rasuk pendek seperti rajah 10.5a . Beban, P merentasi
paksi sentroid keratan, dan menghasilkan tegasan terus (d). Tegasan teragih
secara seragam pada semua bahagian keratan, ditunjukkan pada gambarajah
agihan tegasan yang berbentuk segiempat tepat. (rajah 10.5 b)
10mm

10mm

P = 1000N

10N/mm2

(a) Pembebanan Paksi

(b) Agihan tegasan

Rajah 10.5 : Tegasan Terus

d =

2
P 1000 = 10 N/mm
=
A 100

Seterusnya, pertimbangkan keratan rasuk yang mempunyai pembebanan dan


dimensi yang sama, tetapi beban, P teranjak sejauh 2mm dari paksi y-y. (Rajah
10.6a)
2

Seperti pada bahagian di atas, wujud tegasan terus P/A = 10 N/mm pada
keseluruhan keratan. Namun kesipian beban terhadap paksi y-y sebanyak 2mm
mengakibatkan momen 1000 x 2 = 2000Nmm. Momen tersebut meningkatkan
kesan mampatan pada bahagian kanan paksi y-y dan mengurangkan kesan
mampatan pada bahagian kiri paksi y-y.

10mm
A

(a)

10mm

B
e = 2mm

P = 1000N
D

(b)
P/A = 10N/mm2
(mampatan)

(c)

12N/mm2
(tegangan)

Tegasan terus, d

b =

M = 2000x6 = 12Nmm-2

10

12N/mm2
(mampatan)

(d)

2 N/mm

22 N/mm

Nota:
Tegasan mampatan yang
disebabkan oleh beban paksi
pada sisi AD terhapus
disebabkan tegasan
tegangan yang disebabkan
oleh beban sipi.

Rajah 10.6 : Tegasan Gabungan

Rajah 10.6d menunjukkan dua gambarajah agihan tegasan (b & c)


ditindihkan, memberi gambarajah agihan tegasan gabungan.
Tegasan pada sisi BC adalah;
P M = 10 + 12 = 22 N/mm2 (mampatan)
mak =
+
A
Z

Tegasan pada sisi AD adalah;


P M = 10 - 12 = -2 N/mm2(tegangan)
min =
A Z

PENYELESAIAN
MASALAH 10 a

Pembebanan sipi terhadap satu paksi

Satu tiang berkeratan rentas 150mm lebar dan 120mm tebal. Tiang tersebut
membawa beban 18 kN pada kesipian 10mm seperti rajah di bawah. Tentukan
tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan tersebut.
P

e = 10mm

mak

Penyelesaian
P
6P.e
+
=
A
Ab
=

120mm

150mm

6P.e
min = P
A
Ab

18
6 x18x10
+
120x150
120x150x150

= 0.001 + 0.0004
2
= 0.0014 kN/mm
2
= 1.4 N/mm

18
120x150

6 x18x10
120x150x150

= 0.001 - 0.0004
2
= 0.6 N/mm
Taburan tegasan
120mm
150mm
min

mak

PENYELESAIAN
MASALAH 10 b

Pembebanan sipi terhadap satu paksi

Sebatang tiang mempunyai keratan berukuran 200mm lebar dan 150mm tebal
dikenakan beban 1000N pada kesipian 50mm seperti rajah di bawah. Kirakan
tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan rasuk tersebut.
1000N
e

e = 50mm

Penyelesaian
mak =
=

P
6P.e
+
A
Ab
1000
6 x1000x50
+
200x150
200x150x200

= 0.033 + 0.05
2
= 0.083 N/mm

150mm

200mm

6P.e
min = P
A
Ab
=

1000
200x150

6 x1000x50
200x150x200

= 0.033 - 0.05
2
= - 0.017 N/mm

150mm

200mm
min

mak

PENYELESAIAN
MASALAH 10 c

Pembebanan sipi terhadap dua paksi

Satu tiang pendek membawa satu beban sipi 300 kN pada kedua-dua paksi x-x
dan paksi y-y. Kirakan tegasan pada setiap penjuru, A, B, C dan D keratan tiang
tersebut.
150mm

150mm

250mm

25mm

250mm

D
Penyelesaian
Di titik C;
M
M
P + xx + yy
mak, A =
Z xx Z
A
yy

Beban berada hampir pada C


dalam kedua-dua arah paksi.

Di titik A;
P - M xx -M yy
min, A =
A Z xx Z yy

Beban berada jauh dari A


dalam kedua-dua arah paksi.

Di titik B;
B =

P M
A Z

xx

xx

M yy
Z

yy

Beban berada jauh dari paksi


x dan hampir dengan paksi y.

Di titik D;
M yy
M
P
xx
Z yy
D =
+
Z xx
A

Beban berada hampir dengan


paksi x dan jauh dari paksi y

sambungan......
P
30 0000 = 2.0 N/mm2
=

300x500

2
M xx 300000x50x6 = 1.2 N/mm
=
2
Z xx
300x500

M yy
Z yy

300000x 25x6
2
= 1.0 N/mm
2
500x300
Tips.........

Dengan itu;

Boleh diselesaikan dengan


formula tegasan berdasarkan
momen atau modulus keratan.

Tanda +ve dan ve


berdasarkan kedudukan
beban sipi dengan paksi
sekitar titik rujukan.

