Anda di halaman 1dari 125

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 3

TERMOKIMIA: HABA (ENTALPI ) DAN HABA


TINDAK BALAS

SINOPSIS
Semua tindak balas kimia melibatkan tenaga. Ada tindak balas kimia yang
menyerap haba daripada persekitaran dan ada juga tindak balas yang
membebaskan haba ke persekitaran.Dalam tajuk ini, anda akan mengenali
entalpi bahan dan hubungan perubahan entalpi dengan haba tindak tindak
balas. Anda juga akan mengkaji pelbagai tindak balas yang melibatkan haba
seperti tindak balas peneutralan, pembakaran, pemendakan dan penyesaran
sambil berupaya menyelesaikan masalah mengenai haba tindak balas

HASIL PEMBELAJARAN

Mendefinisikan entalpi

Mentakrifkan haba tindak balas peneutralan, pemendakan, pembakaran dan


penyesaran

Menyelesaikan masalah berangka mengenai haba tindak balas

Melukis gambar rajah tahap tenaga sesuatu tindak balas

KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.1 Haba (Entalpi)


3.TERMOKIMIA
3.2 HabaTindak balas

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN
3.1

Entalpi

Tindak balas kimia seperti pembakaran, pengaratan dan penyejatan air dalam
kolam semua melibatkan tenaga. Entalpi adalah istilah termodinak merujuk
kepada kandungan haba dalam sesuatu sistem. Simbol untuk entalpi ialah H
Kita tidak dapat mengukur nilai mutlak entalpi sistem,tetapi kita dapat mengukur
perubahan entalpi. Perubahan entalpi diwakili oleh simbol H dan diukur dalam
unit kJ.

Jika diukur pada tekanan tetap, haba tindak balas sama dengan perubahan
entalpi bagi sistem ini.

Bagi tindak balas

F+G

Perubahan entalpi (H)

J+K

= haba tindak balas


= (HJ + HK) (HF + HG)

Jika haba diserapkan semasa tindak balas berlaku, H adalah positif kerana
sistem kimia ini menerima tenaga dari persekitarannya. Tindak balas ini dikenali
sebagai tindak balas endotermik (Rajah 1)

PERSEKITARAN

HABA

SISTEM
Menyerap Haba

H = + (POSITIF)

Rajah 1

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Jika haba dibebaskan semasa tindak balas berlaku, H adalah negatif kerana
sistem kimia ini membebaskan tenaga ke persekitarannya. Tindak balas ini
dikenali sebagai tindak balas eksotermik.
PERSEKITARAN
SISTEM
Membebaskan
Haba

HABA
H = - (NEGATIF)

Rajah 2

Nilai berangka perubahan entalpi dipengaruhi oleh:

Suhu eksperimen dijalankan,

Keadaan fizik (pepejal,cecair atau gas) bahan tindak balas dan


hasil tindak balas,

Tekanan bahan tindak balas bergas, dan

Kepekatan larutan yang terlibat

Kita harus menentukan bahawa keadaan sistem adalah sama sebelum


dan selepas tindak balas. Keadaan piawai untuk ukuran termokimia ialah

Suhu 25 0C (298 K)

Tekanan 1 atm (101kPa) dan

Larutan yang terlibat mempunyai kepekatan 1 mol dm -3

Perubahan entalpi pada keadaan piawai dinyatakan sebagai tindak balas piawai
dan bersimbol H298 atau H
Contohnya: Persamaan termokimia pada keadaan piawai bagi tindak balas
pembakaran metana dalam oksigen berlebihan adalah berikut:

CH4(g) + 2O2(g)

CO2(g) + 2H2O (ce)


3

H298 = -890 kJ

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Jawab soalan berdasarkan tindak balas ini:


H2(g) + O2(g) H2O(ce)

H298 = -287kJ

(a) Adakah tindak balas ini eksotermik atau endotermik?


(b) Yang manakah mempunyai entalpi yang lebih besar, bahan tindak
balas ataupun hasil?
(c) Kirakan kuantiti haba yang dibebaskan jika 3 mol hidrogen terbakar
dalam oksigen berlebihan.
(d) Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.

3.2

Haba tindak balas

Haba tindak balas boleh ditakrifkan sebagai tenaga haba yang diserap atau
dibebaskan apabila satu mol bahan tindak balas digunakan atau satu mol hasil
tindak balas terbentuk dalam keadaan piawai. Haba tindak balas sama dengan
perubahan entalpi jika diukur dalam keadaan piawai. Semua tindak balas kimia
melibatkan haba. Anda akan mempelajari beberapa tindak balas kimia dan cara
mengira haba tindak balasnya.

3.2.1 Haba Peneutralan

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (atau alkali) untuk
menghasilkan garam dan air sahaja.

Asid + Bes/Alkali

Contoh:

HCl(ak) + KOH
H2SO4(ak)

Garam + Air

KCl(ak)

+ 2NaOH(ak)

+ H2O(ce)
Na2SO4(ak) + H2O(ce)

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Adakah tindak balas peneutralan eksotermik?
Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik, kerana
haba dibebaskan dan H bertanda negatif
Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion H+
bertindak balas dengan satu mol ion OH- untuk menghasilkan satu mol air
pada keadaan piawai.
H+(ak) + OH- (ak)

H2O(ce)

H = negatif

H ialah haba peneutralan dalam unit kJmol-1


Contohnya, dalam tindak balas peneutralan antara asid nitrik (HNO 3) dan
natrium hidroksida (NaOH), haba peneutralan ialah -57.3kJmol-1.

Contoh Pengiraan Haba Peneutralan


Soalan: Apabila 50cm3 asid hidroklorik 1.2 mol dm-3 dicampurkan kepada
50 cm3 larutan ammonium hidroksida 1.2 mol dm-3, suhu larutan berubah
daripada 30 oC kepada 37.5 oC. Hitungkan haba peneutralan untuk tindak balas
antara asid hidroklorik dengan larutan ammonia.
(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1oC-1; ketumapatan larutan = 1.0 gcm-3)

Penyelesaian:

Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini


Haba yang dibebaskan = m x c x T
= (50 + 50) x 4.2 x (37.5 30.0)
= 3150J = 3.15kJ
Langkah2: Hitungkan bilangan mol molekul air yang dihasilkan dalam
eksperimen ini.
Bilangan mol HCI (ak) yang digunakan = MV/1000
= 1.2 x 50 /1000
= 0.06mol
5

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Bilangan mol NH4OH (ak) yang digunakan = MV/1000
= 1.2 x 50 /1000
= 0.06mol

Daripada persamaan HCl(ak) + NH4OH(ak) NH4Cl + H2O(ce), boleh


disimpulkan bahawa 0.06 mol ion H+ bertindak balas dengan 0.06 mol ion
OH- untuk menghasilkan 0.06 mol molekul air.

Langkah 3: Daripada langkah 1 dan 2, pembentukan 0.06 mol molekul H2O


membebaskan 3.15 kJ tenaga.
Maka, pembentukan 1.0 mol molekul H2O membebaskan
3.15kJ x (1/0.06) = 52.5 kJ
Kesimpulannya, haba peneutralan untuk tindak balas antara
asid hidroklorik dengan larutan ammonium hidroksida ialah
-52.5 kJ mol-1. Ini dapat ditulis secara ringkas sebagai
H = - 52.5 kJ mol-1.

Latihan

1.

Kirakan haba peneutralan bagi tindak balas berikut:

(a)

25 cm3 asid nitrik (HNO3) 1.5M bertindak balas dengan 25 cm3


larutan natrium hidroksida (NaOH) 1.5M, larutan suhu berubah
daripada 23oC kepada 32 oC

(b)

Lukis gambarajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan ini.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


3.2.2 HABA PEMBAKARAN
Pembakaran ialah tindak balas antara satu bahan api dengan oksigen untuk
menghasilkan tenaga haba. Pembakaran biasanya disertai dengan cahaya atau
nyalaan api. Semua tindak balas pembakaran merupakan tindak balas
eksotermik.

Haba pembakaran ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol bahan api
terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan pada keadaan piawai.
Contoh: Haba pembakaran unsur karbon dan hidrogen adalah -392 kJmol-1 dan
-286 kJmol-1 masing-masing.

C(p) + O2(g)

H2(g) + O2(g)

H= -392 kJmol-1

CO2(g)

H= -286kJmol-1

H2O(ce)

Haba pembakaran boleh ditentukan dengan membakar bahan api dan haba
yang dibebaskan digunakan untuk memanaskan air. Haba pembakaran bahan
api tersebut dapat ditentukan daripada kenaikan suhu air. Anggapkan haba tidak
hilang ke alam persekitaran, maka haba yang terbebas semasa pembakaran
bahan api sama dengan haba yang diserap oleh air.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai haba pembakaran


pelbagai jenis alkohol. Bandingkan haba pembakaran bagi metanol,
etanol,propan-ol dan butan-ol. Dapatkah anda hubungkait bilangan atom
karbon dalam satu molekul alkohol dengan haba pembakaran alkohol?

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Pengiraan haba pembakaran
Soalan:
Apabila 2.7 g glukosa (C6H12O6) dibakar dengan lengkap dalam oksigen
berlebihan, haba yang terbebas dapat menaikkan suhu 600g air sebanyak
12.5 0C. Hitungkan haba pembakaran glukosa.
(Muatan haba tentu air: 4.2 Jg-1 0C-1 , Ketumpatan larutan = 1.0g cm-3,
Jisim atom relatif: H,1;C,12; O,16)

Penyelesaian
Langkah 1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini.
Haba yang dibebaskan = Jisim air (m) x Muatan haba tentu (c) x kenaikan
suhu (T)
= 600 x 4.2 x 12.5 J = 31 500 J=31.5 kJ

Langkah 2: Hitungkan bilangan mol glukosa yang terbakar dalam eksperimen ini.
Jisim molekul relatif glukosa (C6H12O6) =(6 x 12) + 12 x 1 + 6 x 16)= 180
Bilangan mol glukosa yang terbakar = 2.7/180 = 0.015mol

Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol glukosa terbakar


Daripada langkah 1 dan 2, 0.015 mol glukosa membebaskan 31.5kJ
tenaga haba.
Maka, 1 mol glukosa membebaskan 31.5 x (1/0.015) = 2100 kJ
Jadi, haba pembakaran glukosa (C6H12O6), H = -2100 kJmol-1.

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Haba pembakaran propana ialah -2220 kJmol-1


C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce) H= - 2220kJmol-1
(a) Lukis gamba rajah aras tenaga bagi tindak balas ini
(b) Berapakah tenaga haba yang dibebaskan apabila 20g karbon
dioksida dihasilkan daripada pembakaran lengkap propana?

2. Haba pembakaran metanol yang ditentukan dalam satu eksperimen


ialah -560 kJmol-1. Sebenarnya, nilai teori haba pembakaran ialah
-715 kJmol-1. Mengapa perbezaan ini boleh berlaku?

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam makmal
untuk mengenal pasti haba pembakaran etanol
Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

3.2.3 HABA PEMENDAKAN


Haba pemendakan ialah perubahan tenaga haba apabila satu mol mendakan
terbentuk daripada ion-ionnya. Contohnya: Larutan plumbum(II) nitrat bertindak
balas dengan larutan kalium sulfat untuk menghasilkan mendakan plumbum(II)
sulfat. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini adalah seperti yang berikut:
Pb2+(ak) + SO42-(ak)

PbSO4(p)

H = -51kJmol-1

Haba sebanyak 51kJ dibebaskan apabila 1 mol plumbum sulfat dimendakan


pada keadaan piawai.
9

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan
1. Apabila 1mol dm-3 argentum nitrat bertindak balas dengan 1 mol dm-3 kalium
klorida, 1mol argentum klorida dimendakan dan haba sebanyak 58.8kJ
dibebaskan
(a)

Tuliskan persamaan termokimia.

(b)

Kirakan haba yang dibebaskan jika 0.4 mol argentum klorida


dimendakan.

(c)

Lukis gambar rajah aras tenaga bagi pemendakan argentum


klorida.

Haba pemendakan bagi pepejal Mn+Xn- ditentukan dengan menyukat perubahan


suhu semasa pemendakan berlaku, iaitu apabila isipadu tertentu larutan ion M n+
dicampurkan kepada isi padu tertentu larutan ion Xn+. Anda perlu tahu kepekatan
kedua-dua larutan.
Pengiraan Haba pemendakan
Soalan:
25 cm3 larutan argentum nitrat dicampurkan kepada 25 cm3 larutan kalium
klorida. Keputusan eksperimen yang diperoleh adalah seperti yang berikut:
Suhu awal larutan kalium klorida

= 32.5 0C

Suhu awal argentum nitrat

= 31.5 0C

Suhu maksimum campuran larutan

= 37.6 0C

Dengan menggunakan data eksperimen, kira haba pemendakan argentum


klorida. (Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1; Larutan tersebut masingmasing mengandungi 0.23 mol ion Ag + dan 0.023 mol ion Cl-)

10

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Penyelesaian:
Suhu purata larutan sebelum tindak balas = (32.5 + 31.5) 2 = 32 0C
Perubahan suhu = 37.6 0C 32.0 0C= 5.6 0C.
Isi padu campuran tindak balas = 25 + 25 = 50 cm3
Dengan menganggap ketumpatan larutan = 1.0 g cm -3, jisim campuran tindak
balas = 50cm3 x 1.0 g cm-3 = 50.0 g

Langkah1: Hitungkan haba yang terbebas dalam eksperimen ini.


Haba yang dibebaskan = m x c x T = 50 x 4.2 x 5.6
= 1176 J = 1.176 kJ
Langkah 2: Hitungkan bilangan mol AgCl yang terbentuk dalam eksperimen ini.
Daripada persamaan ion: Ag + (ak) + Cl-(ak) AgCl(p)
0.023 mol ion Ag+ bertindak balas dengan 0.023 mol ion Cl- untuk
membentuk 0.023 mol AgCl.
Langkah 3: Hitungkan haba yang dibebaskan apabila 1 mol AgCl terbentuk.
Daripada Langkah 1 dan 2, pembentukan 0.023 mol AgCl
menghasilkan 1.176 kJ haba.
Maka, pembentukan 1 mol AgCl akan menghasilkan
1.176 x (1/ 0.023) = 51.1 kJ
Jadi, haba pemendakan argentum klorida, H = -51.1 kJ mol-1

Latihan

1.

H = -66 kJmol-1

CuSO4(p) + air CuSO4(ak)

Hitungkan jisim kuprum(ll) sulfat kontang yang diperlukan untuk dilarutkan


dalam air supaya 16.5 kJ haba dibebaskan.
(Jisim atom relatif Cu: 64, S = 32, O =16 )

11

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


2.

Apabila larutan plumbum(ll) nitrat dan larutan natrium bromida


dicampurkan, plumbum(ll) bromida dihasilkan:
Pb2+(ak) + 2Br-(ak)

PbBr2(p)

H = -x kJmol-1

(a) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan
1.0 mol ion Br- ?
(b) Berapakah perubahan haba jika 1.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan
2.0 mol ion Br-?
(c) Berapakah perubahan haba jika 2.0 mol ion Pb2+ dicampurkan dengan
4.0 mol ion Br-

3.2.4 HABA PENYESARAN


Haba penyesaran ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol logam
disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai. Logam yang reaktif
menyesarkan ion logam yang kurang reaktif daripada larutannya. Contohnya,
apabila serbuk magnesium berlebihan dicampurkan kepada larutan ferum(ll)
klorida, larutan hijau ferum(II) klorida menjadi tidak berwarna dan serbuk ferum
yang berwarna kelabu dihasilkan.Haba juga dibebaskan dalam tindak balas ini.
Tindak balas penyesaran boleh diwakili oleh persamaan termokimia:

Mg(p) + FeCl2(ak) MgCl2(ak) + Fe(p)

H= - 202 kJmol-1

Di makmal, haba penyesaran ditentukan dengan mencampurkan serbuk logam


yang lebih elektropositif dengan berlebihan kepada isi padu tertentu larutan
garam logam lain dan seterusnya menyukat suhu maksimum yang tercapai.

12

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Memikir

Cuba anda fikirkan satu eksperimen yang dapat dijalankan dalam makmal
untuk menentukan haba penyesaran kuprum oleh zink
Apakah langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini?

