Anda di halaman 1dari 2

Tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik cair.

1. Tindak balas antara kalsium karbonat (kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair
boleh diwakili oleh persamaan berikut:

CaCO3(s) + 2HCl(aq) CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l)


dimana;
CaCO3(s) +

2HCl(aq)

adalah

bahan

tindak

balas,

dan

CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l) adalah hasil tindak balas.


2.

Semasa tindak balas, berlaku perubahan yang dapat dilihat seperti berikut:
Jisim kalsium karbonat (bahan tindak balas) berkurangan.
Kepekatan asid hidroklorik (bahan tindak balas) berkurangan.
Jumlah isipadu karbon dioksida (hasil tindak balas) yang dihasilkan meningkat.

3. Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentukan

dengan mengukur:
Penurunan dalam jisim kalsium karbonat per unit masa, atau
Peningkatan dalam isipadu karbon dioksida per unit masa.

Iaitu,

atau

4. Kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa yang diambil bagi tindak balas
itu selesai.

5. Tindak balas adalah pantas jika ia mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.
Sebaliknya, tindak balas adalah perlahan jika ia mengambil masa yang panjang bagi suatu tindak
balas itu iselesaikan/dilengkapkan.
6. Selain daripada perubahan dalam jisim bahan tindak balas atau perubahan dalam ispadu gas
yang dihasilkan, perubahan lain yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut:
Perubahan warna.
Pembentukan mendakan.
7. Oleh itu, masa yang diambil untuk warna sesuatu bahan tindak balas itu berubah atau
jumlah mendakan terbentuk boleh digunakan untuk mengukur kadar tindak balas.
8. Unit-unit yang digunakan untuk kadar tindak balas bergantung kepada perubahan yang

diukur. Sebagai contoh:


cm3 per unit masa (saat atau minit) untuk gas.
g per unit masa atau mol per unit masa untuk bahan tindak balas pepejal.
mol dm-3 per unit masa bagi bahan tindak balas dalam larutan akueus (aqueous solution).

9. Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak balas
berlaku dengan cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.

Anda mungkin juga menyukai