Anda di halaman 1dari 32

CIK PON MENJAWAB

25 SOALAN CEPUCEMAS HARI RAYA


Hang ni bila nak kawen?

Sorang je anaknya? Bila


nak tambah?

Awat yang hang lama sangat


dok blajag ni? Tak luluih ka?

Sebuah kompilasi madah-madah Cik Pon oleh Kikie


Jahn

KATA PENGANTAR

Saya juga tergolong dari kalangan para wanita yang berkahwin pada usia
30 dan telah melalui marathon soalan-soalan cepu cemas sedari usia awal
20-an lagi. Kadang-kadang agak stress bila raya menjelang kerana
mimikirkan akan disogok soalan-soalan yang sudah lelah saya menjawabnya.
Ironinya membaca tips-tips menjawab soalan cepu cemas Cik Pon ini
lansung membuat saya melihat situasi-situasi berkenaan dari sudut berbeza.

Walaupun saya kini sudah berumahtangga dan dikurniakan dua cahaya


mata, saya memilih untuk mengumpul nukilan Cik Pon buat panduan mangmangsa soalan cepu cemas di hari raya. Ternyata cara paling cool untuk
berdepan situasi-situasi berkenaan adalah dengan humor.

KIKIE JAHN
Cheras, Kuala Lumpur.

Kandungan
Perihal bujang
Hang bila nak kawen?

Hang ni tak sunyi ka? Kawenla cepat. (Lelaki


bertanya)

Hang umog berapa dah ni? Awat tak menikah lagi?

Belajar tinggi-tinggi ni tak takut ke lelaki tak nak


datang dekat?

Kenapa tak kawen lagi? Mesti memilih sangat ni.

10

Hang ni bila nak kawen? Masa akak umog hang ni dah


ada anak dua.

11

Acik tengok Si Senah tu gemok pun dah kawen. Hang


ni dok solo lagi sampai bila?

12

Cantik-cantik ni takkan tak berpunya kot?

13

Hang ni macam budak-budak. Pasai tu kot hang tak


menikah lagi.

14

Hang ni semua dah ada. Kerja, rumah, kereta. Ada


dak hang cuba mandi bunga?

15

Makcik ni ada la kenai sorang duda anak dua. Bini dia


baru meninggal. Nak ke makcik kenaikan?

16

Kamu ni, muda-muda dah menjanda. Elok kamu cari


laki cepat. Bukannya apa, takut fitnah.

17

Perihal anak
Berapa lama dah hangpa menikah? Tak dak anak lagi
ke?

18

Acik tengok kamu ni dah lama kawen, tapi bini kamu


tak beranak-anak lagi. Kamu tak pernah terfikir nak
kawen lagi satu ke?

19

Akak ni bukanla nak menyibuk. Tapi sorang je ke


anak kamu?

20

Tak rasa sunyi ke anak sorang? Bagi la dia adik nak


main-main.

21

Sorang je anaknya? Bila nak tambah?

22

Ko tak nak tambah anak lagi ke? Tengok akak ni.


Lima orang haa.

23

Perihal Diri
Soalan mintak lempang.

24

Awat yang hang lama sangat dok blajag ni? Tak luluih
ka?

25

Elok-elok kerja pergi belajar lagi? Belajar tinggi-tinggi


pun ke dapog jugak.

26

Aih, besar semacam je perut ni. Ada isi ke? [Gosokgosok perut korang]

27

Berapa berat kamu ni? Besar sangat takut lelaki nak


dekat.

28

Perihal dah kawen


Kamu tak ralat ke, anak teruna tapi nikah ngan janda
anak dua?

29

Kawen jugak ko akhirnya. Tapi terdesak sangat ke


sampai duda pun ko libas?

30

Soalan Cepu Cemas #1:


Hang bila nak kawen?

Cik Pon menjawab:


Ya Allahhhhh mulianya hati kak nak berkongsi laki
dengan sayaaaaa. Semoga kak dapat payung emas
hat besag skali!

(Nota kaki: Hanya gunakan jawapan ni kalo suami akak tu


kaya, hensem. Kalo tak.sila rujuk tips no. 2.)

Soalan Cepu Cemas #2:


Hang ni tak sunyi ka? Kawenla cepat. (Lelaki
bertanya)

Cik Pon menjawab:


I tak sangka you ada simpan perasaan pada I.
Selama ni I ingat I bertepuk sebelah tangan.

Soalan Cepu Cemas #3:


Hang umog berapa dah ni? Awat tak menikah lagi?

Haa.ini soalan double whammy namanya. Sudahlah


dia tanya kenapa tak kawen lagi, ditambah luka dengan
bertanya umur pulak. Nak cakap kita nampak tua lettew.

Cik Pon menjawab:


Akak balik ni, masuk website Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) pastu isi borang SPA8
ye. Untung kerajaan kalau akak masuk servis. Saya
rasa akak ni sesuai sangat jadi pegawai banci atau
pegawai kebajikan masyarakat.

Soalan Cepu Cemas #4:


Belajar tinggi-tinggi ni tak takut ke lelaki tak nak
datang dekat?

Cik Pon menjawab:


Sekolah harian kat Malaysia ni makcik mana ada
yang buat lebih dari 5 tingkat. Sebab nanti kena
buat lif dan ini akan meningkatkan kos pembinaan
dan kos penyelenggaraan. Saya cari pasangan ni
biarlah padan dengan intelek saya. Barulah ada
benda nak bersembang.
Enggang pandai kena kawan dengan enggang
pandaila. Enggang tak berapa pandai elok la amik
kursus-kursus pendek yang ditawarkan di IPT
tempatan. Makcik boleh rujuk web derang kalau
berminat.

Soalan Cepu Cemas #5:


Kenapa tak kawen lagi? Mesti memilih sangat ni.

Soalan ni datang dari orang yang nak beli ikan pun


belek sampai ke tulang. Alih-alih bila orang lain memilih
dia condemn pulak.

Cik Pon menjawab:


Memang la kena memilih. Nak kawen sampai ke
syurga. Makcik dulu tak memilih ke? Sebab la dapat
pakcik je.

10

Soalan Cepu Cemas #6:


Hang ni bila nak kawen? Masa akak umog hang ni
dah ada anak dua.

Cik Pon menjawab:


Ya ka kak?? Tau tak Rafidah Aziz masa umog kak ni
dah jadi menteri dah. Pastu ada staf dekat opis
dulu meninggal pun masa dalam umog-umog akak la!

11

Soalan Cepu Cemas #7:

Acik tengok Si Senah tu gemok pun dah kawen.


Hang ni dok solo lagi sampai bila?

Cik Pon menjawab:


Laalama dah saya hidup ni baru tau jodoh ni ikut
gemok-kurus, tinggi-kemetot. Cuba tunjuk sat kat
mana acik jumpa tu. [Hulur terjemahan Al-Quran
dengan muka musykil.]

12

Soalan Cepu Cemas #8:


Cantik-cantik ni takkan tak berpunya kot?

Haa yang ni kita boleh amik dua cara: Kalau positif dia
kata kita cantik dan orang di sekeliling kita buta. Kalau
negatif dia cakap kita yang buta.

Cik Pon menjawab:


Milik siapakah gadis ini? Bagai berkurun lama
kesepian..

Untuk impak maksima, pakai jubah dan shawl yang


panjang. Lepas tu mintak anak buah pasang kipas bagi
efek angin. Lengkapkan persembahan dengan bergerak
ke tingkap atau mengesot ke tangga.

13

Soalan Cepu Cemas #9:

Hang ni macam budak-budak. Pasai tu kot hang tak


menikah lagi.

Cik Pon menjawab:


[Keluarkan lampu suluh dan buat suara
Doraemon.]
Ini dia.. LAMPU KAWEN-KAWEN. Dengan
menggunakan lampu ini, kita boleh dapat jodoh kita
dengan cepat.
[Klik butang dan suluh muka] JODOH DATANG!
[Klik untuk tutup lampu] JODOH BALIK!
Jadi sebelum dia balik, salam dan cakap, Hati-hati
ye Nobita bila guna lampu tu. [Iring kepulangan
dia dengan menyanyi lagu terma Doraemon.]
Ang! Ang! Ang!
14

Soalan Cepu Cemas #10:


Hang ni semua dah ada. Kerja, rumah, kereta. Ada
dak hang cuba mandi bunga.

Cik Pon menjawab:


Eh kak, saya hari-hari mandi bunga. Kalau saya
stress, saya guna shower cream yang ada lavender.
Rose pulak kalau saya nak rasa segar. Kalau hari tu
saya nak fefeeling lemah lembut saya guna shower
cream lily of the valley.

15

Soalan Cepu Cemas #11:


Makcik ni ada la kenai sorang duda anak dua. Bini
dia baru meninggal. Nak ke makcik kenaikan?
Jadi kalau anda berminat, silalah jawab ya. Tapi kalo
korang memang tak nakbuatlah macam ni:

Cik Pon menjawab:


[Tengok dengan cemas ke arah tingkap]
Ostrich! Ostrich!
[Berlari ke tingkap] Ooooh, bukan. Jodoh saya
yang lalu tadi.

Ini dinamakan taktik mengelirukan pihak lawan. Orang


Perlis panggil diversion.

16

Soalan Cepu Cemas #12:


Kamu ni, muda-muda dah menjanda. Elok kamu cari
laki cepat. Bukannya apa, takut fitnah.

Cik Pon menjawab:


Makcik, ansuran hutang kawen pertama pun saya
belum habis bayar. Tapi takpe, saya ada borang
tajaan ni. Makcik Senah depan simpang tu nak
sponsor bunga telur 500 unit. Kak Leha sebelah
taman permainan tu sponsor pelamin. Che Nun
yang meniaga tudung tu pulak dah janji nak bayar
separuh untuk khemah. Jadi makcik nak sumbang
berapa? Kalau sumbangan melebihi RM500 kami
panggil makcik datang photoshoot dan dapat satu
keeping gambar saiz 8R PERCUMA!

Caring tapi tak sumbang duit baik menikah ngan tauke


Caring Pharmacy!

17

Soalan Cepu Cemas #13:

Berapa lama dah hangpa menikah? Tak dak anak


lagi ke?

Cik Pon menjawab:


Itulah, dah order dari Lazada lama jugak. Tapi tak
sampai-sampai lagi. Mungkin beli online ni lambat
kot. Akak dulu beli anak kat mana? [Flip shawl.]

18

Soalan Cepu Cemas #14:


Acik tengok kamu ni dah lama kawen, tapi bini
kamu tak beranak-anak lagi. Kamu tak pernah
terfikir nak kawen lagi satu ke?

Cik Pon menjawab:


Makcik, sudah-sudahlah terus nak menaruh
harapan terhadap saya. Saya kan dah berpunya.
[Bangun mengejut.] Carilahpengganti agar kau
gembira lagi. Usahlah kau mengganggu. Wajahmu
muncul dalam khayalan .

Kalau sempat, amik rambut afro, silakan untuk efek


yang lebih 70-an. Takde pun takpe. Yang penting
attitude kena ada.

19

Soalan Cepu Cemas #15:


Akak ni bukanla nak menyibuk. Tapi sorang je ke
anak kamu?

Cik Pon menjawab:


Tu la dia akak, saya memang menyesal sangat saya
lewat sampai masa kedai tengah offer beli sorang
anak dapat sorang percuma. Akak kalau tau ada
lagi offer tu bagitau saya ye.

20

Soalan Cepu Cemas #16:


Tak rasa sunyi ke anak sorang? Bagi la dia adik nak
main-main.

Cik Pon menjawab:


[Muka cemas] Hah! Anak aku hilang! Bang! Mana
anak kita? Mana anak kita bang?
Makcik: Anak kamu hilang ke?
Korang: Hilang di mata tapi di hatiii. Tidak lupa

21

Soalan Cepu Cemas #17:

Sorang je anaknya? Bila nak tambah?

Cik Pon menjawab:


[Bangun dan bersedia untuk keliling bilik.] Satu,
dua, tiga lekuk! Jantan, betina aku ketuk!
[Pastu ketuk kepala makcik tu. Minta maaf, pastu

cakap yang sebenarnya korang sedang lakonkan


semula watak Sang Kancil dengan Buaya. Makcik
tu dah ada iras-iras boye gak.]

Nota: Ketuk tu manja-manja cukup. Jangan ketuk


sampai koma plak makcik tu.

22

Soalan Cepu Cemas #18:

Ko tak nak tambah anak lagi ke? Tengok akak ni.


Lima orang haa.

Cik Pon menjawab:


[Bawak keluar buku nota.] Saya kena mintak petua
dari akak ni. Jadi dalam sebulan berapa kali akak
bersama suami akak? Ada teknik tertentu ke? Masa
setiap sesi?

23

Soalan Cepu Cemas #19:

Kalau subjek kurus:


Ya Allahhhh kuruihnya hang. Tak makan ka?

Kalau subjek gemuk:


Hai semangat sungguh badan noo. Posa pun tak
turun ka?

Ni sebenarnya soalan lempang. Jadi elok anda lempang


dulu baru mintak maaf zahir batin.

