Anda di halaman 1dari 1

AKU....

SUMBER TENAGA (DI MALAYSIA)


Aku sumber penting...
Siapa tidak kenal aku ?
Aku diguna di mana-mana
Kenderaan?
Ya, Kancil, Myvi, Waja, Honda, mahupun Toyota
Kilang?
Ya, kilang plastik, racun, cat dan juga baja
Semua ... semua menggunakan aku
Aku adalah Petroleum dan Gas Asli.
Aku juga hebat
Aku juga diperlukan merata-rata
Orang Malaysia memerlukan aku
Tanpaku..
Mereka bergelap
Mereka akan ketakutan
Anak kecil akan menangis
Tanpaku
Kilang-kilang terhenti beroperasi
Mesin-mesin tak mampu bergerak
Hebat.. aku hebat..
Tembeling, Chenderoh, Kenyir, Tenom
Pangi ,Temenggor
Adalah asal kelahiranku
Aku adalah Tenaga Kuasa Hidro Elektrik
Aku bangga, sungguh bangga
Kuasaku sungguh power
Tiada yang dapat menandingiku
Aku hebat di dunia
Tapi..di Malaysia..
Penggunaku terhad.. hanya dikilang dan dihospital
Aku adalah Tenaga Nuklear.
Aku .. akulah penyelamat bumi
Aku jijik, namun sumbanganku cukup mulia
Sampah, sisa tanaman... aku bersihkan
Najis ... aku hapuskan
Aku menjadikan alam ini ceria semula

Walaupun jasaku tidak sebesar mana


Aku adalah Tenaga Biomas
Aku pula bernasib malang
Aku hitam dan keras
Aku kotor dan aku mencemarkan
Dulu aku diminati, tetapi kini tidak lagi
Tetapi aku bersyukur..
Masih ada kilang yang sudi mendampingiku
Kerana..
Aku murah !
Aku adalah Tenaga Arang Batu
Aku dan matahari adalah sinonim
Tanpa matahari aku takkan wujud
Terima kasih sang mentari
Kerana engkau aku boleh berbakti
Berbakti kepada telefon
Berbakti kepada TV
Berbakti kepada kalkulator
Berbakti kepada papan iklan
Juga kepada kilang
Aku adalah Tenaga Suria
SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN
Jepun...

Kau guna lautan untuk kemajuan negaramu


Kau bijak
Pasang dan surutnya
Kau tukar ia menjadi tenaga
Kau bina empangannya di muara
Jiangxia paling banyak hasilkan kuasa
Perancis...
Pantaimu panjang dan berangin
Ombak yang kuat kau letakkan turbin
Maka terhasillah satu tenaga
Tenaga ombak diberi nama
Nyalakan rumah api itulah fungsinya
Belanda...
Terkenal dengan kincir angin
Juga dipanggil turbin angin
Berputarlah ia bila ditiup angin
Maka terhasillah tenaga angin
India...
Kau miskin tapi kau bijak
Kau guna biomas untuk memasak
Sisa pertanian kau tak bazirkan
Najis haiwan pun kau tak persiakan
Kau guna ia untuk hasilkan tenaga
Dan jika dibakar terhasillah haba

Kau negara maju


Kau maju dalam segala bidang
Kau cipta photovoltaic
Kau gunakan ia bersama sang suria
Kau dapat hasilnya
Kini kau jadi pengeluar utama dunia
Kau pengeluar tenaga suria

Iceland...
Kau negara pergunungan berapi
Memancut ia keluar dari bumi
Geiser... panasnya ia tak terperi
Geoterma mampu panaskan kolam mandi
Kolam ikan, rumah kaca dan juga industri
Loji utamanya letak di Svartsengi
Reyjavik menjadi ibu negeri

China...
Negaramu luas
Namun lautan lagi luas

oleh:
Pn Raja Normah Raja Hassan
Ketua Panitia Geografi
Smk Hutan Melintang.

Anda mungkin juga menyukai