Pengiraan haba penyesaran


Soalan:
Apabila serbuk aluminium berlebihan ditambahkan kepada 100 cm3 larutan
ferum(ll)sulfat, 0.48 g ferum dihasilkan dan suhu larutan berubah daripada 30 0C
kepada 35.5 0C. Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium
berdasarkan tindak balas:
3Fe2+(ak) + 2Al(p)

3Fe(p) + 2Al3+(ak)

(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1, Ketumpatan larutan =1.0gcm-3, Jisim
atom relatif: Fe = 56)

Penyelesaian:
Langkah 1: Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini
Kenaikan suhu = 35.5 30.0 = 5.5 0C
Haba yang dibebaskan = Jisim larutan x Muatan haba tentu x
kenaikan suhu
= 100 x 4.2 x 5.5 J = 2310J = 2.31kJ
Langkah 2: Hitungkan bilangan mol ferum yang disesarkan
Jisim atom relatif Fe = 56
Bilangan mol Fe yang dihasilkan = jisim jisim atom relatif = 0.480/56
= 0.0086

13

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Langkah 3: Hitungkan haba penyesaran ion ferum oleh aluminium
Pembentukan 0.0086 mol ferum membebaskan haba sebanyak
2.31 kJ haba
Pembentukan 1.0 mol ferum membebaskan haba sebanyak:
= 2.31 x (1/ 0.0086) = 268.6 kJ
Jadi, haba penyesaran ion ferum oleh aluminium,
H = - 268.6 kJmol-1

Latihan

1.

Zn(p) + CuSO4(g) Cu(p) + ZnSO4(ak)

H = -218 kJmol-1

(a) Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas penyesaran ini

(b) Hitungkan jisim minimum zink yang perlu digunakan supaya


tindakannya terhadap larutan kuprum(ll)sulfat berlebihan dapat
menghasilkan 46.8 kJ haba. (Jisim atom relatif zink : 65.4)

14

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 Jam)

1. (a) Apa yang anda faham tentang istilah entalpi


(b) Ramalkan perubahan entalpi yang berlaku dalam tindak balas
berikut: (nyatakan sama ada entalpi berkurang atau bertambah)

i.

Br2(g)

ii.

NaCl(s) + ak

iii

CO(g)

Br2 (ce)
NaCl (ak)

+ O2(g)

CO2(g)

(c) Mengapakah keadaan piawai patut dinyatakan dalam pengiraan


perubahan entalpi?
2. 100 cm3 natrium hidroksida (1 mol dm-3) meneutralkan 50cm3 asid
sulfurik (1mol dm-3) dan suhu awal larutan pada 21.0 0C meningkat ke
29.0 0C
(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1,
Ketumpatan larutan =1.0 gcm-3)

(a)

Kirakan haba peneutralan

(b)

Lakarkan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini

Tiga jenis alkohol dibakar dan haba yang dibebaskan diukur seperti
ditunjukkan dalam jadual berikut:

Alkohol

Jisim alkohol terbakar

Haba dibebaskan

(g)

(kJ)

Metanol

3.2

71

Etanol

9.2

268

Propan-ol

7.5

252

15

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


(a) Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi setiap jenis alkohol.
(b) Kirakan bilangan mol setiap alkohol yang dibakar
(c) Kirakan haba pembakaran (kJmol-1) setiap alkohol
(d) Alkohol manakah boleh dijadikan bahan api yang paling efisen?
Terangkan

4.

Apabila 500 cm3 larutan M+1 1.0 mol dm-3 dicampurkan dengan
500cm3 larutan ion sulfat SO42- 1.0 mol dm-3, suhu larutan naik
sebanyak 6 0C.
Hitungkan haba pemendakan M2SO4 dalam tindak balas ini.
(Muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 0C-1)

5.

Zn(p) + CuSO4(ak) ZnSO4(ak) + Cu (p) H= -218kJmol-1

(a) Lakar gambarajah aras tenaga bagi tindak balas ini


(b) Kirakan haba yang dibebaskan jika 12.4g kuprum dimendakkan.
( jisim atom relatif kuprum = 63.5 )

16

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 4 TERMOKIMIA: HABA PEMBENTUKAN DAN


HUKUM HESS
SINOPSIS
Tajuk ini mengandungi dua sub topik iaitu haba pembentukan dan Hukum
Hess. Anda dapat mentakrifkan haba pembentukan dan menghubungkaitnya
dengan kestabilan bahan. Dalam tajuk ini juga, Hukum Hess diaplikasikan
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan entalpi bahan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mentakrifkan haba pembentukan

Mengira perubahan haba tindak balas menggunakan nilai berangka haba


pembentukan

Meramal kestabilan relatif sesuatu sebatian

Mendefinisikan Hukum Hess

Mengaplikasikan Hukum Hess

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 HABA PEMBENTUKAN


Pengiraan nilai
TERMOKIMIA
4.2 HUKUM HESS
Aplikasi Hukum Hess

17

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN
4.1

Haba Pembentukan

Haba pembentukan piawai suatu bahan ialah haba yang dibebaskan atau
diserap apabila 1 mol bahan itu terbentuk dari unsur-unsurnya di bawah keadaan
piawai. Misalnya, haba (entalpi) pembentukan piawai bagi air ialah
-285.5 kJmol-1. Ini bererti apabila 1 mol air cecair terbentuk dari hidrogen dan
oksigen dalam keadaan bergas, 285.5 kJ haba dibebaskan (eksotermik). Haba
pembentukan piawai bagi bahan diberi simbol Hf.
H2(g) + O2(g)

H2O(ce)

Hf = -187.6 kJmol-1

Boleh anda ramalkan tenaga yang perlu untuk menguraikan satu mol air kepada
hidrogen dan oksigen? Nilai Hf membantu ahli sains untuk meramalkan
kestabilan bahan.

Latihan

1. Haba pembentukan piawai beberapa sebatian diberi dalam Jadual 1


Jadual 1
Sebatian

Hf(kJmol-1)

Al2O3

-1676

NaCl

-411

C2H4

+52.3

Tulis persamaan termokimia bagi setiap tindak balas dalam Jadual 1.

18

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


4.1.1 Kestabilan Sebatian
Haba pembentukan piawai bagi sebatian mewakili tenaga yang dipindah dari
atau kepada persekitaran apabila ikatan kimia dalam unsur pecah dan ikatan
baru terbentuk dalam sebatian itu. Nilai Hf sebatian memberi maklumat tentang
kestabilannya tentang penguraian kepada unsur-unsurnya. Sebatian yang
terbentuk dengan membebaskan tenaga haba yang tinggi dan mempunyai nilai
Hf yang paling negatif biasanya paling stabil. Sebatian ini tidak mudah terurai
menjadi unsur-unsurnya. Sebaliknya sebatian yang terbentuk dengan menyerap
haba dan mempunyai nilai Hf yang paling positif tidak stabil. Sebatian jenis ini
mudah terurai apabila dipanaskan sedikit ataupun pada keadaan biasa.

Sebatian
Stabil
Al2O3

Hf(kJmol-1)
-1676

Sebatian
Tak Stabil
Cl2O7

Hf(kJmol-1)
+75.7

NaCl

-411

NCl3

+230

C2H4

+52.3

SnH4

+163

Sebatian yang mengandungi entalpi positif yang tinggi boleh bertindak balas
sangat reaktif dan boleh meletup. Contohnya, Mekuri fulminat Hg(ONC)2 yang
mempunyai haba pembentukan +269kJ digunakan dalam bahan letupan

4.1.2 Pengiraan perubahan entalpi tindak balas


Entalpi pembentukan piawai Hf diguna untuk menghitung perubahan entalpi
dalam tindak balas kimia.

Perubahan entalpi piawai bagi tindak balas


=hasil tambah Hf bagi hasil hasil tambah Hf bagi bahan tindak balas
=Hf (hasil) - Hf (bahan tindak balas)

19

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh: Hf bagi karbon monoksida dan karbon dioksida masing-masing
adalah -110 kJmol-1 dan -393.5 kJmol-1. Hitung nilai Hf bagi tindak balas

Penyelesaian:

CO(g) + O2(g)

CO2(g)

CO(g) + O2(g)

CO2(g)

(-110)

(0)

(-393.5)

(Perhatian: entalpi pembentukan piawai bagi unsur diberi nilai sifar pada
keadaan piawai)
H = (-393.5) (-100 + 0) = -283.5 kJmol-1

Latihan
1. Hf bagi Ag+, Cl- dan AgCl masing-masing adalah +105.0 kJ,
-167 kJ dan -127 kJ. Hitung Hf bagi tindak balas
Ag+ + Cl-

4.2

AgCl

Hukum Hess

Pada tahun 1841, Germain Henri Hess, seorang saintis Swiss telah
menunjukkan haba yang dibebaskan atau diserap dalam sesuatu tindak balas
adalah sama dan tidak bergantung kepada proses tindak balas. Proses tindak
balas boleh melibatkan beberapa langkah atau secara terus-menerus.

Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang dibebaskan atau diserap semasa
perubahan kimia tidak bergantung kepada jalan perubahan itu disempurnakan.
Rajah 1 menunjukkan bahawa bahan A bertindak balas menjadi B melalui dua
cara:
20

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

secara terus menerus melibatkan haba tindak balas Hr

melalui 3 langkah iaitu bahan A bertindak balas menjadi X dan X


bertindak balas menjadi Y dan Y bertindak balas menukar ke B
yang melibatkan haba tindak balas H1, H2, H3 masing-masing.

Mengikut Hukum Hess, Hr = H1, + H2 + H3

Rajah 1

Satu contoh untuk menjelaskan Hukum Hess ialah tindak balas di antara karbon
dan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida.

Cara pertama: Secara langsung 1 mol karbon bertindak balas dengan oksigen
berlebihan untuk menghasilkan karbon dioksida dan haba yang dibebaskan ialah
393kJ mol-1.
C(p) + O2(g)

CO2

21

H = -393kJ

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Cara kedua: 2 langkah
Langkah1: 1 mol karbon terbakar dalam oksigen yang terhad dan
menghasilkan karbon monoksida. Haba terbebas hanya
111kJ mol-1.
C(p) + O2(g)

CO(g)

H = -111kJ

Langkah2: Karbon monoksida boleh bertukar kepada karbon dioksida


dengan pembebasan haba sebanyak 282kJ mol-1

CO(g) + O2(g)

CO2(g)

H = -282kJ

Haba tindak balas keseluruhan ialah hasil tambah haba peringkat berasingan
iaitu -393 = -111 + (-282). Rajah 2 merumuskan haba tindak balas yang terlibat
dalam pembentukan karbon dioksida.

CO(g)
+ O2(g)

H=-111kJ

+ O2(g)
H=-282kJ

+O2
C(p)
H=-393kJ

CO2

Rajah 2: Kitaran Tenaga Pembentukan Karbon Dioksida

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai Hukum Hess.


Bagaimana anda mengait Hukum Hess dengan Hukum Keabadian Tenaga

22

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


4.2.1 Aplikasi Hukum Hess
Hukum Hess digunakan oleh ahli kimia untuk mengira entalpi tindak balas yang
tidak dapat diukur secara langsung. Contohnyanya, entalpi tindak balas bagi
tindak balas antara karbon dan hidrogen tidak dapat diukur secara langsung:

4C(p) + 5H2(g)

C4H10(g)

Bagaimanapun, karbon, hidrogen dan butana mudah terbakar dan entalpi


pembakaran dapat ditentukan melalui eksperimen menggunakan kalorimeter.
Satu kitaran tenaga dibina (Rajah 3) untuk mudahkan pengiraan entalpi.
H1
4C

5H2(g)

C4H10(g)
+6O2(g) H2

+6O2(g)
H3

4CO2(g) + 5H2O(ce)
Rajah 3: Kitaran Tenaga Pembentukan Butana

Mengikut Hukum Hess:


H3 = H1 + H2
H1 = H3 - H2

H3 dan H2 dapat diketahui melalui eksperimen

Maka H1 dapat dikira.


Soalan: Hitungkan H bagi tindak balas S(p) + 1O2 (g) SO3(g).
Diberi:

(1)

S(p) + O2(g)

(2) SO2(p) + O2(g)

SO2(g)

SO3(g)

H1 = -297 kJ
H 2 = -297 kJ

Penyelesaian:
Apabila persamaan (1) + persamaan (2), kita akan dapat:
S(p) + 1O2 (g)

SO3

Jadi, H = H1 + H2 = -297 + (-99) = -396 kJ

23

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

1. Nilai entalpi berikut berkait dengan sebatian CF4 ,sejenis gas pada
suhu bilik.
C(s) + 2F2(g)
CF4(p)

CF4(g)

H = -92 kJ
H = +15 kJ

CF4(g)

(a) Terangkan mengapa tanda nilai haba tindak balas berbeza.


(b) Terangkan mengapa nilai H bagi kedua-dua tindak balas jauh
berbeza.
(c) Bolehkah gas CF4 berada dalam keadaan stabil pada suhu bilik.
Jelaskan
(d) Nyatakan keadaan piawai tindak balas ini berlaku.

2. (a) Nyatakan Hukum Hess


(b) Kirakan entalpi pembentukan propana berasaskan data berikut:
CO2 (g)

H = - 393 kJ

H2O(ce) H2(g) + O2(g)

H = + 285 kJ

C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce)

H = - 2217 kJ

C(s) + O2(g)

(c) Tindak balas manakah yang eksotermik?

3. Kirakan perubahan entalpi piawai apabila kalsium klorida diturunkan


oleh logam natrium.
CaCl2(p) + 2Na(s)

Diberi :

Ca(p) + Cl2(g)

Ca(p) + 2NaCl(p)

CaCl2(p)

Na(p) + Cl2(g) NaCl(p)

24

H = - 796 kJ
H = - 411 kJ

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


4.

Kirakan H untuk tindak balas:


Hg2Cl2(p) + Cl2(g)

2HgCl2(p)
Hg2Cl2(p)

H = -265 kJ

HgCl2(p)

H = -224 kJ

Diberi: 2Hg(ce) + Cl2(g)


Hg(ce) + Cl2(g)
5.

Bandingkan haba pembakaran satu gram gas hidrogen dan


asetilen (acetylene C2H2). Pilih gas yang sesuai untuk
kimpalan(welding). Gunakan maklumat yang berikut:
H2(g) + O2(g)

H2O(ce)

H = -285 kJ

C(p) + O2(g)

CO2(g)

H = -393 kJ

2C(p) + H2(g)

C2H2(g)

H = +227 kJ

25

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 5 TERMOKIMIA: MAKANAN DAN BAHAN API


TENAGA SOLAR
SINOPSIS
Tajuk ini dibahagikan kepada tiga subtopik; makanan, bahan api dan tenaga
solar. Anda akan memahami makanan sebagai bahan api untuk badan kita
dan dapat menerangkan perubahan kimia yang berlaku di sel-sel untuk
mengeluarkan tenaga. Anda juga akan bandingkan pelbagai bahan api
sebagai sumber api dan menerangkan kepentingan tenaga solar kepada
manusia,haiwan dan tumbuhan.
HASIL PEMBELAJARAN

Menyatakan makanan sebagai sumber tenaga

Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan tenaga


daripada makanan

Menjelaskan bahan api sebagai sumber api

Menerangkan perubahan kimia yang terlibat dalam penghasilkan tenaga


daripada bahan api

Menerangkan kepentingan tenaga solar kepada semua benda hidup

Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK (Pengetahuan


Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang kurikulum yang sesuai

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.1 MAKANAN DAN BAHAN API


Nilai bahan api
TERMOKIMIA
5.2 TENAGA SOLAR

26

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN
5.1

MAKANAN DAN BAHAN API

Makanan adalah satu sumber tenaga untuk badan kita. Makanan mempunyai
tiga fungsi:

Membekalkan tenaga untuk aktiviti badan seperti berlari dan berjalan

Memberikan bahan atau nutrien untuk tisu atau sel-sel badan bertumbuh
dan membaiki sel badan

Membekalkan bahan untuk mengawal proses badan seperti perkumuhan,


bernafas dan penghadaman

Makanan yang kita makan dihadam dan menukar bahan ringkas seperti glukosa
dan asid amino. Bahan ringkas ini dihantar ke sel-sel seluruh badan melalui
sistem salur darah. Respirasi adalah satu proses di mana bahan ringkas
makanan seperti glukosa bertindak balas dengan oksigen untuk membekalkan
tenaga. Tindak balas yang berlaku semasa respirasi ialah:
C6H12O6(ak) + 6O2(g)

6CO2(g) + 6H2O(ce) H= -2803kJmol-1

Sebahagian tenaga kimia terkandung dalam glukosa ditukar ke haba untuk


memanaskan badan, sebahagian tenaga untuk gerakan di otot dan juga sebagai
tenaga elektrik di urat saraf. Proses respirasi ialah satu tindak balas
pengoksidaan dan makanan dianggap seperti bahan api untuk badan kita.

5.1.1 Pengukuran Kandungan Tenaga Makanan


Bagaimanakah anda tahu kandungan tenaga sesuatu makanan? Makanan
dibakar dalam kalorimeter bom dan tenaga yang dikeluarkan semasa
penoksidaan makanan dapat diukur. Kita boleh anggapkan tenaga makanan
yang diukur adalah sama dengan tenaga yang dibebaskan semasa respirasi.
Makanan biasanya mengandungi tiga jenis bahan; karbohidrat (gula dan kanji);
lipid (minyak dan lemak) dan protin. Setiap bahan ini mengandungi kandungan
tenaga yang berbeza (Jadual 1). Lemak mengeluarkan dua kali lebih tenaga
berbanding karbohidrat atau protin.

