Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA KECERIAAN ASRAMA

Pertandingan Dorm Eksklusif Asrama 2016


Keadaan persekitaran aspuri secara keseluruhannya boleh dianggap belum memuaskan,
terutamanya daripada segi keceriaan dan kesegaran bilik-bilik (dorm) yang dihuni oleh para pelajar.
Oleh itu, pihak asrama telah mengambil satu langkah yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di
asrama.
MATLAMAT
Melahirkan bilik-bilik (dorm) asrama yang ceria dan kondusif, agar para penghuninya dapat
merasakan bahawa asrama merupakan penginapan yang terbaik dan dianggap sebagai rumah
"ASRAMAKU RUMAHKU"
OBJEKTIF

Menjadikan bilik/dorm asrama sebagai bilik yang segar, ceria, bersih dan kondusif.
Mewujudkan persekitaran dorm yang tenteram dan harmoni setiap masa.
Menjadikan suasana dorm yang ceria dan kondusif itu sebagai motivasi dan perangsang
untuk pelajar meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum
Melatih para pelajar menjadi insan yang memelihara kebersihan, keindahan dan keharmonian
tanpa mengira dimana berada.
Memupuk dan membentuk sikap bekerjasama dan kreatif dalam kalangan pelajar-pelajar
asrama.
Menanam sikap ingin sentiasa bersaing positif dalam jiwa pelajar asrama untuk mengejar
cita-cita dan kerjaya.

SASARAN
Semua bilik yang digunakan sebagai bilik penginapan di asrama SMK Clifford bagi tahun 2016
PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Pemantauan dan penilaian bilik-bilik yang dihuni oleh para pelajar di asrama yang dijalankan
selama sebulan mulai 1 Mac hingga 27 Mac 2016.
Para warden dan GPK 1 akan membuat penilaian dan akan memberikan markah kepada
setiap bilik pada hari penghakiman iaitu pada 28 Mac 2016.
Pemantauan dan penilaian akan dibuat secara rasmi dan tidak rasmi. Dorm yang menang
akan diisytiharkan sebagai "Dorm Eksklusif" asrama tahun 2016.
Peralatan dan bahan-bahan untuk keceriaan dan keindahan dorm bergantung kepada usaha
dan daya kreativiti penghuninya.

KEWANGAN
Hadiah berupa hamper dan banner
Hadiah Tempat Pertama X 3
Hadiah Tempat Kedua X 3
Hadiah Tempat Ketiga X 3
Banner Dorm Ekslusif 2016 X 3

RM 60.00
RM 50.00
RM 30.00
RM 6.00
Jumlah

RM 180.00
RM 150.00
RM 90.00
RM 18.00
RM 468.00

PENUTUP
Dengan adanya pertandingan sebegini diharap dapat mencapai matlamat dan objektif untuk
memupuk sikap positif, saling bekerjasama, kreatif serta sentiasa memelihara dan mewujudkan
suasana ceria, segar, harmoni dan kondusif pada setiap masa tidak kira walau dimana mereka
berada sekaligus menjadikan bilik/dorm asrama sebagai "ASRAMAKU RUMAHKU"
Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..
NOR HAYATUN BINTI MOHD ZAIN
Warden Aspuri
SMK Clifford,Kuala Lipis.

LAMPIRAN 1

KRITERIA PEMARKAHAN
Pertandingan Dorm Eksklusif Aspuri 2016
Kriteria
Carta organisasi bilik
Jadual bertugas/ Ruangan memo
Peraturan
Kekemasan loker
Kebersihan lantai
Tingkap dan langsir
Koridor
Rak kasut
Kekemasan katil
Susunan barang peribadi
JUMLAH

Markah
10
10
10
10
10
10
10
10
10
10
100

LAMPIRAN 2

Pertandingan Dorm Eksklusif Aspuri 2016

Borang Pemarkahan
Nama Bilik : .
Nama Ketua Bilik : ..
Kriteria

Wajaran

Carta organisasi bilik

10

Jadual bertugas/memo

10

Peraturan

10

Kekemasan loker

10

Kebersihan lantai

10

Tingkap dan langsir

10

Koridor

10

Rak kasut

10

Kekemasan katil

10

Susunan barang peribadi

10

JUMLAH

100

Nama Juri :

Markah

LAMPIRAN 3

Pertandingan Dorm Eksklusif Aspuri 2016

Borang Pemarkahan Kelompok


Bil

KEDUDUKA
N

Markah

Nama Bilik
Juri 1

Juri 2

Juri 3

JUMLAH

LAMPIRAN 4

Pertandingan Dorm Eksklusif Aspuri 2016


Hebahan Aspuri
Kepada semua penghuni aspuri
Perkara: Pertandingan Dorm Eksklusif Aspuri 2016
Tarikh : sepanjang Mac
Tarikh penghakiman : 28 Mac 2016 (Isnin)
Kriteria pemarkahan:
Kriteria
Carta organisasi bilik
Jadual bertugas / Ruang memo
Peraturan
Kekemasan loker
Kebersihan lantai
Tingkap dan langsir
Koridor
Rak kasut
Kekemasan katil
Susunan barang peribadi
JUMLAH

Markah
10
10
10
10
10
10
10
10
10
10
100

Hadiah Menarik menanti anda!!!


Program mengecat bilik boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh
pertandingan. Segala alatan dan bahan boleh didapati daripada warden atau exco.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai