Anda di halaman 1dari 2

Menurut sejarah, Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai bermula dari sebuah kerajaan lama

di tanah Andelas (lebih tepat, di Jambi). Sebuah catatan lama kerajaan Tiongkok (china) yang
ditulis pada tahun 644 masihi, telah menyebut tentang satu utusan yang datanganya dari Kerajaan
Mo-Lo-Yeu (‘Melayu’) pernah menghadiahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok ketika itu.
Bangsa dari Kerajaan ‘Melayu’ ini dikatakan tinggal di hulu Sungai Batanghari.

Kerajaan ‘Melayu’ terus bertahan sehinggalah ia diserang oleh Kerajaan Sriwijaya pada abat ke
7 masihi. Biarpun dari segi pemerintahan, Kerajaan ‘Melayu’ telah tewas, tapi bahasa mereka
terus berkembang dan digunakan bersama-sama dengan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi
Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Ketika itu, tulisan Palawa mula berkembang
menggantikan huruf-huruf rencong yang pernah digunakan dalam penulisan puisi-puisi
berbahasa Melayu ketika itu.

Penyebaran agama (hindu/budha) & perluasan wilayah juga turut membawa kepada penyebaran
Bahasa Melayu hinggalah bahasa itu kekal digunakan sebagai bahasa rasmi di kerajaan-kerajaan
lain yang muncul selepas era Sriwijaya. Beberapa batu bersurat yang dijumpai di Pulau Jawa
juga memperlihatkan adanya pengaruh Melayu walaupun ditulis dalam tuilisan yang berbeza.

Selepas kedatangan Islam, tulisan huruf palawa ini diganti pula dengan tulisan Arab lebih-lebih
lagi selepas munculnya beberapa kerajaan Islam di Tanah Melayu dan Sumatera. Maka
bermulalah era tulisan yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi  untuk tempoh yang panjang
sebelum Nusantara diceroboh emperial Barat. Pencerobohan kuasa Barat memberikan impak
yang besar kepada bahasa melayu selepas mereka memperkenalkan huruf-huruf latin. Huruf
Rumi. (Roman?)

Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga muncul sebagai empayar Melayu terakhir yang mahsyur
sebelum era Kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Kekuasaan kerajaan ini tersebar luas
merangkumi hampir separuh kawasan Semenanjung dan sebahagian kecil Pulau Sumatera.
Bagaimanapun keterlibatan dalam perang tiga segi yang panjang dengan Acheh dan Portuguese
di Melaka menyebabkan satu persatu jajahan takluknya melepaskan diri manakala satu kawasan
di antara Sungai Segamat hingga Sungai Linggi diserahkan kepada pemerintahan kerabat Raja
dari Pagaruyung. Kawasan tersebut akhirnya menerima budaya dan bahasa Minangkabau.

Biarpun empayar Johor-Riau semakin mengecil, pengaruhnya dialek Johor-Riau tetap digunakan
dengan luas di setiap negeri-negeri yang pernah dikuasainya hinggalah ke zaman Kolonial
Inggeris. Secara tidak langsung dialek ini menjadi dialek pemersatu anatara negeri-negeri di
seluruh Tanah Melayu hinggalah dimerdekakan.

Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukkan Bahasa
Rasmi Negara pada akhir tahun 60-an (tahun 1967 kalau tak salah). Nama Bahasa Melayu juga
digantikan dengan nama Bahasa Malaysia mengikut contoh bahasa Melayu di Indonesia yang
telah ditukar nama menjadi Bahasa Indonesia. Sebagai memperingati hubungan serumpun yang
erat, bentuk ejaan juga telah diseragamkan mengikut ejaan di Negara jiran itu yang jauh lebih
maju dan bersistematik. Akhirnya lahirlah kata-kata yang mempunyai huruf akhiran ‘a’ tetapi
berbunyi ‘ě’ dalam pertuturan seharian.
Pada tahun 1988, Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan memperkenalkan sebutan
baku di sekolah-sekolah dan pada semua acara rasmi negara. Biarpun ramai pihak yang lebih
gemar dengan bunyi ‘ě’ pada akhiran ‘a’, namun kempen bahasa baku berjalan dengan baik
sehingga akhirnya menjadi sebati pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan
generasi muda.

Pada tahun 1990, nama Bahasa Malaysia ditukar semula kepada nama asalnya, bahasa Melayu.
Alasannya, bahasa Melayu turut digunakan di Singapura dan Brunei tanpa tidak diubah namanya
mengikut nama negara masing-masing. Tinggallah Indonesia yang masih mengekalkan nama
bahasa itu mengikut nama negaranya.

Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan rakyat Malaysia turut ditukar
kembali menjadi sebutan asal selepas pengasasnya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat
dari kabinet negara. Ada yang mengatakan ia ditukar kerana tidak mahu Bahasa Melayu
Malaysia kelihatan seperti Bahasa Indonesia. Sebutan dialek Johor-Riau sekali lagi mengambil
kedudukannya menjadi pengasas bahasa rasmi negara selepas penarikan itu.

Anda mungkin juga menyukai