27

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Jenis bahan

Tenaga (kJg-1)

Karbohidrat

17

Lemak

37

Protin

17

Jadual 1: Kandungan Tenaga Karbohidrat, Lemak dan Protin

Kandungan tenaga sesuatu makanan bergantung kepada kadar kuantiti tiga jenis
bahan yang ada dalam makanan. Jadual 2 senaraikan kandungan tenaga
beberapa makanan.

Makanan

Karbohidrat

Lemak

Protin

Nilai tenaga/

(%)

(%)

(%)

Nilai Klori
(kJg-1)

Mantega

80.3

29.9

Ayam goreng

17.6

29.4

12.1

ubi kentang (rebus)

22.0

2.0

4.2

Roti

53.2

4.0

8.0

11.7

Telur (rebus)

0.6

11.8

12.5

6.7

Susu

5.0

4.0

3.3

3.0

Keju

4.0

37

28

20.0

Jadual 2: Komposisi dan kandungan tenaga beberapa makanan

28

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan
1. Sekeping roti 1.5g dibakar dengan sempurna dalam kalorimeter bom. Haba
yang dibebaskan menaikan suhu air 300 cm3 dari 18.6 0C ke 20 0C.
Berapakah nilai kalori (dalam unit kJg-1) roti?
(Muatan haba tentu air = 4.2 Jg-1C-1.)
2. Kirakan kandungan tenaga satu kotak susu 100cm 3 yang mengandungi 5.2g
lemak, 6.8g karbohidrat dan 3.4 protin. (Rujuk Jadual 1)

5.1.2 BAHAN API


Bahan api ialah bahan kimia yang mudah terbakar dalam udara untuk
membebaskan tenaga haba. Bahan api boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan
mengikut keadaan fiziknya:
(a) bahan api pepejal: arang batu, arang kok
(b) bahan api cecair: petrol, diesel dan kerosin
(c) bahan api gas : gas asli dan gas hidrogen
Bahan api berbeza dari segi nilai bahan api. Nilai bahan api ialah tenaga haba
yang dibebaskan apabila satu gram bahan api terbakar dalam oksigen
berlebihan. Unit nilai bahan api ialah kJ/g atau kJg-1. Jadual 3 menunjukkan nilai
bahan api bagi beberapa jenis bahan api

Bahan api

Nilai bahan api/kJg-1

Hidrogen

143

Kayu

21

Arang batu

34

Gas asli

52

Petrol

42

Butana

50

Jadual 3: Nilai tenaga bahan api


29

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Dari segi tenaga haba yang dibebaskan per gram bahan api, hidrogen
merupakan bahan api yang terbaik. Kayu api merupakan bahan api yang
membebaskan tenaga yang sedikit berbanding bahan api lain. Nilai bahan api
digunakan dalam bidang perindustrian untuk membandingkan kos penghasilan
tenaga bagi pelbagai bahan api melalui kaedah penghitungan.
Contoh: Jadual berikut menunjukkan nilai bahan api (kJg-1) dan
kos (ringgit per kg) bagi dua bahan api, gas asli dan petrol
Bahan api
Gas asli

Nilai tenaga (kJg-1)


52

kos
RM0.35 per kg

Petrol

42

RM 1 per kg

Bandingkan gas asli dan petrol dari segi


(a) kos bahan api.
(b) kos tenaga.

Penyelesaian:
(a)

Kos bahan api: Petrol lebih mahal daripada gas asli dari segi kos
per gram bahan api

(b)

Kos tenaga:
Gas asli
1 kg gas asli berharga RM 0.35
1 kg gas asli menghasilkan 52 x 1000kJ tenaga haba
52 x 1000kJ tenaga haba berharga RM0.35
Jadi, 1000kJ tenaga berharga RM 0.035/52 = RM0.0067
Petrol
1kg petrol berharga RM 1.00
1kg petrol menghasilkan 42 x 1000 kJ tenaga haba
1000kJ tenaga haba berharga RM1/42 = RM0.024
Berdasarkan kiraan, petrol lebih mahal daripada gas asli
30

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Pemilihan bahan api
Apabila memilih bahan api yang sesuai bagi tujuan tertentu, tiga faktor
utama dipertimbangkan:

Nilai bahan api


Semakin tinggi nilai bahan api, semakin banyak tenaga haba
dibebaskan per gram bahan api

Kesan terhadap persekitaran


Kebanyakan bahan api mengeluarkan banyak jelaga apabila
dibakar dan ini menyebabkan pencemaran udara. Hidrogen
dikenali sebagai bahan api bersih kerana pembakaran hidrogen
tidak menghasilkan jelaga atau gas-gas yang mencemarkan udara

Kos per gram bahan api


Arang batu merupakan bahan api yang paling murah manakala
bahan api seperti butana dan petrol agak mahal.

Latihan

1.

Berdasarkan tiga kupulan makanan iaitu, karbohidrat, lemak dan protin,


cadangkan makanan yang sesuai untuk:

2.

(a)

bayi

(b)

remaja

(c)

ibu berkandung

Bandingkan penggunaan gas asli dengan arang batu untuk memasak di


rumah.

31

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


5.2

TENAGA SOLAR

Tenaga solar atau tenaga suria merupakan sumber tenaga terbesar di dunia.
Malangnya manusia masih kekurangan teknologi untuk menggunakan tenaga
solar sepenuhnya. Pada hari yang terang lebih kurang 1kJ tenaga solar terdapat
pada 1 meter persegi tanah di permukaan bumi setiap saat.
Tenaga solar sangat penting untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan
serta proses-proses semula jadi yang berlaku di bumi. Contohnya, proses
fotosinthesis dan kitaran hidrologi tidak boleh berlaku tanpa tenaga solar.

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang kepentingan


tenaga solar kepada:
(a)
sistem bumi (proses-proses semula jadi)
(b)
tumbuhan
(c)
manusia
Lakarkan satu peta minda yang menggambarkan penggunaan tenaga
solar

5.2.1 Aplikasi tenaga solar


Tenaga solar digunakan melalui dua kaedah:

Kaedah 1: Cahaya matahari boleh ditukarkan kepada arus elektrik dalam sel
fotoelektrik. Kadar keberkesanan sel fotoelektrik semakin bertambah melalui
penyelidikan Sel fotovoltik yang digunakan untuk menjanakan elektrik bagi satelit.
Rajah 1 menunjukkan sel fotoelektrik yang ringkas untuk menyalakan sebuah
mentol. Di Portugal selatan, penjana elektrik berasaskan tenaga solar telah
dibina pada tahun 2006. Kawasan seluas 150 ekar digunakan dan berupaya
menjana 11MW(megawat) kuasa elektrik. Kuasa elektrik ini mencukupi
membekal elektrik untuk 8000 rumah.
32

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Matahari

Panel Elektrik

Motor Elektrik

Panel Solar

Rajah 1 :Tenaga solar ditukar ke tenaga elektrik melalui sel fotoelektrik

33

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Kaedah 2: Tenaga solar diserap ke atas plat pengumpul yang bercat hitam.
Kaedah pemanasan solar pasif ini digunakan untuk memanaskan bekalan air di
rumah (Rajah 2). Rekabentuk rumah yang menggunakan tenaga solar berbeza
dengan rumah biasa. Pintu rumah atau sebahagian besar rumah menuju ke
matahari supaya tenaga diserap dan dibebaskan waktu malam.Rumah yang
menggunakan tenaga solar akan mengumpul seberapa banyak haba yang boleh
dan mengalirkan haba itu melalui pengaliran udara yang asli.

Pengumpul
tenaga solar

Tangki
Air

Rajah 2 : Sistem pemanasan air menggunakan tenaga solar

Mengumpul Maklumat

Kaji huraian sukatan pelajaran sains sekolah rendah Tahun Lima dan
Tahun Enam dan senaraikan semua aktiviti pembelajaran yang berkaitan
dengan topik haba. Komen tentang kesesuaian aktiviti-aktiviti
pembelajaran berkenaan.Cadangkan aktiviti alternatif jika anda fikirkan
aktiviti pembelajaran itu kurang sesuai.

34

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

Jawab semua soalan


1.

Sejenis kacang mengandungi 62% karbohidrat, 22% protin dan 1.5%


lemak. Anggarkan nilai makanan kacang ini. (Rujuk Jadual 1)

2.

Semasa senaman ringan, seperti berjalan, seorang dewasa


menggunakan 15kJ/min. Berapa minitkah senaman ini boleh diteruskan
jika tenaga yang dibekalkan bersamaan dengan semangkuk sup ayam
yang mengandungi 13g protin, 20g karbohidrat dan 5g lemak?

3.

Sebotol yang mengandungi 10g minyak Canola bernilai tenaga 346kJ,


manakala sebotol lain yang mengandungi 60 g sirap buah-buahan bernilai
tenaga 820kJ. Jelaskan perbezaan nilai tenaga kedua-dua bahan
makanan.

4.

Sarapan pagi seorang pelajar sekolah terdiri daripada 120g susu, 30g roti
dan sebiji telur masak. Gunakan nilai makanan purata di jadual 1 untuk
mengira tenaga yang diperolehi melalui sarapan pagi ini

5.

Tenaga solar merupakan tenaga masa depan di bumi ini. Berikan


kebaikan dan kelemahan tenaga solar.

35

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan ( 1 jam)

PPIK 3

Tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Tenaga boleh dibahagi kepada dua jenis yang tersebut di atas.
1. Hasilkan penyusun grafik tentang tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui.
2. Apakah peranan anda dalam penjimatan tenaga dalam kehidupan harian ?
Bincangkan.
Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut:
Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut?
Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah
yang berkaitan dengan topik berkenaan?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

36

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 6 ELEKTROKIMIA: PENGOKSIDAAN DAN


PENURUNAN
SINOPSIS
Kebanyakan tindak balas kimia yang berlaku melibatkan pengoksidaan dan
penurunan yang berlaku serentak. Pengoksidaan ialah tindaka balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami penambahan
oksigen atau kehilangan hidrogen. Penurunan ialah tindak balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami kehilangan oksigen
atau penambahan hidrogen. Tindak balas yang melibatkan kedua-dua
proses pengoksidaan dan penurunan dikenali sebagai tindak balas redoks.
Bahan tindak balas yang dioksidakan apabila mengalami penambahan
oksigen atau kehilangan hidrogen dikenal sebagai agen penurunan. Agen
pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas lain dan
sendiri mengalami proses penurunan. Tindak balas redoks dapat
dikenalpasti melalui perubahan nombor pengoksidaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mentakrifkan pengoksidaan

Mentakrifkan penurunan

Mengenali nombor pengoksidaan

Mengenali tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan

Mengimbangan persamaan tindak balas redoks

37

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.1 PENGOKSIDAAN

6.2 PENURUNAN

ELEKTROKIMIA
6.3 NOMBOR PENGOKSIDAAN
6.4 TINDAK BALAS REDOKS DARI SEGI
PERUBAHAN NOMBOR PENGOKSIDAAN

6.5 MENGIMBANGAN PERSAMAAN REDOKS

TINDAK BALAS REDOKS


melibatkan

PENGOKSIDAAN
(Dialami oleh agen penurunan)

PENURUNAN
(Dialami oleh agen pengoksidaan)

melibatkan

melibatkan

Penambahan oksigen

Kekurangan oksigen

Kehilangan Hidrogen
Penambahan Hidrogen
Kehilangan elektron

Penambahan elektron

Penambahan nombor
pengoksidaan

Pengurangan nombor
pengoksidaan

38

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN

6.1

Pengoksidaan

Udara mengandungi 21% oksigen. Banyak bahan bertindak balas dengan


oksigen secara semula jadi.
Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak
balas mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen. Bahan yang
mengalami penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen dikenali sebagai
agen penurunan.
Contohnya:

Magnesium bergabung dengan oksigen di udara untuk


menghasilkan magnesium oksida. Magnesium bertindak sebagai
agen penurunan.

Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan


karbon dioksida dan air. Metana kehilangan hidrogen dalam proses
ini. Metana dikenali sebagai agen penurunan.

6.2

Penurunan

Bagi sesetengah tindak balas, bahan tindak balas kehilangan oksigen atau
penambahan hidrogen. Tindak balas ini dikenali sebagai penurunan.
Bahan yang mengalami kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen dikenali
sebagai agen pengoksidaan.
Contohnya:

Magnesium bertindakbalas dengan zink oksida menghasilkan


magnesium oksida dan zink. Dalam tindak balas ini, zink oksida
bertindak sebagai agen penurunan kerana kehilangan oksigen.

Gas metana bertindakbalas dengan oksigen untuk menghasikan


karbon dioksida dan air. Oksigen merupakan sebagai agen
pengoksidaan kerana mengalami penambahan hidrogen menjadi
air.

39

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


6.3

Nombor Pengoksidaan

Satu atom atau molekul sesuatu unsur dalam keadaan bebas


mempunyai nombor pengoksidaan sama dengan sifar.

Contoh:

Formula

nombor pengoksidaan

H2

O2

Fe

Cu

Untuk ion monoatom, nombor pengoksidaan ialah cas pada ion itu.

Contoh:

Ion

Nombor pengoksidaan

Na+

+1

2+

+2

Fe3+

+3

F-

-1

O2-

-2

N3-

-3

Cu

40

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Untuk ion poliatomik, jumlah nombor pengoksidaan untuk semua


atom yang hadir dalam ion itu sama dengan cas yang ada pada ion
tersebut.
SO4 2-

Contoh:


(+6)+4(-2)=-2
MnO4

(+7)+4(-2)=-1

Untuk sebatian ion atau sebatian kovalen, jumlah nombor


pengoksidaan untuk semua atom yang hadir dalam formula
sebatian adalah sifar.

Contoh:

CaCO3

(+2)+(+4)+3(-2)=0

CO2

(+4)+2(-2)=0

41

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Dalam sebatian kovalen, atom yang lebih elektonegatif akan diberi


nombor pengoksidaan negatif dan yang kurang elektronegatif akan
diberi nombor pengoksidaan positif.

F2O

HClO

2(-1) (+2)

(+1) (+1) (-2)

I,Br,Cl,N,O,F Keelektronegatifan bertambah

Latihan

Cari nombor pengoksidaan untuk unsur-unsur yang dihitamkan berikut:

(a)

CH4

(b)

S2O3

(c)

ClO3-

(d)

NO3-

(e)

MgCl2

42

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


6.4

Tindak balas redoks dari segi perubahan nombor pengoksidaan

6.4.1 Tindak Balas Pengoksidaan

Satu proses yang melibatkan kehilangan elektron.

Satu proses yang melibatkan penambahan dalam nombor


pengoksidaan.

Proses pengoksidaan dapat diwakili oleh persamaan setengah.


Contoh: Mg Mg2+ + 2 e(perubahan no. pengoksidaan magnesium dari 0 ke +2)

Fe2+ Fe3+ + e(perubahan no. pengoksidaan ion Fe2+ dari +2 ke +3)

2I- I2 + 2e(perubahan no. pengoksidaan ion I- dari -1 ke +0)

6.4.2 Tindak Balas Penurunan

Satu proses yang melibatkan penerimaan elektron.

Satu proses yang melibatkan pengurangan dalam nombor


pengoksidaan.

Proses penurunan dapat diwakili oleh persamaan setengah.

Contoh:

Cl2 + 2e- 2 Cl-

(perubahan no. pengoksidaan Cl2 dari 0 ke -1)

43

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O
(perubahan no. pengoksidaan Mn dari +7 ke +2)

Fe3+ + e- Fe2+
(perubahan no. pengoksidaan ion Fe3+ dari +3 ke +2)

6.4.3 Tindak balas redoks

Satu proses di mana kedua-dua tindak balas pengoksidaan dan penurunan


berlaku serentak.
5Fe2+ 5Fe3+ + 5e-

Contoh:

Pengoksidaan

MnO4- + 8H+ + 5e- Mn2+ + 4H2O


Penurunan
_______________________________________________
5Fe2+ + MnO4- + 8H+ 5Fe3+ + Mn2+ + 4H2O

6.5

Redoks

Mengimbangkan persamaan redoks

Untuk pengimbangan, langkah-langkah yang berikut patut diikuti:

Tulis persamaan pengoksidaan dan penurunan yang betul.

Letakkan pekali di hadapan kedua-dua tindak balas pengoksidaan


dan penurunan (jika perlu) supaya bilangan elektron untuk keduadua tindak bals adalah sama.

Jumlahkan kedua-dua persamaan setengah untuk mendapat


persamaan redoks yang seimbang.

Sila rujuk contoh di 6.4.3

44

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut:

(a)

Sn2+(ak)

Sn4+(ak)

(b)

Cu2+(ak)

Cu(p)

(c)

Cr2O72-(ak) + I-(ak) + H+(ak)

Cr3+(ak) + I2(ak) + H2O(c)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tinadak balas redoks


yang berlaku dalam:
i pembakaran gas asli (metana)
ii proses respirasi
iii pengaratan besi

45

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial (2 jam)

1.

