Anda di halaman 1dari 18

4.

1 : Masyarakat Arab Jahiliah

 jahiliah dari perkattan arab jahala yang bermaksud :

jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan

 masyarakat arab jahiliah ialah masyarakat yang tinggal di Semenanjung Tanah

Arab , dalam jangka masa runtuhnya Empangan Maarib , Sabak sehingga

turunnya wahyu allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ( 300 M – 610 M )

 menyembah berhala dan kebanyakannya animisme

 kehidupan kucar-kacir kerana ketiadaan nabi atau rasul dan kitab suci sebagai

panduan hidup
4.2 : Ciri ciri Masyarakat Arab Jahiliah

 Agama

- agama samawi ( Kristian dan Yahudi )

- agama wathani ( menyembah berhala )

- agama hanif ( agama Nabi Ibrahim )

- animisme ( menyembah alam )

 Sosial

- berjudi

- berzina

- minum arak

- bayi perempuan ditanam hidup hidup

- perkahwinan tanpa peraturan

 Ekonomi

- perniagaan berasaskan riba

- penindasan

- mementingkan keuntungan

- merompak sebagai sumber pendapatan

 Politik

- amalan hidup berpuak-puak

- mengamalkan semangat assabiah ( berpuak-puak )

- mengamalkan system kabilah


4.3 : Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

 Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah ( Qusai bin Kilab ). Keturunan

Nabi Muhammad s.a.w merupakan pentadbir kota Makkah pada zaman jahiliah

dan menguasai telaga zamzam.

 Nama penuh baginda Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibu baginda

Aminah binti Wahab.

 Baginda lahir pada 570 M ( 20 April ) bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah

 Bapanya meninggal ketika didalam kandungan ibunya. Pernah dijaga oleh

Halimatus Sa’diyah. 6 tahun kemudian ibunya meninggal dunia.

 Baginda dijaga oleh datuk dan bapa saudara baginda. Sewaktu kecil , pernah

mengambil upah menjaga kambing. Semasa 12 tahun, mengikut rombongan

perniagaan bapa saudara baginda ke Syam .

 Sewaktu berumur 20 tahun , baginda berdagang secara berseorangan dan

berkongsi dengan teman-teman.

 Menjalankan perniagaan dengan Khadijah binti Khuwailid dan ketika berumur 25

tahun berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang ketika itu berumur 40

tahun.
5.3 : Hijrah

1. Hijrah bermaksud berpindah

2. Hijrah dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari

kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam

serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.

3. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.

4. Penghijrahan dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat.

5. Sebab dan tujuan hijrah :

 Perintah Allah menerusi wahyu

 Pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda

 Orang Arab Quuraisy menjejaskan aktiviti penyebaran Islam

 Strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam

 Jemputan masyarakat Arab Madinah

6. Kepentingan Hijrah

 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam

Madinah.

 Membentuk persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin

 Menyatukan golongan tersebut yang mana mempunyai perbezaan dari segi

kedudukan ekonomi dan social sebelum ini

 Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan

agama.

 Nabi Muhammad telah membina sebuah lagi masjid iaitu Masjid Nabawi

 Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam


 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud kota

bercahaya

 Menunjukkan bahawa sikap toleransi kaun dan tolong menolong

 Memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain

sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah Negara

 Menunjukkan ketabahan hati dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w.

 Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.

5.4 : Piagam Madinah

 Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis

yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 M.,

berpandukan wahyu Allah

 Mengandungi 47 fasal (23 fasal berkaitan dengan orang Islam dan 24 fasal lagi

berkaitan dengan orang bukan Islam)

 Kandungan Piagam Madinah :

1. Politik

o Nabi Muhammad s.a.w pemimpin di Madinah.

o Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul

antara orang Islam dengan orang bukan Islam

2. Agama

o Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.

o Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak

bertentangan dengan Islam.

1. Sosial
o Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai

tanggungjawab yang sama terhadap negara.

o Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

4. Perundangan

o Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan

kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak

bertentangan

5. Ekonomi

o Kerjesama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi

negara.

o Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam system perniagaan

6. Pertahanan

o Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada

ancaman luar

7. Kedudukan Yahudi

o Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka

mematuhi perlembagaan Madinah.

