Anda di halaman 1dari 7

Tahrif Al-Quran: Tuduhan Terhadap Ahlus Sunnah Wal

Jamaah
(Siri 1)

Oleh: Ustaz Ahmad Nasim

Dipetik dari www.darulkautsar.net

Setelah golongan Syiah diserang dari pelbagai sudut dengan serangan yang membuktikan
bahawa mereka percaya bahawa al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini telahpun
ditahrifkan berdasarkan kepada riwayat-riwayat daripada imam-imam maksum di dalam kitab-
kitab utama mereka yang melebihi dua ribu riwayat maka mereka cuba berdalih dengan
mengatakan kononnya riwayat-riwayat tersebut adalah tidak sahih. Contohnya mereka
mengatakan bahawa tidak semua hadith yang terdapat di dalam al-Kafi yang merupakan kitab
paling sahih di sisi mereka adalah sahih lantas mereka membahagikan kitab al-Kafi kepada lima
bahagian iaitu:

1) Sahih, mengandung 5,072 hadith.


2) Hasan, 144 hadith.
3) Al-Muwaththaq, 1128 hadith (yaitu hadith-hadith yang diriwayatkan oleh orang yang
bukan Syi'ah tetapi mereka dipercayai oleh Syi'ah).
4) Al-Qawiyy, 302 hadith.
5) Dhaif, 9,480 hadith.(Lihat Sayyid Ali al-Milani, “al-Riwayat Li Ahadith al-Tahrif ‘di dalam
Turuthuna, Bil. 2, Ramadhan 1407 Hijrah, hlm. 257)1.

Kalau dilihat kepada pembahagian yang dibuat di atas maka terdapat begitu banyak sekali
riwayat-riwayat yang dho’if di dalam kitab yang paling sahih di sisi mereka. Persoalannya mereka
tidak pula menyatakan sudut kedho’ifan riwayat-riwayat tersebut dan bagaimana kitab yang
paling banyak hadithnya adalah dho’if disenaraikan sebagai sihah arba’ah (empat kitab sahih).
Kalau begitulah keadaannya bagaimana pula dengan kitab-kitab hadith yang lain di sisi mereka
bahkan tidak salah kalau dikatakan kitab-kitab mereka itu patut dilupuskan sahaja daripada terus
mengisi rak-rak perpustakaan. Di samping itu bagaimana pula dengan riwayat-riwayat yang
terdapat di dalam al-Kafi berkenaan imamah, mut’ah, raj’ah dan sebagainya. Kalaulah riwayat-
riwayat berkenaan tahrif yang terdapat di dalam al-Kafi adalah dho’if tanpa sebarang alasan
maka tidak salah kalau dikatakan riwayat-riwayat berkenaan akidah-akidah Syi’ah yang lain juga
adalah dho’if maka natijahnya akan runtuhlah ajaran Syi’ah. Di samping itu tiada satupun riwayat
dari imam-imam maksum di sisi mereka yang menyebutkan bahawa tidak berlaku tahrif di dalam
al-Quran berbeza dengan riwayat tahrif.
Alasan Syi’ah seterusnya untuk menutup pekung mereka yang semakin terserlah adalah dengan
menuduh kononnya Ahlus Sunnahlah yang sebenarnya melakukan penyelewengan terhadap al-
Quran. Mereka mengemukakan beberapa riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab Ahlus
Sunnah yang menunjukkan berlakunya tahrif. Sebahagian riwayat tersebut akan dikemukakan di
bawah bersama dengan jawapannya.

