Anda di halaman 1dari 8

‫هذا الدين‬

HAZAD-DEEN
HAKIKAT ISLAM YANG DILUPAI..!
Oleh : As-Syaheed Sayyid Qutb rahimahuLlah.

IANYA SATU MANHAJ UNTUK MANUSIA

‫ أن يعمل فى حياة البشر بطريقسسة سسسحرية‬- ‫ ما دام منزل من عند ا‬- ‫إن البعض ينتظر من هذا الدين‬
‫خارقة غامضة السباب ! ودون أى اعتبار لطبيعة البشر ولطاقتهم الفطرية ولواقعهم المادى فسسى أيسسة‬
‫مرحلة من مراحل نموهم وفى أية بيئة من بيئاتهم‬.
 Hakikat utama tabiat agama ini - penting tetapi sering dilupai atau dijahili -
menyebabkan kesilapan besar dalam memahami Islam  Hakikat zatiah dan
waqi sejarahnya.
 Kesilapan - kerana agama ini dari Allah maka ia akan berlaku pada manusia
tanpa sebab dan musabbab.
 Kerana sekali lihat terjadi tanpa sebab dan sekali berlaku mengikut
kemampuan manusia  mereka jadi frust dan timbul kurang percaya kepada
kemampuan manhaj ini atau lebik teruk lagi syak pada Islam sendiri.
 Kesemuanya lahir dari satu kesilapan sahaja  tidak faham Islam dan
caranya.
 Agama ini manhaj ilahi untuk kehidupan manusia - ianya berjalan mengikut
usaha dan dalam lingkungan kemampuan manusia.
 Ia tidak pernah lalai dari fitrah manusia - boleh mencapai tahap yang tidak
mungkin dicapai oleh mana-mana manhaj manusia - jika ia dilakukan
bersungguh-sungguh. Kesilapan bila manusia menunggu suatu yang luarbiasa
berlaku hanya semata-mata kerana ia dari Allah.
 Timbul pertanyaan kadang-kadang: kenapa dibiarkan Islam kepada
kemampuan manusia? Kenapa agama ini kadang kala kalah oleh golongan
batil..? Kenapa tidak menang? Kenapa itu dan ini?
 Allah mampu untuk menangkan agamanya tetapi ia ingin menjadikan
petunjuk itu terhasil dari usaha dan keinginan ( ‫ )والذين جاهدوا‬dan berlaku mengikut
kemampuan manusia ( ‫) إن ا ل يغير ما‬.
 Tidak ada orang yang layak untuk bertanya Allah kenapa ia terjadi demikian -
kerana mereka semua hamba dan bukan Tuhan, kerana mereka jahil dengan
nizam keseluruhan alam ini. Orang mukmin sebenar tidak akan bertanya
kerana mereka beradab dengan Allah. Orang atheis juga tidak bertanya
kerana mereka tidak mengakui Allah. Yang bertanya hanya main-main  oleh
itu cara ajar mereka ialah dengan mengenalkan mereka dengan hakikat
Uluhiyyah dan khasaisnya sehingga ia akan jadi mukmin atau jadi atheis.
 Manhaj ini terlaksana di atas muka bumi ini bukan sepertimana perjalanan
planet dan bulan - tetapi dengan ada segolongan manusia membawanya,
yakin dengannya, beramal dengannya sekadar kemampuan mereka, cuba
membawanya orang lain sama dan berjihad sepenuhnya dengan segala apa
yang ada padanya. Kadangkala ia menang dan kadangkala mengikut kadar
usaha yang dilakukannya.

