Anda di halaman 1dari 4

ADAT-ADAT & PANTANG LARANG KAUM CINA

A) Perayaan
Ia adalah festival yang paling penting dan yang paling meriah untuk diraikan
selama 15 hari pada bulan pertama takwim Cina.
Perayaan tahun baru diadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan
ahli keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru.
Perayaan ini diserikan dengan adat orang tua memberi angpau kepada kanakkanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan rumah tangga. Pemberian angpau
adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain merupakan semacam restu untuk
kehidupan makmur serta untung nasib yang baik sepanjang tahun.

Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini, adalah untuk menghalau


kuasa jahat seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara
yang baik-baik.
Kadang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang
tahun dipenuhi rahmat dan hujan.
Mercun dipasang untuk menghalau kuasa jahat selain menandakan kemeriahan
perayaan tahun baru.
Juga menjadi amalan baik adalah dengan membawa dua atau empat biji limau
Mandarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa menziarahi pada
perayaan tahun baru.
Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Ini kerana dalam
bahasa sukuan Cina kantonis, nama/sebutan untuk limau menyerupai nama/sebutan
untuk emas.

B)

Upacara Perkahwinan

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu
perkahwinan diadakan iaitu:
Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang- undang.

Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana


pengantin baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum
sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
Jamuan makan. Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan-kawan akan
dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah
pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan saudara mara mereka
dengan mengadakan jamuan. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu-tetamu
yang hadir hendaklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh
kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas
berwarna merah.
Sebaiknya-baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna
hitam, biru atau kelabu kerana warna-warna ini biasanya dikaitkan dengan
peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

C) Pantang Larang Makan & Minum

Orang Cina amat mementingkan kesihatan dan makanan yang berkhasiat.


Orang tua dilarang memakan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi.
Mereka yang mempunyai luka pada badan tidak dibenarkan memakan udang dan
ketam kerana mengakibatkan luka susah sembuh.

Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh putus kerana membawa

petunjuk yang tidak baik.


Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka
makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan.

Orang Cina tidak digalakkan bercakap semasa makan. Mereka dilarang mengetuk
mangkuk dan pinggan dengan penyepit.

D)

Sewaktu Ibu Mengandung.


Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki
boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri
bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan katakata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi.
Mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu
mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan

tidak mengalami sebarang gangguan.


Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah
antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan

perasaan kecewa apabila harapan tidak tercapai.


Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan
makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan
banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu
sukar untuk bersalin.
Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat
Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia
empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
E) Sewaktu Kelahiran:

Semasa ibu mengandung, perabot di dalam bilik ibu tidak boleh diubah

terutamanya katil, dan memaku dinding rumah tidak dibenarkan sama sekali.
Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara


mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiahhadiah itu dibungkus dengan kertas merah.

F) Upacara Kematian

Upacara kematian yang melibatkan penziarahan dan penjagaan mayat biasanya

berlangsung dari tiga hingga tujuh hari.


Ia bertujuan memberi penghormatan terakhir, selain menghadiri upacara

pengebumian.
Sumbangan wang dalam sampul putih biasanya disampaikan kepada keluarga si
mati oleh mereka yang datang menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa wang

dalam bentuk angka yang ganjil.


Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi
ke rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu memakai baju berwarna
muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga


kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan

menyediakan panji atau nota yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang

merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan
yang cuba mengacau.

Anda mungkin juga menyukai