Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A - Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya,
ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan
jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 10

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Datuk Amaluddin seorang jurutera pakar di sebuah syarikat swasta.____________


bertugas di syarikat itu sejak lima tahun yang lalu.
Beliau
Saya
Dia
Aku

Tuan puteri, izinkan _________________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu, kata
dayang kepada Puteri Mazuin.
beta
patik
adinda
kekanda

Rakan-rakan mula mendekati Amin _______________ sikapnya yang tidak lagi meninggi
diri.
lantas
malahan
lantaran
manakala

Bahagian ______ kayu biasanya lebih berat daripada bahagian hujungnya.

pangkal
dasar
hujung
dalam

Encik Zaki mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan ______________ sahabat


lamanya _____________ minggu lepas.

daripada .... pada


daripada .... di
dari ... pada
dari ... di

Cik Masyitah sedang ________ beberapa biji kelapa untuk membuat rendang daging.
memarut
mengukur
membelah
mengupas

Pak Musa _______________ kebunnya dengan kawat berduri supaya tidak dicerobohi
binatang liar.
pagar
pagari
dipagar
memagari

Beberapa pihak dari luar negara telah menjalankan kajian tentang _____________

tradisional masyarakat Melayu Jawa.


tumbuh-tumbuhan
ulam-ulaman
kayu-kayan
ubat-ubatan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

Nur Kholilah mengikut ayahnya mencari beberapa ________


rebung buluh di belakang rumahnya.
ruas
pucuk
batang
rumpun

Pak Abrar sudah berusia 78 tahun. __________________ , dia masih berupaya untuk
mengusahakan kebun kelapanya.
Namun demikian
Di samping itu
Sekalipun
Walhal

Anda mungkin juga menyukai