Pertama:

‫َح َّدثَنَا َعبْد هَّللا ِ َح َّدثَنِي َو ْهبُ بْنُ بَقِيَّةَ أَ ْخبَ َرنَا خَالِ ُد بْنُ َع ْب ِد هَّللا ِ الطَّحَّانُ ع َْن يَ ِزي َد ب ِْن أَبِي ِزيَ ا ٍد ع َْن ِز ِّر ب ِْن‬
‫ال لَقَ ْد قَ َر ْأتُهَا َم َع‬
َ َ‫ض عًا َو َس ْب ِعينَ آيَ ةً ق‬ ْ ِ‫ب قَ ا َل ب‬ ِ ‫ب قَا َل َك ْم تَ ْق َرءُونَ سُو َرةَ اأْل َحْ زَ ا‬ ٍ ‫ش ع َْن أُبَ ِّي ْب ِن َك ْع‬ ٍ ‫ُحبَ ْي‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ِم ْث َل ْالبَقَ َر ِة أَوْ أَ ْكثَ َر ِم ْنهَا َوإِ َّن فِيهَا آيَةَ الرَّجْ ِم‬
َ ِ ‫َرسُو ِل هَّللا‬
‫لضعف يزيد بن أبي زياد‬, ‫ إسناده ضعيف‬: ‫تعليق شعيب األرنؤوط‬

Daripada Zirr bin Hubaisy daripada Ubay bin Ka’ab katanya:”Berapakah (ayat) surah al-Ahzab
yang kamu baca? Perawi (Zirr bin Hubaisy) menjawab, “Tujuh puluh lebih”. Ubay berkata,
“Sesungguhnya kami membacanya bersama Rasulullah s.a.w. seperti surah al-Baqarah atau
lebih lagi daripadanya dan sesungguhnya di dalamnya terdapat ayat rejam”. 2

Dan:

‫ال قَ ا َل لِي أُبَ ُّي‬ ِ ‫َح َّدثَنَا َعبْد هَّللا ِ َح َّدثَنَا َخلَفُ بْنُ ِه َش ٍام َح َّدثَنَا َح َّما ُد بْنُ َز ْي ٍد ع َْن ع‬
َ َ‫َاص ِم ب ِْن بَ ْه َدلَ ةَ ع َْن ِز ٍّر ق‬
‫ط لَقَ ْد َرأَ ْيتُهَا‬
ُّ َ‫ال ق‬ ُ ‫ب أَوْ َكأَي ِّْن تَ ُع ُّدهَا قَ ا َل قُ ْل‬
َ َ‫ت لَ هُ ثَاَل ثًا َو َس ب ِْعينَ آيَ ةً فَق‬ ِ ‫ب َكأَي ِّْن تَ ْق َرأُ سُو َرةَ اأْل َحْ َزا‬ ٍ ‫بْنُ َك ْع‬
‫هَّللا‬ ‫هَّللا‬ ‫اًل‬ َّ ْ َ ُ َّ ُ َّ ْ ْ
ُ ‫َوإِنَّهَا لَتُ َعا ِد ُل سُو َرةَ البَقَ َر ِة َولقَ ْد قَ َرأنَا فِيهَا الش ْيخ َوالش يْخَ ة إِذا زَ نَيَا فَارْ ُج ُموهُ َما البَتةَ نَ َك ا ِم ْن ِ َو‬
َ
‫َعلِي ٌم َح ِكي ٌم‬

Daripada Zirr bin Hubaisy katanya Ubay bin Ka’ab bertanya kepadaku: “Berapa banyakkah (ayat)
yang kamu baca Surah al-Ahzab atau berapa banyakkah kamu mengira ia (Surah al-Ahzab)? Dia
(Zirr) berkata, aku berkata, “Tujuh puluh tiga ayat”. Lalu Ubay menjawab, “Itu sahaja,
sesungguhnya aku melihatnya (surah al-Ahzab) menyamai surah al-Baqarah. Sesungguhnya
kami membaca padanya terdapat “ ‫ال َّش ْي ُخ َوال َّشيْخَ ةُ إِ َذا زَ نَيَا فَارْ ُج ُموهُ َما ْالبَتَّةَ نَ َكااًل ِم ْن هَّللا ِ َوهَّللا ُ َعلِي ٌم‬
‫” َح ِكي ٌم‬.3

Jawapan kepada riwayat pertama:

Atsar ini berstatus dho’if. Syeikh Syu’aib al-Arnauth di dalam ta’liqnya kepada hadith ini berkata
dho’ifnya terletak pada perawi yang bernama Yazid bin Abi Ziyad. 4 Kata-kata ulama rijal terhadap
beliau:

Yazid bin Abi Ziyad al-Hasyimi al-Kufi, seorang yang dho’if dan merupakan seorang Syiah. 5
Imam Ahmad berkata: Ingatannya tidak kuat. Yahya berkata, “Hadithnya tidak boleh dijadikan
hujah”.6

Jawapan kepada riwayat kedua:

Atsar ini adalah dho’if. Dho’if kerana terdapat perawi yang bernama ‘Aasim bin Bahdalah.
Kedudukan beliau di dalam kitab-kitab rijal:

‘Aashim bin Abi an-Najud. Salah seorang dari tujuh qari dan dia adalah ‘Aashim bin Bahdalah al-
Kufi maula Bani Asad. Mantap di dalam qiraat tetapi di dalam hadis tidak mantap dan banyak
kekeliruan.

Yahya al-Qatthan berkata: “Aku tidak mendapat seorang yang bernama ‘Aashim kecuali aku
dapatinya seorang yang buruk ingatannya”.

Nasaie’ berkata: ”Tidak hafidz”.

Daraquthni berkata: “‘Aashim mempunyai sedikit masalah pada ingatannya”. 7

Di antara ulama kemudian yang mengatakan hadith ini adalah dho’if ialah Syeikh Syu’aib al-
Arnauth di dalam ta’liqnya kepada Musnad Ahmad.

Jawapan kedua bagi kedua-dua atsar:

Imam Suyuthi memasukkan kedua-dua riwayat di atas di bawah jenis yang ke empat puluh tujuh
iaitu berkenaan ayat-ayat al-Quran yang memansukhkan dan dimansukhkan dan seterusnya
beliau meletakkannya pula di bawah bab yang ketiga pada membicarakan ayat yang mansukh
tilawah bukan dari segi hukum. Dan di antara atsar yang diletakkan di bawah bab yang sama
ialah yang diriwayatkan oleh ‘Aaisyah r.a. iaitu:

‫قال حدثنا ابن أبي م ريم عن ابن لهيعة عن أبي األس ود عن ع روة بن الزب ير عن عائشة ق الت ك انت‬
‫سورة األحزاب تقرأ في زمن النبي مائتي آية فلما كتب عثمان المصاحف لم يق در منها إال على ما هو‬
‫اآلن‬

Daripada ‘Aaisyah r.a. katanya: “Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Nabi s.a.w. sebanyak dua
ratus ayat. Bilamana Uthman r.a. menulis mashaf dia tidak memasukkannya kecuali apa yang
ada sekarang”.8

Di dalam atsar ini juga terdapat masalah dari segi sanadnya kerana di dalamnya terdapat perawi
dho’if iaitu ‘Abdullah Ibnu Lahi’ah. Daripada apa yang dibincangkan di atas menunjukkan
bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah dho’if. Kalaupun ia adalah riwayat yang sahih maka
ulama-ulama Ahlus Sunnah meletakkannya di dalam bab ayat-ayat yang telah dimansukhkan
bacaannya dan tidak sekali-kali mereka mengatakannya sebagai telah diselewengkan.
Ulama-ulama Syi’ah juga tidak terkecuali di dalam memasukkan ayat di atas sebagai ayat yang
telah dimansukhkan bacaannya. Antaranya Syeikh Abu ‘Ali at-Thabarsi telah membincangkan
berkenaan naasikh dan mansukh lalu membahagikannya kepada beberapa jenis dan meletakkan
ayat di atas di bawah jenis yang ketiga iaitu ayat yang telah dimansukhkan bacaannya tidak
hukum.9

Atsar ketiga yang dijadikan dalil oleh Syi’ah bahawa Ahlus Sunnah mentahrif al-Quran
ialah:

‫ت‬ ْ َ‫ك ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن أَبِي بَ ْك ٍر ع َْن َع ْم َرةَ ع َْن عَائِ َش ةَ أَنَّهَا قَ ال‬ ٍ ِ‫ت َعلَى َمال‬ ُ ‫َح َّدثَنَا يَحْ يَى بْنُ يَحْ يَى قَا َل قَ َر ْأ‬
‫ت فَتُ ُوفِّ َي َر ُس و ُل‬ ٍ ‫س َم ْعلُو َم ا‬
ٍ ‫ت يُ َح ِّر ْمنَ ثُ َّم نُ ِس ْخنَ بِخَ ْم‬ٍ ‫ت َم ْعلُو َما‬ ٍ ‫ض َعا‬ َ ‫آن َع ْش ُر َر‬ ِ ْ‫َكانَ فِي َما أُ ْن ِز َل ِم ْن ْالقُر‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوه َُّن فِي َما يُ ْق َرأُ ِم ْن ْالقُرْ آ ِن‬
َ ِ ‫هَّللا‬

Daripada ‘Amrah daripada ‘Aaisyah r.a. bahawa ia berkata: “Di antara ayat al-Quran yang
diturunkan adalah ayat berkenaan sepuluh kali menyusu yang maklum mengharamkan kemudian
dimansukhkan dengan lima kali yang maklum. Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat dan ayat-ayat
tersebut adalah termasuk yang masih dibaca sebagai al-Quran”. 10

Jawapan:

I. Imam Suyuthi mengatakan bahawa ayat ini telah dimansukhkan hukum dan bacaannya.
Beliau membincangkannya di dalam bab ke empat puluh tujuh iaitu berkenaan ayat-ayat
al-Quran yang memansukhkan dan dimansukhkan dan di bawah bahagian ayat yang
dimansukhkan hukum dan bacaan.11 Abu Ja’far at-Thusi dari kalangan Syi’ah yang
digelarkan dengan Syeikh at-Thoifah juga mengatakan bahawa ayat ini telah
dimansukhkan bacaan dan hukumnya.12

II. Imam Nawawi berkata: “Makna kata-kata perawi di dalam atsar ini ialah terlalu lewat
pembatalan (sepuluh kali menyusu) dengan penyusuan sebanyak lima kali sehingga
Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan sebahagian sahabat masih membaca “‫”خمس رضعات‬
dan mereka menjadikannya sebagai al-Quran yang dibaca kerana tidak sampai
kepadanya hukum pemansukhan tersebut disebabkan oleh hampirnya dengan kewafatan
Baginda s.a.w. Bila sampai kepada mereka bahawa ayat tersebut telah dimansukhkan
maka mereka sepakat bahawa ianya sudah dimansukhkan dan tidak dibaca lagi. 13

III. Tambahan di akhir atsar ‘Aaisyah r.a. ini adalah waham (kekeliruan) perawi yang
bernama Abdullah bin Abi Bakr yang meriwayatkan daripada ‘Amrah. Tambahan tersebut

ِ ْ‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم َوه َُّن فِي َما يُ ْق َرأُ ِم ْن ْالقُ ر‬
ialah ‫آن‬ َ ِ ‫ فَتُ ُوفِّ َي َر ُس و ُل هَّللا‬bermaksud
‘Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat dan ayat-ayat tersebut adalah termasuk yang masih
dibaca sebagai al-Quran). Riwayat dengan tambahan ini juga dikemukakan oleh Imam
Baihaqi di dalam sunannya, Imam Daraquthni, Imam Thahawi di dalam Syarah Ma’ani al-
Atsar. Kalau diteliti riwayat melalui perawi selain Abdullah bin Abi Bakr iaitu Qasim bin
Muhammad dan Yahya bin Sa’id ternyata tiada tambahan tersebut. Riwayat tersebut
ialah:

‫أخبرنا أبو عبد هللا الحافظ أخ برني أبو الوليد نا إب راهيم بن أبي ط الب نا محمد بن المث نى نا عبد‬
‫ أنزل في القرآن عشر‬: ‫الوهاب قال سمعت يحيى بن سعيد عن عمرة عن عائشة رضي هللا عنها قالت‬
14
‫رضعات معلومات ثم تركن بعد بخمس أو بخمس معلومات‬

