Anda di halaman 1dari 5

ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH YANG MENYELESAIKAN SEMUA

MASALAH


Sesungguhnya Islam merupakan agama Allah yg lengkap, dapat memenuhi
keperluan manusia dan menyelesaikan masalah mereka tanpa batasan
masa, tempat dan suasana. Di dalamnya terkandung keistimewaan yang
tidak ada pada yang lain, dimana keseluruhan keistimewaan yang tidak
ada pada Islam itu tidak terhingga dan tidak termuat dalam kertas yang
ringkas ini. Cuma kita cuba bincang secara kasar sebagai panduan, untuk
mencari gali lebih mendalam dan menyakinkan kita.

Diantara keistimewaannya, seperti berikut:

1. Rabbani
Keistimewaan yang paling utama, ialah Rabbani dari segi sumbernya
bahawa Islam ini bukannya ciptaan manusia yang lemah dan terpengaruh
dengan manusia, tempat, keadaan, kebudayaan hawa nafsu, tetapi ianya
ciptaan Allah. Tuhan Pencipta seluruhnya. Yang mencipta manusia Maha
Mengetahui fitrah manusia dan apakah yang sesuai dengan fitrah itu.

Anda Ber sama ABANGHASZ
Firman Allah Ta'ala: "Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu
mengetahui (segala
2
nya)? Sedangkan Ia Maha Halus urusan Pentadbiran
Nya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya." (Surah al-Mulk; ayat 14)
Matlamat yang utama dan pertamanya ialah menghubungkan manusia
dengan Tuhan, dengan 'ibadah dan taqwa. Kerana itulah tujuan mereka
dicipta.
Firman Allah Ta'ala: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." (Surah
al-Dzariyat; ayat 50)
Itu bukanlah dalam hal 'ibadah sahaja tetapi merangkumi hidup secara
individu. Keluarga, masyarakat dan segala
2
nya.
Diatas prinsip Rabbani, maka tidak harus bagi Muslim membuat pilihan
lain daripada Hukum Allah dan bersikap ragu terhadapnya.
Firman Allah Ta'ala: "Dan tidaklah harus bagi orang
2
yg beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan meng-
enai sesuatu perkara - (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka..." (Surah al-Ahzab; ayat 36)
"Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan ber-
iman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana
2
perselisi-
han yang timbul diantara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa
dihati mereka sesuatu kebenaran dari apa yang telah engkau hukumkan,
dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya." (Surah al-
Nisa'; ayat 65)
2. Kemanusiaan Sejagat
Islam berdasarkan untuk kemanusiaan sejagat, merupakan hidayah
untuk seluruh manusia, tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit dan
tempat. Kerana Islam itu ciptaan Allah maka ia tidak di pengaruhi oleh
perasaan manusia yg ada di dalam dirinya mementingkan peribadinya,
keturunan dan tempat.
3. Ke'adilan Mutlak
Ke'adilan yang ditegakkan oleh Islam itu, untuk seluruh manusia tanpa
memandang taraf. Dan melaksanakan semangat persaudaraan dikalangan
mereka disamping memelihara kepentingan agama, maruah, nyawa, 'aqal
dan harta. Matlamatnya ialah kebahagiaan manusia dunia dan akhirat,
sebagaimana dinyatakan oleh para fuqaha'. Bukanlah matlamat Islam utk
kepentingan golongan tertentu atau bangsa yang tertentu sahaja atau me-
mentingkan material sehingga mencuaikan sudut rohani dan akhlaq.
Mementingkan dunia tanpa akhirat seperti teori ciptaan manusia. Atau
sebaliknya seperti agama yang hanya menekan aspek rohani.
Apa yang tersebut diatas tidak dapat dijalankan oleh ciptaan manusia. Dan
utk memenuhi itu semua memerlukan Tuhan Yang Maha Bijaksana, Maha
Mengetahui, dan Maha Rahmat, kerana manusia itu hanya memandang
dari aspek yang sempit dan terbatas.
4. Perseimbangan Di Antara Individu dan Masyarakat
Melaksanakan kepentingan individu tanpa menjejaskan masyarakat
dan sebaliknya. Tanpa menjejaskan hak itu untuk semua pihak. Islam ber-
beza dengan Liberalisme dengan cabangnya. Yg memberi hak kpd indivi-
du sebagaimana dakwaan mereka, tetapi kadang
2
mencabul kepentingan
masyarakat dan tdk pula seperti sosialisme yg kononnya memperjuangkan
kepentingan masyarakat walaupun dengan cara tidak menghormati hak
2

individu.
Contoh yang paling terang ialah penyelesaian Islam berhubung dengan
pemilikan, dimana Islam mengharuskan milik perseorangan kerana ianya
merupakan dorongan fitrah manusia dan melambangkan kebebasan
manusia dan keperibadiannya dimana dia boleh memiliki dan mengguna
kan apa yang dimiliki.
Firman Allah Ta'ala: "Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan
belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta-benda (pem-
berian Allah) yang dijadikan nya kamu menguasainya sebagai wakil.
Maka orang
2
yang beriman diantara kamu serta mereka membelanjakan
(sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala
yang besar." (Surah al-Hadid; ayat 7)
Disamping itu Islam meletakkan ikatan yang banyak diatas milik perse-
orangan. Untuk memelihara kepentingan masyarakat supaya tidak men-
jadi milik mutlak seperti kapitalis. Islam mewajibkan peraturan tertentu
dari segi jalan mencari harta, menggunakan harta, memiliki harta, sama
ada melalui peraturan yang berlandaskan Iman dan Akhlaq atau kuasa
2

yang dibenarkan kepada pemerintah. Dimana cara yang dilaksanakan itu
untuk menegakkan semangat persaudaraan kasih sayang dan ke'adilan
dikalangan manusia, kerana manusia hanya pemegang amanah sahaja.
Bukannya pemilik yang sebenar.

5. Teguh dan Matang
Peranan Islam ialah membetulkan apa yang salah, meluruskan yang
bengkok bukannya untuk tunduk kepada batil dng nama perkembangan
masa dan masyarakat di samping mempunyai dasar umum yang boleh
mengikuti setiap perkembangan dan perubahan.
Dalam perkara yang tidak boleh diselesaikan oleh 'aqal manusia, Islam
memberi kata putus dimana manusia tidak perlu ijtihad, seperti 'ibadah,
hukum hudud yang ada nas kerana masalah itu tidak mungkin diselesai
kan dengan ijtihad. Disamping terdapat dasar umum yang teguh dan tidak
berganjak serta 'ulama' berijtihad. Berpandukan kepada fahaman mereka
yang boleh mengikuti perkembangan hukum syara' dan hidup manusia,
berpandukan kepada polisi syara' yang dibenarkan oleh Islam (al-Siyasah
al- Syar'iyyah).
Berpandukan kepada apa yang ada sekarang, kita dapati bahawa ummat
kita tidak perlu lagi kepada penyelesaian yang diimport sama ada secara
total atau secara dicelup dengan 'cap Islam', kerana gejala
2
yang berlaku
dinegara
2
yang melahirkan penyelesaian itu sudah cukup dijadikan ukuran.
Disamping apa yang pernah kita lihat laksanakan selama ini satu demi satu
setelah kita lihatnatijahnya. Kerana keseluruhan penyelesaian asing meru-
pakan bahan ujian yang telah gagal atau yang sedang diuji dan belum di
tentukan kejayaannya, tetapi kelemahan
2
manusia yang ada pada pencipta
penyelesaian itu tidak harus dinafikan.
Islam yang wajib dikemukakan dan dihayati merupakan al-Din yang telah
membuktikan kemampuan dan kejayaannya dalam menghadapi masalah
hidup manusia dalam segala aspeknya yang seluruh penduduknya Islam
atau masyarakat majmuk, majoriti Islam atau manoriti Islam. Kenyataan yg
ada pada ummat Islam hendaklah diakui, dan keadaan yang ada pada
ummat Islam kini tidak harus dijadikan alasan untuk menolak penyelesaian
Islam tanpa dikaji sejarah dan latarbelakangnya.
Adalah tidak wajar bagi mereka yang mengaku Islam untuk membuat
pilihan kepada penyelesaian yang lain. Kerana pengakuan Islam seseorang
itu bermakma dia tidak membuat pilihan melainkan hanya Islam. Sama
ada dia fahami hikmah, penyelesaian nya Islam atau tidak, kerana
kepercayaan kepada Allah dan keRasulan Muhammad Sallallahu lalaihi
wasallam menjadi pendorong utama untuk kembali kepada penyelesaian
Islam dalam semua masalah. Kerana Allah masih memberi peluang
kepada kita untuk kembali kepada Islam dan berjuang pada jalanNya.

(Nota: Bab ini merupakan salah satu dari 3 bab didalam buku bertajuk
"Kemestian Penyelesaian Secara Islam", diterbitkan oleh Pustaka Damai,
Kuala Terengganu, cetakan 1981)
..........................................................
Rujukan: Buku ISLAM: Fikrah, Harakah & Daulah, bab 2 'Kemestian Penyelesaian Secara ISlam',
kurungan C : 'Islam sebagai Agama Fitrah yang Menyelesaikan Semua Masalah.' m/s. 29-34,
diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar, cetakan Pertama 2003
Karya: Hj. 'Abdul Hadi Awang

Anda mungkin juga menyukai