Anda di halaman 1dari 1

Syarahan Peraturan di Sekolah

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk Peraturan di Sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Peraturan yang terdapat di sekolah adalah merupakan satu arahan yang
perlu dipatuhi oleh para pelajar. Ia bertujuan untuk membentuk pelajar yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Peraturan ini dibuat oleh pihak pengurusan dan
pentadbiran di sekolah
Berbagai macam peraturan dibuat semata-mata untuk membuat
kehidupan bermasyarakat di sekolah menjadi lebih teratur. Salah satu contoh
peraturan yang dibuat oleh beberapa sekolah adalah seperti berseragam
lengkap setiap hari, datang sekolah tepat waktu, menjauhi aktiviti buli serta
melengkapkan tugasan sekolah. Terdapat juga peraturan yang melibatkan aktiviti
seharian murid seperti peraturan di kantin, peraturan di padang, peraturan
semasa menggunakan makmal komputer dan makmal sains serta peraturan
penggunaan perpustakaaan.
Peraturan ini dipantau oleh guru disiplin, guru penolong kanan Hal Ehwal
Murid serta semua pihak pengurusan dan pentadbiran. Mereka turut dibantu oleh
pengawas-pengawas yang telah dilantik oleh sekolah.
Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan di sekolah akan menerima surat
amaran dari unit Hal Ehwal Murid. Selepas menerima beberapa kali surat
amaran, ibu bapa penjaga akan dipanggil ke sekolah untuk berbincang dengan
guru. Murid-murid juga boleh didenda dengan denda yang telah ditetapkan oleh
unit Disiplin.
Peraturan di sekolah perlu dipatuhi. Ia dapat membentuk sahsiah murid
yang unggul serta berdisiplin. Murid yang berdisiplin dan mematuhi arahan guru
boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka juga boleh
menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.
Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai