Anda di halaman 1dari 1

4 GOLONGAN SASARAN DAKWAH

Masyarakat yang menjadi sasaran dakwah

Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran


dakwah itu terbahagi kepada 4 golongan.
1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah
Tuhan tetapi tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah
adalah disebabkan kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.
2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya
disamping mampu meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal
ini terjadi kerana mereka tidak mampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia
memang rasa berdukacita di atas maksiat yang dilakukannya serta kecewa tidak
dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit untuk dinsafkan
kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan
oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh
bersyarah dengan menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut
kemahuan nafsunya di dalam kehidupan dan kenyataan yang sebenar.
Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan menundukkan nafsunya.
3) Golongan yang mempunyai kepentingan - golongan ini melakukan
kemungkaran dan tidak mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam
hidupnya samada pada dirinya, rumahtangganya dan masyarakatnya kerana
mengaut keuntungan darinya. "Buat apa nak ikut Islam sangat, bukan boleh
untung" Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang
mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya
mengatasi hukum-hukum Allah.

Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran yang hakiki.
Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi'in dan pejuang kebenaran. Justeru itu, sekiranya
kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sedang melanda, tidak ada formula
lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan
memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.

4) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot
dan barat itu moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka
aurat itu terbuka mindanya. Golongan ini adalah golongan yang paling payah
untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mempunyai ideologi-ideologinya yang
tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, nasionalisma,
kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.
Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu
ditumpukan kepada golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk
mereka kembali amat cerah. Untuk golongan yang ketiga dan keempat, tidak
perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan ini hanya perlu dibendung
pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah sebati
dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini
perlulah dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan
kekecewaan serta mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

Anda mungkin juga menyukai