Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan YB Shatiri Bin Mansor dan juga Ustaz Imam Muda

Asyraf, diiringi oleh barisan pentadbir

Yang berbahagia, Tn Haji Bahrudin Bin Mustar, pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Subang Bestari
Yang Berhormat Tuan Shatiri Nin Mansor, ADUN Kota Damansara,
Yang Dihormati Penceramah kita pada mala mini iaitu Ustaz Asyraf Ridzuan,
Yang Dihormati YDP PIBG iaitu Haji Nor Ifuan Bin Md Noor,

Yang Dihormati barisan Penolong Kanan,


Barisan guru kanan mata pelajaran, barisan AJK PIBG, guru-guru, ibubapa serta
pelajar SMK Subang Bestari sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang dan
izinNya kitadapat berhimpun bersama-sama bagi meraikan dan memeriahkan
Majlis Ceramah Perdana pada malam ini. Ceramah perdana yang dianjurkan ini
adalah usahasama Unit HEM dan PIBG sebagai satu program kearah
pembentukan keluarga sakinah di kalangan penduduk di sekitar Subang Bestari.

Saya mewakili pihak sekolah terlebih dahulu mengalu-alukan kedatangan YB


Shatiri Bin Mansor ADUN Kota Damansara dan Ustaz Asyraf Ridzuan ke Ceramah
Perdana pada malam ini.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Hazlan untuk membacakan doa.


Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ustaz Hazlan di atas bacaan doa itu tadi.
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin & hadirat sekalian, kini tibalah masanya bagi Majlis Perasmian Ceramah
Perdana . Bagi menyempurnakan majlis ini, dijemput YB Tuan Shatiri Bin Mansor,
ADUN Kota Damansara untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
merasmikan Majlis Ceramah Perdana pada malam ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada malam ini.
Setinggi penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada YB Tuan Shatiri di
atas kesudian tuan merasmikan majlis kami pada malam ini.

seterusnya adalah majlis penyampaian cenderamata. Bagi menyempurnakannya,


majlis mempersilakan Tuan Haji Bahrudin, Pengetua SMK Subang Bestari untuk
naik ke pentas dan menyampaikan cenderamata kepada YB Tuan Shatiri Bin
Mansor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Bahrudin atas kesudian
tuan menyampaikan cenderamata kepada YB Tuan Shatiri sebentar tadi.

Baiklah. Bagi meneruskan program pada malam ini saya akan menyerahkan majlis
kepada moderator ceramah iaitu saudara Hafizal Hamad sebagai pembuka bicara
ceramah kita pada malam ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih ustaz atas ceramah itu tadi, diharapkan agar semua dapat
mengambil iktibar daripada ceramah itu tadi. Sebelum saya mengakhiri majlis ini,
dijemput YDP PIBG SMK Subang Bestari iaitu Tuan Haji Nor Ifuan Bin Md Noor
untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah dan moderator kita pada
mala mini.
Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada moderator ceramah
iaitu Saudara Hafizal bin Hamad, Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Tuan penceramah kita iaitu Ustaz Asyraf Ridzuan untuk
menerima cenderamata penghargaan. Dipersilakan

Terima Kasih kepada Tuan Haji Nor Ifuan bin Md Noor kerana sudi menyampaikan
cenderamata kepada moderator dan penceramah kita pada malam ini.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Di lain masa berjumpa lagi

Selesailah sudah ceramah perdana pada malam ini. Saya bagi pihak JK Kerja
Majlis,ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian hadirin dan hadirat
sekelian kerana memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada malam ini.

Akhir kata, saya memohonmaaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang


mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan w.b.t
wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai