Anda di halaman 1dari 33

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.

00 malam,
argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup
mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak
tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam
hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke
dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah
suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan
makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh
dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air
gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa
belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya
Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan
jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia
berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan
amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan
buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk
menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.


"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?"
Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan
hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa
keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura
belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nina", kata Nina selepas kereta itu
meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

--------------------------------------------------------------------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.


"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini kau".
Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-
borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu
pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba
bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti
malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan
aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan
sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang
sedang direkanya.

---------------------------------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia
diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan
terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi
mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya
masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nina
menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura
bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura
sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan
bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nina lagi.

"Syyy...doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin
sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh
mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan
untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya
zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia
sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat.
Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan
rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada
abang.
-------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia
tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih
suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-
kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan
berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak
mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan
bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan " Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat
sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah
bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak
sanggup". Ujar Hilmi.

----------------------------------------------------------

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan,
membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk
orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia
sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka
dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah
tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu
dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak
untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi
kini...aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan
hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada
Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak
apalah, demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana
simapti atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut
teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah
kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati
berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu,
sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar
Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak
seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama
menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik
selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin
panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan
rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini,
rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin
diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini
akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak
berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.


Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit
kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus
bertanya,

"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan
dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat
untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan?
Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nina
makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan,
Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia
kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus
memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh
sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama
Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk,
dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa
Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia
menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya
Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa
tau", tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo
kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan
membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa
Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang
tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap
kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku
sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah
macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan
penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi,
sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini
Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan
lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang
tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan
Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia
bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor
dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.


"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya
tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan
bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya
untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan
berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan
keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan
sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan
hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya
pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak
Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba
menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja
dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang
kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka
sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan
bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat
dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus
dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan
dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat
berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan
berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan


manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya
apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah
yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua
orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau,
setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak
perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan
Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang
keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran
untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur
Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum.
Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah.
Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih
sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa
seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu
begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan
perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan
Nura.

"Abang...tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak...tolong mak...makkkkkkkkkkk" Hilmi
menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak
sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor.
Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin
memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah,
bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi
membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat
mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi
mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------

Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.
Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak
harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa
yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir
runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura
dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby
kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura
bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia
hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya.
Nura tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk


mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura
sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha
sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura
untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa
seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga
seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat
Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah
anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...


Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada
abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang
tahu yang...

Nura rindukan abang......Nura rindu sangat dengan abang.....rindu bang...rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan
Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....

Nura....abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi.

Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..
Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan
duka hati ini…
Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak
sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini….
Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong
diriku…

Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya.
Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke
pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.

“Kau kekubur lagi Mi?”, sapa Zakri.

“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.

“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi
biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk
padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu,
sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, carilah
seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.

“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku
tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang
Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku?
Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung dengannya
takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar Zack, sukar..”
Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.

“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas,
tentang kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan
terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.

“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang mampu
menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku Zack,”
pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.

“Insya-Allah, dah le buatler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.

Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah
Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak
merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.

“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?,” tanya Mak Zaharah.

“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.

“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.

“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati hidup
balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin
langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan pun
tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak
Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.

“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.

Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus
hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan
minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.

“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati
beralasan.

“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi
hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.

“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you
ni tunggu sekejap pun dah bising,” Zati menggomel.
“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.

“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut
gemuk, just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.

“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari
tadi,” hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.

“Rilekslah you ni loratler,” Zati megeluh.

Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia
ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke
mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.

“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen,”

“What, ceritalah,” Zati berkata.

“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga
berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikan you jadi mother untuk anak I
Zati,” Hilmi bertanya.

“What!, Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apa tah lagi nak
punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin
dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki
kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi,
sorrylah,” Zati menerangkan.

Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah pada
malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah pertemuan
yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah. Bukan Hilmi
yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan seorang ibu.

Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan
hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan
kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati
seluhur Nura. Arrrghhh rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan
Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi
dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.

“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.

“Ada apa mak?,cakaplah,”


“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria
dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja,
boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah
ni, kecil-kecil algi dah tidak beribu,” kata maknya.

“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker,?” Hilmi bertanya.

“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama
dengan kasih ibu,”

“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.

“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa,
dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga
Syuhadah dengan baik, denagn ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut
orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.

“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau mak
berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan Nura
adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.

“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan,
nanti mak bertanya ibunya,”

“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan
hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan
saya saja mak,” Hilmi menambah.

Didalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia merasakan bahawa Nura juga berada
bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi
memebelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam belaian papanya. Rindunya Nura pada
Abang…

Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan
diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan
meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya
tuhan saja yang tahu.

“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.

“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk
diri sendiri,” Hilmi meluahkan.

“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau tak
pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus
asa.

Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih
lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan
ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia
berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak
sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.

“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.

Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan
perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu ialah
Nura. Dia terlalu rindukan Nura.

Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain
diantara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak
Zaharah perasan akan hal itu.

“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang
dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan
Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasik lemak.

“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya, ini
tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami mak,”
Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.

“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,”
ujar Mak Zaharah.

“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk
keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.

“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa
patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan
menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya.

“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.

“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya
pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.

Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu
dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk
hati sendiri.
Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi menghabiskan cuti
kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia berkeras hendak
keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi makan angin ke luar
daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal, iaitu mengunjungi
pusara Nura.

Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai
bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak
Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal,
Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan
menasihati Hilmi.

“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur
untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh
sahaja.

“Syuhadah….,” panggil Hilmi, Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke
papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan
Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.

“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.

“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.

Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar,
air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan
ditambah luka dihati, mengalir
bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan itu, merasa sedikit bersalah.
Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-kerjanya menyiapkan plan
bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai mengaji, Salwa turun ke
bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah memujuk Salwa.

“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.

“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadang-kadang
kalau dah kusyuk dangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa menajwab.

“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer,”

Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerja-
kerjanya. Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu
merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan
bernikah, Salwa masih lagi seorang dara.
Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.
Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan
kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat
ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia
Syuhadah kini hampir mencecah Setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan Salwa
dan Hilmi menjadi suami isteri.

“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu
kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu
kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.

“Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga
saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu, tidak
ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya bercadang nak
ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu, mak saya ada
telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”

“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan malam
kamu baliklah,”.

Selepas Hilmi selesai soalt maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah maknya.
Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa dan
Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh hati
Salwa.

“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.

“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.

“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seroang isteri bukankah
disisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” Ujar Salwa perlahan.

Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura,
detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya.

“Terpulanglah kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya.
Salwa mengambil kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan
memasukkan kembali dalam almari.

Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau. Pagi
itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi.

“Kenapa kau buat macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah
mertua kau? Kau nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi
aku ada anak Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya
Salwa, kau juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak Hilmi? Begitulah halnya dengan
Salwa, bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia
jugak ada emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau
kesiankan mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan
jauh rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,”
mata Mak Zaharah mula bergenang.

Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas
kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli
rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara
adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’
pertama mereka.

“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” kata mak
mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilik
air, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.

“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah,
nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh mak
Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu,”

Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya tuhan saja yang tahu, bagaimana hendak
berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara sunti mak, bentak hatinya. Hilmi juga
mendengar, dia merasa bersalah teramat.

Dua hari dirumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi
rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa
demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka. Segala
kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya berpesan
supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi tersenyum
dan menangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa, apalah yang
hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.

Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masing-
masing diam seribu bahasa, begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu.
Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti
mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pura
teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita disebelahnya
yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.

“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.

“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun,” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.
Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh
menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana
salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang
cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula
luka-luka dimuka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan
keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat
terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan dengan
baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.

“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil,
saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa

“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.

“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.

“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga
saya,” perlahan Hilmi bersuara.

“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti
katanya.

“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya
masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak
boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.

“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang
terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada
getaran nada suara Salwa.

“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup
bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.

Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa
gembira Hilmi ada sedikit perubahan.

Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu,
kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin
berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada,
pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa disisi. Tetapi apa
kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah
pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7
bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.
“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.

“Assalamualaikum…,” sapa Salwa

“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja,”

“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak
kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan makan
minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta izin.

“Nura nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi

“Mungkin Nura naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa
Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

“Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak,”

“Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu,” ujar
Salwa.

Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan,
tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah
mengiku ‘Ummi’nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta
masih dibengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa, kalau
ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke atas,
dia ingin melelapkan mata di atas.

Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, manum matanya tidak jugak mengantuk,
akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara
menunggu matanya mengantuk. Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik
minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah
buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang-barang Nura aku dah
masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya. Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi
bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin
melihat isi kandungan buku itu.

15 May 2001
Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia,
namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa
bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat anak
kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti samaada aku
menerima Abang Hilmi samaada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku yakin
takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku ini.
Hilmi membuka lagi….

15 June 2001
Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah
yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharapa
sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi
aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi
masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima
hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah-mudahan
aku tabah….

Hilmi mula diserang perasaan bersalah…diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..

15 November 2001
Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju
untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi Abang
Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi tidak
bersama seroang isteri..apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi akhirnya
bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku rasa aku
tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan Adah
balik, tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ‘kebahagiaan’ kami
walaupun hanya kepuraan sebenarnya.

17 November 2001
Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami
tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa
kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba
memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah
sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa
semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih
dan pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak
curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin berdosa seorang isteri menceritakan hal
rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima
kehadiranku.

Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa
menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam
kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal tak
mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Hendak
ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke bilik air.
Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga, menenangkannya,
menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap perempuan bergelar isteri
itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa sedemikian. Dia telah membuat
keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.
Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi
meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti.

“Pergilah simpan beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita ninum sama-sama, mak dah buatkan
minum petnag tadi,"”kata mak Hilmi.

Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni
hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah.

Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu kepada
Salwa. Salwa berdebar-debar.

“Kenapa abang panggiil Wa?,” tanya Salwa.

“Salwa saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini
kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil,
saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak memperlakukan
awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri-isteri lain dapat dari seorang suami. Saya
minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amat-amat saya sayang,
sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham,” ujar Hilmi.

Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi duduk
dibirai katil hanya mula bersuara.

“Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa, saya faham, kalau saya pun mungkin lebih
teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya tidak pernah menyesal atau tersinggung,”
uajr Salwa denagn penuh kelembutan. Gadis ini sentiasa berhati-hati dalam tutur katanya,
itulah yang dikagumi Hilmi.

“Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan
memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik,
biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak lagi,
awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku zalim
dan diburu rasa berdosa berpanjangan,” Hilmi meluahkan.

Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

“Kalau itu kehendak abang, siapalah saya untuk menghalang, tapi percayalah, sejak hari
pertama saya menjadi isteri abang, impian saya cuma satu, iaitu untuk mebjadi isteri abang
sepanjang hayat saya, membahagiakan abang sepanjang hayat saya, menjadi isteri yang
terbaik buat seorang suami, kerana sesungguhnya syurga isteri ada pada suami, itulah janji
saya pada diri sendiri, tapi nampkanya saya gagal, saya tidak mampu membahagiakan abang,
saya minta maaf. Saya tidak mampu jadi yang terbaik untuk abang, walau sedaya upaya saya
cuba jadi yang terbaik untuk abang, Kalau itu keuputusan abang, saya rela bang, terserah,”
Salwa menahan sendu.
“Salwa, jangan cakap begitu, awak isteri yang baik, cukup baik sehinggakan saya rasa
bersalah, saya berdosa, sebab itu saya ambil keputusan ini saya tidak mahu lagi berpura-
pura, saya tidak mahu lagi awak terseksa kerana tindakan dan perilaku saya selagi awak
menjadi isteri saya, harap awak faham.

