Anda di halaman 1dari 9

TEKNIK BELAJAR

BERKESAN
Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,
beberapa pendekatan belajar telah diamalkan.
Para pengkaji teknik belajar telah juga
menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran
yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk


mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan
paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar
di sini terdapat beberapa teknik belajar akan
diutarakan.
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak
kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan
pemikiran bercorak 'akademik' seperti
perkataan, nombor, kebolehan saintifik,
matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan
tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti


bersangkutan irama, imaginasi, warna,
khayalan, ilham, corak, dimensi dan
penggunaan tangan kiri.
• Persoalan yang timbul adakah kita
menggunakan kedua-dua bahagian otak
dengan bijaksana.
• Umpamanya adakah kita selalu
menggunakan otak kanan kita untuk
menghayalkan pelajaran atau adakah ia
selalu digunakan untuk menghayalkan
dan mengimaginasi masalah peribadi,
angan-angan kosong, dendam, hasad-
dengki,amalan ilmu hitam dan
perasaan yang tidak berhubungkait
dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum
lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka
masanya telah tiba kita mengkikis
semua khayalan dan imaginasi kosong
dan segerakan gunakan setiap saat yang
ada untuk khayalan digunakan untuk
membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu
penumpuan.
Penumpuan yang serius amat perlu.
Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi
sepi seperti semasa berehat, semasa
berbaring sebelum tidur malam, semasa
duduk berseorangan menenangkan
fikiran, semasa menumpang bas atau
teksi, semasa di stesen bas dan lain-
lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana
berbaring sebelum tidur. Bilik sudah
gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam
suasana ini, tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir,
graf dan apa juga yang telah dipelajari.
Bayang ia satu demi satu. Untuk
menguatkan tumpuan tulis, lukis apa
yang diingat di atas tilam dengan
menggunakan telunjuk anda.
Amalkan ini setiap malam. soal diri anda,
satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata
pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila
terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari
sehari ke sehari, seminggu ke seminggu,
sebulan ke sebulan bermula dari bulan
Januari hingga bulan Ogos.

Bila ruangan khayalan ini dipositifkan


dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil
usaha ini. Bagi anda yang belum
mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
SELAMAT MENCUBA,
SEMOGA BERJAYA

Daripada:
A.M. Paulus B.Anil
Guru Besar S.K.Kepayan Baru Apin-Apin.

Anda mungkin juga menyukai