Anda di halaman 1dari 12

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas Bahagian 1 

4.1 PENGENALAN 
 
Pelancongan merupakan antara penyumbang ekonomi penting kepada KRT Pasir Mas dan 
Negeri Kelantan. Pelbagai sumber pelancongan yang diketengahkan dan dipromosikan bagi 
menarik pelancong domestik dan antarabangsa mengunjungi kawasan ini. Kajian ini adalah 
untuk mengupas tren, profil dan produk pelancongan semasa bagi tujuan mengenalpasi isu, 
masalah serta potensi pelancongan yang boleh dimajukan, diperkembangkan dan 
diperkukuhkan. Ini adalah untuk mencari peluang dan kekuatan sektor pelancongan agar ia 
dapat diusahakan secara komersil dan melalui pendekatan berskala lebih besar. 
 
4.2 DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN 
 
Dasar dan strategi pembangunan berperanan sebagai pandu arah bagi memberi hala tuju 
pembangunan pelancongan di KRT Pasir Mas secara menyeluruh. Ia diambilkira bagi membantu 
meningkatkan tahap ekonomi berasaskan pelancongan sejajar dengan matlamat pembangunan 
KRT Pasir Mas sebagai bandar mampan dan berdayasaing. Berikut adalah dasar dan strategi 
yang diambilkira. 
 
4.2.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe‐9) 
 
Pelancongan turut menjadi agenda penting di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe‐9) 
di mana penumpuan diberikan kepada produk pelancongan yang berasaskan kebudayaan, 
kesenian dan pelancongan desa. Pendekatan ini amat sesuai diterjemahkan dalam KRT Pasir 
Mas memandangkan pembangunan ekonomi di kawasan ini berlatar&belakangkan ekonomi 
desa selain tumpuan terhadap Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Terdapat enam teras strategi 
bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong global yang digariskan dalam 
RMK 9 yang terdiri daripada : 
 
i. Memastikan pembangunan pelancongan mampan 
ii. Meningkatkan pembangunan produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif; 
iii. Menggalakkan dan memudahkan pelancongan domestik; 
iv. Menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi; 
v. Meningkatkan pembangunan sumber manusia; dan 
vi. Menjamin keselesaan, keselamatan dan kebajikan pelancong. 
 
4.2.2 Dasar Pelancongan Negeri Kelantan 
 
Dasar Pelancongan Negeri Kelantan menjadi agenda penting kerana sektor pelancongan 
merupakan salah satu sumber ekonomi yang berpotensi membantu melonjakkan ekonomi 
negeri Kelantan dan jajahan di bawahnya. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, 
telah merangka matlamat utama dasar dalam usaha membangunkan aktiviti pelancongan 
sebagai sumber ekonomi alternatif iaitu :‐ 
 
Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008 ‐ 2020  

1. Untuk menjadikan segala tindakan dalam perancangan, pembangunan, kegiatan, 
penguatkuasaan dan penggalakan dalam bidang plancongan sebagai satu ibadah; 
2. Untuk memulihara, membangun dan memperkenalkan masyarakat, kebudayaan dan 
institusi pemerintahan Islam Kelantan sebagai destinasi dan produk pelancongan utama 
3. Untuk mewujudkan suasana musafir, rehla, siyahah, hijrah, ziarah dan riadah bersifat 
keilmuan, pendidikan (ta'dib/tarbiah'), pembangunan insan dan peluang berdakwah. 
4. Untuk mempertingkatkan sifat taqwa melalui pemaparan pelbagai bangsa dan budaya. 
5. Untuk menjana dan mengeratkan ukhuwah Islamiyyah dan perasaan muhibah pelbagai 
lapisan masyarakat. 
6. Untuk melahirkan insan yang bersyukur dan insaf kepada nikmat Allah s.w.t dengan 
menghayati dan menikmati keindahan alam ciptaan‐Nya. 
7. Untuk menjadikan bidang pelancongon sebagai cara untuk melindungi, memulihara dan 
mengekal keaslian alam ciptaan‐Nya. 

Untuk mengembangkan dan memajukan sektor pelancongan berasaskan sumber dan kekuatan 
dalaman, menambah bilangan pelancong serta menjana tukaran asing berlandaskan prinsip‐
prinsip Islam. 
 
