Anda di halaman 1dari 2

5 TIPS CEPAT BELAJAR MATEMATIK

1) FAHAM DULU KONSEP ASAS


Sebelum anak anda belajar matematik, pastikan anak anda faham dahulu konsep
asas matematik. Ini supaya nanti anak anda tiada masalah untuk menjawab
soalan. Ini juga supaya berasa seronok apabila menjawab matematik.
Kebanyakan pelajar kata susah belajar matematik adalah kerana TIDAK
FAHAM DULU KONSEP ASAS MATEMATIK.
Contohnya, anak anda mahu menjawab luas Bulatan. Untuk mengira luas
bulatan, kita mesti tahu formulanya iaitu formula luas “y = pie*jejari^2”. Jika
tidak tahu menggunakan formula ini dan tidak faham dengan asasnya, susah
anda mahu menjawab soalan area of circle. Oleh itu, fahamkan konsep asas
baru jadi mudah apabila mahu menjawab matematik.

2. Hafal Sifir
Perlu HAFAL SIFIR! ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada
pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka,
mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah,
hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7.
Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira.
Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin
lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka
yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

3. Kena Buat Banyak latihan.


Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya, matematik
adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan
membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya).
Anda akan berjaya menguasai matematik kerana anda buat latihan. Semakin
banyak latihan anda buat, anda jadi semakin cekap.
Setiap soalan itu bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya
juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan
menjawab soalan sebelum hari peperiksaan. Jika anda musykil dengan soalan
yang diberi, bertemulah cikgu anda untuk dapatkan kaedah bagaimana untuk
selesaikannya. Tindakan ini membantu anda menghafal dan sudah terbiasa
dengan soalan yang bakal anda jawab pada hari peperiksaan besar nanti.

4. Latihan berkumpulan
Soalan² matematik selalunya mencabar dan memerlukan proses berfikir luar
dari kebiasaan. Ini kerana matematik adalah subjek untuk menyelesaikan
masalah. Dan juga matematik adalah subjek BERFIKIR. Latihan berkumpulan
membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik. Selain dapat bertukar
pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan tentang formula yang sugar
untuk dikuasai, anda juga dapat melatih pemikiran anda untuk fokus terhadap
persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan
anda dalam pembelajaran.

5. Azam kuat menguasai Matematik

Matematik ialah subjek yang seronok apabila minat dan mula menguasai.
Dengan sendirinya para pelajar secara automatik akan segera membuat latihan
tanpa berhenti. Apabila sudah menguasai pengiraan matematik, setiap soalan
pasti dijawab dengan jayanya. Oleh itu juga, para pelajar disarankan perlu ada
azam menguasai matematik tanpa jemu berusaha. Semua ini perlu mendapat
kerjasama erat antara ibubapa dengan para pelajar. Walaupun mereka berusaha
bersungguh-sungguh tetapi tiada sokongan.

Anda mungkin juga menyukai