1
 Inilah hakikat yang ingin dinyatakan oleh Allah kepada jamaah muslimah -
(ayat diatas).
 Di dalam peperangan uhud, bila muslimin cuai mengambil wasilah yang
sepadan atau melupai hakikat ini dengan menyangka mereka akan menang
kerana mereka muslimin lalu Allah mengajar mereka. Mereka diajar oleh
Allah bukan dengan kalam atau celaan, tetapi dengan darah dan kesakitan,
gugur syahid dan kecederaan rasul mereka.
 Ini semua bukan menafikan kekuasaan Allah.
 Pemerhatian pada alam waqi menunjukkan bahawa hakikat iman tidak akan
tertanam kukuh di dalam hati hinggalah adanya mujahadah kerana iman ini.
Mujahadah dengan bencikan kebatilan dan mujahadah memindahkan
manusia dari alam batil kepada kebenaran. Di sini berlaku mehnah samada
sebelum menang atau selepas menang. Kesabaran atas mehnah menjadikan
seseorang itu teguh tetap dan terus mara.
 Hakikat iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpa
mujahadah dan melalui kepenatan. Ini lah maksud ayat ( ‫ولو ل دفع ا الناس بعضسسهم ببعسسض‬
‫ )لفسسسسدت الرض‬kerana kerosakan paling awal ialah rosak jiwa kerana tidak
bergerak, relak dan tiada kerja.
 Mujahadah juga menjadi wasilah amali untuk menapis saf -selepas menapis
jiwa- dari golongan pemalas, munafik dan penipu.
 Inilah maksud ayat:….
 Walaupun mehnah yang menimpa mereka sebab kecuaian mereka, namum
akhirnya ia adalah untuk kebaikan mereka sebagai pengajaran, penapisan
dan pembersihan saf dan jiwa.
 Pemahaman ini tidak bermakna menafikan kuasa Allah kerana kata putus
akhirnya ialah kuasa dan penentuan Allah berdasarkan hikmat dan
kehendakNya.

IANYA SUATU MANHAJ YANG UNIK

‫إذا كسسان السسسلم ل يتحقسسق فسسى الرض وفسسى دنيسسا النسساس ال بالجهسسد البشسسرى وفسسى حسسدود الطاقسسة‬
‫ لماذا نحاول تحقيق ذلك المنهج ؟‬.‫ فما ميزته إذن على المناهج البشرية‬.. ‫البشرية‬
‫نحن ملزمون بمحاولة تحقيق ذلك المنهج ابتداء لنحقق لنفسنا صفة السلم‬.
Jika begitu sifat manhaj ini, apa lebihnya dari manhaj rekaan manusia biasa
yang juga boleh tercapai dengan usaha manusia? Apa hebatnya dari manhaj
lain? Kenapa perlu ditegakkan manhaj ini?
Kita perlu menegakkan manhaj ini kerana:
1. Untuk menjadikan diri kita layak dipanggil Islam. Kerana Syahadah
memerlukan pengakuan hanya Allah memiliki hak ‘hakimiyyah’, mengiktiraf
Allah sahaja layak menggubal manhaj dan syahadah memerlukan kita
berusaha menegakkan manhaj ini dalam kehidupan manusia.
2. Hanya manhaj ini yang membebaskan manusia sebenarnya dari sebarang
perhambaan kepada sesama makhluk. Kristian dan Yahudi mempertuhankan
pendita mereka (Kesah Adi bin Hatim). Manhaj lain semua tidak lepas dari
perhambaan ini.
3. Kerana sifat rabbaninya, maka hanya manhaj ini terlepas dari kelemahan,
nafsu dan kepentingan manusia. Manhaj ciptaan manusia mustahil akan
terlepas dari keinginan untuk kepentingan diri, keluarga, puak dll.
Perlaksanaan manhaj ilahi ini juga berlaku secara adil kerana ia dilaksanakan
oleh jamaah muslimah yang beriman dan bertaqwa.

2
4. Kerana manhaj ilahi ini sahaja yang terlepas dari kelemahan dan kejahilan
manusia. Manhaj ciptaan manusia tidak dapat menelek dan merangkumkan
semua ilmu tentang manusia, pengalaman lepas apatahlagi yang akan
berlaku. Hanya Allah Maha Tahu.
5. Hanya manhaj ini yang tegak di atas pentafsiran yang menyeluruh terhadap
alam ini. Manhaj ciptaan manusia hanya didasarkan atas pandangan yang
sempit kerana kelemahan dan kejahilan manusia. Falsafah-falsafah ciptaan
manusia lampau kadang-kadang kelihatan suatu yang bodoh.
6. Kerana hanya manhaj ini sahaja yang dapat menempatkan manusia didalam
‘tansiq’ penyelarasan dengan perjalanan alam seluruhnya. Penyelarasan akan
melahirkan kekuatan dan pertembungan akan melahirkan kelemahan dan
kehancuran. Fitrah manusia sesuai dengan perjalanan alam. Fenomena
negara barat menunjukkan mereka sedang bertentang dengan perjalanan
alam. Mereka mencapai kemajuan dalam sains, penciptaan, penerokaan
angkasa tetapi jiwa tetap tidak bahagia?
Kita wajib melaksanakan manhaj ini di dunia ini untuk mengembalikan manusia
kepada tuhan yang sebenar.
‫أفغير دين ا يبغون وله أسلم من فى السموات والرض طوعا وكرها واليه يرجعون‬.

SATU MANHAJ YANG MUDAH

‫ ولكن البشر لم تصبر طويل على هذا المنهج السامق الفريد‬: ‫يقول قائل‬.
‫ فقد حرص كثير من الكتاب علسسى تثسسبيت هسسذا المعنسسى فسسى‬.‫وقد يبدو هذا القول صحيحا للوهلة الولى‬
‫النفوس وعلى اليحاء بأن هذا المنهج غير عملى ول واقعى ول تطيقه طويل فطرة البشر وإنمسسا هسسو‬
‫ دعوة مثالية الى أفق غير مستطاع‬.
Ada orang mengatakan: Manhaj ini sukar dan berat untuk dilaksanakan. Ianya
boleh tercapai pada satu zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagi
manusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih mudah untuk dilaksanakan.
Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqi’i. Sejarah yang berlaku
menunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja.
Tidak benar ..! Suatu yang silap menyangka manhaj ini memberatkan manusia
kerana:
1. Ianya manhaj sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih dari
manhaj lain. Bila bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka ia
berjalan dengan aman dan tenteram.
 Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur akhlak dalam Islam
seolahnya penghalang dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak.
 Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina dan penolak
kemajuan. Mengawal diri dari mengikut kehendak seks adalah kemerdekaan
dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks.
 Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yang
merendahkan darjat manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan
kebaikan.
 Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan
kerana mereka sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai oleh
Islam. Untuk mempraktikkan Islam dirasakan begitu sukar.
 Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi ma’ruf dan mudah
dilakukan sementara akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dan
3
dibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi mudah. Ketika itu barulah seorang
muslim hidup secara tabi’i.
 Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam.

2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianya


hasil ciptaan manusia yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh,
mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara. Ini lebih menyusah dan
menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. Manhaj
Islam lebih tabi’I dan sesuai dengan naluri.
3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupun
ditegakkan dalam setengah kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahun dan
sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun lain (Rom) bangkit dalammasa
1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun.
Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul dan
berusaha menegakkannya kembali.

SATU MANHAJ YANG BERPENGARUH

‫ خلفت فى واقع البشرية التسساريخى مسسن الثآسسار الباقيسسة مسسا قسسد يجعسسل الجيسسل‬..‫أن هذه الشإراقة اللمعة‬
‫ بعسسد تلسسك الصسسفوة‬- ‫الحاضر من هذه البشرية اليوم أقدر على المحاولة من سائر الجيال السستى خلسست‬
‫ المختارة من رجال الصدر الول‬.
Ketika mencapai kegemilangannya, manhaj ini meninggalkan kesan dan
pengaruhnya dalam masyarakat Islam dan dunia. Oleh itu ia lebih mampu dari
manhaj-manhaj lain.
1. Melahirkan manusia hebat yang tidak pernah dapat ditandingi. Bukan
seorang tetapi puluhan dan ratusan. Mereka lahir dalam jangkamasa yang
pendek dalam semua lapangan hidup. Yang hebatnya mereka masih kekal
seperti manusia biasa, melakukan kesilapan dan menggunakan kemampuan
mereka sebagai manusia.
 Ini memberi keyakinan bahawa bentuk seperti itu masih boleh diwujudkan
sekarang ketika adanya manhaj yang sesuai. Contoh agung yang lahir di
zaman itu hanya dari padang pasir kontang, faqir dan tidak mempunyai
sumber ekonomi dan kebudayaan yang hebat.
 Mereka semua telah meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia dan
sejarah.
2. Mampu menerapkan nilai, tasawwur dan neraca yang jelas dan mantap yang
merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia. Penerapan ini berlaku dalam
suasana manusia tidak dapat menerimanya. Hanya satu-satunya kekuatannya
yang ada padanya ialah kesesuaiannya dengan fitrah manusia mampu
menongkah arus waqi’ dan akhirnya ia memenangi dan merubah waqi’ tersebut.
Manhaj ini lebih mampu dari zaman dahulu kerana waqi’ sekarang lebih mudah.
3. Tempoh masa tersebut telah dapat menerapkan dalam kehidupan
kemanusiaan beberapa tradisi amali yang bersumberkan tasawwur, nilai dan
neraca tadi. Ia seolah-olah arus yang turun dan mengalir mempengaruhi
keseluruhan kehidupan manusia di mana sahaja berada.
Nilai dan tasawwur ini telah terserap dalam kehidupan manusia walaupun
kadangkala mereka tidak mengetahui asal usulnya atau telah diselewengkan
asalnya.

4
POTENSI FITRAH

‫كيف استطاع رجل واحد محمد بن عبد ا أن يقف وحده فى وجه الدنيا كلها أو على القل فسسى وجسسه‬
‫الجزيرة العربية كلها فى أول المسر ؟ وأم ام تلسك العقائسد والتصسسورات والقيسم والمسوازين والنظمسة‬
‫ ثآم ينتصر على هذا كله ويبدل هذا كله ويقيم النظام الجديد علسسى‬.. ‫والوضاع والمصالح والعصبيات‬
‫أساس المنهج الجديد والتصور الجديد ؟‬
Ketika Islam datang pada awalnya, ia menghadapi waqi’ yang besar bercanggah
dengan apa yang dibawa. Jarak keduanya amat jauh. Waqi’ disokong oleh
kepentingan tertentu, kuasa-kuasa dan sejarah yang panjang.
 Islam datang bukan hanya untuk mengubah tasawwur dan nilai bahkan
menukar peraturan, sistem, undang-undang dan keseluruhan cara hidup
manusia dengan merampas kepimpinan manusia dari tangan taghut dan
jahiliyyah.
 Ketika ia mula datang, suatu yang mustahil jika dinyatakan manhaj ini akan
menang akhirnya kerana waqi’ terlalu besar. Tetapi ianya segera
mengundurkan diri dan digantikan dengan Islam.
Bagaimana Nabi saw seorang diri mampu melakukan itu semua..?
1. Nabi saw tidak bertolak ansur dalam aqidah dan tasawwur (Qul Ya ayyuhal
kafirun)
2. Tidak mendakwa beliau mempunyai kuasa sakti melakukan itu dan ini.
3. Tidak menjanjikan pangkat dan kekayaan bagi pengikutnya (Bani Amir bin
Sa’sa’ah)
Nabi saw melakukan itu semua melalui jalan tabi’I yang boleh dilakukan oleh
mana-mana manusia.
Contoh-contoh waqi’ yang dihadapi oleh Nabi saw:
1. Waqi’ kerosakan akidah dan tasawwur yang memberikan kuasa tuhan kepada
manusia dan makhluk.
 Islam datang menghadapinya dengan LA ILAHA iLLA ALLAH. Fitrah manusia
mendengar suara ini dan terus menyambutnya. Mereka tidak lagi tunduk
kepada sesama manusia dan makhluk.
2. Waqi’ masyarakat ; kepebezaan manusia di Iran, India, Rom dan tanah Arab.
Islam datang menyatakan persamaan manusia di sisi Allah. Fitrah manusia
terus menerimanya.
3. Waqi’ ekonomi yang berasaskan riba - dikalangan Arab dan Yahudi. Riba
secara sistem lengkap sehingga Allah menyerangnya habis-habisan. Islam
menongkah semua ini dan ianya disedari oleh fitrah yang bersih dan akhirnya
dapat menghalau waqi’ ribawi tersebut diganti dengan sistem Islam.

Contoh ini memberi gambaran kekuatan fitrah yang mampu mengubah waqi’
yang disangka hebat dan besar. Islam tidak hanya melihat waqi’ tetapi berusaha
meruntuhkannya jika ia bertentangan dengannya.
Manusia hari ini mungkin lebih mampu untuk mengulangi kemenangan ini bila
adanya manhaj, qiyadah, tarbiyyah dan harakah.

POTENSI PENGALAMAN
‫ لم تذهب كلهسسا‬..‫تلك الوثآبة الكبرى الفريدة فى تاريخ البشرية وهذه اللف عام من المستويات الرفيعة‬
‫ ولم تترك البشرية بعدها كما تسلمتها من قبل‬، ‫ ولم تتبدد من عالم الحياة ضياعا‬،‫سدى‬.
 Kemenangan awal Islam hanya berbekalkan potensi fitrah.

5
 Kemenangan Islam di peringkat awal akhirnya dituruti dengan kelemahan
dan kemerosotan. Walaubagaimanapun, mereka lebih tinggi dan hebat dari
umat lain.
 Kehebatan Umat Islam dan penerapan Islam melalui kuasa tidak sia-sia
walaupun setelah Islam tewas dan jahiliyyah kembali berkuasa. Kesannya
masih tertinggal di dalam sanubari manusia.
 Waqi’ hari ini telah berubah kerana Islam tidaklah seasing dulu (ketika ianya
mula datang). Ianya boleh dibaca, dikenali dan dilihat walaupun tidak lagi
dipraktik dan dilaksanakan.
 Walaupun manusia di zaman ini tidak dapat merasai kemanisan dan
keindahan perlaksanaan Islam di zaman awal, namun manusia secara
umumnya lebih hampir untuk memahami tabiat manhaj ini.
Beberapa contoh:
1. Gerakan pembaharuan di Eropah dan Barat (Martin Luther, Calvin,
penolakan Feudal, persamaan, Revolusi Perancis, pengistiharan hak-hak
manusia Magna Carta dll) adalah hasil arus Islam yang mengesankan Eropah.
2. Tentera Salib yang balik dari Negara Islam melihat kemunduran Eropah dari
sudut sosialogi, ekonomi dan politik lalu mereka mula melakukan perubahan.
3. Perkembangan keilmuan Islam di Sepanyol; memberi nafas baru kepada
tamaddun Eropah melalui terjemahan dan pengutusan ilmuan ( Roger Bacon -
belajar bahasa Arab di Oxford untuk mengkaji kitab-kitab Arab dari Sepanyol).
 Keseluruhan perubahan besar dalam kehidupan manusia tidak dapat lari dari
kesan tamaddun Islam padanya. Tetapi barat menggambarkan ianya datang
sepenuhnya dari mereka untuk melahirkan rasa putus asa kita dari cuba
mengembalikan semula kehidupan cara Islam.

GARISAN-GARISAN MANTAP

‫عندما انحسرت موجة مد السلمى العالية عن هذه الرض وحينمسا اسستردت الجاهليسة زمسام القيسادة‬
‫ وينهض مسسن‬،‫ وعندما عاد الشيطان ينفض غبار المعركة عا كاهله‬،‫التى كان السلم قد انتزعها منها‬
‫! عثرته ويهتف لحزبه الذى عاد يتسلم الزمام‬
‫عند ما يحدث هذا كله لم ترتد حياة البشرية تماما إلى أوضاعها المتخلفة فى الجاهلية الولى‬..
‫وكانت هنالك من ورائه خطوط عريضة ومبادئ ضخمة قد استقرت فى حياة البشرية‬.
Islam yang telah terundur dan jahiliyyah kembali menapak tidaklah
menghilangkan terus keseluruhan apa yang pernah dibawa oleh Islam.
Prinsip dan dasar-dasar tertentu telah dikenali oleh manusia dan tidak lagi
asing bagi mereka.
1. Kesatuan kemanusiaan
 Islam yang datang di tengah-tengah asabiyyah telah mampu mengembalikan
manusia kepada persamaan dan kesatuan. Ianya bukan hanya teori tetapi
dipraktikkan dalam sistem Islam.Walaupun manusia tidak dapat
mempraktikkan sebagaimana dipraktikkan oleh jamaah muslimah, atau masih
terdapat saki baki taasub dan pemisahan kerana warna kulit, namun prinsip
persamaan manusia telah menjadi dasar sejagat.
 Oleh itu, manusia hari ini lebih mampu untuk menerima manhaj ini.

2. Kemuliaan kemanusian
 Kemuliaan insan semasa Islam mula-mula datang didasarkan ke atas sifat-
sifat luar bukan kerana mereka itu manusia (warna kulit, bangsa, keturunan

6
dll). Islam datang meninggikan manusia kerana ia manusia (Ayat-ayat, Hadis
dan kesah khutbah Abu Bakar, kesah Umar, Othman, Qibti dengan anak Amru
dll).
 Walaupun masih ada unsur menghinakan manusia, tetapi prinsip kemulian
insan telah menjadi tonggak sejagat.

3. Umat yang satu.


 Islam datang dalam keadaan manusia diikat oleh bangsa, warna kulit,
keturunan dll. Islam bubarkan segalanya dan ikatkan mereka atas ikatan
akidah. Atasnya manusia bersatu dan berpecah. Ia sebaik-baik ikatan. Hanya
yang diikat oleh akidah sahaja layak digelar ummat.
 Manusia terbahagi kepada dua : hizbuLlah dan hizbul-syaitan.
 Manusia hari mula bersatu atas pegangan dan fikrah tertentu. Ini lebih
mudah untuk dijana kearah kesatuan aqidah yang betul.

4. Pemeliharaan dan akhlak


Dalam peperangan, perhubungan antarabangsa dan sesama negara. Prinsip
Islam ini telah dipakai oleh kebanyakan negara secara sejagat.

AKHIRNYA…..!

‫ أبعد من ا‬.. ‫إن البشرية بجملتها اليوم‬


‫ فالجاهلية القديمة كانت جاهليات جهل وسسسذاجة وفتسسوة‬.‫إن الركام الذى يرين على الفطرة أثآقل وأظلم‬
‫! أما الجاهلية الحاضرة فجاهلية علم ! وتعقيد ! واستهتار‬
 Apakah beban untuk mengembalikan Islam hari ini ringan..?
 Manusia hari ini - secara umumnya- lebih jauh dari Allah. Jahiliyyah dulu
simple dan tidak kompleks, masih muda dan tidak matang. Hari ini
sebaliknya.
 Permusuhan dengan gereja telah menjauhkan manusia dari agama.
Penemuan sains mengkagumkan manusia.
 Kemajuan dan penemuan manusia menjadikan mereka semakin jauh dari
Allah kerana asasnya lari dari gereja dan bukan atas asas iman kepada Allah.
 Kegilaan ini masih di kemuncaknya, walaupun tanda-tanda kehancuran telah
nyata.
 Jahiliyyah dulu masih terpelihara dengan beberapa akhlak baik.
Pertembungan anra Islam dan jahiliyyah lebih terbuka dan telus hingga
memudahkan fitrah kembali ke asalnya. Tetapi hari ini jahiliyyah yang nifaq,
tidak endah dan melentur ke mana sahaja.
 Apa bekalan da’i..?
 Taqwa, berhubung dengan Allah, thiqah dengan janji Allah.

ALLAHU-AKBAR.. WALILLAHIL-HAMD.

7
Jun 2004, BDS

Anda mungkin juga menyukai