4.2.3 Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 
 
Tujuan utama dasar ini adalah untuk membentuk dan membangunkan manusia ke arah 
keadilah, kebenaran. kesaksamaan, kebebasan berlandaskan prinsip‐prinsip Al‐Quran dan AI‐
Sunnah di mana 'Kebudayaan Islam Menjana Masyarakat Rabbani' menjadi falsafah di dalam 
dasar ini. 
 
Selaras dengan ini, sembilan strategi dibentuk iaitu :‐ 

1. Menubuhkan Yayasan Budaya Kelantan (YBK) bertujuan memastikan perancangan, 
penyelarasan dan penyatuan badan‐badan budaya adalah terarah dan terkawal. 
2. Aktiviti di Gelanggang Seni akan diselaraskan oleh YBK. 
3. Mengorientasi dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses 
perancangan, perlaksanaan dan pengawasan program pembangunan kebudayaan. 
4. Penglibatan badan‐badan bukan kerajaan (NGO) : Menggalakan penglibatan NGO yang 
lebih aktif dan berkesan dalam pembangunan kebudayaan negeri kelantan. 
5. Pendidikan kepada masyarakat umum : Mengadakan pendidikan kebudayaan dan 
kesenian dikalangan murid sekolah dan masyarakat umum 
6. Mewujudkan Anugerah Budaya Negeri. 
7. Menaiktaraf Gelanggang Seni kepada Kompleks Gelanggang Seni yang mana ianya bakal 
diambilalih oleh YBK. 
8. Mempertingkatkan peranan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) sebagai badan perancang, 
pelaksana, pengembang, pemulihara dan pengawal program dan aktiviti kebudayaan 
negeri Kelantan. 
9. Mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan Pejabat Kebudayaan dan 
Kesenian Negeri. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOCAT). 

4.2.4 Dasar Rancangan Struktur Negeri Kelantan, 2003‐2020 
 
Dasar‐dasar yang digariskan Rancangan Struktur Negeri Kelantan, 2003‐2020 akan dijadikan 
asas rujukan utama di dalam perancangan dan pembangunan sektor pelancongan jajahan Pasir 
Mas. 
 
Malah dasar‐dasar yang bersesuaian akan diterjemahkan dalam bentuk perancangan,program 
serta projek pembangunan di peringkat Laporan Penemuan dan seterusnya diperincikan di 
peringkat Draf Rancangan Tempatan. Memandangkan dasar yang dihasilkan merupakan dasar 
peringkat negeri, maka ia akan dlsesuaikan mengikut kepentingan dan keperluan pembangunan 
pelancongan pada skala jajahan Pasir Mas. 10 melibatkan dua komponen dasar iaitu dasar 
subjek dan dasar khusus seperti berikut: 
 
Dasar Subjek 
 
DS‐PLl : LIMA (5) ZON PELANCONGAN DENGAN NICHE PRODUK MASING‐MASING AKAN 
DIBANGUNKAN BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI DAYA TARIKAN PELANCONGAN NEGERI 
KELANTAN SECARA KESELURUHANNYA 
 
DS‐PL2 : PEMBANGUNAN EMPAT HIRARKI NODUS‐NODUS PERKHIDMATAN PELANCONGAN 
BAGI MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN KUANTITI PENYEDIAAN KEMUDAHAN PELANCONGAN, 
INFRASTRUKTUR DAN INFORMASI. 
 
DS‐PL3 : PEMELIHARAAN ALAM SEMULA JADI PERLU DIUTAMAKAN MELALUI PEMBANGUNAN 
EKO PELANCONGAN DAN GEO PELANCONGAN YANG MAMPAN, KHUSUSNYA BAGI KAWASAN 
SENSITIF ALAM SEKITAR AGAR KUALITI PERSEKITARAN SEDIA ADA TIDAK TERJEJAS SECARA 
KRITIKAL. 
 
