Anda di halaman 1dari 4

4 GOLONGAN SASARAN DAKWAH

Masyarakat yang menjadi sasaran dakwah

Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4

golongan. 

1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi

tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan

kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu

meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak

mampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang

dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit

untuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan

oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan

menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam kehidupan

dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan menundukkan nafsunya.

3) Golongan yang mempunyai kepentingan - golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak mahu

melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, rumahtangganya

dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. "Buat apa nak ikut Islam sangat, bukan

boleh untung" Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang mengampu

dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya mengatasi hukum-hukum

Allah.

Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran yang

hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi'in dan pejuang kebenaran. Justeru itu,

sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sedang melanda,

tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti berjaya, maka pasti

Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.

4) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot dan barat itu moden.
Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. Golongan ini

adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mempunyai ideologi-

ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, nasionalisma,

kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.

Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada

golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk

golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan ini

hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah sebati

dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah dilakukan

dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta mematahkan

semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

http://www.jqafsktl.com/2010/03/4-golongan-sasaran-dakwah.html

TARBIYAH KELUARGA IMAM MALIK


Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau
sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang
minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau
habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang


berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan
sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan
mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan


pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam
Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”


Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau
kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu
Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk
menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk
berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya
ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik
paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa


suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya
mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak.
Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan
ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya
datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”


Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan
meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat
pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas
kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari
kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam
bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu
sebelum ilmunya.” Kata ibunya.

*iqtibas daripada kitab arab. Wallahua’lam


http://keluargadakwah.blogspot.com/2010/12/tarbiyah-keluarga-imam-malik.html

Dalam hidup ada 2 pilihan. Hidup sekadar bernafas ataupun hidup bagi mengukir sejarah... [Bab 1 - Kuasa
Semangat Pemuda; buku Kuasa Kepemimpinan al-Fateh karangan Syaari Ab Rahman]
a) Kuasa imaginasi & visualisasi - membentuk visi dan impian dgn jelas. Beliau dipanggil Al-Fateh sejak kecil lagi
oleh ayahnya, Sultan Murad.
b) Sikap tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan.
c) Kuasa motivasi dan kerja berpasukan dipimpin pemimpin berMAGNET - pemimpin perlu sentiasa menaikkan
motivasi pasukannya dgn pelbagai cara kreatif.

Anda mungkin juga menyukai