Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM BIJAK BELAJAR MATEMATIK PMR

Disediakan Oleh PN. NOORAINI BT ABD KARIM Guru Cemerlang Matematik SMK.Sultan Alauddin

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS : 1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu setiap hari ? Ya / Tidak 2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak 3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak memulakan study kamu ? Ya / Tidak 4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada waktunya ? Ya / Tidak 5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak 6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak 7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak mengetahuinya ? Ya / Tidak 8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum membaca dengan teliti ? Ya / Tidak 9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah semasa membaca ? Ya / Tidak 10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di tempat yang sama ? Ya / Tidak 11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya daripada apa yang dibaca dalam perkataan sendiri ? Ya / Tidak 12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga l arut malam ? Ya / Tidak 13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan yang cukup ? Ya / Tidak 14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak 15. Adakah kamu sentiasa membawa buku latihan, teks atau rujukan,peralatan set geometri dan kalkulator ? Ya / Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya? Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut : Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya Tidur / 6 - 7 jam Makan / 1 jam 15 minit Mengikuti kelas / 6 jam Belajar / 4 jam Kelab,persatuan,sukan / 2 jam Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam Perjalanan / 1 jam Lain-lain pekerjaan yang perlu / 2 jam JUMLAH 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama. Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI


PROSES MATEMATIK ADALAH PADA OTAK KANAN

Bagaimana otak simpan maklumat

Manusia belajar melalui


Pe ng lihatan Pe nd e ng aran
acde

Pe rtuturan Se ntuhan

Bau Pe rb uatan
15

16

Proses Pembelajaran
Te r ima Faham Ing at
Guna
17

Teknik Belajar Matematik

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menanamkan minat dan memperbetulkan teknik belajar matematik (Bagi yang tak minat subjek kira-mengira ni.)

Pertama Kalau nak pandai matematik, kita kena suka mata pelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci Kedua Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya banyak buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas cikgu dulu-dulu tanya tentang cara menjawab soalan matematik Ketiga Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin. Keempat Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira(calculator), mengapa perlu ingat sifir?Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada calculator, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir

Akhir sekali, Anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah cikgu akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai mata pelajaran matematik ini

TEKNIK BELAJAR
Teknik Belajar 5R-STUV 1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] 4. Recheck [semak semula] 5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya] 1. s-sumarize [ringkaskan nota penting] 2. t-test your self [uji diri anda] 3. u-use [gunakan] 4. V-visualize [bayangkan selalu]

Contoh: 1. Salin contoh yang di beri guru 2. Gunakan contoh untuk selesai soalan yang lain 3.

Anda mungkin juga menyukai