DS‐PL4 : MEMPERBAIKI DAN MEMPERTINGKATKAN TARAF KEMUDAHAN SOKONGAN 
PELANCONGAN SEDIA ADA BAGI MENCAPAI KUALITI PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG 
BERTARAF ANTARABANGSA UNTUK MENARIK KETIBAAN PELANCONGAN YANG LEBIH RAMAi 
 
DS‐PL5 : PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN KUALITI PERKHIDMATAN DAN PRODUK 
PELANCONGAN PERLU DIJALANKAN SECARA BERKALA DAN BERTERUSAN UNTUK 
MENGHASILKAN TAHAP KESELESAAN DAN KEPUASAN PELANCONGAN YANG MEMUASKAN DI 
SAMPING MEWUJUDKAN TARIKAN YANG 'VALUE FOR MONEY'. 
 
DS‐PL6 : MEMPERTINGKATKAN USAHA PEMASARAN DAN PROMOSI YANG DISASARKAN 
KEPADA DUA SEGMEN UTAMA IAITU PELANCONGAN ANTARABANGSA DAN DOMESTIK 
BERDASARKAN PRODUK‐PRODUK PELANCONGAN YANG SPESIFIK. 
 
DS‐PL7 : MENYELARASKAN PROGRAM PEMBANGUNAN, PROMOSI DAN PEMASARAN PRODUK 
PELANCONGAN BAGI MEWUJUDKAN SUATU PROGRAM KEMPEN PEMASARAN YANG 
MENYELURUH, MANTAP, TELUS, KONSTAN DAN BERDAYA SAING. 
 
DS‐PL8 :MEMPERTINGKATKAN TAHAP KESAMPAIAN PARA PELAWAT KE KAWASAN TARIKAN 
DENGAN PENYEDIAAN SISTEM RANGKAIAN PENGANGKUTAN YANG LEBIH EFEKTIF, EFISIEN DAN 
SELAMAT. 
 
DS‐PL9 : MEMASTIKAN AGAR PEMBANGUNAN PELANCONGAN AKAN MEMBERIKAN PULANGAN 
EKONOMI KFPADA PENDUDUK SETEMPAT DI SAMPING MENGAMBIL KIRA NILAI SOSIAL DAN 
KEBUDAYAAN MASYARAKAT TEMPATAN. 
 
DS‐PL10 : PEMBANGUNAN INDUSTRI HASIL KRAFTANGAN TEMPATAN PERLU DIINTERGRASIKAN 
UNTUK MENINGKATKAN STATUS KRAFTANGAN KELANTAN, DI SAMPING MEMBERIKAN 
PULANGAN EKONOMI KEPADA PENDUDUK SETEMPAT. 
 
Dasar Khusus 
 
DK‐PL1 : MEMBANGUNKAN PRODUK TINGGAL BERSAMA KELUARGA DI KAMPUNG‐KAMPUNG 
TERPILIH SEBAGAI PERINTIS PROJEK DI DALAM USAHA UNTUK MEMPERTlNGKATKAN TARAF 
EKONOMI PENDUDUK TEMPATAN. SERTA MEMPERKENALKAN KAMPUNG TERSEBUT SEBAGAI 
SATU DESTINASI PELANCONGAN UTAMA. 
 
DK‐PLl : MEMBANGUNKAN PRODUK GEO PELANCONGAN YANG AKAN MENJADI SUATU 
TARIKAN PELANCONGAN ALTERNATIF YANG UNIK BAGI MENARIK PELANCONG ANTARABANGSA 
DAN TEMPATAN PADA MASA HADAPAN. 
 
Dasar‐dasar yang digariskan merangkumi kelima‐Iima kategori pelancongan yang ada di dalam 
Kelantan, namun tidak semua kategori ini boleh diperkembangkan di dalam jajahan Pasir Mas. 
Ini adalah kerana sebahagian kawasan kurang sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan 
sepanjang masa sebaliknya berpotensi menjadi destinasi pelancongan bermusim kerana 
keadaan banjir yang dialami oleh kawasan tersebut apabila musim tengkujuh. Walau 
bagaimanapun, dasar‐dasar pelancongan ini akan diambilkira secara keseluruhannya bagi 
menjadi panduan di dalam menzahirkan pembangunan mampan daripada perspektif 
pelancongan. 
 
4.3 PROFIL PELANCONG NEGERI KELANTAN DAN KRT PASIR MAS 
 
Pelancongan merupakan sektor ekonomi yang penting di dalam pembangunan jajahan Pasir 
Mas kerana ia antara penyumbang utama dalam KDNK negeri Kelantan. Ini adalah disebabkan 
kedudukannya yang bersempadan dengan negara Thailand dan menjadi pintu masuk negara di 
wilayah timur Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, kajian pelancongan di peringkat 
negeri Kelantan akan dikaji bagi melihat sejauh mana kepentingan dan sumbangan sektor 
pelancongan jajahan Pasir Mas kepada pembangunan negeri Kelantan sama ada di peringkat 
makro dan mikro. Bagi tujuan kajian ini, data dan maklumat diperolehi daripada beberapa 
sumber termasuklah Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) dan Kementerian Tindakan 
Pelancongan Negeri Kelantan 
 
4.3.1 Profil Pelancong Negeri Kelantan 
 
Berdasarkan maklumat TIC Kelantan, jumlah pelancong yang datang ke negeri Kelantan 
sebanyak 5,953,682. Daripada jumlah ini, 4,114,007 (69.1 %) merupakan pelancong tempatan 
sementara 1,839,675 (20.9%) terdiri daripada pelancong antarabangsa. Secara keseluruhannya, 
angka ini menunjukkan pertambahan ketibaan pelancong pada tahun 2007 berbanding dua 
tahun sebelumnya iaitu tahun 2006 dan 2005 dan ia merupakan bilangan pelancong tertinggi 
yang pernah dicatatkan oleh negeri Kelantan (Jadual 4.1). Namun yang paling ketara ialah 
pertambahan ketibaan pelancong antarabangsa yang melonjak hampir 7% berbanding 13.8% 
pada tahun 2006. 
 
Senario ini mempamerkan prospek yang baik kepada sektor pelancongan di negeri Kelantan. 
Pelbagai usaha perlu dibuat supaya peratusan ini terus meningkat dari masa ke semasa demi 
kepentingan Pelancong antarabangsa sektor pelancongan di negeri Kelantan. 

Pelancong   Pelancong 
Tahun   Tempatan  Antarabangsa   Jumlah 
Bil  %  Bil  % 
2000  2,235,024  80.9  527,969  19.1  2,762,993 
2001  2,830,625  8.1  650,531  19  3,480,901 
2002  3,514,674  85.2  610,531  14.8  4,125,205 
2003  3,960,000  87.6  561,572  12.4  4,521,000 
2004  4,266,286  87.8  590,964  12.2  4,857,260 
2005  4,509,162  87.9  621,705  12.1  5,130,867 
2006  4,212,247  86.2  674,007  13.8  4,886,251 
2007  4,114,007  69.1  1,839,675  20.9  5,953,682 
 
Bulan Ogos mencatatkan jumlah ketibaan pelancong tertinggi ialtu seramai 640,872 pelancong 
pada tahun 2007 kerana ia merupakan bulan kemerdekaan dan bulan kemuncak bagi Industri 
pelancongon kerana pelbagai aktiviti dan program pelancongan disajikan pada bulan ini. 
 
Sementara itu, akhir tahun bukanlah musim cuti yang baik kerana faktor cuaca di mana ia 
merupakan musim tengkujuh bagi kawasan pantai timur pada tempoh ini sehingga awal tahun. 
 
Bilangan ketibaan pelancong antarabangsa adalah tinggi pada bulan Disember iaitu sebanyak 
168,581 pelancong (Jadual 4.2). 
 
Jadual 4.2 : Ketibaan Pelancong Ke Negeri Kelantan Mengikut Bulan, 2007 
 
Pelancong   Pelancong 
Jumlah 
Tahun   Tempatan  Antarabangsa  
Bil  %  Bil  %  Bil  % 
Januari  316,265  5.3  165,541  2.8  481,806 8.1 
Februari  336,168  5.7  148,393  2.5  484,561 8.2 
Mac  372,186  6.2  165,316  2.8  537,502 9.0 
April  334,093  5.6  164,588  2.8  498,681 8.4 
Mei  393,855  6.6  172,567  2.9  566,422 9.5 
Jun  360,180  6.0  143,183  2.4  503,363 8.4 
Julai  354,641  6.0  140,706  2.4  495,347 8.4 
Ogos  500,340  8.4  140,532  2.4  640,872 10.8 
September  213,300  3.6  138,997  2.3  352,297 5.9 
Oktober  453,003  7.6  149,906  2.5  602,909 10.1 
November  280,621  4.7  141,365  2.4  421,986 7.1 
Disember  199,355  3.3  168,581  2.8  367,936 6.1 
Jumlah  4,114,007  69.0  1,839,675  31.0  5,953,936 100.0 
 
Sumber: Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), Kelantan, 2008 
 
Ketibaan pelancong antarabangsa ke negeri Kelantan meningkat secara mendadak pada tahun 
2007 iaitu tiga kali ganda berbanding tahun 2004 dengan jumlah pertambahan sebanyak 
1248,721 pelancong. Pada tahun 2002, pelancong dari Thailand mencatatkan peratusan yang 
tinggi (83.61 %) melancong kerana kedudukannya bersempadan dengan negeri Kelantan (Jadual 
4.3). la diikuti oleh United Kingdom (2.20%) dan German (1.55%) serta Jepun (1.32%). 
Pelancong dari timur tengah merupakan pelancong luar negara yang mencatatkan angka paling 
rendah iaitu 0.08%. Tiada maklumat tepat diperolehi punca kurangnya ketibaan pelancong 
timur tengah namun berdasarkan perbualan dengan pihak TIC, ia mungkin berpunca daripada 
kurangnya promosi dan kemudahan awam yang bertaraf 'world class' memandangkan 
pelancong timur tengah merupakan golongan yang berpendapatan tinggi. 
 
Jadual 4.3 . KetibaanPelancong Luar Negara Ke Negeri Kelantan, 2004 Dan 2007 
 
Negara  2004  2007 
Bil  %       
Thailand  494,117  83.61       
Lain‐lain Negara  47,010  7.95       
United Kingdom  12,991  2.20       
Jerman  9,177  1.55       
Jepun  7,817  1.32       
Belanda  7,003  1.19       
Australia  5,543  0.94       
Timur Tengah  455  0.08       
Lain ‐ lain(Pelbagai)  6,851  1.16       
Jumlah  590,954  100.0  1,839,675 100.00 
        
Sumber: Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), Kelantan, 2008 
 
Hasil pendapatan pelancongan yang diperolehi negeri Kelantan pada tahun 2007 meningkat 
kepada RM 2,154,039,600 dengan pertambahan sebanyak RM 553,363,500 dari tahun 2006. 
Selari dengan itu, purata perbelanjaan (seorang sehari) turut meningkat kepada angka tertinggi 
yang pernah dicatatkan oleh negeri Kelantan iaitu RM 362 berbanding RM 328 pada tahun 2006 
(Jadual 4.4). Ini menunjukkan, pertumbuhan industri pelancongan di negeri Kelantan 
berkembang pada tahap yang menggalakkan walaupun negara Malaysia impak terhadap 
kemurungan ekonomi global. Oleh itu, penggalakkan pelancongan perlu diteruskan supaya ia 
mampu menjanakan pertumbuhan ekonomi yang sihat kepada negeri Kelantan dan juga sektor 
pelancongan dalam jajahan Pasir Mas. 
 
Jadual 4.4: Hasil Pendapatan Pelancongan Dan Jumlah Perbelanjaan (Seorang Sehari), 2000 – 
2007 
 
Purata Perbelanjaan 
Tahun  Hasil Pendapatan 
(Seorang Sehari) 
2000  864,126,240.00  RM 327.74 
2001  1,061,674,805,00  RM 305.00 
2002  1,237,561,500,00  RM 300.00 
2003  1,333,863,740,00  RM 295.00 
2004  1,432,888,750,00  RM 295.00 
2005  1,539,260,100.00  RM 300.00 
2006  1,600,676,100.00  RM 328.00 
2007  2,154,039,600.00  RM 362.00 
 
Sumber: Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), Kelantan 2008 
 
4.3.2 Profil Pelancong Jajahan Pasir Mas 
 
Jajahan Pasir Mas menunjukkan profil yang berbeza berbanding dengan negeri kelantan di 
mana sebahagian besar yang tiba ke kawasan ini melalui Pos Imigresen Rantau Panjang terdiri 
daripada pelancong antarabangsa. Ini bermakna sebagai pintu masuk negara, maka ketibaan 
pelancong antarabangsa adalah lebih ramai daripada pelancong tempatan. Ini rnerupakan satu 
potensi besar yang dimiliki oleh sektor pelancongan jajahan Pasir Mas dan julung‐julung kali 
diperolehi oleh jajahan atau daerah lain. 
 