Cik Pon menjawab:


Baik ni saya ada borang mintak sumbangan
sikituntuk beli makanan/supplement kurus. Boleh
bank-in ke akaun XXXXXX and jangan lupa sms saya
bila duit dah masuk.

24

Soalan Cepu Cemas #20:


Awat yang hang lama sangat dok blajag ni? Tak
luluih ka?

Cik Pon menjawab:


Makcik jangan risau. Tak payah nak bagi duit raya
walaupun saya dok blajag lagi. Sebab saya sedar
dengan berkuatkuasanya GST 6% bermula 1 April
2015, ada peniaga yang mengambil kesempatan
untuk menaikkan harga barangan. Harga minyak
yang jatuh menyebabkan kerajaan mengurangkan
subsidi. Tapi Malaysia kekal sebagai negara ke-12
biodiversiti di dunia.

Korang sambunglah dengan ilmu yang ada sampai


nampak mata makcik tu berpinar-pinar sikit.

25

Soalan Cepu Cemas #21:

Elok-elok kerja pergi belajar lagi? Belajar tinggitinggi pun ke dapog jugak.

Cik Pon menjawab:


Memang la kak. Orang ke dapur sebab nak makan.
Nak makan kena la masak. Kalau saya tak payah
masak takde la saya ke dapur. Mintak orang lain
masakkan. [Pause]
Err.. ke akak volunteer nak jadi tukang masak saya?
Saya belajar tinggi insyaAllah mampu nak bayar.

26

Soalan Cepu Cemas #22:


Aih, besar semacam je perut ni. Ada isi ke? [Gosok-

gosok perut korang]

Cik Pon menjawab:


Ye la kak. Saya ni belajar tinggi tapi ke dapur jugak
sebab lagi banyak belajar makin lapar. Perut saya ni
saya isi dengan ilmu.
(Usap kepala dia dengan lembut.)
Yang ni ada isi tak?

Kalau korang single tapi dia pegang perut jugak, buatbuat melatah dan tempeleng dia sekali. Pastu bagitau
korang penggeli dan itu refleks.

27

Soalan Cepu Cemas #23:

Berapa berat kamu ni? Besar sangat takut lelaki nak


dekat.
Main kasar makcik ni. Ikhlas ke tak sebenarnya dia ajak
kita makan?

Cik Pon menjawab:


Berapa BMI makcik? Kandungan lemak berapa
peratus? Kolestrol? Gula? Rasanya teori makcik ni
takleh pakai. Penagih dadah tu kurus ada je yang
tak kawen.

28

Soalan Cepu Cemas #24:


Kamu tak ralat ke, anak teruna tapi nikah ngan
janda anak dua?

Cik Pon Menjawab:


Rasulullah S.A.W. pun dulu anak teruna dan
beristerikan janda. Makcik tak tahu ke? Kalau tak
tahu, ni duit raya makcik, balik nanti singgahlah
kedai buku dan beli Sirah Rasulullah.

29

Soalan Cepu Cemas #25:


Kawen jugak ko akhirnya. Tapi terdesak sangat ke
sampai duda pun ko libas?

Cik Pon Menjawab:


Saya ni kerja HR kak. Selalu interview orang tanya
ada pengalaman kerja ke tak. Terbawak-bawak
pulak bila cari calon tanya yang ada pengalaman
berkahwin ke tak.

30

Cik Pon merupakan seorang aktivis alam sekitar yang


suka memerhatikan gelagat masyarakat. Mempunyai
18 tahun pengalaman dalam menghadapi dan
menjawab soalan-soalan cepumas hari raya, kenduri
kendara mahupun majlis tahlil. Selama ini lebih
bersifat diam dan senyum, Cik Pon merasakan sudah
tiba masanya maklum balas sewajarnya diberikan bagi
menjawab soalan-soalan popular ini. Tidak perlu
merasa tersindir atau berkecil hati sekiranya pernah
bertanyakan soalan-soalan ini kepada sanak-saudara
atau rakan. Apa yang Cik Pon mohon adalah agar
amalan
ini
dihentikan
demi
kesejahteraan
masyarakat. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir
batin.
Disclaimer: Segala akibat yang diterima setelah
mencuba tips ini adalah ditanggung sendiri.

Keluaran dan hakcipta terpelihara:


Kikie J Editorial,
Lot 333, Lorong Bukit A2,
Cheras Baru, Jalan Kuari,
56100, Kuala Lumpur.
www.kikiej.com

31

32

Anda mungkin juga menyukai