Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu
apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya
anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda
membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya?
Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan
terbuang begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang
benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian
akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh
akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang
sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda
bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak
kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini
pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik
tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini
berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang
perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian
yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan
di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 4.00 pointer dalam Final Exam.
Bila?
Tahun 2003
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih setiap hari.
Tugasan mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian dan kuiz bulan mesti memberangsangkan.
Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh
memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda?
Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan
seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan
mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?".
Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang.
Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita
mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi,
pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...
Contoh:
Katakan anda mahu menghabiskan ulangkaji mata pelajaran Sains sebulan sebelum
tibanya peperiksaan PMR. Katakanlah, pelajaran Sains itu mempunyai 24 tajuk dan anda
kini mempunyai 6 bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum
PMR). Ini bermakna anda perlu menghabiskan 4 tajuk Sains setiap bulan, atau lebih
kurang 1 tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar Sains sebanyak 4
kali seminggu, gunakan 3 sessi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan
gunakan sessi ke-4 untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengannya.
Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya
matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya.
Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan
bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas
tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk
mengikut jadual harian anda sendiri.
Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.
Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau
impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok
hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu
pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu
bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah
dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti
yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari
anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan
sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak
pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu
matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
merealisasikannya.