Anda di halaman 1dari 2

Panel 2 (round 1)

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Menurut kalian apakah


sebenarnya punca atau penyebab masyarakat tidak menutup
aurat atau berfesyen melampaui syariat? Mari saya terangkan.
Masyarakat sebilangannya pasti sentiasa mengikuti fesyen
terkini dari masa ke semasa sehingga kadangkala mereka
terikut-ikut fesyen tanpa menimbangkan soal syariat islam. Hal
ini berpunca apabila kurangnya ilmu agama yang mereka
sendiri mungkin tahu serba sedikit mahupun banyak, namun
tidak diterapkan dalam kehidupan.

Selain itu, terpengaruh dengan trend turut menjadi punca


masyarakat berlebihan dalam berpakaian. Sekiranya kita lihat di
laman-laman sosial kini, bertapa banyaknya model-model iklan
yang menghiasi ruang suapan dengan mengenakan fesyen-
fesyen terbaru yang hangat dikomersialkan. Akibat sering
melihat pempengaruh berpakaian cantik, maka timbul
keinginan untuk berpakaian seperti mereka. Keinginan ini
ditambah pula dengan rakan sebaya yang memuat naik foto
mereka memakai pakaian terkini. Perkara ini menyebabkan
seseorang remaja itu kurang keyakinan diri dan mereka
beranggapan bahawa mereka perlu mengikut perkembangan
fesyen untuk menjadi cantik di mata orang. mereka menjadi
bimbang akan dipulaukan rakan-rakan sebaya kerana dianggap
tiada citarasa dalam berfesyen. Maka akhirnya bak kata
pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit dimana keinginan
berpakaian mengikut fesyen menjadi semakin bertambah dan
bertambah.

Seterusnya, punca dari ibu bapa dimana ibu bapa


sendiri yang berpakaian tidak mematuhi syariat dan secara
tidak langsung menjadi contoh buruk kepada anak sedari
mereka kecil. Sukalah saya membaca satu dalil yang
mafhumnya:

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak


perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka
menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang
demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali,
Al Ahzab ayat 59.

Ibu bapa perlu tahu bahawa mereka merupakan guru pertama


bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka sendiri tidak
menunjukkan contoh pemakaian yang baik akibatnya seperti
kata pepatah, ‘’guru kencing berdiri, anak murid kencing
berlari’’ dimana anak mereka juga akan menganggap bahawa
tidak menutup aurat adalah perkara biasa dan tidak tahu
bahawa perkara tersebut menyalahi ajaran islam.

Sekian sahaja daripada saya, saya kembalikan semula kepada


saudari pengerusi majlis.
.

Anda mungkin juga menyukai