Gunakan kaedah nombor pengoksidaan, kenalpastikan agen


pengoksidaan dan agen penurunan untuk tindak balas yang berikut:

2.

(a)

CuO(p) + H2(g)

Cu(p)

+ H2O(c)

(b)

FeO(p) + C(g)

Fe(p)

+ CO(g)

(c)

4NH3(g) + 5O2(g)

4NO(g) + 6H2O(g)

Tulis persamaan setengah bagi tindak balas yang berikut:

(a)

2Na(p) + I2(g)

(b)

2Ag+(ak) + Mg(p)

2NaI(p)
2Ag(p) + Mg2+(ak)

46

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 7 ELEKTROKIMIA: SEL KIMIA (SEL VOLTA)

SINOPSIS
Tindak balas redoks yang berlaku dalam sesuatu sistem mempunyai tenaga
kimia. Jika tenaga kimia itu dapat diubah kepada tenaga elektrik, maka satu
sel kimia telah dihasilkan dalam sistem tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia


untuk menghasilkan tenaga elektrik

Menerangkan proses molekular di elektrod

Menyedari bahawa bateri adalah sel kimia

Mengenalpasti cara untuk menggunakan aktiviti PPIK


(Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan) untuk mengajar bidang
kurikulum yang sesuai

Menggunakan Eksperimen 4 untuk menerangkan tindak balas


redoks dan pemindahan elektron pada satu jarak dalam satu sel
kimia

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

7.1

7.2

7.3

TINDAK BALAS
REDOKS DI SEL
KIMIA

PROSES
MOLEKULAR DI
ELEKTROD

BATERI SEBAGAI
SEL KIMIA

47

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN

7.1

Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia

Tenaga kimia yang dibebaskan dalam tindak balas redoks spontan boleh ditukar
kepada tenaga elektrik yang berguna. Pertukaran tenaga kimia kepada tenaga
elektrik dapat dilakukan melalui satu alat yang dipanggil sel kimia atau sel volta.
Sel kimia atau sel volta adalah satu alat di mana pemindahan elektron berlaku
melalui litar luar dan pergerakan ion-ion berlaku di litar dalam.

Contoh: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

Elektrod Zink

Elektrod Kuprum

Rajah 1: Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

48

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Elektrod zink

Elektrod ini dicelup dalam larutan zink sulfat yang merupakan satu
elektrolit.

Perhatikan bahawa zink adalah lebih elektropositif berbanding


dengan kuprum, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif zink
dibentuk. (Sila rujuk Siri Elektrokimia yang dilampirkan di
hujung bahagian ini untuk keelektropositifan unsur-unsur)

Tindak balas yang berlaku adalah: Zn(p) Zn2+(ak) + 2e-

Maka elektrod zink merupakan terminal negatif yang dipanggil


anod.

Tindak balas ini merupakan tindak balas pengoksidaan dan zink


bertindak sebagai agen penurunan.

Perhatikan bahawa elektron yang telah dibebaskan akan mengalir


melalui litar luar (wayar) dari elektrod zink ke elektrod kuprum.

Elektrod zink menjadi semakin nipis (terhakis/terkakis) kerana telah


diionkan.

Elektrod kuprum

Elektrod ini dicelup dalam larutan kuprum (II) sulfat yang


merupakan satu elektrolit.

Perhatikan bahawa kuprum adalah kurang elektropositif berbanding


dengan zink, maka adalah lebih cenderung untuk ion positif kuprum
dari elektrolit untuk menerima elektron yang telah dibebaskan oleh
zink.

Tindak balas yang berlaku adalah: Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p)

Maka elektrod kuprum merupakan terminal positif yang dipanggil


katod.

Tindak balas ini merupakan tindak balas penurunan dan ion


Cu2+(ak) bertindak sebagai agen pengoksidaan.
49

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Elektrod kuprum menjadi semakin tebal kerana kuprum (pepejal


perang) dimendakkan pada elektrod kuprum

Warna biru larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar kerana ion


kuprum daripada larutan ini telah diturunkan kepada kuprum.

Tindak balas keseluruhan redoks


Zn(p) Zn2+(ak) + 2e-

Pengoksidaan

Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p)

Penurunan

Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p)

Redoks

Perhatikan bahawa pemindahan elektron berlaku melalui wayar di litar


luar (anod ke katod) manakala ion-ion mengalir di litar dalam melalui
titian garam untuk melengkapkan litar elektrik ini.

Siri Elektrokimia
Keelektropositifan
semakin bertambah

Li
K
Ca
Na
Mg
Al
Zn
Fe
Sn
Cu
Ag

50

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Satu sel kimia Zn-Ag terdiri daripada satu elektrod zink yang dicelup
dalam larutan akues zink nitrat dan satu elektrod argentum yang dicelup
dalam larutan argentum nitrat. Kedua-dua elektrod ini disambung melalui
wayar di litar luar dan melalui satu titian garam di litar dalam.

(a) Tulis persamaan setengah yang berlaku di kedua-dua elektrod ini.


(b) Tulis persamaan redoks untuk sel kimia ini.
(c) Nyatakan pemerhatian yang mungkin diperhatikan.
(d) Namakan satu bahan kimia yang boleh digunakan sebagai titian garam.
Mengapakah bahan ini sesuai digunakan?

7.2

Proses molekular di elektrod untuk Sel Volta Daniell (Sel kimia Zn-Cu)

7.2.1 Pergerakan elektron di litar luar (wayar)

Perhatikan bahawa pada permukaan eletrod zink (anod), atom zink hilang
/membebaskan dua elektron dan menjadi ion zink(ak). Dua elektron ini akan
mengalir dari anod ke katod melalui litar luar (wayar). Apabila dua elektron ini
sampai ke permukaan katod, ion kuprum(ak) daripada larutan kuprum(II) sulfat
akan menerima elektron ini dan diturunkan kepada atom kuprum yang dienapkan
pada permukaan katod itu.

7.2.2 Pergerakan ion di litar dalam (titian garam)

Perhatikan bahawa litar hanya dapat dilengkapkan jika ada pergerakan ion untuk
mengekalkan pengimbangan cas keseluruhan di kedua-dua elektrod. Oleh itu,
ion zink(ak) di anod dan ion sulfat di katod akan bergerak ke arah titian garam
untuk bergabung menjadi zink sulfat.
51

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


7.3

Bateri sebagai sel kimia

Semua jenis bateri merupakan sel kimia yang dapat mengubah tenaga kimia
kepada tenaga elektrik. Ada bateri yang mengandungi satu sel volta dengan dua
elektrod dan elektrolit yang sesuai. Contohnya, sel Daniell dan sel kering. Ada
juga bateri yang mengandungi dua atau lebih sel volta yang disambung secara
bersiri untuk meningkatkan jumlah voltan bateri tersebut. Contohnya, akumulator
asid-plumbum. Untuk keterangan lanjut mengenai tindak balas kimia yang
berlaku dalam beberapa jenis bateri, sila rujuk Tajuk 10 dalam modul ini.

Layari Internet

Kumpul maklumat tentang pelbagi jenis bateri dan kegunaannya.

52

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Tindak balas Al(p) + Cu2+(ak) Al3+(ak) + Cu(p) boleh digunakan


untuk membina sel voltan.
(a) Lukiskan sel voltan tersebut.
(b) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran elektron dan
ion pada sel voltan yang telah dilukis.
(c) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan
anod.

2. Satu tiub-U diisi dengan asid sulfirik cair sehingga parasnya adalah
lebih kurang 6 cm dari mulut tiub itu. Larutan kalium manganat(VII)
berasid dituangkan ke dalam lengan kiri sehingga 4 cm tinggi diikuti
dengan larutan kalium iodida di lengan kanan dengan ketinggian 4 cm
juga. Kemudian elektrod karbon diletak ke dalam kedua-dua lengan.
Seterusnya, kedua-dua elektrod itu disambung kepada sebuah
galvanometer.

(Petunjuk: Ion manganat (VII) berasid merupakan satu agen


pengoksidaan dan ion iodida merupakan satu agen
penurunan)

(a) Lukiskan sel voltan tersebut.


(b) Apakah akan diperhatikan pada jarum galvanometer?
Jelaskan pemerhatian anda.
(c) Label anod dan katod serta tandakan arah pengaliran elektron
pada sel voltan yang telah dilukis.
(d) Tulis persamaan tindak balas setengah yang berlaku di katod dan
anod.

53

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (1 jam)

Aktiviti PPIK 4 untuk mengkaji jenis bateri


1. Anda dibekalkan dengan beberapa bateri berikut .

Sel kering

Sel alkali

Sel merkuri

Akumulator Asid-Plumbum

Sel Nikel kadmium

Tentukan terminal positif dan negatif setiap sel yang tersebut dia atas dan
nyatakan kegunannya.

2. Terdapat sel kimia lain seperti logam nikel hidrida (NiMH), lithium-ion (Liion), lithium-polimer (Li-Poly), sel bahanapi and sel solar. Nyatakan
kegunaan setiap sel ini.

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut:


Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti tersebut?
Dari bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah
yang berkaitan dengan topik berkenaan?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

54

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Perbincangan (2 jam)

Aktivti Eksperimen 4 untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak


EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk


pemindahan elektron pada satu jarak.
: 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat

Bahan

(disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3


larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium
iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3
larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .
Alat Radas

: Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon,


kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu
lubang.

Prosedur :
1. Letakkan tiub U pada pemegang kaki retot.
2. Masukkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari
mulut tiub-U.
3. Dengan menggunakan penitis, tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5
moldm-3 ferum(II) sulfat ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan
ferum(II) sulfat mencapai 3 cm.
4. Seterusnya dengan berhati-hati, tambahkan 0.2 moldm-3 larutan kalium
dikromat (VI) berasid ke lengan tiub-U yang satu lagi.
5. Letakkan elektrod karbon ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
6. Sambungkan elektrod ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, tentukan elektrod
yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak
sebagai terminal negatif.

55

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


7. Biarkan radas tersebut selama 30 minit, perhatikan sebarang perubahan
yang berlaku.
8. Gunakan penitis yang bersih, keluarkan 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dari
tiub-U dam masukkannnya ke dalam tabung uji.Tambah beberapa titis
larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ke dalam tabung uji tersebut.
Rekodkan pemerhatian anda.
9. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm -3 kalium
iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi
menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI)
berasid
10. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji
1 %.

Galvanometer

Elektrod
karbon
Larutan ferum
(II) sulfat

Larutan berasid
kalium dikromat (VI)

Tiub-U
Asid sulfurik

Rajah 2

56

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Soalan:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang
dijalankan dalam amali ini.
(ii) Dalam seIiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen
penurunan.
2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks
tersebut.
3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.
4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di
atas.
5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk
menggantikan asid sulfurik?

57

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 8 ELEKTROKIMIA: DAYA GERAK ELEKTRIK SEL

SINOPSIS
Apabila tindak balas redoks berlaku dalam satu sel kimia, perbezaan nilai
keupayaan elektrod di antara anod dan katod ialah daya gerak elektrik
(d.g.e.) sel kimia tersebut. Pengaliran elektron boleh berlaku dalam sel kimia
disebabkan oleh perbezaan nilai keupayaan elektrod. Keupayaan elektrod
ialah beza keupayaan untuk tindak balas yang berlaku pada sesuatu
elektrod.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan konsep daya gerak elektrik sel


(d.g.e.sel = E sel )

Menerangkan konsep keupayaan elektrod piawai (E )

Menerangkan konsep keupayaan penurunan piawai (E red)

Mengira nilai d.g.e sel piawai (E sel ) dari nilai-nilai Ered yang
diberi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

8.1
Daya Gerak
Elektrik Sel

8.3
Keupayaan
Penurunan
Piawai

8.2
Keupayaan
Elektrod Piawai

58

8.4
Pengiraan
d.g.e.sel
piawai

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN

8.1

Daya Gerak Elektrik Sel (d.g.e.sel = E sel )

Dalam sel Zn-Cu yang telah dibincang dalam Tajuk 7, apakah yang
menyebabkan elektron bergerak dari anod ke katod secara spontan di litar
luar? Elektron dapat bergerak secara spontan dari anod ke katod dalam satu
sel kimia disebabkan oleh perbezaan tenaga keupayaan. Tenaga keupayaan
elektron di anod adalah lebih tinggi daripada di katod, maka elektron dapat
bergerak secara spontan ke katod.

Perbezaan keupayaan antara dua elektrod dalam satu sel kimia memberi
satu daya penggerak (driving force) untuk elektron bergerak. Maka,
perbezaan keupayaan ini dipanggil daya gerak elektrik sel (d.g.e. sel).
Daya gerak elektrik sel diwakili oleh simbol E sel. Daya gerak elektrik sel juga
digelar sebagai keupayaan sel. Oleh kerana Esel diukur dalam volt, E sel juga
dipanggil sebagai voltan sel.

Nilai d.g.e. sel untuk sesuatu sel kimia yang tertentu bergantung kepada
kepekatan bahan dan hasil tindak balas, dan suhu tindak balas. Dalam
keadaan piawai, kepekatan bahan dan hasil tindak balas ialah 1 moldm -3
dan suhu ialah 25 0C. Untuk bahan dan hasil tindak balas dalam bentuk gas,
kepekatan piawai ialah pada tekanan 1 atm.

Dalam keadaan piawai, d.g.e. sel digelar sebagai daya gerak elektrik
piawai dan diwakili oleh simbol E sel. Esel juga dikenali sebagai keupayaan
sel piawai. Daya gerak elektrik sel diukur dalam unit volt (V). Satu volt ialah
perbezaan tenaga keupayaan 1J untuk 1C cas elektrik bergerak.
Contoh: D.g.e piawai untuk sel Zn-Cu yang telah dipelajari di Tajuk 7 ialah
1.10 V. Kaedah untuk memperoleh nilai ini akan dibincang dalam bahagian
8.4.
59

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


8.2

Keupayaan Elektrod Piawai (E )

Keupayaan elektrod piawai (E ) adalah beza keupayaan untuk tindak balas


yang berlaku pada sesuatu elektrod. Nilai E bergantung kepada
kepekatan, suhu dan tekanan bahan tindak balas dan hasil tindak balas
yang ada pada elektrod itu. Keadaan piawai ialah kepekatan pada
1mol dm -3, suhu pada 250C dan tekanan pada 1 atm (101 325 Pa).

8.2.1 Keupayaan Elektrod Piawai Logam

Rajah 1: Elektrod Kuprum

Untuk logam seperti kuprum, apabila sebatang logam kuprum dicelup dalam
larutan yang mengandungi ion-ion kuprum (Rajah 1), maka keseimbangan
berikut tercapai:

Cu (p)

Cu 2+(ak) + 2e

Keseimbangan ini bergantung kepada kecenderungan logam kuprum


menjadi ion kuprum dan juga tenaga penghidratan ion kuprum. Elektron
yang dibebaskan terkumpul pada batang logam kuprum. Oleh sebab itu,
batang logam kuprum yang bercas negatif akan menarik ion-ion kuprum
yang bercas positif. Keadaan ini menghasilkan beza keupayaan di antara
logam kuprum dengan larutannya dan disebut keupayaan elektrod kuprum.
60

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Jika kepekatan dan suhu adalah pada keadan piawai, maka keupayaan
elektrod itu digelar sebagai keupayaan elektrod piawai logam kuprum.

8.2.2 Keupayaan Elektrod Piawai Bukan Logam

Untuk bukan logam seperti gas hidrogen, apabila gas hidrogen dialirkan
masuk ke dalam satu tiub yang mengandungi satu elektrod lengai yang
bersentuhan dengan larutan asid cair (Rajah 2), keseimbangan berikut
tercapai:

H2 (g)

2H + (ak) + 2e

Keadaan ini juga akan menghasilkan beza keupayaan di antara gas


hidrogen dengan larutan asid cair yang mengandungi ion-ion hidrogen dan
disebut keupayaan elektrod hidrogen. Jika kepekatan, suhu dan tekanan
gas adalah pada keadan piawai, maka keupayaan elektrod itu digelar
sebagai keupayaan elektrod piawai hidrogen.

Rajah 2: Elektrod Hidrogen

61

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


8.2.3 Nilai-nilai Keupayaan Elektrod

Perhatikan bahawa adalah mustahil untuk mengukur nilai keupayaan


elektrod piawai kerana litar elektrod adalah tidak lengkap (Rujuk Rajah 1
dan Rajah 2). Masalah ini diatasi dengan menggunakan elektrod hidrogen
piawai. Nilai elektrod hidrogen piawai ditetapkan pada nilai sifar. Jadi,
apabila elektrod yang lain disambung kepada elektrod hidrogen, bacaan
voltmeter yang disambung antara kedua-dua elektrod ialah nilai keupayaan
elektrod itu. Nilai negatif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai anod
(elektrod negatif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sebaliknya,
nilai positif diberi kepada elektrod yang bertindak sebagai katod (elektrod
positif) apabila disambung kepada elektrod hidrogen. Sila rujuk contohcontoh pada Jadual 1 di bahagian 8.3.