Jadual 4.5: Ketibaan Pelancong ke Jajahan Pasir Mas Melalui Pos Imigresen Rantau Panjang, 
2004 & Oktober 2008 
 
Pelancong 
Pelancong Tempatan 
Tahun  Antarabangsa  Jumlah 
  
        
Bil  %  Bil  % 
2005  239,025  14.4  1,418,830  85.6  1,657,855 
2006  157,586  10.3  1,377,869  89.7  1,535,455 
2007  165,737  10.1  1,481,275  89.9  1,647,012 
Oktober 
91,075  27.9  235,188  72.1  326,263 
2008 
 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pos Imigresen Rantau panjang Kelantan, 
Jabatan Imigresen Malaysia, sebanyak 1,647,012 ketibaan pelancong dicatatkan pada Disember 
2007 (Jadual 4.5). Pelancong antarabangsa merupakan kumpulan majoriti iaitu sejumlah 89.9% 
(165,737) dan pelancong tempatan adalah 10.1 % iaitu 165,737 pelancong. Walau 
bagaimanapun belum ada maklumat yang menyeluruh mengenai ketibaan pelancong pada 
tahun 2008 sebaliknya maklumat diperolehi sehingga Oktober 2008 iaitu sebanyak 326,263 
pelancong. 
 
Namun, secara keseluruhannya, jumlah dan tren ketibaan pelancong dilihat semakin menurun 
pada tahun 2006 dan 2007 berbanding peratusan tinggi pada tahun 2005 dengan jumlah 
ketibaan pelancong tertinggi yang dicatatkan iaitu seramai 1,657,855 di mana 85.6% adalah 
pelancong antarabangsa. Keadaan ini disebabkan oleh faktor ekonomi global yang menghadapi 
kemerosotan termasuk dalam sektor pelancongan di samping keadaan banjir yang berlaku di 
Rantau Panjang. 
 
Berdasarkan perincian maklumat ketibaan pelancong mengikut bulan pada tahun 2007 (Jadual 
4.6), didapati jumlah tertinggi yang dicatatkan adalah pada bulan Mei sebanyak 10.2% iaitu 
167,702 pelancong di mana 1 % (16,956 pelancong) merupakan pelancong domestik sementara 
9.2% (150,746 pelancong) adalah pelancong antarabangsa. Lain‐lain bulan yang menjadi 
tumpuan ketibaan pelancong termasuklah bulan Januari 9.3%, April 9.2% dan Februari 8.8%. 
 
Namun, pada bulan November jajahan Pasir Mas memperolehi ketibaan pelancong paling 
rendah iaitu sebanyak 6.4% pelancong. Ketibaan pelancong terus merosot pada bulan Disember 
kepada 6.4% iaitu seramai 105,958 pelancong. Ini adalah berpunca daripada keadaan Rantau 
panjang yang sering mengalami masalah banjir pada kedua‐dua bulan tersebut kerana 
bermulanya musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur. 
 
Jadual 4.6 : Ketibaan Pelancong Ke Jajahan Pasir Mas Mengikut Bulan, 2007 
 
Pelancong  Pelancong 
Jumlah 
Tahun  Tempatan   Antarabangsa  

Bil  %  Bil  %  Bil  % 


Januari  12,802  0.8  140,314  8.5  153,116  9.3 
Februari  17,180  1.0  127,594  7.7  144,774  8.8 
Mac  10,998  0.7  128,724  7.8  139,772  8.5 
April  13,069  0.8  138,207  8.4  151,276  9.2 
Mei  16,956  1.0  150,746  9.2  167,702  10.2 
Jun  14,210  0.9  118,725  7.2  132,935  8.1 
Julai  14,065  0.9  122,415  7.4  136,480  8.3 
Ogos  14,031  0.9  121,328  7.4  135,359  8.2 
September  12,185  0.7  118,479  7.2  130,664  7.9 
Oktober  13,499  0.8  126,946  7.7  140,445  8.5 
November  12,853  0.8  95,728  5.8  108,581  6.6 
Disember  13,889  0.8  92,069  5.6  105,958  6.4 
Jumlah  165,737  10.1  1,481,275  89.9  1,647,012 100.0 
 
