Anda di halaman 1dari 4

Nota Sejarah Tingkatan 4 - Bab 5: Islam di Madinah

Nota:
URUTAN PERISTIWA HIJRAH
610M

Kemunculan Islam dan penyebarannya di Makkah

620M

Pemelukan Islam oleh orang Khazraj setelah bertemu Nabi


Muhammad s.a.w. di Makkah

621M

Penambahan bilangan orang Aus dan Khazraj memeluk Islam

621M

Pemeteraian perjanjian Aqabah Pertama

622M

Pemeteraian perjanjian Aqabah Kedua

622M

Penghijrahan dari kota Makkah ke Madinah

Kandungan Perjanjian Aqabah Pertama:


1. Suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul
2. Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan bani Muhammad s.a.w. dan tidak
melakukan amalan jahiliah seperti mencuri dan meminum arak
Kandungan Perjanjian Aqabah kedua:
1. suku Aus dan Khazraj memeluk islam
2. mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3. jemputan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang-orang islam Makkah ke Madinah
4. bersedia menyediakan tempat tinggal
5. menjanjikan keselamatan bagi orang-orang Islam Makkah
Kepentingan Perjanjian Aqabah:
1. Islam tersebar ke Madinah
2. berlakunya penghijrahan orang-orang Islam Makkah ke Madinah

Nota:
Maksud Hijrah dalam konteks Barat: pelarian
Maksud hijrah dalam konteks Islam:
Perpindahan orang islam dari kota makkah ke madinah
Merupakan usaha untuk memperkukuh islam dan strategi baru menyebarkan islam
Merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan atau
kejahatan.
Dilambangkan dengan semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
Teladan yang diperoleh daripada peristiwa hijrah
- Sentiasa berusaha melakukan perubahan kea rah kebaikan
- Islam menghendaki umatnya sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh
- Islam mengajar penganutnya agar sanggup berkorban demi melaksanakan perintah Allah
- Persaudaraan dan hubungan baik sesame manusia sangat digalakkan oleh islam
Sebab-sebab Hijrah:
1. perintah allah menerusi wahyu Allah s.w.t.
2. penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap islam
3. strategi yang digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan islam
4. jemputan orang Arab Madinah terhdap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam
5. mencari tmpat baru dan sesuai untuk menyebarkan islam.
6. menyelamatkan orang Islam daripada seksaan orang Arab Quraisy
7. ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian
8. untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam
Kepentingan Hijrah:
1. Dakwaah Islam dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung
2. mendamaikan suku Arab di madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
3. menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Madinah dan Makkah
4. menyatupadukan penduduk madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama yang
melahirkan kehidupan yang harmoni
5. terbina sebuah lagi masjid iaitu masjid al-Nabawi
6. wjud kiraan tahun hijrah dalam takwim islam
7. menukarkan nama yathrib kepada madinah
8. menunjukkan sikap tolerasi kaum dan tolong menolong boleh melahirkan masyarakat cemeralang
9. memperlihat peranan wanita yang penting dalam menggerakkan kemajuan sesebuah Negara
10. menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
11. menampakkan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan

Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah islamiah dan bukan melalui peperangan. Bincangkan.
Jawapan:
Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islaiah bukankerana peperangan
- Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk islam
- Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik
- Dalam Islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk memepertahankan diri, agama dan
bangsa
- Peprangan hanya boleh dilakukan dengan izin Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
- Islam ialah agama yang menganjurkan perdamaian, oelh itu orang Islam harus memilih
perdamaian
- Sejarah membuktikan Islam berkembang secara sukarela dan toleransi, misalnya dalam perang
Badar, walaupun Islam beroleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengamalkan dasar
pengampunan kepada tawanan Arab Quraisy.
- Tentera islam yang berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati
- Kandungan perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman.

Nota:
Sebab-sebab Perjanjian Hudaibiyah dimeterai:
1. untuk menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh orang Quraisy Makkah yang tidak
membenarkan kemasukan orang islam ke Makkah pada tahun 628M.
2. bagi pihak islam, Nabi Muhammad s.a.w. inginkan perdamaian sentiasa wujud antara orang
Islam dengan orang bukan Islam.
3. bagi pihak quraisy pula, mereka merasa gentar dengan ikrar dan sumpah setia (baiah alRidwan) orang Islam untuk membela kematian Uthman bin Affan (adalah utusan ke Makkah
untuk menerangkan tujuan sebenar kedeatangan orang Islam madinah ke makkah iaitu ingin
mengerjakan umrah)
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah:
1. orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629M)
2. memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat di
Kaabah pada bila-bila masa
3. Nabi Muhamad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjuang
Tanah Arab secara aman
4. selepas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah ini ditermeterai, bilangan penganut Islam bertambah
5. pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalkid bin al-Walid, Amru al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy lain
6. melambangkan ketokohan nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi
7. menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di madinah.
Sebab-sebab Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah
1. Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan
yang telah dipersetujui
2. membunuh beberapa orang bani Khuzaah yang berpihak kepada islam
3. sebagai strategi jangka panjang bagi penyebaran islam; sekiranya Makkah dapat dikuasai,
kerajaan islam di madinah akan bertambah mantap
Kepentingan pembukaan semla kota Makkah:
1. pertambahan penganut islam
2. kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah
3. masyarakat islam mula mendalami ilmu Islam
4. kota Makkah dijadikan kota suci umat islam
5. kerajaan islam di madinah semakin mantap
6. islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab

Anda mungkin juga menyukai