8.3

Keupayaan Penurunan Piawai (Ered )

Jika tindak balas elektrod ditulis dalam bentuk penurunan, maka keupayaan
elektrod piawai dikenali sebagai keupayaan penurunan piawai (E red )
elektrod tersebut. Ia merupakan beza keupayaan untuk tindak balas
setengah yang berlaku sama ada di katod atau anod. Jadual 1 di bawah
menunjukkan beberapa nilai keupayaan penurunan piawai (Ered ).

62

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Jadual 1
63

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


8.3.1 Menentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan daripada
nilai E red
(a) Nilai E red yang negatif
Dengan merujuk Jadual 1, keupayaan penurunan piawai untuk elektrod zink
boleh ditulis secara ringkas sebagai E Zn2+/Zn = - 0.76 V. Ini bermaksud
apabila elektrod zink disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu
litar lengkap, elektrod zink adalah elektrod negatif, iaitu anod. Tindak balas
setengah yang berlaku di anod adalah pengoksidaan. Maka, persamaan di
anod adalah:
E = + 0.76 V

Zn(p) Zn2+(ak) + 2e-

(Perhatian: Apabila persamaan di Jadual 1 diterbalikkan, nilai negatif


menjadi positif)

Oleh kerana zink telah dioksidasikan, maka zink adalah satu agen
penurunan. Kesimpulannya, semakin negatif nilai E red untuk sesuatu unsur
logam, semakin tinggi kuasa penurunan untuk logam itu. Contohnya, litium
adalah agen penurunan yang lebih baik berbanding zink.

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada unsur logam sebagai


agen penurunan. Bagaimanakah pula dengan kuasa penurunan
untuk unsur bukan logam?

64

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


(b) Nilai Ered yang positif
Keupayaan penurunan piawai untuk elektrod kuprum boleh ditulis secara
ringkas sebagai E Cu2+/Cu = + 0.34 V. Ini bermaksud apabila elektrod kuprum
disambung ke elektrod hidrogen untuk membentuk satu litar lengkap,
elektrod kuprum adalah elektrod positif, iaitu katod.Tindak balas setengah
yang berlaku di katod adalah penurunan. Maka, persamaan di katod adalah:
E = + 0.76 V

Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p)

Oleh kerana ion Cu2+ telah diturunkan, maka Cu2+ adalah satu agen
pengoksidaan. Kesimpulannya, semakin positif nilai E red untuk sesuatu ion
logam, semakin tinggi kuasa pengoksidaan untuk ion logam itu. Contohnya,
ion argentum adalah agen pengoksidaan yang lebih baik berbanding ion
kuprum (II).

Memikir

Penerangan di atas adalah merujuk kepada ion logam sebagai


agen pengoksidaan. Bagaimanakah pula dengan kuasa
pengoksidaan untuk ion bukan logam?

65

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Salah satu kegunaan nilai-nilai keupayaan penurunan piawai (E red)


ialah ia boleh digunakan untuk menentukan kekuatan agen
pengoksidaan atau agen penurunan.

Dengan merujuk kepada Jadual 1, jawap soalan-soalan yang berikut:

(a) Mengapakah bahan di sebelah kiri persamaan setengah


merupakan agen pengoksidaan dan kuasa pengoksidaannya
semakin meningkat dari bawah ke atas jadual tersebut?

(b) Mengapakah bahan di sebelah kanan persamaan setengah


merupakan agen penurunan dan kuasa penurunannya
semakin meningkat dari atas ke bawah jadual tersebut?

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan


keupayaan penurunan piawai (E red) dalam menentukan kekuatan relatif
agen pengoksidaan dan penurunan.

66

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


8.4

Pengiraan Nilai d.g.e Sel Piawai (Esel) dari Nilai-nilai Ered

(a)

Jika dua nilai Ered diberi, nilai d.g.e sel piawai, E sel, boleh diperoleh
dari nilai-nilai E red dengan menggunakan formula:
E sel = Ered (katod) E red (anod)
Contoh:

untuk sel kimia Zn-Cu

Esel = Ered (katod) Ered(anod)


= 0.34 V - (- 0.76 V)
= 1.10 V

(Petunjuk: Elektrod yang mempunyai nilai yang lebih negatif


adalah anod dan nilai yang lebih positif adalah katod)

(b)

Jika tindak balas redoks diberi, untuk menentukan Esel, langkah yang
pertama ialah menulis persamaan pengoksidaan dan penurunan
berdasarkan persamaan yang diberi. Untuk sel kimia, anod adalah
elektrod negatif di mana elektron dibebas dan pengoksidaan
berlaku di situ. Sebaliknya, katod adalah elektrod positif di mana
elektron diterima dan penurunan berlaku di situ. Dengan cara ini,
anod dan katod dapat ditentukan daripada tindak redoks yang diberi.

Contohnya, untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan tindak balas redoks


adalah:
Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p).

67

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Maka persamaan setengah adalah:

Anod:

Zn(p) Zn2+(ak) + 2e-

Pengoksidaan

Katod:

Cu2+(ak) + 2 e- Cu(p)

Penurunan

Maka, Esel = Ered (katod) Ered (anod)


= 0.34 V - (- 0.76 V)
= 1.10 V

Latihan

1.

Tentukan nilai E sel untuk satu sel kimia yang dibina dari sel-sel
setengah yang berikut:
(a) EZn2+/Zn = - 0.76 V dan E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V
(b) E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V dan E Mg2+/Mg = - 2.37 V
Untuk setiap kes di atas, tentukan katod dan anod .

2.

Satu tindak balas sesuatu sel kimia adalah seperti yang berikut:
2 I-(ak) + Ag+ (ak)

I 2(ak) + 2Ag(p)

Dengan bantuan Jadual 1, tentukan nilai E sel .


Tentukan agen pengoksidaan dan penurunan dalam sel kimia itu.

68

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1.

Diberi:
E Cu2+/Cu = + 0.34 V
E Zn2+/Zn = - 0.76 V
E MnO4-,H+/Mn2+ = + 1.23 V
E Mg2+/Mg = - 2.37 V
Berdasarkan maklumat di atas, tentukan agen pengoksidaan dan agen
penurunan yang paling kuat.

2.

Diberi tindak redoks seperti yang berikut boleh berlaku:


Fe(p) + Cu 2+(ak) Fe 2+(ak) + Cu(p)

(a)

Lukis satu sel kimia untuk tindak balas di atas.

(b)

Labelkan anod dan katod pada sel kimia yang telah dilukis dan
tandakan arah pengaliran elektron.

(c)

Dengan bantuan Jadual 1, tentukan nilai E sel untuk sel kimia ini.

(d)

Tulis persamaan setengah yang berlaku di katod dan anod.

(e)

Tentukan agen pengoksidaan dan agen penurunan yang


digunakan dalam sel kimia ini.
69

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 9 ELEKTROKIMIA:
PERUBAHAN SPONTAN TINDAK BALAS
REDOKS
KESAN KEPEKATAN KE ATAS D.G.E. SEL
SINOPSIS
Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan
dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh
berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka
tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e.
adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku.
Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan
merujuk kepada keadaan piawai, iaitu: kepekatan larutan pada 1 moldm -3,
suhu pada 25 0C dan tekanan gas pada 1 atm (101325 Pa). Apabila
keadaan-keadaan ini berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Kesan
perubahan dapat diterangkan secara kualitatitif dengan menggunakan
Prinsip Le Chatelier manakala Persamaan Nernst digunakan untuk
pengiraan secara kuantitatif.

HASIL PEMBELAJARAN

Meramalkan perubahan spontan tindak balas redoks

Menerangkan kesan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik


sel (d.g.e.sel = E sel )

Menggunakan persamaan Nernst untuk mengira daya gerak


elektrik sel (d.g.e.sel = E sel ) apabila kepekatan ion berubah

Menggunakan persamaan Nernst untuk menentukan pemalar


keseimbangan tindak balas redoks

70

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


KERANGKA TAJUK-TAJUK

ELEKTROKIMIA

9.1

9.2

Perubahan Spontan
Tindak Balas Redoks

Kesan Kepekatan Ion


Ke atas Daya Gerak
Elektrik Sel

9.3
Persamaan Nernst

ISI KANDUNGAN

9.1

Perubahan Spontan Tindak Balas redoks

Nilai d.g.e. sel yang diperoleh daripada Ered dua elektrod yang berlainan
dapat digunakan untuk meramal sama ada tindak balas redoks itu boleh
berlaku secara spontan atau tidak. Jika nilai d.g.e. adalah positif, maka
tindak balas spontan diramalkan akan berlaku. Sebaliknya, jika nilai d.g.e.
adalah negatif, maka tindak balas spontan diramalkan tidak akan berlaku.

Perbincangan yang selanjutnya dalam topik ini bukan sahaja merujuk


kepada tindak balas redoks yang berlaku di sel kimia, tetapi juga merujuk
kepada tindak balas redoks yang berlaku secara am. Oleh itu, adalah wajar
untuk menulis formula d.g.e. sel kepada bentuk am seperti yang berikut:
d.g.e = E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan)
Perhatikan bahawa perkataan sel tidak ditulis dalam formula di atas untuk
menunjukkan bahawa ia merujuk kepada semua tindak balas redoks secara
am dan bukan sahaja merujuk kepada tindak balas redoks yang berlaku
dalam sel kimia. Perkataan katod telah diganti dengan proses penurunan
dan perkataan anod diganti dengan proses pengoksidaan.

71

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh: Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama
ada tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai.
(a)

2Ag(p) + 2H +(ak) 2Ag+(ak) + H2(g)

(b)

Cl2(g) + 2Br -(ak) 2Cl-(ak) + Br2(c)

Penyelesaian:
(a)

Pengoksidaan: 2Ag(p) 2Ag+(ak) + 2e


Penurunan:

2H +(ak) + 2e H2(g)

E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan)


= (0.00 V) (+0.80 V) = - 0.80 V
Nilai negatif menunjukkan tindak balas tidak spontan dan ini
bermaksud argentum tidak akan bertindakbalas dengan asid
(ion H+).

(b)

Pengoksidaan: 2Br -(ak) Br2(c) + 2e

Penurunan:

Cl 2(g) + 2e 2Cl -(ak)

E = E red(proses penurunan) - Ered(proses pengoksidaan)


= (+ 1.36 V) (+ 1.07 V) = + 0.29 V

Nilai positif menunjukkan tindak balas spontan dan ini


bermaksud gas klorin akan bertindakbalas dengan larutan
akues bromida (ion bromida).

72

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

Dengan menggunakan Jadual 1 dalam Tajuk 8, ramalkan sama ada


tindak balas berikut berlaku secara spontan dalam keadaan piawai.

9.2

(a)

Cu(p) + 2H+(ak) Cu2+(ak) + H 2(g)

(b)

Cl2(g) + 2I -(ak) 2Cl-(ak) + I 2(p)

Kesan Kepekatan Ion ke atas Daya Gerak Elektrik Sel


(d.g.e.sel = E sel)

Di Tajuk 8, pengiraan daya gerak elektrik sel cuma merujuk kepada keadaan
piawai di mana kepekatan larutan adalah pada 1 moldm -3, suhu pada 25 0C
dan tekanan gas pada 1 atm(101325 Pa). Apabila keadaan-keadaan ini
berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah. Nilai E sel bergantung kepada
kepekatan ion, suhu, nilai pH larutan dan kesan pembentukan kompleks.
Perhatikan bahawa untuk keadaan bukan piawai, simbol E sel digunakan dan
bukan E sel.
Jika hanya kepekatan ion berubah dan semua keadaan yang lain tetap tidak
berubah, kesan perubahan kepekatan ion ke atas nilai Esel boleh diramalkan
secara kualitatif dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier.
Contohnya, dalam sel kimia Zn-Cu, jika hanya kepekatan ion Cu 2+
berkurang, maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas
Cu2+(ak) + 2e Cu (p) akan beralih ke kiri, iaitu kecenderungan untuk
pembentukan Cu(p) dikurangkan dan ini akan mengakibatkan nilai E red
berkurang (menjadi kurang positif). Akibatnya, nilai Esel akan berkurang.
[ Peringatan: E sel = E red(katod) - E red(anod) dan logam kuprum adalah katod
di sini]

73

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Jika hanya kepekatan ion Zn 2+ bertambah, maka mengikut Prinsip Le
Chatelier, keseimbangan tindak balas Zn 2+(ak) + 2e Zn (p) akan
beralih ke kanan, iaitu kecenderungan untuk pembentukan Zn(p) bertambah
dan ini akan mengakibatkan nilai E red bertambah (menjadi kurang negatif).
Akibatnya, nilai Esel akan berkurang
[ Peringatan: Esel = E red(katod) - E red(anod) dan logam zink adalah anod di
sini]

Latihan

Dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier dan Jadual 1 dalam Tajuk


8, ramalkan E sel berkurang atau bertambah untuk sel kimia Zn-Cu
dalam keadaan-keadaan yang berikut:

(a)

Kepekatan ion Cu 2+ bertambah dan kepekatan ion Zn2+ tidak


berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

(b)

Kepekatan ion Zn 2+ berkurang dan kepekatan ion Cu2+ tidak


berubah. Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

74

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


9.3

Persamaan Nernst

Persamaan Nernst digunakan untuk pengiraan secara kuantitatif kesan


perubahan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik sel, Esel .
Persamaan Nernst boleh ditulis sebagai:
Esel = Esel

lg Q

(Perhatian: lg Q = log10Q)

R = Pemalar universal = 8.31 JK-1mol-1


T = Suhu mutlak dalam unit Kelvin
Q = Hasil bahagi tindak balas (mempunyai bentuk yang sama dengan
pemalar keseimbangan)

n = Bilangan elektron yang terlibat


F = Pemalar Faraday = 96 500 Cmol-1
Pada suhu piawai T= 250C = 298 K dan nilai-nilai R dan F digantikan ke dalam
persamaan Nernst, persamaan boleh diringkaskan sebagai:
Esel = Esel

lg Q

Persamaan Nernst ini boleh digunakan untuk:

menentukan nilai daya gerak elektrik sel, Esel , pada keadaan


tidak piawai

menentukan kepekatan bahan atau hasil tindak balas jika Esel


dapat diukur

menentukan pemalar keseimbangan tindak balas redoks

75

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh 1
Untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan redoks adalah:
Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p)

Diberi:
Kepekatan larutan zink sulfat = 1 moldm-3
Kepekatan larutan kuprum (II) sulfat = 0.5 moldm-3
E Cu2+/Cu = + 0.34 V
E Zn2+/Zn = - 0.76 V
Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

Tentukan:
(a) daya gerak elektrik sel pada keadaan piawai (Esel).
(b) daya gerak elektrik sel pada keadaan yang tersebut di atas (Esel)
Penyelesaian
(a)

Esel = E (katod) - E (anod) = 0.34 V (-0.76 V) =1.10 V

(b)

Esel = Esel

lg Q = 1.10 V
= 1.10 V

lg ([Zn2+]/[Cu2+])
lg

= 1.10 V 0.01 V
= 1.09 V

76

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh 2
Jika sel Zn-Cu dalam Contoh 1 mempunyai Esel = 1.13 V dan kepekatan larutan
kuprum (II) sulfat adalah 1 moldm-3, kirakan kepekatan larutan zink sulfat.
Penyelesaian
Esel = Esel

lg Q

1.13 V = 1.10 V
= 1.10 V
lg [Zn2+] = - 0.03 x

lg ([Zn2+]/[Cu2+])
lg ([Zn2+]/1)
= - 1.014

[Zn2+] = 0.1 M (tepat kepada 1 tempat perpuluhan)

Contoh 3
Tindak balas redoks yang berlaku dalam sel kimia Zn-Cu ialah:
Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p)
Dengan menggunakan persamaan Nernst, kirakan nilai pemalar keseimbangan,
Kc, bagi sistem sel tersebut.
Penyelesaian
Kc = [Zn2+]/[Cu2+]
Dengan menggunakan persamaan Nernst:
Esel = Esel

lg Q = 1.10 V

lg ([Zn2+]/[Cu2+])

Pada keseimbangan, Esel = 0.


Maka, 1.10 V =

lg ([Zn2+]/[Cu2+]) =

lg Kc = 37.3
Kc = 1.9 x 1037
77

lg Kc

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Untuk satu sel kimia Mg-Cu, hitungkan


(a) Esel. (Rujuk Jadual 1 di Tajuk 8 untuk nilai-nilai Ered yang berkaitan)
(b) kepekatan ion Cu2+ jika daya gerak eletrik sel adalah 2.69 V
pada suhu 250C dan kepekatan ion magnesium adalah 1 moldm-3.

2.

Satu sel kimia mempunyai tindak balas redoks seperti yang berikut:
Cr2O72- (ak) + 14 H+(ak) + 6I-(ak) 2Cr3+(ak) + 3I2(p) + 7H2O(c)
Diberi:
Esel = 0.79 V
[Cr2O72-] = [H+] = [I-] = 1 moldm-3
[Cr3+] = 1 x 10-5 moldm-3

Hitungkan nilai daya gerak elektrik sel ini pada suhu 298 K.
3.

Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas di soalan 2.

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang kegunaan


Persaman Nernst.

78

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Dengan menggunakan nilai Ered yang diberi dalam Jadual 1 di


Tajuk 8, ramalkan sama ada tindak balas redoks berikut berlaku secara
spontan atau tidak.
(a)

Sn2+(ak) dan Zn(p)

(b)

Fe2+(ak) dan Ag (p)

(c)

I2 (p) dan Br- (ak)

2. Satu sel kimia dibina dengan menggunakan tindak balas yang berikut:
Zn (p) + 2Ag+ (ak) Zn2+(ak) + 2Ag (p)
Apakah kesan terhadap Esel jika
(a)

elektrod zink dengan luas permukaan yang lebih besar


digunakan?

(b)

pepejal zink nitrat ditambah di kawasan elektrod zink?

(c)

pepejal argentum nitrat ditambah di kawasan elektrod


argntum?

(d)

air tulen ditambah di kawasan elektrod zink?

79

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


3. Dengan merujuk kepada sel kimia di soalan 2 dan juga dengan
menggunakan nilai Ered yang diberi dalam Jadual 1 di Tajuk 8, jawab
soala-soalan yang berikut.
(a)

Kira nilai Esel untuk sel kimia itu.

(b)

Kira nilai Esel jika kepekatan zink nitrat ialah 2 M dan


keadaan yang lain masih dalam keadaan piawai.

(c)

Jika Esel ialah 1.50 V, apakah perubahan pada kepekatan


argentum nitrat jika keadaan yang lain masih dalam
keadaan piawai?

(d)

Cari nilai pemalar keseimbangan untuk sistem tindak balas


tersebut.

80

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 11

ELEKTROKIMIA
PROSES ELEKTROLISIS
ELEKTROLISIS DLM KEADAAN LEBURAN
ELEKTROLISIS DLM LARUTAN AKUES
HUKUM FARADAY

SINOPSIS
Elektrolisis ialah satu proses penguraian elektrolit kepada komponennya
dengan menggunakan tenaga elektrik, misalnya penggunaan elektrik dalam
pengekstrakan logam aluminium dari bijihnya. Dalam sel kimia pula, berlaku
perubahan kimia bagi menghasilkan tenaga elektrik, misalnya dalam sebuah
sel kering. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang proses elektrolisis,
elektrolisis dalam keadaan leburan dan larutan akues serta Hukum Faraday.

HASIL PEMBELAJARAN

Mengenali proses elektrolisis

Menerangkan proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk leburan

Menerangkan Proses elektrolisis untuk sebatian berbentuk larutan akues

Menggunakan Hukum Faraday dalam pengiraan kuantitatif proses


elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
11.1 Proses Elektrolisis

11.2 Proses Elektrolisis dalam keadaan


Elektrolisis

leburan

11.3 Proses Elektrolisis dalam larutan


akues

11.4 Hukum Faraday


81

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN
11.1

Proses elektrolisis

Untuk menerangkan proses elektrolisis beberapa istilah perlu diperkenalkan


terlebih dahulu :

Elektrolit ialah sebatian yang mengkonduksi arus elektrik dan


terurai kepada komponen-komponennya dalam proses elektrolisis

Elektrod ialah konduktor dalam bentuk dawai, batang atau plat yang
membawa arus elektrik ke dalam dan keluar dari sel elektrolisis

Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak mengalami apa-apa


perubahan / tindakbalas kimia dalam proses elektrolisis contohnya
grafit dan platinum

Katod ialah elektrod negatif dan anod ialah elektrod positif

Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada komponenkomponennya dengan menggunakan tenaga elektrik
Bateri
Anod

Katod

Larutan
Elektrolit

Rajah 11.1 Sel Elektrolisis


Dalam sel elektrolisis :
1. Elektrod yang disambungkan kepada kutub positif sel bateri
dinamakan anod. Jadi anod bercas positif. Manakala elektrod yang
disambungkan ke kutub negatif dinamakan katod. Katod bercas
negatif
82

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


2. Proses pengoksidaan berlaku di anod manakala proses penurunan
berlaku di katod.
3. Dalam elektrolit terdapat ion-ion bercas positif dan negatif . Ion-ion akan
bergerak ke elektrod yang bertentangan casnya iaitu ion-ion positif
(kation) akan bergerak ke katod (elektrod bercas negatif) manakala ion
bercas negatif (anion) akan bergerak ke anod (elektrod bercas positif).
4. Pada kedua-dua elektrod proses nyahcas berlaku.
5. Elektron akan mengalir pada litar luar dari anod ke katod.

Peringatan

Dalam sel elektrolisis: katod bercas negatif manakala anod bercas positif.

Dalam sel kimia: katod merupakan elektrod positif manakala anod


merupakan elektrod negatif.

Dalam kedua-dua sel didapati :


Pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di katod

11.2

Proses elektrolisis dalam keadaan leburan

Contoh : Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida


Leburan plumbum bromida hanya mempunyai ion Pb2+ dan Br- sahaja.

PbBr2
Katod (-ve)

Pb2+ + 2BrAnod (+ve)

Rajah 11.2 Elektrolisis leburan plumbum bromida

83

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Katod

Anod

Pemerhatian:

Pemerhatian:

Terbentuk pepejal kelabu

Terhasil wap perang

Persamaan setengah

Persamaan setengah

Pb

2+

+ 2e

2Br-

Pb

Br2 + 2e-

( penurunan)

(pengoksidaan)

Penerangan:

Penerangan:

Ion Pb(II) bercas positif akan

Ion Br- bercas negatif akan

bergerak ke katod yang bercas

bergerak ke anod (+ve). Ion

negatif. Ion Pb2+ akan menerima Br- akan kehilangan satu


dua elektron untuk membentuk

elektron untuk membentuk

atom plumbum.

atom bromin. Setiap dua atom


bromin akan berpadu
membentuk molekul bromin.

Tindakbalas di katod di mana ion

Tindakbalas ion bromin

plumbum(II) menerima elektron

kehilangan elektron

dinamakan tindakbalas penurunan dinamakan tindakbalas


pengoksidaan

84

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


11.3

Proses elektrolisis dalam larutan akues

Contoh : Elektrolisis larutan akues plumbum(II) nitrat


Pb(NO3)2
H2O

Pb2+ + 2NO3H+

+ OH-

Terdapat empat jenis ion yang dihasilkan. Terdapat persaingan antara ion-ion
untuk dinyahcaskan. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan ion
untuk dinyahcaskan, iaitu:

Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia

Kepekatan ion-ion

Jenis elektrod

11.3.1 Faktor kedudukan Ion-ion dalam siri elektrokimia


Siri elektrokimia dapat menunjukkan kemudahan sesuatu logam untuk
membentuk kation. Lebih elektropositif logam itu lebih mudah kation terbentuk.
M(p)

Mnn+ + ne

Oleh itu, tertib nyahcas ion ialah sonsangan tertib keelektropositifan logam.
Mn+ + ne

M(p)

Kesimpulannya, semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia


semakin mudah ion itu dinyahcaskan. Konsep ini boleh diaplikasikan untuk
kedua-dua kaion dan anion.

85

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Kation
K+

Anion

Mn+ + ne M(p)

X n- X + ne

Ca2+

NO3SO2-

Na+

Kemudahan nyahcas

Cl-

Mg2+

semakin bertambah

Br-

Al3+

I-

Zn2+

OH-

Fe2+
Sn2+
Pb2+
H+ (H3O+)
Cu2+
Ag+
Au3+

Rajah 11.3 Siri Elektrokimia

Dengan merujuk Jadual 1 dalam Tajuk 8 iaitu Jadual Keupayaan Penurunan


Piawai, kenyataan berikut boleh dibuat:

Penurunan berlaku di katod.


Lebih positif nilai Ered untuk sesuatu ion positif, maka ion itu yang akan
dinyahcas.

Pengoksidaan berlaku di anod.


Lebih negatif nilai Ered untuk sesuatu ion negatif, maka ion itu yang
akan dinyahcas.

86

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Satu larutan mengandungi ion Cu2+ dan ion Zn2+ dielektrolisiskan.


Ion manakah yang akan dinyahcaskan?

2.

Apakah yang terhasil di katod dan anod apabila larutan akues


kalium nitrat (V) dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod
platinum?

11.3.2 Faktor kepekatan ion-ion


Jika kepekatan sesuatu ion itu lebih tinggi, ion itu lebih diutamakan untuk
dinyahcaskan. Misalnya dalam satu larutan akues terdapat ion-ion berikut :
kepekatan ion halida = 10-1 mol / dm-3
kepekatan ion OH- = 10-7 mol / dm-3
Didapati ion halida 106 kali lebih pekat dari ion OH-. Oleh yang demikian ion
halida akan dinyahcaskan kerana kepekatannya tinggi.

Sekiranya terdapat dua ion yang kedudukannya sangat jauh dalam Siri
Elektrokimia, faktor kepekatan menjadi tidak penting lagi. Contohnya jika
terdapat ion Na+ dan H+ dalam sesuatu larutan, maka ion H+ akan dinyahcaskan.
Persamaan ion setengah :
2H+ + 2e

Na+ + e

H2(g) gas hidrogen akan dibebaskan


Na(p)

( tindakbalas ini TIDAK BERLAKU)

87

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Sekiranya terdapat ion OH- dan SO42- dalam sesuatu larutan, ion
yang manakah akan dinyacaskan terlebih dahulu? Bincangkan.

2.

Apakah ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila bahan-bahan


berikut dielektrolisiskan? Tuliskan persamaan tindak balas yang
berlaku di anod dan katod. Apakah pemerhatian yang akan
diperolehi? (Kedua-dua elektrod yang digunakan ialah platinum.)
(a)

larutan natrium klorida pekat

(b)

larutan kalium klorida cair

(c)

Larutan plumbum (II) nitrat

11.3.3 Faktor jenis elektrod


Tindak balas yang berlaku bergantung kepada jenis elektrod yang digunakan.
Kemudahan nyahcas oleh ion-ion tidak sama bagi tiap-tiap elektrod. Ion-ion yang
tidak boleh dinyahcaskan dengan kemudahan biasa di elektrod tertentu
dikatakan mempunyai keupayaan melampau di elektrod tersebut. Faktor jenis
elektrod akan lebih memberi kesan tertib ion dinyahcaskan berbanding dengan
faktor Siri Elektrokimia dan faktor kepekatan ion.

88

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh 1:

Elektrolisis I - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan menggunakan


elektrod platinum.
Eleketrlisis II - Larutan natrium klorida dielektrolisiskan dengan menggunakan
anod platinum dan katod merkuri.

Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi:


Elektrod Platinum

Katod Merkuri

Persamaan tindak balas:

Persamaan tindak balas:

2H+ + 2e-

Na+ + e

H2(g)

Na(p)

Pemerhatian:

Pemerhatian:

Gas hidrogen akan dibebaskan

Terbentuk amalgam merkuri

Penerangan:

Penerangan:

Ion H+ dinyahcaskan dan

Ion Na+ dinyahcaskan menjadi

membentuk gas hidrogen. ion Na+ logam natrium. Logam ini larut
akan tertinggal dalam larutan.

ke dalam katod merkuri


akhirnya membentuk amalgam
merkuri. Ion H+ kekal dalam
larutan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 1


di atas?

89

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh 2:

Elektrolisis I - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan dengan


menggunakan elektrod platinum.
Elektrolisis II - larutan akues zink nitrat cair dielektrolisis dengan menggunakan
elektrod zink.

Perhatikan hasil berbeza akan diperolehi:

Elektrod Platinum

Elektrod Zink

Katod:

Katod:

Persamaan setengah

Persamaan setengah

2H+ + 2e-

Zn2+ + 2e

H2(g)

Zn(p)

Pemerhatian:

Pemerhatian:

Gas hidrogen akan dibebaskan

Logam Zn akan terenap di


elektrod

Penerangan:

Penerangan:

Ion H+ dinyahcaskan kerana ion H+

Ion Zn2+ dinyahcaskan

terletak lebih bawah dari ion Zn 2+

menjadi logam Zn. Hidrogen

dalam Siri Elektrokimia. Ion Zn

2+

dikatakan mempunyai

akan tertinggal dalam larutan

keupayaan melampau pada


elektrod Zn dan ia tidak
dinyahcaskan.

Memikir

Apakah yang terhasil di anod dalam kedua-dua kes dalam Contoh 2


di atas?
90

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Apakah yang berlaku dalam elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat


dalam keadaan-keadaan berikut :
(a)

Menggunakan elektrod platinum

(b)

Menggunakan elektrod kuprum

Kenalpastikan ion-ion yang akan dinyahcaskan apabila elektrolisis


berlaku. Tuliskan persamaan ion yang berlaku di anod dan katod.
Apakah pemerhatian yang akan diperolehi?

11.4 Hukum Faraday

Hukum Pertama Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang terhasil


semasa elektrolisis adalah berkadar langsung dengan amaun cas elektrik yang
mengalir melalui elektrolit. Amaun cas diberi oleh simbol Q dan diberi oleh
formula
Q=Ixt
di mana:

Q = amaun cas dalam Coulomb (C)


I = arus yang mengalir dalam Ampere(A)
t = masa yang diambil dalam saat (s)

Pemalar Faraday diberi oleh formula:

F = NAe
di mana:

F = Pemalar Faraday = 96500 C mol-1


NA = Pemalar Avogadro( 6.02 x 10 23 mol-1)
e = cas eleltron ( 1.6 x 10 -19 C)

91

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Contoh Pengiraan:

Satu larutan kuprum (II) sulfat dielektrolisiskan dengan menggunakan arus


0.150A selama 5 jam. Hitung jisim kuprum yang terenap pada katod.
(Diberi J.A R Cu=63.5)

Penyelesaian:
Kuantiti cas elektrik yang digunakan, Q
=Ixt
= 0.150A X (5 X 60 X 60) saat
= 2700 C
Oleh kerana 1 mol elektron = 1F = 96500 C
Maka, bilangan mol elektron yang terlibat = 2700 / 96500 = 0.028
Daripada persamaan ion : Cu 2+ + 2e Cu
2 mol elektron akan mengenapkan 1 mol kuprum.
Maka, 0.028 mol elektron akan mengenapkan X 0.028 = 0.014 mol kuprum

Jadi, jisim kuprum yang terenap = 0.014 X 63.5


=0.889 gram

92

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Hukum Kedua Faraday menyatakan bahawa amaun bahan yang berlainan
yang terhasil (sama ada terenap, terbebas atau terlarut) oleh amaun cas elektrik
yang sama adalah berkadar songsang dengan cas yang ada pada ion tersebut.
Ini bermakna 1F elektrik akan menyahcaskan 1 mol Ag+ atau mol Pb2+ atau
1/3 mol Al3+. Dengan lain perkataan, 1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan
satu mol Ag+ , 2F diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb2+ dan 3F
diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al3+ . Ini dapat dilihat dengan lebih
jelas lagi dengan berpandukan persamaan ion yang berikut:
Ag+ + e Ag
(1F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Ag+)
Pb2+ + 2e Pb
(2F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Pb2+)
Al3+ + 3e Ag
(3F elektrik diperlukan untuk menyahcaskan satu mol Al3+)

Contoh Pengiraan:
Dengan merujuk Rajah 11.4, didapati 0.32 gram argentum terenap. Kirakan
(a)

jisim kuprum yang terenap dan

(b)

isipadu oksigen yang dikumpulkan pada suhu bilik.


[ Jisim atom relatif: Ag = 108, Cu = 63.5 dan isipadu molar gas pada suhu
bilik = 24.0 dm3]

93

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

H2SO4

O2(g)

H2(g)
Elektrod Cu

Pt (-)

Elektrod Ag

Pt (+)
A

Larutan CuSO4

larutan AgNO3

Sumber
Elektrik

Rajah 11.4 Radas bagi coulometri

Penyelesaian
(a)

Bilangan mol argentum yang terenap = 0.32/108 = 2.96 X 10 -3


Maka, bilangan mol kuprum yang terenap = X 2.96 X 10 -3
Jisim kuprum = ( X 2.96 X 10 -3) X 63.5 = 0.094 gram

(b)

Persamaan ion : 2H+ + 2e- H2(g)


Maka, bilangan mol hidrogen yang terbebas = X 2.96 X 10 -3
Isipadu hidrogen yang terbebas = ( X 2.96 X 10 -3) X 24 dm3
= 0.0355 dm3

94

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1.

Hitung isipadu gas (pada s.t.p.) yang dibebaskan pada anod


apabila asid sulfurik dielektrolisiskan selama 20jam dengan
menggunakan 0.025A arus elektrik.
(Isipadu molar gas pada s.t.p = 22.4 dm3)

2.

Apabia 5.0A arus elektrik dialirkan melalui kalsium klorida lebur


selama 20 minit, 2.21 gram gas klorin dihasilkan. Jika cas per
elektron=1.6 X 10 -19C , hitung pemalar Avogadro [Cl=35.5]

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat untuk membanding beza antara


sel elektrolisis dengan sel elektrokimia

95

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )
1.

Hitung masa yang diperlukan untuk menyadur suatu bahan dengan


kromium agar tebal kromium ialah 0.01 cm. Luas bahan itu ialah
200cm2 . dan arus elektrik yang digunakan ialah 1.0A. Ketumpatan
kromium ialah 7.19 g cm-3

2.

Natrium borat, NaBO3 boleh disediakan dengan pengoksidanan


elektrolisis boraks, Na2B4O7 :
Na2B4O7 + 10NaOH

4NaBO3 + 5H2O + 8Na+ + 8e

Hitung jumlah NaBO3 yang diperolehi dalam masa 12.0 jam jika
arus elektrik digunakan 20.0A.

3.

Apabila 0.45A arus elektrik dialirkan melalui larutan nikel (II) sulfat
selama 1.0jam, 0.5 gram nikel dihasilkan. Jika pemalar Avogadro
= 6.02 X 1023 mol-1. Hitung cas pada satu elektron [Ni=58.7].

4.

Satu arus elektrik membebaskan 0.056 gram aluminium daripada


aluminium oksida. Jika arus elektrik yang sama digunakan untuk
elektrolisis larutan argentum nitrat, hitung bilangan mol argentum
yang dienapkan [Al=207].

5.

Dengan merujuk Jadual 1 di Tajuk 8, jelaskan mengapa florin tidak


boleh disediakan melalui elektrolisis larutan natrium florida.

6.

Satu larutan kalium iodida yang mengandungi beberapa titis


fenolptalein dielektrolisiskan,. Selepas beberapa ketika, huraikan
apakah yang akan kelihatan di anod dan katod.

96

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 12

ELEKTROKIMIA:
- PENGGUNAAN KOMERSIAL ELEKTROLISIS
- KERJA ELEKTRIK DALAM ELEKTROLISIS

SINOPSIS

Elektrolisis memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.


Contohnya sumber air minuman mungkin tercemar oleh ion logam tertentu
yang dihasilkan menerusi efluen industri. Proses elektrolisis digunakan untuk
membantu mengeluarkan ion-ion logam tersebut bagi membolehkan sumber
air menjadi bersih dan selamat untuk diminum. Dalam tajuk ini anda akan
mempelajari tentang tujuh kegunaan elektrolisis serta mengira kerja elektrik
yang digunakan dalam proses elektrolisis.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan 7 penggunaan komersial elektrolisis

Mengira kerja maksima daripada sel kimia.

Mengira kerja minima yang diperlukan untuk menghasilkan tindakbalas


elektrolisis.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
12.1 Penggunaan Komersial Elektrolisis

Elektrolisis

12.2 Pengiraan Kerja Maksimum


Dalam Sel Kimia

12.3 Pengiraan Kerja Minimum


Elektrolisis
97

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN

12.1

Kegunaan elektrolisis

Terdapat beberapa kegunaan elektrolis. Antaranya ialah :

12.1.1 Pengekstrakan logam

Logam-logam seperti natrium, kalium, magnesium dan aluminium diekstrak dari


bijihnya menerusi proses elektrolisis. Banyak tenaga digunakan dalam proses
elektroslisi pengekstrakan logam yang mengakibatkan proses ini menjadi mahal.
Contohnya aluminium diekstrak dai bijih bauksit (aluminium oksida) :

Katod (karbon)
Al3+ + 3e

Anod (karbon)
Al

2O2-

O2 + 4e

Rajah 12.1 Pengekstrakan logam aluminium dari bijih bauksit

12.1.2 Pembuatan Bahan Kimia

Bahan kimia seperti klorin, natrium hidroksida, natrium klorat(I) atau natrium
Klorat(V) boleh dihasilkan dari eklektrolisis larutan pekat air garam. Contohnya
hidrolisis larutan garam pekat dengan katod merkuri boleh menghasilkan
hidrogen, klorin dan natrium hidroksida

98

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Katod (merkuri)

Anod (titanium)

terdapat ion-ion Na+ dan H+ dan cuma

terdapat ion- ion OH- dan Cl-

ion Na+ akan dinyahcas.

dan cuma ion Cl- akan


dinyahcas.

Na+ + e

Na + Hg

Na
2Cl-

NaHg

Cl2 + 2e

2NaHg + 2H2O 2NaOH + H2 + 2Hg

Apabila larutan natrium klorida tepu (air garam) dielektrolisiskan, hidrogen, klorin
dan natrium hidroksida akan dihasilkan :
2NaCl(ak) + 2H2O(c)

2NaOH(ak) + H2(g) + Cl2(g)

12.1.3 Penulenan logam

Banyak logam dapat ditulenkan menerusi proses elektrolisis. Contohnya, logam


kuprum dan zink. Dalam proses penulenan logam kuprum, katod adalah kuprum
tulen, anod adalah kuprum tak tulen dan elektrolit adalah larutan kuprum (II)
sulfat. Semasa elektrolisis, kuprum tulen terenap di katod manakala anod
kuprum akan terhakis (melarut / diionkan).

Rajah 12.2 Penulenan logam kuprum

99

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


12.1.4 Penyaduran logam

Penyaduran logam bertujuan untuk mencantikan barangan atau alatan atau


menjadikannya lebih tahan terhadap kakisan. Kromium, argentum dan nikel
biasanya digunakan untuk tujuan ini. Penyaduran logam juga dikenali sebagai
pengelekstrosaduran. Barangan atau peralatan yang hendak disadurkan
dijadikan katod. Anod adalah logam saduran yang tulen dan elektrolit ialah
larutan yang mengandungi ion logam saduran.

Rajah 12.3 Penyaduran logam kuprum kepada sudu besi

12.1.5 Penganodan

Aluminium sangat tahan kakisan kerana kehadiran satu lapisan nipis aluminium
oksida yang melindungi aluminium dari serangan asid dan udara. Penganodan
ialah proses elektrolisis dengan memendapkan lapisan nipis aluminium oksida
pada permukaan barangan aluminium yang bertindak sebagai anod. Katod ialah
elektrod yang terdiri dari kuprum, plumbum atau aluminium. Elektrolit yang
digunakan dalam penganodan ialah asid sulfurik cair. Tujuan barangan
aluminium dianodkan supaya barangan itu lebih tahan terhadap kakisan dan
boleh diwarnakan.

100

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Proses elektrolisis menyebabkan oksigen yang terhasil di anod aluminium
bertindak balas dengan aluminium dan menghasilkan aluminium oksida.
2O2- O2 + 4e

Rajah 12.4 Barangan yang dihasilkan dari proses penganodan

12.1.6 Rawatan Efluen

Sungai, tasik dan air bawah tanah adalah sumber utama air untuk minuman.
Sumber air ini perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai air
minuman. Punca air ini tercemar disebabkan oleh pembuangan efluen dari kilang
yang dicemari oleh ion-ion nikel, kadmium dan kromium. Sumber air mesti
melalui tiga proses :
a)

proses penurasan (untuk membuang barangan terampai /kotoran)

b)

proses pengklorinan (untuk membunuh kuman) dan

c)

proses elektrolisis (untuk menyingkirkan ion-ion logam seperti nikel,


kadmium dan kromium)

Apabila air tercemar dielektrolisiskan, ion-ion logam dioksidakan kepada logam,


dengan ini ion logam tercemar dapat disingkirkan dari air.
Cr3+ (ak) + 3e

Cr(p)

E = -0.91V

Cd2+ (ak) + 2e

Cd(p)

E = -0.41V

Ni2+ (ak) + 2e

Ni(p)

E = -0.25V
101

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


12.1.7 Penyaduran Plastik

Penyaduran plastik dibuat bertujuan untuk mencantikkan barangan atau


mengurangkan berat alatan tersebut. Dalam proses penyaduran plastik,
barangan atau peralatan plastik yang hendak disadurkan dijadikan katod dengan
cara disapu dengan serbuk grafit. Anod yang digunakan adalah logam saduran
yang tulen dan elektrolit ialah larutan yang mengandungi ion logam saduran.

Rajah 12.5 : Contoh barangan plastik yang disadurkan dengan kromium

12.2 Mengira kerja elektrik dalam sel kimia

Semasa elektrolisis dijalankan, tenaga elektrik diperlukan untuk tindak balas


kimia berlaku. Sumber tenaga boleh diperolehdari satu sel kimia.Tenaga atau
kerja elektrik setara dengan hasil darab antara daya gerak elektrik (Esel) dengan
jumlah cas (nF) yang mengalir menerusi litar.
Kerja elektrik = W elektrik = nFEsel
Kerja maksimum dari sel kimia dikira sebagai = Wmaksima = W elektrik
= nFEsel
Tanda negatif menunjukkan bahawa kerja dilakukan oleh sistem terhadap
persekitaran. Sistem itu kehilangan tenaga, maka nilainya akan menjadi
negatif. Kerja elektrik ini adalah tenaga maksimum yang dapat diperoleh dari
sesuatu sumber sel kimia yang tertentu dengan d.g.e.= Esel.

102

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Unit yang digunakan:

W = kerja dalam Joule (J),


nF = jumlah cas elektrik yang diperlukan (C)
E = d.g.e. yang digunakan dalam volt (V)

Kerja yang dilakukan boleh juga dinyatakan dalam unit kWj dan
1 kWj = 3.6 x 106 J

12.3 Mengira kerja elektrik minimum semasa elektrolisis

Teanaga dari sel kimia atau sumber elektrik lain diperlukan untuk proses
elektrolisis berlaku. Maka formula yang digunakan untuk pengiraan adalah
sama, iaitu: W elektrik = nFEsel
Contoh:
Kira kerja elektrik minimum yang diperlukan untuk menghasilkan 1kg aluminium
melalui elektrolisis ion Al3+ apabila d.g.e. yang digunakan ialah 4.5 V. Nyatakan
jawapan anda dalam (a) Joule dan (b) kWj. (Jisim atom relatif: Al= 27)

Penyelesaian:
(a)

Bilangan mol bahan = n = 1000/27


Jumlah cas elektrik = nF= (1000/27) x (3 x 96 500) C
Kerja elektrik = nFE = (1000/27) x (3 x 96 500) x 4.5 J
= 48 250 000 J

(b)

1 kWj = 3.6 x 106 J


W = (48 250 000 J /3.6 x 106 ) kWj
= 13.4 kWj

103

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan komersial


elektrolisis

Tutorial ( 2 jam )

1.

Salah satu kegunaan elektrolisis ialah penyaduran plastik. Plastik


merupakan satu insulator. Bagaimana penyaduran plastik dengan
kuprum dapat dilakukan?

2.

Kitar semula aluminium adalah lebih berfaedah dari pengekstrakan


aluminium. Bincangkan kebenaran kenyataan tersebut

3.

Apakah d.g.e. minimum yang diperlukan untuk penunelan 1 kg


kuprum jika sebanyak 50 MJ tenaga diperlukan?
[ 1 F = 96 500 C mol-1, J.A.R. Cu = 64.5 ]

Satu kuantiti tenaga elektrik menghasilkan 10.0 gram argentum apabila


dialirkan melalui larutan argentum nitrat. Jika kuantiti elektrik yang sama
digunakan untuk larutan kuprum (II) klorida, berapakah jisim kuprum yang
akan dienapkan?

104

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 13

KIMIA NUKLEAR: RADIOAKTIVITI

SINOPSIS
Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan
memancarkan sinaran radioaktif alfa, beta dan gama. Bahan yang mempunyai
nukleus yang tidak stabil ini digelar sebagai bahan radioaktif. Dalam tajuk ini,
anda akan mempelajari tentang tindak balas kimia yang berlaku dalam bahan
radioaktif ini serta pola kestabilan nuklear.

HASIL PEMBELAJARAN

Mendefinisi konsep radioaktiviti

Menerangkan tentang jenis dan sifat sinaran radioaktif

Menulis persamaan tindak balas pereputan radioaktif

Menerangkan tentang pola kestabilan nuklear

Menerangkan tentang transmutasi nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KIMIA NUKLEAR

13.1
Konsep
Radioaktiviti

13.2

13.3.

Jenis dan
Sifat
Sinaran
Radioaktif

Persamaan
Tindak Balas
Pereputan
Radioaktif

105

13.4

Pola
Kestabilan
Nuklear

13.5
Transmutasi
Nuklear

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN
13.1

Radioaktiviti

Radioaktivi adalah satu proses pereputan radioaktif yang berlaku secara spontan
apabila nukleus sesuatu atom adalah tidak stabil. Proses pereputan ini dapat
menstabilkan nukleus sauatu atom kerana tenaga dibebaskan. Bahan yang
mengalami proses ini digelar sebagai bahan radioaktif. Apabila pereputan
radioaktif berlaku, sinaran radioaktif dipancarkan. Sinaran radioaktif yang boleh
dipancarkan adalah seperti zarah alfa (), sinar beta () dan sinar gamma ().
Contohnya, uranium-238 akan mereput secara spontan untuk memancarkan
zarah alfa dan thorium-234 terbentuk.
13.2

Jenis dan Sifat Sinaran Radioaktif

Apabila pereputan radioaktif berlaku, sinaran radioaktif seperti zarah alfa (),
sinar beta () dan sinar gamma () dipancarkan. Sinaran-sinaran ini mempunyai
tenaga. Tenaga ini diperoleh daripada tenaga yang telah dibebaskan semasa
pereputan radioaktif berlaku. Sifat-sifat sinaran radioaktif adalah seperti yang
berikut:
Sifat
Sifat Semula
Jadi
Simbol
Cas
Jisim
Kuasa
Penembusan
Relatif
Kuasa
Pengionan
Halaju
Kesan Medan
Elektrik
Kesan Medan
Magnet

zarah alfa
Nukleus
helium
atau
2+
6.64 x 10-24g
1
(paling
rendah)

Jenis Sinaran
zarah beta
Sinar gamma
Elektron
Sejenis sinaran
berhalaju
elektromagnet yang
tinggi
bertenaga tinggi

atau
10
-28
9.11 x 10 g
0
100
(sederhana)

10 000
(paling tinggi)

Paling tinggi

Sederhana

Paling rendah

10% halaju
cahaya
Dipesongkan
sedikit
Dipesonkan
sedikit

90% halaju
cahaya

sama dengan halaju


cahaya

Dipesongkan

Tidak dipesongkan

Dipesongkan

Tidak dipesongkan

106

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


13.3 Persamaan Tindak Balas Pereputan Radioaktif
Apabila pereputan radioaktif berlaku, tindak balas nuklear yang mungkin
berlaku adalah pereputan , pereputan , pereputan, pancaran positron
atau tangkapan elektron. Tindak balas nuklear ini dapat ditulis dalam bentuk
persamaan dengan mengimbangkan nombor proton dan nombor jisim. Nombor
proton juga dikenali sebagai nombor atom yang mewakili jumlah bilangan proton
dalam satu nukleus atom. Nombor jisim mewakili jumlah bilangan proton dan
neutron. Contohnya, atom uranium dengan nombor proton 92 dan nombor jisim
238 diwakil sebagai

Pereputan
Dalam reputan jenis ini, zarah alfa dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar ke
atom lain. Contohnya, apabila uranium-238 mereput, zarah dibebaskan dan
atom thorium-234 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah:

Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan
(238 = 234 + 4 ) dan begitu juga untuk nombor proton (92 = 90 + 2).
Pereputan
Dalam reputan jenis ini, zarah beta dibebaskan dan nukleus asal akan ditukar ke
atom lain. Contohnya, apabila iodin-131 mereput, zarah dibebaskan dan atom
xenon-131 dibentuk. Persamaan tindak balas ini adalah:

Perhatikan bahawa nombor jisim adalah seimbang di sebelah kiri dan kanan
(131 = 131 + 0 ) dan begitu juga untuk nombor proton (53 = 54-1).

