Anda di halaman 1dari 9

5 SYARAT BERBUAT MAKSIAT

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-
sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan
memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana
aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,
sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak
dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini
nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu
mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim ,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti
malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak.

PELAKU MAKSIAT, HIDUP TIDAK TENANG

Manusia dicipta untuk bertarung lawan kejahatan, sabar lakukan kebaikan

MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang


berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala
bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah
homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah
budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh
kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan
Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.

Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan
hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini
yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana
aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya
orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-
jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur
kejahatan.

Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan
kejahatan pada dirinya sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat:

“Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?” Sahabat menjawab: “Pernahkah kamu melewati
satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya
supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa
beringat dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan
iman.”

Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia.
Abdullah bin Abbas pernah berkata:

“Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan
dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan
pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap
makhluk.”

Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama
jasadnya ketika mati.

Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar
melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub
yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap
perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari.

Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi?

Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?

 Kegelapan di dalam hati

Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila
maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan
maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang
paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai
perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang
yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman
Allah yang bermaksud:

”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling
merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan
di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” –
(Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)

Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan
melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya
kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu
bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman,
kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula
menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.

Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis,
sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam
jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh
membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini
menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati
yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan
jika Allah Taala berkehendak.

 Kegelapan di wajah

Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang,
wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai
semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh
menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan
terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan
memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu
menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah
dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.

 Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain

Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang
berisi:

“Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang yang
memujinya berbalik akan mencelanya.”

Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi
tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga
hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana
perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir
negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau
membencinya?

Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun
kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang Muslim
yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan
kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari
perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas
jalan raya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.

Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan
peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka
menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di
tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan
kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat
yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-
Syafie) dalam untaian syairnya:

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk


kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah
cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”
Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan
ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah
kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan
kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga
dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah
akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda
ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara
sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya,
wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja
beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak
pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk
menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan
menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada
orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah
nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran
mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang
akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan
di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan
dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya
akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di
antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha
memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala
dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha
Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu
masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari
orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama
berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta
kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk
mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia
itu sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau
kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah
surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan
tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah
ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam
dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa
kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya
kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang
mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti
kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

 Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan
selamanya.

 Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh
kekayaan yang berlimpah ruah.

 Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala
hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

 Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali
selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu
melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

 Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula
pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah
sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah
surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat
keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian
amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

 Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh
keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian
dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga
dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

 Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari
Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan,
daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

 Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan
tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-
Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

 Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian
selawat 1000 kali.
CERITA 2

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg


sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan


bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat
(bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,


menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya


kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
Maksud Bacaan Di dalam Solat
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan
sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku
dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang
maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang
sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke
atas Ibrahim dan atas keluarga
Doa qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah
aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang
telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya
tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang
Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah
Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Anda mungkin juga menyukai