 Kepentingan Piagam Madinah

o Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul

o Mengatur sesebuah pemerintahan yang lengkap

o Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan.

o Mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.

o Membentuk masyarakat bary berasas kan ummah


o Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam

o Masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat

mendiami sebuahnegara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan

sempurna.

o Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.

o Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.

o Mereka bertanggungjawab memperthankan keselamatan negara Madinah

daripada serangan luar

o Keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan.

5.5 : Penyebaran Islam

 Nabi Muhammad s.a.w. menyusun strategi untuk menyebarkan Islam ke Rom

Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

 Penyebaran dakwah islamiyah ke kawasan luar dilakukan secara diplomasi dan

menunjukkan nilai-nilai yang baik, menerusi surat menyeru mereka memeluk

islam, dan mewujudkan persefahaman dengan kawasan tersebut.

 Dalam Islam, peperangan adalah dilarang kecuali untuk mempertahankan maruah

diri, agama, dan negara. Peperangan hanya dibenarkan setelah Allah s.w.t.

menurunkan wahyu.

 Terdapat beberapa peperangan antara orang islam Madinah dengan orang Quraisy

Makkah
- Perang Badar (624 masihi/2 hijrah)

- Perang Uhud (625 masihi/3 hijrah)

- Perang Khandak (627 masihi/5 hijrah)

- Perang Tabuk (630 masihi/8 hijrah)

 Etika peperangan dalam Islam

- mengamalkan dasar pengampunan terhadap orang Arab Quraisy

- tawanan kanak-kanak dan wanita dibebaskan

- tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri seperti mengajar

kanak-kanak islammembaca dan menulis sehingga pandai.

- Tentera islam dilarang membunuh sesuka hati

- Larangan membunuh binatang dan memusnahkan tanaman

- Dilarang merobohkan tempat ibadat kaum lain

5.6 : Perjanjian Hudaibiyah

1. Peristiwa ke arah Perjanjian Hudaibyah

- Orang Islam Madinah bercadang untuk menziarahi Makkah dan

menunaikan umrah. Tetapi dihalang di Hudaibiyah.

- Uthman bin Affan dihantar sebagai wakil umat Islam untuk menerangkan

tujuan kedatangan mereka.

- Orang islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman dan ingin

menuntut bela (baiah al-Ridwan)

- Orang Arab Quraish bimbang lalu menghantar Suhail bin Amru dan

termetarilah Perjanjian Hudaibiyah pada 628 masihi bersamaan 6 hijrah

 Kandungan Perjanjian Hudaibiyah


- bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun

- Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam

Madinah atau orang Quraisy Makkah.

- Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran

penjaganya tidak perlu dipulangkan

- Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran

penjaganya perlu dipulangkan semula.

- Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

 kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

- orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya

- memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah

- suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa

halangan daripada mana-mana pihak

- islam dapat berkembang secara meluas

- islam dapat tersebar dengan aman

- melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.

- menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah

- menjadi perintis kepada pembukaan kota Makkah

5.7 : Pembukaan kota Makkah


 Berlaku pada 630 M./8H. disebabkan kegagalan Perjajian Hudaibiyah dipatuhi

oleh orng Arab Quraisy (orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani

khuza’ah yang berpihak kepada Islam).

 Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu

Sufian, telah mengambil keputusan memeluk islam sebelum tentera islam

menguasai Makkah kerana mereka menyedari kepalsuan perjuangan mereka

selama ini.

 Tentera Islam seramai 10 ribu terbahagi kepada empat pasukan utama , iaitu

pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan

Zubair bin al-Awwam.

 Taktik serangan empat arah yang berlainan telah digunakan sebagai strategi

pembukaan kota Makkah , dan strategi ini amat berkesan.

 Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

- sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan orang Arab Quraisy

merupakan kunci kejayaan.

- Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur Jahiliah.

- Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam

- Menjadi pembuka jalan kea rah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab

- Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat

6.1 : Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin


1. Konsep Khalifah

 Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata

jamaknya, khulafa)

 Dalam konteks ini , khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan

tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah

dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

 Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memelihara

kemurniaan agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan

juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

2. Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah

 Lelaki yang merdeka

 Beragama islam

 Memiliki pengetahuan tentang Islam

 Mematuhi perintah Allah

 Sanggup melaksanakan hokum Allah

 Bersifat adil

 Mempunyai akhlakyang baik

 Tubuh yang sihat dan sempurna

 Berfikiran cerdas

 Warak dan pandai mentadbir kerajaan

o Kaeadah musyawarah atau syura (saidina Abu Bakar)


o Cadangan satu nama sahaja (saidina Umar al-Khattab)

o Melalui pemilihan daripada beberapa orang calon (saidina Uthman bin Affan)

o Pencalonan dari sekelompok masyarakat (saidina Ali bin Abi Talib)

3. Tugas Khalifah

 Memelihara agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah

berpandukan al-Quran dan sunnah.

 Berkewajipan menitikberatkan system politik, sosial dan ekonomi

 Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk

mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh

 Bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.

 Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat

 Menjaga dan meneruskan ajaran Allah

 Mengekalkan perpaduan ummah

 Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal

4. Sumbangan Khulafa ar-Rasyidin


 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

- mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam

- memerangi golongan murtad

- mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar

- membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif,

Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran.

- Memperkenalkan gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang,

undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan golongan mawali

(orang bukan Arab yang memeluk Islam)

- Mengumpul tulisan al-Quran

 Khalifah Umar bin al-Khattab

- memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai

- membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah

- melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai

pentadbir awam dan panglima tentera.

- Menubuhkan beberapa jabatan penting s.

- Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat

pembelajaran di kawasan Masjid.

- Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan

pendidikan.

- Memperkenalkan kelender Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai

titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.


- Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera

sukarela.

- Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian

- Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

- Baitulmal didirikan

 Khalifah Uthman bin Affan

- meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan

Tropoli

- menyelaraskan cara bacaan (qiraat) yang dikenali sebagai Mushaf

Uthmani

- membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk kemudahan

pengembara

- mempertingkatkan ekonomi dengan memperkukuhkan peranan baitulmal

dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara

- memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata

dan kapal.

 Khalifah Ali bin Abi Talib

- membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat

dan undang-undang Islam

- mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

- Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria

- Mengembangkan sistem ekonomi negara


6.2 : Kerajaan Bani Umaiyah

 Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan berlaku berikutan penyerahan kuasa

oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah bagi mengelakkan umat islam terus

berpecah belah.

 Pemerintahan bermula dari tahun 661 M hingga tahun 750 M dan berpusat di

Damsyik (tahap pertama) dan menggunakan gelaran khalifah.

 Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol (tahap kedua) pula telah diasaskan oleh

Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman 1 dan berpusat di Cordova dengan

Andalusia menjadi ibu kotanya. Berlangsung dari tahun 756 M hingga 1031 M

dan gelaran amir digunakan.

 Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah

- terdapat empat aspek utama dalam pentadbiran iaitu , sistem khalifah ,

sistem wazarah , sistem urus setia dan sistem hijabah.

- Penubuhan empat buah jabatan iaitu , Jabatan Cukai , Jabatan Surat

Menyurat , Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor

Pemerintah (diasaskan oleh Muawiyah).

- Dewanul jundi (jabatan ketenteraan) telah ditubuhkan untuk keselamatan

negara

- Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu

- Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.

- Tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran


- Melahirkan sebilangan tokoh terkenal dalam bidang tertentu seperti Urwah

bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran)

serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)

- Pembinaan hospital pertama di Damsyik

- Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-

Quran, sunah atau ijmak.

- Sebuah perpustakaan di bina

- Pembinaan sebuah pusat penterjemahan

- Kegemilangan seni bina Islam

- Penubuhan baitulmal

- Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa

- System saliran dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah

pertanian.
6.3 : Kerajaan Bani Abbasiyah

 Diasaskan oleh Abu Abbas al-Suffah pada tahun 750 M. secara revolusi

 Berakhir pada 1258 M. apabila dikalahkan oleh Hulugu Khan (mongol)

 Pusat pemerintahan di Baghdad dan system pemerintahan bercorak system

warisan

 Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah

- kota Baghdad telah dijadikan sebagai pusat intelektual dan penyebaran

ilmu

- kegiatan penterjemahan dipergiatkan

- kegiatan menulis melalui tiga tahap, iaitu yang pertama, mencatat segala

idea atau percakapan , yang kedua , mengumpulkan idea yang serupa atau

mengumpulkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ketiga ,

mengarang.

- Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan

dalam bahasa Arab.

- Menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai