Anda di halaman 1dari 5

LESEN PENGGAJIAN PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN

(1)    Pengenalan
Penggajian para pekerja bukan pemastautin di Sabah adalah
tertaluk kepada peruntukan di bawah seksyen 118, Ordinan
Buruh (Sabah Bab. 67) Para majikan di negeri ini adalah
dikehendaki untuk memohon bagi medapatkan Lesen Untuk
Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin daripada Pengarah
Tenaga Kerja Sabah sepertimana yang terkandung di dalam
petikan seksyen berikut:

    "Section 118, No person shall knowingly employ any


immigrant worker unless he has obtained a licence from the
Director to do so in such form and subject to such conditions
as may be prescribed.."

Kesesuaian seseorang majikan merupakan kriteria utama


yang perlu dikenalpasti dalam mempertimbangkan dan
meluluskan permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja
Bukan Pemastautin.

     
(2)   Ciri-Ciri Seseorang Majikan Yang Sesuai
Operasi perniagaan yang diceburi oleh pemohon (majikan)
  a. hendaklah sah disisi undang-undang negara dan mempunyai
latarbelakang kewangan yang kukuh;
Pemohon (majikan) berkenaan tidak ada melakukan
sebarang kesalahan yang bersabit daripada perlanggaran ke
  b.
atas mana-mana peruntukan undang-undang buruh serta
perundangan-perundangan lain yang berkaitan;
Pemohon (majikan) berkenaan hendaklah melindungi semua
pekerja bukan pemastautin dalam penggajiannya di bawah
  c.
Skim Insurans Pampasan Pekerja sepertimana yang
termaktub di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952;
Perkhidmatan para pekerja bukan pemastautin yang akan
  d. digaji hendaklah benar-benar diperlukan oleh pemohon
(majikan) berkenaan;
Kadar gaji yang ditawarkan kepada para pekerja bukan
  e. pemastautin hendaklah sama seperti kadar gaji yang dibayar
kepda para pekerja warganegara tempatan.
     
Kategori pekerjaan dan sektor ekonomi yang
(3)  
dibenarkan.
  i. Perkhidmatan Pembantu Rumah.
  ii. Buruh Am Disektor:-
o Perladangan
o Pertanian
o Penternakan
   
o Perikanan
o Perkilangan/Pembuatan berorentasikan eksport
o Pembinaaan
     
(4)   Kewarganegaraan Pekerja Asing Yang Dibenarkan
• Warganegara Indonesia
   
• Warganegara Filipina
     
Tempoh Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan
(5)  
Pemastautin
Sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan lanjutan bagi
   
tempoh setahun ke setahun berikutnya.
     
(6)   Kontrak Pekerjaan Untuk Pekerja Bukan Pemastautin
Setiap pekerja bukan pemastautin yang digaji hendaklah
menandatangani kontrak pekerjaan dengan majikannya
   
untuk tempoh satu tahun yang mana boleh dilanjutkan bagi
tempoh setahun ke tahun berikutnya.
     
(7)   Perlindungan Di Bawah Skim Insuran Yang Diluluskan
Setiap majikan hendaklah melindungi setiap pekerja bukan
pemastautin (kecuali pekerja-pekerja imigran yang digaji
   
sebagai pembantu rumah) di bawah Skim Insurans
Pampasan Pekerja di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.
     
Syarat Tambahan Permohonan Lesen Untuk Menggaji
(8)  
Pembantu Rumah
Umur pembantu rumah mestilah tidak kurang daripada 18
  a) tahun bagi warganegara Indonesia dan tidak kurang 25
tahun bagi warganegara Filipina;
  b)  Pemohon mestilah seorang isteri;
Pemohon mestilah mempunyai pendapatan atau gaji
  c)
terkumpul seperti berikut untuk menggaji:-
o Warganegara Indonesia : RM1,500.00 sebulan; manakala
    bagi
o Warganegara Filipina : RM3,000.00 sebulan.
     
Borang-Borang Permohonan Untuk Urusan
(9)  
Permohonan Lesen
  a) Borang JTK/PPA/1/04
    (Untuk Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen, Penggajian
Pembantu Rumah, Permohonan Bagi Pertukaran Tempat
Kerja dan Tambahan Pekerja)
  b) Lampiran JTK/PPA/4/04
Butir-Butir Pekerja-Pekerja Bukan Pemastautin Yang akan
   
Digaji
  c) Borang JTK/PPA/5 Pin.1/04
(Untuk Permohonan Bagi Mendapatkan Salinan Lesen Untuk
   
Menggaji Pekerja bukan pemastautin)
  d) Format Kontrak Pekerjaan
     
(10)   Penalti-Penalti Di Bawah Perundangan-Perundangan
  a)  Buruh Ordinan Buruh (Sabah bab 67) (Seksyen 120)
Memperuntukkan denda tidak melebihi Rm 10,000.00 atau
hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan
   
menggaji pekerja bukan pemastautin tanpa mendapatkan
Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
  b) Akta Pampasan Pekerja 1952 (Seksyen 26)
Memperuntukan denda tidak melebihi Rm 20,000.00 atau
hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya
sekali atas kegagalan pihak majikan melindungi pekerja asing
   
dalam penggajiannya Di bawah Skim Insuran Pampasan
Pekerja Asing Yang Diluluskan di bawah Akta Pampasan
Pekerja, 1952.
     
     
Senarai semak permohonan Lesen Untuk Menggaji
(11)  
Pekerja Bukan Pemastautin.
  a) Pembantu Rumah
    Permohonan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
   
i) Umur pekerja mestilah tidak kurang daripada 18 tahun
bagi pembantu rumah warganegara Indonesia dan tidak
kurang 25 tahun bagi Filipina. 
ii) Pemohon mestilah seorang isteri;
iii) Pemohon mestilah mempunyai pendapatan terkumpul
bagi sebulan seperti berikut:-
      a. Pembantu rumah warganegara Indonesia - Rm 1,
500.00 sebulan.
      b. Pembantu rumah warganegara filipina - Rm 3, 000.00
sebulan.
iv) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dalam
Borang JTK/PPA/1/04 dan sertakan dokumen-dokumen
berikut:-
    • Salinan Kad Pengenalan / Passport Pemohon
    • Salinan slip gaji/borang J Cukai Pendapatan terbaru
pemohon (Suami & Isteri) .
    • Salinan sijil perkahwinan pemohon.

Buruh Am - Permohonan Baru atau Tambahan


  b)
Pekerja
Permohonan lesen ini tertakluk kepada kelulusan kuota oleh
    Jawatankuasa Pengendalian Buruh Asing bagi negeri Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
(1) Pemohon hendaklah menggunakan borang-borang :-
     • Borang JTK/PPA/1/04 
       (Untuk Permohonan Baru, Tambahan Pekerja dan
Permohonan Bagi Pertukaran Tempat  Kerja).
     • Lampiran JTK/PPA/4/04
     • Butir-Butir Pekerja-Pekerja Imigran Yang akan Digaji

(2) Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen-


dokumen berikut:-
     • Salinan kad Pengenalan / passsport pemohon
     • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat ( Borang 9, 24 dan
49 )
     • Salinan Lesen Perniagaan ( Bagi Syarikat )
     • Salinan Geran Tanah ( Bagi sektor Pertanian )
     • Salinan Penyata Cukai Pendapatan pemohon terkini
         • Salinan Polisi Insurans Pampasan Pekerja ( bagi
permohonan tambahan pekerja )
     • Salinan Lesen untuk menggaji pekerja imigran (bagi
permohonan tambahan pekerja )
     • Lesen merekut pekerja (jika ada)
     • Contoh surat perlantikan / kontrak pekerjaan pekerja

(3)  Setiap permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah


diserahkan dalam 5 salinan ke alamat ini:-
       Urusetia,
       Jawatankuasa Pengendalian Buruh Asing,
       Jabatan Imigresen Malaysia,
       Cawangan Sabah,
       Tingkat 4-6, Wisma Dang Bandang,
       Jalan Tengku Abdul Rahman,
       88550 Kota Kinabalu.

  c)  Pembaharuan Lesen


    Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan
Borang JTK/PPA/1/04 dan hendaklah menyertakan dokumen-
dokumen berikut:- 
(1)  Salinan Lesen menggaji pekerja bukan Pemastautin yang
lama
(2)  Salinan Polisi Pampasan Pekerja ( Untuk Buruh Am
sahaja )
(3)  Salinan Lesen Perniagaan.
(4)  Salinan Contoh Kontrak Pekerjaan
(5)  Salinan Slip Gaji / Penyata Cukai Pendapatan ( Borang
J ) terbaru bagi pemohon pembantu rumah.

Anda mungkin juga menyukai