A = 2.0 1.2 1.0


2

= -0.2 N/mm (tegangan)#


B = 2.0 -1.2 + 1.0
2

= 1.8 N/mm (mampatan)#


C = 2.0 + 1.2 + 1.0
2

= 4.2 N/mm (mampatan)#


D = 2.0 +1.2 1.0
2

= 2.2 N/mm (mampatan)#

PENYELESAIAN
MASALAH 10 d

Satu tiang segiempat tepat berongga mempunyai keratan rentas 1.5m x 1.0m,
dengan ketebalan 0.2m. Beban 100kN bertindak pada kesipian 10cm dari satu
paksi seperti pada rajah 10.10. Kirakan tegasan maksimum dan minimum pada
keratan cerobong tersebut.

1.5m

1.3m

0.8m
1.0m
Rajah 10.10: Keratan berongga

Penyelesaian
Tegasan terus, d
= P
A

I = db
12
= 1=
0
0
(
1
.
5
x
1
.
0
)

(
1
.
3
x
0
.
8
)

1.5x1.0 3
12

1.3x0.8
=

100
0.46

= 217.39 kN/m

-3

= 69.533 x 10 m
2

Tegasan lentur, b
=

M
P.e
=
Z
Z

12

y=

1.0 = 0.5m
2

Z=

I
y

69.5333x10
=

0.5
-3
3
= 139.066 x 10 m
P.e
b = Z
10 0x0.1
= 139.066x10 3
= 71.91 kN/m

Lakaran agihan tegasan


A

mak = d + b
P
M
=
+
A
Z
= 217.39 + 71.91
2

= 289.3 kN/m #(mampatan)

min
mak

min = d - b

P M
A Z

= 217.39 71.91
2

= 145.48 kN/m (mampatan)

Nota:
Sisi BC mengalami tegasan
maksimum kerana beban
sipi hampir dengan sisi ini.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH


MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN BERIKUTNYA.

AKTIVITI 10

SEBELUM MENERUSKAN KE PENILAIAN KENDIRI


BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.
10.1

Berikan satu contoh, struktur yang mengalami gabungan tegasan terus dan
tegasan lentur.

10.2

Nyatakan perbezaan di antara tegasan lentur dan tegasan terus.

10.3

Berikan maksud beban sipi.

10.4

Nyatakan kesan beban sipi ke atas keratan tiang.

10.5

Merujuk pada rajah 10.11, dua keratan tiang ditindakkan oleh beban sipi, P.
Nyatakan sisi/titik yang akan mengalami tegasan maksimum dan minimum.
A

(a)

(b)
P

Rajah 10.11 : Pembebanan Sipi

mak =

mak =

min =

min =

MAKLUMBALAS AKTIVITI 10

10.1

Cerobong asap yang ditindakkan beban angin.

10.2

Tegasan terus disebabkan oleh beban paksi bertindak melalui pusat sentroid
keratan manakala tegasan lentur disebabkan oleh momen lentur.

10.3

Beban paksi yang tidak bertindak pada pusat sentroid.

10.4

Beban sipi yang bertindak ke atas keratan rentas tiang menyebabkan berlaku
gabungan tegasan terus dan tegasan lentur.

10.5

(a)

mak = Sisi BC
min = Sisi AD

(b)

mak = Titik D
min = Titik B

PENILAIAN KENDIRI

1.

Satu tiang pendek yang berukuran 100mm x 100mm dikenakan beban sipi 60kN
pada kesipian 40mm (rajah 10.12). Kirakan tegasan maksimum dan minimum
yang berlaku pada keratan tiang tersebut.
60kN
e

60kN

Rajah 10.12: Pembebanan Sipi

2.

Sebatang tiang mempunyai keratan rentas bulat dengan diameter 50mm. Tiang
tersebut dikenakan beban sipi 15 N pada jarak sipi 10mm dari paksi neutral (rajah
10.13). Kirakan tegasan maksimum dan minimum yang berlaku pada keratan
tiang tersebut.
15N
e

Rajah 10.13 : Pembebanan Sipi

3.

Satu keratan keluli 150mm lebar dan 20mm tebal dikenakan daya tarikan 20kN.
Tentukan tegasan maksimum dan minimum apabila daya tarikan tersebut
bertindak pada jarak 4mm dari paksi geometri yang sejajar dengan ketebalan
keratan tersebut.

4.

Satu tiang berongga bulat mempunyai diameter luar dan dalam masing-masing
350mm dan 300mm. Tiang tersebut menanggung beban sipi 10kN pada satu
bahagian sisi tiang (rajah 10.13). Kirakan tegasan maksimum dan minimum pada
10kN
keratan tiang tersebut.
e

10kN

Rajah 10.14 :Pembebanan Sipi

5.

Satu tiang berkeratan segiempat sama, 150mm x 150mm, ditindakkan dengan


beban sipi 50kN(Rajah 10.15). Kirakan tegasan pada setiap bucu bagi keratan
tiang tersebut.
25mm

50kN

25mm

Rajah 10.15 : Pembebanan Sipi

6.

Satu tiang pendek mempunyai keratan rentas segiempat tepat, menerima beban
sipi 36 kN pada kedua-dua arah paksi geometri (rajah 10.16). Kirakan tegasan
pada setiap bucu keratan tiang tersebut.
200mm
70mm

100mm
100mm

200mm

40mm

Rajah 10.16 : Pembebanan Sipi

- SELAMAT MENCUBA -

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Anda digalakkan membuat rujukan tambahan dan menyemak jawapan


dengan pensyarah.

TAHNIAH! ANDA TELAH MENAMATKAN PEMBELAJARAN


MODUL C 2007

Anda mungkin juga menyukai