Anda di halaman 1dari 15

tilawah

MENCONTOHI KEPATUHAN
MALAIKAT

Objektif pelajaran ini:


Menyatakan maksud ayat dengan ringkas
Menerangkan ketaatan malaikat dan kederhakaan iblis
berdasarkan ayat
Menerangkan cara iblis memperdaya-kan manusia
Menyenaraikan cara menghindari tipu daya syaitan
Menerangkan dosa-dosa yang diampunkan oleh Allah
dan sebaliknya
Menyatakan syarat taubat
Menjelaskan ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
Menerangkan pengajaran ayat

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah


(beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir. Dan kami berfirman: "Wahai
Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah
dari makanannya sepu-as-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang
zalim". Sete-lah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua
dari syurga itu dan menyebabkan mere-ka dikeluarkan dari nikmat
yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat
kediman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu
masa (mati)". Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya
beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesung-guhnya Allah, Dia lah
yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani

Ciri-ciri Malaikat
Makhluk ghaib yang dijadikan dari
cahaya, tidak berjisin, tidak makan dan
minum dan tidak berjantina
Malaikat sentiasa beribadat kepada Allah
dan melakukan segala suruhan-Nya
Malaikat sentiasa patuh dan taat pada
perintah Allah
Malaikat tidak pernah cuai dalam
melaksanakan segala tugasnya

Ketaatan malaikat dan kederhakaan iblis


Malaikat taat dan patuh apabila
diperintahkan sujud yakni memberi
hormat kepada Adam
Iblis dengan rasa angkuh dan takbur
engan tunduk dengan perintah tersebut

Cara-cara godaan iblis dan syaitan


Membisikkan khayalan dan dan angan-angan
yang indah kepada manusia
Memperdayakan manusia dengan janji-janji
kosong
Menghasut manusia supaya melakukan
kejahatan
Memperdayakan manusia supaya tidak
mengerjakan ibadah kepada Allah
Menyesatkan manusia supaya melakukan
perkara-perkara yang boleh merosakkan iman
Mencampakkan ke dalam hati manusia
perasaan waswas

Cara menghindari godaan iblis


Memperbanyakkan membaca al-Quran dan
berzikir
Sentiasa mengerjakan ibadah
Mengerjakan segala perintah Allah dengan
ikhlas
Menghadiri kelas-kelas pengajian agama
Bersifat dengan sifat mahmudah
Sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi
mungkar
Menjauhkan diri dari perkara mungkar dan
maksiat

Pengertian Taubat
Kembali kepada Allah dengan menyesali
dan berhenti daripada melakukan maksiat
serta berazam tidak akan mengulanginya
lagi

Syarat Taubat
Benar-benar menyesal dengan kesalahan
yang dilakukan
Berhenti daripada melakukan dosa atau
maksiat dengan segera
Berazam tidak mengulangi dosa yang
telah dilakukan
Hendaklah meminta maaf dan
memulangkan hak jika melakukan
kesalahan dengan manusia

Cara-cara bertaubat
Mengerjakan solat taubat nasuha
Beristighfar kepada Allah
Memohon keampunan dengan penuh ikhlas
Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
Menyesal dan berhenti melakukan dosa
Melakukan kebaikan dan kebajikan
Mempertingkatkan amal ibadah
Memohon maaf serta mengembalikan harta
kepada tuanya , sekiranya kesalahan melibatkan
orang lain

Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah


Memelihara daripada perkara yang
boleh merosakkan aqidah
Mematuhi perintah Allah
Menghayati sifat-sifat mahmudah
Sentiasa bertaubat
Membaca al-Quran dan berzikir
Menambahkan ilmu pengetahuan
Memlihgara maruah diri dan keluarga

Ciri-ciri orang yang taat perintah


Allah
Memelihara daripada perkara yang
boleh merosakkan aqidah
Mematuhi perintah Allah
Menghayati sifat-sifat mahmudah
Sentiasa bertaubat
Membaca al-Quran dan berzikir
Menambahkan ilmu pengetahuan
Memlihgara maruah diri dan keluarga

Pengajaran ayat
Malaikat merupakan makhluk yang taat
dan patuh segala perintah Allah
Musuh utama manusia ialah iblis dan
syaitan
Kita hendaklah sentisa memohon
keampunan kepada Allah
Kita hendaklah sentiasa berusaha
menjauhkan diri dari perkara maksiat
Semua kesalahan dan dosa diampun
oleh Allah kecuali perbuatan syirik

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai