Anda di halaman 1dari 40

Lampiran I

PERJANJIAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

DAN

Nama Syarikat xxx SDN BHD

BAGI
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI,
MENGUJI-GUNA, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA DALAM
TEMPOH WARANTI PERKAKASAN ICT,
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MPM/KONTRAK/ICT/eBIDDING/2012

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

JADUAL ISI KANDUNGAN

PERKARA
KLAUSA 1
KLAUSA 2
KLAUSA 3
KLAUSA 4
KLAUSA 5
KLAUSA 6

KLAUSA 7
KLAUSA 8
KLAUSA 9
KLAUSA 10
KLAUSA 11
KLAUSA 12
KLAUSA 13
KLAUSA 14
KLAUSA 15

KLAUSA 16

KLAUSA 17

KLAUSA 18
KLAUSA 19

KLAUSA 20
KLAUSA 21
KLAUSA 22
KLAUSA 23
KLAUSA 24
KLAUSA 25
KLAUSA 26
KLAUSA 27
KLAUSA 28
KLAUSA 29
KLAUSA 30
KLAUSA 31
KLAUSA 32
KLAUSA 33

TAKRIF
HARGA KONTRAK
TEMPOH PERJANJIAN
BON PELAKSANAAN
SKOP KERJA
HARGA & SPESIFIKASI BARANG
BARANG
PESANAN
PEMBEKALAN
PEMBUNGKUSAN
PELANCARAN BARANG-BARANG
PENERIMAAN BARANG-BARANG
PEMASANGAN & PENGUJIAN
PENGAWASAN
PEMBERSIHAN
HAK KERAJAAN BAGI TAMBAHAN
KUANTITI
HAK KERAJAAN JIKA BARANG-BARANG
ROSAK ATAU RENDAH KUALITI
HAK KERAJAAN JIKA BARANG-BARANG
BUKAN KELUARAN SEMASA,
KELUARAN TULIN ATAU KELUARAN
BARU
KELEWATAN PENYERAHAN
PENYERAHAN TIDAK MEMENUHI
KUANTITI
KEGAGALAN PENYERAHAN
REPRESENTASI DAN WARANTI
HAK MILIK
PEMBAYARAN
SET-OFF
TEMPOH WARANTI
PENYENGGARAAN BARANG-BARANG
INDEMNITI / TANGGUNG RUGI
FORCE MAJEURE
LATIHAN
PENAMATAN PERJANJIAN
TIMBANG TARA
KERAHSIAAN
NOTIS

MUKA
SURAT
4
5
5
6
7
7
8
8
9
9
10
10
11
11
11
12

13

14
15
15
16
17
18
18
18
19
21
22
23
25
29
30
30

Muka Surat 1

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 34
KLAUSA 35
KLAUSA 36
KLAUSA 37
KLAUSA 38
KLAUSA 39
KLAUSA 40
KLAUSA 41
KLAUSA 42
KLAUSA 43
KLAUSA 44
KLAUSA 45
KLAUSA 46
KLAUSA 47
KLAUSA 48
KLAUSA 49
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4 LAMPIRAN 5 LAMPIRAN 6 APENDIX 1


APENDIX 2
APENDIX 3
APENDIX 4
APENDIX 5

SERAH HAK
SUB-KONTRAK
SUMBER TEMPATAN
INSURANS PEKERJA
PINDAAN
IKLAN
PENGETEPIAN
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
MASA
KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM
PAMPASAN
PEMBERIAN MILIK
PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL
PELUCUTAN HAK
IKATAN PIHAK
LAMPIRAN
DELIVERABLE & SPESIFIKASI
JADUAL HARGA
BILANGAN PERKAKASAN MENGIKUT
JABATAN DAN BAHAGIAN NEGERI
TEMPOH WARANTI PERKAKASAN DAN
PERISIAN
LATIHAN
JADUAL PENYELENGGARAAN
PENCEGAHAN
SALINAN SURAT SETUJU TERIMA
SALINAN BANK GUARANTEE (BG)
JADUAL PELAKSANAAN
SALINAN SPESIFIKASI & KATALOG
SALINAN WARANTI PERKAKASAN

32
32
33
33
33
33
34
34
34
36
36
36
37
37
37
39

Muka Surat 2

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KERAJAAN MALAYSIA
PERJANJIAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,
MENGKONFIGURASI, MENGUJI-GUNA, MENTAULIAH
DAN MENYENGGARA DALAM TEMPOH WARANTI
PERKAKASAN ICT,
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MPM/KONTRAK/ICT/eBIDDING/2012

SUATU PERJANJIAN dibuat pada .. hari bulan .


2012

antara KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh
Pendaftar Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber
Manusia atau Pegawainya yang diberi kuasa yang beralamat di Jalan
Mahkamah Persekutuan, 50544 Kuala Lumpur (Kerajaan) bagi satu
pihak;

dan

Pembida Sendirian Berhad (No. Pendaftaran :

XXXXX ), sebuah syarikat

yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang beralamat berdaftar di


Alamat Pembida (Kontraktor ) bagi pihak yang lagi satu,
(Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai Pihak
atau Pihak-pihak).

BAHAWASANYA Kerajaan telah melantik Kontraktor untuk Membekal,


Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji-Guna, Mentauliah
dan Menyenggara dalam Tempoh Waranti Perkakasan ICT, Mahkamah

Muka Surat 3

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

Perusahaan Malaysia mengikut spesifikasi dalam Lampiran 1 kepada


Perjanjian ini (Perkakasan.DAN BAHAWASANYA Kontraktor telah bersetuju
untuk berbuat demikian tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Perjanjian ini.

Dengan ini adalah dipersetujui oleh pihak-pihak seperti berikut :

KLAUSA 1-DEFINISI DAN TAFSIRAN


Bagi maksud Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
maksud

yang

lain,

perkataan-perkataan

di

bawah

hendaklah

mempunyai maksud yang berikut Perkakasan

ertinya
perkakasan dan perisian
yang
disenaraikan dalam Lampiran I kepada
Perjanjian ini dan yang perlu dibekal, dihantar,
dipasang, diuji dan ditauliahkan oleh Kontraktor;

Keluaran Baru

ertinya Perkakasan yang baru dikeluarkan dan


bukan Perkakasan terpakai;

Keluaran Tulen

ertinya bukan Perkakasan tiruan;

Keluaran Semasa

ertinya Perkakasan yang dikeluarkan dalam


tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh
pembuatan;

Penyenggaraan
Pembaikan

ertinya penyenggaraan yang perlu dijalankan


oleh Kontraktor bagi membaiki Perkakasan
sehingga Perkakasan itu dapat berfungsi
semula;

Penyenggaraan
Pencegahan

ertinya penyenggaraan yang perlu dijalankan


oleh Kontraktor bagi memastikan bahawa
Perkakasan sentiasa dalam keadaan yang baik
dan berfungsi;

Tapak Pengguna

ertinya tempat yang akan ditetapkan oleh


Kerajaan untuk tujuan penghantaran,
pemasangan, pengujian dan pentauliahan
Perkakasan;

Muka Surat 4

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

Waktu Pejabat

ertinya dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang


pada hari Isnin hingga Jumaat bagi negerinegeri yang cuti umum mingguan pada hari
Sabtu dan Ahad, dan Ahad hingga Khamis bagi
negeri-negeri yang cuti umum mingguan pada
hari Jumaat dan Sabtu;

Provisional
Acceptance

ertinya perakuan penerimaan Perkakasan


selepas diuji untuk tempoh tujuh (7) hari bekerja
selepas tarikh siap pemasangan; dan

Final Acceptance

ertinya perakuan penerimaan Perkakasan


selepas diuji lari (test-run) untuk tempoh tiga
puluh (30) hari dan diakui Perkakasan tersebut
berfungsi dengan sepenuhnya.

KLAUSA 2 - HARGA KONTRAK


Bagi maksud Perjanjian ini dan tertakluk kepada Kontraktor memenuhi
semua obligasi di bawah Perjanjian ini, Kerajaan akan membayar
Kontraktor harga kontrak sebanyak
(RM

Ringgit Sahaja

) (Harga Kontrak).

KLAUSA 3 - TEMPOH PERJANJIAN

3.1

Tanpa menjejaskan tarikh perjanjian ditandatangani;


Perjanjian ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa mulai
sehingga

3.2

hb

hb

(Tempoh Perjanjian).

Kontraktor boleh memohon kepada Kerajaan untuk melanjutkan


Perjanjian secara bertulis tidak kurang dari dua (2) bulan sebelum
tempoh Perjanjian tamat jika Kontraktor berniat untuk melanjutkan
tempoh

Perjanjian.

Kerajaan

mempunyai

kuasa

untuk

mempertimbangkan permohonan Kontraktor.

Muka Surat 5

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

3.3

Sekiranya Perjanjian itu dipertimbangkan,Kontraktor yang terlibat boleh


berbincang dengan Pihak Kerajaan mengenai terma dan syarat
perlanjutan tersebut tidak kurang dari satu (1) bulan sebelum tempoh
Perjanjian

tamat.

Jika

sekiranya

Pihak-Pihak

gagal

mencapai

persetujuan, Perjanjian itu akan tamat dengan sendirinya.

KLAUSA 4 - BON PELAKSANAAN

4.1

Kontraktor

hendaklah

sebelum

menandatangani

Perjanjian

menyerahkan kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan


_____________Sahaja (RM

ini

bernilai

) yang bersamaan dengan 2.5%

daripada Harga Kontrak seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

4.2

Bon Pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada


mana-mana bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan
diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

4.3

Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam masa


empat belas (14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima Tender
dikeluarkan.

4.4

Bon Pelaksanaan itu hendaklah kekal sah laku sehingga dua belas
(12) bulan apabila tamatnya Perjanjian ini.

4.5

Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau


sebahagian daripada Bon Pelaksanaan berhubung dengan apa-apa
pelanggaran terma atau syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian
ini oleh Kontraktor tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil
tindakan undang-undang yang lain.

Muka Surat 6

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

4.6

Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan ke atas Bon Pelaksanaan


tersebut

yang

menyebabkan

jumlah

jaminan

bank

tersebut

berkurangan daripada jumlah yang dinyatakan dalam Klausa 4.1,


Kontraktor

hendaklah

mengemukakan

suatu

Bon

Pelaksanaan

tambahan supaya nilai Bon Pelaksanaan yang dipegang oleh Kerajaan


bersamaan dengan nilai lima peratus (5%) daripada Nilai Harga
Kontrak.
4.7

Bon Pelaksanaan akan dikembalikan kepada Kontraktor setelah tamat


tempoh penguatkuasaan Bon Pelaksanaan ini.

KLAUSA 5 - SKOP KERJA


Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perjanjian ini, Kontraktor
hendaklah :
(a)

membekal,

menghantar,

memasang,

menguji

dan

mentauliahkan Perkakasan ICT kepada Kerajaan mengikut yang


ditetapkan di dalam Lampiran I kepada Perjanjian ini ; dan

(b)

menyenggara Perkakasan mengikut cara yang diperuntukkan


dalam klausa 26 kepada Perjanjian ini.

KLAUSA 6 HARGA DAN SPESIFIKASI PERKAKASAN


6.1.

Kontraktor

hendaklah

mentauliahkan,

membekal,

menguji-guna

dan

menghantar,

memasang,

menyelenggara

Perkakasan

mengikut harga dan spesifikasi yang ditetapkan dalam Jadual Harga


dalam Lampiran 2 kepada Perjanjian ini.

Muka Surat 7

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

6.2

Harga Perkakasan adalah harga bersih termasuk semua cukai dan kos
penempatan sementara Perkakasan termasuk kos insurans, kos
penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan latihan di
tapak.

KLAUSA 7 - PESANAN

Pesanan-Pesanan hendaklah dibuat oleh Kerajaan secara terus kepada


Kontraktor dengan secara rasmi dan bertulis.

KLAUSA 8 - PEMBEKALAN
8.1

Kontraktor hendaklah membekalkan semua Perkakasan seperti yang


ditetapkan dalam Lampiran 1 kepada Perjanjian ini dan ke Tapak
Pengguna seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 3.

8.2

Semua Perkakasan yang dibekalkan oleh Kontraktor hendaklah terdiri


daripada Keluaran Baru, Keluaran Tulen

serta berkualiti tinggi dan

Keluaran Semasa.

8.3

Semua bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Perkakasan


dan pemasangan Perkakasan hendaklah sesuai dengan iklim di
Malaysia. Sebarang kecacatan dan kerosakan Perkakasan yang
disebabkan oleh pengaruh iklim hendaklah dibaiki dan diganti oleh
Kontraktor tanpa sebarang kos kepada Kerajaan.

Muka Surat 8

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

8.4

Kontraktor hendaklah menyediakan semua manual atau dokumen


yang perlu bagi setiap Perkakasan tanpa sebarang kos kepada
Kerajaan sebagai panduan bagi pelaksanaan, penggunaan dan
operasi Perkakasan dengan berkesan. Sebarang pengemaskinian,
bahan sampingan atau penerbitan berkaitan Perkakasan yang
dikeluarkan selepas tarikh pemasangan hendaklah dibekalkan oleh
Kontraktor tanpa sebarang kos kepada Kerajaan.

8.5

Kontraktor hendaklah menyatakan kepada Kerajaan tentang aspekaspek manual yang boleh dibuat salinan tanpa melanggar UndangUndang Hakcipta (copyright)

KLAUSA 9 - PEMBUNGKUSAN
9.1

Kontraktor hendaklah memastikan bahawa Perkakasan dibungkus


dengan sempurna dan mengikut keperluan bagi mengelak kerosakan
yang mungkin berlaku semasa dihantar ke Tapak Pengguna.

9.2

Pembungkusan hendaklah sesuai dan dapat melindungi Perkakasan


daripada cara pengendalian yang kasar dan sebarang elemen cuaca
dan alam sekitar yang boleh menjejaskan kualiti Perkakasan semasa
Perkakasan berada dalam simpanan Kontraktor atau dihantar ke
Tapak Pengguna.

9.3

Sebarang

kerosakan

Perkakasan

yang

diakibatkan

oleh

pembungkusan hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.

9.4

Semua alat pembungkusan yang disediakan oleh Kontraktor menjadi


hak milik Kerajaan dan tidak akan dikembalikan kepada Kontraktor.

Muka Surat 9

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 10 PELANCARAN PERKAKASAN


10.1

Perkakasan hendaklah dihantar, dipasang, diuji dan ditauliahkan dalam


tempoh _____(

) minggu dari tarikh pesanan rasmi dikeluarkan oleh

Kerajaan (Tempoh Pelancaran).

10.2

Sekiranya Kontraktor memerlukan perlanjutan tempoh pelancaran,


Kontraktor hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada
Kerajaan untuk melanjutkan Tempoh tersebut.

10.3

Jika Kerajaan bersetuju melanjutkan Tempoh Pelancaran, maka


Tempoh tersebut hendaklah dilanjutkan ke suatu tempoh yang
dipersetujui oleh Kerajaan.

10.4 Jika Kerajaan tidak bersetuju melanjutkan Tempoh Pelancaran


tersebut sebagaimana yang dipohon oleh Kontraktor, maka Tempoh
Pelancaran dalam Klausa 10.1 hendaklah terpakai. Kegagalan
Kontraktor menyerahkan Perkakasan dalam tempoh yang dinyatakan
dalam Klausa 10.1 adalah satu pelanggaran terma-terma atau syaratsyarat Perjanjian ini.

KLAUSA 11 PENERIMAAN PERKAKASAN


11.1

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan sekurangkurangnya dua (2) salinan surat pesanan (DO) yang mengandungi
maklumat lengkap mengenai Perkakasan yang diserahkan dan
perakuan Kontraktor bahawa kualiti Perkakasan yang dihantar itu
mengikut spesifikasi dan kualiti sepertimana yang dipersetujui, semasa
penyerahan Perkakasan dibuat.

Muka Surat 10

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

11.2

Kerajaan hendaklah mengembalikan satu (1) salinan (DO) kepada


Kontraktor dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh
Perkakasan diterima.

KLAUSA 12 PEMASANGAN DAN PENGUJIAN


12.1

Kontraktor hendaklah memasang Perkakasan yang telah dibekalkan ke


Tapak Pengguna yang ditentukan oleh Kerajaan dan mengikut masa
yang ditetapkan oleh Kerajaan.

12.2

Perkakasan yang telah dipasang hendaklah diuji oleh Kerajaan bagi


memastikan spesifikasi dan kualiti Perkakasan itu.

12.3

Kerajaan berhak untuk menolak semua atau mana-mana Perkakasan


yang tidak menepati kualiti atau spesifikasi yang ditetapkan di bawah
Perjanjian ini.

12.4

Kontraktor tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan


Penyerahan Perkakasan jika Tapak Pengguna yang ditentukan oleh
Kerajaan tidak siap dan atau tidak bersedia untuk menerima
Perkakasan tersebut.

Kontraktor tidak akan dikenakan pampasan

untuk apa-apa kelewatan yang disebabkan oleh Kerajaan.

KLAUSA 13 - PENGAWASAN

13.1

Kontraktor hendaklah menyediakan seorang pegawai teknikal yang


mahir dan

berkebolehan yang bertindak sebagai ketua untuk

mengawasi kerja-kerja pemasangan dan pengujian Barang-Barang


dilaksanakan di Tapak Pengguna.

Muka Surat 11

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 14 - PEMBERSIHAN

14.1

Kontraktor bertanggungjawab membersihkan semua sampah dan


cebisan-cebisan akibat dari kerja-kerja yang dijalankan.

14.2

Kontraktor dikehendaki mengemas kawasan kerja dan bahan-bahan


dikeluarkan sebaik kerja-kerja disempurnakan (kecuali bahan-bahan
atau alat yang dipersetujui dalam tempoh jaminan).

KLAUSA 15 - HAK KERAJAAN BAGI TAMBAHAN KUANTITI


15.1 Jika sekiranya Kerajaan memerlukan tambahan kuantiti ke atas
Perkakasan yang

dibekalkan,

Kontraktor

perlu

membekalkan

Perkakasan tersebut pada harga seunit Perkakasan seperti yang


dilampirkan sebagai Lampiran 2 Perjanjian ini.

KLAUSA 16 - HAK KERAJAAN JIKA PERKAKASAN ROSAK ATAU


RENDAH KUALITI
16.1

Jika Kontraktor telah menyerahkan Perkakasan yang rosak atau tidak


menepati spesifikasi yang ditetapkan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan
boleh :

(a)

menolak Perkakasan tersebut dan memberi notis bertulis


meminta

Kontraktor

dengan

Perkakasan

menggantikan
yang

Perkakasan

memenuhi

tersebut

spesifikasi

yang

ditetapkan (Perkakasan Ganti) dalam tempoh tiga puluh (30)


hari selepas menerima notis permintaan itu. Sekiranya
Perkakasan Ganti tersebut tidak diserahkan dalam tempoh
yang ditetapkan, Kerajaan boleh membeli Perkakasan yang
dikehendaki itu daripada kontraktor lain. Jika kos pembelian
dari kontraktor lain melebihi harga yang ditetapkan dalam

Muka Surat 12

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

Jadual Harga yang dilampirkan sebagai Lampiran 2 dalam


Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah menanggung apa-apa kos
berlebihan dalam mendapatkan perkakasan ganti tersebut
sebagai pampasan kepada Kerajaan; atau

(b)

menolak semua perkakasan yang dihantar oleh Kontraktor


termasuk perkakasan yang tidak rosak atau yang menepati
spesifikasi dan menamatkan Perjanjian ini; atau

(c)

mengenakan denda sebanyak 5% daripada nilai perkakasan


yang dipesan dan ditolak sekiranya tindakan diambil di bawah
sub klausa (a) atau merampas Bon Pelaksanaan bagi tindakan
yang diambil di bawah sub klausa (b).

16.2

Jika Kontraktor telah membekalkan perkakasan yang rosak atau tidak


menepati spesifikasi kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin
menolak perkakasan tersebut kerana perkakasan tersebut telah
dipakai atau digunakan sebelum diketahui rosak atau tidak menepati
spesifikasinya atau oleh sebab Kerajaan telah terpaksa menerima
Perkakasan tersebut, Kerajaan boleh membuat tuntutan atau
mendapatkan pampasan dari pada Kontraktor mengikut nilai
Perkakasan yang rosak atau tidak memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.

Muka Surat 13

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 17 HAK KERAJAAN JIKA PERKAKASAN BUKAN KELUARAN


SEMASA, KELUARAN TULIN ATAU KELUARAN BARU
17.1. Jika Kerajaan mendapati Perkakasan yang telah dibekalkan oleh
Kontraktor bukan Keluaran Baru, Keluaran Tulen dan Keluaran
Semasa, Kerajaan boleh sama ada menyimpan atau menolak
Perkakasan yang telah dibekalkan dan menamatkan Perjanjian ini.
Kontraktor

hendaklah

membayar

pampasan

kepada

Kerajaan

mengikut nilai Perkakasan yang dibekalkan.

17.2. Jika Kerajaan menolak Perkakasan seperti yang diperuntukkan di


bawah Klausa 16 dan 17, Kontraktor hendaklah memindahkan
Perkakasan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh
penerimaan dari notis bertulis Kerajaan. Jika Perkakasan tersebut tidak
dipindahkan

dalam tempoh

yang

ditetapkan,

Kerajaan

berhak

memindahkan Perkakasan tersebut ke mana-mana tempat yang


difikirkan sesuai dan menuntut semua kos yang berkaitan dengan
pemindahan itu dan kos tersebut hendaklah ditanggung oleh
Kontraktor.

KLAUSA 18 HAK KERAJAAN APABILA BARANG BARANG


TERLEWAT DISERAHKAN
18.1. Bagi hal Perkakasan yang terlewat diserahkan oleh Kontraktor,
Kerajaan boleh :

(a)

Menolak Perkakasan itu dan menamatkan Perjanjian ini dan


Bon Perlaksanaan adalah dirampas ; atau

(b)

Membeli Perkakasan yang dikehendaki itu daripada puncapunca lain dan menolak Perkakasan yang dipesan daripada
Kontraktor bagi hal yang sedemikian, jika kos memperolehi
Perkakasan itu daripada punca punca lain melebihi harga

Muka Surat 14

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

dalam Perjanjian ini Kontraktor boleh dikenakan membayar


amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan ; atau

(c)

Setuju terima Perkakasan itu dan mengenakan denda berikut :-

Denda = V x 0.1 % x D

V : Nilai harga barang yang lewat dibekalkan.


D : Bilangan hari yang lewat.

Tertaluk kepada denda maksimum 10 % dari nilai barang.

KLAUSA 19 - PENYERAHAN TIDAK MEMENUHI KUANTITI


19.1 Jika Perkakasan yang diserahkan tidak memenuhi kuantiti yang
ditetapkan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh:

19.1.1

menerima Perkakasan yang dibekalkan dan menuntut


daripada

Kontraktor pampasan sebanyak minimum lima

peratus (5%) dari nilai Perkakasan yang tidak dibekalkan ;


atau

19.1.2

menerima Perkakasan yang dibekalkan dan membeli


bilangan Perkakasan yang tidak dibekalkan daripada
kontraktor lain. Jika kos memperolehi Perkakasan daripada
kontraktor lain melebihi harga yang ditetapkan dalam
Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah menanggung apa-apa
kos berlebihan dalam mendapatkan Perkakasan tersebut
sebagai pampasan kepada Kerajaan ; atau

Muka Surat 15

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

19.1.3

menolak kesemua Perkakasan tersebut dan membeli


Perkakasan

yang patut dibekalkan di bawah Perjanjian ini

daripada kontraktor lain. Jika kos memperolehi Perkakasan


daripada kontraktor lain melebihi harga yang ditetapkan
dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah menanggung
apa-apa kos berlebihan dalam mendapatkan Perkakasan
tersebut sebagai pampasan kepada Kerajaan.

KLAUSA 20 KEGAGALAN PENYERAHAN


20.1

Jika Kontraktor gagal membekalkan Perkakasan dalam tempoh yang


ditetapkan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh :

20.1.1

menamatkan Perjanjian menurut klausa 30 Perjanjian ini


dan Bon Pelaksanaan boleh dirampas; dan

20.1.2

Kontraktor hendaklah membayar harga Perkakasan yang


dipesan itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

KLAUSA 21 REPRESENTASI DAN WARANTI

21.1

Kontraktor dengan ini membuat representasi dan waranti kepada


Kerajaan bahawa :

(a) Ia adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah undang-undang


Malaysia

mengikut

perakuan

Pendaftaran

Kontraktor

yang

dilampirkan sebagai Lampiran ;

(b) Ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan


tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;

Muka Surat 16

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

(c) Ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memasuki


dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah
Perjanjian ini;

(d)

Pada masa perlaksanaan Perjanjian ini, perlaksanaan Perjanjian


ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada
(i) dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya
atau asetnya;

(e) Ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa


dengan

Kementerian

Pendaftaran

Kewangan

Kontraktor

yang

Malaysia

dilampirkan

mengikut
sebagai

Akuan
lampiran

appendix 2 melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh


Kerajaan;

(f)

Tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbang tara, pertikaian


atau

prosiding

pengetahuannya
keupayaan

sedang
akan

kewangan

atau

berlangsung

memberi
atau

kesan

yang

negatif

tanggungjawabnya

pada

terhadap
di

bawah

Perjanjian ini; dan

(g) Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi


dan waranti di atas.

21.2 Sebagai tambahan kepada mana-mana waranti yang diberikan oleh


Kontraktor di bawah Perjanjian ini, Kontraktor mengaku janji seperti
yang berikut:

(a) Bahawa ia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, pada tarikh


Perjanjian ini, tentang apa-apa perkara dalam kawalan
semunasabahnya

yang

mungkin

atau

sebaliknya

akan

Muka Surat 17

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

menjejaskan keupayaan untuk menjalankan obligasinya di


bawah Perjanjian ini dan bahawa ia mempunyai kepakaran dan
kemahiran untuk menjalankan obligasi-obligasinya di bawah
Perjanjian ini;

(b) Bahawa penggunaan Perkakasan dan mana-mana bahagian


daripadanya

tidak

akan

melanggar

undang-undang

terpakai;dan

c)

Bahawa pemakaian mana-mana Perkakasan adalah

bebas

daripada semua virus dan pencemaran.

KLAUSA 22 HAK MILIK

22.1 Hakmilik kepada Perkakasan itu hendaklah dipindahmilik kepada


Kerajaan

selepas

Perkakasan

bayaran

penuh

dibuat

oleh

Kerajaan

bagi

yang telah dibekal, dihantar, dipasang, diuji dan

ditauliahkan.

KLAUSA 23 - PEMBAYARAN
23.1

Kuantiti Perkakasan yang dibekalkan di bawah

Perjanjian ini dan

harga belian bagi setiap Perkakasan adalah seperti tersebut di dalam


Lampiran 2.

Muka Surat 18

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

23.2

Harga kontrak adalah termasuk kos penghantaran, kos pemasangan,


kos

penyenggaraan,

kos

dokumentasi,

kos

pelancaran

(commissioning) dan kos waranti di Tapak Pengguna seperti yang


ditetapkan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk cukai-cukai Kerajaan
(Goverment duties and taxes).

23.3

Pembayaran bagi Perkakasan yang telah dibekalkan akan dibayar


sepenuhnya (100%) dalam tempoh empat belas (14) hari selepas
Perkakasan dihantar dan penyerahan invois kepada Kerajaan.

23.4

Kerajaan hendaklah memproses tuntutan bayaran yang dikemukakan


oleh Kontraktor dan sekiranya tuntutan bayaran itu lengkap, Kerajaan
hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor dalam tempoh satu
(1) bulan dari tarikh tuntutan bayaran yang lengkap diterima.

23.5

Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.

KLAUSA 24 - SET-OFF

24.1

Kerajaan boleh menolak sebarang wang yang perlu dibayar kepada


Kontraktor mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada
sebarang wang yang Kerajaan terhutang kepada Kontraktor itu. Jika
wang yang terhutang kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki wang itu
melalui notis tuntutan bertulis daripada Kontraktor dan Kontraktor
hendaklah membuat pembayaran dalam masa satu (1) bulan selepas
tarikh penerimaan notis tuntutan itu.

Muka Surat 19

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 25 TEMPOH WARANTI


25.1

Tempoh waranti bagi semua Perkakasan yang dibekalkan di bawah


Perjanjian ini ialah bagi tempoh seperti tersebut dalam Lampiran 5
mulai dari tarikh Sijil Penerimaan Akhir bagi Perkakasan tersebut.

25.2

Dalam Tempoh Waranti, Kontraktor hendaklah menyenggarakan


Perkakasan sepertimana yang diperuntukkan dalam klausa 26 .

KLAUSA 26 PENYENGGARAAN PERKAKASAN


26.1

Kontraktor

bertanggungjawab

untuk

menyenggarakan

semua

Perkakasan sepanjang Tempoh Waranti dan semua kos berkaitan


dengan Penyenggaraan itu hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.

Kontraktor

hendaklah

menjalankan

Penyenggaraan

Pencegahan

(Preventive Maintenance) tidak kurang dari dua (2) kali dalam setahun
dan Penyenggaraan Pembaikan (Remedial Maintenance) terhadap
Perkakasan itu.
26.2

Dalam

melaksanakan

Penyenggaraan

Pencegahan,

Kontraktor

hendaklah memeriksa Perkakasan dari semasa ke semasa mengikut


jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan (Lampiran 6) untuk memastikan
bahawa Perkakasan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh
berfungsi dengan berkesan.

26.3

Dalam

melaksanakan

Penyenggaraan

Pembaikan,

Kontraktor

hendaklah membaiki apa-apa kerosakan pada Perkakasan tersebut


apabila dimaklumkan oleh Kerajaan. Sekiranya perlu, Kontraktor
hendaklah menggantikan mana-mana bahagian dalam Perkakasan itu
yang perlu digantikan bagi membolehkan Perkakasan itu berfungsi
semula. Apa-apa bahagian yang dikeluarkan daripada Perkakasan dan

Muka Surat 20

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

apa-apa alat ganti baru yang dipasang dalam Perkakasan hendaklah


menjadi milik Kerajaan.

26.4

Kontraktor

hendaklah

mengambil

tindakan

bagi

melaksanakan

Penyenggaraan Pembaikan dalam tempoh 24 jam berikutnya tidak


termasuk hari pelepasan am selepas dimaklumkan oleh Kerajaan.

26.5

Sekiranya Penyenggaraan Pembaikan yang dilaksanakan memerlukan


tempoh yang melebihi 24 jam, Kontraktor hendaklah menggantikan
Perkakasan yang rosak itu dengan perkakasan gantian dalam tempoh
48 jam selepas dimaklumkan mengenai kerosakan itu oleh Kerajaan.
Kerajaan berhak untuk menggunakan perkakasan ganti sehingga
Perkakasan yang rosak itu dibaiki oleh Kontraktor tanpa apa-apa kos
tambahan.

26.6

Kontraktor hendaklah menyimpan suatu rekod Penyenggaraan bagi


setiap kerja Penyenggaraan yang dijalankan di bawah Perjanjian ini
dan hendaklah menyerahkan satu salinan rekod tersebut kepada
Kerajaan setiap kali Penyenggaraan dijalankan.

26.7

Sekiranya Kontraktor gagal menjalankan Penyenggaraan dalam


tempoh yang dinyatakan di bawah klausa 26.4, 26.5 dan 26.6,
Kerajaan berhak untuk melantik pihak ketiga untuk menyelenggarakan
Perkakasan tersebut dan Kontraktor hendaklah menanggung semua
kos yang terlibat.

26.8

Kontraktor

hendaklah

memastikan

bahawa

semua

kerja

Penyenggaraan dijalankan oleh kakitangan yang berkelayakan dan


berkemahiran.

Muka Surat 21

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

26.9 Semua kerja-kerja Penyenggaraan yang dijalankan di Tapak Pengguna


hendaklah dijalankan semasa Waktu Pejabat. Penyenggaraan yang
perlu dijalankan di luar Waktu Pejabat hanya boleh dijalankan selepas
kebenaran secara bertulis diperoleh daripada Kerajaan.

26.10 Jika Perkakasan perlu dibawa keluar dari Tapak Pengguna untuk tujuan
Penyenggaraan, Kontraktor perlu mendapatkan kebenaran Kerajaan
secara

bertulis

diperolehi,

terlebih

Kontraktor

dahulu.

hendaklah

Selepas

kebenaran

memastikan

Kerajaan

bahawa

apa-apa

kandungan atau data yang disimpan dalam Perkakasan dibuat salinan


dan kemudian dipadamkan daripada Perkakasan tersebut.

26.11 Kontraktor bertanggungjawab ke atas keselamatan Perkakasan yang


dibawa keluar dari Tapak Pengguna sehingga Perkakasan itu dipasang
semula di Tapak Pengguna.

KLAUSA 27 INDEMNITI / TANGGUNG RUGI


27.1

Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan berkaitan dengan


apa-apa kerugian, ganti rugi, bayaran atau kos yang mungkin
ditanggung atau dikenakan ke atas Kerajaan berkenaan dengan apaapa tuntutan, tanggungan, prosiding atau perbicaraan yang timbul
secara langsung atau tidak langsung akibat kemungkiran Kontraktor,
ejen atau pekerjanya terhadap mana-mana terma dan syarat
Perjanjian dengan syarat apa-apa kerugian, ganti rugi, bayaran atau
kos berkenaan tidak berpunca dari tindakan atau tinggalan yang cuai
yang disebabkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan mana-mana
terma dan syarat Perjanjian ini.

Muka Surat 22

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

27.2

Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan berkaitan dengan


apa-apa kerugian terhadap apa juga tindakan berkaitan pelanggaran
hak harta intelek oleh Kontraktor kerana mengguna atau menjual
mana-mana Perkakasan yang dibekalkan oleh Kontraktor dan
terhadap segala belanja dan ganti rosak yang Kerajaan mungkin
lakukan dalam suatu tindakan kerana pelanggaran itu atau yang
Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam suatu tindakan itu.

KLAUSA 28 FORCE MAJEURE


28.1

Kerajaan atau Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi


sebarang tinggalan akibat daripada keadaan darurat seperti rusuhan,
kekacauan awam, mogok, kebakaran, taufan, peperangan, bahaya laut
atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang di luar kawalan PihakPihak kepada Perjanjian ini atau yang dianggap sebagai Force
Majeure.

28.2

Apabila

mana-mana

Pihak

mula

mengalami

kesulitan

untuk

melaksanakan atau terpaksa menangguhkan pelaksanaan Perjanjian


ini akibat daripada keadaan Force Majeure (Pihak Terlibat), maka
Pihak Terlibat berkewajipan memberitahu Pihak yang satu lagi secara
bertulis dalam masa empat puluh lapan (48) jam dari saat berlakunya
keadaan Force Majeure tersebut dan memohon penangguhan
Perjanjian atau sebahagian daripada Perjanjian itu dan memberikan
bukti-bukti yang munasabah berkenaan dengan keadaan di atas
beserta kesannya terhadap pelaksanaan Perjanjian ini.

28.3

Jika Pihak yang menerima notis mengenai keadaan Force Majeure itu
mempertikaikan keadaan Force Majeure itu, maka kedua-dua Pihak
hendaklah berunding untuk mencapai penyelesaian.

