Anda di halaman 1dari 2

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai
pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena
mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Berikut 8 faktor kenapa
pelajar corot subjek ini.

1. Tiada pendedahan awal


Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke
tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam matapelajaran matematik.

2. Tidak hafaz sifir


Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafaz sifir
sebelum masuk tahun 4. Tapi di tingkatan 5 pun masih ramai yang tidak menghafaz sifir.

3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak


Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang
latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah
menengah. Mujurlah ketika di tingkatan 1 sudah boleh menggunakan kalkulator.
Banyak pelajar yang menyangka kalkulator mempercepatkan masa menjawab soalan
peperiksaan. Ada pelajar sudah nak tamat spm pun 6+2 pun pakai kalkulator. Sangkaan ini
tidak benar. Soalan peperiksaan telah digubah supaya kebanyakannya dapat diselesaikan
dengan lebih cepat jika kita tahu mencongak, menghafaz, memahami atau menulis dengan
baik.
Pakar-pakar matematik seluruh dunia seperti Scott Flansburg (United States) dan West
Wong (Malaysia) boleh mencongak dengan sangat pantas.

4. Tidak pernah mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian


Di gerai nasi lemak, makcik nasi lemak kirakan jumlah dan baki. Entah betul entah tidak
kiraannya. Di kantin sekolah, kakak kaunter kirakan (mungkin tepat mungkin tak). Dapat
duit raya, mak ayah atau bank kirakan. Jadi buat apa belajar matematik? Sekurang-
kurangnya biarlah mahir yang asas. Kerana asas ini akan digunakan kelak.

5. Tidak atau kurang memahami kerana malas berfikir


Untuk memahami kita perlu berfikir. Ramai orang malas berfikir, tidak bersungguh-sungguh
dan cepat putus asa. Bagaimana nak tahu kita benar-benar faham atau tidak? Jika kita
boleh buat soalan yang paling sukar sekalipun bermakna kita faham topik tersebut.

6. Terlalu banyak menyalin


Matematik perlukan banyak latihan bukan menyalin soalan. Cara yang paling baik ialah
gunakan buku kerja (workbook). Latihan dalam buku kerja dibahagikan kepada subtopik-
subtopik. Terdapat contoh penyelesaian sebelum soalan pertama ditanya. Soalan-soalan ini
kebanyakkannya dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Ada ruang untuk menulis jawapan
dalam kotak tersebut. Buku kerja yang baik mestilah mempunyai jawapan termsuk jalan
kira.
Jika ingin jadi hebat dalam Matematik, buat sendiri latihan dalam buku kerja tersebut. Fikir
sendiri bagaimana hendak selesaikan. Jangan minta sesiapa bantu. Ia boleh dilakukan
kerana sudah terdapat contoh. Cuma perlu ikut contoh itu. Setelah selesai baru tengok
jawapan. Kaji jawapan tersebut jika tidak dapat jawapan atau salah.

7. Tidak berlatih dengan masa


Seringkali pelajar merungut kerana “tak cukup masa”. Subjek apa? Ye betul. Subjek
Matematik. Soalan 1 markah sampai 10 minit fikir. Biasakan diri dengan suasana
peperiksaan. Kalau purata satu soalan ialah 60 saat, maka buat dalam 60 saat atau kurang.
Jika tidak capai, cuba lagi sampai dapat.

8. Sediakan buku conteng kira-mengira


Di samping buku teks & aktiviti, sediakan buku khusus utk anak anda bebas mengira,
berfikir, mencongak, mencatat pelbagai formula & melukis imaginasi sifir mengikut kreativiti
masing2. Lagi bagus kalau ada tulisan & lukisan menggunakan pen atau pensel yg
berwarna-warni.

Anda mungkin juga menyukai