Sumber: Pas Imigresen Rantau panjang Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia, 2008 
 
Sementara itu, pelancong Thailand mencatatkan ketibaan pelancong majoriti seramai 1,515,865 
pelancong iaitu 99.09%. Ketibaan pelancong yang tinggi ini adalah disebabkan oleh 
sebahagiannya merupakan ketibaan rutin iaitu perjalanan masuk ke Malaysia secara berulang 
bagi tujuan bekerja, menziarah dan sebagainya. Selain itu, beberapa pelancong antarabangsa 
yang turut masuk ke Malaysia adalah Indonesia, United Kingdom, Ireland dan Singapura di 
mana masing‐masing mencatatkan ketibaan pelancong seramai 0.09%. Lain‐lain negara adalah 
seperti Filipina, Belanda, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Australia dan beberapa negara lain. 
Berikut dipaparkan perincian bilangan ketibaan pelancong antarabangsa berdasarkan pecahan 
negara asal mereka (Jadual 4.7). 
 
Jadual 4.7: Ketibaan Pelancong Luar Negara Melalui Rantau Panjang, 2007 
 
Negara  Bil  %  Negara  Bil  % 
Thailand  1,515,865 99.09 Jepun  329 0.02 
Indonesia  1,358  0.09 Perancis  310 0.02 
United Kingdom/Ireland  1,342  0.09 Kanada  303 0.02 
Amerika 
Singapura  1,342  0.09 292 0.02 
Syarikat 
Filipina  947  0.06 Australia  221 0.01 
Korea 
Eropah Barat  662  0.04 116 0.01 
Selatan 
Eropah 
Norway/Sweden/Denmark/Tinland  579  0.04 115 0.01 
Timur 
Lain ‐ lain 
Jerman Barat  404  0.03 5,219 0.34 
(pelbagai)
Belanda  389  0.02         
Jumlah  1,522,888 99.55 Jumlah  6,905 0.45 
Jumlah Keseluruhan   1,529,793 Pelancong  
 
Sumber: Pas Imigresen Rantau Panjang Kelantan. Jabatan Imigresen Malaysia, 2008 
 
4.4 PROFIL BANCIAN PELANCONG KRT PASIR MAS 
 
Informasi pelancong yang mengunjungi kawasan pelancongan di RTJ Pasir Mas akan dianalisis di 
peringkat ini bagi menghasilkan profil pelancongan semasa. Ia diperolehi melalui kajian 
lapangan yang dijalankan di beberapa lokasi pelancongan yang berpotensi menjadi tarikan 
pelancong yang utama pelancong tempatan dan luar negara. Ia merangkumi beberapa aspek 
termasuk tujuan lawatan, cara lawatan, asal pelancong, sumber maklumat pelancongan, 
tempoh lawatan, lokasi, penginapan, cara penginapan, tempat dilawati, cenderamata dibeli, 
perbelanjaan pelancong dan persepsi pelancong terhadap destinasi pelancongan yang 
dilawatinya serta kecenderungan pelancong untuk datang semula. 
 
4.4.1 Profil Bancian 
 
Beberapa destinasi pelancongan utama telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian lapangan 
pelancongan. Ia merupakan destinasi yang dipromosikan oleh 'Tourist Information Centre' (TIC) 
dan Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan yang menjadi tumpuan pelancongan di 
peringkat domestik dan antarabangsa. Kaedah bancian akan dijalankan ke atas pelancong 
tempatan dan Iuar negara yang melawat kawasan tersebut di mana ia melibatkan temuramah 
seramai 200 pelancong. Jumlah ini mewakili 0.2% pelancong yang dianggarkan melalui Rantau 
Panjang sebagai pintu masuk dan jumlah pelancong lain yang datang melawat jajahan Pasir 
Mas. 
 
Walau bagaimanapun anggaran 30% daripada bancian tersebut adalah pelancong antarabangsa 
sementara 70% merupakan pelancong tempatan. Nisbah pelancong domestik kepada 
pelancong antarabangsa 70:30 adalah bertujuan untuk memastikan pelancong asing turut 
diambilkira di dalam analisis yang dibuat ke atas profil pelancongan. Ia bersesuaian dengan ciri‐
ciri kawasan ini yang menjadi pintu masuk negara kepada pelancong antarabangsa. Berikut 
adalah pecahan bilangan pelancong yang ditemuramah mengikut destinasi pelancongan (Jadual 
4.8). 
 
Jadual 4.8 : Profil Bancian Pelancongan Dalam KRT Pasir Mas, 2008  
 
Pelancong  Pelancong 
Bil  Tempat Dilawati   Tempatan  Antarabangsa  
Bil  %  Bil  % 
1.  Bandar Pasir Mas  40  20.0 20  10.0 
2.  Zon Bebas Cukai R.Pjg  40  20.0 20  10.0 
3.  Danau To'Uban  15  7.5  5  2.5 
4.  Tmn Rekreasi Tgku Anis,R.Pjg  15  7.5  5  2.5 
5.  Empangan Bkt.Kwong,R.Pjg  15  7.5  5  2.5 
'International Bird Singing & Bantam 
Chicken Beauty Contest' / 'ASEAN Bird 
6.  15  7.5  5  2.5 
Singing Contest (Ketitir & Tekukur) 
',R.Panjang 
   Jumlah  140  70.0 60  30.0 
   Jumlah Keseluruhan   200 Pelancong (100.0%)  
 
Sumber: Kajian Pelancongan, RTJ Pasir Mas, 2008 
 
4.4.2 Tujuan Dan Cara Lawatan 
 
Pelancong yang datang ke KRT Pasir Mas mempunyai pelbagai tujuan, maka kajian lapangan 
juga mengambil kira faktor ini bagi menganalisis tren pelancongan semasa. 
 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat lima tujuan utama pelancong mengunjungi 
KRT Pasir Mas di mana membeli‐belah (28.0%) rnerupakan tujuan utama pelancong 
mengunjungi kawasan ini dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang menjadi destinasi penting bagi 
aktiviti tersebut (Jadual 4.9). Ini diikuti oleh tujuan melancong sebanyak 24.5% dan 24.0% bagi 
tujuan menziarahi saudara. 
 
Jadual 4.9 : Tujuan lawatan Ke RTJ Pasir Mas, 2008  
 
Tujuan Lawatan   Bil  % 
Melancong  49  24.5 
Membeli ‐ Belah  57  28.5 
Menziarahi Saudara / Kawan  48  24.0 
Bekerja / Mesyuarat / Seminar  26  13.0 
Lain ‐ lain  20  10.0 
Jumlah  200  100.0 
 
Sumber: Kajian Pelancongan, RTJ Pasir Mas, 2008 
 
Sementara itu, kajian ini juga mengenal pasti cara lawatan yang dibuat oleh pelancong sama 
ada datang berseorangan, bersama keluarga, kawan, rakan sekerja ataupun bersama jiran. Ini 
bertujuan untuk mengetahui kekerapan cara lawatan pelancong yang mana majoritinya datang 
melancong bersama kawan iaitu seramai 47.0% (94 pelancong). Namun, peratusan yang hampir 
sama dicatatkan bagi lawatan dengan keluarga iaitu sebanyak 41.5% (83 pelancong). Ini 
menunjukkan kedua‐duanya menyumbang kepada cara lawatan terbesar yang meliputi 88.5% 
daripada jumlah pelancong yang ditemubual. Namun, lain‐lain cara lawatan yang turut 
dicatatkan adalah datang secara berseorangan seramai 5.5% (11 pelancong), bersama rakan 
sekerja 4.0% (8 pelancong) dan bersama jiran 2.0% (4 pelancong). 
 
Jadual 4.10 : Cara Lawatan 2008 
 
Cara Lawatan   Bil  % 
Seorang  11  5.5 
Dengan Keluarga  83  41.5 
Dengan Kawan  94  47.0 
Dengan Rakan Sekerja  8  4.0 
Jiran  4  2.0 
Jumlah  200  100.0 
 
Sumber: Kajian Pelancongan, RTJ Pasir Mas, 2008 

Anda mungkin juga menyukai