Di dalam riwayat ini perawi yang meriwayatkan daripada ‘Amrah ialah Yahya bin Sa’id dan tiada
tambahan tersebut di dalamnya. Begitu juga dengan riwayat yang terdapat di dalam Sunan
Daraquthni melalui riwayat Yahya bin Sa’id tanpa tambahan:

‫نا الحس ين بن إس ماعيل نا محمد بن عبد الملك بن زنجويه نا يزيد بن ه ارون نا يح يى بن س عيد عن‬
‫ ن زل في الق رآن عشر رض عات معلوم ات وهي تريد ما يح رم من‬: ‫عم رة أنها س معت عائشة تق ول‬
15
‫الرضاع ثم نزل بعد أو خمس معلومات‬

Imam Thahawi mengemukakan beberapa riwayat yang juga tidak mengandungi tambahan
tersebut. Riwayat pertama melalui jalan Qasim bin Muhammad daripada ‘Amrah daripada
‘Aaisyah:

‫اس ِم عن‬ ِ َ‫حدثنا محمد بن ُخ َز ْي َمةَ قال ثنا َحجَّا ُج بن ِم ْنهَا ٍل قال ثنا َح َّما ُد بن َسلَ َمةَ عن عبد ال رحمن بن ْالق‬
َ‫آن ثُ َّم َس قَطَ أَ ْن ال‬
ِ ْ‫ْالقَا ِس ِم بن ُم َح َّم ٍد عن َع ْم َرةَ عن عَائِ َش ةَ رضي هللا عنها ق الت ك ان ِم َّما نَ زَ َل من ْالقُ ر‬
‫ت‬ َ ‫ت ثُ َّم نَزَ َل بَ ْع ُد أو َخ ْمسُ َر‬
ٍ ‫ض َعا‬ َ ‫اع إِالَّ َع ْش ُر َر‬
ٍ ‫ض َعا‬ ِ ‫ض‬َ ‫ي َُح ِّر َم من ال َّر‬

Riwayat kedua melalui Yahya bin Sa’id daripada ‘Amrah daripada ‘Aaisyah r.a.:

‫حدثنا محمد بن خزيمة قال حدثنا حجاج بن منهال قال ح دثنا حم اد بن س لمة عن يح يى بن س عيد عن‬
‫عمرة عن عائشة قالت نزل من القرآن ال يحرم إال عشر رضعات ثم نزل بعد ذلك أو خمس رضعات‬

Riwayat ketiga melalui jalan periwayatan yang lain juga daripada Yahya bin Sa’id daripada
‘Amrah daripada ‘Aaisyah r.a.:

‫وحدثنا روح بن الفرج قال حدثنا يحيى بن عبد هللا بن بكير قال ح دثني الليث عن يح يى بن س عيد عن‬
16
‫عمرة عن عائشة أنها قالت أنزل في القرآن عشر رضعات معلومات ثم أنزل خمس معلومات‬
Di dalam Sahih Muslim juga terdapat riwayat melalui Yahya bin Sa’id tanpa tambahan yang
terdapat di dalam riwayat Abdullah bin Abi Bakr iaitu:

‫ت‬ ْ ‫َح َّدثَنَا َع ْب ُد هَّللا ِ بْنُ َم ْسلَ َمةَ ْالقَ ْعنَبِ ُّي َح َّدثَنَا ُسلَ ْي َمانُ بْنُ بِاَل ٍل ع َْن يَحْ يَى َوه َُو ابْنُ َس ِعي ٍد ع َْن َع ْم َرةَ أَنَّهَا َس ِم َع‬
‫َش ُر‬ْ ‫آن ع‬ ِ ْ‫ت عَائِ َش ةُ نَ زَ َل فِي ْالقُ ر‬ ْ َ‫ت َع ْم َرةُ فَقَ ال‬ َ ‫عَائِ َشةَ تَقُو ُل َو ِه َي ت َْذ ُك ُر الَّ ِذي ي َُح ِّر ُم ِم ْن الر‬
ْ َ‫َّض ا َع ِة قَ ال‬
‫ت ثُ َّم نَزَ َل أَ ْيضًا خَ ْمسٌ َم ْعلُو َمات‬
17 ٌ
ٍ ‫ت َم ْعلُو َما‬ ٍ ‫ض َعا‬ َ ‫َر‬