107

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Pereputan
Dalam reputan jenis ini, sinar gamma dibebaskan dan nukleus asal tidak
berubah dari segi nombor proton dan nombor jisim tetapi kandungan
tenaga nukleus telah berkurang. Pereputan gamma biasanya berlaku dalam
kebanyakan tindak balas pereputan radioaktif kerana ia mewakili kehilangan
tenaga untuk kestabilan nukleus berlaku. Secara amnya, sinar gamma tidak
ditulis dalam persamaan tindak balas pereputan radioaktif.
Pancaran Positron
Positron adalah satu zarah yang mempunyai jisim yang sama seperti elektron
tetapi casnya adalah 1+ dan diwakili oleh simbol

. Contohnya, karbon-11

mereput menjadi boron-11 dengan memancar positron dan tindak balasnya


adalah:

Pancaran positron memberi kesan mengubah proton ke neutron seperti


ditunjukkan di bawah:

Tangkapan Elektron
Sesetengah nukleus mengalami pereputan radioaktif dengan menangkap
elektron daripada awan elektron di sekelilingnya. Contohnya, rubidium-81
megalami pereputan jenis ini untuk menjadi kripton-81 yang lebih stabil.

Seperti pancaran positron, tangkapan elektron memberi kesan mengubah proton


ke neutron seperti ditunjukkan di bawah:
+

108

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Latihan

1. Mengapakah bukan semua nukleus atom mengalami pereputan


radioaktif? Jelaskan jawapan anda.

2. Mengapakah apabila berlakunya kebocoran bahan radioaktif, sinar


gamma dikatakan lebih berbahaya berbanding dengan zarah alfa?

3. Imbangkan persamaan-persamaan yang berikut:


(a)
(b)

+
+

Layari Internet

Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang pentingnya


pengurusan yang sesuai (simpanan dan pelupusan) untuk bahan
radioaktif.

109

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


13.4 Pola Kestabilan Nuklear
Pola kestabilan nukleus sesuatu atom dipengaruhi oleh nisbah neutron ke
proton.
(a)

Jika nisbah neutron:proton = 1:1, maka sesuatu atom adalah stabil dan
tiada pereputan radioaktif akan berlaku. Atom itu dikatakan berada pada
kawasan kestabilan (belt of stability).

Bil. neutron
Kawasan kestabilan
(belt of stability)
Nisbah n:p = 1:1

Bil. proton
Rajah 1: Graf neutron lawan proton

(b)

Jika nisbah n:p adalah tinggi, iaitu atom itu terletak di atas kawasan
kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pereputan radioaktif
dengan memancarkan zarah . Apabila ini berlaku, bilangan neutron
akan berkurang dan bilangan proton akan bertambah dan sekali gus akan
mengurangkan nisbah n:p

110

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


(c)

Jika nisbah n:p adalah rendah, iaitu atom itu terletak di bawah
kawasan kestabilan, maka nukleus atom itu akan mengalami pancaran
positron atau tangkapan elektron . Apabila ini berlaku, bilangan neutron
akan bertambah dan bilangan proton akan berkurang dan sekali gus akan
menambahkan nisbah n:p

(d)

Jika nukleus dengan no. proton 84, maka nukleus ini akan
mengalami pereputan radioaktif dengan memancarkan pancaran .
Pemancaran ini akan mengurangkan kedua-dua bilangan proton dan
bilangan neutron.

13.5 Transmutasi Nuklear


Transmutasi nuklear adalah satu tindak balas yang berlaku apabila
sesuatu nukleus dibedil oleh sesuatu neutron atau dibedil oleh satu zarah
bercas. Nukleus yang telah dibedil akan mengubah identitinya.
(a)

Nuleus dibedil oleh sesuatu neutron


Contoh:

58
26

Fe +

1
0

59
26

Fe

59
27

Co +

1
0

59
26

59
27

Co +

60
27

Fe
0
1

Co

Kegunaan: Untuk penghasilan isotop yang digunakan dalam bidang


perubatan dan penyelidikan sains.

111

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


(b)

Nukleus dibedil oleh satu zarah bercas seperti zarah alfa atau proton
Contoh:

14
7

N+

4
2

He
zarah

17
8

O +

1
1

Kegunaan: Untuk mensintesis logam berat dan menyelidik struktur


asas jirim.

[Perhatikan bahawa setiap persamaan di atas adalah persamaan


seimbang di mana nombor proton dan nombor jisimnya adalah
seimbang di sebelah kiri dan kanan.]

Latihan

1. Ramalkan jenis pereputan radioaktif yang mungkin berlaku pada


nukleus yang berikut: [Petunjuk: Cari nisbah n:p]

(a)

(b)

(c)

2. Mengapakah transmutasi nuklear yang melibatkan pembedilan


neutron lebih mudah dikendalikan berbanding dengan yang
melibatkan proton atau zarah alfa?

112

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Tutorial ( 2 jam )

1. Yang manakah antara nukleus dalam Kumpulan 16 yang berikut


diramalkan akan mengalami pereputan radioaktif?

Untuk setiap nukleus yang dijangka akan mengalami pereputan


radioaktif, nyatakan sinaran radioaktif yang akan dipancarkan.

2. Tulis persamaan seimbang untuk proses transmutasi nuklear yang


berikut:

(a) Uranium-238 dengan nombor proton 92 dibedil oleh neutron


untuk menghasilkan uranium -239.

(b) Nitrogen-14 dengan nombor proton 7 dibedil oleh proton untuk


menghasilkan zarah alfa dan karbon-11.

113

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

TAJUK 14

KIMIA NUKLEAR :
-

KADAR PEREPUTAN RADIOAKTIF

PROSES PEMBELAHAN NUKLEAR

PROSES PELAKURAN NUKLEAR

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang kadar pereputan radioaktif.
Kadar ini memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan sifat dan
kegunaan sesuatu bahan radioaktif.
Selain itu, anda juga akan mempelajari tentang proses pembelahan dan
pelakuran nuklear.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan kadar pereputan radioaktif

Menerangkan proses pembelahan nuklear

Menerangkan proses pelakuran nuklear

KERANGKA TAJUK-TAJUK
14.1 Kadar pereputan radioaktif

Kimia Nuklear

14.2 Proses pembelahan nuklear

14.3 Proses Pelakuran nuklear

114

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


ISI KANDUNGAN

14.1

Kadar pereputan radioaktif

Pereputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil


memancarkan sinaran radioaktif seperti sinar alfa, beta dan gama. Keaktifan
suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut. Nukelusnukleus di dalam satu sampel bahan radioaktif mereput pada kadar yang
berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawak. Walau bagaimana pun,
kadar pereputan ditakrif sebagai:

Kadar reputan = Bilangan reputan sesaat


= Bilangan zarah yang dipancarkan sesaat

Kadar pereputan radioaktif adalah kadar tindak balas tertib pertama dan
persamaan kadarnya adalah:

Kadar reputan = kN
di mana k = pemalar kadar/pemalar pereputan
N = kuantiti bahan

Kuantiti bahan boleh dinyatakan dalam kuantiti jisim, kepekatan, peratusan atau
bilangan keaktifan seunit masa.

Setengah hayat ialah masa yang diperlukan untuk kuantiti bahan radioaktif yang
tertentu untuk mereput menjadi setengah dari nilai asalnya.Simbol setengah
hayat ialah t1/2 .

115

Bilangan Keaktifan / saat

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Rajah 14.1 : Geraf bilangan keaktifan lawan masa

Rajah 14.1 menunjukkan satu graf kadar pereputan suatu bahan radioaktif.
Kuantiti bahan dinyatakan dalam unit keaktifan sesaat. Apakah setengah hayat,
t1/2 , untuk bahan radioaktif ini?
Perhubungan antara pemalar kadar (k) dan setengah hayat (t1/2) ialah
k = 0.693/ t1/2
Persamaan untuk graf yang ditunjukkan di atas ialah:
ln (Nt/N0) = - kt
di mana Nt = kuantiti bahan radioaaktif pada masa tertentu,t
N0 = kuantiti bahan radioaaktif pada keadaan awal.

116

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Radioisotop yang berlainan mempunyai t1/2 yang berlainan.
Contoh:
Radioisotop

Radon-220

Simbol

Setengah Hayat

56 saat

Rn

Teknetium-99m

Tc

6 jam

Natrium-24

Na

15 jam

8 hari

15 hari

Iodin-131
Fosforus-32
Radium-226
Karbon-14
Uranium-238

1620 tahun

Ra

5730 tahun

4500 juta tahun

Maklumat setengah hayat karbon-14 boleh digunakan untuk pentarikhan karbon.


Pentarikhan karbon adalah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan
umur bahan organik seperti batu, fosil dan tumbuhan.
Prinsipnya ialah :
1. Nisbah C-14 kepada C-12 dalam atmosfera adalah tetap.
2. Melalui fotosintesis, C-14 dimasukkan dalam tumbuhan.
3. Apabila tumbuhan itu dimakan oleh binatang,
C-14 juga dimasukkan ke dalam badan binatang itu.
4. Oleh kerana tumbuhan dan binatang mempunyai pengambilan sebatian
karbon yang tetap, maka mereka berupaya untuk menetapkan nisbah
tetap C-14 kepada C-12 yang serupa dengan atmosfera.
5. Apabila tumbuhan atau binatang itu mati, mereka tidak dapat lagi
mengambil sebatian karbon yang baharu untuk mengganti balik C-14
yang telah hilang melalui proses pereputan radioaktif.

117

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


6. Maka nisbah C-14 kepada C-12 berkurang. Dengan mengukur nisbah ini
dalam batu/fosil dan kemudian banding nisbah ini dengan nisbah yang
ada dalam atmosfera, umur batu/fosil itu dapat ditentukan.
7. Contohnya, jika nisbah itu berkurang sebanyak separuh, maka kita boleh
simpulkan bahawa batu/fosil itu telah melalui satu setengah hayat, iaitu
5715 tahun.
8. Walau bagaimana pun, kaedah ini tidak boleh digunakan untuk
menganggar batu/fosil yang lebih daripada 50 000 tahun kerana
keaktifannya adalah terlalu rendah untuk diukur dengan tepat. Dalam kes
ini radioisotop lain digunakan, contohnya, Uranium-238.

Contoh Pengiraan Separuh Hayat:


Keaktifan satu sampel radioaktif didapati tinggal 6.25% dari nilai asalnya
selepas 288 s. Berapakah setengah hayat sampel itu?

Penyelesaian
Setengah hayat = t1/2
t1/2
100%

t1/2
50%

t1/2
25%

4 t1/2 = 288 s
t1/2 = 72 s

118

t1/2
12.5%

6.25%

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


14.2

Proses Pembelahan Nuklear

Proses Pembelahan nuklear berlaku apabila satu nukleus yang berat dibedil
oleh satu neutron yang berhalaju rendah dan menyebabkan nukleus yang berat
ini dipecah belah kepada dua nukleus yang berlainan yang mempunyai berat
yang sederhana. Contohnya seperti persamaan berikut :

n +

Ba +

Kr + 3

Proses pembelahan nuklear merupakan satu proses yang berlaku dalam reaktor
nuklear untuk menghasilkan tenaga nuklear. Proses pembelahan nuklear juga
merupakan satu proses yang berlaku dalam senjata nuklear, contohnya bom
atom. Pembelahan nuklear merupakan satu proses eksotermik di mana banyak
haba dihasilkan

Rajah 14.2 Pembelahan nuklear

Pembelahan nuklear adalah satu tindak balas rantai .Jika proses itu tidak
dikawal, ia akan mengakibatkan letupan merbahaya. Walau bagaimana pun,
untuk tindak balas rantai itu berlaku, satu jisim minimum uranium mesti
digunakan. Jisim minimum itu dipanggil jisim genting/kritikal (critical mass).
119

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


Jisim genting/kritikal uranium adalah 1kg. Jisim subgenting/subkritikal ialah jisim
yang kurang daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim subgenting,
maka tindak balas rantai akan berhenti. Jisim supergenting/superkritikal ialah
jisim yang lebih daripada jisim genting. Jika jisim uranium adalah jisim
supergenting, maka tindak balas rantai akan dipecutkan.

Dalam satu proses pembelahan nuklear, terdapat kehilangan jisim. Kehilangan


jisim inilah yang menyumbang kepada pembebasan haba yang banyak. Formula
pengiraan tenaga ini ialah = E= mc2 .
(m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 108 ms-1)

Contoh Pengiraan:

Ba

Kr + 3 n + tenaga

Diberi jisim atom seperti berikut :


U = 235.04 u.j.a

Kr = 91.91 u.j.a

Ba = 140.91 u.j.a.

n = 1.01 u.j.a.

Kirakan nilai kehilangan jisim dan tenaga yang dibebaskan.


(1 u.j.a = 1.66 x 10-27 kg )

Penyelesaian :
Kehilangan jisim, m
= (235.04 + 1.01) [ 140.91 + 91.91 + 3(1.01)]
= 0.20 u.j.a. = 0.20 x 1.66 x 10-27 kg = 3.32 x 10-28 kg
Tenaga yang dibebaskan , E = mc2
= 3.32 x 10-28 x (3.0 x 108)2 J = 2.988 x 10-11 J
120

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Rajah 14.3 Reaktor Nuklear

Memikir

Pembelahan nuklear merupakan satu tindak balas berantai. Tenaga yang


dibebaskan oleh pembelahan nukleus adalah sangat besar berbanding
dengan tenaga yang dibebaskan oleh tindakbalas kimia biasa. Untuk
tujuan keselamatan,
1.

bagaimanakah halaju neutron dalam satu reaktor nuklear dapat


diperlahankan ?

2.

bagaimanakah bilangan neutron dalam satu reaktor nuklear dapat


dikurangkan ?
121

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

14.3

Proses Pelakuran Nuklear

Proses pelakuran nuklear berlaku apabila dua nukleus yang ringan bercantum
untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Ia adalah satu tindak balas
eksotermik di mana banyak tenaga akan dibebaskan.

Contoh tindak balas pelakuran nuklear

H +

He +

n + tenaga

Rajah 14.4 Pelakuran Nuklear

Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus ringan
mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan elektrik
antara satu nukleus dengan yang lain. Tindakbalas pelakuran sentiasa berlaku
di permukaan matahari kerana terdapat banyak gas hidrogen di situ dan suhunya
amat tinggi.

Pelakuran tidak digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam industri atau


makmal. Ini disebabkan suhu setinggi 40 000 000 K diperlukan bagi
menghasilkan tindakbalasnya. Tiada bahan di dunia ini dapat menahan suhu
yang begitu tinggi. Penyelidikan telah dijalankan berkenaan dengan satu alat

122

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


yang dipanggil tokamak yang menggunakan medan magnet yang kuat untuk
menahan suhu tinggi. Suhu setinggi 3 000 000 K sahaja telah dicapai setakat ini.
Seperti proses pembelahan nuklear, terdapat juga kehilangan jisim dalam
pelakuran nuklear. Kehilangan jisim inilah yang menyumbang kepada
pembebasan haba yang banyak. Formula pengiraan tenaga ini ialah = E= mc2 .
(m = kehilangan jisim, c = halaju cahaya = 3x 108 ms-1)

Contoh Pengiraan:
Tindakbalas pelakuran berlaku seperti dalam persamaan berikut

H +

He +

n + tenaga

Kirakan kehilangan jisim dantenaga yang dibebaskan. Diberi :

H = 2.0141 u.j.a
H

= 3.1605 u.j.a

He = 4. 00260 u.j.a.
n

= 1.00867 u.j.a.

Penyelesaian
Kehilangan jisim , m
= (2.01401 + 3.01605) ( 4.00260 + 1.00867) u.j.a.
= 0.01888 u.j.a = 0.01888 x 1.66 x 10-27 kg = 3.134 x 10-29 kg

Tenaga yang dibebaskan , E


= mc2
= (3.134 x 10-29 kg) x (3.0 x 108)2 J
= 2.82 x 10-12 J

123

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)

Layari Internet

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai tenaga nuklear


sebagai sumber tenaga

Tutorial ( 2 jam )

1.

Waktu K

keaktifan / minit -1

8.00 pagi

648

9.30 pagi

162

Berdasarkan maklumat di atas tentang satu sampel radioaktif, tentukan


setengah hayatnya.

2.

Antara ciri isotop Karbon 14 berikut , manakah yang membolehkannya


digunakan untuk penentuan umur objek purba?
A.

Kuantiti karbon-14 dalam objek hidup adalah tetap.

B.

Kuantiti karbon-14 dalam objek yang sudah mati semakin


berkurangan.

C.

Karbon-14 mempunya setengah hayat yang panjang.

D.

Karbon-14 memancarkan zarah beta.

124

(SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA)


3.

Barium-141 ialah radioisotop yang mempunyai setengah hayat 18 minit.


Satu sampel barium-141 disediakan mengandungi 8000 atom.
Lengkapkan jadual berikut

Masa / minit

Bilangan atom

Bilangan atom

barium yang belum

barium yang sudah

reput

reput

8000

18
36
54

4.

Bahan radioaktif X dan Y masing masing mempunyai setengah hayat 40


minit dan 20 minit. Pada awalnya sampel X dan sampel Y mempunyai
bilangan atom yang sama. Selepas 80 minit , berapakah nisbah bilangan
atom X yang masih radioaktif kepada atom Y yang masih radioaktif ?

125

Anda mungkin juga menyukai