Muka Surat 23

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

28.4

Dalam apa jua keadaan, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Terlibat


untuk memastikan bahawa apa-apa kesan terhadap pelaksanaan
Perjanjian ini dielakkan atau dikurangkan.

28.5

Jika Kerajaan atau Kontraktor tidak dapat melaksanakan kewajipannya


di bawah Perjanjian ini disebabkan oleh keadaan Force Majeure yang
berterusan bagi atau tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dan
keadaan Force Majeure itu adalah sehinggakan niat Perjanjian tidak
dapat dilaksanakan, maka mana-mana Pihak boleh, melalui notis
bertulis, menamatkan Perjanjian ini dan mana-mana Pihak itu tidak
akan bertanggungjawab kepada Pihak yang satu lagi kecuali apa-apa
pelanggaran terdahulu daripada keadaan Force Majeure tersebut.

28.6

Bagi mengelakkan sebarang keraguan Pihak Terlibat hendaklah


melaksanakan semua kewajipan lain di bawah Perjanjian ini yang tidak
terjejas oleh keadaan Force Majeure itu.

KLAUSA 29 - LATIHAN

29.1

Kontraktor dikehendaki bekerja bersama-sama kakitangan Kerajaan


secara pemindahan teknologi (Transfer of Technology).

KLAUSA 30- PENAMATAN PERJANJIAN


(A) Kerajaan

30.1 Kerajaan berhak selepas memberi notis selama tiga puluh (30) hari
kepada Kontraktor untuk menamatkan Perjanjian ini jika berlaku manamana keadaan-keadaan berikut :

(a)

Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma


atau syarat-syarat dalam Perjanjian ini;

Muka Surat 24

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

(b)

Gagal melaksanakan obligasinya dengan memuaskan mengikut


Perjanjian ini;

(c)

Gagal melaksanakan obligasi mengikut Perjanjian ini atau


secara berterusan cuai untuk melaksanakan obligasinya;

(d)

Kontraktor tidak lagi memiliki Akuan Pendaftaran Kontraktor


Bumiputera;

(e)

Kerajaan

mempunyai

sebab

bagi

mempercayai

bahawa

Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau


bertindak bagi pihaknya, sama ada dengan atau di luar
pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan yang menyalahi
undang-undang berhubung dengan perolehan atau pelaksanaan
Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain dengan Kerajaan;
(f)

Kontraktor telah meluluskan suatu ketetapan atau satu perintah


telah dikeluarkan oleh Mahkamah yang menyatakan bahawa
Kontraktor akan digulung (bukan suatu penggulungan ahli bagi
maksud penyusunan atau penyatuan), atau jika seorang
penerima atau pengurus bagi pihak pemiutang dilantik atau jika
timbul keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah membuat
suatu perintah penggulungan, Kontraktor akan menjadi bankrap
atau memberhentikan perniagaan mereka; atau

(g)

Kerajaan

mempunyai

sebab

bagi

mempercayai

bahawa

Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau


bertindak bagi Pihaknya (sama ada dengan atau di luar
pengetahuan Kontraktor) melakukan perbuatan rasuah, dengan
syarat

sentiasa

bahawa

penamatan

Perjanjian

ini

tidak

menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirugi


dan hak-hak lain yang sedia ada di bawah Perjanjian ini.

30.2

Bagi keadaan-keadaan di bawah klausa 30.1 (a),(b),(c) dan (d) yang


boleh diremedi, Kerajaan berhak memberi notis bertulis (Notis
Kemungkiran) kepada Kontraktor dengan menyatakan kemungkiran
yang

berkaitan

dan

mengkehendaki

Kontraktor

meremedikan

Muka Surat 25

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

kemungkiran itu dalam tempoh masa tidak kurang daripada tiga puluh
(30) hari dari tarikh Kontraktor menerima Notis Kemungkiran atau
tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan.

30.3

Jika Kontraktor gagal meremedikan kemungkiran berkaitan dalam


tempoh masa yang dinyatakan dalam Notis Kemungkiran atau dalam
tempoh masa yang lebih lama sebagaimana yang dipersetujui oleh
Kerajaan, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila
masa setelah itu dengan memberikan tidak kurang daripada tiga puluh
(30) hari notis bertulis yang bermaksud demikian kepada Kontraktor.

30.4

Penamatan kontrak oleh Kerajaan tidak akan menyentuh hak-hak lain


Kerajaan yang sedia termaktub di bawah Perjanjian ini.

30.5

Di bawah peruntukan klausa 30 Perjanjian ini, Kerajaan boleh


menamatkan

Perjanjian

tersebut

lebih

awal

daripada

tempoh

Perjanjian dengan memberi notis bertulis dalam tempoh empat belas


(14) hari.

B) Penamatan Oleh Kontraktor

30.6

Kontraktor berhak selepas memberi notis selama tiga puluh (30) hari
kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini jika berlaku manamana keadaan-keadaan berikut:

(a)

Kerajaan melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma


dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

(b)

Kerajaan gagal untuk membuat bayaran kepada Kontraktor


dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tuntutan bayaran yang
diterima.

Muka Surat 26

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

30.6.1 Dengan penamatan Perjanjian di bawah Klausa 30.1, 30.3 dan


30.5, apa-apa kuasa dan hak yang diberikan dan apa-apa
obligasi di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan sertamerta.

30.6.2 Kontraktor hendaklah :

(i)

Menamatkan semua kerja-kerja dengan serta-merta;

(ii)

Mengemukakan kepada Kerajaan laporan terperinci kos


terhadap kerja-kerja tersebut dan lain-lain pembayaran
yang perlu dibayar atau terhutang daripada Kerajaan
sebelum penamatan Perjanjian ini bagi tujuan pengesahan
dan kelulusan oleh Kerajaan ;

(iii)

Kontraktor perlu menanggung perbelanjaan dengan kos


sendiri untuk mengosongkan dan mengeluarkan apa-apa
Perkakasan, mesin dan apa-apa bahan-bahan lain yang
tidak diperlukan oleh Kerajaan dari premis-premis yang
berkenaan di bawah Perjanjian ini dalam tempoh dua puluh
satu (21) hari dari tarikh tamatnya notis penamatan dan
membaikpulih apa-apa kerosakan akibat daripada proses
mengosongkan dan mengeluarkan apa-apa Perkakasan,
mesin dan apa-apa bahan-bahan lain milik Kontraktor
tersebut ; dan

(iv)

Menamatkan semua kontrak dengan pihak ke tiga


(sekiranya ada) yang dibuat oleh Kontraktor di bawah
Perjanjian ini.

Muka Surat 27

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

30.6.3 Kerajaan hendaklah:

(i)

Menuntut Bon Pelaksanaan di bawah klausa 4;

(ii)

Menuntut

terhadap

Kontraktor

apa-apa

kerugian,

kerosakan dan kehilangan yang dialami akibat penamatan


Perjanjian ini; dan

(iii)

Berhak untuk melantik pihak lain untuk melaksanakan


kerja-kerja tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar
kepada Kerajaan semua kos dan perbelanjaan yang
dialami oleh Kerajaan dalam menyiapkan kerja-kerja bagi
lebihan dan perbelanjaan yang sepatutnya dibayar kepada
Kontraktor di dalam menyiapkan kerja-kerja sekiranya
Perjanjian tidak ditamatkan. Dengan syarat, penamatan ini
tidak akan menjejaskan atau memprejudiskan hak manamana Pihak yang telah wujud sebelum tarikh penamatan
Perjanjian

ini

yang

berhubung

dengan

mana-mana

tindakan, amalan, apa-apa perkara atau hal yang berlaku


sebelum penamatan Perjanjian ini.

C) Penamatan kerana rasuah, aktiviti tidak sah atau menyalahi undangundang

30.7

Tanpa menjejaskan mana-mana hak lain, jika Kerajaan mempunyai


sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang
diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada
dengan atau diluar pengetahuan Kontraktor) melakukan rasuah,
Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa
dengan memberi notis bertulis bagi tujuan untuk menamatkan
Perjanjian ini. Dengan penamatan Perjanjian ini Kerajaan berhak untuk

Muka Surat 28

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

mendapatkan balik gantirugi, Kos, perbelanjaan dan hak lain yang


sedia ada di bawah Perjanjian ini.

D) Penamatan kerana Kepentingan Awam

30.8

Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini,


Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini sekiranya Kerajaan
berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah bagi menjaga
kepentingan negara, dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari
sebelum penamatan tersebut tanpa perlu memberikan apa-apa sebab.

30.9

Bagi maksud klausa 30.8, apa yang dimaksudkan dengan kepentingan


negara, keselamatan negara atau sebab-sebab polisi Kerajaan atau
polisi awam hendaklah ditentukan oleh Kerajaan. Penentuan maksud
tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Di atas
penamatan tersebut, Kontraktor berhak mendapat pampasan yang
akan ditentukan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh Kerajaan
selepas berbincang dengan Kontraktor.

KLAUSA 31 - TIMBANG TARA


31.1

Kerajaan dan Kontraktor hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian


yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini
melalui proses rundingan.

31.2

Apa-apa pertikaian yang terbit antara Kerajaan dengan Kontraktor


mengenai penafsiran, pengertian, atau kuatkuasa Perjanjian atau hak
dan tanggungan Pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang
terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya yang tidak boleh
diselesaikan secara rundingan bolehlah dirujukkan dan diputuskan
oleh seorang penimbang tara yang dilantik dengan persetujuan keduadua Pihak, atau oleh Pengarah, Pusat Timbang Tara Serantau Kuala

Muka Surat 29

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

Lumpur (Pusat itu). Apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan


sebagai pengemukaan kepada penimbangtara mengikut Akta Timbang
Tara 2005.

31.3

Prosiding timbangtara hendaklah dijalankan di Pusat itu dengan


menggunakan segala Perkakasan dan kemudahan di Pusat itu dan
segala akta atau peraturan timbangtara yang dipakai di Pusat itu
hendaklah terpakai.

31.4

Keputusan penimbangtara hendaklah mengikat kedua-dua Pihak.

31.5

Rujukan apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan kepada


Timbangtara menurut klausa ini atau apa-apa prosiding Timbangtara
yang berbangkit daripada rujukan itu tidak dengan apa hal bertindak
sebagai penepian obligasi Pihak-pihak untuk melaksanakan obligasi
mereka masing-masing di bawah Perjanjian ini.

KLAUSA 32 - KERAHSIAAN
32.1

Kontraktor hendaklah pada setiap masa mematuhi peruntukanperuntukan berikut :

(a)

Sesuatu

benda,

suratan

atau

maklumat

rasmi

yang

diperolehinya melalui Perjanjian ini hendaklah dikawal dan


dijaga keselamatan atau kerahsiaan benda, suratan atau
maklumat rasmi itu menurut segala peraturan dan undangundang terpakai;

(b)

Tidak boleh membantu atau membenarkan orang lain memiliki


benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan
tugas atau tempat atau bekalan di bawah Perjanjian ini; dan

Muka Surat 30

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

(c)

Sekiranya Kontraktor memiliki sesuatu benda atau suratan


rasmi sama ada dengan menjumpainya atau dengan cara lain,
Kontraktor hendaklah memulangkannya dengan serta merta
kepada Kerajaan.

32.2

Sekiranya Kontraktor gagal mematuhi peruntukan di bawah klausa


32.1, Kontraktor boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau
undang-undang lain yang berkaitan atau ditamatkan kontraknya atau
kedua-duanya sekali.

KLAUSA 33 - NOTIS
33.1

Apa-apa notis yang perlu diberi atau diserahkan oleh mana-mana


Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan
hendaklah dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan
tangan dengan dialamatkan kepada Pihak yang satu lagi pada
alamat yang selepas daripada ini diberikan ataupun alamat-alamat
lain sebagaimana yang akan dimaklumkan secara bertulis oleh
Pihak yang berkenaan dari semasa ke semasa. Bukti penghantaran
notis tersebut hendaklah dianggap bukti penerimaan :

(a)

jika dihantar melalui pos berdaftar, pada hari ketiga (3)


notis tersebut diposkan;

(b)

jika dihantar melalui faksimili, semasa mesin transmisi


pengirim

menunjukan

pengesahan

laporan

bahawa

penerima telah menerima transmisi faksimili tersebut;


atau
(c)

jika dihantar secara serahan tangan, pada ketika


penghantaran dan diakui terima oleh penerima.

Muka Surat 31

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

33.2

Pihak-pihak hendaklah memberi notis kepada Pihak yang satu lagi


dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat jika
berlaku pertukaran yang sedemikian.

i)

Bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA:-

Pendaftar,
Mahkamah Perusahaan Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Jalan Mahkamah Persekutuan,
50544, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-9236 5000
No. Faks: 03-2691 6418
Email: mpm@mohr.gov.my

ii)

Bagi pihak KONTRAKTOR:-

Pengarah,
Pembida Sdn Bhd,
Alamat Pembida
No. Telefon :
No. Faks:
KLAUSA 34 SERAH HAK
34.1 Kontraktor tidak boleh menyerah hak atau memindah milik Perjanjian ini
secara keseluruhan atau sebahagiannya kepada pihak ketiga tanpa
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
KLAUSA 35 SUB-KONTRAK
35.1 Kontraktor tidak boleh subkontrak keseluruhan Perjanjian atau manamana bahagian Perjanjian tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada

Muka Surat 32

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

Kerajaan terlebih dahulu. Jika keseluruhan Perjanjian atau mana-mana


bahagian Perjanjian disubkontrak dengan kelulusan bertulis daripada
Kerajaan, Kontraktor hendaklah terus bertanggungjawab kepada
Kerajaan untuk memastikan subkontraktor tersebut mematuhi semua
syarat dan terma Perjanjian.

KLAUSA 36 SUMBER TEMPATAN


36.1

Kontraktor hendaklah menggunakan sumber-sumber tempatan dalam


melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini.

36.2

Sekiranya sumber-sumber tempatan sukar atau tidak dapat diperolehi,


Kontraktor hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis Kerajaan untuk
mendapatkan sumber-sumber berkenaan dari luar negara.

KLAUSA 37 INSURANS PEKERJA


37.1

Kontraktor hendaklah mengambil dan mengekalkan sepanjang masa


dalam tempoh kontrak apa-apa insurans untuk pekerja dan/atau
Insurans Gantirugi Pekerja atau mana-mana Insurans yang terpakai
untuk Perkakasan, pekerja atau ejennya yang dikehendaki oleh
undang-undang.

KLAUSA 38 - PINDAAN
38.1

Sebarang pindaan, pengecualian atau perubahan kepada Perjanjian ini


hendaklah dibuat secara bertulis melalui suatu Perjanjian Tambahan
yang merujuk secara khusus kepada Perjanjian ini dan disahkan,
ditandatangani serta dipersetujui oleh kedua-dua Pihak.

Muka Surat 33

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 39 - IKLAN
39.1

Kontraktor tidak boleh menyiarkan iklan mengenai Perjanjian ini dalam


sebarang akhbar, majalah atau lain-lain media tanpa mendapat
kelulusan bertulis daripada Kerajaan.

KLAUSA 40 - PENGENEPIAN
40.1

Kegagalan Kerajaan atau Kontraktor untuk melaksanakan atau


menguatkuasakan pada bila-bila masa atau untuk suatu tempoh atau
lebih apa-apa terma dan syarat Perjanjian ini tidak akan menjadi
pengenepian kepada terma dan syarat Perjanjian ini atau haknya pada
bila-bila

masa

seterusnya

untuk

Kerajaan

atau

Kontraktor

menguatkuasakan semua atau mana-mana terma atau syarat


Perjanjian ini.

40.2

Apa-apa pengenepian mana-mana hak Kerajaan di bawah Perjanjian


ini adalah tidak sah melainkan ianya dibuat secara bertulis dan
ditandatangani oleh Pendaftar, Mahkamah Perusahaan Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia atau seorang pegawai lain yang telah
diberi kuasa olehnya.

KLAUSA 41 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG


41.1

Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undangundang Malaysia dan Pihak-pihak kepada Perjanjian ini bersetuju
untuk patuh kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

KLAUSA 42 - MASA

42.1

Masa hendaklah menjadi intipati penting di bawah Perjanjian ini.

Muka Surat 34

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 43 KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM


43.1

Apa-apa kos dan duti setem yang harus dibayar berkenaan Perjanjian
ini akan ditanggung oleh Kontraktor.

KLAUSA 44 PAMPASAN

44.1 Indemniti Am

Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada KERAJAAN ke atas


segala bayaran tuntutan, belanja gantirugi, tanggungan kerugian atau
kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas
Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung daripada
pelanggaran apa-apa syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor, ejen atau
pekerjanya semasa melaksanakan Kerja-Kerja di bawah Perjanjian.

44.1.1

Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan


terhadap jua tindakan tentang pelanggaran apa-apa bentuk
harta intelek kerana mengguna mana-mana jua Perkakasan
yang dibekalkan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini dan
terhadap segala belanja dan ganti rosak yang Kerajaan
mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana pelanggaran
itu atau yang Kerajaan mungkin pelanggaran atau yang
Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan
itu dengan syarat ganti rugi tidaklah dikenakan terhadap apaapa juga pelanggaran yang disebabkan oleh Kontraktor
kerana telah menurut reka bentuk atau arahan yang diberikan
oleh Kerajaan.

Muka Surat 35

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

44.2

Indemniti Paten dan Hak Harta Intelek

44.2.1

Kontraktor hendaklah atas tanggungjawabnya sendiri menanggung


rugi Kerajaan di atas liabiliti atau tanggungan yang akan ditanggung
oleh

Kerajaan

jika

terdapat

sebarang

tuntutan

mengenai

pelanggaran hak cipta, rahsia dagangan, paten, cap dagang atau


harta intelek lain yang melibatkan orang ketiga, dengan syarat
bahawa Kontraktor :

a)

menerima notis bertulis daripada Kerajaan mengenai


pelanggaran tersebut ;

b)

diberi pilihan untuk menjawab tuntutan tersebut termasuk


pilihan

untuk

membuat

rundingan

bagi

suatu

penyelesaian sebelum perkara tersebut dibawa ke


mahkamah ; dan
c)

mengubahsuai atau mengganti Perkakasan tersebut dan


Kontraktor
Kerajaan

hendaklah
dalam

memberi
masa

pampasan

pengubahsuaian

kepada
atau

penggantian tersebut ; atau


d)

hendaklah terus mendapatkan hak bagi Kerajaan untuk


terus menggunakan Perkakasan yang terlibat dalam
pelanggaran

tersebut,

atas

tanggungan

Kontraktor

sendiri.

44.3 Indemniti yang diperuntukkan dalam klausa 22 hendaklah terus wujud


selepas penamatan atau peluputan Perjanjian ini.

44.4 Segala Perkakasan dan Perisian yang telah ditauliahkan adalah


menjadi hakmilik Kerajaan sepenuhnya.

Muka Surat 36

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

KLAUSA 45 KONTRAK KECIL DAN PEMBERIAN MILIK

45.1

Kontraktor tidak boleh memasuki apa-apa

kontrak kecil bagi

melaksanakan Pejanjian ini tanpa mendapat persetujuan bertulis


daripada Kerajaan.

45.2 Kontraktor tidak boleh menuntut sebarang wang yang perlu dibayar oleh
Kerajaan atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah
Perjanjian ini dengan faedah yang terlibat atau yang mungkin terbit
daripada Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat
kelulusan bertulis daripada KERAJAAN.
KLAUSA 46 PELUCUTAN HAK

46.1 Kegagalan Kerajaan atau Kontraktor menjalankan penguatkuasaan


mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada
bila-bila masa, tidak boleh dianggap kepada suatu pelucutan hak,
melainkan pengenepian hak tersebut telah dibuat secara bertulis
terlebih dahulu.

46.2

Apa-apa pelucutan hak hendaklah dibuat secara bertulis dan


hendaklah dirujuk dan dipersetujui antara kedua-dua Pihak.

KLAUSA 47 - IKATAN PIHAK

47.1 Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen, pentadbir, pengganti pindahmilik


kedua-dua pihak.

KLAUSA 48 - LAMPIRAN
48.1 Lampiran kepada perjanjian ini hendaklah dianggap sebahagian dari
perjanjian. Jika berlaku percanggahan, terma-terma dalam perjanjian ini
adalah

terpakai

dan

mengatasi

daripada

Lampiran

tersebut.

Muka Surat 37

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, PIHAK-PIHAK KEPADA


PERJANJIAN INI TELAH MENURUNKAN TANDATANGAN DAN
METERI MEREKA PADA HARI DAN TAHUN SEPERTI YANG MULAMULA TERTULIS DI ATAS.

Ditandatangani untuk dan bagi

Ditandatangani untuk dan

Pihak KERAJAAN:

bagi Pihak KONTRAKTOR:

.................................................
(Tandatangan)

.........................................
(Tandatangan)

.................................................
(Nama)

.................................................
(Nama)

.................................................
(Jawatan)

.................................................
(Jawatan)

Dihadapan:

.................................................
(Tandatangan)

.........................................
(Tandatangan)

.................................................
(Nama)

.................................................
(Nama)

.................................................
(Jawatan)

.................................................
(Jawatan)

Tarikh :

Tarikh :

Muka Surat 38

Mahkamah Perusahaan Malaysia, KSM

LAMPIRAN

Muka Surat 39

Anda mungkin juga menyukai