Dari sini jelas Abdullah bin Abi Bakr berseorangan di dalam meriwayatkan tambahan tersebut.
Dari segi kemantapan perawi sama ada dari sudut ilmu atau kekuatan ingatan pula Qasim yang
merupakan salah seorang daripada tujuh orang faqih di Madinah adalah lebih kuat daripada
Abdullah bin Abi Bakr18.

Kesimpulannya hujah Syi’ah untuk mengatakan bahawa Ahlus Sunnah melakukan tahrif terhadap
al-Quran dengan menggunakan hadith ‘Aaisyah r.a. ini adalah tertolak dengan tiga alasan tadi
dan alasan ketiga iaitu tambahan yang menjadi hujah kepada Syi’ah adalah datangnya dari
kekeliruan perawi yang bernama Abdullah bin Abi Bakr.
1
Di petik daripada www.fatimah.org
2
Musnad Ahmad Hadis Zirr Bin Hubaisy Daripada Ubay Bin Ka’ab, Kanz Al-Ummal Bab Ayat-Ayat Yang Dimansukhkan Daripada Al-Quran Dan Fasal
Berkenaan Jenis-Jenis Hukum Hudud.
3
Ibid.
4
Musnad Ahmad dengan ta’liq Syu’aib al-Arnaouth.
5
Lihat Taqrib at-Tahzib jil. 2 hal. 324
6
Lihat Thabaqaat al-Huffaz jil. 1 hal. 10, Mizan Al-I’tidal jil. 4 hal. 405 dan kitab-kitab rijal yang lain.
7
Lihat Mizan al-I’tidal jil. 2 hal. 357, Tahzib al-Kamal jil. 13 hal. 473, Tahzib at-Tahzib jil. 5 hal. 575 dan lain-lain
8
Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran jil. 2 hal. 70.
9
Lihat Majma’ al-Bayan jil. 1 hal. 349 tafsir ayat 106 Surah al-Baqarah.
10
Sahih Muslim Bab Haram Dengan Lima Kali Penyusuan.
11
Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran jil. 2 hal. 58
12
Lihat Tafsir At-Tibyan Mukaddimah jil. 1 hal. 13
13
Syarh Muslim Imam Nawawi jil. 10 hal. 59
14
Sunan Kubra Imam Baihaqi Bab Orang Yang Berpendapat Haram Kerana Lima Penyusuan.
15
Sunan Daraquthni Kitab Penyusuan.
16
Syarh Musykil Al-Atsar Bab Menerangkan Kemusykilan Riwayat ‘Aaisyah r.a. Bahawa Telah Turun Ayat Di Dalam Al-Quran Berkenaan Sepuluh Kali
Susuan Mengharamkan Lalu Dimansukhkan Dengan Lima Susuan Dan Rasulullah S.A.W. Wafat Dalam Keadaan Ayat-Ayat Tersebut Termasuk Yang
Masih Dibaca Daripada Al-Quran.
17
Sahih Muslim Bab Haram Dengan Lima Kali Penyusuan.
18
Syarh Musykil Al-Atsar Bab Menerangkan Kemusykilan Riwayat ‘Aaisyah r.a. Bahawa Telah Turun Ayat Di Dalam Al-Quran Berkenaan Sepuluh Kali
Susuan Mengharamkan Lalu Dimansukhkan Dengan Lima Susuan Dan Rasulullah S.A.W. Wafat Dalam Keadaan Ayat-Ayat Tersebut Termasuk Yang
Masih Dibaca Daripada Al-Quran.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1422

Anda mungkin juga menyukai