Salwa bangun dan mula mengemas kain bajunya, dia akan balik ke rumah mak ayah esok.
Malam itu tidurnya bertemankan air mata.Hilmi merasa amat-amat bersalah. Dia malu pada
mak ayahnya, pada mak ayah Salwa.

“Kau dah melampau Hilmi, kenapa kau buat begini? Apa salah Salwa? Kenapa hah cuba kau
cakap?” ayahnya sudah berang.

“Ayah, mak tidak apa salahnya Salwa pada saya, cuma saya rasa demi kebahagiaan dia sendiri,
biarlah kami berpisah, saya tidak sanggup berpura-pura lagi ayah, saya masih belum lupakan
Nura, saya tidak boleh menerima dia,” ujar Hilmi.

“Setelah dah nak dekat setahun kau kahwin dengan dia, kau kata kau tidak boleh lupakan
Nura, kenapa kau ni? Kenapa tidak dari dulu lagi, sebelum kau nikahi dia, kau menolak tuah
Hilmi, kenapa, setelah hampir setahun kau kata kau tidak bahagia, kenapa tidak dari dulu?”
ayah tidak puas hati.

“Untuk pengetahuan mak, ayah…….se.see..benarnyanya Salwa itu masih dara….,” Hilmi


menerangkan.

“Astaghfirullah hal adzim…., Hilmi betul apa kau cakap ni?” maknya bertanya.

“Betul ayah, sebab itulah, dari saya membiarkan dia terseksa lebih baik saya lepaskannya,”
Hilmi berkata.

“Ayah tidak setuju, baik..kalau begitu, aku nasihatkan, kau orang berpisah sementara,
tenangkan fikiran masing-masing, kemudian baru buat keputusan,” tegas ayahnya.

“Mi, kau gila? Kau nak lepaskan perempuan sebaik Salwa? Sudahlah Mi, cukuplah sekali kau
buat silap dahulu, jangan kau nak ulangi lagi, kau patut bersyukur kerana dikurniakan isteri
yang..ya Allah, cukup sabar, kau ingat senang ker? Hampir setahun Mi, dia masih suci…mana
kau nak cari perempuan sesabar itu Mi? Kau sakit, siapa jaga kau Mi? Kau tengok Syuhada,
cukup manja dan sayang dengan Salwa tapi..kau nak lepaskan dia macam tu, kau betul-betul
menolak tuah, kau fikir balik keputusan kau Mi, aku tak setuju sungguh, sungguh tak setuju.
Kau balik fikir balik, aku rasa Nura pun kecewa dengan kau, ibu sebaik Salwa kau nak
melepaskannya macam tu saja, kau lupa pesanan Salwa, fikirkan Hilmi, Nura sudah pergi, kita
yang hidup, mesti teruskan hidup kita selagi belum dijemputNya,” Zakri betul tidak puas hati
dengan keputusan Hilmi.

“Entahlah Zek, aku belum bercerai lagi, cuma berpisah, aku tak taulah Zek, aku kesian dia,”
“Kalau begitu perlakukanlah dia seperti seorang isteri, bukan melepaskan dia, beginilah, kau
pergilah bercuti, tenangkan fikiran kau, buat solat Istiqarah, minta petunjuk, okay,” cadang
Zakri.

Hilmi buntu sekarang, tetapi cadangan Zakri diikuti, borang cuti sudah dihantar, dia akan
pergi ke pantai timur untuk bercuti. Dia perlukan penyelesaian. Petangnya dia mendapat tahu
cutinya sudah diluluskan, dia memandu ke tempat pertemuannya denagn Nura saban Jumaat.

“Nura, abang buntu Nura, abang rinduka Nura, abang tidak mampu hadapi semua ini, tolong
abang Nura, apa perlu abang buat? Abang rindu sangat dengan Nura, Nura hadirlah walau
dalam mimpi, abang perlukan Nura sayang,” air mata lelakinya tumpah jua.

Perjalanan ke Pulau Kapas, yang memakan masa yang panjang, cukup meletihkan Hilmi. Selesai
check in di chalet, dia terus merebahkan badan ke tilam empuk itu, bayu laut sungguh
menyegarkan. Hilmi sengaja memilih chalet yang betul-betul mengadap laut, dia mahu
tenangkan fikirkannya yang kusut itu. Akhirnya dia terlelap.
“Astaghfirullah hal adzim…..,” Hilmi mengucap panjang, dia bermimpi, dalam mimpinya Nura
datang, tanpa sebarang suara, tetapi riak mukanya cukup menggambarkan dia sedang
berduka, dia kecewa, dia sedih, Hilmi terfikir apakah kerana tindakannya berpisah dengan
Salwa mengecewakan Nura. Akhirnya dia bangun, dia menuju ke bilik air, jam sudah
menunjukkan pukul 1.00 pagi, dia mengambil wudhuk, dan mula bersoalt istiqarah. Dia
melakukan solat sunat itu dengan penuh kusyuk, mintak petunjuk Allah, itulah jalan
terakhirnya.

Sudah dua hari dia bercuti di sini, hatinya tetap sepi, terlalu sepi. Rindunya pada Nura tidak
terucap. Dia merenung ombak dilaut, hatinya berdetik, dia merenung pantai diremang senja
itu, setianya kau pantai, walau dihempas ombak, kau tetap setia disitu.

Selesai solat maghrib malam itu, dia bersiap-siap hendak keluar, dia ingin keluar bersiar-siar
dan mencuba ikan bakar digerai-gerai makan sekitar jeti. Dia menutup pintu bilik dan
berpusing, tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Errr..maafkan saya,” perempuan itu meminta maaf.

“Tak apa,”

Perempuan itu berlalu, Hilmi masih terpaku disitu, dia merenung perempuan itu. Akhirnya dia
menuruti perempuan itu. Tiba di depan kaunter dia menunggu sehingga selesai semua urusan
perempuan itu dikaunter. Dia bertekad dia mesti berkenalan dengan perempuan itu.

“Cik, maafkan saya, boleh kita bercakap sekejap,” pinta Hilmi.

“Yer, kenapa?,” perempuan itu bertanya.

“Boleh kita minum, kita duduk disana ok,” Hilmi mengajak.


Perempuan itu akur, mungkin nampak keikhlasan di hati Hilmi.

“Maafkan saya cik, nama saya Hilmi, cik?

“Panggil saja Lina, saya kerja disini bang”

“ok, Lina, mungkin saya ni kira pangkat abang saja kot dengan Lina, untuk pengetahuan Lina,
muka Lina betul-betul sama seperti arwah isteri saya,” ujar Hilmi lembut.

“Iyer, kenapa isteri abang meninggal?,”

Hilmi terus bercerita dari mula, sehinggalah kisah dia dan Salwa. Hampi gugur air matanya,
tidak tahu kenapa dia mampu menceritakan semua kepada gadis itu, mungkin bayangan Nura
ada disitu. Dia merasa sungguh lega, gadis itu setia mendengar, dan memberikan pendapat,
entah kenapa dia seakan terikut dengan apa yang gadis itu katakan, dia merasa bersalah
kepada Salwa. Dia terpaku mendengar pandangan Lina, yang dirasakan seolah-olah Nura yang
berbicara dengannya. Apakah ini petunjuk Allah, selepas solat Istiqarahnya. Akhirnya mereka
berpisah. Hilmi berjanji pada Lina dia tidak akan mempersiakan Salwa. Hilmi balik ke bilik
dengan hati yang lapang.

Malam itu dia bermimpi, dia bermimpi berada dikawasan yang sungguh lapang, disitu cuma ada
mereka bertiga, dia, Syuhadah dan Salwa, mereka kelihatan sungguh gembira. Keesokkan
harinya dia merasa sungguh gembira. Keputusan telah dibuat, dia tidak sabar untuk kembali.
Sebelum bertolak pulang dia membeli sekeping kad ucapan terima kasih untuk Lina, dan dia
menyerahkan kepada pekerja kaunter, supaya menyerahkan kepada Lina, alangkah
terperanjatnya apabila diberitahu tiada pekerja bernama Lina di situ. Hilmi menunukkan
gambar Nura yang didalam simpanannya, pekerja itu tetap menafikannya. Hilmi hairan,
masakan Lina berbohong, dia bingung.

Hilmi memberhentikan kereta di depan rumah. Dia malu, tetapi demi Salwa dia perlu jugak ke
sana. Dia memberi salam. Disambut bapa mertuanya, dia dijemput masuk. Dia sungguh kagum,
sedikit pun tidak ada kemarahan dalam dirinya, meskipun apa yang telah berlaku antara dia
dan Salwa. Bapa mertuanya memanggil Salwa, dan bapa mertua minta diri untuk ke rumah
kenduri katanya, menyusul emaknya yang sudah pergi beberapa minit yang lepas.

Salwa turun dan segera menemui Hilmi. Masing-masing diam. Hilmi tersenyum.

“Hai..tak nak cium tangan abang macam selalu,” tanya Hilmi. Salwa terperanjat. Segera dia
mendapatkan Hilmi, tangan dihulur, disambut Hilmi, lalu dikucup Salwa. Salwa ingin menarik
kembali tangannya, tapi, tidak dilepaskan Hilmi, sebuah kucupan manja hinggap di kening
Salwa. Salwa tergamam.

“Maafkan abang Salwa, abang tidak nampak permata didepan mata, maafkan abang, sudikah
Salwa terus menerima abang sebagai suami,” Hilmi bertanya.
Salwa tersenyum penuh makna dan berlalu ke dapur menyediakan minuman untuk suami
tersayang. Hilmi tersenyum. Adik-adik Salwa tiba-tiba muncul, riuh rendah rumah itu.
Sementara menunggu mak ayah Salwa balik, Hilmi bersolat dahulu. Selepas makan malam, dia
meminta izin untuk membawa pulang Salwa.

“Apa pula, minta izin, bukankah dia isteri kamu,” ujar ayahnya.

Didalam kereta Hilmi meluahkan dia kagum dengan mak ayah Salwa yang sunguh tenang
seolah-olah tidak apa apa-apa berlaku antara mereka. Alangkah terkejutnya Hilmi bila Salwa
menceritakan yang dia tidak cerita apa-apa tentang mereka pada keluarganya, dia memberi
alasan bahawa Hilmi kerja luar daerah. Katanya hatinya yakin Hilmi akan kembali, terlalu
banyak petunjuk Allah mengatakan Hilmi adalah jodohnya, bila setiap malam dia bersolat
istiqarah, sejak sebelum mereka bernikah lagi. Hilmi tersenyum, memegang erat tangan
Salwa.

Sampai dirumah, mak Hilmi merupakan orang yang paling gembira bila melihat Hilmi kembali
ke rumah bersama Salwa, dan melihat Hilmi dan Salwa lebih mesra dari dulu. Dia menadah
tangan mengucap syukur. Syuhadah berlari-lari memeluk Salwa. Sudah seminggu dia demam
kata Mak Zaharah.

Selesai makan malam mereka sekeluarga menonton tv bersama. Syuhadah sudah lama
terlelap. Akhirnya Hilmi menyuruh Salwa mengangkat Syuhadah ke atas.

Di dalam bilik, Syuhadah terjaga dan merengek kerana terjaga, Salwa menepuk-nepuk badan
comel itu dan dia terlelap semula. Hilmi kemudiannya masuk ke bilik jua. Dia mengalihkan
Syuhadah ke atas katil bayi. Dan dia menutup lampu dan berlabuh sebelah Salwa. Tangan
Salwa dibelai lembut, lalu dikucup. Salwa pula berdebar kencang. Hilmi terus membaringkan
Salwa. Malam terus berlalu dengan bahagia.

“Abang bangun bang, solat subuh, “ Salwa mengejutkan Hilmi yang masih lena.

“Salwa dah mandi? Tak sejuk ke mandi lama-lama pagi-pagi,” usik Hilmi. Satu cubitan manja
singgan dilengan Hilmi. “Tunggu abang mandi, kita solat sama-sama, mulai hari ni, abang imam
kepada Salwa ok?,”

Salwa terasa amat bahagia. Syukur kepada Ilahi kerana doanya dimakbulkan.

Selesai bersolat, mereka bersama-sama ke bawah bersarapan. Melihat mereka bersama


begitu, hati ibu mana tidak gembira. Mereka makan bersama, sebelum Hilmi ke pejabat
semula. Hilmi sudah pandai mengusik Salwa, dan Salwa sudah pandai mencubit manja lengan si
suami.
Di pejabat Hilmi kelihatan sungguh ceria sekali, berkali-kali dia mengucapkan terima kasih
kepada Zakri. Dia merasa bersyukur kerana membuka hatinya untuk Salwa. Dia juga
menceritakan peristiwa misteri mengenai Lina. Dia betul-betul pelik hingga sekarang.

“Hai…tak lama lagi Syuhadah tu boleh adikler kot,” usik Zakri

“Huhh…Insya-Allah, silap-silap kembar lagi, ha..ha…,” Hilmi menambah.

Mereka menyambung kembali kerja mereka, Hilmi begitu ceria. Zakri merasakan Hilmi sudah
mulai melupakan Nura sedikit demi sedikit. Dia kagum dengan kesabaran Salwa. Beruntung
Hilmi, dapat isteri sesetia dan sesabar Nura, kemudian bertemu jodoh dengan Ustazah
Salwa. Dia juga yang masih sendiri, dia masih mengharapkan semoga dia bertemu isteri
sesetia dan sesabar Nura dan Salwa.

Plan bangunan baru itu sudah disiapkan. Hilmi sudah merasa lega, sudah lama tertangguh plan
itu, cuma sekarang dia hanya perlu berbincang dengan bossnya mengenai bangunan itu, dan
membuat beberapa perubahan mungkin. Telefon berdering, Hilmi menyambutnya.

“Assalamualaikum,” lembut suara di sana memberi salam.

“Waalaikumsalam, siapa ni?” tanya Hilmi.

“Abang, ni Wa ler,”

“Hah, Salwa kenapa? Rindu abang yer ?,” usik Hilmi.

“Ishh abang ni ke situ pulak, Syuhada bang, Syuhadah demam panas, risau Salwa, dia tak mau
makan minum, susu pun sikit saja dia minum, asyik meragam saja, kalau abang boleh balik
sekejap, kita bawak pergi klinik, ayah tak ada dia baru keluar ke Melaka, ikut Pak Haji Samad
pergi ziarah saudaranya meninggal,” terang Salwa.

“Ya, Allah iya ker, ermm kalau macam tu, nanti masa lunch abang balik sekejap, Salwa siap-
siapkan apa yang patut,” Hilmi mula cemas. Sementara menantikan jam 12.00 tengahari, dia
gelisah. Tak tenteram perasaannya. Dia amat risaukan, kalau apa-apa berlaku, maklumlah,
itulah zuriat satu-satunya dia bersama Nura, dia sungguh sayangkan Syuhadah.

Jam 12.20 Hilmi sudah sampai di depan rumah, Salwa dah siapkan segala kelengkapan,
bekalan susu Syuhadah sudah siap dibancuh, kad klinik, tuala kecil sekiranya Syuhadah
muntah. Semuanya disiapkan, Hilmi merasa bangga dengan Salwa, cekap menguruskan rumah
tangga, meskipun dia masih muda.

“Encik, panas dia tinggi sangat, bahaya ni, dia perlu dirawat disini, kita takut, panasnya
sampai ke kepala dan boleh menyebabkan sawan, kami akan berikan ubat ni, dimasukkan
melalui punggungnya, Insya-Allah biasanya panas badan akan kurang, sekiranya esok panas
dah turun, bolehlah dia balik,” doktot menerangkan.
Hilmi terdiam mendengar, dia risau sekali, dia takut apa-apa berlaku, Salwa menenangkannya.
Dia perlu kembali semula ke rumah, mengambil beberapa keperluan untuk Salwa dan
Syuhadah. Dia merasa terharu, sekali lagi Salwa akan menjaga anaknya yang sakit. Dahulu
menjaganya semasa kemalangan, kini dia menjaga Syuhadah seperti anaknya sendiri. Hampir
menitis dia mengenangkan budi Salwa. Baru disedar Salwa permata yang amat berharga.
Tidak silap dia mengikut pilihan emaknya. Namun di saat-saat begitu ingatannya tetap kuat
pada Nura, sekiranya Nura masih ada pastinya Nura akan menjaga Syuhadah dengan penuh
kasih sayang. Lemah langkah kakinya mengenangkan nasib Syuhadah yang sudah tidak
bermaya di pangkuan Salwa.

Sudah dua hari Syuhadah dirawat di hospital, panasnya tidak jugak kurang, hatinya semakin
risau. Dia bimbang sekiranya apa-apa berlaku pada Syuhadah. Doktor yang merawat ada
menerangkan, bahaya kalau demam panas berlarutan, boleh menyebabkan sawan, boleh
menyebabkan pekak, boleh menyebabkan lumpuh dan mungkin boleh menyebabkan maut. Dia
hanya mampu bersolat hajat dan berdoa. Salwa jugak sering dilihat bersolat hajat, membaca
surah Yassin memohon semoga Syuhadah cepat sihat. Risau benar hatinya. Berat badan
berkurangan, kerana selera makannya langsung hilang, Syuhadah tidak selincah dahulu.

Pagi tadi sekali lagi ubat dimasukkan kedalam badan Syuhadah, ayahnya juga ada mengambil
air penawar dari Darul Syifa di Bangi. Dia berdoa semoga semua usaha mereka akan berhasil.
Dia takut kehilangan sekali lagi. Malam itu dia pulang ke rumah denagn hati yang benar-benar
kusut. Setiap panggilan telefon yang masuk, amat mendebarkan hatinya. Dia takut kiranya
panggilan yang membawa perkhabaran duka. Dia mengambil wudhuk, bersolat hajat, dan
membaca Yassin, tiba-tiba telefon berbunyi.

“Hello,”

“Abang, ni Salwa ni bang, abang tengah buat apa?,” tanya Salwa.

“Kenapa ni Wa,” Hilmi cemas, dia tidak menjawab pertanyaan Salwa.

“Saja Wa telefon, abang, Alhamdulillah Adah dah kurang panas, kali terakhir bacaan suhu
badannya dah kurang banyak, syukur bang, Wa ada tanya doktor, doktor kata kalau esok
petang bacaan terus turun, dia boleh keluar,” terang Salwa.

“Syukur, Alhamdulillah, lapang dada abang, syukur, Wa dah makan,” tanya Hilmi.

Mereka terus berbual, Hilmi terasa bahagia, menyesal kerana mengabaikan Salwa yang begitu
luhur budinya.

Sejak Syuhadah keluar hospital dua minggu yang lepas, selera makannya bertambah, berat
badan dia kembali naik, dia juga amat-amat manja dengan Salwa. Hilmi juga sudah betul-betul
menjadi suami yang betul-betul bertanggung jawab. Salwa bahagia. Sudah sebulan lebih
Salwa merasa nikmatnya menjadi seorang isteri yang disayangi suami.
“Kenapa ni Salwa, pucat saja,” tanya Mak Zaharah.

“Entalah mak, perut saya ni sakit sangat mak, sakit betul, sakit sampai ke pinggan rasanya,”

“Hai…agaknya kamu ni berisi tak? Kamu mengandung ker?,” tanya Mak Zaharah.

“Entahlah mak, nak kata mengandung, saya ada datang kotor,”

“Memangler, ada setengah orang, mengandung, tapi uzur tu ada juga, tidak sama Salwa,”
terang Mak Zaharah.

“Nanti kalau Hilmi balik, kamu ajaklah dia pergi klinik, kalau betul kamu mengandung,
Alhamdulillah, kalu tidak pergi buat check up, kenapa kamu selalu sakit perut,” nasihat Mak
Zaharah, Salwa hanya mengangguk.

“Sudahlah kamu pergilah baring, jangan makan apa-apa ubat, takut kalau kamu mengandung,
tidurlah, biar mak saja jaga Adah ni,” Salwa akur, dan naik ke bilik lalu berbaring, dia juga
berdebar-bedar, kenapalah dia begitu, dia selalu saja kepenatan. Dia merasa risau dan takut
tiba-tiba.

“Salwa, kenapa ni,?” Hilmi bertanya lembut.

“Eh abang dah balik, maaf Wa tak sedar, dah pukul berapa ni?,”

“Pukul 6.00, kenapa,?” Hilmi bertanya.

“Wa belum solat lagi bang,” bingkas dia bangun, tetapi akhirnya dia rebah semula, kepala
terasa berat, perutnya semakin sakit, badannya juga sedikit panas.

“Ya, Allah kenapa ni Wa, jangan buat abang risau, Ya, Allah baru habis sakit Syuhadah, kini di
uji pula dengan sakit Salwa,” dia merasa amat cemas.

“Biar abang bantu ke bilik air, kamu solat sambil duduk sajalah, nanti rebah pulak,”

Hilmi duduk dibirai katil menanti Salwa selesai solat, bimbang kalau-kalau Salwa rebah lagi.
Selesai Salwa berdoa, segera dia mengarahkan Salwa bersiap-siap, dia akan membawa Salwa
ke klinik, risau binat hatinya.

“Tahniah puan, positif, nampak dua jalur merah ni? Kalau ada satu jalur, makna negatif, tidak
mengandung, tapi ini dua jalur, maknanya positif, tahniah!” ujar doktor. Salwa tersenyum,
Hilmi disebelah sudah hilang malu, terus dikucup tangan lembut Salwa, gembira bukan
kepalang.
“Jangan banyak buat kerja-kerja lasak masa peringkat awal kehamilan, dalam perubatan kita
panggil semester pertama kehamilan, janin baru seketul daging, belum terbentuk menjadi
janin yang sempurna, Insya-Allah usia janin baru 6 minggu, means baru nak masuk 2 bulan,
biasanya dalam masa 3 minggu pertama bulan kedua, kesemua organ dan struktur badan
terbentuk. Pada masa ini para ibu akan mula merasa mual. Gusi dan jari juga mula terbentuk.
Organ-organ yang telah terbentuk ini akan terus membesar. Jantung bayi mula berdegup
dengan stabil, dan tulang rangka semakin mengeras, sebab itulah puan kadang-kadang merasa
sakit sekitar perut hingga ke pundi kencing, biasalah ini anak pertama, pertama kali
mengandung, jadi rahim tu baru pertama kali hendak mengembang, memang sakit sikit,”
doktor menerangkan panjang lebar.

“Oooo, begitu, patutlah saya selalu sangat sakit perut, dan terasa hendak buang air, biasanya
berapa bulan janin terbentuk lengkap,?” tanya Salwa

“Ok, biasanya, pada bulan ke empat, Ibu akan mula merasakan pergerakan janin di dalam
kandungan. Ultrasound boleh dijalankan bagi melihat janin di dalam kandungan. Ibu boleh
melihat kepala, tangan dan jari bayi serta tulang belakang dan jantung janin. Dengan
kemudahan ultrasound umur janin boleh ditentukan dengan mengukur saiz janin (dari kepala
hingga punggung janin). Setiap pembentukan janin dapat dilihat melalui ultrasound. Masa ini
roh telah ditiupkan ke dalam janin itu, puan boleh berkomunkasi dengan baby, jadikan ia satu
aktiviti yang menyeronokkan untuk puan dan suami. Untuk puan, saya akan lakukan ultrasound
minggu depan, ini hanya untuk memastikan kedudukan janin, terletak di dalam rahim, baiklah
nanti saya akan bekalkan awak dengan brosur tentang kehamilan, ok…saya akan bagi ubat
tahan muntah, vitamin dan juga awak banyakkan minum susu, supaya anak dan ibu lebih sihat,
kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat datang ke klinik, ok?,” kata doktor.

Mereka berdua beredar dengan perasaan yang sungguh-sungguh gembira. Hilmi gembira
kerana dia orang pertama tahu Salwa mengandung, tidak seperti masa Nura mengandung, dia
hanya tahu bila Nura jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Dia berjanji tidak akan
mengulangi kesilapan yang sama.

Kini Hilmi menghitung hari untuk melihat zuriat keduanya, setiap malam dia mengusap perut
Salwa, bahagia dirasakan. Salwa juga tidak sabar. Namum tidak seperti Nura, Salwa
mengalah teruk. Mabuk mengandungnya menjadi-jadi. Badan sentiasa lemah, setiap pagi pasti
muntah, makan sikit muntah, hidungnya menjadi sungguh sensitif, tercium bau tumisan
bawang pun cukup membuatkan dia memuntahkan segala isi perutnya. Hilmi juga terpaksa
bersabar, adakalanya di suruhnya Hilmi tidur bi bawah kerana katanya badan Hilmi berbau.
Biasanya terpaksalah Hilmi mandi sebelum tidur, siap berbedak. Tetapi Hilmi tidak kisah
memikirkan kerenah ibu mengandung.

Salwa membawa perut yang makin sarat, Syuhadah pun seolah mengerti yang Umminya tidak
larat, jadi dia kurang meragam dan pandai membawa diri, bermain sendiri, langsung tidak
menyusahkan Umminya. Salwa dapat merasakan Syuhadah memang seorang anak yang baik.
“Assalamualaikum…,” Hilmi menyapa.

“Waalaikumsalam,” jawab Salwa, menghulurkan tangan untuk mencium tangan Hilmi, diikuti
dengan Syuhadah, mungkin biasa melihat Umminya sentiasa bersalam dengan papanya, dia pun
turut bersalam.

“Macam mana hari ni? Sihat?,”

“Bolehlah bang, lenguh pinggang saja, maklumlah baby abang ni dah nakal bergerak, tak larat
saya, abang jangan lupa esok check up saya, abang dah ambil cuti?,” tanya Salwa.

“Alllahhh, terlupa pulak, alamak macam mana ni? Salwa suruhlah ayah hantar ker, atau Salwa
naik teksi?,”

“Sampai hati abang, siapalah saya kan bang,” kata Salwa dan berlalu pergi. Hilmi tersenyum,
ermm ragam orang mengandung, sensitif sungguh.

Di dalam bilik, Salwa menangis teresak-esak, sedih bila Hilmi sengaja melupakan tarikh esok,
berkali-kali diingatkan Hilmi, tapi lupa juga akhirnya dia. Dia merasa sungguh sedih.

“Hai menangis pulak sayang abang ni,” tegur Hilmi sebaik saja, menyelak pintu bilik. Salwa
memalingkan muka. “ishh Wa ni, buat malu kat anak kat dalam perut tu saja, dah besar-besar
menangis, baby tengok Ummi nangis,” usik Hilmi sambil memegang perut Salwa. “Abang dah
ambil cuti dah, dah lulus pun, minggu lepas lagi abang dah apply, senyum sikit,” usik Hilmi.

“Betul ni? Abang ni saja tau,” satu cubitan manja hinggap di lengan Hilmi. Hilmi menangkap
tangan itu dan dibawa ke mulut lalu dikucup manja. Bahagia dirasakan. Masakan dia akan
membiarkan Salwa, cukuplah sekali silapnya dengan Nura dahulu, takkan diulangi.

Salwa menanti giliran dengan penuh sabar, tak ramai sangat orang di klinik, tetapi dia gelisah,
rasa tidak selesa, pinggangnya makin lenguh, perut asyik terasa lapar sahaja. Hilmi disebelah
leka membaca surat khabar. Dia merasa lega apabila namanya dipanggil.

“Apa khabar puan?,” tanya doktor.

“Baik, letihler doktor, lenguh pinggang, lenguh kaki, tak larat saya,” Salwa bercerita.

“Mestilah, dah dekat nak bersalin memang macam tu, sabar jerlah, bukan senang nak jadi ibu
kan?” Ok hari ni saya akan scan ladi, mungkin scan yang terakhir kot, ok, boleh baring sana,”
doktor memberi arahan.

Hilmi membantu Salwa naik ke atas katil yang agak tinggi itu, susah payah dia mengendong
perut naik ke katil, Hilmi suka melihat ujian ultrasound dilakukan, dia gembira melihat
kedudukan janin didalam rahim yang bergerak-gerak, dalam melihat denyutan jantung bayi,
betapa besarnya kuasa Allah. Pertama kali dia melihat janin di dalam rahim ialah bila pertama
kali dilakukan ujian ultrasound semasa usia kandungan Salwa hendak memasuki bulan ke 3,
hampir menitis air matanya melihat kedudukan bayi yang bergerak-gerak di dalam perut, kini
dia dapat melihat dengan jelas setiap pergerakan bayi yang di dalam perut Salwa.
Dia merasa sungguh bahagia, tidak sabar bertemu dengan orang baru, tambahan pula, kali
terakhir di scan dia mendapat tahu bayi itu anak lelaki, kini dia akan punyai sepasang anak.

“Ok, puan, mengikut ukuran bayi, usia kandung sudah 38 minggu, bayi dalam keadaan sihat,
jantung normal, tumberasan bayi juga baik, bagus, tidak ada masalah,” doktor menerangkan.
“Insya-Allah bayi bersedia untuk dilahirkan bila-bila masa sahaja, puan boleh banyak
bergerak pada masa ini untuk memudahkan proses kelahiran,” doktor menambah.

“Doktor kata bila-bila masa,?” tanya Salwa.

“Iya, saya menjangkakan minggu depan, tapi tidak mustahil sebelum itu, bersedia sahajalah,”

Mereka kembali semula ke rumah selesai semua urusan. Hilmi berjanji akan membawa Salwa
dan Syuhadah keluar membeli belah petang nanti, masih ada yang eprlu dibeli bagi menanti
kehadiran orang baru.

Salwa merasa sungguh tidak berdaya, dia dapat merasakan gerakan bayi semakin kuat, boleh
dikatakn setiap lima belas dia merasa pundi kencing bagai ditekan-tekan, sesekali terasa
seperti hendak membuang air besar. Dia tahu saat untuk dia melahirkan bayi ini makin
hampir. Hilmi masih lagi di pejabat. Dia masih lagi berbaring di atas katil, lenguh berbaring
dia bangun berjalan. Nanum, tekanan bayi makin kuat, terasa seperti hendak luruh segala isi
perutnya. Akhirnya dia memanggil mak mertuanya, dan sepantas kilat Mak Zaharah
menghubungi Hilmi.

Hilmi sampai 20 minit selepas itu, segera dia meluru ke atas, bersusah payah dia memapah
Salwa turun ke bawah, menuju ke kereta. Mak Zaharah pula kelam kabut mencari tudung, dan
mnghubungi keluarga besannya. Mereka semua bergegas ke hospital.

Salwa sudah tidak tertahan sakitnya, Mak Zaharah tidak berhenti-henti menyuruh Salwa
berzikir, berselawat. Sampai dihospital, segera Hilmi mendaftar, menyerahkan rekod
perubatan Salwa, dan dengan segera, jururawat menyorong Salwa ke bilik bersalin, diiringi
Hilmi. Hilmi sungguh cemas, keadaan makin cemas bila melihat banyak darah yang keluar.
Salwa mengalami tumpah darah. Hilmi cemas, dia terkenangkan begitulah nasib Nura dua
tahun yang lepas. Dia berdoa janganlah sesuatu yang buruk berlaku, dia risau sekali. Dia
sungguh takut keadaan yang sama akan berulang. Nura meninggal kerana kehilangan terlalu
banyak darah. Kini Salwa menghadapi situasi yang sama. Dadanya berdegup kencang, ngeri
dan cemas melihatkan darah yang turun sungguh laju.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati uri yang ada didalam rahim itu berpusing ke
bawah, keadaan amat merbahaya sekiranya uri di bawah. Kerana tumpah darah pasti akan
berlaku. Doktor agak hairan, kerana pemeriksaan dua minggu lepas kedudukan uri masih di
kedudukan sepatutnya. Tapi itu semua urusan Allah. Sedangkan Siti Mariam boleh
mengandung Nabi Isa tanpa berlakunya persetubuhan, inikan kedudukan uri, fikir Hilmi, yang
penting dia tak sanggup kehilangan buat kali kedua.

Demi menyelamatkan keadaan dan bagi mengelakkan Salwa kehilangan lebih banyak darah
Salwa juga perlu dilakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan dua nyawa. Hilmi
makin gementar, dia tidak mampu berdiri, kakinya mengeletar, seluruh badannya terasa
seram sejuk. Dia takut kehilangan sekali lagi.

Hilmi melipat kembali tikar kecil itu, di ambil bekas berisi air, disiramnya dipusara itu. Surah
Yassin sudah di simpan kembali ke dalam poket. Dia melangkah longlai ke kereta. Hatinya
amat sebak, hatinya terasa amat pilu. Namun dia sedar, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia
terima Qada dan Qadar seadanya. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci sahaja penghubung
antara mereka sekarang. Dia meninggalkan perkarangan kubur dengan hati yang berat.

Sampai dirumah, dia tidak segera masuk ke rumah, dia berlegar-legar sekitar rumah, dia
berjalan menuju ke taman mini mak dan ayahnya. Dia rasa aman di situ, melihat kehijauan
pokok-pokok yang sederhana beasr itu. Melihat kesegaran bunga-bunga, agak lama dia disitu.

“Assalamualaikum.,” Hilmi memberi salam.

“Waalaikum salam, kau ke kubur lagi Hilmi?” tanya maknya.

“Ya mak, macam mana mak tahu?” tanya Hilmi.

“Habis tu, kau tak segera masuk ke rumah, mesti kau ke kubur, kau ingat pesanan mak, balik
dari kubur, jangan lekas masuk ke rumah, nanti bayi meragam, kan,” kata Mak Zaharah.

“Adam tidur ker,” tanya Hilmi.

“Ada kat atas, baru lepas dimandikan ada kat ataslah tidurlah agaknya,” Maknya menjawab.
Hilmi segera mengatur langkah ke atas.

“Ermmm lembut betul muka Adam, macam muka Salwa,” kata Hilmi.

“Ye ker, tapi ramai orang cakap macam muka Syuhadah masa kecil ye ker,” tanya Salwa.

“Ha’ah ada jugak sikit-sikit, dua beradik nak kemana rupa parasnya,” kata Hilmi.

“Hari ini dah masuk 44 hari, esok 45 hari, lepas tu merdeka, dah habis pantang, rimas jugak
saya, berkurung saja,” kata Salwa.

“Iyer, sekejap yer, dah 45 hari, ermmm cepatlah besar anak papa, boleh kita pergi main
badminton sekali,” usik Hilmi.
“Abang ke kubur kak Nura?,” tanya Salwa.

“Ha’ah, Salwa marah, kecil hati, cemburu?,”

“Ishh, abang ni cemburu pada yang dah tiada gila namanya, saja Salwa tanya, tak apalah bang,
nanti anak-anak kita dah besar, kita bawak mereka menziarah bersama,” kata Salwa.

Hilmi rasa sungguh bertuah, dia mengenggam tangan Salwa erat lalu dikucup.

“Abang bahagia dengan Salwa,”

Oh, burung terbanglah kau, sampaikan kepada dunia, aku sungguh bahagia…
Sampaikan salam Rindu Pada Nura...Rinduku Pada Nura tetap sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai