Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2016

TEMPAT:
PPKI, SK SUNGAI RAMBAI
ANJURAN:
PPKI SK SUNGAI RAMBAI

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SUNGAI RAMBAI TAHUN 2016
=====================================================================
PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang
sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.
Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak PPKI akan menganjurkan Kem Bestari
Solat bagi murid-murid pendidikan khas.
Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim PPKI
dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan,
tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat
membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta.
OBJEKTIF
Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa
dan berakhlak mulia.
TEMA
IBADAH CEMERLANG INSAN ISTIMEWA TERBILANG
TEMPAT
PPKI SK Sungai Rambai
TARIKH
20 Jun 2016 24 Jun 2016
KUMPULAN SASARAN
Murid PPKI SK Sungai Rambai

STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 3
PENUTUP
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.
Oleh itu, semua pihak di harap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Diharapkan perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada para pelajar dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara
fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang
dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Disediakan oleh :

Disemak Oleh :

___________________________
( PN. ZALEHA BTE MOHD ATIM )
Setiausaha Program,
PPKI SK Sungai Rambai.

________________________
(EN. AKMAL BIN ABD KADIR)
Penyelaras,
PPKI SK Sungai Rambai.

Diluluskan Oleh :
_______________________________________________
(DATIN HJH TENGKU ZAINON BTE CHE KU HINDONG)
Guru Besar,
SK Sungai Rambai, Melaka.

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI
Penaung

Datin Hjh Tengku Zainon Bte Che Ku Hindong


Guru Besar SK Sungai Rambai

Pengerusi Bersama

En. Azahari Bin Limat


(Guru Penolong Kanan 1)
En. Abd Wahab Bin Lajim
(Guru Penolong Kanan HEM)
Pn. Wayhidah Bte Usop
(GPK Kokurikulum)

Ketua Program

En. Akmal Bin Abd Kadir

Setiausaha

Pn. Zaleha Bte Mohd Atim

Bendahari

Pn. Hairunizah Bte Hasah

Kerohanian

En. Abd Latif Bin Khamis


Pn. Hermayuni Bte Zulkifli
Pn. Zawiyah Bte Ahmad

Dokumentasi

Pn. Siti Salwa Bte Md Kalip


Pn. Siti Azah Bte Othman

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM
Tarikh
20/6/2016

Masa
8.30 9.00

(Isnin)

21/6/2016
(Selasa)

Perkara
- Tazkirah ramadhan.
- Taklimat program Kem Bestari Solat dan pembahagian

9.00 10.00

kumpulan.
- Tayangan video wuduk

10.00 11.00
11.00 11.40
11.40 12.40

- Penerangan Anggota wuduk


- Tadarus Al-Quran
- Penerangan niat berwuduk
- Amali wuduk dan bacaan selepas wuduk

8.00 8.30
8.30 10.00

- Penilaian individu
- Tazkirah ramadhan
- Tayangan video solat

10.00 11.00
11.00 12.40

- Niat solat
- Tadarus Al-Quran
- Bacaan dalam solat
- Perlakuan dalam solat
- Amali solat
- Penilaian individu
Cuti Nuzul Al-Quran

22/6/2016
(Rabu)
23/6/2016
(Khamis)

24/6/2016
(Jumaat)

8.00 8.30
8.30 10.00
10.00 11.00
11.00 12.40

- Tazkirah Ramadhan
- Bacaan surah-surah pendek dengan bimbingan
- Tadarus Al-Quran
- Hafalan bacaan dalam solat dan surah-surah pendek

8.00 8.30
8.30 10.00
10.00 11.00
11.00 12.00

- Penilaian individu
- Tazkirah ramadhan
- Azan dan Iqamah
- Tadarus Al-Quran
- Penilaian individu
- Penyampaian hadiah

Lampiran 3
PERBELANJAAN
BI
L
1.

PERKARA
Nota Kem Bestari Solat

ANGGARAN PERBELANJAAN
RM 2.50 x 15 orang

JUMLAH
RM 37.50

2.
3.

Kad Rekod Pencapaian Murid


RM 2.50 x 15 orang
Hadiah
RM 5.50 x 16
JUMLAH PERBELANJAAN

RM 37.50
RM 88.00
RM 163.00

Anda mungkin juga menyukai